terjemahan teks sastera puisi

24
TERJEMAHAN TEKS SASTERA - PUISI Dr. Maheram Ahmad Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM [email protected] [email protected]

Upload: maheram-ahmad

Post on 20-Jun-2015

897 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

mengemukakan kaedah menterjemahkan puisi.

TRANSCRIPT

Page 1: Terjemahan teks sastera   puisi

TERJEMAHAN TEKS SASTERA - PUISI

Dr. Maheram AhmadJabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam, FPI, [email protected]

[email protected]

Page 2: Terjemahan teks sastera   puisi

TEKS SASTERA

o Definisi:Sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. (Lalita Sinha & Siti Aminah Hamdan 1994: 892)

o Jenis teks Sastera: (Puisi spt syair, pantun, gurindam dan Prosa spt cerpen dan novel)

Page 3: Terjemahan teks sastera   puisi

DEFINISI PUISI

• Qudamat ibn Ja،far mendefinisikan al-syi،r sebagai: على يدل ُم0َق.َّف,ى ُم.ْو5زون قْول ,Kata-kata yang berwazan) ُمعنىberqafiyah, dan menunjukkan makna) (Muhammad ،Abd al-Mun،im Khafaji t.th: 64).

Page 4: Terjemahan teks sastera   puisi

CIRI-CIRI PUISI

• Puisi mengungkapkan tentang suatu perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat, dan dengan keterpengaruhan yang mendalam, ia memandang kehidupan dengan pandangan yang tidak mungkin difahami dan diungkapkan dengan hanya sekadar mengikut mantiq atau berdasarkan bukti dan dalil semata-mata.

Page 5: Terjemahan teks sastera   puisi

CIRI-CIRI PUISI

• Kata-kata yang digunakan dalam puisi perlu dipilih dengan betul dan teliti. Sekiranya topik yang dibicarakan menyangkut tema ghazal (cinta), maka perkataan yang dipilih seharusnya lembut, halus dan sesuai dengan tema tersebut. Ciri pertama dan kedua ciri ini dipersetujui sebulat suara.

Page 6: Terjemahan teks sastera   puisi

CIRI-CIRI PUISI

Puisi disusun mengikut susunan muzik atau bunyi yang khusus, yang diungkapkan melalui wazan/rima.

Puisi Arab terikat dengan qafiyah, terutamanya puisi klasik.

Walaupun begitu, pada zaman moden ini muncul sekumpulan penyair baru, iaitu penyair al-syi،r al-hurr (sajak bebas).

Page 7: Terjemahan teks sastera   puisi

CIRI-CIRI PUISI

• Puisi lirik (terutamanya dalam bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu dan Pashto) yang umumnya bertemakan cinta dan arak, biasanya mengandungi lima hingga dua belas bait yang kesemua rimanya sama (Glosari bahasa dan kesusasteraan Arab 2002: 130).

Page 8: Terjemahan teks sastera   puisi

PENTERJEMAH PUISI

Melengkapkan diri dengan semua kelayakan yang perlu ada pada seorang penterjemah.

Memiliki bakat kepenyairan yang tinggi.Tahu menikmati dan menghayati puisi –

karya sastera.Meminati puisi.Lagi baik, kalau dia juga seorang panyair.

Page 9: Terjemahan teks sastera   puisi

KAEDAH MENTERJEMAH PUISI• Bassnett-McGuire (1980: 81-82) memetik

pendapat Andre Lafevere yang mengemukakan 7 cara untuk menterjemahkan puisi, iaitu:

• i). Terjemahan fonemik (Phonemic translation): kaedah ini cuba mencipta kembali bunyi yang terdapat dalam teks asal ke dalam teks sasaran, dan pada masa yang sama cuba menghasilkan satu parafrasa yang boleh diterima.

Page 10: Terjemahan teks sastera   puisi

KAEDAH MENTERJEMAH PUISI

• ii). Terjemahan literal (Literal translation): teks asal diterjemahkan secara kata demi kata yang mengakibatkan karya terjemahan yang terhasil tidak boleh difahami dengan baik, malah isi dan sintaksis asal juga turut terpesong.

• iii). Terjemahan metrikal / polairama (Metrical translation): kriteria utama dalam kaedah ini ialah mencipta semula metre puisi asal dalam puisi terjemahan. Andre Lefevere menyimpulkan bahawa kaedah ini sama sahaja dengan kaedah literal, iaitu ia menfokuskan satu aspek sahaja sedangkan banyak lagi aspek lain yang perlu diberi perhatian.

Page 11: Terjemahan teks sastera   puisi

KAEDAH MENTERJEMAH PUISI

• Menterjemahkan puisi ke bentuk prosa: Andre Lefevere memutuskan bahawa akan berlaku penyelewengan atau pemesongan dari segi maksud atau makna yang terkandung dalam teks asal, nilai komunikatif, dan sintaksis, walaupun pemesongan atau penyelewengan itu kurang sedikit daripada apa yang terhasil ketika kaedah metrikal atau literal digunakan.

Page 12: Terjemahan teks sastera   puisi

KAEDAH MENTERJEMAH PUISI

• Terjemahan berima (Rhymed translation): Apabila kaedah ini digunakan, penterjemah akan terjebak dalam metre dan rima.

• vi) Terjemahan ke bentuk rangkap tanpa rima (Blank verse translation): Mengikut kaedah ini, penterjemah akan menterjemahkan teks asal ke bentuk rangkap tanpa rima, iaitu ke bentuk sajak bebas. Penterjemah akan berhadapan dengan masalah mencari atau memilih struktur yang sesuai. Walau bagaimanapun, tahap ketepatan terjemah adalah lebih tinggi.

• vii). Interpretasi (Interpretation).

Page 13: Terjemahan teks sastera   puisi

SAFA’ KHALUSI – Kaedah menterjemah

• Safa’ Khalusi (2000) mengatakan bahawa puisi boleh diterjemahkan secara:

I. Terjemahan tafsiriyyah (parafrasa),

II. Terjemahan talkhisiyyah (precis-translation), dan

III. Terjemahan wazaniyyah (metrikal).

Page 14: Terjemahan teks sastera   puisi

SAFA’ KHALUSI – Terjemahan Tafsiriyyah

• Terjemahan tafsiriyyah (parafrasa) dilakukan dengan menterjemahkan teks asal ke bentuk prosa. Penterjemah dibenarkan menterjemahkan teks asal dengan membuat sedikit peluasan (penjelasan) untuk mengelakkan atau untuk menjelaskan kekaburan dan ketaksaan yang terkandung dalam teks tersebut. Biasanya penterjemah akan menggunakan bahasa yang mudah untuk menjelaskan apa yang tidak difahami oleh pembaca / khalayak. Sebelum terjemahan ini dilakukan, ada beberapa langkah yang perlu diikut, iaitu:

•  

Page 15: Terjemahan teks sastera   puisi

SAFA’ KHALUSI

Teks asal hendaklah dibaca dua atau tiga kali agar makna/maksud yang terkandung dalam teks itu dapat difahami dengan betul.

Terjemahan hendaklah dilakukan ayat demi ayat, bukannya perkataan demi perkataan. Dengan kata lain, yang diterjemahkan ialah idea / isi, bukannya lafaz / perkataan.

Setiap perkataan dan struktur ayat puisi itu perlu sepadan dengan perkataan dan struktur ayat yang terdapat / selalu digunakan dalam prosa. Perlu diingat bahawa ada kalanya perkataan-perkataan yang digunakan dalam teks asal, khususnya yang ditulis oleh penulis terdahulu sudah mendapat makna baru.

