contoh soalan sastera 2014

29
Konflik Watak Soalan : Dalam novel ini Jalil digambarkan terlibat dalam konflik. Bagaimana konflik tersebut berlaku ? Jawapan : Konflik merupakan pertentangan dalam watak atau dalam diri watak. Pertentangan antara watak lebih dikenali sebagai konflik luaran manakala pertentangan dalam diri watak merupakan konflik dalaman. Dalam novel ini konflik luaran dapat dilihat menerusi konflik di antara Jalil dengan ibunya, Mak Teh. Jalil merasa kesal kerana ibunya, Mak Teh telah menjual tanah pusaka arwah ayahnya kepada Pak Amat yang tinggal di Gurun tanpa pengetahuannya. Konflik di antara Jalil dengan abangnya Muhsin. Jalil kecewa dengan sikap abangnya Muhsin yang tinggal di Kuala Lumpur yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap ibunya di kampung. Muhsin jarang pulang ke kampung dan tidak pernah menghantar wang kepada ibunya di kampung. Konflik di antara Jalil dengan Pak Lang Ali. Jalil kesal dengan sikap Pak Lang Ali yang tidak mahu ikut sama pergi ke rumah Pak Amat di Gurun untuk membayar balik harga tanah arwah ayahnya sebanyak RM10 ribu. Konflik di antara Jalil dengan Pak Ngah Kadir. Jalil tidak senang hati terhadap Pak Ngah Kadir yang memandang serong terhadap diri dan keluarganya di kampung Bukit Nibung. Konflik di antara Jalil dengan penduduk kampung Bukit Nibung. Jalil sedih dengan keputusan mesyuarat penduduk kampung Bukit Nibung yang mahu menghalaunya keluar dari kampung tersebut selepas dia selesai menduduki peperiksaan SPM. Konflik Kudin dengan Jalil. Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga sanggup menabur serpihan kaca di tapak semaian Jalil sehingga kakinya luka berdarah kerana terpijak serpihan kaca tersebut. Konflik Rosman dan rakan-rakannya dengan Jalil, contoh Rosman iaitu sepupu Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga berlaku pergaduhan di tengah Jalan sewaktu Jalil balik dari kedai Ah Bee membeli minyak tanah.

Upload: khaliladalisya

Post on 10-Feb-2016

62 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan Sastera 2014

Konflik Watak

Soalan : Dalam novel ini Jalil digambarkan terlibat dalam konflik. Bagaimana konflik tersebut berlaku ?

Jawapan : Konflik merupakan pertentangan dalam watak atau dalam diri watak. Pertentangan antara watak lebih dikenali sebagai konflik luaran manakala pertentangan dalam diri watak merupakan konflik dalaman.

Dalam novel ini konflik luaran dapat dilihat menerusi konflik di antara Jalil dengan ibunya, Mak Teh. Jalil merasa kesal kerana ibunya, Mak Teh telah menjual tanah pusaka arwah ayahnya kepada Pak Amat yang tinggal di Gurun tanpa pengetahuannya.

Konflik di antara Jalil dengan abangnya Muhsin. Jalil kecewa dengan sikap abangnya Muhsin yang tinggal di Kuala Lumpur yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap ibunya di kampung. Muhsin jarang pulang ke kampung dan tidak pernah menghantar wang kepada ibunya di kampung.

Konflik di antara Jalil dengan Pak Lang Ali. Jalil kesal dengan sikap Pak Lang Ali yang tidak mahu ikut sama pergi ke rumah Pak Amat di Gurun untuk membayar balik harga tanah arwah ayahnya sebanyak RM10 ribu.

Konflik di antara Jalil dengan Pak Ngah Kadir. Jalil tidak senang hati terhadap Pak Ngah Kadir yang memandang serong terhadap diri dan keluarganya di kampung Bukit Nibung.

Konflik di antara Jalil dengan penduduk kampung Bukit Nibung. Jalil sedih dengan keputusan mesyuarat penduduk kampung Bukit Nibung yang mahu menghalaunya keluar dari kampung tersebut selepas dia selesai menduduki peperiksaan SPM.

Konflik Kudin dengan Jalil. Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga sanggup menabur serpihan kaca di tapak semaian Jalil sehingga kakinya luka berdarah kerana terpijak serpihan kaca tersebut.

Konflik Rosman dan rakan-rakannya dengan Jalil, contoh Rosman iaitu sepupu Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga berlaku pergaduhan di tengah Jalan sewaktu Jalil balik dari kedai Ah Bee membeli minyak tanah.

Konflik Latifah dengan Jalil. Latifah sedih dan menangis apabila Jalil membakar dangaunya dan membuat keputusan meninggalkan kampung Bukit Nibung untuk pergi ke Kuala Lumpur mencari kerja.

Konflik di antara Jalil dengan Pak Amat. Jalil kecewa dan kesal dengan sikap Pak Amat yang mungkir janji tidak mahu memulangkan semula tanah arwah ayahnya.

