tarannum 1

Upload: mat-dispatch

Post on 06-Jul-2015

1.381 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

TeRbAiK!!!

TRANSCRIPT

Abstrak: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman ilmu tarannum di kalangan imam-imam yang yang sedang berkhidmat di masjid-masjid di daerah seberang Perai Utara Responden kajian ini adalah imam-imam bertauliah dari masjid-masjid di daerah Seberang Perai Utara iaitu seramai 10 orang responden. Sebanyak 15 item soalan telah dibina dan instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik dan secara temu bual dengan imam tersebut dan temu bual dengan penduduk kampung-kampung tersebut.Hasil kajian mendapati imam-imam tersebut keseluruhannya mempunyai tahap kefahaman yang sederhana dalam ilmu tarannum namun sangat berminat untuk mendalami ilmu tarannum sejajar dengan tuntutan Islam supaya memperelokkan suara ketika membaca Al-Quran kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah S.W.T.. 1. PENGENALAN Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah: Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama: alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran. Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran kerana bersempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud iaitu: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".

Perintah bacaan bertartil

Surah Al-muzzammil ayat 4: yang

bermaksud Bacalah AL_Quran dengan secara bertartil. Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan AlQuran. 1.1 SEJARAH TARANNUM Rasulullah SAW menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang baik. Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang terkenal seperti Abdullah bin Masud, Abu Musa Asyari dan beberapa sahabat besar yang lain. Kemudian ilmu ini dikembangkan ke serata pelusuk tanah arab dan hasilnya pada zaman tabiin muncul pula qariqari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lainlain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (simai), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW sampai kepada umat Islam yang ada pada hari ini. Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: A. Misri iaitu seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Mesir dan kawasan sekitarnya. B. Hijazi ialah seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada kawasan sekitar Mekah dan Madinah. C. Iraqi seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Iraq dan kawasan sekitarnya. D. Kurdi yang dipopularkan oleh qurra disekitar Iraq dan Turki.

E. Ajami iaitu aliran yang dipopularkan oleh qurra yang bukan berketurunan Arab seperti Iran dan beberapa Negara lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran. 1.2PERBANDINGAN ANTARA GAYA BACAAN ALIRAN HIJAZI DAN ALIRAN MISRI Aliran Hijazi Aliran ini dikaitkan dengan persekitaran dan suasana tempatan di Mekah dan Madinah. Antara ciri geografi di kawasan ini ialah kawasannya yang berpadang pasir, bentuk muka buminya yang berbukit dan kebiasaannya suhu di kawasan ini adalah tinggi hingga pada satu tahap boleh mencapai 40 darjah celcius. Oleh itu gaya bacaan dan irama bagi aliran hijazi ialah lincah, nada suara yang tinggi kehangatan. Aliran Misri Manakala aliran misri pula dikaitkan dengan suasana yang lebih tenang dan damai kerana Negara Mesir terletak di lembah sungai Nil yang subur menghijau dengan tanaman dan bersuhu sederhana berbanding suhu di kawasan Mekah dan Madinah. Justeru kita dapat lihat irama dan rentak yang dihasilkan lebih lembut dengan lenggok suara yang sederhana . 1.3 ASAL ILHAM TARANNUM Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun didalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Nagham, ataupun ilmu Al-Maqamat . 1.4 HUKUM ASAS BERTARANNUM Berdasarkan perbahasan ulama, kita dapat memahami bahawa hokum bertarannum adalah seperti berikut;

1. Fardhu (kifayah) jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati AlQuran. 2. Sunat jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati. 3. Harus untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah. 4. Makruh jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi. 5. Haram jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniruniru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain. Sabda Rasulullah SAW: Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya . Kata Ibnu Kathir: Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT. 1.5 Asas Tarannum Aliran Misri Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah: 1. Al-Bayyati. 2. Soba. 3. Hijaz. 4. Nahawand. 5. Rast. 6. Sikah. 7. Jiharkah..

