rujukan sastera

22
Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah. Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran. Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas. Contohnya seperti lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan menyanyikan lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’. Nenek-nenek si bongkok tiga

Upload: myema-azimah

Post on 12-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rujuk

TRANSCRIPT

Page 1: rujukan sastera

Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah.

Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran.

Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas. Contohnya seperti lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan menyanyikan lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’.

Nenek-nenek si bongkok tiga

Siang mengantuk malam berjaga,

Mencari cucu di mana ada,

Nenekku kahwin dengan anak raja.

Page 2: rujukan sastera

Cucu-cucu tak dapat lari,

Nenek tua banyak sakti,

Di mana cucu hendak lari,

Siapa yang kena dia yang jadi.

Seorang murid boleh jadi nenek dan ditutup matanya. Kemudian apabila lagu dinyanyikan beramai, nenek akan duduk di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh murid-murid yang menyanyi lagu tersebut. Murid-murid yang menyanyikan lagu tersebut akan diminta untuk membuat gerakan mengikut lagu yang dinyanyikan. Pergerakan tersebut akan dibuat oleh guru dan ditiru oleh murid-murid. Setelah habis lagu dinyanyikan, nenek perlu menangkap seorang cucu dan meneka siapakah yang berjaya ditangkap. Permainan ini sangat menyeronokkan dan menjadi satu medium hiburan kepada kanak-kanak agar mereka tidak berasa bosan dan jemu untuk belajar.

Kesusasteraan kanak-kanak sebenarnya dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan kognitif dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak Murid pemulihan dilihat golongan yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak bermutu akan menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari aspek pengetahuan mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka berpeluang berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat mengasah minda mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka untuk meneka sesuatu di samping diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut. Seperti contoh, pantun teka teki buah-buahan:

Penulis muda berkarya hebat,

Satu kisah masa mudanya,

Page 3: rujukan sastera

Merah warnanya berambut lebat,

Isi putih manis rasanya. (rambutan)

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.

Selain daripada itu, kesusasteraan penting dalam membantu pembentukan emosi positif dalam diri murid. Murid pemulihan khas seringkali dilihat mempunyai masalah emosi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam kehidupan mereka. Oleh itu, dengan memilih bahan sastera dalam pengajaran, guru dapat membantu mengatasi masalah emosi dan berharap agar kanak-kanak ini dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dan berupaya membina konsep kendiri yang positif.

Contohnya seperti Cerita Bawang Putih Bawang Merah, walaupun terdapat sedikit unsur khayalan dan dongengan, namun mesej atau pemikiran yang hendak disampaikan adalah jelas. Cerita tersebut menceritakan bahawa kesabaran yang ditunjukkan oleh Bawang Merah terhadap ibu dan kakak tirinya, Bawang Putih akhirnya membawa kebaikan kepada diri Bawang Merah. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh ibu dan kakak tiri Bawang Merah, namun Bawang Merah hanya mampu bersabar dan mengadu nasib kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Malah, Bawang Merah tidak menyimpan dendam dengan keluarga tirinya. Bawang Merah masih lagi mengajak mereka tinggal bersamanya di istana setelah Bawang Merah dilamar oleh Putera Raja. Nasihat yang cuba disampaikan dalam cerita ini ialah perbuatan baik seperti bersabar dan tidak berdendam akan mendapat balasan yang baik. Oleh itu, prosa tersebut sangat membantu membina emosi positif kanak-kanak pemulihan khas supaya bersikap penyayang, bersabar dan tidak berdendam dengan orang di sekelilingnya.

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya.

Page 4: rujukan sastera

Sumber dari carian GOOGLE

Contohnya cerita binatang seperti Sang Kancil yang memperlihatkan kepandaian Sang Kancil untuk mendapatkan kemahuannya. Dia berusaha mencari akal agar dapat menyeberang sungai dengan bantuan buaya-buaya, walaupun dia tahu bahawa buaya-buaya tersebut akan memakan dirinya. Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada murid tentang kejayaan dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Bahan sastera mampu memperkembangkan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Bahan sastera sangat penting untuk dijadikan instrumen yang dapat membantu guru dalam merancang pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal tersebut boleh dilaksanakan ketika aktiviti bacaan secara kuat. Contohnya, guru membaca sebuah seloka rakyat dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan intonasi yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan dan menceritakan semula cerita yang didengar samada secara lisan, tulisan ataupun lukisan.

Melalui drama kanak-kanak juga, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka telah diberikan kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Mereka akan berusaha memberi kerjasama kepada rakan-rakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih baik. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran kominakasi dan interpersonal murid-murid pemulihan khas yang selalunya lemah atau gagal berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan diri di samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri mereka.

Sementara itu, bahan sastera juga membantu guru dalam memperkembangkan aspek kerohanian dan moral supaya murid-murid pemulihan khas dapat menjadi seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral. Hal ini adalah kerana bahan-bahan sastera mempunyai unsur-unsur nasihat dan teladan. Oleh itu, bahan-bahan sastera seperti cerita teladan, pantun nasihat, sajak budi dan sebagainya amat sesuai didedahkan kepada murid-murid. Melalui bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Bahkan, mereka dapat belajar untuk menilai perasaan orang lain, bertolak ansur dan sebagainya. Dari aspek kerohanian, murid-murid boleh didedahkan dengan kisah-kisah nabi. Guru menggunakan cerita tersebut sebagai salah satu cara untuk menyemai sifat kerohanian kepada

Page 5: rujukan sastera

murid melalui kisah dan teladan seperti kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun. Cerita kesusasteraan agama ini dapat menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t dalam menyelamatkan orang yang memohon pertolongan daripadaNya. Disamping itu, guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baru yang boleh dipelajari oleh murid yang mengandungi unsur-unsur kerohanian.

Tambahan pula, bahan sastera dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam diri murid pemulihan. Contohnya, melalui cerita kepahlawanan Hang Tuah memberi inspirasi kepada murid dalam semangat menyayangi negara sendiri. Biografi tokoh-tokoh pembangun negara Malaysia memberikan inspirasi kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi pendorong utama penggerak motivasi murid pemulihan yang sering patah semangat untuk berjaya.

Secara tuntasnya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahan rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharusnya sedar bahawa mereka perlu kreatif dalam menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan Melayu kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman.

https://sites.google.com/site/celikcikgufatin/unsur-sastera-dalam-pendidikan-pemulihan

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan

Page 6: rujukan sastera

kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahan-bahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Kemahiran

Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran berbahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Page 7: rujukan sastera

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: rujukan sastera

Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif.

Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran yang menggabungjalinkan aktiviti-

aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan

aspek pentaksiran, pengayaan dan pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat

tentang strategi ini dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.

      Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau

pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan dalam setiap pengajaran dan

pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru dapat memastikan tindakan susul yang

perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.

      Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran agar dapat

memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan

bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta,

bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan

secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan murid

dan kadar masa untuk mereka menguasai sesuatu kemahiran.

      Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah

mengikut kecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat

latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran yang diberi.

Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza daripada murid pemulihan. Bahan yang digunakan perlu lebih

mencabar minda dan digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru yang paling minima. Bahan seperti

bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan untuk aktiviti boleh diberikan kepada murid.

      Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu memberi

penjelasan cara melakukan latihan pengayaan dan memberi ruang untuk murid tersebut membuat latihan

yang diberi secara sendiri. Pada masa yang sama guru perlu memberi tumpuan untuk membimbing murid

yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.

9.0  Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

       Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan

bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat

menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah

seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

       Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,

serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha

memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Page 9: rujukan sastera

      Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

      Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang

seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

      Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untuk

mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani

cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara yang

berikut:

9.1 Ilmu

      Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi

dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang

berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan

pembelajaran.

9.2  Nilai Murni

      Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang

berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat

membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan

kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak

langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Antara nilai murni ialah: Baik hati

Berdikari 

 Hemah tinggi 

Hormat-menghormati 

Kasih sayang 

Keadilan 

 Kebebasan 

Keberanian 

Kebersihan fizikal dan mental 

 Kejujuran 

Kerajinan 

 Kerjasama 

 Kesederhanaan 

Kesyukuran 

Rasional 

Semangat bermasyarakat

Page 10: rujukan sastera

      Seseorang guru mestilah meletakkan nilai yang hendak diterapkan dalam pengajaran.

Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan

keseimbangan dari segi intelek, rohani , emosi, dan jasmani.

9.3 Patriotisme dan Kewarganegaraan

      Elemen patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia mengutamakan

pemupukan semangat cinta dan taat akan negara, serta berbangga sebagai rakyat Malaysia. Semangat

patriotisme dan kewarganegaraan dipupuk melalui mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan

untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati

diri, cinta akan bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.

9.4 Peraturan Sosiobudaya

      Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras

bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan

sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

9.5 Sains dan Teknologi

      Penerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui

kandungan, aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi.

Kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9.6 Pendidikan Alam Sekitar

      Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar

dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk

etika murid untuk menghargai alam.

9.7 Kreativiti dan Inovasi

      Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi

membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan individu murid. Selain itu,

kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah

proses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi

perlu digandingkan dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.

9.8 Keusahawan

      Elemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan membudayakan

keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai moral dan

etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

9.9 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Page 11: rujukan sastera

      Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid

dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan TMK sebagai

alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui TMK

untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti internet dan lain-

lain untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

9.10 Kemahiran Bernilai Tambah

      Kemahiran bernilai tambah merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam pengisian

kurikulim.  Penekanan kepada unsur bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Malaysia(KSSR) atau Bahasa Melayu(KBSR) dapat membentuk murid-murid menjadi seorang yang lebih

berkeyakinan.  Kemahiran bernilau tambay yang dimaksudkan ialah :

A) Kemahiran Berfikir      

       Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan

pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemhairan

berfikir merangkumi kemahiran murid mengkonsepsikan idea, meyelesaikan masalah atau membuat

keputusan adalah penting dalam kehidupan seharian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

B) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

     

       Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat

menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,

menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat

melalui internet.

C) Kemahiran Belajar Cara Belajar

    

       Kemahiran belajar cara belajar ini perlu diajarkan kepada murid supayua mereka peka terhadap teknik pembelajaran

yang berkesan.  Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid-murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak

untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalaknnya seumur hidup.

D)  Kajian Masa Depan

      Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid –murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu

perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kin, dan masa depan.  Ini bermakna murid-murid dapat membuat

ramalan, menjangka akibat serta  mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

E) Kecerdasan Pelbagai

       Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang,

interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.  Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan

Page 12: rujukan sastera

murid-murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan

mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

F) Pembelajaran Konstruktivisme

     

       Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang boleh membina

pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia

ada.  Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

G) Pembelajaran Kontekstual

     

       Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelaharan yang mengaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan.  Pembelajaran ini disampaikan dalam

persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir.  Pembelajaran berlaku

apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan

menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

10.0  STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA  KSSR

10.1 Konsep 5P

      Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P juga

merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran

disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

      Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Malaysia perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan

pengayaan. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:

Penggabungjalinan

      Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan

dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan,

sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard

kandungan.  Penggabungjalinan berlaku antara :

         Sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa

         Antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa

Page 13: rujukan sastera

         Antara kemahiran bahasa dnegan kosa kata

         Antara kemahiran bahasa dengan peribahasa

Penyerapan

      Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai

tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata

pelajaran lain. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran

bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (KSSR) atau Bahasa Melayu

(KBSR).

10.2 Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu

Subjek: Bahasa Melayu

Tahun: 4

Tema: Keluargaku Sayang

Tajuk: Keluarga Bahagia

Hasil Pembelajaran: Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks

tentang sesuatu tajuk.

Contoh aktiviti :

 Berdasarkan gambar keluarga, murid diminta menulis

ayat tunggal dan ayat majmuk.

 Murid menyusun ayat tunggal dan ayat majmuk yang

dibina menjadi sebuah cerita tentang ‘Keluarga Bahagia’.

Penilaian

       Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian

merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian

sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat

dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk

pemulihan atau pengayaan.

Pemulihan

      Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat

dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan

maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang

mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid

menguasai sesuatu kemahiran.

Pengayaan

      Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid.

Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan

Page 14: rujukan sastera

bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada

murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada

jangka masa yang ditentukan.  Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekana kepada murid-murid berbeza

tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.  Murid yang menguasai pembelajran lebih awal atau

dalam jangka masa yang telah ditetapkan diberikan tugasan atau aktiviti yang lebih mencabar untuk

dilaksanakn secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

10.3  Pendekatan Berpusatkan Murid

      Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan

murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman

sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

10.4  Pendekatan Tematik

      Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui

pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan

kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin

lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan

penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan,

menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang

berikut:

Kekeluargaan

       Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan

keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan

menghormati setiap ahli keluarga.

Kemasyarakatan

      Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk

mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid

sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat - menghormati,

bekerjasama dan bertanggungjawab.

Kesihatan dan Kebersihan

      Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan

penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.

Keselamatan

Page 15: rujukan sastera

      Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam

pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar

mengutamakan keselamatan.

Perpaduan

      Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam

kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat

perpaduan.

Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

      Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam

masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada

murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga

Malaysia.

Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

       Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan

keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat

juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan

masyarakat madani, yang mempunyai semangat

kekitaan dan setia kepada negara.

Sains, Teknologi dan Inovasi

      Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh

diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan

kepada murid agar dapat melahirkan insane yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu

yang berinovasi.

Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

      Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar

untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi

akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab  dalam

menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.

Pertanian dan Penternakan

      Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan

penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang

kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

      Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam

menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk

kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam

kehidupan.

Page 16: rujukan sastera

11.0 Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam Pengajaran &

Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan.

      Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa

matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara

yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai

potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan

lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri,

keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan

intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan,

menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata

pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai.

    

       Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada

guru-guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atau Dokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan

standard pembelajaran) dalam setiap pengajaran dan pembelajaran setiap hari.

    

        Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kemahiran guru

menyampaikan ilmu.  Guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia

memberi pengaruh yang amat besar  terhadap pengubahan tingkah laku murid-murid atau pelajar-

pelajar.  Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan

pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat mengawal

keperluan murid-murid.  Rentetan daripada itu, pengajaran yang efektig dapat dihasilkan dan

membawa  kepada pencapaian matlamat pembelajaran.  Guru harus membuat penilaian terhadap

pengajaran yang dilakukannya  bagi mengenal pasti kelemahannya supaya dapat membuat

penambahbaikan dalam p & p seterusnya.

      Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan cabaran Wawasan yang berhasrat untuk menjadikan

Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 (Mahathir 1991).  Oleh itu,

Perubahan yang berlaku pada abad inilah yang menjadi cabaran kepada pendidikan Bahasa Melayu

masa kini.  Guru-guru  mestilah sentiasa kreatif dan inovatif supaya dapat merancang dan

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara berkesan, menarik dan menyeronokkan

(didik hibur).

12.0 LAMPIRAN : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Penutup

          Para guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara

kita ini. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti

Page 17: rujukan sastera

sistem pendidikan di Malaysia ini.  Guru memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri

sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf

dunia. Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang

pelajar dengan lebih berkesan sekali.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu

yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang

digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

     

      Peranan guru boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di

Malaysia.  Antara cabang-cabang berkenaan ialah metafizik, epistemology, aksiologi, dan juga

logik.  Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru

di Malaysia demi mnejayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KSSR (yang akan

menggantikan KBSR) agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya

nanti.  Dengan penerapan unsure-unsur Falsafah Pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan sejaya-jayanya.

Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani,

intelek, emosi, dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan

menjadi kenyataan.

RUJUKAN :

Atan Long. 1976.Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008.

 Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim:Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004.

Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004.

Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:Kayazano Enterprise

Falsafah Pendidikan danKurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004.

Page 18: rujukan sastera

http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaanhttp://cikgurohanimu.blogspot.com/2012/10/penterjemahan-falsafah-pendidikan.html