nota kkp tarannum 2

23
HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN KAJIAN TENTANG KEFAHAMAN ILMU TARANNUM AL-QURAN DI KALANGAN IMAM-IMAM MASJID BERTAULIAH. ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji tentang kefahaman imam- imam masjid yang bertauliah mengenai ilmu tarannum al-Quran. Terdapat empat aspek penting yang terkandung dalam kajian ini iaitu latar belakang pendidikan al-Quran/tarannum di kalangan imam-imam masjid sekitar kawasan kajian,pengetahuan asas tentang tarannum al-Quran,kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum dan cadangan imam-imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman imam-imam masjid yang bertauliah mengenai pengetahuan asas tentang ilmu tarannum al-Quran dan istilah-istilah dalam ilmu tarannum al- Quran.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap kemampuan imam membaca al-Quran secara bertarannum.Kajian ini tertumpu kepada imam-imam masjid yang bertauliah sekitar Daerah Baling,Kedah Darul Aman.Seramai 10 orang imam yang bertauliah dari 7 buah masjid telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Respon skala likert empat mata digunakan dalam soal selidik ini. Selain itu purata dan peratus digunakan dalam melapor dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya tahap kefahaman imam-imam masjid bertauliah tentang ilmu tarannum al-Quran berada di tahap baik.Para imam menunjukkan tahap kemampuan yang baik dalam pengetahuan asas ilmu tarannum tetapi agak sederhana dalam pembacaan al-Quran secara bertarannum. Cadangan dari dapatan kajian ini ,para imam mestilah meningkatkan kefahaman mereka akan ilmu tarannum dengan mempelajarinya dan mengaplikasinya bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum di kalangan masyarakat Islam.

Upload: racik

Post on 12-Dec-2015

131 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

KAJIAN TENTANG KEFAHAMAN ILMU TARANNUM AL-QURAN DI

KALANGAN IMAM-IMAM MASJID BERTAULIAH.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji tentang kefahaman imam-imam masjid yang bertauliah mengenai ilmu tarannum al-Quran. Terdapat empat aspek penting yang terkandung dalam kajian ini iaitu latar belakang pendidikan al-Quran/tarannum di kalangan imam-imam masjid sekitar kawasan kajian,pengetahuan asas tentang tarannum al-Quran,kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum dan cadangan imam-imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman imam-imam masjid yang bertauliah mengenai pengetahuan asas tentang ilmu tarannum al-Quran dan istilah-istilah dalam ilmu tarannum al-Quran.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap kemampuan imam membaca al-Quran secara bertarannum.Kajian ini tertumpu kepada imam-imam masjid yang bertauliah sekitar Daerah Baling,Kedah Darul Aman.Seramai 10 orang imam yang bertauliah dari 7 buah masjid telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Respon skala likert empat mata digunakan dalam soal selidik ini. Selain itu purata dan peratus digunakan dalam melapor dapatan kajian.Dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya tahap kefahaman imam-imam masjid bertauliah tentang ilmu tarannum al-Quran berada di tahap baik.Para imam menunjukkan tahap kemampuan yang baik dalam pengetahuan asas ilmu tarannum tetapi agak sederhana dalam pembacaan al-Quran secara bertarannum. Cadangan dari dapatan kajian ini ,para imam mestilah meningkatkan kefahaman mereka akan ilmu tarannum dengan mempelajarinya dan mengaplikasinya bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum di kalangan masyarakat Islam.

Page 2: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan

Kaedah tarannum merupakan amalan bacaan secara berlagu dan mengalunkan bacaan

tersebut dengan suara yang sedap di dengar mengikut qiraat tertentu dan tidak melanggar

hukum-hukum tajwid. Tarannum berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama,

yatarannamu,tarannum yang membawa maksud berdendang atau

menyanyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang

yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak

berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni

bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah

:121,

Maksudnya, orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka ,sedang mereka

membacanya dengan sebenar-benar bacaan,mereka itulah orang-orang yang beriman

kepadaNya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Sejarah tarannum al-Quran bermula sejak penurunan al-Quran kepada Nabi