Page 16: Terjemahan teks sastera   puisi

Sambungan Terjemahan Tafsiriyyah

a. Penterjemah perlu berusaha sedaya upaya untuk menerangkan makna keseluruhan teks asal tersebut. Penterjemah dibolehkan menambah apa yang patut dan menggugurkan apa yang tidak perlu.

b. Sekiranya perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam teks asal sesuai dan boleh digunapakai, maka ia perlu dikekalkan.

c. Ayat-ayat yang panjang boleh dipotong-potong untuk mendapatkan ayat yang pendek dan mudah.

Page 17: Terjemahan teks sastera   puisi

Sambungan Terjemahan Tafsiriyyah

d. Penterjemah perlu berusaha untuk mengekalkan gaya dan dialek teks asal.

e. Perlu diingat bahawa bentuk prosa yang terhasil nanti perlulah sama atau tidak terkeluar daripada bentuk prosa yang digunakan sekarang (Safa’ Khalusi 2000: 179-180).

Page 18: Terjemahan teks sastera   puisi

Safa’ Khalusi – Terjemahan Talkhisiyyah

• Merupakan terjemahan yang menjaga isi teks asal dengan mengekalkan ungkapan dan ayat-ayat inti/penting. Maksudnya, ayat-ayat yang tidak penting boleh digugurkan. Terjemahan ini juga perlu dibuat berdasarkan langkah-langkah berikut:

•  

a. Baca teks asal dengan cepat untuk mengetahui isi kandungannya.

b. Kemudian, baca teks itu semula dengan sepenuh perhatian, dua atau tiga kali untuk mendapatkan kefahaman yang jelas. Makna teks asal perlu difahami betul-betul.

Page 19: Terjemahan teks sastera   puisi

Sambungan

c. Kemudian tulis poin-poin penting di atas kertas. Berikan perhatian kepada ungkapan-ungkapan penting/utama dalam setiap bait/perenggan.

d. Simpan poin-poin penting itu dalam ingatan. Jauhkan teks asal dan catatan-catatan yang dilakukan tadi. Sebaliknya, penterjemah mula menulis semua perkara yang disimpan dalam memori tadi dengan menggunakan bahasa dan gaya yang tersendiri.

Page 20: Terjemahan teks sastera   puisi

Sambungan

e. Ringkasan boleh dibuat dengan menggunakan kata ganti nama diri ketiga, menggunakan kata kerja kala lampau dan ditulis dalam satu perenggan sahaja.

f. Perlu diingat bahawa tujuan ringkasan dibuat adalah untuk mengemukakan intipati teks asal. Oleh itu, penterjemah tidak dibenarkan menambah apa-apa sahaja daripada dirinya.

Page 21: Terjemahan teks sastera   puisi

Sambungan

• Perlu menjaga kesesuaian antara ringkasan yang dibuat dengan pelbagai bahagian teks asal itu. Perhatian perlu diberikan terhadap setiap bahagian ringkasan itu berdasarkan kepentingan teks asal.

• h. Idea dan isi ringkasan itu hendaklah berturutan sama seperti yang terdapat dalam teks asal.

• i. Ringkasan yang terhasil nanti jangan pula lebih panjang daripada teks asal. Ia hendaklah lebih pendek daripada teks asal (Safa’ Khalusi 2000:187-188).

Page 22: Terjemahan teks sastera   puisi

Safa’ Khalusi – Terjemahan Wazaniyyah

• Merupakan terjemahan yang dilakukan berdasarkan wazan teks asal. Maknanya, penterjemah akan menterjemahkan teks asal (misalnya puisi Arab) ke bentuk puisi juga dalam bahasa sasaran dengan cuba memakaikan wazan teks asal itu kepada teks sasaran.

Page 23: Terjemahan teks sastera   puisi

Kesimpulan

• Sebelum menterjemah puisi, penterjemah perlu memahami dahulu puisi tersebut, menganalisis makna dan mesej yang ingin disampaikan, kemudian memilih kaedah yang sesuai dengan bakat dan kemampuannya.

Page 24: Terjemahan teks sastera   puisi

Sekian, Terima kasih

Jumpa lagi