mzu 3103 kecekapan kibod (semester 3)

29
1.0 PENGENALAN 1.1 Sejarah Kibod Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip Organ atau piano, tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Nama pinjaman diberi dari Bahasa Inggeris Keyborad dengan sebutan yang agak sama bunyinya. Kibod tercipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Rajah 1: Definisi kibod Kibod memerlukan sumber tenaga elektrik secara terus atau menggunakan bateri kering tertentu bagi memainkannya. Tanpa bantuan tenaga elektrik yang betul,kibod tidak 1 KIBOD alat muzik berpic yang menggunakan kuasa elektrik

Upload: stephanie-unsil

Post on 22-Jun-2015

936 views

Category:

Engineering


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1.0 PENGENALAN1.1 Sejarah Kibod

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip Organ atau piano, tetapi

menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Nama pinjaman diberi dari

Bahasa Inggeris Keyborad dengan sebutan yang agak sama bunyinya. Kibod

tercipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik.

Rajah 1: Definisi kibod

Kibod memerlukan sumber tenaga elektrik secara terus atau menggunakan

bateri kering tertentu bagi memainkannya. Tanpa bantuan tenaga elektrik

yang betul,kibod tidak berfungsi dan dimainkan.Seperti piano atau organ,

kibod juga mempunyai susunan papan nada yang tertentu, mengikut jenis

dan model ciptaannya.

1

KIBOD

alat muzik berpic yang menggunakan

kuasa elektrik

Page 2: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1.2 Jenis – jenis kibod

Terdapat pelbagai jenis ciptaan kibod, iaitu dari yang sederhana kepada yang

agak canggih. Model kibod adalah bergantung kepada jenama pengeluarannya.

Tetapi, kualiti sesebuah kibod adalah bergantung pada fungsi dan pengendalian

kibod tersebut. Kibod yang ringkas hanya mampu menyediakan beberapa ton

atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak. Di samping itu,

kemampuannya adalah terhad dan sukar digunakan untuk rakaman dan program

yang ingin dibuat. Berikut merupakan jenama kibod yang biasa digunakan serta

terkenal:

2

YAMAHA CASIO

RHODES TECHNICS

KORG

Page 3: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Rajah 2: Jenis – model ciptaan kibod

Keseronokkan bermain kibod ini dapat dilihat apabila seseorang itu dapat

bermain melodi serta dengan iringan irama secara serentak. Cara ini tidak wujud

dalam permainan piano atau alat – alat muzik yang bermelodi. Malah, ada kibod

yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada juga

model yang sudah mempunyai pembesar suara di dalam kibod itu sendiri.

3

Page 4: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1.3 Kelebihan Kibod

Berdasarkan kemajuan Sains dan teknologi pada masa kini, terdapat banyak

inovasi yang telah dibuat pada kibod sehingga kibod diberi gelaran alat muzik

“All in One”. Kibod merupakan alat muzik yang sangat canggih serta

menakjubkan dunia muzik pada hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan

dilengkapi dengan warna ton dan renj pic yang mantap. Malah, melodi dan

harmoni boleh dimainkan secara serentak dengan iringan rentak irama yang

dipilih.

4

Page 5: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1. Boleh dimainkan melodi dan kord serta iringan rentak – rentak yang

disukai.

2. Mempunyai banyak ragam bunyi alat – alat muzik moden dan

tradisional

3. Ada pelbagai set kesan bunyi yang boleh diguna pakai bersama

muzik.

4. Boleh dirakamkan muzik yang dimainkan serta diperdengarkan

semula.

5. Ada “DEMO” bank simpanan lagu atau melodi disediakan sebagai

contoh.

6. Boleh diprogramkan kerja – kerja muzik studio yang hendak

dihasilkan.

7. Berkemampuan mengubah nada (key) tinggi atau rendak dari segi

tonnya.

8. Boleh diperbesarkan kekuatan bunyinya dengan membuat sambungan

kepada pembesar suara yang sesuai.

9. Nada pada kibod adalah tetap dan tidak perlu dibuat tuning seperti

piano dan alat – alat muzik bermelodi yang lain.

10.Boleh dipasangkanalat pendengar senyap (Headphone) agar tidak

mengganggu ketenteraman orang lain.

11.Kekuatan bunyi boleh dikawal.

12.Perubahan boleh dilakukan pada tempo.

13.Boleh menyimpan data – data rakaman serta membuat

pengubahsuaiannya.

14.Mampu menyalin lagu – lagu dari data simpanan yang lain.

15.Mudah dibawa ke mana – mana.

5

Page 6: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1.4 Teknik bermain kibod

1.4.1 Teknik Penjarian Asas

Seseorang itu perlu tahu dan memahami peranan serta fungsi setiap jari

yang bakal digunakan sebelum bermulanya dengan permainan kibod.