Manalaka dalam aspek konflik dalaman Jalil memperlihatkan beberapa konflik dalaman seperti Jalil memendam rasa kesal dalam dirinya. Jalil memendam rasa kesal terhadap sikap ibunya, Mak Teh yang pernah mendesak arwah ayahnya supaya menjual tanah kampung tanpa geran kepada Pak Jid semata-mata untuk

Page 2: Contoh Soalan Sastera 2014

memenuhi permintaan Muhsin yang ingin membeli motorsikal.

Bingung. Jalil bingung apabila terdengar berita angin daripada penduduk kampung Bukit Nibung yang Biah telah lari ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Muhsin, abangnya.

Tidak tenteram. Jalil menjadi tidak tenteram jiwanya apabila terdengar berita orang-orang kampung Bukit Nibung yang menuduh Biah lari bersama Muhsin ke Kuala Lumpur.

Malu, Jalil merasa malu kepada rakan-rakan di kelasnya kerana dimarahi oleh Miss Ong, guru mata pelajaran Biologi kerana sering tidak hadir ke sekolah. Miss Ong risau prestasi mata pelajaran Biologi Jalil akan jatuh jika sering tidak hadir ke sekolah.

Bimbang. Jalil bimbang dengan tindakan ibunya yang hendak pergi ke rumah Pak Ngah Kadir untuk mengajaknya berbincang mengenai hubungan Biah dengan Muhsin. Jalil bimbang Pak Ngah Kadir tidak akan bersetuju kerana dia telah menanggung malu.

Sedih. Jalil sedih kerana rumah yang didiaminya semenjak lapan belas tahun yang lalu sudah tidak wujud lagi kerana dirobohkan oleh ibunya sendiri.

Sebak. Jalil sebak mengenangkan segala peristiwa yang berlaku. Dia telah menjadi mangsa daripada kesilapan orang lain.

Serba salah. Jalil menjadi serba salah sama ada untuk menjawab atau tidak panggilan Latifah yang datang ke dangaunya untuk menghantar nasi kenduri kahwin yang disuruh oleh Biah.

1.Novel Dari Lembah Ke Puncak, karya Ghazali Lateh kaya dengan unsur kemanusiaan.Berdasarkan pernyataan ini,huraikan: a)Unsur kegigihan (10 markah)b)Unsur kasih sayang (10 markah)

2.Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak, a)Huraikan lima aspek binaan novel ini. (10 markah)b)Jelaskan lima peristiwa yang diceritakan melalui teknik imbas kembali.(10 markah)

3.Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak,a)Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.(10 markah)b)Huraikan perwatakan Jalil dalam novel tersebut.(10 markah)

4. “Tapi apa? Abang engkau tu jahat? Begitu?Dia tu balik setahun sekali pun susah, bagaimana pula nak larikan anak dara orang?”(Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke Puncak)

a)Siapakah watak yang menuturkan dialog di atas?(2 markah)

Page 3: Contoh Soalan Sastera 2014

b)Huraikan perwatakan watak di atas.(10 markah)c)Jelaskan empat pengajaran dalam novel.(8 markah)

5.Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak, huraikan :a)Lima Latar Masyarakat yang terdapat dalam novel(10 markah)b)Lima Unsur Budaya yang terdapat dalam novel(10 markah)

Skema Jawapan

Soalan 1a)Unsur Kegigihan i – Kegigihan untuk mempertahankan tanah pusaka Cth: Jalil berusaha dengan gigih untuk mengumpul wang hasil daripada melukis lukisan yang dibekalkan ke hotel-hotel bagi menebus kembali tanah pusaka yang dijual oleh ibunya.(2 markah)ii – Kegigihan menuntut ilmuCth: Jalil terpaksa menebalkan muka meminta wang baki tanah yang dijual oleh Pak Teh bagi membiayai pembelian motosikal Mohsin dahulu daripada Pak Cik Jid untuk menampung tambang dan wang pendaftaran ke SekolahTeknik.(2 markah)iii - Kegigihan mencari rezekiCth: Jalil meneruskan usaha menanam padi walaupun luka di bahagian kaki yang dialaminya belum sembuh.(2 markah)iv – Kegigihan mencapai cita-citaCth: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat perniagaannya hingga berjaya membina Taman Tema di kampungnya. (2 markah)v – Kegigihan mengubah nasibCth:Jalil sanggup melakukan pelbagai pekerjaan seperti membela kerbau,pesawah padi, menjadi pelukis untuk mengubah nasibnya.(2 markah)

b)Unsur kasih sayangi – Kasih sayang antara bapa terhadap anakCth: Pak Lang Ali sayang akan anaknya dengan mengambil berat tentang anaknya, Latifah yang sering berjumpa dengan Jalil.(2 markah)ii – Kasih sayang terhadap keluargaCth: Jalil menyayangi dan menghormati ibunya. Dia sering berkunjung ke rumah baru ibunya. (2 markah)iii – Kasih sayang terhadap haiwanCth: Jalil menjaga kerbau kesayangannya dengan baik.(2 markah) iv – Kasih sayang seseorang terhadap kekasih.Cth:Jalil menyayangi Latifah walaupun pada mulanya mendapat tentangan daripada ayah Latifah.(2 markah) v – Kasih sayang terhadap kampung halaman.Cth: Jalil sayang akan kampung halamannya sanggup pulang ke kampung untuk membangunkan kampung tersebut setelah dia tamat belajar.(2 markah)

Page 4: Contoh Soalan Sastera 2014

Soalan 2a)Aspek binaan novel.i-Tema novel mengenai kegigihan dan ketabahan untuk mencapai cita-cita-Jalil gigih berusaha sejak dia remaja lagi-Berusaha menyara sendiri hidup di samping belajar di sekolah.-Setelah tamat belajar, Jalil bertugas sebagai CEO Syarikat Alam Hijau.-Gigih memenuhi cita-cita untuk membawa perubahan di kampungnya.(2 markah)ii-Persoalan novel ini, termasuklah kepentingan pendidikan untuk mengubah hidup. -Jalil meneruskan pelajaran sambil bekerja hingga berjaya memasuki universiti.(2 markah)iii –Plot merupakan perkembangan cerita perjalanan hidup watak utama, iaitu Jalil dari remaja sehingga dewasa. -Binaan plot disokong dengan konflik, saspens dan sebagainya. -Binaan plot terdiri daripada permulaan cerita, perkembangan dan peleraian.(2 markah)iv - Latar tempat novel ini ialah Kampung Bukit Nibung, Jenun.-Latar masa pula digambarkan masa kini iaitu dalam jangka masa 15 tahun pada zaman pembangunan.-Latar masyarakat ialah masyarakat yang berhijrah dari desa ke bandar.(2 markah)v – Watak utama ialah Jalil-Perwatakan Jalil ditunjukkan melalui sikap dan tindakannya sejak zaman remaja hingga dewasa-Berjaya menjawat jawatan CEO di Syarikat Alam Hijau.(2 markah)

b)Peristiwa Imbas kembalii.Jalil mengingati tentang sebahagian tanah darat di sebelah rumah mereka tergadai kepada Pak Cik Jid akibat sikap terburu-buru Mak Teh yang bertujuan untuk memenuhi permintaan Muhsin membeli motosikal.(2 markah)ii.Jalil mengingati saat-saat kematian bapanya. Ketika itu bapanya yang tenat menunjukkan sesuatu pada kasau atap di atas lang rumah yang mengandungi wang kertas RM50 yang terselit di celah songkok.(2 markah)iii.Jalil teringat sejarah hidupnya semenjak kecil yang tidak mengenal erti kesenangan. Semasa di sekolah rendah, jarang-jarang sekali dia membawa duit belanja.(2 markah)iv.Kisah Pak Teh meneroka tanah paya untuk dijadikan sawah. Pak Teh menghadapai cabaran yang sukar ketika membuka kawasan itu dan sehingga kini tidak mendapat geran. Pak Teh begitu marah apabila tanah yang diteroka itu diceroboh oleh Ah Tong.(2 markah)v.Jalil teringat betapa susahnya dia hendak melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik. Ketika itu Pak Teh baru sahaja meninggal dunia.Wang tidak ada langsung dan dia terpaksa menebalkan muka untuk meminta wang daripada Pak Cik Jid.(2 markah)

Soalan 3a)Persoalani.Sikap anak muda yang tidak berminat untuk menceburi bidang pertanian. Contoh, Muhsin yang tidak bersekolah tidak berminat untuk bekerja di sawah menolong Pak Teh. Dia pergi ke bandar menjadi buruh binaan. Begitu juga anak-anak muda di kampung itu.(2 markah)ii.Sikap tanggungjawab seorang anak untuk menyempurnakan amanat arwah bapanya. Contoh, Jalil sentiasa sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Pak Teh bagi mengusahakan tanah sawah dan usaha untuk mendapatkan geran tanah tersebut.(2 markah)

Page 5: Contoh Soalan Sastera 2014

iii.Sikap terburu-buru sering menimbulkan masalah kepada orang lain. Contoh, sikap Mak Teh yang bertindak secara tergesa-gesa berpinah rumah dan menjual tanah tapak rumah akibat terdesak telah menyusahkan Jalil(2 markah)iv.Sikap simpati dan tolong menolong dengan jiran tetangga. Contoh, Latifah simpati terhadap Jalil yang tinggal seorang diri di pondok dan sering menghantar makanan kerana simpati dengan Jalil. (2 markah)v.Fitnah memberikan kesan buruk kepada masyarakat. Contoh, Pak Ngah Kadir yang menuduh Mohsin melarikan Biah menyebabkan penduduk kampung membenci dan memulaukan keluarga Jalil. (2 markah)vi.Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Contoh, Jalil sentiasa memberikan wang belanja kepada ibunya di kanpung walaupun sentiasa sibuk dengan pekerjaan di bandar. 2 markah)

