nota sastera tra ting6

17
CERITA BERBINGKAI (Sastera Hikayat Berunsur Islam) Definisi : - Disebut sebagai “cerita dalam cerita” iaitu ceritanta terjadi daripada satu cerita pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali sebagai “cerita sisipan”, cerita berakhir dengan kembali kepada pokok. - Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok - Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang-tukang cerita. - Tukang cerita berperanan sebagai “penghubung” antara cerita pokok dengan cerita sisipan - Cerita sisipan dsampaikan oleh “tukang cerita”/ watak tertentu dari cerita poko untuk menghasilkan hujah atau untuk membuktikan kebenaran. Ciri-ciri Cerita Bebingkai 1. Dari segi isi cerita – isi cerita berasal dari India, sampai ke dalam kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara berbanding unsur pengaruh Hindu. 2. Struktur isi terbahagi dua bahagian; i. pokok cerita ii. cerita-cerita sisipan 3. Watak dan perwatakan i. watak manusia – kalangan istana dan rakyat biasa ii. watak binatang – diberi sifat-sifat personifikasi Watak utama sebagai “tukang cerita” sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman – Burung Bayan berperanan sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan kecurangan ketika suaminya tidak ada di rumah. 4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi – seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan 5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan. Contoh, sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan melalui watak- watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan sebagi contoh teladan. Begitu juga dengan tindakan melengah- lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya dapat menghasilkan kebaikan. Ciri-ciri Cerita Sisipan : 1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok – 1

Upload: nur-azura

Post on 30-Jun-2015

1.807 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota sastera tra ting6

CERITA BERBINGKAI

(Sastera Hikayat Berunsur Islam)

Definisi :

- Disebut sebagai “cerita dalam cerita” iaitu ceritanta terjadi daripada satu cerita

pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali sebagai

“cerita sisipan”, cerita berakhir dengan kembali kepada pokok.

- Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok

- Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang-tukang cerita.

- Tukang cerita berperanan sebagai “penghubung” antara cerita pokok dengan

cerita sisipan

- Cerita sisipan dsampaikan oleh “tukang cerita”/ watak tertentu dari cerita poko

untuk menghasilkan hujah atau untuk membuktikan kebenaran.

Ciri-ciri Cerita Bebingkai

1. Dari segi isi cerita – isi cerita berasal dari India, sampai ke dalam kesusasteraan

Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara berbanding

unsur pengaruh Hindu.

2. Struktur isi terbahagi dua bahagian;

i. pokok cerita

ii. cerita-cerita sisipan

3. Watak dan perwatakan

i. watak manusia – kalangan istana dan rakyat biasa

ii. watak binatang – diberi sifat-sifat personifikasi

Watak utama sebagai “tukang cerita” sebagai watak penyelamat melalui cara

bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman – Burung Bayan berperanan

sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan

dan kecurangan ketika suaminya tidak ada di rumah.

4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi – seperti ketabahan, kesetiaan,

kejujuran dan keadilan

5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan. Contoh, sifat dan kelakuan

yang baik ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan

sebagi contoh teladan. Begitu juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa

berbuat sesuatu keburukan akhirnya dapat menghasilkan kebaikan.

Ciri-ciri Cerita Sisipan :

1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok – watak bercerita

berbagai-bagai cerita (iaitu cerita sisipan) dengan tujuan tertentu, iaitu untuk

membuktikan kebenaran atau menyelamatkan keadaan.

2. Isi crita ringkas dan pendek – cerita sisipan dapat mengawal kesatuan cerita

dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.

3. Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan – mempunyai

kesatuan ‘plot’ tema dan watak tersendiri

4. Ada kepelbagaian cerita – dapat memenuhi peranan seb gai alat mengemukakan

amanat dan pengajaran

1

Page 2: nota sastera tra ting6

Cth : Antara contoh karya cerita berbingkai ialah ;

a. Hikayat Bayan Budiman

b. Hikayat Kalila Wa Daminah

c. Hikayat Bakhtiar

d. Hikayat Seribu Satu Malam

Fungsi Cerita Berbingkai.

