asal usul tarannum
TRANSCRIPT
Asal usul tarannum :tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi2 persekitaran, diantaranya ialah :- bunyi deruan angina- bunyi geseran daun2 / pokok2 kayu- bunyi titisan air / air yang mengalir- bunyi nyanyian / kicauan burungUmat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair2 mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat2 al-QuranHijjaz adalah antara tarannum / lagu al-Quran yang termasyhurJenis2 tarannum :- baiyati- soba- hijjaz- nahawand- sikah- jaharkah- rast- husaini- kurdi- ajamTarannum Hijjazmempunyai gerak lembut tetapi berkesanberbentuk tegas dan bersemangatberbentuk lincah dan menghidupkan persembahansesuai dengan mana-mana tobaqatsesuai dengan ayat2 yang bawa maksud perintah, marah/ tegah
Tarannum Baiyatiberbentuk lembut tetapi tegasbersesuaian dengan tobaqat sederhanamempunyai unsur2 keharmonian & ketenangansesuai sebagai tarannum pembukaan & penutup
Tarannum Husainiberbentuk aktif & bersemangatbersesuaian dengan tobaqat yang tinggi
unsur2 ketenangan & tegasunsur2 rangsangan & penggalak
Tarannum Sobagerak yang ringan & meresap ke jiwaalunannya lembut & mendayubersesuaian dengan tobaqat sederhanaamat sesuai dengan ayat2 yang menunjukkan memohon, merayu, merintih & seumpamanya
Tarannum Kurdigerak tegas & berkesanlincah & aktifsesuai dengan tobaqat sederhanasesuai sebagai tarannum penutup
Tarannum Nahawandgerak ringan & berkesanberbentuk lembut dan berkesansederhana & memikat jiwasesuai dengan tobaqat sederhanamempunyai kehalusan seni yang mempesonakan
Tarannum Rastgerak lembut tetapi tegaslembut & mempesonakanlincah & menyemaraksesuai dengan mana-mana tobaqatsesuai dengan ayat2 yang berbentuk amaran
Tarannum Sikahgerak lembut yang meyakinkanlembut & menusuk hatisesuai dengan mana-mana tobaqatsesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya
Tarannum Jaharkahgerak ringan tetapi berkesan
lembut & menusuk hatiunsur2 ketenangan & harmonisesuai dengan tobaqat sederhanasesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya
Tarannum Ajamgerak lembut yang berkesanmempunyai kehangatan yang bersemangattegas & meyakinkansesuai dengan tobaqat yang tinggisesuai dengan ayat2 yang bawa maksud pertanyaan, perintah, murka & sbgnya
Susunan kebiasaan harakat lagu Hijjaz:
Harakat Pertama (penerangan/pengenalan) -Hijjaz asli/Araki/AjamHarakat Kedua (rangsangan) – Hijjaz asli/Araki/AjamHarakat Ketiga (Jawab) – Hijjaz asli/Araki/AjamHarakat Keempat (Jawabuljawab) – Hijjaz asli/Araki/AjamHarakat Kelima (persediaan) – Hijjaz asli/Araki/AjamHarakat Keenam (penutup) – Hijjaz asli/Ajam/Waslahtobaqat = tingkatan suara (rendah, sederhana, tinggi (jawab), tertinggi (jawabuljawab))Waslah = gabungan 2 lagu / > yang boleh mendorong kepada kemantapan sesuatu harakatAraki = salah satu dari lagu penghiasseruan Rasulullah supaya umatnya membaca al-Quran dengan suara yang baik (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Abu Daud & Ibnu Majjah yang bererti :Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara2 kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja dapat menambah keelokan bacaan al-Quran itu.Tambahan Tips (Kredit ahib)selalunya jika ingin baca dengan bertaranum dimulai dan diakhiri dengan lagu BAYATI.
PENGENALAN SUARA
Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara
dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan
ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.
