hbqe3103 tarannum al quran

24
HBQE3103-TARANNUM AL-QURAN TOPIK 1: KURIKULUM BACAAN AL-QURAN 1. Pendekatan Kurikulum Bacaan al-Quran:

Upload: zahriha-jawawi

Post on 09-Aug-2015

486 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBQE3103 Tarannum Al Quran

HBQE3103-TARANNUM AL-QURAN

TOPIK 1: KURIKULUM BACAAN AL-QURAN

1. Pendekatan Kurikulum Bacaan al-Quran:

Page 2: HBQE3103 Tarannum Al Quran

a. Kur. Tahsin al-Quran (Tahsin al-Saut)- Ia merupakan dua kalimah Arab yang disatukan yang memberikan maksud memperelokkan

suara.- Bertujuan utk melunakkan suara mengikut tahap-tahap yang tertentu dalam membaca al-

Quran.- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Abdullah bin Qays

dianugerahkan mizwar (suara yang sedap) dari jenis mizwar keluarga nabi Daud.- Hujahnya: Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w telah memuji Abu Musa al-Ash’ari

yang mempunyai kelunakan suara dalam membaca al-Quran.

b. Kur. Al-Tarannum (lagu)- Dari sudut istilah ia bermaksud ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi nada,

rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakkan bacaan al-Quran.- Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah dan

diakui oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran. - Hujahnya: Hadis ini menunjukkan keizinan daripada Allah dan rasulNya s.a.w dalam

melagukan bacaan al-Quran.

c. Kur. Al-Tajwid- bererti memperelokkan sesuatu. - Dari sudut istilahnya ia bermaksud ilmu atau kaedah mengenai cara-cara membaca al-Quran

dengan baik dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan.- Dalilnya firman Allah yang bermaksud ....Dan bacalah al-Quran itu secara tartil.- Hujahnya: Ia menunjukkan kepentingan membaca al-Quran secara tartil iaitu

menyempurnakan hak-hak huruf dan sifat-sifatnya.

d. Kur. Al-Tartil- kaedah yang dihasilkan oleh gabungan kaedah tahsin al-saut, tajwid dan tarannum. Ia juga merupakan bacaan cantik yang lengkap dan sempurna.

- Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Furqan: 25:32:

Maksudnya: Dan kami membacanya (al-Quran) itu secara tartil.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini dengan bacaan yang tartil.

2. Istilah-istilah dalam Ilmu Tarannum

Bil. Istilah Catatan1 Ikhtilal al-Lahn Ia bermaksud membunyikan suara dengan nada

Page 3: HBQE3103 Tarannum Al Quran

kesumbangan pada mana-mana irama yang tertentu. Ia bertujuan meningkatkan kualiti dan teknik ketika mempersembahkan bacaan al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Ikhtilal al-Lahn secara menurun.

b. Ikhtilal al-Lahn secara mendaki.

2

Burdah Ia bermaksud bunga-bunga lagu atau getaran suara. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Burdah Asli: Suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semula jadi.

b. Burdah Sina`i: Bunga-bunga suara yang digubah dan disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang dipersembahkan.

3Nagham Ia bermaksud lagu-lagu seperti bayyati, nahawand

dan sebagainya.

4Mahattah Ia bermaksud gaya penghujung (perhentian) kepada

sesuatu harakah yang tertentu.

5Qit`ah Ia bermaksud gerak lagu yang paling pendek tanpa

mahattah yang tertentu.

6Harakah Ia bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun

daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu.

7 Taushih Ia bermaksud rangkap atau bait syair.

3. Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar

Bil. Perkara Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar1 NADA Ia merupakan tingkatan atau tekanan bunyi suara.2 RENTAK Ia merupakan pergerakan menghidupkan bunyi suara.3 IRAMA Ia merupakan alunan atau bentuk bunyi.

4. Peranan Harakah Bil. Perkara Catatan1 SECARA UMUM 2 SECARA KHUSUS Harakah Pertama Hendaklah disesuaikan dengan harakah

yang terakhir pada lagu sebelumnya sama ada gaya, tabaqah dan susunannya.