Pergerakan dalam permainan kibod adalah berbeza jika dibandingkan

dengan cara permainan piano. Walaupun begitu, teknik asas dalam

permainan piano masih boleh digunakan permainan kibod terutamanya

dalam pengaplikasian jari – jari pada papan nada atau papan jari kibod.

6

Page 7: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Gambar 1: Papan nada

Biasanya, sesebuah kibod mempunyai tiga hingga enam oktaf papan

nada. Selalunya, saiz papan tanda adalah bergantung pada jenis model

kibod itu sendiri. Tetapi, saiz papan nada sepatutnya bersesuaian dengan

lebar jari orang dewasa. Bagi kanak – kanak pula, kibod yang kecil patut

digunakan dan haruslah bersesuaian dengan saiz jari mereka.

Pada peringkat awal permainan, latihan pergerakan haruslah dibuat pada

bahagian lengan, pergelangan tangan serta semua jari tangan. Otot –

otot pada lengan berperanan untuk mengimbangi pergerakan lengan,

pergelangan tangan serta jari dalam permainan kibod. Seterusnya,

kelembutan dan ketepatan meletakkan jari – jari pada papan nada adalah

penting dalam tatacara permainan alat muzik kibod ini.

1.4.2 Panduan untuk penjarian 5 jari, permainan skel dan arpeggio

7

Page 8: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Setiap jari mempunyai fungsinya yang tertentu di atas papan nada.

Walaupun begitu, tiap jari juga menyokong antara satu sama lain dalam

mengimbangi kedudukannya yang selalu berubah – ubah. Pergerakan

dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana – mana jari yang

berubah tempat. Oleh itu, pergelangan tangan memainkan peranan dan

perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana – mana papan nada.

Bagi pemain skel pula, ibu jari haruslah dielakkan dalam keadaan

terlipat kedalam. Ibu jari hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari

telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan, pergerakan tangan dan jari

mampu mengelak rasa kekejangan, lenguh dan ketidak serasian

menggunakan kedudukan ibu jari. Apabila tangan berada dalam

kedudukan bermain, gerakkan sedikit bahagian lengan. Cara begini

mampu mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot.

Bagi teknik bermain skel dan arpeggio pula, tekniknya adalah lebih

kurang sama. Cuma, permainan arpeggio memerlukan pergerakan lengan

yang lebih sedikit. Aras kedudukan lengan juga boleh dilaraskan untuk

permainan papan nada hitam atau putih. Bila ada perubahan tempo pula,

kepada cepat, pergerakan – pergerakan besar haruslah dikurangkan.

Pada tempo lambat pula, jari – jari haruslah diletakkan tepat pada

tempatnya. Tiap pergerakan ibu jari perlu sentiasa kekal di luar tapak

tangan dan tidak terbengkok hala ke dalam tapak tangan.

1.4.3 Teknik bermain skel

8

Page 9: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Skel merupakan not – not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah

skel mengandungi lapan not. Terdapat tiga jenis skel yang biasa

digunakan iiatu skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik.

(i) Skel D major (Menaik dan menurun)

9

Page 10: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

G

(ii) Skel A major (Menaik dan menurun)

10

Page 11: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

11

Page 12: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

(iii) Skel Bb major (Menaik dan menurun)

12

Page 13: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

13

Page 14: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1.4.4 Teknik bermain arpeggio

Arpeggio adalah suatu kumpulan not yang dimainkan satu demi satu

samada menaik atau menurun. Semua not dalam arpeggio adalah dalam

kord yang sama. Kord menggunakan not pertama, ketiga dan kelima

dalam skel. Arpeggio juga menggunakan not yang sama dengan kord.

Contohnya: D major arpeggio menaik 2 oktaf mempunyai not D, F#, A, D,

F#, A, D.

Corak penjarian arpeggio diulangi setiap tiga not supaya permainan

setiap oktaf akan menggunakan penjarian yang sama. Contohnya:

penjarian tangan kanan untuk memainkan arpeggio D major 2 oktaf

menaik – 1, 2 , 3, 1, 2, 3, 5. Ibu jari sentiasa berada pada ‘key’ putih atas

kibod kecuali nada Bb dan Eb major. Jari kelima digunakan hanya untuk

permulaan dan penghabisan. Di bawah adalah contoh – contoh penjarian

untuk beberapa arpeggio 2 oktaf.

14

Page 15: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Penjarian Nada

Tangan kanan 1 2 3 1 2 3 5 D major

A major

2 1 2 4 1 2 4 Bb major

Eb major

Rajah 4: Penjarian tangan kanan

Penjarian Nada

Tangan kiri 5 3 2 1 3 2 1 D major

A major

3 2 1 3 2 1 2 atau

4 2 1 4 2 1 2

Bb major

Eb major

Rajah 5: Penjarian tangan kiri

15

Page 16: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

1.4.5 Kord

Kord mempunyai tiga atau lebih not yang dimainkan serentak. Arpeggio

adalah not-not dalam sesuatu kord yang dimainkan secara berasingan

samada menaik, menurun atau menaik dan menurun. Kord–kord yang

paling asas yang boleh digunakan bagi mengiringi lagu dinamakan Kord

Primer.

Kord primer untuk lagu dalam nada major terdiri daripada kord I,

kord IV dan kord V. Kord-kord sekunder iaitu kord ii dan kord vi adalah

sebagai pilihan bagi menambahkan variasi harmoni kepada lagu tersebut.

[ Catatan : huruf roman besar bermaksud kualiti kord tersebut adalah

major (kord Major), huruf roman kecil bermaksud kualiti kord tersebut

adalah minor (kord Minor).

Untuk lagu dalam nada minor harmonik, cara menulis kord primer

dan kord sekunder adalah kord i, kord ii, kord iv, kord V dan kord VI.

16

Page 17: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Kebanyakan kord dimainkan dalam kedudukan perdu tetapi untuk

pergerakan kord yang

lebih lancar kedudukan pembalikan pertama dan pembalikan kedua

digunakan.

Contoh : kord I dalam nada D major - D, F#, A dimainkan dalam

kedudukan perdu. Kord IV iaitu G, B, D dalam kedudukan perdu akan

dimainkan dalam kedudukan pembalikan kedua D, G, B untuk pergerakan

yang lebih lancar dari kord I ke Kord IV. Untuk kord V, kord V7 dan kord

vi, kedudukan pembalikan pertama dimainkan. Rujuk gambarajah kord-

kord dibawah.

Kord – kord D major yang dimainkan mengikut kedudukan yang sesuai:

Kord Kibod Key 1 Key Ke - 2 Key ke - 3

D major kord 1 – D –kedudukan perdu 5 9 12

17

Page 18: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

D major kord IV – G – pembalikan kedua 5 10 14

D major kord V – A – pembalikan pertama 4 7 12

Rajah 6: Kedudukan kord D major

2.0 JENIS IRINGAN DALAM KIBOD

18

Page 19: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Rajah 7: Jenis – jenis iringan kod

2.1 Kord Block

19

KORD BLOK

BROKEN KORD

BES ALBERTI

CHOMPING

JUMPING KORD

Page 20: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Kord dimainkan secara seretak. Setiap not dalam satu kord dimainkan

bersamaan. Contohnya not C E G dalam kord C major. ketiga-tiga not itu akan

ditekan pada masa yang sama secara serentak untuk stail kord blok ini.

2.2 Broken kord

Broken kord bermaksud setiap not dimainkan satu per satu. Contohnya not C E

G dalam kord C major. Pemain perlu tekan not C lepas itu not E dan

bersambung dengan not G. Maksud broken kord di sini adalah setiap not dalam

sesuatu kord akan dimainkan bersambungan satu per satu.

2.3 Bes alberti

Alberti bass adalah sejenis kord pecah, di mana not kord dimainkan mengikut

harmoni yang paling rendah, tinggi, sederhana dan tinggi. Corak ini kemudian

diulangi. Corak kord ini membantu untuk mewujudkan bunyi yang lancar dan

berterusan tanpa henti.

20

Page 21: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

2.4 Stail Chomping

21

Page 22: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Gambar 2: Teknik Stail Chomping

2.5 Stail jumping

22

Page 23: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Jumping kord merupakan kord yang bergerak dari satu tangan ke satu tangan.

Contohnya, kord C major. Pemain akan main di skel bawah dan terus jump ke

skel yang sebelah dan main kord yang sama. Kord yang sama akan dimain

sambil bergerak dari tangan ke satu tangan.

Gambar 3: Stail jumping dalam keratan di atas

3.0 RUMUSAN

23

Page 24: MZU 3103 Kecekapan Kibod (SEMESTER 3)

Sebagai pendidik muzik, kita perlulah memahami bidang yang kita sediri ceburi.

Malah, kita harus bijak dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan cara yang

berkesan dan bermakna kepada mereka. Dengan memasang rakaman audio

seperti cd dan kaset, manakal murid menyanyi dnegan seronok, belum cukup

memadai. Sebenarnya banyak aspek penting yang perlu diambil kira oleh guru

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah, terutamanya

dalam permainan alat muzik dan juga nyanyian.

Pengajaran dan pembelajaran muzik akan lebih terancang dan berkesan

sekiranya sebagai pendidik muzik dapat mengenal pasti dan menguasai sendir

ikaedah – kaedah yang digunakan serta konsep – konsep muzik yang boleh

diaplikasikan dalam bilik darjah. Pendidik juga harus peka dalam perubahan dan

pembaharuan terutamanya dalam hal – hal yang berkaitan dengan pendidikan.

24