MENGENAL SIFAT-SIFAT SUARA
Ianya boleh di kategorikan kepada 4 jenis sifat :
1) Suara Terbaik : (Ianya mempunyai 11 sifat )
1Ketepatan nada7Licin2Tinggi8Bersih3Rendah9Terang4Garau10
Lantang5Lembut11Tajam6Manis
2) Suara Baik : ( Ianya mempunyai 10 sifat )
1Ketepatan nada7Licin2Sederhana8Bersih3Rendah9Terang4Garau10Lantang5Lembut11-6Manis
3) Suara Kurang Baik : ( Ianya mempunyai 9 sifat )
1
Ketepatan nada7Licin2Tinggi8Bersih3Kecil9Terang4-10-5Lembut11Tajam6Manis
4) Suara Tidak Baik : ( Ianya mempunyai sifat-sifat berikut )
1Sumbang7Pecah 2Nipis8Parau3Lembab9Terketar-ketar4
Lemah10Tengelam5Keras11Tersempit6Serak12Tercekik dan lain-lain
* Suara yang termasuk dalam kategori yang pertama,kedua dan ketiga adalah dikira istimewa dan senang untuk mempelajari taranum al-Quran
* Manakala suara yang termasuk dalam kategori yang keempat adalah dikira suara yang bermasaalah , ianya perlu diubahsuai dan diperbaiki dan memerlukan jangka masa yang agak panjang.
MENGENAL TOBAQAT ( ت SUARA ( طبقا
Dalam bidang taranum al-Quran , lazimnya digunakan 4 tobaqat suara sahaja :
1. Tobaqat pertama ( ر ianya berfungi di dada : ( قرا
2. Tobaqat kedua ( نوى ) : ianya berfungi pada tekak
3. Tobaqat ketiga ( جواب ) : ianya berfungi pada rongga hidung
4. Tobaqat keempat ( الجواب ianya berfungi pada rongga : ( جوابotak
* untuk lebih mantap lagi pelajar-pelajar hendaklah mempelajari sistem proses nada iaitu DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO , ianya berlaku pada tiap-tiap tobaqat suara.
PERANAN SUARA
Pelajar-pelajar haruslah mengetahui dengan lebih lanjut lagi peranan suara dalam
bidang bacaan al-Quran sebagaimana berikut :
1. Menentukan makhraj huruf dan sifatnya dengan betul
2. Menentukan nada dan irama
3. Menentukan seni bacaan / persembahan bacaan
4. Memelihara nikmat kurnian Allah
5. Memberikan penyesuaian dengan ragam ayat-ayat al-Quran
6. Memberikan penyesuaian dengan lahjah Arab
Taranum
Taranum (lagu ) ialah suatau ilmu atau suatu kaedah suara yang
dipelbagaikan bunyi mengikut prosesan nada , rentak dan irama yang tertentu,
untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan , khususnya bacaan al-
Quran.
CIRI-CIRI TARANNUM YANG MUKTABAR ( معتبر )
Pelajar-pelajar sekalian , setiap tarannum atau lagu pastinya tidak terpisah dari ciri-
ciri berikut :
Pertama : Nada ( iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara )
Kedua : Rentak ( iaitu pergerakan menghidupkan bunyi suara )
Ketiga : Irama ( iaitu alunan atau bentuk bunyi )
* Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum
SEJARAH UMUM
Mengikut ahli sejarah taranum ( muzik ) bahawa asal-usul taranum adalah di
ilhamkan dari unsur-unsur berikut :
1. Bunyi-bunyian geseran kayu
2. Bunyi-bunyian tiupan angin
3. Bunyi-bunyian kicauan burung-burung
4. Bunyi-bunyian air yang mengalir
Ia kemudiannya telah digubah dan ditalhinkan oleh Profesor muzik atau
penyair untuk dijadikan berbagai irama taranum mengikut budaya bangsa masing-
masing. Mengikut catatan فطاني صالح محمد iaitu pengarang الشيخ
kitab سراج bahawa permodenan taranum ( muzik Arabi ) ,القاريadalah
di import dari Yunani, iaitu seorang Profesor muzik bangsa Greek
الفلسوفي الحكم kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik بطلموس
tempatan النديم الموصلي ابراهيم بن اسحاق
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah bangsa Arab ابن عربي
bahawa bertaranum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam,
sehingga di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka berada sama ada ketika
bekerja, berjalan atau berehat mereka sentiasa mengalunkan taranum di
samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Tetapi setelah munculnya agama Islam maka Rasulullah menggalakkan
( menyarankan) supaya mereka ( umat Islam ) menukarkan budaya tersebut kepada
budaya membaca al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani
dan dihormati oleh masyarakat
Bagaimana pelajar-pelajar mengenal taranum dan sejarahnya??SEJARAH TARANUM AL-QURAN
Adalah difahamkan dari beberapa hadis sohih , bahawa sejarah taranum al-Quran itu
tentunya bermula dari sejarah nuzul al-Quran di Gua Hira` pada tahun 610 Masehi.
Di sana Rasulullah sendiri membaca al-Quran dengan baik , cantik dan elok.
Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca al-Quran dengan bertaranum,
bertazyin dan bertahsin.
Rasulullah telah memuji Abu Musa al-Ashaari dalam sabdanya :
داو}ود آل{ ير{ ا م�ن مزا{م� مار� أ}ع�ط{ي�ت مز� ل�قد�
"Sesungguhnya bertuah, engkau telah dianugerahkan Allah dengan mizmar (suara cantik) dari jenis mizmar keluarga nabi Daud".(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Riwayat Saidatina Aishah :
Katanya, "Pada suatu malam saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan al-
Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya مولى سالمحزيفة أبي
setelah selesai bacaan Salim itu Rasulullah segera bersyukur dan berdoa " puji-pujian
itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini( Salim )".
Pemanjangan Budaya Taranum al-Quran :
Bertaranum ,bertahsin dan bertazyin al-Quran tersebut dipusakai dan dipanjangkan
oleh para sahabat seperti , , حزيفة أبي مولى سالم كعب بن أبي مسعود , ابن
األشعري موسى kepada para tabie` yang bertanggungjawab untuk أبو
menyampaikannya kepada para tabi` tabie` dan seterusnya.
Pengembangan danPengawalan Bacaan al-Quran :
Pengembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih
berkesan dan lebih meluas oleh para tabien seperti :
* Di Kufah ( 62 H ) : قيس بن علقمة
*Di Mekkah ( 70 H ) : السائب بن عبدالله
*Di Kufah ( 73 H ) : السملى الرحمن عبد أبو
* Di Madinah (78 H ) : عياس بن عبدالله
* Dan lain-lain lagi
Ia kemudiannya diterima dan disebar meluas oleh para tabi` tabien seperti
, الشافعي ادريس بن محمد امام العزيز عبد بن termasuklah imam-imam , عمر
qiraat dan seterusnya para guru al-Quran dan para qari-qariah yang muktabar
sehingga ke zaman kini.
SIFAT-SIFAT BACAAN RASULULLAH
Untuk mengetahui sifat-sifat bacaan Rasulullah itu pelajar-pelajar , marilah sama-
sama kita renungkan kepada beberapa hadis sohih yang telah dikemukakan oleh para
sahabat sebagaimana berikut :
مغفل (1 بن عبدالله : قال
" ) ( قراءة ا�لفت�ح{ رة و� س}رأ} و يق� به{، وه} ي�ر} ناقت{ه{، وه{ى تس{ على و ي�قرأ}، وه} ص الن�{بى� رأي�ت}
ع} ي}رج� و وه} رأ} يق� ".�لي�نة
( البخارى ( رواه
Ertinya : Aku menyaksikan nabi Muhammad membaca al-Quran, sedangkan baginda di atas kenderaan untanya yang sedang maju berjalan, baginda membaca al-Quran surah Al-Fath sebagai bacaan yang paling lembut dalam bentuk bacaan tarji`( melagukan al-Quran )
Huraian :
* Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah merayakan kejayaan peperangannya
dengan mempersembahkan bacaan al-Quran yang sungguh indah dan menarik
* Kalimah لينة menunjukkan bahawa bacaan Rasulullah adalah قراءةpaling
lembut,merdu dan mempesonakan.