Muhammad SAW lagi, di mana baginda amat suka membaca al-Quran dengan suara yang

lunak dan melagukannya.Baginda SAW memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan

suara yang baik. Sabda Baginda “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang

diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang

terkenal seperti Abdullah bin Mas’ud, Abu Musa Asy’ari dan beberapa sahabat besar yang

lain. Baginda SAW suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan sahabatnya dan sering

memuji bacaan mereka .Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

Barangsiapa yang ingin membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia

diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn Ummi Abd (iaitu gelaran kepada

Abdullah ibn Mas’ud)

Di nusantara khususnya di Malaysia,pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang

bermula pada tahun 1960 merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam dalam

memperdengarkan bacaan al-Quran secara bertarannum.Perkembangan ilmu tarannum di

Malaysia mula mengalamai anjakan paradigma apabila ia melangkah setapak ke hadapan

Page 3: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

dengan wujudnya pelbagai rancangan televisyen berkaitan tarannum seperti Mari

bertarannum dan Akademi Al-Quran. Program-program ini telah berjaya menarik minat

masyarakat terhadap ilmu tarannum. Antara jenis lagu atau tarannum yang popular di

kalangan qari dan qariah di Malaysia ialah tarannum Bayyati, Soba, Hijjaz,Nahawand,

Rast,Sikkah dan Jiharkah.

Tarannum Bayyati merupakan tarannum yang popular di kalangan qari kerana ia

menjadi tarannum pembukaan dan penutup.Tarannum Rast pula mempunyai gerak yang

lembut dalam ketegasan. Tarannum Hijjaz pula sesuai dibawa pada nawa, jawab dan jawabul

jawab.Tarannum Soba dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu ,merintih dan

sedih.Manakala tarannum Nahawand mempunyai gerak ringan tetapi penuh

kelembutan.Tarannum Sikkah pula sesuai digunakan pada ayat-ayat penceritaan kerana

sifatnya yang ringan dan bersahaja.Tarannum Jiharkah juga tarannum yang dikenali dengan

sifat-sifat yang mendayu-dayu dan sedih dan sesuai menceritakan tentang hari kiamat.

Selain itu, terdapat istilah-istilah khusus dalam ilmu tarannum seperti ikhtilal al-Lahn,

Burdah,nagham,mahattah,qit’ah, harakah dan taushih. Qari dan qariah perlu mengetahui

pengertian dan fungsi setiap istilah ini bagi memantapkan bacaan mereka dalam ilmu

tarannum. Kajian ini akan menumpukan tentang tahap kemampuan imam-imam masjid

bertauliah mengenai pengetahuan asas ilmu tarannum al-Quran, istilah-istilah dalam

tarannum dan tahap kemampuan mereka dalam membaca al-Quran secara bertarannum.

Selain itu, pendapat-pendapat imam-imam akan dikumpul untuk mempertingkatkan

penguasaan ilmu tarannum al-Quran.

BAB II

PENGENALAN SKOP DAN TEMPAT KAJIAN

2.0 Pengenalan Skop dan Tempat Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang kefahaman imam-

imam yang bertauliah mengenai ilmu tarannum al-Quran.Kajian ini melibatkan 10 orang

imam yang bertauliah dari 7 buah masjid sekitar Daerah Baling. Responden terdiri 3 orang

bekas imam dan 7 orang imam di masjid sekitar Daerah Baling iaitu 2 orang dari Masjid

Mengkuang, 2 orang dari Masjid Kupang,2 orang dari Masjid Caruk Bemban,dan setiap

seorang dari Masjid Baling, Masjid Parit Panjang ,Masjid Sg.Limau dan Masjid Kg.

Padang.Purata umur responden ialah antara 30- 70 tahun. Semua responden pernah

mempelajari dan mendapat pendedahan mengenai ilmu tarannum al-Quran samada secara

berguru atau melalui pengajian di sekolah agama atau institusi tinggi.

Page 4: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu set borang soal selidik yang telah

dibina oleh pengkaji.Keseluruhan item ialah 19 item yang mempunyai kesahan

konstruk,kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Skala likert empat mata

dengan kaedah skornya Tidak Tahu(TT) dengan skor 1 mata ,Tidak Pasti(TP) dengan skor 2

mata Tidak Benar (TB) dengan skor 3 mata dan Benar (B) dengan skor 4 mata, digunakan

dalam kajian ini.Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengetahui hasil kajian.

Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian ,iaitu bahagian A,bahagian B dan

Bahagian C. Bahagian A merupakan latar belakang pendidikan al-Quran dan tarannum

responden ,manakala bahagian B ialah soalan berkaitan dengan kajian dan Bahagian C pula

berkaitan dengan tahap kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum

serta pendapat para imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum al-

Quran.Empat skala digunakan dalam bahagian ini iaitu skala cemerlang, baik, sederhana dan

lemah.

Item soal selidik bahagian B dibina berdasarkan kepada dua persoalan penting iaitu

pengetahuan asas tentang lagu tarannum al-Quran dan istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu

tarannum al-Quran.Item 1 hingga 7 adalah berkaitan mengenai persoalan tentang

pengetahuan asas lagu tarannum al-Quran.Item 1 adalah persoalan mengenai tarannum

Bayyati, item 2 berkaitan tarannum Hijjaz. Item 3 berkaitan tararannum Nahawand,item 4

berkaitan dengan persoalan tarannum Rast ,item 5 berkaitan tarannum Soba,item 6 berkaitan

tarannum Sikkah dan item 7 ialah mengenai tarannum Jiharkah.

Item 8 hingga 14 adalah berkaitan dengan persoalan mengenai istilah-istilah yang

terdapat dalam tarannum al-Quran.Item 8 adalah berkaitan dengan persoalan ilkhtilal al-lahn,

Item 9 adalah persoalan mengenai Burdah, Item 10 adalah persoalan mengenai Nagham, Item

11 berkaitan persoalan Mahattah, Item 12 adalah berkaitan persoalan Qit’ah,Item 13 adalah

berkaitan persoalan harakah dan Item 14 adalah berkaitan persoalan Taushih.

Bahagian C adalah soal selidik untuk mengetahui tahap kemampuan para imam

membaca al-Quran secara bertarannum. Sebanyak 7 jenis tarannum yang diuji iaitu

Tarannum Bayyati, Tarannum Hijjaz, tarannum Soba, tarannum Rast, Tarannum Nahawand,

tarannum Sikkah dan Tarannum Jiharkah dimana empat skala disediakan iaitu cemerlang,

baik, sederhana dan lemah.Pada bahagian ini juga disediakan satu ruang untuk para imam

menyuarakan pendapat mereka untuk mempertingkatkan ilmu tarannum al-Quran.

Page 5: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

2.1 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:-

i. Mengetahui latar belakang pendidikan al-Quran dan tarannum di kalangan imam -

imam bertauliah.

ii. Mengetahui tahap kefahaman imam-imam bertauliah mengenai pengetahuan asas

tentang ilmu tarannum al-Quran.

iii.Mengetahui tahap kefahaman imam-imam bertauliah mengenai istilah-istilah ilmu

tarannum al-Quran.

iv. Mengetahui tahap kemampuan imam-imam bertauliah membaca al-Quran secara

bertarannum.

v. Mengumpul cadangan imam-imam bertauliah untuk mempertingkatkan penguasaan

ilmu tarannum.

BAB III

HASIL KAJIAN

3.0 Hasil Kajian

Dapatan kajian yang diperolehi dari soal selidik telah digunakan untuk menjawab

objektif kajian 1 iaitu mengetahui mengenai latar belakang pendidikan al-Quran atau

tarannum di kalangan imam-imam bertauliah. Sebanyak 4 item telah diberi bagi menilai

tentang persoalan ini, iaitu tempoh mempelajari, tempat mempelajari pendidikan

al-Quran/tarannum, pengalaman mengajar ilmu tarannum dan pengalaman menjadi imam

masjid yang bertauliah. Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian yang telah diperolehi.