Page 4: HBQE3103 Tarannum Al Quran

Harakah Kedua Ia merupakan harakah penggerak atau rangsangan kepada harakah yang berikutnya.

Harakah Ketiga Ia merupakan harakah jawab (harakah tinggi) pada tiap-tiap lagu.

Harakah Keempat Ia merupakan harakah jawab al-jawab (harakah tertinggi) pada tiap-tiap lagu.

Harakah Kelima Ia merupakan harakah persedian untuk menurun.

Harakah Keenam Ia merupakan harakah penutup kepada sesuatu lagu.

5. Ciri-ciri Mutu dan Kualiti HarakahBil. Perkara Ciri-ciri Tarannum yang Berkualiti

1NADA Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat

untuk menurun.

2RENTAK Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat

untuk menaik.

3IRAMA Harakah yang mempunyai gabungan dua angin lagu atau

lebih.

4IKHTILAL AL-LAHN Harakah yang mempunyai kesumbangan untuk menurun dan

menaik.

5BURDAH Harakah yang mempunyai bunga-bungaan yang menarik

ketika mempersembahkan bacaan al-Quran.

6. Dua Kumpulan Mazhab Disokong oleh Pendapat Para Sahabat dan Tabi`in

Bil. Kumpulan Catatan1 MAZHAB MALIKI DAN

HANBALI• Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat

sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Anas bin Malik, Sa`id bin al-Musayyib, Sa`id bin Jubayr, al-Hassan al-Basri, Ibnu Sirin dan lain-lain lagi.

• Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini ialah:

i. Tarannum boleh mencacatkan keaslian lafaz al- Quran seperti menambah huruf, memanjang dan sebagainya.

ii. Tarannum boleh melekakan daripada

Page 5: HBQE3103 Tarannum Al Quran

memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

2 MAZHAB SHAFI`I DAN HANAFI

• Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Umar bin al-Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud, Abu Ja`far al-Tabari, Abu Bakr al-`Arabi dan lain-lain lagi.

• Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini ialah:

i. Tarannum boleh menarik minat masyarakat untuk mendekati al-Quran.

ii. Tarannum boleh menjadi medium pengajaran dan pembelajaran.

iii. Tarannum mempunyai budaya seni yang mengajak ke arah khusyuk dan menginsafi mukjizat al-Quran.

7. Hukum Tarannum al-Quran

Bil. Hukum Catatan

1 SUNNAH

• Sekiranya dapat mempertingkatkan syiar Islam.• Dapat menarik perhatian orang ramai meminati al-

Quran.• menarik minat terhadap proses pengajian dan

pengajaran al-Quran.

• Dapat menzahirkan nilai ketinggian mukjizat al-Quran.

2 HARUS

• SSekiranya tidak mencacatkan al-Quran.• Tidak mengganggu ketenteraman awam.• Tidak menghalang ketenangan dalam beribadah.

• Tidak menimbulkan fitnah.

3 MAKRUH

• Sekiranya mengganggu ketenteraman awam.• Mengganggu ketenangan dalam beribadah.• Menimbulkan fitnah.

• Mengganggu khusyuk dalam mentadabbur al-Quran.4 HARAM • Sekiranya merosakkan keaslian al-Quran.

• Menjatuhkan dan menghina kemukjizatan al-Quran.

Page 6: HBQE3103 Tarannum Al Quran

• Menghalang kemajuan dan perkembangan proses meninggikan kedudukan al-Quran.

• Menyeleweng ke arah perkara-perkara yang dilarang Islam.

5 FARDU KIFAYAH

• Sekiranya boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-Quran.

• Boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran.• Boleh menghilangkan keraguan terhadap mukjizat

al-Quran.

• Boleh memantapkan pemahaman kefahaman terhadap al-Quran.

TOPIK 2: SENI SUARA MENURUT ISLAM

1. Definisi suara : suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.

2. Kategori suara

Bil Sifat Catatan

1 SUARA TERBAIKIa mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang, lantang dan tajam.

2 SUARA BAIKIa mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada, sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang dan lantang.

