nota seminar

3
NOTA 2.2.1 Pemerhatian Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan satu senarai semak pemerhatian telah disediakan sebagai panduan semasa pengumpulan data. 2.2.2 Temubual Pengkaji menjalankan temubual tidak formal dan tidak berstruktur bersama kesemua responden kajian. Temubual dijalankan oleh pengkaji sebelum, semasa dan selepas aktiviti penghasilan kraf tembikar menggunakan doh sabun diadakan. 2.2.3 Analisis Dokumen Kaedah analisis dokumen dalam kajian ini akan dilaksanakan ke atas hasil karya yang dihasilkan oleh responden. *Rubrik Pengkaji menggunakan rubrik yang digunakan oleh pihak sekolah bagi menilai hasil karya responden. Rubrik membolehkan penilaian dibuat secara konsisten. Rubrik yang digunakan oleh pengkaji adalah pengubahsuaian dari rubrik yang sedia ada iaitu daripada Marvin Bartel, Instructor Goshen College. REFLEKSI KAJIAN Hasil analisis data melalui pemerhatian dan temubual menampakkan peningkatan yang positif dari segi kemahiran dan kualiti hasil tembikar menjadi lebih baik dengan penggunaan doh. Hasil analisis gambar mendapati 100% responden dapat meningkatkan kreativiti.Hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat perubahan kepada markah responden dari skor B dan C kepada skor A. Kesimpulannya, keputusan kajian menunjukkan penggunaan doh ternyata dapat membantu meningkatkan kemahiran,kualiti penghasilan karya dan kreativiti responden dalam menghasilkan tembikar. Item 1 : Murid teruja menggunakan doh untuk menghasilkan tembikar. Pengkaji mendapati 100% (5 orang) responden begitu teruja dan menunjukkan reaksi tidak sabar-sabar untuk memulakan aktiviti tersebut. Perkara ini tidak dinafikan lagi dimana hampir kesemua

Upload: anis-ilham-amani

Post on 30-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

abcd

TRANSCRIPT

NOTA

2.2.1PemerhatianPengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan satu senarai semak pemerhatian telah disediakan sebagai panduan semasa pengumpulan data.

2.2.2TemubualPengkaji menjalankan temubual tidak formal dan tidak berstruktur bersama kesemua responden kajian. Temubual dijalankan oleh pengkaji sebelum, semasa dan selepas aktiviti penghasilan kraf tembikar menggunakan doh sabun diadakan.

2.2.3Analisis DokumenKaedah analisis dokumen dalam kajian ini akan dilaksanakan ke atas hasil karya yang dihasilkan oleh responden.

*RubrikPengkaji menggunakan rubrik yang digunakan oleh pihak sekolah bagi menilai hasil karya responden. Rubrik membolehkan penilaian dibuat secara konsisten. Rubrik yang digunakan oleh pengkaji adalah pengubahsuaian dari rubrik yang sedia ada iaitu daripada Marvin Bartel, Instructor Goshen College.

REFLEKSI KAJIANHasil analisis data melalui pemerhatian dan temubual menampakkan peningkatan yang positif dari segi kemahiran dan kualiti hasil tembikar menjadi lebih baik dengan penggunaan doh. Hasil analisis gambar mendapati 100% responden dapat meningkatkan kreativiti.Hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat perubahan kepada markah responden dari skor B dan C kepada skor A. Kesimpulannya, keputusan kajian menunjukkan penggunaan doh ternyata dapat membantu meningkatkan kemahiran,kualiti penghasilan karya dan kreativiti responden dalam menghasilkan tembikar.

Item 1 : Murid teruja menggunakan doh untuk menghasilkan tembikar.Pengkaji mendapati 100% (5 orang) responden begitu teruja dan menunjukkan reaksi tidak sabar-sabar untuk memulakan aktiviti tersebut. Perkara ini tidak dinafikan lagi dimana hampir kesemua murid kelihatan sangat teruja dan tertunggu-tunggu untuk memulakan proses penghasilan tembikar menggunakan doh.

Item 2 : Murid dapat menghasilkan tembikar teknik picitan menggunakan doh.Pemerhatian kedua menunjukkan 80% (4) responden kelihatan begitu mudah menghasilkan tembikar menggunakan doh. Hanya 20% (1 orang) responden yang kelihatan sukar untuk menghasilkan tembikar melalui penggunaan doh.

Item 3 : Murid dapat membentuk tembikar teknik picitan dengan baik menggunakan doh.Pemerhatian ketiga hanya menunjukkan 60% (3 orang) responden sahaja yang dapat menguasai teknik picitan dalam penggunaan doh. Selebihnya 40% (2 orang) didapati sukar menguasi teknik ini dengan mudah.

Item 4 : Murid menghasilkan tembikar yang kemas.Dari segi aspek penghasilan tembikar yang menarik, 80% (4 orang) daripada responden dapat menghasilkan tembikar yang menarik manakala 20% (1 orang) responden yang lain hanya menghasilkan tembikar yang biasa sahaja.

Item 5 : Hasil karya tembikar menarik dan kreatif dengan menggunakan doh sabun.Pemerhatian terakhir menunjukkan 100% (5 orang) responden telah berjaya menghasilkan tembikar yang. menarik dan kreatif. Secara keseluruhannya, penggunaan doh sabun telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan tembikar teknik picitan.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan doh lebih sesuai dan berjaya didalam menghasilkan tembikar. Responden telah mahir menggunakan kaedah teknik picitan dalam penghasilan tembikar. Mereka menunjukkan peningkatan pada setiap interaksi yang dilaluinya. Secara keseluruhannya, penggunaan doh telah meningkatkan kemahiran teknik picitan dalam membentuk tembikar di kalangan responden kajian dan objektif kajian pertama telah tercapai.