Imam Tempoh

mempelajari

tarannum

Tempat

mempelajari

tarannum

Pengalaman

mengajar

tarannum

Pengalaman

menjadi imam

yang bertauliah

1 Setahun Sekolah agama Tidak pernah 5 tahun

2 setahun Cara berguru Tidak pernah 3 tahun

3 setahun Cara berguru pernah 2 tahun

4 Dua tahun Cara berguru Tidak pernah 2 tahun

5 Dua tahun Sekolah agama pernah 3 tahun

6 Dua tahun Institusi tinggi pernah 2 tahun

7 Tiga tahun Institusi tinggi pernah 3 tahun

8 Tiga tahun Cara berguru Tidak pernah 4 tahun

Page 6: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

9 Tiga tahun Sekolah agama pernah 2 tahun

10 Tiga tahun Sekolah agama pernah 1 tahun

Jadual 1: Latar belakang Pendidikan al-Quran/tarannum imam-imam bertauliah

Berdasarkan soal selidik yang diberi,30% imam mempelajari ilmu tarannum al-Quran

selama setahun, 30% selama dua tahun dan 40% selama tiga tahun. 30% imam mempelajari

ilmu tarannum al-Quran di sekolah agama, 40% imam mempelajarinya secara berguru

dengan mualim mursyid dan 30% mempelajarinya di institusi tinggi. Dapatan kajian juga

menunjukkan 60% imam pernah mengajar ilmu tarannum al-Quran dan 40% imam tidak

pernah mengajarnya secara formal.10% imam berpengalaman menjadi imam selama lima

tahun,10% selama 4 tahun,30% selama 3 tahun, 40% selama 2 tahun dan 10% selama

setahun.

Selanjutnya dapatan kajian bagi menjawab kajian ke-2 iaitu mengetahui tahap

kefahaman imam-imam bertauliah mengenai pengetahuan asas tentang ilmu tarannum al-

Quran.Bagi item 1,jawapan bagi persoalan mengenai tarannum bayyati sebagai tarannum

pembukaan dan penutup adalah benar.Sebanyak 80% imam menjawab benar dan 20%

menjawab tidak pasti. Bagi item 2, iaitu persoalan tarannum Hijjaz berada di tahap jawab,

50% imam menjawab benar, 40% menjawab tidak pasti dan 10% menjawab tidak benar. Bagi

item 3, iaitu persoalan tarannum Nahawand tiga jawapan diberikan iaitu 50% benar, 30% tidak

pasti dan 20% tidak benar. Tiada responden yang menjawab skala tidak tahu.Bagi item 4, iaitu

persoalan tentang tarannum Rast, tiga jawapan diberikan iaitu 40% benar, 20% tidak benar dan

40% tidak pasti.Responden yang dapat menjawab dengan tepat dikira menguasai dan yang

tidak tepat dikira tidak menguasai.Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman imam

mengenai empat ilmu tarannum ini.

BAYYATI HIJJAZ NAHAWAND RAST0

1020304050607080

TAHAP KEMAMPUAN IMAM DALAM PENGETAHUAN ASAS ILMU TARANNUM

MENGUASAITIDAK MENGUASAI

TARANNUM

PERA

TUS

Page 7: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Bagi item 5, tarannum Soba dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu ialah

benar, 40% imam menjawab benar, 40% tidak pasti dan 20% tidak benar. Tiada imam yang

menjawab skala tidak tahu.Bagi item 6, iaitu persoalan mengenai tarannum Sikkah, 50% imam

menjawab benar dan 50% menjawab tidak pasti. Tiada responden yang menjawab skala tidak

benar dan tidak tahu.Bagi item 7, tarannum Jiharkah sesuai digunakan pada ayat yang

menceritakan tentang hari kiamat ,tiga jawapan diberikan iaitu 50% imam menjawab benar,

20% tidak benar dan 30% tidak pasti.Tiada responden yang menjawab tidak tahu. Bagi soalan

5 hingga 6, jawapan yang tepat ialah benar,Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman para

imam bagi tiga ilmu tarannum ini.

SOBA SIKKAH JIHARKAH0

102030405060

TAHAP KEMAMPUAN IMAM DALAM PENGETAHUAN ASAS ILMU TARANNUM

MENGUASAITIDAK MENGUASAI

TARANNUM

PERA

TUS

Dapatan kajian seterusnya adalah untuk menjawab objektif kajian ke-3 iaitu

mengetahui tahap kefahaman imam-imam mengenai istilah-istilah dalam ilmu tarannum. Bagi

item 8, iaitu berkaitan istilah ikhtilal al-lahn jawapan yang tepat adalah benar. Tiga jawapan

yang diberikan iaitu 30% benar, 10% tidak benar dan 60% tidak pasti. Tiada responden yang