1.6 MAKSUD ISTILAH YANG BERKAITAN DENGAN ILMU TARANNUM y Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan satu mahattah). Qitah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah). y Burdah asli dan sinai (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah). y y Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna). Salalim suud dan nuzul (suara mendaki dan menurun mengikut ilmu tangga-tangga suara y y Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara). Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat). 1.7 FALSAFAH TARANNUM BI AL-QURAN Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah: 1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: diturunkan al-Quran itu denganpenuh kebesaran dan kehormatan. (Riwayat Muslim) 2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca danpendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Taalayang bermaksud: Mereka segera menundukkan muka sambil menangissedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan.(Surah al-Isra:ayat 109) 3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat 204). 4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran..

1.8 PENGENALAN JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS TARANNUM BAYYATI Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman. Sifat Tarannum Al-Bayyati Lembut disamping tegas.,, Sesuai dengan tobaqot sederhana., Harmoni.dan berunsur ketenangan. Peranan Tarannum Al-Bayyati Memantapkan persembahan, Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup, Pengukuhan kepada tarannum sesudahnya,, Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. dan dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM SOBA Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir Sifat Tarannum Soba Gerak ringan meresap jiwa, alunan lembut yang mendayu.,Sesuai dengan tobaqot sederhana., Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya. Peranan Tarannum Soba Menenangkan persembahan., membawa kekhusyukan dan keinsafan dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. dan dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM HIJAZ Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagaisuatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telahdiubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.Sifat Tarannum Hijaz Gerak lambat tapi berkesan, ketegasan pendorong semangat., Kelincahan menghidupkan persembaha, Sesuai dengan mana-mana tobaqot.dan Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah . Peranan Tarannum Hijaz

Memberi semangat kepada persembahan., Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya, Menunjukkan Ketegasan kepada mesej AlQuran. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.dan Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM NAHAWAND Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kiniIran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Nahawand Gerak ringan yang berkesan., Kelembutan bersopan. Sederhana memikat jiwa Kehalusan seni.dan Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Nahawand Melembutkan bacaan., Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar., Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran

TARANNUM RAST Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Rast Gerak lembut disamping ketegasan, Kelembutan alunan, Lincah menyemarakkan. Sesuai dengan mana-mana tobaqot.dan sesuai dengan mana-mana bentuk ayat. Peranan Tarannum Rast Memberi semangat kepada persembahan. Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM SIKAH Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (padakurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telahdiubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Sikah Peranan Tarannum Jiharkah Menenangkan ketegangan persembahan. Melembutkan persembahan. Membawa kekhusukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Burdah Suara dan Peranannya Burdah bererti bunga suara dan lenggoknya. Suara yang mempunyai alunan burdah akan lebih menarik dan sedap didengar. Umumnya, burdah itu terbahagi kepada dua bahagian,: Bahagian Burdah BURDAH ASLI Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semulajadi. BURDAH SINA`I Iaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang diperdengarkan.

.6: Peranan Burdah Suara Bil. Jenis Burdah Peranannya 1. Kasar dan Jarang Bertujuan untuk menghidupkan persembahan. 2. Kecil dan Rapat-rapat Bertujuan untuk mencantikkan persembahan. 3. Lembut dan Bersih Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan. 4. Keras dan Tegas Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.

Skop kajian Kajian ini dilakukan terhadap imam imam yang bertauliah dari masjid-masjid di daerah seberang Perai Utara. Responden yang terlibat ialah seramai 10 orang.

Latar Belakang Kajian Sebagai salah satu langkah memartabatkan Ilmu Tarannum ini saya telah ditugaskan untuk satu kajian tentang kefahaman Ilmu Tarannum al-Quran yang mana respondennya adalah imam-imam masjid yang saya telah pilih untuk dibuat soal selidik seramai 10 orang. Mereka adalah merupakan Imam-imam masjid yang bertauliah yang berada di sekitar daerah tempat tinggal saya dan saya sekarang iaitu imam-imam sekitar kampung tempat asal saya dan suami saya iaitu Kampung Simpang Empat Permatang Buloh. Responden yang terlibat ialah Imam Masjid Kampung Simpang Empat Permatang Buloh iaitu Imam satu dan Imam dua,Imam Masjid Pongsu Seribu, Imam Masjid Sungai Lokan, Imam Masjid Kampung Setar,Pinang Tunggal,Imam Masjid Penaga, Imam Masjid Sungai Puyu Objektif kajian : 1. Mengenalpasti tahap pemahaman keseluruhan responden dalam aspek Ilmu Tarannum Al-Quran. 2. Mencadangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan kefahaman dan mutu bacaan AlQuran secara bertarannum.