1. Sebagai alat pendidikan moral

- Isi cerita kaya dengan unsur didaktik dan pendidikan, sebagai contoh teladan

daripada sifat-sifat watak dan peristwa yang berlaku

- Unsur-unsur dan nilai-nilai moral yang tinggi seperti kesetiaan, ketabahan,

kejujuran dan keadilan

- Sifat-sifat watak baik / bermoral tinggi dipertentangkan dengan sifat watak-

watak jahat

- Unsur-unsur keislaman seperti ketaqwaan kepada Allah dan konsep pengajaran

Islam dan pemikiran Islam yang tinggi

2. Sebagai alat hiburan :

- cerita memberi keehatan fikiran

- penyelesaian cerita memberi kemenangan kepada yang benar berupaya

menggembirakan.

CERITA BINATANG

Definisi :

a. Sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan / sastera rakyat Melayub. Disebut juga cerita Mergastuac. Watak binatang ini dapat bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusiad. Dalam cerita binatang, watak manusia hanya sebagai pemburu atau orang yang bodoh, diperdayakan oleh binatang.

Ciri :

i. Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang. Contoh di dalam cerita Hikayat Sang Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain.ii. Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan manusia. Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, sang kancil memainkan peranan tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang.iii. Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia. Contohnya sang kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.iv. Watak manusia tidak dipentingkan, hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang dapat diperdayakan oleh binatang.

Jenis Cerita Binatang :

a. Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, mengapa terjadi sesuatu kepada binatang tertentu. Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas, mengapa puyuh tiada berekor, kenapa ular sawa hilang bisanya.b. Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia,

2

Page 3: nota sastera tra ting6

contoh seperti kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan baying-bayangc. Beast epik iaitu seekor binatang yang memegang watak utama sebagai hero. Contoh cerita Hikayat Pelanduk Jenaka, watak uatamanya ialah seekor pelanduk yang memainkan peranan-peranan tertentu.d. Jenis “sambut menyambut” iaitu rangkaian cerita sebab akibat, menerangkan kenapa perkara itu terjadi dan melibatkan binatang yang banyak. Contoh cerita “Bangau oh bangau” yang dapat menjelaskan sebab dan akibat daripada pertanyaan, kenapa bangau itu kurus.

Fungsi Cerita Binatang :

i. Sebagai hiburan : cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaimanii. Sebagai pengajaran (unsur didaktik) : Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya sang kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana diminta oleh Nabi Sulaiman untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.

Contoh-contoh Cerita Binatang :a. Hikayat Pelanduk Jenakab. Hiakayat Sang Kancil

Huraian - HIKAYAT SANG KANCIL

Menggambarkan kecerdikan atau kepntaran Sang Kancil melalui dua peranan iaitu :a. memperdayakan atau mengalahkan binatang yang lebih besar dan kuatb. menjadi hakim dengan memberikan keputusan yang adil lagi bijaksana

Di samping itu, diperlihatkan juga bahawa Sang Kancil ada masanya tertipu atau dapat dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil atau lemah.

i. Peranan Sang Kancil sebagai watak binatang yang cerdik digambarkan mengenai kejayaannya melepaskan atau menyelamatkan diri ketika menghadapi kesulitan seperti dalam cerita “Sang Kancil memperdayakan gajah”, “Sang Kancil memperdayakan harimau” dan “ Sang Kancil memperdayakan buaya”.Contoh : Sang Kancil memperdaya harimau memukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman.