* Kalimah يرجع itu menunjukkan bahawa bacaan Rasulullah وهوmempunyai
keindahan alunan dan lagu yang sempurna.
هانىء (2 أم حديث : من
) رءان ) ال�ق} ع} ي}رج� ى� نائ{مة على فراش{ وانا رأ}، يق� و وه} ص الن�ب{ى� صو�ت مع} أس� .ك}ن�ت}( ماجه وابن واالنسائى الترمذى (رواه
Ertinya : Aku dengar suara Nabi Muhammad membaca al-Quran , ketika itu aku sedang berbaring di atas katilku, baginda melagukan bacaan al-Quran
مطعم (3 بن جبير : قال ) ( أو� � تا صو� سن} أح� احد�ا ع�ت} سم{ فما ر{، بالط£و� ال�مغ�ر{ب{ رأ ف{ى يق� ص الله و�ل رس} ع�ت} سم{
ن�ه} م{ راءة .ق{( ومسلم البخارى (رواه
Ertinya : Aku pernah dengar Rasulullah membaca الطور ketika سورةbaginda sembahyang Maghrib , ya sungguh menarik bacaannya , tiada pernah ku dengar seorang pun yang lebih lunak suara bacaan daripadanya.
عازب (4 بن البراء وقال ) ( سن أح� أحد��ا ع�ت} سم{ فما ي�ت}و�ن،{ والز� والت�ي�ن{ الع{شآء{ ف{ى رأ} يق� ص الله و�ل رس} ع�ت} سم{
ن�ه} م{ تا� ،صو�( ومسلم البخارى (رواه
Ertinya : Aku pernah dengar Nabi Muhammad membaca التين سورةketika sembahyang Isyak , ya sungguh indah sekali bacaannya, tiada pernah ku dengar seorang pun yang lebih merdu bacaannya dari bacaan Rasulullah.
Ulasan hadis-hadis diatas :
Hadis yang pertama adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan al-Quran di
khalayak ramai ketika berada di medan perang dalam suasana gembira merayakan
kejayaan perjuangan.
Hadis kedua adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan bacaan al-
Quran ketika berehat di rumahnya dalam suasana keharmonian dan ketenangan jiwa.
Hadis ketiga dan keempat adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan al-
Quran ketika mengerjakan ibadat sembahyang dalam suasana ketawadu`an dan
keinsafan jiwa raganya.
Dengan ini nyatalah bahawa Rasulullah sentiasa membaca al-Quran dengan
baik dan merdu serta terpesona sesuai dengan al-Quran itu sebagai mukjizat
yang teragung.
Sifat bacaan Rasulullah itu adalah sebahagian dari uswah hasanah yang perlu
dicontohi dan diteladani oleh sesiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai
umat Islam.
Sifat bacaan Rasulullah amat sempurna, tertil, bertajwid, bertaranum, bertarji`,
bertahsin, bertazyin dan sebagainya.
Situasi baginda adalah digambarkan oleh hadis sohih yang tidak perlu
dipertikaikan lagi oleh sesiapa pun.
Dalil-Dalil dan Kelebihan Tarannum
Di antara hadis-hadis Rasulullah yang memberi penekanan kepada kelebihan
membaca al-Quran secara bertarannum ialah:
1. Sabda Rasulullah :
ءان{ ر� بال�ق} يتغن� لم� من� ن�ا م{ لي�س( البخارى (رواه
Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan
dengan bacaan al-Quran.
2. Sabda Baginda lagi:
} ا فتباكو� ا تب�ك}و� لم� فإ{ن� ا واب�ك}و} أن{ ر� ب{الق} يتغن� لم� من� ن�ا م{ لي�س أن{ ر� ب{ال�ق} ا .غن£و�( النساءى (رواه
Ertinya: Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu, kerana
bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-
Quran dan menangislah, jika tidak mampu menangis, maka buatlah olok-olok
menangis.
Dalam hadis ini kalimah بالقرأن itu menunjukkan bahawaغنواRasulullah
sendiri memerintahkan ummatnya supaya melagukan al-Quran.
Dalam Hadis ini kalimah بالقرأن يتغن لم من منا itu menunjukkan ليس
bahawa Rasulullah sendiri mempertikaikan golongan umatnya yang tidak mahu
melagukan bacaan al-Quran. Sebaliknya mereka lebih suka melagukan syair,
mengagongkan bahasa sendiri dari keagungan al-Quran.
Kalimah فتباكوا itu menunjukkan bahawa Rasulullah menggalakkan lagu
bacaan al-Quran itu yang boleh membawa kepada kekhusyukan.
( lagu yang mempunyai sifat kelembutan sahaja yang boleh membawa kepada
kekhusyukan seperti lagu Soba,Jiharkah dan Nahwand )
3. Sabda Rasulullah
واه�ل{ ق{ س� ال�ف{ اه�ل{ و�ن ول}ح} {ي�اك}م� وإ وات{ها واص� ال�عرب{ و�ن{ ب{ل}ح} ءان ر� ال�ق} رؤ}وا اق�الحديث........ ال�ك{تابي�ن{
( والبيهقى الطبرانى (رواه
Ertinya : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) Arab dan dengan suara
berlahjah Arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya ahli
fasik demikian juga dengan irama ahli gereja ( Kristian dan Yahudi )
Dalam hadis ini bahwa Rasulullah menyuruh umatnya melagukan al-Quran itu
dengan berpandukan irama dan suara yang berlahjah Arab, kerana al-Quran itu
berbahasa Arab yang sememangnya memerlukan budaya Arab.
Kalimah الفسق اهل ولحون ini menunujukkan bahawa Rasulullah واياكم
memberi amaran keras supaya jangan melagukan dengan unsur-unsur irama fasik
seperti apa yang dilagukan oleh biduan dan biduanita ( artis-artis) yang semata-mata
menghiburkan peminat dan mencari nama sahaja.
Kalimah الكتابين itu menunujukkan bahawa amaran Rasulullah واهلsupaya
jangan terpengaruh dengan irama-irama yang berunsur pemujaan gereja , negara,
pembesar negeri dan sebagainya kerana perbuatan ini menghilangkan kemukjizatan
al-Quran.
HUKUM MELAGUKAN BACAAN AL- QURAN
Sunat sekiranya:Dapat membangkitkan syiar islam.Dapat menarik perhatian orang ramai kepada al-quran.Dapat menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran al-quranDapat melahirkan ketinggian mukjizat al-quran.Dan sebagainya.
Harus sekiranya:Tidak mencacatkan al-quran.Tidak mengganggu ketenteraman awam.Tidak menghalang ketenangan beribadah.Tidak melahirkan fitnah.Dan sebagainya.
Makruh sekiranya.Mengganggu ketenteraman awam.Menghalang ketenangan beribadah.Melahirkan fitnah.Menghilangkan khusyuk/ tadabbur.Dan sebagainya.
Haram sekiranya:Merosakkan keaslian al-quran.Menjatuh atau menghinakan keutuhan al-quran.Menghalang kemajuan atau ketinggian al-quran.Menyeleweng matlamat kearah yang dilarang syara’.Dan sebagainya.
Fardhu kifayah sekiranya:Boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-quran.Boleh menambahkan keelokkan al-quran.Boleh menghilangkan keraguan terhadap al-quran.Boleh memantapkan kefahaman terhadap al-quran.Dan sebagainya.
PERANAN TARANUM PADA BACAAN AL-QURAN
Seorang Qari itu tidak harus melupakan peranan taranum bil-Quran supaya
matlamatnya dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Antara peranannya ialah:
1) Untuk mencapai tahap ketertilan yang sebenar. Allah taala berfirman : hendaklah
kamu membaca al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu ( Muzammil : 4 )
2) Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran Rasulullah bersabda :
diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan keberkatan ( Riwayat muslim )
3) Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan, Allah taala berfirman : mereka
bersegera menundukkan muka sambil menanggis sedangkan al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukkan dan keinsafan ( Al-Isra` : 109 )
4) Untuk mendapat rahmat.
Allah berfirman : bila-bila sahaja al-Quran di baca maka hendaklah diam untuk
memerhati dengar bacaannya semoga kamu dirahmati Allah ( al-A`araf 204 )
5) Untuk menambahkan seni al-Quran.
Rasulullah bersabda : Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokkan suara
kamu, sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan
seni mukjizat al-Quran ( riwayat Nasaie dan Abu Daud )
* Ibn Abbas pernah menegaskan bahawa nabi Daud alaihissalam pernah membaca kitab Zaburnya denagn 70 lagu, untuk menyegar jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang.Setiap jiwa tidak akan berfungsi jika tidak diusik, pengusik jiwa yang berkesan ialah peranan taranum
ASAS TARANUM ARAB HIJAZI
Qari-qari Hijazi biasanya membaca al-Quran berdasarkan asas-asas taranumnya yang tersendiri, yang dirumuzkan dengan ungkapan kata-kata : سج د بحمر
((بنجكة Singkatan nama lagu Banjakah ( ب )(حسيني) Singkatan nama lagu Husaini ( ح )(مية) Singkatan nama lagu Mayyah ( م )(ركبي) Singkatan nama lagu Rukbi ( ر )(دكة) Singkatan nama lagu Dukkah ( د )(سيكة) Singkatan nama lagu Sikah ( س )(جهركة) Singkatan nama lagu Jiharkah ( ج )
ASAS TARANUM ARAB MISRI
Berdasar kepada kaedah yang disampaikan oleh طه الشيخ فضيلة الفشني
bahawa qari-qari mesir biasanya mereka membaca al-Quran tidak lari daripada asas-
asas taranum yang empat iaitu Bayati , Hijazi , Iraqi dan Rast.
Manakala lagu yang lain adalah sebagai cawangan sahaja seperti Husaini ,
Kurdi , Soba , Ajam , Nahwand , Sikah dan Jiharkah .
Demikianlah 12 lagu yang pernah diamalkan oleh qari-qari Mesir sebagai lagu
bacaan al-Quran. Manakala selebihnya adalah diamalkan untuk lagu-lagu qasidah dan
lagu muzik sahaja.
SUSUNAN TARANUM YANG POPULAR
Qari-qari dari Mesir masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan
taranum yang disusun seperti berikut :
a) Bayati , Soba , Hijaz , dan Sikahb) Bayati , Hijaz , Nahwand dan Rastc) Bayati , Nahwand ,Rast dan Jiharkahd) Bayati , Rast , Sikah dan Jiharkahe) Bayati , Iraqi , Nahwand dan Rast
TAJUKDEFINISI / HURAIAN
1
HARAKAT ( ( حركة
Gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa Qit`ah dengan Mahattohnya yang tertentu
Harakat pertama : merupakan harakat permulaan yang perlu disesuaikan dengan harakat terakhir pada lagu sebelumnya.
Harakat kedua: Harakat yang memberi semangat kepada harakat yang berikutnya
Harakat ketiga : Harakat jawab ( harakat tinggi )
Harakat keempat:Harakat jawabul-jawab( harakat tertinggi )
Harakat kelima: Harakat menurun ( harakat persediaan )
Harakat keenam : Harakat penutup
2
MAHATTOH ( محطة )
Gaya penghujung ( perhentian ) kepada sesuatu harakat yang tertentu.
3
QIT`AH ( قطعة )
Gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattoh yang tertentu
4
BURDAH ( بردة )
Bunga-bunga lagu atau getaran suara
Jenis-jenis Burdah :a) Burdah aslib) Burdah sina`ie
Perkataan bayati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.
Pada istilah ilmu taranum , ianya adalah nama bagi satu jenis alunan taranum yang
dipopularkan oleh qari-qari Arab terutama dari mesir.
Taranum bayati tersebut mula diperkenalkan di Tanah Melayu kira-kira
pada tahun 1940–an sehingga kini. Ianya amat terkenal sekali sehingga dianggap
sesuatu persembahan bacaan al-Quran itu belum lengkap dan sempurna jika tidak
dimasukkan taranum bayati.
MENGENAL SIFAT-SIFAT TARANUM BAYATI
Taranum bayati mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri di antaranya :
1. Mempunyai kelembutan di samping ketegasan
2. Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat yang sederhana
3. Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan
4. Mempunyai kesesuaian dengan taranum pembukaan dan penutup
* mengenal sifat-sifat taranum tersebut adalah mustahak jika tidak tentunya sukar* untuk mengawal dan menyusun harakat-harakatnya dengan baik dan mungkin kehilangan punca yang menyebabkan tersasul ke arah yang tidak diingini.
MEMAHAMI PERANAN TARANUM BAYATI
Taranum bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri di antaranya :
1. Memantapkan persembahan bacaan
2. Menjadi taranum pembukaan dan penutup
3. Menjadi pengukuran kepada taranum yang akan dipersembahkan sesudahnya
4. Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf al-Quran
5. Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.Seseorang qari atau qariah yang tidak dapat menghayati peranan
sesuatu taranum itu mungkin mesej yang hendak disampaikan tidak kesampaian kerana taranum itu sendiri adalah sebahagian daripada alat penyampaian al-Quran kepada masyarakat
Perkataan husaini adalah dari Bahasa Arab yang bererti kecantikan.
Pada istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan taranum yang
dipopularkan oleh pakar taranum Hijazi. Sehingga sekarang ianya diubahsuai oleh
qari-qari Mesir sebagaimana yang kita hayati sekarang.
MENGENAL SIFAT-SIFAT TARANUM HUSAINI
Taranum husaini mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri :
1. Mempunyai pergerakan yang aktif dan bersemangat.
2. Mempunyai penyesuaian dengan tobaqat yang tinggi.
3. Mempunyai unsur ketenangan dan ketegasan.
4. Mempunyai unsur rangsangan dan galakan.
MEMAHAMI PERANAN TARANUM HUSAINI
Di antara tugas-tugas dan peranan taranum husaini adalah :
1. Memantapkan persembahan bacaan.
2. Merangsangkan taranum yang berikutnya.
3. Menghangatkan persembahan bacaan.
4. Memantapkan sebutan huruf-huruf al-Quran.
5. Melahirkan kemukjizatan al-Quran.
MENGENAL HARAKAT HUSAINI
1. Bersambung kepada harakat keempat dan kelima taranum Bayati.
2. Harakat Husaini diwuslah kan kepada harakat Bayati.
3. Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.
Taranum Hijjaz pula dipopularkan oleh qari-qari dari wilayah Hijjaz mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir yang tandus dan berbukit bukau yang kemudian diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya.
“Ini menjadikan Taranum Hijjaz berlahjah Mesr lebih lembut dan menarik, sesuai dengan kelembutan dan kehalusan lughah al-Quran itu sendiri,” katanya.
Antara sifat Taranum Hijjaz termasuklah gerak lambat tetapi berkesan, ketegasan sebagai pendorong semangat, bersesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz
· Memberi semangat kepada persembahan
· Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar
· Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya
· Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran
· Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran
Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari Mesir.
Sifat Tarannum Soba
· Alunan lembut yang mendayu· Gerak ringan meresap jiwa· Sesuai dengan tobaqot sederhana· Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya
Peranan Tarannum Soba
· Menenangkan persembahan
· Membawa kekhusyukan dan keinsafan
· Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran