1 laporan seminar nkra 1. pendahuluan 1.1 seminar

16
1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar NKRA yang bertemakan “Peranan Dan Implikasi Kepada Jabatan Audit Negara” telah berlangsung di Permaisuri Hotel & Resort Port Dickson, Negeri Sembilan pada 25 dan 26 Januari 2010. Objektif Seminar adalah untuk memupuk kefahaman mengenai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan mendapat cadangan balas daripada peserta Seminar untuk menyediakan komen/pandangan berhubung dengan enam NKRA tersebut. Di samping itu, para peserta Seminar juga membincangkan peranan Jabatan Audit Negara dalam merealisasikan NKRA dan implikasi pelaksanaannya kepada Jabatan terutama kepada kerja pengauditan. 1.2 Seminar ini telah dihadiri oleh 67 peserta yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan lain-lain pegawai Jabatan Audit Negara. Para peserta telah dibahagikan kepada 6 makmal bagi membincangkan setiap NKRA. 2. PROGRAM SEMINAR 2.1 Kata Aluan Ketua Audit Negara Tan Sri Dato‟ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dato‟ Sri Idris Jala kerana sudi meluangkan masa hadir ke seminar NKRA. Beliau dalam kata aluannya menekankan bahawa Kerajaan amat serius mengenai pelaksanaan NKRA sebagai dasar teras ekonomi negara. Setiap juruaudit perlu tahu mengenai program transformasi Kerajaan kerana juruaudit mempunyai peranan dari segi pengauditan kerana NKRA melibatkan perbelanjaan awam. Perdana Menteri mahu melihat perbelanjaan awam hendaklah berdasarkan value for money. Oleh yang demikian, melalui reality check, juruaudit memberi pandangan

Upload: buimien

Post on 12-Jan-2017

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

1

LAPORAN SEMINAR NKRA

1. PENDAHULUAN

1.1 Seminar NKRA yang bertemakan “Peranan Dan Implikasi Kepada

Jabatan Audit Negara” telah berlangsung di Permaisuri Hotel & Resort

Port Dickson, Negeri Sembilan pada 25 dan 26 Januari 2010. Objektif

Seminar adalah untuk memupuk kefahaman mengenai Bidang

Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan mendapat cadangan balas

daripada peserta Seminar untuk menyediakan komen/pandangan

berhubung dengan enam NKRA tersebut. Di samping itu, para peserta

Seminar juga membincangkan peranan Jabatan Audit Negara dalam

merealisasikan NKRA dan implikasi pelaksanaannya kepada Jabatan

terutama kepada kerja pengauditan.

1.2 Seminar ini telah dihadiri oleh 67 peserta yang terdiri daripada

Pengarah, Timbalan Pengarah dan lain-lain pegawai Jabatan Audit

Negara. Para peserta telah dibahagikan kepada 6 makmal bagi

membincangkan setiap NKRA.

2. PROGRAM SEMINAR

2.1 Kata Aluan Ketua Audit Negara

Tan Sri Dato‟ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara

mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dato‟ Sri Idris Jala

kerana sudi meluangkan masa hadir ke seminar NKRA. Beliau dalam

kata aluannya menekankan bahawa Kerajaan amat serius mengenai

pelaksanaan NKRA sebagai dasar teras ekonomi negara. Setiap

juruaudit perlu tahu mengenai program transformasi Kerajaan kerana

juruaudit mempunyai peranan dari segi pengauditan kerana NKRA

melibatkan perbelanjaan awam. Perdana Menteri mahu melihat

perbelanjaan awam hendaklah berdasarkan value for money. Oleh

yang demikian, melalui reality check, juruaudit memberi pandangan

Page 2: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

2

kepada stakeholders mengenai apa yang sebenarnya berlaku terutama

dalam aspek ekonomi, kecekapan dan keberkesanan bagi memastikan

kes pembaziran, pemborosan dan penyelewengan tidak berlaku.

Beliau memaklumkan penganjuran seminar ini adalah berikutan dari

jemputan pihak PEMANDU semasa Hari Terbuka di mana pihaknya

sentiasa mengalu-alukan candangan balas terhadap 6 NKRA yang

diumumkan. Kata beliau, “Jabatan Audit Negara adalah satu-satunya

agensi kerajaan sebagai rakan kepada PEMANDU untuk menjadi eyes

and ears bagi mereka”.