ii. Peranan Sang Kancil menjadi hakim pula selalunya digambarkan dalam peristiwa menyelesaikan perselisihan faham atau pergaduhan antara dua pihak seperti “Sang kancil menghakimkan perselisihan peminjam dengan tuan punya beliung”, “Sang Kancil menghakimkan dakwaan seorang saudagar terhadap dua orang anak jirannya”, Sang Kancil menghakimkan seorang yang berhutang.Contoh : Sang Kancil menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung yang dipinjamkannya. Dikatakan sudah habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu dan menyatakan kepada Nabi Sulaiman bahawa sewaktu hendak mandi, sungai telah terbakar, jadi badannya penuh dengan abu. Nabi Sulaiman tidak mempercayainya. Sang Kancil bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai kata-kata si peminjam tersebut yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.iii. Peranan Sang Kancil sebagai seekor binatang yang dapat diperdayakan oleh binatang yang lebih kecil atau binatang yang lain seperti dalam cerita Sang Kancil diklahkan oleh siput dalam satu perlumbaan dan Sang Kancil ditipu oleh bangau. Contoh : Melalui cerita Sang Kancil ditipu oleh bangau, digambarkan Sang Kancil berlawan dengan bangau menyeberangi sungai di atas kerak nasi. Apabila kerak nasi itu hancur, Sang Kancil tenggelam tetapi bangau dapat terbang.

* Tiga peranan Sang Kancil di atas, di samping dapat memberi hiburan, juga mempunyai ciri didaktik iaitu memberi pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran dalam menghadapi hidup.

3

Page 4: nota sastera tra ting6

CERITA JENAKA

Definisi :

a. Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyatb. Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucuc. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuand. Unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur.

Ciri-ciri Cerita Jenaka :

a. Cerita-cerita yang bercorak lucu, berkisar pada watak di kalangan raakyat yang lucu. Nama watak melambangkan sifat-sifat watakContohnya watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belalang.

b. Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri.(i) Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan. Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing.(ii) Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni.

c. Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada 3 golongan iaitu :(i) Watak bodoh-sial – cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk

(ii) Watak pintar-bodoh – cerita Pak Pandir(iii) Watak pintar – cerita Pak Belalang dan Si Luncai

d. Dari segi latar, berlaku di alam nyata, masyarakat manusia biasa, suasana masyarakat tani atau nelayan dan tidak bercmpur dengan alam fantasi

e. Berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial

Contoh cerita jenaka Melayu :

Bodoh-sial - Pak Kadok

a. Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai.b. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang.c. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arusd. Setibanya dirumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati.e. Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut sahaja.

Bodoh-sial Lebai Malanga. Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput menghadiri kenduri orang mati, khatam Quraan daaan kenduri Maauludb. Dia terlewat sampai untuk dua kenduri. Pada kenduri ketiga dia diberi leempeng untuk bekalan pulang. Dalam perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya.c. Ditinggalkan bungkus lempeng di bawah pokok dan terus memanjat sigai. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Semasa kejar mengejar dengan anjing, bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah.

4

Page 5: nota sastera tra ting6

Pintar-bodoh Pak Pandir

Contoh kecerdikan Pak Pandir :

a. Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.b. Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak pander menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja.

Contoh kebodohan Pak Pandir

a. Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan.b. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kukuc. Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.

Watak pintar – Pak Belalang

a. Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negarab. Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekor itik setelah mengetahui rahsia daripada nahkoda kapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betinac. Pak Belalang boleh meneka belalang di dalam genggaman raja secara kebetulan sahaja.

Watak Pintar Si Luncai

a. Si Luncai berjaya melekakan pesuruh-pesuruh raja yang diberi tugas untuk membunuhnya. Sedang mereka asyik menyanyi ia terjun ke dalam sungai dan berenang melepaskan dirinyab. Si Luncai berjaya menipu raja setelah memakai pakaian saudagar Keling. Raja

amat hairan. Si Luncai mengatakan dia baharu sahaja pulang dari akhiraty dan datuk nenek raja memberi pesan menyuruh raja datang ke sana. Raja terpedaya dan masuk ke dalam sebuah peti kaca yang dihulur ke dalam lubang. Bila raja mangkat, Si Luncai berkahwin dengan tuan puteri dan menduduki takhta kerajaan.

Fungsi cerita jenaka :

1. Sebagai hiburan – berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.

Contoh :(a) Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “ Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabila berjalan menjemur dada”(b) Gamabaran safat-safat watak yang melucukan – Pak Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana disuruh memanggil lebai untuk majlis kenduri.

2. Pengajarana. Seorang yang bodoh dan lurus selalu ditipu oleh orang lain . Contoh : Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan rajab. Jangan terlalu percaya kepada nujum. Setengah-tengahnya hanya tipu helah sahaja. Contoh, Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampongc. Jangan terlalu mengikut hati yang marah. Akhirnya kita juga yang menyesal. Contohnya, Pak Kaduk yang marah isterinya menyindir, memukul isterinya hingga matid. Jangan terlalu tamak . Contohnya Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menghadiri kenduri.e. Jangan amalkan perbuatan berjudi atau bertaruh dengan harta benda, Amalan ini akan membawa kepada kemusnahan dan kepapaan. Contohnya, dalam cerita Pak Belalang , nakhoda kehilangan kapal dan hartanya kerana dipertaruhkan dengan raja.

5

Page 6: nota sastera tra ting6

3. Sebagai kritikan sosial (mengkriktik perkara-perkara yang tidak baik dilakukan oleh masyarakat)

a. Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya – akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri. Contohnya, cerita Lebai Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri kematian, kenduri khatam Quraan dan kenduri maulud. Akhirnya ketigaa-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya.b. Golongan manusia yang hidup hanya bergantung kepada kemujuran nasib secara kebetulan semata-mata yang tanpa kebijaksanaan akal fikiran dan ilmu pengetahuan, tidak dapat mengekalkan kemewahan hidup. Dalam cerita Pak Belalang, dia terpaksa membakar rumahnya sendiri, sebagai alas an kepada raja yang alat-alat tilikan dan nujumnya telah musnah.c. Golongan manusia yang suka melakukan kerja-kerja membuang masa, melalaikan dengan kegembiraan yang merugikan itu akan membawa keruntuhan moral. Pak Kaduk hidup berjudi, menyabung ayam, akhirnya menang sorak, kampungnya tergadai.d. Golongan raja/ pemerintahan yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu orang bawahannya. Dalam cerita Pak Kaduk, raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam Pak Kaduk yang lebih kuat.e. Golongan raja yang tertipu oleh golongan bawahan seperti dalam kisah Si Luncai sehinga raja terpedayaan dan akhirnya Si Luncai berjaya berkahwin dengan puteri raja.

Cerita Penglipur Lara

DefinisiSejenis cerita rakyat iaitu cerita roman, mengandungi unsur percintaan, peperangan dan pengembaraan. Kisah sekitar golongan istana iaitu putera-puteri raja. Menggambarkan keindahan, kemewahan dan kesaktian putera-puteri raja yang dipenuhi kejadian-kejadian luar biasa. Dituturkan oleh tukang-tukang cerita yang memiliki keistimewaan bercerita / bersifat professional.

Ciri-ciri :

1. Tema : Mengenai pengembaraan, peperangan dan percintaan.Pengembaraan merupakan inti pati cerita, yang mengisahkan wira-wirawati yang terdiri dari putera-puteri raja, keluar istana mengembara. Dalam pengembaraan biasanya penuh dengan dugaan hidup, tetapi kerana ketabahannya ianya dapat mencapai matlamatnya, mungkin mencari jodoh, menyelamatkan tunang atau ramalan nujum. Dikisahkan percintaan wira-wirawati, yang dipisahkan oleh watak-watak jahat, akhirnya dapat bertemu kemabali. Oleh itu pengembaraan sentiasa dipenuhi dengan peperangan anatara wira dan watak jahat. Kemenangan sentiasa di pihak wira. Contoh : Dalam Hikayat Malim Deman mengisahkan Malim Deman telah keluar mengembara mencari isteri Puteri Bongsu setelah bermimpi bertemu dengan seorang wali yang memintanya datang ke rumah nenek kebayan untuk memperolehi isterinya.2. Pusat cerita : putera-puteri raja sebagai wira dan wirawati. Diceritakan tentang rupanya yang cantik, gagah berani, handal sakti dan sentiasa berjaya mengalahkan musuhnya.

3. Struktur isi cerita / plot : terbahagi kepada 3 bahagian

Awal :• Kelahiran wira dan kejadian luar biasa• Kehidupan wira masa kecil

6

Page 7: nota sastera tra ting6

• Menuntut ilmu, kesaktian dan kependekaran

Pengembaraan :• Sebab-sebab mengembara, tujuan tertentu• Halangan, kesusahan dan penderitaan• Peperangan• Percintaan dan perkahwinan• Kesaktian luar biasa

Akhir :• Berjaya mencapai hajat• Kembali ke istana• Bahagia dan memerintah kerajaan

4. Watak dan perwatakan :Terbahagi kepada beberapa golongan :

(i) Watak utama (protagonis)• Terdiri dari kalangan putera-puteri raja• Peranan sebagai wira dan wirawati• Menjadi tumpuan cerita• Diwarnakan seputih-putihnya/baik• Miliki banyak keistimewaan dengan tujuan tertentu akan menghadapi halangan, rintangan dan kesusahan. Wira dapat atasi dengan kepintaran dan kegagahan serta menndapat pertolongan kuasa ghaib.

(ii) Wakat pembantu:• kalangan rakyat biasa• pengasuh, pengiring, dayang kepada wira dan wirawati• nenek kebayan

(iii) watak jahat (antagonis)• dilukiskan hitam / jahat dan buruk

• sebagai watak penghalang kepada wira dalam mencapai sesuatu tujuan dengan segera• sebagai musuh, niat jahat, sering menimbulkan sengketa, permusuhan dan peperangan

5. Cara penyampaian dan gaya bahasai. Penceritaan dalam bentuk prosa (naratif) diselang-selikan dengan bahasa puisi yang indah dan berirama (‘runs’)ii. Kesan penggunaan bahasa puisi itu berupaya menimbulkan keindahan (estetika) kerana bahasa berirama indah dari segi pemilihan kata seperti kata-kata perbandingan atau kiasan , kata perbandingan dari segi ulangan bunyi, rima dan sebagainyaiii. Berkesan dapat menggambarkan suasana yang berbagai-bagai seperti sedih, gembira, terharu, bahagia dan lain-lainiv. Keindahan dari sudut gaya penyampaian dan disampaikan mengikut irama

6. Cara Persembahan :i. Dimulakan dengan upacara-upacara tertentu seperti membakar kemenyan dan membaca jampi serapahii. Cara berpakaian tukang-tukang ceritaiii. Diiringi alat-alat muzik tertentu seperti rebab dan gendangiv. Penyampaian oleh tukang-tukang cerita yang professional

Fungsi Cerita-cerita Penglipur Lara1. Sebagai alat hiburan• Cerita disampaikan oleh tukang-tukang cerita• Tukang cerita menyampaikan cerita secara professional, kebolehan tersendiri, unik dan berupaya menarik perhatian ramai• Cerita-cerita dipenuhi peristiwa fantasi, luar biasa, penuh gambaran kemewahan, kebesaran dan keindahan hidup golongan putera-puteri raja• Gaya tukang cerita menyampaikan cerita, diselang-selikan dengan ungkapan-ungkapan yang indah, disampaikan dengan iringan muzik dengan pelbagai lagu dan rentak sehingga dapat menimbulkan suasana nyaman, indah, gembira yang

7

Page 8: nota sastera tra ting6

menyeronokkan.2. Sebagai suatu pelarian (“escapism”)• Isi cerita menonjolkan gambaran keindahan, kehebatan, kecantikan yang dapat memberi ketenangan fikiran dan kelapangan jiwa kepada rakyat yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan• Mendengar cerita yang indah dan hebat dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang dialami sebenarnya