3 SUARA KURANG BAIKIa mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan tajam.

4 SUARA TIDAK BAIKIa mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah, keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam, tersepit, terputus, tercekik dan sebagainy

3. Kepentingan suara dalam membaca al-Quran

a. Seni muzik dan seni suara adalah sama hukumnya dengan memenuhi keperluan pancaindera yang lain seperti makanan yang lazat dan pemandangan yang indah.

b. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua aspek termasuk menghayati seni musik dan seni suara.

c. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni muzik dan seni suara bila ada tujuan yang sesuai dan munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yang tidak berlandaskan Islam.

d. Seni muzik dan suara semuanya tertakluk di bawah kelulusan Ilahi yang bersifat umum.

4. Peranan suara

Page 7: HBQE3103 Tarannum Al Quran

Bil Peranan Suara Catatan

1Menentukan bunyi sesuatu huruf atau kalimah al-Quran dengan tetap.

Iaitu menerusi alat-alat pertuturan yang tertentu seperti Halqi, Lisani dan Shafawi.

2Menentukan bunyi sifat-sifat huruf mengikut lahjah yang dikehendaki.

Iaitu menerusi alat-alat pembesaran dan penyuburan suara seperti Halqum, Khayshum dan Jawf.

3Menentukan tekanan bunyi yang menarik seperti lembut, keras, halus, kasar dan licin.

Iaitu menerusi saluran udara dan pernafasan yang tertentu.

4Menentukan peningkatan (Tabaqah) rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi.

Iaitu menerusi alat proses suara seperti dada, tekak, rongga hidung dan rongga otak.

5 Menentukan nada dan irama (lagu) yang tertentu.Iaitu menerusi proses penyusunan perkara-perkara di atas dengan teknikteknik yang tertentu.

5. Paras Tingkatan Suara atau Tabaqah

Bil Tabaqah Suara Catatan1 QARAR Ianya berfungsi di dada.2 NAWA Ianya berfungsi pada tekak.3 JAWAB Ianya berfungsi pada rongga hidung.4 JAWAB AL-JAWAB Ianya berfungsi pada rongga otak.

6. Bahagian Burdah

Bil Burdah Suara Catatan1 BURDAH ASLI Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semulajadi.

2 BURDAH SINA`IIaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang diperdengarkan.

7. Peranan Burdah Suara

Bil Jenis Burdah Catatan1 Kasar dan Jarang Bertujuan untuk menghidupkan persembahan.2 Kecil dan Rapat-rapat Bertujuan untuk mencantikkan persembahan.3 Lembut dan Bersih Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan.4 Keras dan Tegas Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.

8. ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah seperti berikut:

a. Kemanisan dan kebasahan suara.b. Gema suara yang meninggi ke arah Khayshumc. Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban.

Page 8: HBQE3103 Tarannum Al Quran

d. Pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban.

9. Cara Memelihara Kualiti Suara

Bil Kualiti Suara Catatan

1 Menjaga Kesihatan FizikalDengan cara menjaga aspek pemakanan yang seimbang dan bersukan atau bersenam.

2 Menjaga Kesihatan Suara

Dengan cara menjauhkan makanan yang terlampau pedas, kelat, bergetah, berminyak dan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu badan. Dari segi minuman pula, elakkan minum air yang terlalu panas dan jauhkan dari merokok.

3Banyakkan Memakan Buahan

dan SayuranDengan cara melazimi memakan buah-buahan dan sayuran yang berzat.

4 Banyakkan Minum AirDengan cara melazimi minum air panas suam atau air sejuk tanpa ais. Amalkan cara ini sehingga melebihi 5 liter sehari.

10. Kaedah Melatih Suara

Bil Kualiti Suara1 Latihan suara dalam Harakah supaya dapat memantapkan Maqam.2 Lataihan suara dengan cara membentuk Tabaqah.3 Latihan suara dengan cara sebutan Lahjah Arab.4 Latihan suara dengan cara Sulalam Nuzul dan Sulalam Su`ud.5 Latihan suara untuk menghidupkan Ikhtilal al-Lahn.6 Latihan suara dengan membawa Burdah.7 Latihan suara untuk mendapatkan Jawab al-Jawab.8 Latihan suara dengan menggunakan Qit`ah dan Mahattah.9 Latihan suara secara menyumbang Tabaqah.10 Latihan suara dalam Fasohah dengan Lahjah Arab.11 Latihan suara secara memainkan lagu di dalam persembahan.12 Latihan suara untuk melembutkan nada suara di dalam bacaan.13 Latihan suara untuk menyampaikan kepada tahap yang dikehendaki.

11. Kaedah Latihan Memanjangkan Nafas (latihan pernafasan)

Bil Sistem Latihan Memanjangkan Nafas1 Tegakkan kedudukan badan di dalam keadaan bersedia.2 Tarik nafas panjang-panjang kemudian kumpulkannya di bahagian perut.

3Lepaskan nafas perlahan-lahan tanpa suara dan beransur-ansur serta lakukannya berulang kali.

4Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan bersuara secara beransur-ansur dan terkawal serta lakukannya berulang kali.

5Lepaskan nafas di samping menyebut beberapa patah kalimah dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.

Page 9: HBQE3103 Tarannum Al Quran

6Lepaskan nafas di samping membaca bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang panjang dalam satu nafas dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.

TOPIK 3: PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN

1. Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w

Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak boleh dipisahkan.

Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai risalahNya, penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya.

Page 10: HBQE3103 Tarannum Al Quran

Oleh sebab itu, menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al- Quran.

Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti berikut:

Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu

baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi kandungannya).

2. Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan Pascanya

Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan.

Pelopor/Tabi‛in Tarannum al-Quran pada Zaman Tabi`in r.a dan Pascanya

Bil. Para Tabi`In Tempat1 Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah2 Abdullah bin al-Sa'ib Di Kota Makkah3 Amar bin Abdullah Di Kota Basrah4 Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah5 Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham

3. Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan al-Quran

Falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara' bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta.

Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan aset yang perlu diketahui oleh setiap Qari dan Qariah, di antaranya ialah:

Bil Peranan Tarannum1 Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar2 Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama3 Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan4 Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t5 Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran

4. Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Bil Jenis Lagu/Tarannum 1 Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast 50% Qari dan Qariah mengamalkan kedua-

Page 11: HBQE3103 Tarannum Al Quran

dua bahagian ini.2 Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah

3 Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan Jiharkah30% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini.

4 Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah15% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini.

5 Bayyati - 'Iraqi - Hijaz - Sikah dan Rast5% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini.

5. Kompenan-kompenan sistem / Ciri-ciri Persembahan Tarannum yang Baik:

Page 12: HBQE3103 Tarannum Al Quran

TOPIK 4 : TARANNUM BAYYATI

1. Definisi Bayyati dan Sejarah Perkembangannya

Page 13: HBQE3103 Tarannum Al Quran

"Bayyati" adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.

Manakala dari sudut istilahnya pula, "Bayyati" bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.

Diperkenalkan di Malaysia kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri.

2. Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran.

Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang.

Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka dirasakan seumpama masakan yang tidak cukup perisanya.

3. Sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.

4. Peranan tarannum Bayyati.

Page 14: HBQE3103 Tarannum Al Quran

5. TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN BAYYATI

Mna-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Bayyati', seperti bacaan Husayni, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:

a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau `Iraqi.

b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Husayni dan sebagainya mengikut kemahiran para Qari dan Qariah itu sendiri.

6. Husayni: Pengertian dan Peranannya

Perkataan "Husayni" adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan Husn yang bermaksud cantik, anggun dan indah.

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, "Husayni" bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah

Taranum al-Husayni ini adalah merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti al-Shuri, al- Khiyari dan al-Asli

7. Sifat alunan tarannum Husayni

Page 15: HBQE3103 Tarannum Al Quran

8. : Peranan dan tugasan tarannum husayni

Page 16: HBQE3103 Tarannum Al Quran

9. Kurdi: Pengertian dan Peranannya

'Kurdi' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari bangsa Kurdi

Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir

sifat-sifat alunan Tarannum al-Kurdi

Peranan dan tugasan tarannum Kurdi

Page 17: HBQE3103 Tarannum Al Quran

10. Iraqi: Pengertian dan Peranannya

'Iraqi' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa

Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir

Di antara sifat-sifat alunan tarannum al-`Iraqi.

Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi

Page 18: HBQE3103 Tarannum Al Quran

TOPIK 5 : TARANNUM NAHAWAND

1. Definisi Nahawand dan Sejarah Perkembangannya

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan 'Nahawand' adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilahnya pula, 'Nahawand' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina

tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para QurraÊ dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka.

2. Sifat-sifat Alunan Nahawand

Page 19: HBQE3103 Tarannum Al Quran

3. Peranan Nahawand

4. TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN NAHAWAND

Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:

a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau `Iraqi.

b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum `Ajam atau Rast.

5. Ajam: Pengertian dan Peranannya

‘`Ajam’ adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ‘`Ajam’ atau `Ajami' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut suasana budayanya.

Page 20: HBQE3103 Tarannum Al Quran

sifat-sifat alunan tarannum `Ajam.

peranan dan tugasan tarannum `Ajam.

Page 21: HBQE3103 Tarannum Al Quran

6. Nawa Asar dan`Ushshaq: Pengertian dan Peranannya

Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Nahawand.

Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq

Bil. Tarannum Catatan

1 NAWA ASAR

BAHASAPerkataan Nawa berasal dari bahasa Arab yang bermaksud biji benih kejadian.

ISTILAH

Nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab.

CATATAN

Ia diterima daripada Shaykh Taha al-Fashni (pakar tarannum berasal dari Mesir) dan diambil oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin Maksum Pergau (suatu tempat di Kelantan).

BAHASAPerkataan `Ushshaq juga berasal dari bahasa Arab yang bermaksud rindu atau cinta.

2 `USHSHAQ

ISTILAH

Nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab.

CATATAN

Ia diterima daripada Shaykh Abdul Hamid Mus`al (seorang profesor muzik Arabi berasal dari Mesir).

Page 22: HBQE3103 Tarannum Al Quran

TOPIK 6: TARANNUM RAST

1. Definisi Rast dan Sejarah Perkembangannya

'Rast' adalah bermaksud benar-benar lurus. Ia merupakan satu maqam dalam seni lagu timur dan dianggap sebagai yang paling utama dalam dunia seni lagu timur bahkan ia lebih sinonim sebagai imej kepada seni lagu timur.

Tinjauan dari sudut sejarah pula mendapati bahawa tarannum Rast adalah berasal daripada negara Parsi (sekarang, Iran) atau lebih tepat lagi dari kalangan kelompok bangsa Kurdi.

Kemudiannya, ia telah diambil dan diubahsuai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijaz. Tarannum ini seterusnya telah tersebar dengan meluas di kalangan Qari dan Qariah seluruh dunia Islam.

Selain itu, ia juga telah mengalami sedikit perubahan mengikut zauq yang berasaskan lahjah Arab Hijazi.

Para Qurra dari negara Mesir khususnya yang telah mengolah semula tarannum Rast ini mengikut kesesuaian budaya mereka.

2. Sifat-sifat Tarannum Rast

3. Peranan Tarannum Rast

4. Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum Rast

Page 23: HBQE3103 Tarannum Al Quran

a. Mengelakkan Ketegangan dalam PersembahanSekiranya berlaku ketegangan dalam bacaan sewaktu membawa lagu Rast, maka ia bolehlah diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ataupun Sikah.

b. Mengelakkan Kelembapan dalam BacaanSekiranya bacaan menjadi agak lemah, maka bolehlah diwaslahkan kepada Husaini supaya bacaan tersebut menjadi bertenaga kembali.

c. Memberi Gambaran tentang Lagu SeterusnyaJika seseorang Qari mewaslahkan lagu Rast dengan Sikah, Jiharkah ataupun sebagainya, maka kebiasaannya ia adalah petunjuk bahawa Qari tersebut akan meneruskan bacaannya dengan tarannum yang digunakan semasa waslah tersebut.

TOPIK 7: TARANNUM SOBA

Page 24: HBQE3103 Tarannum Al Quran

1.