b)Perwatakan Jalil-Jalil bersikap prihatin terhadap ibubapanya. Contoh, dia selalu membantu bapanya di sawah dan mengirimkan wang kepada ibunya semasa bekerja di bandar (2 markah)-Seorang yang gigih. Contoh dia tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Dia tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah sebaliknya, menjadikankekecewaaan itu sebagai pembakar semangat.(2 markah)-Seorang yang rajin. Contoh, Jalil rajin bekerja di sawah/ketika bekerja dengan Joe dia jarang-jarang mengambil cuti walaupun hari minggu.(2 markah)-Seorang yang penyayang. Contoh, dia menyayangi setiap yang dimilikinya seperti Awang kerbau tua yang telah membantunya di sana. (2 markah)-Bersikap amanah dan menepati janji. Contoh, dia tetap berpegang kepada amanah arwah bapanya dan menepati janji mulut dengan Pak Amat untuk membayar harga tanah miliknya yang telah dibeli oleh Pak Amat.(2 markah) -Bijaksana mengatur masa dan bijaksana dalam akademik. Contoh, Jalil dapat membahagikan masa untuk belajar dan bekerja di sawah / dia juga sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan semasa di sekolah rendah / keputusan yang baik dalam SRP serta cemerlang dalam SPM. (2 markah) -Seorang yang berbakat dalam bidang seni. Contoh, dia pandai melukis semasa remaja dan tahu meniup serunai dan gendang silat.(2 markah)

Soalan 4a)Mak Teh / Mak Jalil(2 markah)b)Perwatakan Mak Teh :i. Bersikap-terbutru-buru dalam mengambil tindakan.Contoh dia berpindah dan menjual tanah tempat tinggal mereka, kemudian meninggalkan kampung kerana tidak tahan dengan cercaan orang-orang kampung.(2 markah)ii. Suka mendesak. Contoh, Mak Teh mendesak Pak Teh supaya menjual tanah untuk membeli motorsikal yang dikehendaki oleh Muhsin.(2 markah)iii. Bersikap pilih kasih kasih. Contoh, Mak Teh selalu membela Muhsin walaupun Muhsin banyak melakukan kejahatan.(2 markah)iv. Ego dan tidak tahu mengalah. Contoh, dia meminang anak dara dari Yan untuk dijodohkan dnegan Muhsin kerana tidak mahu kalah dengan Pak Ngah Kadir.(2 markah)c)Pengajarani.Kita hendaklah menghormati ibu dan bapa. Contohnya, Jalil menghormati bapanya dan

Page 6: Contoh Soalan Sastera 2014

menurut perintah bapanya untuk mengusahakan sawah serta menghormati ibunya walaupun ibunya banyak kali mengecewakan Jalil.(2 markah)ii.Kita hendaklah rajin berusaha. Contoh,Jalil bekerja dengan rajin disawah setelah dua musim sawah itu tidak diusahakan oleh bapanya kerana bapanya sakit.(2 markah)iii.Kita hendaklah gigih menghadapi cabaran. Contoh, Jalil tabah menghadapi cabaran seperti cercaan daripada keluarga Pak Ngah kadir yang menyebabkan keluarganya dipulaukan.(2 markah)iv.Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan pertolongan. Contoh, Latifah menolong Jalil yang tinggal seorang diri dengan menghantar makanan kepadanya/ membalut luka Jalil akibat tertusuk kaca/menolong Jalil membayar yuran SPM.(2 markah)v.Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan tegas.Contoh, Mak Teh terlalu memanjakan Mohsin dan menunaikan segala permintaannya ingga menyebabkan Muhsin malas berusaha.(2 markah) vi.Jangan membuat fitnah terhadap orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri. Contoh Pak Ngah Kadir memfitnah Muhsin melarikan Biah.(2 markah)

Soalan 5a)Latar masyarakat dalam novel :i.Masyarakat yang tolong menolong dan bekerjasama.Contoh, pendudukkampung Bukit Nibung bergotong royong untuk menjayakan majlis kenduri kahwin di rumah Biah / Latifah menolong l membayar yuran SPMJalil / Ah Bee memberikan minyak tanah, makanan dan ikan kering kepada Jalil.(2 markah)ii.Masyarakat yang setiakawan.Contoh,walaupun Jalil mendapat peluang perniagaan yang lebih baik dia tetap mengambil Joe sebagai rakan kongsi dalam syarikatnya.(2 markah)iii.Masyarakat yang sedia memaafkan. Contoh Jalil telah memaafkan Kudin atas kesalahannya masa lalu seperti menabur kaca di sawah serta menghantar Rosman untuk memukulnya.(2 markah) iv.Masyarakat yang prihatin.Contoh, Latifah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Jalil.Dia memberikan makan dan membantu Jalil membayar yuran peperiksaan.(2 markah)v.Masyarakat yang mengenang jasa. Contoh, Ah Bee mengenang jasa Pak Teh yang telah menyelamatkan mereka pada zaman darurat.Dia berazam memberikan bantuan kepada Jalil sebagai mengenang jasa Pak Teh.(2 markah)

b)Unsur Budayai.Nama Watak. Contoh menggambarkan budaya ,asyarakat tempatan yang mengutamakan hubungan persaudaraan. Contoh, panggilan Pak Teh, Mak Teh, Pak Lang Ali, Pak Ngah Kadir dan Pak Da Ali (2 markah)ii.Budaya gotong- royong. Contoh masyarakat di kampung Bukit Nibung mengamalkan gotong royong terutama untuk menjayakan majlis kenduri kendara seperti kenduri kahwin Biah.(2 markah)iii.Budaya pertanian sara diri. Contoh PakTeh mengusahakan sawah untuk menyara keluarga dan mengisi masalapang dengankerja-kerja sambilanseperti menangkap ikan, membuat bubu dan sebagainya.(2 markah)iv.Budaya korporat contoh Jalil yang berpendidikan dapat menghayati budaya korporat untuk memajukan diri dalam bidang ekonomi. Jalil dan Joe meluaskan pasaran hasil seni lukis ke hotel.(2 markah)

Page 7: Contoh Soalan Sastera 2014

v.Unsur kesenian. Contoh kesenian merupakan satu budaya dalam masyarakat. Unsur kesenian dapat diketengahkan bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan malah dapat megangkat martabat seseorang. Contoh Jalil telah berjaya menjadikan bidang seni sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. (2 markah) Oleh Guru Sastera pada 5:55 PG Tiada ulasan: E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest Kategori Latihan Novel, Novel Dari Lembah ke Puncak Reaksi 

25 Januari 2011

Dari Lembah Ke Puncak Soalan Struktur Siri 2

1. a. Watak Kudin adalah satu daripada contoh watak antagonis dalam novel Dari Lembah ke Puncak. Berikan dua contoh peristiwa yang menunjukkan Kudin berperwatakan demikian. (2 markah)b. Berikan dua watak antagonis lain dalam novel Dari Lembah ke Puncak.(1 markah)

2. Jalil meraba-raba di dalam begnya. Wang tunai berjumlah sepuluh ribu itu digenggamnya kemas. Nampaknya usaha gigihnya dalam tempoh itu tidak akan mendatangkan hasil.

a.Apakah yang ingin dilakukan oleh Jalil dengan wang sepuluh ribu ringgit itu? (2 markah)b.Mengapakah usaha Jalil gagal?(2 markah)

3. Dan yang paling pasti, potret seorang gadis kampung berbaju kurung sering menghiasi kanvas apabila dia kehabisan idea. Potret itu tidak berubah wajahnya sejak dia mula-mula melukis. Malahan, semakin lama semakin cantik lakaran itu. Gadis berambut ikal dan bermata galak itu sering sahaja tersenyum di kanvas putih.

a.Siapakah gadis yang dimaksudkan dalam petikan tersebut?(1 markah)b.Siapakah pelukis potret gadis tersebut?(1 markah)c.Apakah hubungan pelukis dengan gadis tersebut?(2 markah)

4. Setahun selepas memulakan pengajian, Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

a.Di manakah Jalil meneruskan pengajiannya?(1 markah)b.Apakah bidang pengajian yang diambil oleh Jalil?(1 markah)c.Bincangkan kaitan bidang pengajian Jalil dengan masa depannya.(2 markah)

5. Walaupun tanpa bukti yang kukuh, Jalil pernah terserempak dengan kelibat manusia yang berlalu dari arah tapak semaiannya suatu malam. Lembaga itu menuju ke arah rumah Pak Ngah Kadir. Akan tetapi, masa itu Jalil tidak mengesyaki apa-apa. Setelah kedua-dua belah kakinya terkoyak bagai kain buruk tertusuk kaca, barulah dia teringat akan kelibat itu.

a.Berikan latar masa yang terdapat dalam petikan. (1 markah)

Page 8: Contoh Soalan Sastera 2014

b.Siapakah lembaga yang dimaksudkan oleh Jalil? (1 markah)c.Bincangkan peristiwa yang berlaku terhadap Jalil keesokan harinya.(2 markah)

Skema Jawapan

1. a. i. Kudin menaburkan kaca ke dalam petak anak benih padi di sawah Jalil.ii. Kudin mengupah Rosman, sepupunya untuk mengugut dan menakut-nakutkan Jalil.b.i. Rosman ii. Mak Teh iii. Pak Amat

2.a. Menebus kembali tanah pusaka peninggalan ayahnya daripada Pak Amat.b.Pak Amat memungkiri janji dengan menaikkan harga tanah kepada lima puluh ribu.

3.a.Latifahb.Jalilc.i. Jiran ii. Kawan/rakan sekolah

4.a. Universiti Putra Malaysiab.Diploma Landskap dan Seni Tamanc. i. Jalil akan menjadi seorang pereka landskap yang terkenalii. Jalil akan menjadi seorang perunding landskap dan seni tamaniii. Sebagai CEO Syarikat Alam Hijauiv. Pemilik Taman Tema Nibung Park

5. a. Latar masa – pada waktu malamb. Kudinc.i. Jalil turun ke sawah untuk mencabut anak benihii. Kakinya luka terpijak kaca yang ditabur oleh Kudin Oleh Guru Sastera pada 4:04 PTG Tiada ulasan:

1. Hujan lebat yang turun malam tadi menempiaskan sedikit rasa kemalasan dalam diri Jalil. Anak muda yang berusia lapan belas tahun itu masih berselimut dalam kain sentung nipis dan lusuh, mengerekot menahan dingin pagi yang dibawa angin yang mencuri masuk di celah-celah dinding usang.

a.Apakah teknik penulisan yang digunakan dalam petikan di atas? (1 markah)b.Berikan tiga jenis gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.(3 markah)

2. “Bukan begitu maksud Jalil, mak! Tapi...”“Tapi apa? Abang engkau itu jahat? Begitu? Dia tu balik setahun sekali pun susah, bagaimana pula nak larikan anak dara orang?” Mak Teh semakin meradang.

a.Siapakah yang dibela oleh Mak Teh?(1 markah)b.Apakah peristiwa yang menyebabkan dialog di atas dituturkan?(2 markah)c.Apakah teknik penulisan yang digunakan dalam petikan di atas?(1 markah)

3. Tengah hari selepas kegemparan itu, Jalil pulang dari sekolah. Dia berjalan dari simpang jalan tar ke Bukit Jenun, menumpangi teduh rimbunan getah muda Ah Yau. Apabila sampai di depan

Page 9: Contoh Soalan Sastera 2014

rumah Pak Ngah Kadir, ayah Biah, dia terserempak dengan Kudin.

Berdasarkan petikan di atas, berikan empat latar tempat yang dipaparkan oleh penulis.

4. Di matanya air jernih tergenang. Jalil menangis. Entah mengapa hatinya berasa sedih. Susah bagi Jalil untuk menangis. Semasa arwah bapanya meninggal dunia pun dia tidak menangis. Tetapi, kali ini Jalil tewas. Ditewaskan oleh keadaan.

a.Apakah peristiwa yang menyebabkan Jalil menangis?(2 markah)b.Jelaskan teknik plot yang digunakan oleh penulis?(2 markah)

5. Selama ini dia mengenali Biah sebagai anak gadis yang baik, rajin, dan tidak banyak bercakap. Tidak keterlaluan jika dikatakan dalam keluarga Pak Ngah Kadir, Biahlah yang mencari rezeki dengan menoreh getah.

Senaraikan perwatakan Biah berdasarkan petikan di atas.(4 markah)

6. Di surau itu dahulu diadakan majlis bubur asyura setiap tahun ketika tiba awal Muharam. Setiap penduduk kampung akan datang memeriahkan majlis itu secara bergotong-royong. Ada yang membawa tepung, gula, kayu api, dan bermacam-macam lagi. Semuanya tidak perlu dibeli.

a.Apakah nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat dalam petikan di atas? (2 markah)b.Berikan dua unsur Islam dalam petikan di atas.(2 markah)

7. Akhirnya, sawah padi pusaka itu bertanam juga. Hampir dua minggu Jalil mengambil masa untuk mengubah anak benih padi ke sawah. Namun, dia bersyukur kerana berhasil juga mengerjakan sawah pusakanya. Dia berasa bersalah jika sawah itu terbiar. Dia berasa bapanya memerhatikannya mengerjakan sawah warisan itu.

Nyatakan empat latar masyarakat dalam petikan di atas.(4 markah)

Skema jawapan :

1.a. Teknik pemerianb.Tiga jenis gaya bahasa:i.personifikasi – angin yang mencuri masuk/ hujan lebat yang turun malam tadi menempiaskan sedikit rasa kemalasan dalam diri Jalil ii.kata ganda – celah-celahiii.dialek Kedah – kain sentung (kain pelikat)

2.a.Muhsinb.i.Mak Teh marah apabila Jalil bertanyakan tentang Muhsin.ii. Muhsin dituduh melarikan Biah ke Kuala Lumpur.c.Teknik - dialog

3.Latar tempati.sekolahii.simpang jalan tar ke Bukit Jenun

Page 10: Contoh Soalan Sastera 2014

iii.kebun getah Ah Yauiv.depan rumah Pak Ngah Kadir

4.a.i.Jalil dimarahi oleh guru Biologinya, Miss Ong.ii. Pulang dari sekolah, Jalil dipukul curi oleh tiga orang yang tidak dikenali.b.Teknik i.imbas kembali - Semasa arwah bapanya meninggal dunia pun dia tidak menangis.ii.pemerian - Di matanya air jernih tergenang. Jalil menangis.

5.Perwatakan Biahi.Baikii.Rajiniii.Tidak banyak bercakap/ pendiamiv.Bertanggungjawabv.Pandai/mahir/cekap menoreh getah

6.a.i.Bergotong-royong/muafakat/bekerjasamaii. murah hati/pemurahb.i.Surauii. Muharamiii.Asyura

7.i.Masyarakat petaniii.Masyarakat yang bersyukuriii.Masyarakat yang berusaha gigihiv.Masyarakat yang bertanggungjawab

SIJIL PELAJARAN MALAYSIAPEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

KESUSASTERAAN MELAYUDua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Page 11: Contoh Soalan Sastera 2014

1.      Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian; Bahagian Satu dan Bahagian Dua.2.      Jawab semua soalan Bahagian Satu.3.      Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian

B dan Bahagian C.4.      Jawaban hendaklah ditulis dalam kertas jawaban yang disediakan.5.      Pertimbangan markah berdasarkah isi dan penyampaian.6.      Jawaban hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Kesusasteraan Melayu

dan buku-buku teks yang telah ditetapkan.7.      Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Bahagian No. Soalan

Markah Penuh

Markah diperoleh

Bah

agia

n Sa

tu

1 42 43 44 45 46 47 48 49 410 4

 Bah

agia

nD

ua

A1 202 20

B 3 204 20

C5 206 207 20

JUMLAH 100_________________________________________________________________________Kertas soalan ini mempunyai 7 halaman bercetak

Page 12: Contoh Soalan Sastera 2014

                                                                                                                                                Bahagian Satu

[40 markah]Jawab semua soalan

         1.Inilah sifar Pak Pandir,Asalkan kaya itulah bergaya,Asalkan berkilat itulah intan,Asalkan buntat pasti bertuah,Asalkan berbungkal itulah emas,Sifat mudah percaya,Tiada sedar terpedaya,Susah buatan sendiri,Akhirnya menyesal diri sendiri.

                                                            (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

a)      Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                                 (1 markah)b)      Berikan tiga gaya bahasa puisi di atas.                                                                 (3 markah)

      2.           Maka jatuh kerunsinganlah Tuanku Puteri Sa’dung itu. Maka dengan sebab itu,                     maka tuan puteri pun suruh Sultan Abdullah bawa beralih akan isteri yang baru itu                    kerana mahligai itu ia punya, maka Sultan Abdullah beri orang lain duduk, kerana                     ia hendak duduk mahligai itu.

                                                                        (Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan)

Page 13: Contoh Soalan Sastera 2014

            Jelaskan dua perkara yang menyebabkan Puteri Sa’dung berasa runsing.                 (4 markah)

     3.    Maka kata tuan puteri, “Landak ini pun pandai berpantun sekali rupanya. Kitalah yang disindirnya.” Maka kata Raden Kesuma Ningrat, “Hai adinda, sedangkan

binatanglagi pandai menyindir kita.”  Maka tuan puteri pun tersenyum.

                                                                        (Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih)

            Berikan empat watak binatang dan peranan masing-masing  dalam cerita di atas.   (4 markah)

      4.               Masih menguntumkah                         bunga damai                        sekiranya dunia                        masih berperang                        kejahilan masih berleluasa                        sebaris kejam                        mengimami rumah mesra                        merayap  mesiu                        dan mortar menyusup telinga                        meratah rakus jiwa manusia?

            Berikan dua gaya bahasa yang digunakan dalam puisi di atas  berserta contoh.       (4 markah)

Page 14: Contoh Soalan Sastera 2014

    5.     RAJA SULAIMAN   :           Syukur, cucunda tuanku.....cucunda luka? (Memandang pakaian                                                            SULTAN AHMAD yang penuh berpalit darah)            SULTAN AHMAD    :           Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh-musuh yang dapat                                                             cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah. Mari lekas                                                             kita semua berundur. Feringgi tentu mengejar kita. Nenda tuanku                                                            sama-sama ketuakan hulubalang-hulubalang kita berkubu dan                                                            membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Kita bertahan di sana,                                                            kita belum putus asa.

(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok : Madu Ilmu)

            Jelaskan  dua perwatakan Sultan Ahmad.                                                                  ( 4 markah)

    6.     SEMUA :                                    Beradat berbudaya itu mulia                                    bersopan santun berbudi bahasa itu kaya                                    tapi jangan sampai lupa harga diri                                    jangan sampai tergadai harta benda.                                                                                                            (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru)

Page 15: Contoh Soalan Sastera 2014

Nyatakan dua  citra masyarakat dalam drama di atas.                                               (4 markah)

   7.       Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan dengan seluar nipis kain payung terjun. Dengan             menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah bagaikan tiga suku. Anak-anaknya             habis bangun. Masing-masing ternganga. Dengan mata mereka mengikuti langkah tiga             suku Jusoh. Panjang-panjang langkahnya di atas permatang.

                                                                        (Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah)

a)      Nyatakan peristiwa yang menyebabkan Jusoh bagaikan ‘tiga suku’.                   (2 markah)b)      Jelaskan tindakan yang dilakukan selepas peristiwa di atas.                                (2 markah)

   8.          Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! Ini                rancangan orang gila. Kami tak mahu turut serta.

                                                                        (Dipetik daripada cerpen Melakar Impian)

a)      Siapakah yang menuturkan dialog di atas dan dengan siapakah dialog tersebut dituturkan?                                                                                                                               (2 markah)

b)      Jelaskan ‘rancangan’ yang dimaksudkan dalam cerpen di atas.                           (2 markah)

     9.          “Saya rasa Syed Fariz ada masalah. Saya sudah cuba berusaha untuk menyingkap                   permasalahannya, tetapi dia terlalu berahsia. Saya bimbang.”

                                                                        (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih)

            Huraikan empat masalah yang telah ditimbulkan oleh Syed Fariz seperti dalam dialog di atas.                                                                                                                                           (4 markah)

     10.    Berdasarkan dialog dalam novel Dari Lembah ke Puncak, lengkapkan jadual di bawah.

Page 16: Contoh Soalan Sastera 2014

            Dialog dalam novel Latar tempat

a)      “Ya, sayalah Pak Amat, apa halnya? Awak dari mana?” Soal Pak Amat pula.

b)      “Eh, Pah! Kenapa tak ke sekolah hari ni? Tanya Jalil pantas.

c)      “Maafkan saya Pak Lang. Saya tak tergamak tinggalkan pondok buruk ni. Jadi, terpaksalah saya bakar supaya hati saya tak berbelah bahagi lagi,” Jalil menjelaskan tindakannya

d)     “Latifah bekerjalah di sini. Abang ada satu perancangan besar dengan kampung kelahiran kita. Kalau Pah tidak ada bersama-sama abang, Pah tidak akan tahu perancangan itu.”Jalil mengumpan Latifah untuk berada di bawah satu bumbung dengannya.

                                                                                                                                    (4 markah)

[Lihat sebelahBahagian Dua

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1.      Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Page 17: Contoh Soalan Sastera 2014

PUISI                                                             Akar keladi melilit selasih,                                                Selasih tumbuh di hujung taman,                                    Kalungan budi junjungan kasih,                                                Mesra kenangan sepanjang zaman.

                                    Ambil galah jolok ramunia,                                                Kait mari sampai berdiri,                                    Kita hidup di atas dunia,                                                Buat baik taburkan budi.

                                    Ambilkan saya buah delima,                                                Masak sebiji di balik daun,                                    Budi tuan saya terima,                                                Jadi kenangan bertahun-tahun.                                                                                                                                                                      

a)                 Nyatakan jenis puisi di atas.                                                             ( 2 markah)b)                Jelaskan tiga ciri bentuk puisi di atas.                                               ( 6 markah)c)                Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.              ( 4 markah)d)               Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang.             ( 8 markah)

2.      Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan, huraikan :-

a)           Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut.                             ( 10 markah)b)        Berikan dua sebab Siam menyerang kerajaan Sultan Abdullah.               ( 4 markah)c)           Jelaskan tiga kelebihan Puteri Sa’dung.                                                  ( 6 markah)

Page 18: Contoh Soalan Sastera 2014

Bahagian B(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3.                     MERDEKALAH BAHASAKUSiti Zaleha M. Hashim

Merdeka

Page 19: Contoh Soalan Sastera 2014

merdekamerdekalah bahasakudaripada retak-retak petamu

merdekamerdekalah bahasakudaripada warnamu hampir kelabu

merdeka merdekalah bahasakudaripada penjara anak-anakmu

ambil kembali tanjakbuka silat tegak bergerakkembali ke tempat asal di puncakkumpul semula saktisuara  dan martabat diridi sana menanti pentas duniadengan penuh cahaya

merdekamerdekalah bahasakuagar kembali tumbuh segardalam setiap hatianak-anak negara ini.

a)      Huraikan nada sajak ini.                                                                                        (4 markah)b)      Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh.                                                       (8 markah)c)      Nyatakan empat harapan penyajak terhadap bahasa kebangsaan.                       (8 markah)

4.       Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail :-

a)          Huraikan dua persoalan dalam drama.                                                                (4  markah)b)            Nyatakan empat latar masyarakat yang dapat diperhatikan dalam drama ini.        (8 

markah)c)         Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam drama.                                     ( 8  

markah)

Bahagian C(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6  atau Soalan 7

Page 20: Contoh Soalan Sastera 2014

5.         Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata      tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah! Dia      menyeluk poket baju  kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh dan berbau      kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa. Sapu tangan dilipat dan      dan dimasukkan kembali.

                                                (Dipetik daripada cerpen Gersang dalam Madu Ilmu : halaman 94)           

a)       Huraikan lima teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen di atas.(10 markah)b)      Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen di atas.                

 (10 markah)

6.      Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid:-

a)        Jelaskan konflik yang dihadapi oleh empat watak dalam novel tersebut.       ( 8 markah)b)        Berikan enam latar tempat dalam novel tersebut dengan mengemukakan

  peristiwa yang  dapat dikaitkan dengan latar tempat tersebut.                                    ( 12 markah)

7.       Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh;

a)         Huraikan lima bukti yang menunjukkan kegigihan Jalil.                               (10 markah)

b)         Huraikan lima nilai murni ysng terdapat dalam novel tersebut.                     (10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 21: Contoh Soalan Sastera 2014

1. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel Dari Lembah Ke Puncak(10m)

2. Jelaskan konflik yang berlaku antara watak utama dengan watak sampingan dalam novel DLP(10M)

3. Huraikan peristiwa yang belaku pada klimaks ceritan yang terdapat dalam novel DLP (10m)

4. Jelaskan keistimewaan yang ada pada watak utama (10m)

5. Jelaskan apakah persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam novel Dari Lembah Ke Puncak?(10M)

6. Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam DLP (10M)

7. Huraikan pengajaran yang boleh didapati melalui novel DLP (10M)

8. Jelaskan latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam DLP (10M)

9. Jelaskan unsur kegigihan yang terdapat dalam novel DLP (10M)

10. Pada pendapat anda, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui novel DLP (10M)

11. Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara watak utama dan sampingan dalam novel ini. (10m)

12. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Jalil untuk Berjaya. (10m)