Metodologi kajian: Kajian dilakukan dengan cara, iaitu: 1. Meminta Para Imam Mengisi Borang Soalan kaji selidik yang telah disediakan dan merumuskan hasil berdasarkan borang soal selidik tersebut. 2. Mengemukakan temubual lisan secara spontan. 3. Menemubual beberapa orang kampung yang sering solat berjemaah di Masjid . 4. Mendengar sendiri bacaan imam melalui solat berjemaah di masjid- masjid daerah Seberang Perai. Jangkaan hasil / dapatan kajian: Di akhir soal selidik ini nanti diharapkan agar 100% responden dapat memahami, mengamalkan pembacaan Al-Quran bertarannum dan mempertingkatkan minat mereka untuk memperelokkan lagi bacaan mereka .. Ini adalah kerana responden adalah terdiri daripada para imam yang bertauliah yang sudah sememangnya punyai pengetahuan tentang Ilmu Tarannum ini terutamanya tentang bacaan tarannum yang popular di Malaysia seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand,Tarannum Rast,Tarannum Soba,Tarannum Hijaz,Tarannum Sikah, dan Tarannum Jiharkah.

Hasil Dapatan Kajian: Setelah berusaha bersungguh sungguh menyediakan soalan-soalan dan melaksanakan proses kajian maka hasil yang saya dapati daripada 10 orang Imam terbabit seperti berikut: a) Perbincangan Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden Maklumat latar belakang responden yang pertama ialah berkaitan dengan anlisis taburan responden mengikut umur. Majoriti responden iaitu serama i 5 orang (50 %) yang berumur 40 hingga 45 tahun. Sementara itu, responden yang berumur 30-35 ialah sebanyak 10% 55 hingga 60 sebanyak 2 orang bersamaan 20%

b ) Latar belakang pendidikan al-Quran/Tarannum. Responden yang dikaji terdiri daripada imam-imam yang kebanyakannya adalah imam masjid kampung seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Dalam aspek latar belakang pendidikan tertinggi berkaitan Al-Quran dan Tarannum saya telah membahagikan kepada beberapa tahap iaitu,Pendidikan Al-Quran dan Tarannum di peringkat pondok,peringkat sekolah menengah agama,peringkat sekolah menengah kebangsaan atau menengah biasa dan yang terakhir iaitu peringkat maktab dan universiti.

Hasil kajian mendapati 10 orang daripada kalangan responden merupakan imam yang berpendidikan sekolah menengah agama iaitu mewakili 100 %. Tiada seorang pun daripada mereka yang berpendidikan sekolah menengah biasa .Dua orang daripada responden iaitu 20 % daripada daripada jumlah responden adalah imam yang mendapat pendidikan di maktab dan 10% sedang melanjutkan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru dan 30% iaitu seramai 3 orang adalah keluaran universiti luar Negeri iaitu Mesir dan 50% bersamaan 5 orang adalah keluaran university tempatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai latar belakang pendidikan Al-Quran dan Ilmu Tarannum,Cuma ada yang mempelajarinya secara formal manakala ada pula yang tidak formal. Bagi bekas penuntut maktab menyatakan bahawa Ilmu Tarannum hanya diajar sedikit sahaja yang juga bermaksud bahawa ianya diajar dengan silibus yang terhad dan tentulah tidak banyak yang dapat dipelajari oleh penuntut di dalam sesuatu tempoh pengajian. Walau bagaimanapu40% daripada Imam in pernah menjadi hakim tilawah al-Quran peringkat daerah dan negeri Pulau Pinang dengan secara tidak langsung mereka dari semasa ke semasa sentiasa mempertingkatkan ilmu tarannum Al-Quran. c ) Pengetahuan asas tentang tarannum-tarannum al-Quran.