menjawab skala tidak tahu.Bagi item 9, iaitu burdah bermaksud lagu atau getaran suara, 40%

imam menjawab benar, 20% tidak benar dan 40% tidak pasti. Tiada responden yang menjawab

skala tidak tahu.Bagi item 10 iaitu nagham bermaksud lagu-lagu seperti Bayyati, 50%

responden menjawab skala benar dan 50% responden menjawab tidak pasti.Bagi item 11 iaitu

berkaitan istilah Mahattah, jawapan yang tepat ialah benar. 80% responden menjawab benar

dan 20% menjawab tidak pasti. Graf di bawah menunjukkan tahap kefahaman para imam

mengenai istilah lagu tarannum ini.

Page 8: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

IKHTILAL-A

L-LAHN

BURDAH

NAGHAM

MAHATTAH

020406080

TAHAP KEMAMPUAN IMAM DALAM PENGETAHUAN ASAS ILMU TARANNUM

MENGUASAITIDAK MENGUASAI

ISTILAH TARANNUM

PERA

TUS

Bagi item 12 Qit’ah merupakan gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattah,

jawapan yang tepat ialah benar. Tiga jawapan diperolehi iaitu 40% responden menjawab benar

,20% tidak benar dan 40% tidak pasti. Tiada responden yang menjawab skala tidak tahu. 90%

responden menjawab dengan tepat item 13 iaitu persoalan mengenai istilah harakah dan hanya

10% yang menjawab tidak pasti.Bagi item 14, iaitu berkaitan persoalan istilah taushih,tiga

jawapan diberikan. 40% responden menjawab benar, 20% tidak benar dan 40% tidak pasti.

Kebanyakan responden tahu peranan istilah ini, tetapi tidak arif akan istilahnya. Graf di bawah

menunjukkan tahap kefahaman para imam mengenai istilah tarannnum ini.

QIT'AH HARAKAH TAUSHIH0

102030405060708090

TAHAP KEMAMPUAN IMAM DALAM PENGETAHUAN ASAS ILMU TARANNUM

MENGUASAITIDAK MENGUASAI

ISTILAH TARANNUM

PERA

TUS

Dapatan kajian seterusnya menjawab objektif ke-4 iaitu mengetahui tahap

kemampuan imam-imam bertauliah membaca al-Quran secara bertarannum.Responden dikaji

mengenai tujuh jenis lagu tarannum iaitu tarannum Bayyati, Hijjaz,Soba,

Rast,Nahawand ,sikkah dan Jiharkah melaui soal selidik dan juga pembacaan.(rujuk

lampiran).

Kajian mendapati 30% imam membaca dengan cemerlang dalam tarannum Bayyati,

manakala 50% pada tahap baik,20% baik dan tiada yang lemah. Bagi tarannum Hijjaz 30%

Page 9: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

imam membaca dengan cemerlang, 50% pada tahap baik,20% baik dan tiada yang

lemah.Bagi Bagi tarannum Soba, 30% imam dapat membaca dengan cemerlang, 40% pada

tahap baik dan 20% pada tahap sederhana.tiada peratus dicatatkan pada kategori lemah.Bagi

tarannum Rast, hanya 20% imam dapat membaca dengan cemerlang,20% pada tahap baik

dan 60% pada tahap sederhana.Peratus yang sama dicatatkan bagi tarannum Nahawand iaitu

20% cemerlang,20% baik dan 60% pada tahap sederhana.

Bagi tarannum sikkah pula, hanya 10% imam yang dapat membaca dengan

cemerlang,20% pada tahap baik dan 70% pada tahap sederhana. Bagi tarannum Jiharkah

peratusan yang sama dicatatkan, iaitu 10% cemerlang,20% baik dan 70% pada tahap

sederhana. Tiada peratusan dicatatkan pada kategori lemah.Kebanyakan imam dapat

membaca dengan cemerlang menggunakan tarannum Bayyati, Hijjaz,Soba dan Rast tetapi

sederhana apabila membaca secara tarannum Nahawand, sikkah dan Jiharkah. Kajian juga

dijalankan dengan mendengar bacaan imam-imam tersebut.