Ketua Audit Negara berharap bagi mencapai Wawasan 2020, kes

tadbir urus yang tidak baik seperti PKFZ tidak akan berlaku lagi.

Seterusnya beliau juga berharap para peserta seminar akan

memanfaatkan seminar dengan sebaiknya bagi meningkatkan

pengetahuan mereka mengenai NKRA, MKRA dan KPI.

2.2 Taklimat Mengenai NKRA

Satu taklimat mengenai NKRA telah disampaikan oleh YB Senator

Dato‟ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku CEO

PEMANDU. Antara perkara yang disentuh dalam persembahan beliau

ialah mengenai keperluan NKRA diwujudkan, objektif dan proses

menyediakan enam NKRA melalui penubuhan makmal.

Page 3: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

3

Beliau memberitahu bahawa Buku Pelan Tranformasi Kerajaan akan

dilancarkan pada 28 Januari 2010. Selain itu, Ringkasan Eksekutif

sebanyak 20 muka surat dan Handbook sebanyak 10 muka surat

mengenai buku tersebut juga disediakan.

Dalam penyediaan NKRA, beliau berpegang teguh kepada prinsip

action learning. Beliau mengalu-alukan juruaudit Jabatan untuk

menyertai makmal yang akan dijalankan seperti subsidy rationalization

lab, teacher’s quality/curriculum lab, property development lab dan toll

concession lab.

2.3 Perbincangan Lab

Para peserta telah dibahagikan kepada enam lab. Sebelum

perbincangan lab diadakan, wakil daripada Kementerian/Jabatan yang

bertanggungjawab terhadap setiap NKRA telah memberi taklimat

ringkas selama 1 jam.

Page 4: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

4

Lab 1

NKRA : Mengurangkan kadar jenayah

Penceramah : Encik Abdul Aziz Bin Md. Nor Setiausaha Bahagian NKRA Kementerian Dalam Negeri Ketua Lab : Y. Bhg. Dato‟ Mustafa Bin Haji Saman (JUSA C)

Lab 2

NKRA : Memerangi rasuah

Penceramah : Y. Bhg. Dato‟ Hisham Bin Nordin Pengarah NKRA (Corruption)

Ketua Lab : Puan Ong Swee Leng (JUSA C)

Page 5: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

5

Lab 3

NKRA : Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Penceramah : Puan Nurlida Bt. Ahmad

Pegawai NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketua Lab : Encik Boon Jon Lin (JUSA C)

Lab 4

NKRA : Meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah

Penceramah : Encik Hazmi Bin Shamsudin Penolong Pegawai NKRA Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Ketua Lab : Encik Juhari Bin Haron (JUSA C)

Page 6: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

6

Lab 5

NKRA : Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman

Penceramah : Puan Ani Bt. Ahmad Ketua Penolong Setiausaha (NKRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Ketua Lab : En. Khalid Khan b. Abdullah Khan (JUSA C)

Lab 6

NKRA : Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

Penceramah : Encik Suhaili Bin Idrus

Pengarah (Urban Public Transport) PEMANDU

Ketua Lab : Tuan Haji Che Isa Bin Che Kob (JUSA C)

Page 7: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

7

2.4 Pembentangan Kumpulan

Pada 26 Januari 2010, sebanyak enam kumpulan telah

membentangkan cadangan balas mengenai NKRA, peranan dan

implikasi pelaksanaan NKRA kepada Jabatan Audit Negara.