Dalam konteks pengetahuan di dalam bidang Al-Quran sudah semestinya seseorang yang dilantik menjadi imam adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengetahuan tentang AlQuran,namun di dalam konteks bacaan secara bertarannum ini,hasil dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 10 orang daripada responden yang mewakili 1O0% mengakui pernah belajar Ilmu Tarannum ini samada di dalam kelas formal mahupun melalui kuliah-kuliah mingguan atau bulanan di peringkat masjid dan surau-surau kampung dan pernah menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. secara formal namun mempunyai sedikit pengetahuan tantangnya hasil daripada pembelajaran tidak formal di dalam kuliah-kuliah di masjid-masjid dan surau-surau tertentu sepanjang hidup mereka. Perincian kajian secara terperinci mendapati dalam bidang pengetahuan asas tentang jenis-jenis tarannum seperti Tarannum Bayyati,Tarannum Nahawand, Tarannum Rast, Tarannum Soba, Tarannum Hijaz, Tarannum Sikah, dan Tarannum Jiharkah dapat dirumuskan di sini iaitu seperti berikut:

Aspek Definisi Tarannum

Jenis-Jenis Tarannum

Tidak Tahu

Kurang Mahir

Sederhana Mahir

Mahir

Tiada Tarannum Bayyati

Tiada

5

5

Tarannum Nahawand Tarannum Rast

Tiada

Tiada

5

5

2 orang

4

4

2

Tarannum Soba

1 orang

2 orang

5 orang

2

Tarannum Hijaz Tarannum Sikah

Tiada 1 orang

5 orang 4 orang

3 orang 3 orang

2 2

Tarannum Jiharkah

2 orang

4 orang

2 orang

2

Aspek Sifat-Sifat Tarannum

Jenis-Jenis Tarannum

Tidak Tahu

Kurang Mahir

Sederhana Mahir

Mahir

Tiada Tarannum Bayyati

Tada

1 orang

9

Tarannum Nahawand Tarannum Rast

1 orang

8 orang

1 orang

0

1 orang

5 orang

4 orang

0

Tarannum Soba

2 orang

5 orang

3 orang

0

Tarannum Hijaz

1 orang

4 orang

2 orang

3

Tarannum Sikah

2 orang

6 orang

2 orang

0

Tarannum Jiharkah

3 orang

6 orang

1 orang

0

Aspek Peranan Setiap Tarannum

JenisJenis Tarannu m Tidak Tahu

Kuran g Mahir

Sederhan a Mahir

Mahi r

Tiada Tarannum Bayyati

1 orang 7 orang

2

Tarannum Nahawand Tarannum Rast

1orang

6 orang

3 orang

0

1 orang

7 orang

2 orang

0

Tarannum Soba

2 orang

4 orang

4 orang

0

Tarannum Hijaz

1 orang

6 orang

3 orang

0

Tarannum Sikah

3 orang

3 orang

5 orang

0

Tarannum Jiharkah

4 orang

4 orang

2 orang

0

Rumusan Jadual Di atas : Aspek Definisi Tarannum : Purata keseluruhan responden yang tidak tahu kesemua jenis tarannum ialah sebanyak 13% sementara responden yang kurang mahir sebanyak 77% manakala responden sederhana mahir sebanyak 10 %. Tidak terdapat responden yang mengaku benarbenar mahir mengenai definisi taranum tersebut.

Aspek Sifat-sifat Tarannum : Purata keseluruhan responden yang mahir sebanyak 0 %, sederhana mahir 10 %, kurang mahir sebanyak 79 % manakala tidak tahu sebanyak 11 %.

Aspek Peranan Setiap Tarannum : Purata keseluruhan bagi aspek peranan setiap tarannum ini ialah responden yang tidak tahu sebanyak 15 %, responden yang kurang mahir pula sebanyak 76 % manakala 9 % lagi sederhana mahir. Tidak ada responden yang mengaku benar-benar mahir dalam aspek ini.

Aspek-aspek lain yang sangat berkaitan dengan Ilmu Tarannum yang turut dikaji seperti jadual yang ditunjukkan: Kajian Tentang Aspek- aspek Berkaitan Tarannum

Aspek Berkaitan Tarannum Tidak Tahu 1 orang 1 orang 2 orang 1 orang 1 orang Kurang Mahir Sederhana Mahir 4 orang 2orang 4 orang 6orang 5 orang Mahir

Ikhtilal al- Lahn Burdah Nagham Mahattah Harakah Huraian Jadual :

3 orang 5 orang 4 orang 3 orang 2 orang

2 orang 2 0 0 2 orang

1. Ikhtilal al- lahnu: 1 orang tidak tahu mewakili 10 %,kurang mahir 3 orang iaitu 30 %,sederhana mahir 4 orang iaitu 40 % manakala mahir pula 20 % iaitu 2 orang. 2. Burdah : tidak tahu 10 %,kurang mahir 50 %, sederhana mahir 40 % sementara tiada imam yang mengaku mahir dalam aspek ini.