3. Sebagai alat pendidikan• Cerita peristiwa dan watak-watak yang digambarkan dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi masyarakat.• Nilai-nilai moral dan etika seperti taat kepada pemerintah atau ketua, sifat berdikari menentukan untung nasib melalui pengembaraan, semangat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran jelas tergambar pada watak-watak yang boleh dijadikan panduan dan iktibar

4. Sebagai pengekalan norma dan sistem etika masyarakat• Unsur moral dan etika yang terkandung dalam cerita-cerita penglipur lara dapat diwariskan kepada generasi terkemudian

5. Sebagai alat gambaran masyarakat• Cerita-cerita menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya dari segi sistem pemerintahan yang bersifat feudal itu• Gambaran adap istiadat yang diamalkan di istana• Sistem sosial yang diamalkan baik dari segi pendidikan, kepercayaan, amalan dan sebagainya.

Cerita-cerita Penglipur Lara :o Hikayat Raja Donano Hikayat Anggun Cik Tunggalo Hikayat Raja Mudao Hikayat Malim Demamo Hikayat Awang Sulung Merah Mudao Hikayat Malim Dewa

CERITA PANJI

Definisi :Cerita Panji berasal dari Jawa dan dicipta semasa keagungan empayar Majapahit. Kesusasteraan Panji telah tersebar ke Tanah Melayu.

“..golongan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, putera Kuripan; yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat mitologinya. Pokok utama cerita ialah Panji yang berkelana mencari kekasihnya atau pasangannya yang sering bernama Candera Kirana, Puteri Daha tetapi yang hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama ia berkelana, panji mengalami bermacam-macam perisiwa hingga ia bertemu semula dengan kekasihnya”.

Kesimpulannya kesusasteraan Panji ialah sekumpulan karya yang mengisahkan pengembaraan wiranya iaitu Raden Inu kartapati atau gelarannya Panji, putera Kuripan dalam mencari kekasihnya (tunangan atau isteri) Raden Galuh, puteri Daha atauKediri. Kisah ini penuh dengan percintaan, penyamaran, pengembaraan dan peperangan.

Karya ini dicipta dalam dua bentuk iaitu bentuk puisi dan prosa.

Contoh Cerita Panji :Bentuk Prosa :i. Hikayat Panji Semirangii. Hikayat Cekel Wenang patiiii. Hikayat Carang Kulinaiv. Hikayat Misa Taman Jayeng Kesuma

8

Page 9: nota sastera tra ting6

Bentuk Puisi :i. Syair Ken Tambuhanii. Panji Narawangsaiii. Syair Angreni

Ciri-ciri Umum Cerita panji :a. Dari segi tema :Tema cerita Panji mengenai pengembaraan Panji (Raden Inu Kertapati) mencari kekasihnya / tunangannya Galoh Candera Kirana. Ia melibatkan kisah pengembaraan, penyamaran, percintaan dan peperangan.

b. Struktur isi cerita :i. Bahagian awal - kisah sebelum pengembaraan- mengenai latar Inu Kertapi dan Candera Kirana- hubungan pertunangan- sebab-sebab keluar dari istana

ii. Bahagian Pertengahan – berlaku pengembaraan- tujuan mencari tunangan- wira dan wirawati menyamar dan mengembara- sewaktu pengembaraan hadapi berbagai kesulitan, penderitaan, derita fizikal dan dalaman akibat rindu dendam- pernah beremu tetapi tidak mengenali sebab menyamar

iii. Akhir Cerita :- kekasih bertemu semula- sering mengenali / rahsia terbongkar- berlangsungnya perkahwinan- kembali ke negeri asal-hidup bahagia

- wira dan wirawati mencapai kemenangan

c. Menonjolkan unsur dan peranan dewaPeranan para dewa dikaitkan;i. mengatur dan memilih watak-watak dalam ceritaii. mengadakan peristiwa-peristiwaiii. mengatur geraklaku watak-watak yang dipilihPeranan dewa amat berkesan, berkuasa dan terlibat dalam kehidupan manusia sehari-hari.