Pembentangan 1 - Meningkatkan taraf isi rumah yang

berpendapatan rendah oleh Encik Juhari Bin Haron

Antara kandungan pembentangan beliau merangkumi:

Definisi dan misi NKRA keempat

Kumpulan sasar dan strategi membasmi kemiskinan

Program – program yang terlibat

- Komen/Cadangan balas terhadap NKRA yang dibincangkan

- Peranan JAN dalam menyumbang ke arah pencapaian NKRA ke 4:

Perlu ada satu Jawatankuasa untuk menyelaraskan peraturan

dan sistem sedia ada di 18 Kementerian/Agensi yang terlibat

dalam NKRA ini;

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada wakil JAN, Jabatan

Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Biro Pengaduan

Awam, SUK Negeri (13) dan 18 agensi lain yg terlibat (KPKT,

JKM, KKLW, KPWKM, MARA, TEKUN, MOA dll);

Tubuhkan Cawangan Audit Negara (NKRA) yang ditempatkan

di Jabatan Pembangunan Sosial Negara (NasDed);

Page 8: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

8

Pengauditan berterusan akan dilaksanakan terhadap semua

aktiviti NKRA berdasarkan objektif untuk meningkatkan taraf

hidup isi rumah berpendapatan rendah;

Pengauditan berterusan akan dilaksanakan terhadap semua

aktiviti NKRA ini;

Laporan Khas KAN secara berasingan mengenai NKRA –

Membasmi Kemiskinan/ Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

Berpendapatan Rendah (LIH) disediakan dan dikemukakan

kepada Parlimen/CEO PEMANDU/KSU Kementerian yang

bertanggungjawab.

Pembentangan 2 - Menambah baik pengangkutan awam dalam

jangka masa sederhana oleh Encik Roslan Bin Bakar

Antara kandungan pembentangan beliau merangkumi:

- Komen/Cadangan balas terhadap NKRA yang dibincangkan

- Beberapa langkah yang boleh dimainkan oleh JAN termasuk :

Menilai pencapaian projek berdasarkan good governance, value

for money, transparency dan integrity;

Keutamaan pengauditan akan diberi kepada projek NKRA;

Menjalankan pengauditan prestasi semasa dalam proses

pelaksanaan projek;

Memberi input tambahan kepada PEMANDU berdasarkan

pengalaman Audit lepas;

Page 9: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

9

Memfokus kepada isu-isu berkaitan sustainability of the projects.

Risk Analysis bagi setiap projek yang dijalankan; dan

Mengambil kira perkara seperti perubahan teknologi/kesan

kepada alam sekitar dsb.

Pembentangan 3 - Memperkasa prasarana luar bandar dan

pedalaman oleh Encik Zulkipli Bin Abdullah

Antara kandungan pembentangan merangkumi :

- Kepentingan NKRA-5

- Program utama dan pihak yang terlibat

- Beberapa syor yang dikemukakan:

Real time audit (semasa projek berlangsung);

Perancangan untuk melaksanakan pengauditan perlu sejajar

dengan NKRA yang sedang berjalan untuk membuat penilaian

terhadap pencapaian NKRA;

Pencapaian KPI tahunan perlu dipantau dan diaudit secara

menyeluruh di akhir tempoh pelaksanaan;

Unit Audit Dalam perlu diperkasakan dengan pasukan teknikal

yang mantap untuk menjamin pengauditan yang berkualiti;

Kompetensi juruaudit perlu dipertingkatkan;

Penemuan Audit diambilkira dalam penambahbaikan KPI

Kementerian;

Peruntukan Jabatan Audit Negara bukan melalui

Perbendaharaan sebaliknya terus daripada Parlimen;

Page 10: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

10

Penubuhan Suruhanjaya Audit mengikut model negara maju

seperti United Kingdom;

Meminda Akta Audit supaya memperluaskan skop definisi

„orang‟ kepada semua rakyat, bukan hanya penjawat awam; dan

Pengauditan projek NKRA dijalankan secara across the board

melibatkan semua sektor.

Pembentangan 4 - Memerangi rasuah oleh Puan Yusnani Bt.

Zakaria

Antara peranan Jabatan yang ditekankan oleh Pembentang dalam

membantu pencapaian matlamat NKRA ialah:

Rancangan Pengauditan perlu memberi fokus kepada

pencapaian NKRA melalui:

Tetapkan polisi

Rancangan 3/5 tahun – memastikan keseluruhan NKRA

diliputi

Pemilihan topik Kajian Audit yang memberi fokus kepada:

Procurement – pengauditan kontrak

Enforcement Agencies

Membantu peranan SPRM melalui pengauditan Forensik;

Menilai kebolehpercayaan data/sumber data;

Benchmark dengan negara luar seperti Australia dan Canada

dalam Performance Management Audit;

Sebagai pemilik KPI perolehan, JAN perlu mewujudkan

mekanisme mengenai definisi pengauditan perolehan,

menetapkan kriteria, prosedur, proses, mengumpul dan

menganalis data;dan

Mewujudkan mekanisme/saluran pengaduan berkaitan rasuah

seperti Fraudnet-US di JAN melalui hotline, toll free line, sms

dan emel.

Page 11: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

11

Peranan Jabatan dapat diperkasakan dengan penubuhan Suruhanjaya

Audit Negara di mana kebebasan Ketua Audit Negara diperluaskan

mencakupi peruntukan kewangan (bajet) terus ke Parlimen dan

pengambilan kakitangan oleh Jabatan

Pembentangan 5 - Mengurangkan kadar jenayah oleh Puan

Fadzilah Bt. Mohamad dan Encik Hishamuddin Shah Bin

Mohamad Shafiee

Antara peranan Jabatan dalam menyokong paradigma baru ini ialah:

Memberi tumpuan kepada projek/aktiviti berkaitan dengan

pelaksanaan NKRA. Contoh:

• Aktiviti Penguatkuasaan Ke Atas Bengkel Haram Di

Kawasan PBT (Across The Board)

• Program Pemulihan Banduan

Page 12: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

12

• Sistem Berkomputer Yang Diguna Pakai Dalam

Melaksanakan NKRA Yang Berkenaan (Contoh: Court

Recording and Transcribing (CRT) system )

Melibatkan pegawai JAN dalam perbincangan NKRA selaku

resource person bagi program-program di mana Jabatan

mempunyai kepakaran.

Memastikan pegawai khusus sepenuh masa

dipertanggungjawabkan untuk memantau kemajuan

pelaksanaan NKRA

Pembentangan 6 - Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti

dan berkemampuan oleh Encik Rezuoi Bin Abdullah

Antara kandungan pembentangan merangkumi:

- Cadangan balas terhadap NKRA

Pra Sekolah

Jabatan perlu melaksana Pengauditan Prestasi – prasarana,

perolehan, pembinaan, peralatan, keselamatan, pencapaian

program; Pengauditan Kewangan; Pengauditan ICT.

Pengauditan perlu ada koordinasi antara JAN/UAD/BAS

supaya tiada pertindihan auditan

Literasi Dan Numerasi (LINUS)

Page 13: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

13

Jabatan perlu melaksana Pengauditan Prestasi – pencapaian

program, pelaksanaan dan pemantauan dan Pengauditan ICT

terutama dalam aspek integriti data

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Jabatan melaksana Pengauditan Prestasi – pencapaian

program, pelaksanaan dan pemantauan

Melaksana Pengauditan Kewangan – penyediaan dan

pematuhan kepada SOP “Perlu ada penyataan dalam

perubahan iaitu pengauditan perlu diaudit oleh JAN”

Melaksana Pengauditan ICT

Tawaran baru kepada pemimpin sekolah

Melaksana Pengauditan Kewangan dan Pengauditan

Pengesahan sebelum pengiktirafan

- 6 NKRA boleh dicapai dengan:

Mengadakan Roadshow kepada semua stakeholder oleh NKRA

• Media massa

• Penerangan kepada semua sekolah

Penjelasan oleh BAS kepada Pengetua/Guru Besar semasa

menjalankan pengauditan

Pengauditan Penarafan (Star Rating)

Penglibatan JAN dalam lab-lab NKRA akan datang

Reka bentuk sekolah yang seragam untuk penjimatan

2.5 Ringkasan Sesi Soal Jawab

Beberapa pegawai kanan Jabatan telah menyertai sesi soal jawab

setiap pembentangan dan berikut adalah beberapa perkara yang

dicadang/dikomen:

Jabatan Audit Negara perlu dijadikan sebagai Suruhanjaya

Audit bagi memperkukuhkan kebebasan Ketua Audit Negara.

Kerjasama antara agensi pelaksana dan Utility Providers amat

perlu

Page 14: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

14

Pengauditan perlu memberi perhatian kepada aspek

perancangan bukan hanya pemantauan

80% pengauditan yang laksanakan adalah mengenai perolehan

seperti bekalan, kontrak dan sebagainya.

- Y. Bhg. Dato‟ Azizah binti Hj. Arshad

Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

Objektif sesuatu inisiatif tidak akan tercapai sekiranya ada

campur tangan politik.

- Y. Bhg. Dato Hj. Anwari bin Suri

Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

Maklumat yang diperoleh daripada e-Kasih perlu standardised

bagi tujuan pengauditan. Memandangkan maklumat e-Kasih

banyak diperlukan oleh pelbagai agensi maka ianya perlu ada

mekanisme bagi tujuan penyelarasan

- Y. Bhg Dato‟ Mustafa bin Saman

Pengarah (Sosial)

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

Aktiviti yang berisiko tinggi perlu dikenalpasti sebagai satu

langkah untuk membanteras rasuah.

- En. Khalid Khan bin Abdullah Khan

Pengarah Audit Negeri Sarawak

Pengauditan mempunyai peruntukan kerahsiaan dan setiap

maklumat/pendedahan kepada agensi luar perlu memberi

perhatian terhadap perkara ini.

- Tn. Hj. Che Isa bin Che Kob

Pengarah Audit Negeri Johor

Page 15: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

15

Dalam membanteras rasuah, whistle blower perlu diwujudkan

dan menubuhkan flying squad/penyiasatan khas di Sektor Audit

Khas.

- En. Zulkifli bin Abdullah

Ketua UAD Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

3. RUMUSAN DARIPADA KETUA AUDIT NEGARA

Ketua Audit Negara dalam rumusannya menyatakan bahawa seminar yang

diadakan telah menambah ilmu pengetahuan peserta mengenai NKRA.

Beliau berharap maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama dengan

kakitangan lain bagi meningkatkan kesedaran berhubung NKRA. YB.

Perdana Menteri sangat serius tentang pelaksanaan NKRA di mana masalah

dikenalpasti, strategi diatur dan sasaran dibuat.

Metodologi tranformasi Kerajaan adalah releven kepada Jabatan Audit

Negara dan Unit Audit Dalam. Adalah wajar komitmen diberi untuk

membantu menyumbang kepada pencapaian objektif NKRA kerana peranan

yang boleh dimainkan oleh Jabatan sememangnya telah diakui oleh

PEMANDU.

Ketua Audit Negara juga meminta juruaudit berinteraksi dengan PEMANDU

melalui penyertaan dalam perbincangan makmal. Bagaimanapun,

penyertaan Jabatan adalah bergantung kepada kepakaran dan pengalaman

juruaudit berkaitan. Beliau berharap pegawai –pegawai kanan dapat memilih

wakil yang sesuai bagi tujuan tersebut.

Ketua Audit Negara meminta juruaudit menyesuaikan mindset dengan NKRA.

Program pengauditan bagi semua sektor perlu dirangka sejajar dengan NKRA

terutama Sektor Audit Khas. Penyelarasan antara Jabatan dan Unit Audit

Dalam adalah perlu agar pertindihan tugas tidak berlaku.

Juruaudit perlu sensitif kepada persepsi luar. Kualiti pengauditan hendaklah

water tight dan perlu dipelihara. Isu yang dibangkitkan hendaklah

berdasarkan bukti dan bukan isu yang remeh temeh.

Page 16: 1 LAPORAN SEMINAR NKRA 1. PENDAHULUAN 1.1 Seminar

16

Melalui seminar ini, kumpulan pakar bagi sesuatu bidang NKRA dapat

ditubuhkan. Beliau menegaskan koordinasi keseluruhan mengenai NKRA

dalam pengumpulan maklumat diberi kepada Sektor Audit Khas &

Penyelidikan. Seterusnya, draf Memorandum terhadap perbincangan NKRA

akan disediakan dan dikemukakan kepada PEMANDU. Tiap – tiap syor

hendaklah disertakan justifikasi terutama yang melibat Jabatan.

Gambar-gambar sepanjang seminar berlangsung