Satu rakaman bacaan imam yang disediakan menunjukkan imam berjaya menguasai

ilmu tarannum dengan baik. Bacaan tarannum tersebut dimulakan dengan bayyati , hijjaz,

nahawand, rast dan Jiharkah.(rujuk CD rakaman).Ini menunjukkan imam mengetahui jenis

tarannum,tabaqat suara, harakat yang betul dalam membaca al-Quran. Graf di bawah

menunjukkan tahap kemampuan imam-imam membaca al-Quran secara bertarannum.

BAYYATI

HIJJAZ

SOBA

RAST

NAHAWAND

SIKKAH

JIHARKAH

010203040506070

TAHAP KEMAMPUAN IMAM MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM

cemerlangbaiksederhanalemah

JENIS TARANNUM

PERA

TUS

3.1 Cadangan Imam –Imam

Page 10: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Dapatan kajian seterusnya adalah menjawab objektif kajian ke-5 iaitu mengumpul

pendapat imam-imam bagi meningkatkan penguasaan ilmu tarannum al-Quran.Cadangan-

cadangan yang telah diberikan ialah:-

i. Mengajar ilmu tarannum bermula dari sekolah rendah,sekolah

menengah dan peringkat universiti

Para imam berpendapat,ilmu tarannum perlu diajar bermula dari sekolah rendah untuk

memberi pendedahan kepada para pelajar.Seterusnya ia perlu diteruskan ke sekolah

menengah dan ke peringkat universiti.Sekiranya ilmu tarannum diajar dari peringkat rendah

lagi, sudah tentu generasi akan datang menjadi generasi celik al-Quran yang mahir dalam

tarannum al-Quran.

ii. Mengadakan kursus pendedahan ilmu tarannum kepada guru-guru di

sekolah oleh guru yang mahir dalam bidang tarannum.

Para imam berpendapat, perlu diadakan kursus pendedahan ilmu tarannum atau kursus tahsin

al-Quran kepada guru-guru di sekolah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru

mempelajari ilmu tarannum. Kursus ini perlu dibimbing oleh guru-guru tarannum yang

mahir dan berpengalaman. Dengan ini, guru dapat menyampaikan pendidikan al-Quran

kepada murid-murid dengan berkesan, sekaligus dapat mempertingkatkan penguasaan ilmu

tarannum.

iii. Belajar ilmu tarannum secara talaqqi musyafahah

Ilmu tarannum al-Quran perlu dipelajari secara talaqqi musyafahah dari seorang guru yang

alim dalam bidang ini. Melalui kaedah ini , seseorang pelajar dapat mempelajari ilmu

tarannum dengan lebih mendalam dan mengetahui cara bertarannum yang betul.

iv. Memperbanyakkan kelas mengajar tarannum al-Quran

Para imam berpendapat perlu diperbanyakkan kelas mengajar ilmu tarannum al-Quran untuk

memberi pendedahan kepada umat islam. Kelas-kelas ini boleh diadakan di masjid-masjid,

surau, tempat pengajian,dewan dan sebagainya sebagai usaha untuk mempertingkatkan

penguasaan ilmu tarannum. Imam-imam perlu berperanan sebagai tenaga pengajar atau

pengendali kelas ini.Melalui cara ini masyarakat dapat mempelajari ilmu tarannum al-Quran.

v. Perbanyakkan pertandingan tilawah al-Quran di peringkat kampung dan

daerah bagi melahirkan minat masyarakat.

Bagi menarik minat umat Islam khusunya golongan remaja ,para imam berpendapat

pertandingan tilawah al-Quran perlu diperbanyakkan.Pertandingan ini boleh diadakan di

peringkat kampung , daerah seterusnya negeri dan kebangsaan. Pihak penganjur boleh

Page 11: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

sediakan insentif yang lumayan kepada para pemenang. Melalui cara ini dapat menarik

golongan remaja mempelajari ilmu tarannum sekaligus memperingkatkan penguasaan ilmu

tarannum

vi. Latih tubi dan latihan berterusan bersama guru mursyid kepada pelajar

tarannum al-Quran.

Bagi meningkatkan prestasi pengajian ilmu tarannum, para pelajar perlu melakukan latih tubi

dan latihan berterusan bersama guru tarannum yang berkelayakan. Ini dapat membantu

pelajar meningkatkan mutu bacaan mereka dalam mempelajari ilmu tarannum. Buktinya

dapat dilihat bagaimana peserta Akademi Al-Quran dapat berjaya meningkatkan mutu bacaan

Al-Quran mereka apabila selalu melakukan latih tubi bersama guru mursyid mereka.

vii. Latihan penjagaan suara bagi mengekalkan kelunakan suara membaca

al-Quran

Para imam juga berpendapat, pelajar tarannum al-Quran perlu melalui latihan penjagaan

suara bagi mengekalkan suara ketika membaca al-Quran. Para pelajar perlu menjaga

pemakanan dan kesihatan untuk tujuan itu. Petua dan latihan menjaga suara boleh dipelajari

dari guru mursyid, pengalaman qari-qariah serta dari pembacaan.Sekiranya suara dapat dijaga

dengan baik sudah tentu dapat menghasilkan mutu bacaan yang baik.

viii. Menyiarkan program-program tarannum al-Quran di televisyen.

Pihak media elektronik boleh membantu mempertingkatkan ilmu tarannum al-Quran dengan

menyiarkan program-program tarannum al-Quran di telivisyen. Program sebegini telah

diadakan oleh pihak TV9 dengan menyiarkan program Mari Bertarannum dan Akademi Al-

Quran. Para imam berpendapat, pihak media perlu memperbanyakkan program seumpama ini

dalam banyak lagi rangkaian televisyen. Melalui televisyen, program ini akan dapat menarik

minat umat Islam untuk mempelajari ilmu tarannum al-Quran. Dengan ini dapat

mempertingkatkan ilmu tarannum al-Quran.

Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan oleh sepuluh orang imam

ini, jelas membuktikan para imam meletakkan ilmu tarannum sebagai satu ilmu yang penting

dan perlu dipelajari. Pendapat-pendapat yang diberikan adalah amat sesuai bagi

mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum di kalangan pelajar, guru serta seluruh umat

Islam.

BAB IV

PENUTUP

4.1 Cadangan dari Dapatan Kajian

Page 12: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan ,tahap kefahaman para imam yang bertauliah

mengenai ilmu tarannum al-Quran adalah di tahap baik. Ini berdasarkan pandangan 10 orang

imam yang bertauliah sekitar Daerah Baling, Kedah . Kajian mendapati imam-imam

mengetahui mengenai pengetahuan asas tarannum seperti Bayyati, Soba, Rast,Nahawand,

Sikkah dan Jiharkah dengan baik. Para imam menunjukkan kefahaman yang tinggi apabila

mengetahui tentang jenis-jenis tarannum yang dinyatakan dari segi pengertian dan fungsinya.

Ini adalah disebabkan para imam telah mendapat pendedahan mengenai ilmu tarannum

samada secara berguru, dari sekolah agama atau institusi pengajian tinggi.

Namun begitu,kajian mendapati tahap kefahaman para imam mengenai istilah-istilah

tarannum al-Quran berada di tahap sederhana.Ini kerana kebanyakan imam hanya

mempelajari bacaan al-Quran bertarannum secara praktikal dan kurang menekankan dari segi

teori ilmu tarannum itu. Namun begitu, kebanyakan imam mengetahui maksud dan fungsi

harakah, mahattah dan qit’ah dengan tepat.Dari segi pembacaan al-Quran secara

bertarannum , didapati tahap penguasaan imam berada pada tahap sederhana baik. Terdapat

imam yang dapat membaca empat jenis lagu tarannum dengan baik iaitu tarannum bayyati,

Hijjaz,Nahawand dan Rast. Terdapat juga imam yang kurang berkemampuan untuk

membaca al-Quran secara bertarannum terutama tarannum Soba,Sikkah dan Jiharkah.

Cadangan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu para imam meningkatkan

kefahaman mengenai ilmu tarannum al-Quran. Antara cadangan yang boleh membantu ialah

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri perlu mengadakan kursus tarannum kepada imam-imam

masjid untuk memberi pendedahan kepada para imam dalam bidang ilmu tarannum.Kursus

ini perlu diadakan secara teori juga praktikal.Sewajarnya para imam mengikuti kursus ini

kerana bacaan mereka akan menjadi contoh kepada jemaah lain.

