tarannum kump 7

Upload: anaamer

Post on 06-Jul-2015

711 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TARANNUM AL-QURAN PIR 6103Tajuk :

Pengenalan Tarannum Nahawand, sifat2 dan peranannya serta tarannum yang sesuai diwuslahkan kepadanya.Disediakan untuk

Ustaz Mohd Raffe bin Ghalil Abbas9 july 2011 1

Disediakan oleh :Fazidatunnaim binti Asnam ( 0853079P )

Norhana binti Mohd Desa ( 0853241P )

9 july 2011

2

PENGERTIAN TARANNUMTarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya didalam bidang ilmu pembacaan Al-Quran. Istilah Tarannum , al-Maqaamat , al-Han dan al-Ghina di sebut seiring dalam ilmu seni suara. Sebutan Tarannum dan Maqamat agak sinonim dan sering diguna pakai dalam ilmu seni pembacaan al-Quran.9 july 2011 3

FUNGSI TARANNUM BI AL-QURAN Terbahagi kepada dua kategori :-

1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada tarannum lain iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi, tarannum Saba, tarannum Hijaz, tarannum Nahawand, tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum Jiharkah. 2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum Ajami, tarannum Nawa asar atau tarannum Ushaq dan tarannum Syuri. Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati oleh qari-qari yang mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifa t, As-Sheikh Taha Af-Fashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai tarannum selingan atau sebagai wuslah kepada mana-mana persembahan bacaan untuk menambahkan kecanggihan tarannum.9 july 2011 4

2) Sifat

3) Peranan

1)Pengenalan @ Biodata

Tarannum Nahawand

4) Tarannum yg sesuai diwuslahkan dengannya

9 july 2011

5

1) PENGENALAN TARANNUM NAHAWAND

- SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYADari sudut bahasa : Perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Dari sudut istilah : Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri. Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu alQanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.9 july 2011 6

- BIODATA TARANNUM NAHAWAND Berasal dari daerah Hamadan di Iran (Parsi) Telah digubah semula oleh para qurrak Mesir menjadikannya lebih lembut dan berseni Berirama sedih, tetapi boleh juga disesuaikan untuk ayat2 berbentuk gembira, memohon, ayat2 penceritaan dll mengikut kemahiran. Sesuai dengan tabaqat sederhana Biasanya ia dibawakan selepas lagu Hijjaz / Soba Bernada ringan, cepat dan berkesan (allegro), sederhana yang memikat jiwa , kelembutan bersopan, kehalusan seni yang mempersonakan 3 Cabang lagu nahawand : 1) Nahawand asli 2) Nakriz 3) Ushaq Maqam nahawand terutama Nakriz dan Ushaq memerlukan banyak getaran suara yang halus. Mungkin kerana itu tak keterlaluan dikatakan rantingnya amat tinggi, dan merupakan antara lagu yang selalu disusun dalam bacaan 9 julyqari/qariah MTQ. 2011

7

2) SIFAT TARANNUM NAHAWAND Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan bersopan. Sederhana memikat jiwa. Kehalusan seni. Sesuai dengan tobaqot sederhana. 3) PERANAN TARANNUM NAHAWANDMelembutkan bacaan Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar. Mendatangkan rasa khusyuk dan keinsafan Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya .Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat 9 july 2011 Al-Quran.

8

4) JENIS-JENIS TARANNUM YANG BOLEH DIWUSLAHKAN DENGANNYA- Wuslah merupakan suatu gaya harakat yang dicampurkan antara 2 irama lagu yg berlainan.Ia merupakan suatu pendekatan harakat lagu kpd harakat lagu yg berlainan untuk dipindahkan kepadanya. -Peranan wuslah ialah untk menambahkan kecantikan seni kpd sesuatu harakat lagu dan menghidupkan semula sebarang harakat yg telah beku dan kaku. -Tarannum nahawand boleh diwuslahkan dengan lagu lain seperti nahawand kurdi, nahawand sikah, nahawand ajam dll.

Tarannum Kurdi

Tarannum Sikah

Taranum ini memerlukan kemahiran untuk mengalunkannya; perlu suara yang lembut, mempunyai suara yang tinggi agar boleh pergi dari satu tabaqat ke satu tabaqat yang lain dan mempunyai getaran suara yang tersusun.9 july 2011

Gerak tegas & berkesan lincah & aktif sesuai dengan tobaqat sederhana sesuai sebagai tarannum penutup9

Tarannum Jiharkah Gerak ringan tetapi berkesan lembut & menusuk hati unsur2 ketenangan & harmoni sesuai dengan tobaqat sederhana Sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya9 july 2011

Tarannum Ajam Gerak lembut yang berkesan mempunyai kehangatan yang bersemangat tegas & meyakinkan Sesuai dengan tobaqat yang tinggi Sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud pertanyaan, perintah, murka & sbgnya10

Tarannum nahawand ini boleh diwuslahkan dengan mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengannya seperti ajam, rast,kurdi dan iraqi. 1. Jika berlaku ketegangan persembahannya maka ianya boleh diwuslahkan kepada tarannum kurdi @ iraqi 2. Jika berlaku kelemahan pada persembahannya maka ianya boleh diwuslahkan kepada tarannum ajam @ rast.9 july 2011 11

KESIMPULAN Lagu nahawand ini memerlukan suara yang lembut ,dapat menguasai nada suara yg tinggi dan memiliki getaran suara yang cukup baik. Seorang qari@qariah tidak akan dapat membawakan lagu nahawand ini dengan baik kecuali dengan memiliki suara yang tinggi & memiliki getaran suara yang cukup baik. Menurut Qari Syeikh Radhi Kamarul Hilan , lagu nahawand asalnya dipopularkan oleh Nabi Daud AS. Sememangnya, Nabi Daud terkenal dengan kemerduaan suara tiada tandingan, memiliki vokal yang amat menyerlah apabila membaca Kitab Zabur (orang yahudi/kristian memanggilnya Psalm atau kalau orang bible terjemahan indonesia/melayu dia panggil Mazmur) sehinggakan burung-burung yang sedang terbang terhenti akibat terdengar kesyahduan suaranya yang amat merdu9 july 2011 12