3. Nagham : 2 orang tidak tahu iaitu 20 %, 4 daripada responden adalah kurang mahir iaitu mewakili 40 %,4 lagi responden mengakui mereka sederhana mahir dalam hal ini iaitu 40%. Tiada responden yang mahir di dalam aspek Nagham ini. 4. Mahattah : Responden yang tidak tahu sebanyak 1 orang iaitu 10 %, kurang mahir 30 %,sederhana mahir 40 % dan responden yang mahir tentang aspek ini sebanyak 20 %. 5. Harakah : 10 % responden yang tidak tahu,20 % kurang mahir,50% sederhana mahir dan 20 % responden mahir dalam aspek harakah ini.

Ingin juga saya nyatakan di sini bahawa ada beberapa Imam yang sebenarnya mengetahui aspekaspek di atas akan tetapi terlupa istilahnya dalam Bahasa Arab. Setelah saya jelaskan maksud istilah-istilah di atas satu persatu barulah mereka mengakui yang sebenarnya mereka tahu tentang istilah-istilah tersebut. c ) Kemampuan membaca al-Quran secara bertarannum. Oleh kerana responden yang dikaji merupakan kumpulan para Imam maka sudah semestinya mereka adalah tergolong dalam kumpulan yang berbakat dalam membaca Al-Quran dengan baik mahupun membaca secara bertarannum. Namun demikian disebabkan oleh pendedahan yang kurang dan sedikitnya belajar dalam bidang tersebut maka kajian menunjukkan bahawa 7 orang daripada responden yang mewakili 70 % mengaku bahawa mereka kurang boleh bertarannum atau dengan kata lain mereka hanya menguasai bidang-bidang Al-Quran yang lain tetapi dalam bidang tarannum atau melagukan Al-Quran ketika menjadi Imam,mereka tidak menguasai dengan baik. Baki seramai 3 orang iaitu 30 % daripada responden mengakui bahawa mereka boleh bertarannum dan sering melagukan bacaan ketika menjadi Imam solat. Sila rujuk jadual dibawah :

Kebolehan Bertarannum

Bilangan Responden

Peratus Penguasaan Responden

Tidak Boleh Langsung

0

0%

Kurang Boleh

2

20 %

Boleh

8

80 %

Sangat Boleh

0

0%

d ) Cadangan imam-imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum. Hasil dapatan daripada kajian yang telah dibuat saya telah dapat mengumpulkan beberapa cadangan yang baik dan apa yang sangat saya puashati ialah kesemua 10 responden memberikan cadangan untuk saya kemukakan dalam hasil kajian saya ini sebagai buah fikiran yang sewajarnya difikirkan bersama untuk ia dilaksanakan. Cadangan-cadangan yang diberikan oleh 10 responden yang dikaji adalah seperti berikut: Cadangan Meningkatkan Minat dan Kefahaman masyarakat Terhadap Ilmu Tarannum

Cadangan- Cadangan

Jumlah Cadangan

1. Mengadakan kelas tarannum seminggu sekali di masjidmasjid atau surau-surau supaya masyarakat dapat belajar dengan lebih kerap.

8 cadangan

2 Melantik guru pakar untuk mengajarkan Tarannum kepada ahli-ahli masjid dan surau. 3 cadangan

3.Pelbagaikan rancangan atau aktiviti menarik di television yang berkonsepkan tarannum atau melibatkan Ilmu Tarannum seperti rancangan Akedemi Al-Quran dan Rancangan Mari Bertaranum. Seterusnya media penyiaran perlu kerapkan penyiaran rancangan-rancangan bercorak tarannum tersebut untuk masyarakat berasa lebih dekat dengan Ilmu Tarannum ini setelah dihidangkan dengan rancangan sebegini dengan kerap. 7 cadangan

7

Mengadakan kursus dan bengkel Tarannum di setiap daerah. 8 cadangan/

4Kerajaan perlu lebih giat mempromosikan ilmu yang berteraskan Al-Quran termasuklah Ilmu Tarannum ini serta melibatkan semua golongan sasar terutamanya golongan kanakkanak dan remaja untuk menjamin masyarakat yang tidak buta 5 cadangan

Al-Quran pada masa akan datang.

