sastera lisan cerita jenaka

17
Sastera Lisan Disediakan oleh: Sarranya Pannir Selvam Asihwiniy Francisco institut pendidikan guru kampus kota bahru rita Rakyat : Cerita Jenaka

Upload: asihwiniy-viniy

Post on 23-Jun-2015

3.358 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sastera lisan  cerita jenaka

Sastera LisanDisediakan oleh:

Sarranya Pannir Selvam

Asihwiniy Francisco

institut pendidikan gurukampus kota bahru

Cerita Rakyat :

Cerita Jenaka

Page 2: Sastera lisan  cerita jenaka

…Ciri-ciri Sastera Lisan…

• Menggunakan bahasa lisan yang engandungi

unsur-unsur linguistik dan suprasegmental.

(tekanan suara, intonasi, prosodi, dan nada

suara)

• Di samping dapat memberi makna yang tepatciri

ini memberi kesan komunikasi antara tukang

cerita dengan pendengar.

• Sastera lisan hak bersama masyarakat dan tidak

wujud nama pencipta karya.

Page 3: Sastera lisan  cerita jenaka

… Cerita Rakyat…• Dalam bentuk prosa dan tidak dianggap

benar-benar terjadi.

• Diceritakan sebagai sumber hiburan dan

melukiskan kebenaran serta mengandungi

moral atau sindiran.

• Cerita rakyat terbahagi kepada cerita

binatang, cerita lipur lara, cerita jenaka dan

cerita teladan.

Page 4: Sastera lisan  cerita jenaka

…Cerita Jenaka…• Disebut juga sebagai anekdot atau kisah lucu.

• Menimbulkan rasa geli hati dan ketawa kepada

orang yang mendengarnya.

• Disampaikan secara santai dengan menggunakan

bahasa pertuturan harian.

• Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu

• Cerita yang membawa kesan yang

menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan

• Unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli

lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira

dan terhibur.

Page 5: Sastera lisan  cerita jenaka

…Ciri-ciri Cerita Jenaka…• Cerita-cerita yang bercorak lucu, berkisar pada watak di

kalangan rakyat yang lucu.

• Nama watak melambangkan sifat-sifat watak

Contohnya watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si

Luncai dan Pak Belalang.

Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang

dilakukan oleh watak itu sendiri.

• Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan

kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan.

Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat

bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri

yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah

apabila lempengnya digonggong oleh anjing.

Page 6: Sastera lisan  cerita jenaka

• Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu

tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja

tetapi amat melucukan.

Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan

mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan

berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu

mengambil tempatnya di dalam guni.

• Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada

3 golongan iaitu :

(i) Watak bodoh-sial – cerita Lebai Malang dan Pak

Kaduk

(ii) Watak pintar-bodoh – cerita Pak Pandir

(iii) Watak pintar – cerita Pak Belalang dan Si Luncai

• Berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan

sosial

Page 7: Sastera lisan  cerita jenaka

…Contoh Cerita

Jenaka…

Page 8: Sastera lisan  cerita jenaka

Bodoh-sial - Pak Kadoka.) Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai.b.) Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang.c.) Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arusd.) Setibanya dirumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati.e.) Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut sahaja.

Page 9: Sastera lisan  cerita jenaka

Pintar-bodoh Pak Pandir• Contoh kecerdikan Pak Pandir :

a.) Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.b.) Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak pander menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja.

• Contoh kebodohan Pak Pandira.) Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan.b.) Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kukuc.) Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.

Page 10: Sastera lisan  cerita jenaka

Watak pintar – Pak Belalang

a.) Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negarab.) Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekor itik setelah mengetahui rahsia daripada nahkoda kapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betinac.) Pak Belalang boleh meneka belalang di dalam genggaman raja secara kebetulan sahaja.

Page 11: Sastera lisan  cerita jenaka

Watak Pintar Si Luncai

a.) Si Luncai berjaya melekakan pesuruh-pesuruh raja yang

diberi tugas untuk membunuhnya. Sedang mereka asyik

menyanyi ia terjun ke dalam sungai dan berenang melepaskan

dirinya

b.) Si Luncai berjaya menipu raja setelah memakai pakaian

saudagar Keling. Raja amat hairan. Si Luncai mengatakan dia

baharu sahaja pulang dari akhiraty dan datuk nenek raja

memberi pesan menyuruh raja datang ke sana. Raja

terpedaya dan masuk ke dalam sebuah peti kaca yang dihulur

ke dalam lubang. Bila raja mangkat, Si Luncai berkahwin

dengan tuan puteri dan menduduki takhta kerajaan.

Page 12: Sastera lisan  cerita jenaka

…Fungsi Cerita Jenaka…

Page 13: Sastera lisan  cerita jenaka

Sebagai hiburan• berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan.

Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada

watak utama membawa kesan menggelihati dan

gembira.

• Contoh :

(a) Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “

Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabila

berjalan menjemur dada”

(b) Gambaran sifat-sifat watak yang melucukan – Pak

Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana

disuruh memanggil lebai untuk majlis kenduri.

Page 14: Sastera lisan  cerita jenaka

Sebagai Pengajaran• Seorang yang bodoh dan lurus selalu ditipu oleh orang lain .

Contoh, Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja

• Jangan terlalu percaya kepada nujum. Setengah-tengahnya hanya

tipu helah sahaja. Contoh, Pak Belalang menunjukkan kerbau yang

hilang kepada orang kampong

• Jangan terlalu mengikut hati yang marah. Akhirnya kita juga yang

menyesal. Contohnya, Pak Kaduk yang marah isterinya menyindir,

memukul isterinya hingga mati

• Jangan terlalu tamak . Contohnya Pak Kaduk dan Lebai Malang

yang menghadiri kenduri.

• Jangan amalkan perbuatan berjudi atau bertaruh dengan harta

benda, Amalan ini akan membawa kepada kemusnahan dan

kepapaan. Contohnya, dalam cerita Pak Belalang , nakhoda

kehilangan kapal dan hartanya kerana dipertaruhkan dengan raja.

Page 15: Sastera lisan  cerita jenaka

Sebagai kritikan sosial :(mengkriktik perkara-perkara yang tidak baik dilakukan oleh masyarakat)• Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga

tidak tetap pendiriannya – akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri. Contohnya, cerita Lebai Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri kematian, kenduri khatam Quraan dan kenduri maulud. Akhirnya ketigaa-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya.

• Golongan manusia yang hidup hanya bergantung kepada kemujuran nasib secara kebetulan semata-mata yang tanpa kebijaksanaan akal fikiran dan ilmu pengetahuan, tidak dapat mengekalkan kemewahan hidup. Dalam cerita Pak Belalang, dia terpaksa membakar rumahnya sendiri, sebagai alas an kepada raja yang alat-alat tilikan dan nujumnya telah musnah.

Page 16: Sastera lisan  cerita jenaka

• Golongan manusia yang suka melakukan kerja-kerja membuang masa, melalaikan dengan kegembiraan yang merugikan itu akan membawa keruntuhan moral. Pak Kaduk hidup berjudi, menyabung ayam, akhirnya menang sorak, kampungnya tergadai.

• Golongan raja/ pemerintahan yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu orang bawahannya. Dalam cerita Pak Kaduk, raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam Pak Kaduk yang lebih kuat.

• Golongan raja yang tertipu oleh golongan bawahan seperti dalam kisah Si Luncai sehinga raja terpedayaan dan akhirnya Si Luncai berjaya berkahwin dengan puteri raja,

Page 17: Sastera lisan  cerita jenaka

Sekian, Terima Kasih