Jabatan Agama Islam juga boleh mengadakan Kursus Tahsin al-Quran bagi

meningkatkan kefahaman para imam mengenai ilmu tarannum dan memperelokkan bacaan

al-Quran. Antara perkara yang ditekankan dalam kursus Tahsin al-Quran ialah membaca al-

Quran dengan elok dan bertarannum.Pihak Jabatan Agama Islam boleh menjemput qari-qari

yang terkenal seperti Hj Nik Jaafar bin Ismail untuk mengendalikan kursus ini.

Selain itu, pihak Jabatan Agama Islam perlu menjadikan penguasaan ilmu tarannum

sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan untuk jawatan imam.Oleh kerana institusi imam

merupakan satu institusi yang sangat penting dalam masyarakat,imam yang dipilih

semestinya orang mahir dalam ilmu agama termasuklah ilmu tarannum al-Quran. Tambahan

Page 13: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

pula masyarakat kini sudah mendapat pendedahan tentang ilmu tarannum samada melalui

pengajian ataupun program tarannum yang disiarkan oleh televisyen.

4.2 Kesimpulan

Membaca al-Quran secara bertarannum merupakan satu galakan Rasulullah SAW

kepada umatnya untuk memperelokkan bacaan al-Quran. Bacaan secara bertarannum bukan

sahaja sedap didengar tetapi dapat memelihara kesucian al-Quran dan meninggikan

martabatnya. Para imam yang dipertanggungjawabkan menjaga institusi masjid seharusnya

mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk dijadikan contoh teladan kepada para jemaah.

Kajian ini bermanfaat kepada para imam yang bertauliah secara umumnya kerana dapat

mengetahui sejauh mana kefahaman mereka dalam ilmu tarannum Manakala secara khususnya, dapat

mengenalpasti tahap bacaan para imam secara bertarannum . Dengan itu, para imam dapat mencari

jalan dan berusaha untuk mengatasi kelemahan melalui beberapa cadangan yang dapat meningkatkan

kefahaman mereka dalam ilmu tarannum dan memantapkan bacaan dalam tilawah al-Quran. Para

imam seharusnya berusaha mempelajari ilmu tarannum dan mengaplikasikannya dalam

bacaan solat dan bacaan al-Quran mereka. Sekiranya para imam berpengetahuan dan

berkemahiran , tentulah dapat mempertingkatkan lagi ilmu tarannum di kalangan umat Islam.justeru

itu, hasrat untuk melahirkan masyarakat yang celik tahsin al-Quran akan tercapai.

Page 14: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

RUJUKAN

Buku Panduan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ), Edisi

Semakan ,Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan

Moral.

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus

Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu.

Mohd Aderi Che Noh,Kajian: Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran.

Manual Kerja Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Edisi Ketiga

(Disember 2008) Format Kertas Cadangan Kajian Tindakan.

Haji Ahmad Tajudidin bin Abdul Hamid(1998),Metodologi Dakwah Alaf Baru,Jurnal

Dakwah.Jabatan Pendidikan Islam dan Moral kementerian Pendidikan Malaysia.

Hj Norakyairee Mohd raus, Dr Adnan Mohamed Yusoff, 2008,HBQE3103 Tarannum al-Quran,

Meteor Doc Sdn.Bhd.Seri Kembangan.

Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM,

Ustaz Saidin bin Hussain, Imam Masjid Mengkuang 2010-2011,temubual, 20 Mei 2011

http://www.scribd.com/doc/14166745/kerja-kursus-sttq-ku-2008

Page 15: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK 1

BAB I- PENDAHULUAN 2- 3

BAB II PENGENALAN SKOP DAN KAJIAN 3 - 5

2.0 Pengenalan skop dan kajian

2.1 Objektif kajian

BAB III – HASIL KAJIAN 5 -11

3.1 Cadangan imam-imam

BAB IV PENUTUP 11-13

4.1 Cadangan Dari Dapatan Kajian

4.2 Kesimpulan

RUJUKAN 14

LAMPIRAN

Rakaman bacaan Imam secara bertarannum.

Borang soal selidik.

Analisis jawapan bagi soal selidik.

Pendapat Imam-imam masjid.

Page 16: Nota Kkp Tarannum 2

HBQE 3103 TARANNUM AL-QURAN