d. Unsur penjelmaan dan InkarnasiMerupakan ciri yang dominan (utama), berlaku pada watak-watak sepertii. watak dewa-dewa – menjelma diri sebagai binatang, raksasa, bota dan garuda yang menjadi musuh watak utamaii. watak-watak utama – sebagai penjelmaan dan inkarnasi dari dewa-dewi. Berlaku pada watak Raden Inu Kertapati dan Candera Kirana yang menjelma sebagai geruda, naga, api dan angin

e. Unsur penyamaranMerupakan ciri yang terpenting dan dominan. Berlaku pada watak utama iaitu wira dan wirawati. Tujuan penyamaran untuk keselamatan diri, tidak dikenali asal keturunan sebenarnya. Mengubah identiti masing-masing dari segi nama, rupa paras, cara berpakaian dan perwatakan.

f. Pertukaran namaWatak utama, wira dan wirawati menukar nama dan berlaku beberapa kali dengan nama yang berlainan. Tujuan menukar nama ialah - sesuai dengan peranan dan keadaan untuk nasib baik. - sebagai suatu tradisi Jawa, mempunyai nama waktu lahir berbeza dengan nama ketika dewasa.

9

Page 10: nota sastera tra ting6

- Sesuai dengan peranan baru terutama waktu menyamar

g. Nama tempat dan nama wataki. Berlatarkan alam Jawa di empat buah negeri iaitu Kuripan, Gegelang, Daha dan Singasariii. Nama watak, memakai nama Jawa yang mempunyai makna terttentu dalam bahasa Jawaiii. Nama watak utama dan gelaran bersifat identik. Watak wira anak ratu Kuripan iaitu Raden Inu Kertapati Watak wirawati iaitu Puteri Ratu Daha iaitu Galuh Cendera Kirana Gelaran-gelaran yang biasa seperti Misa, Carang, Undakan, Kelana, Jayeng dan lain-lain Gelaran pangkat dalam istana Jawa seperti Patih, Bupati, Demang, Rangga, Jaksa dan lain-lain.

h. Watak dan perwatakan – terbahagi tiga golongani. Watak utama iaitu wira dan wirawati. - Wira ialah putera Daha iaitu raden Inu Kertapati dan watak wirawati iaitu Galuh Cendera Kirana.- Peranan penting dalam cerita, mengembara, menyamar, berperang, perkahwinan dan sebagainya ii. Watak pembantu / pengiring- pengasuh / dayang kepada wira dan wirawati- sangat setia dan turut mengikut ke mana tuannya pergi- turut mengembara, menyamar dan berperang- gelaran-gelaran tertentu- mendapat ganjaran yang baik di akhir ceritaiii. Watak dari kalangan dewa-dewi- peranan utama sebagai penyelamat kepada watak utama- melakukan penjelmaan/inkarnasi dewa

Fungsi Cerita panji :

a. Sebagai bahan hiburanb. Menyampaikan pengajaran dan pendidikan moral- watak ‘putih’, kekuatan dan kebaikan akan mencapai kemenangan- watak ‘hitam’ yang melakukan kejahatan akan mendapat balasan yang setimpalc. Menekankan kepentingan nilai janji perlu ditepati- apabila berjanji, berusaha menepati janji- terima balasan buruk jika tidak menepati janjid. Menonjolkan unsur “keadilan” – kebaikan akan mendapat kemenangan dan manakala keburukan akan menerima balasan buruke. Memperlihatkan sifat-sifat dan moral baik patut dicontohi sifat ikhlas, baik hati, pemaaf dan merendah diri.

10

Page 11: nota sastera tra ting6

CERITA TELADAN

Definisi :

Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesuasateraan rakyat / sastera lisan.

Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan

gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan,

sebaliknya watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan

perbuatan yang dilakukan oleh mereka.

Ciri-ciri Cerita Teladan

a. Berlatarkan rakyat biasa dan alam nyata.

Dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah (BPBM) mengisahkan tentang rakyat

biasa iaitu watak Pak Ali, isteri-isterinya Mak Labu dan Mak Kundur serta dua

orang anaknya iaitu Bawang Putih dan Bawang Merah. Berlatarkan sebuah podok

di pinggir hutan.

b. Unsur kebetulan memainkan peranan penting dalam cerita, terutama sebagai

titik perubahan watak utama

Dalam cerita BPBM, Datuk Hulubalang dan Datuk Panglima tersua dengan

Bawang Merah. Mereka tertarik dengan kecantikan BM dan tertawan dengan

kemerduan suara BM. Pada waktu itu kebetulan BM sedang bergurindam dan

berbuai di pohon beringin. Peristiwa itu merupakan titik perubahan kepada BM

daripada rakyat biasa telah menjadi permaisuri raja.

c. Cerita ini mengetengahkan gagasan bahawa watak baik itu akan mendapat

pembelaan, sebaliknya watak jahat akan mendapat pembalasan sewajarnya.

Bawang Merah, watak baik menjadi permaisuri raja. Mak Kundur telah dijatuhkan

hukuman sebat dengan ekor pari dan bunuh, akhirnya tidak dibenarkan tinggal

dalam negeri setelah mendapat kebenaran daripada permaisuri

d. Cerita teladan penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang

diterapkan melalui nilai-nilai murni.

11

Page 12: nota sastera tra ting6

SASTERA AGAMA

Cerita-cerita Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam. Tergolong dalam hikayat-

hikayat sumber Islam atau lagenda Islam.

Definisi :

- karya bercorak cereka (naratif)

- mengisahkan tokoh-tokoh Islam yang terdapat dalam sejarah perkembangan

Islam

- watak terdiri daripada tokoh-tokoh Islam dalam sejarah

- perwatakan diadun dengan berbagai-bagai unsure fiksyen

- cerita tentang tokoh Islam bersifat karya sastera.

Ciri-ciri isi karya :

1. Cerita tentang tokoh Islam dan kisah-kisah Nabi Muhammad yang berlatarkan

sejarah Islam serta diolah kembali dengan dimasukkan unsur mitos dan legenda,

memperkenalkan tokoh-tokoh Islam untuk menggantikan tokoh-tokoh

kesusasteraan Hindu di kalngan rakyat jelata.

2. Cerita tentang tokoh Islam berunsur legenda dan bercampukaduk dengan bahan

fiksyen. Isinya memperkenalkan dan mengagung-agungkan tokoh-tokoh dan

kebesaran Islam.

3. Ciri-ciri kekitaban – format penulisan naratif dan pengajian Islam

4. Diselitkan unsur khutbah dan fatwa pada bahagian awal dan akhir cerita

5. Memakai format ‘doksologi’ pada permulaan hikayat dan akhir cerita,

dimasukkan :

Permulaan : didahulukan dengan bacaan – ‘Bismillah-ir-Rahman…..’

Akhir : ayat ringkas ‘Wal-lahu ‘alamu bis sawab’.

Penutup : doa panjang – puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi

Muhammad s.a.w.

R.O Winstedt menggolongkannya ke dalam cerita-cerita yang bercorak legenda

Islam.

Tokoh-tokoh :

a. Sebelum Islam

Hikayat Zulkarnain

Hikayat Amir Hamzah

b. Sezaman dengan Nabi Muhammad

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

c. Tokoh Tempatan – Cerita yang disadurkan dengan keadaan tempat

Hikayat Raja Khandak

d. Kisah Nabi Muhammad

Hikayat Nur Muhammad

Hikayat Bulan Berbelah

Hikayat Nabi Bercukur

Hikayat Nabi Wafat

Hikayat Nur Muhammad

Kisah bahawa Nur diciptakan oleh Tuhan mendahului ciptaan segala benda. Dari 12

Page 13: nota sastera tra ting6

Nur, Tuhan mencipta nabi, malaikat, bulan, angina, air dan api. Nur kemudiannya

mengislamkan api, angina, air dan tanah.

13