5Mengadakan kursus atau bengkel tarannum secara berjadual kepada kaum ibu supaya mereka dapat mengajarkan Ilmu Tarannum ini kepada anak-anak mereka di rumah. 4 cadangan

6 Mengadakan kursus atau bengkel dan kelas-kelas tarannum kepada guru-guru di sekolah terutamanya guru-guru pendidikan Islam supaya Ilmu Tarannum ini cepat tersebar kepada muridmurid sekolah. 4 cadangan 7Kemaskini silibus matapelajaran disekolah dengan memperbanyakkan silibus ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran agar dada-dada ummat Islam penuh diisi dengan Ilmu Al-Quran. 3 cadangan

e ) Kesimpulan/dapatan daripada kajian yang dijalankan. Secara keseluruhannya melalui kajian yang dibuat dapatlah disimpulkan bahawa Ilmu Tarannum ini bukanlah suatu ilmu yang senang dipelajari dan memerlukan semangat yang tinggi untuk

menguasainyaSesungguhnya tidak ada jalan yang mudah untuk menguasai ilmu berharga ini melainkan dengan mempergiatkan usaha mempelajarinya bersungguh-sungguh melalui pelbagai cara. Ini terbukti apabila melihat hasil dapatan kajian saya ini yang sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa,walaupun seseorang itu telah bergelar imam yang diberi tauliah sekalipun namun majoriti daripada keseluruhan responden mengaku bahawa mereka masih belum menguasai ilmu Tarannum ini.Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan berkenaan ilmu Tarannum di negara kita ini baik pada peringkat sekolah rendah,sekolah menengah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Walaupun akhir-akhir ini melalui usaha yang dilakukan oleh pihakpihak tertentu rancangan yang mengetengahkan unsur tarannum seperti Akedemi Al-Quran dan Mari Bertarannum namun ia masih belum mencukupi untuk memartabatkan ilmu ini di Malaysia khususnya. Media massa perlu mempromosikan ilmu ini di segenap media dengan lebih kerap lagi agar keseluruhan masyarakat terutamanya masayarakat Muslim menyedari akan kepentingan ilmu Tarannum ini. Ia juga sebenarnya boleh juga dijadikan sebagai syiar dakwah untuk menarik golongan bukan Islam untuk mengenali keindahan Islam yang kita anuti. Akhirnya saya berharap semua pihak akan berusaha mempertingkatkan ilmu tarannum dan bekerjasama untuk memartabatkannya agar ia dikuasai oleh segenap lapisan masyarakat. Wallahualam.

RUJUKAN Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289. Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310 Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7. Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm 23.

Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008 dan 2009, Temubual, 1 November 2009. Hj. Nik Jafar Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7 . Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu, Darul Fikr, Kuala Lumpur. . Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran, Kedah. Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7. Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya. 1. Ajam Ajam ( ( ( or 5. Rast Mahur ( 6. Hijaz Hijaz ( ( or 7. Saba Saba ( atau ), Nahfat ( ), Jiharkah ( ), Sikah ( ), Bayati ( ), Nawa ), Nahawand ( ) ), Suznak ( ) ), Yakah ( ), Shahnaz ) ), Shadd Araban ( ), Zanjaran ( ) ), Rast ( ), Nahawand Murassah ( ), Ushaq Masri ( ), Nairuz ( ), Hijaz Kar ( ), Suzidil ( ), Saba Zamzam ( ), Shawq Afza ( ), Huzam ( ), Iraq ( ), Sikah Baladi ( ), Bayati Shuri ( atau ), Mustaar ( ) ), Husseini ) ), Rahat El Arwah 2. Sikah Bastanikar ( 3. Bayati Bayatayn ( 4. Nahawand Farahfaza (

8. Kurd Kurd (

), Hijaz Kar Kurd (

) or ), Nikriz ( )

9. Nawa Athar Athar Kurd ( 1-Bayati 2-Sobah 3-Sikah 4-Rast 5-Nahawand 6-Jiharkah 7-Hijaz

), Nawa Athar (

Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah: