nota persiapan sebelum seminar -...

27
1 Nota Persiapan Sebelum Seminar Oleh: Noor Shufaad Md Norani Admin www.melakafx.com www.shufaad.com

Upload: duongnhu

Post on 12-May-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Nota Persiapan

Sebelum Seminar

Oleh: Noor Shufaad Md Norani

Admin www.melakafx.com

www.shufaad.com

2

Nota:

Untuk peserta seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal harga

Emas, anda diminta mengambil tindakan-tindakan di bawah terlebih

dahulu.

Ini membolehkan anda menguasai perisian MetaTrader 4 lebih awal

dan cepat belajar di dalam seminar ini nanti ☺

Tindakan anda:

1. Memuat turun dan install perisian Metatrader 4 ke dalam

notebook/laptop anda (mukasurat 3 – 14)

2. Tukar skema warna Metatrader 4 (mukasurat 15)

3. Baca intro mengenai candlestik (mukasurat 21).

Itu ajer. Jumpa di seminar nanti.

Jika ada soalan sila sms kami.

Syukor Hashim h/p: 013-2126999 Noor Shufaad h/p: 016-6447174

3

1. MEMUAT TURUN PERISIAN METATRADER 4

Untuk tujuan analisis teknikal harga emas kita memerlukan perisian

Meta Trader 4. Perisian ini adalah percuma dan boleh dimuat turun

daripada laman web broker FXPro.

Untuk download perisian ini

1. Layari laman web http://www.fxpro.com untuk memuat turun

platform Meta Trader 4

2. Kemudian klik pada butang Downloads seperti yang anda lihat

di atas.

3. Seterusnya anda hanya perlu klik pada butang Download untuk

pilihan FxPro Client Terminal.

4

4. Klik pada butang Save File untuk menyimpan fail setup tersebut.

5. Proses ini akan mengambil masa yang sangat singkat. Namun

begitu, ia juga bergantung kepada kepantasan line Internet di

rumah atau pejabat anda. Setelah file tersebut selesai di muat

turun, tibalah masanya untuk anda memasang atau install platform

tersebut di komputer anda.

6. Kebiasaannya semua file yang telah di muat turun akan di

simpan di dalam folder Download di komputer anda. Anda hanya

perlu double click pada ikon fxpro4setup.exe dan ikut segala

arahannya.

5

7. Pastikan anda memilih English (United States). Tekan butang

Next.

8. Klik Next

6

9. Jangan lupa untuk tandakan pada kotak Yes, I agree with……….

10. Seterusnya, perisian akan mencadangkan tempat di mana

proses instalasi akan di adakan. Kebiasaannya ialah seperti di

bawah. Klik Next.

7

11. Kekalkan nama seperti yang di cadangkan, FxPro – MetaTrader.

Klik Next.

12. Tekan butang Next untuk memulakan proses instalasi. Mudah

kan?

8

13. Klik Finish untuk terus melancarkan program ini.

9

2.2 MEMULAKAN PROGRAM META TRADER 4

1. Ini adalah antara muka pertama yang anda dapat lihat selepas

anda melancarkan program MetaTrader 4.

10

2. Anda boleh klik Login atau Cancel pada antara muka login yang

ada. Ia tidak akan memberi sebarang kesan kerana anda belum lagi

membuka sebarang akaun.

Seterusnya klik pada File > Open an Account

3. Masukkan maklumat seperti di bawah. Tandakan sahaja pada

kotak I agree to Subscribe….dan klik pada butang Next.

11

4. Di dalam skrin ini, anda akan dapat melihat Trading Servers yang

ada. Perhatikan bahawa kedua-duanya ialah Demo Server, Demo1

dan Demo2. Klik butang Next untuk langkah seterusnya.

5. Pendaftaran akaun baru anda telah tamat. Anda akan mendapat Login dan Password anda sendiri. Sekali lagi, ini hanyalah akaun

Demo jadi tak perlulah simpan. Ia akan auto upload setiap kali anda

memulakan program MetaTrader ini. Klik Finish.

12

6. Anda akan melihat akaun baru anda telah di wujudkan. Anda

juga akan dapat melihat ada 4 carta di sebelah kanan anda. Tiada

carta GOLD kan? Yang ada cuma carta untuk Forex. Selepas ini kita akan masukkan carta GOLD pula.

13

7. Klik New Chart > Metals > GOLD

8. Double klik pada carta GOLD yang anda lihat untuk

membesarkan carta tersebut. Selain itu, anda juga klik pada butang

Navigator dan Terminal untuk mendapat full chart view.

Terminal

Navigator

a) Function Bar

14

2.3 UBAHSUAI META TRADER 4

1. Sekarang, Klik Kanan pada carta GOLD > Properties dan anda

akan melihat tetingkap Properties GOLD,H1.

d) Price Level

c) Bar Chart

b) Time Frame

15

Tukar skema warna.

2. Di sini kita akan membuat sedikit pengubahsuaian dari segi

warna. Tukarkan skema warna seperti yang saya lakukan. Klik OK.

3. Selain dari menukar warna, ada beberapa bar yang mengandungi

fungsi-fungsi penting yang perlu anda ketahui.

Skema

warna yang perlu diubah

16

4. Anda boleh mencuba untuk menggunakan mana-mana fungsi

pada bar yang ada. Klik sahaja dan anda akan dapat lihat

perubahannya. Matlamat utama penggunaan fungsi ini ialah agar

carta Gold anda mudah di baca dan tidak menyakitkan mata.

Sekarang anda akan dapat melihat carta yang lebih besar dan

mudah di lihat berbanding yang sebelum tadi.

• Candlestick yang berwarna Hijau maksudnya ialah pergerakan

harga yang sedang menaik,

Menurun

Menaik

Bar chart Candlestick Line chart

Zoom In Zoom Out

Auto Scroll Chart Shift

Indicators Periods Templates

17

• manakala Candlestick berwarna Merah bermaksud sedang

menurun. Mudah?

5. Selain dari memaparkan harga semasa, perisian ini juga mampu

menyimpan dan memaparkan pergerakan harga emas di masa

lepas. Maksudnya, anda juga boleh melihat harga emas tertinggi dan terendah pada minggu lepas, bulan lepas, 3 bulan lepas, tahun

lepas dan tahun sebelumnya juga.

Untuk tujuan ini, anda hanya perlu menggunakan fungsi:

• Candlestick

• Zoom out

• Auto Scroll dan Chart Shift

Hasilnya ialah seperti carta di bawah:

Berdasarkan graf, data yang di

simpan di dalam perisian Meta

Trader ini bermula dari 1 Januari

2001.

Anda dapat lihat bagaimana harga

emas naik pada tahun 2007

kemudian jatuh dengan banyak

pada 2008 sebelum kemudiannya

menyambung momentum menaik.

Time Frame = Monthly

18

Dengan menggunakan fungsi Zoom Out , saya dapati data yang

di kumpul bermula dari 1 Januari 1992 sehingga Januari 2010.

Ini bermakna anda telah pun mempunyai set data yang berusia

18 tahun!

19

Untuk melihat tarikh yang terkini, anda perlu menggunakan time

frame yang lebih kecil. Contohnya, H4, H1 dan boleh juga M30.

13 Sep = Tarikh

17:00 = Masa*

*Masa yang di paparkan ialah masa server. Jika anda ingin

mendapatkan masa yang betul, anda perlu menambah 6 jam dari

masa server.

20

6. Anda juga boleh mendapatkan dengan tepat tarikh dan masa

bagi setiap Candlestick dengan menggunakan butang Crosshair.

Crosshair

Cara menggunakannya: Klik, dan gerakkan tetikus kepada mana-

mana Candlestick yang anda inginkan.

Candlestick Menaik ini

berlaku pada 21

September 2010, jam

21:00.

21

2.5 MENGGUNAKAN TOOLS DAN INDIKATOR ASAS

Secara ikhlasnya, anda memerlukan masa untuk menguasai cara

bagaimana untuk menggunakan tools dan indicator ini. Oleh yang

demikian saya menggalakkan anda membuat latihan demi latihan

berdasarkan kepada apa yang saya tunjukkan di dalam ebook ini.

Terdapat banyak tools dan indicator yang di sediakan secara default

di dalam platform MetaTrader ini. Mari kita lihat beberapa tool dan

indicator penting untuk tujuan ini:

1. Candlesticks

2. Support dan Resistance

3. Trendline

4. Channel

5. Fibonacci

6. Moving Average

7. Relative Strength Index

8. Stochastic

Kesemuanya ini boleh di dapati di dalam perisian MetaTrader 4. Apa

kata anda belajar pula bagaimana untuk menggunakan tools dan

indicator yang di atas supaya lebih senang anda untuk membuat analisis teknikal.

1. Candlesticks – ia merupakan satu tools yang digunakan untuk

menganalisis pergerakan harga. Teknik ini popular sejak dari

tahun 1600 an lagi di mana ia digunakan oleh masyarakat

Jepun untuk menganalisis harga beras.

Carta Candlestick akan menunjukkan harga buka (open),

tertinggi (high), harga terendah (low) dan harga tutup

(close) atau ringkasnya OHLC. Ia tidak melibatkan sebarang

pengiraan tetapi perubahan dari segi bentuk candlestick dan

harga ia dibuka semula adalah amat penting.

Gambarajah: OHLC pada carta bar.

Open High Low Close

22

Gambarajah: Anatomi Candlestick

Untuk candlestick yang sedang menaik atau untuk contoh

kita,ianya berwarna hijau, harga tutup atau closing price

adalah lebih tinggi dari harga buka atau open price.

Harga tertinggi

Harga

tutup

Harga buka

Harga terendah

Harga buka

Harga

tutup

Harga tertinggi

Harga terendah

(a) (b)

23

Gambarajah (a): Candlestick

Gambarajah (b): Bar Chart

Bagi candlestick yang sedang menurun, atau berwarna

merah, harga tutup atau closing price adalah lebih rendah

dari harga buka atau open price.

Gambarajah (a): Candlestick

Gambarajah (b): Bar Chart

Selain dari menukar warna seperti yang anda lakukan di awal bahagian Analisis Teknikal ini, carta Candlestick di platform

MetaTrader ini boleh di tukar view berdasarkan kepada

pemilihan Time Frame.

Gambarajah: Time Frame Bar

M1 = 1 minit

M5 = 5 minit

M15 = 15 minit

M30 = 30 minit

H1 = 1 jam

H4 = 4 jam

D1 = Daily atau 1 hari W1 = Weekly atau 1 minggu

MN = Month atau 1 bulan

Harga tertinggi

Harga buka Harga buka

Harga tertinggi

Harga

tutup

Harga

tutup

Harga terendah Harga terendah

(a) (b)

24

Setiap candlestick akan mewakili satu time frame. Contohnya, jika anda sedang membuka carta GOLD untuk time frame H4,

maksudnya satu candlestick akan mewakili pergerakan harga

sepanjang 4 jam.

Gambarrajah: Carta GOLD H4

Gambarajah: Carta GOLD Daily

Setiap satu Candlestick

mewakili pergerakan harga sepanjang 4 jam.

Setiap satu Candlestick

mewakili pergerakan harga sepanjang 1 hari.

25

Candlestick Pattern

Terdapat banyak jenis atau pattern candlestick. Setiap pattern

ini di bahagikan kepada 3 kumpulan utama:

1. Bull @ Bullish – Market (harga) sedang bergerak ke

atas.

Gambarajah: Candlestick berada di dalam keadaan menaik @ Bull

Nota: Dari segi visual, anda akan melihat kebanyakan

candlestick berwarna hijau.

Bullish

26

2. Bear @ Bearish – Market (harga) sedang bergerak ke

bawah.

Gambarajah: Candlestick berada di dalam keadaan menurun @

Bear

Nota: Dari segi visual, anda akan melihat kebanyakan

candlestick berwarna merah.

3. Neautral atau Sideways

Gambarajah: Neautral @ Sideways. Tiada pergerakan yang

ketara sama ada menaik atau menurun.

Bearish

27

Antara pattern yang sering mewakili ketiga-tiga kumpulan di atas ialah seperti:

1 Doji

2 Bullish Engulfing

3 Bearish Engulfing

4 Bullish Harami

5 Bearish Harami

Gambarajah: Sebahagian dari jenis Candlestick

Ok, itu ajer..

Menunjukkan market berada

di dalam keadaan yang tidak

menentu. Kemungkinan

akan berlaku pertukaran dalam arah market.

Terbentuk selepas satu trend

menurun. Major revearsal

pattern.

Terbentuk selepas satu trend

menaik. Major revearsal pattern.

Terbentuk selepas satu trend

menurun. Ini menunjukkan

trend semasa sudah berakhir.

Terbentuk selepas satu trend

menaik. Ini menunjukkan

trend semasa sudah berakhir.