mzu 3104 asas pendidikan muzik (semester 3)

36
1.0 PENDAHULUAN Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester Satu, Major Muzik telah diwajibkan untuk mengambil kursus Asas Pendidikan Muzik. Asas Pendidikan Muzik penting bagi pengajaran dan pembelajaranh muzik di sekolah kelak. Tambahan pula, kajian muzik formal melalui muzik sebagai suatu mata pelajaran yang wajib pada peringkat sekolah rendah di Malaysia merupakan satu fenomena yang masih lagi dipertikaikan sehingga ke hari ini. Misalnya, muzik tradisional Malaysia termasuk bentuk – bentuk muzik daripada budaya lain kurang menerima penekanan dalam kurikulum muzik di sekolah di Malaysia. Sebagai bakal guru, kita haruslah menyedari fungsi utama Pendidikan Muzik di sekolah. Di antara tajuk pembelajaran dalam Asas Pendidikan Muzik adalah seperti : 1

Upload: stephanie-unsil

Post on 05-Dec-2014

2.285 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester Satu, Major Muzik telah

diwajibkan untuk mengambil kursus Asas Pendidikan Muzik. Asas Pendidikan Muzik

penting bagi pengajaran dan pembelajaranh muzik di sekolah kelak. Tambahan pula,

kajian muzik formal melalui muzik sebagai suatu mata pelajaran yang wajib pada

peringkat sekolah rendah di Malaysia merupakan satu fenomena yang masih lagi

dipertikaikan sehingga ke hari ini. Misalnya, muzik tradisional Malaysia termasuk bentuk

– bentuk muzik daripada budaya lain kurang menerima penekanan dalam kurikulum

muzik di sekolah di Malaysia. Sebagai bakal guru, kita haruslah menyedari fungsi

utama Pendidikan Muzik di sekolah. Di antara tajuk pembelajaran dalam Asas

Pendidikan Muzik adalah seperti :

Rajah 1: Tajuk dalam Asas Pendidikan Muzik

1

Page 2: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

2.0 PANDANGAN AHLI FALSAFAH

Rajah 2: Fungsi falsafah

Falsafah adalah merupakan pandangan atau pemikiran serta kajian yang dilahirkan

oleh ahli-ahli falsafah yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburinya dan

falsafah yang dilahirkan tersebut merupakan pegangan atau prinsip ahli falsafah

tersebut terhadap sesuatu perkara. Setiap pandangan falsafah merupakan usaha

manusia untuk mencari jawapan kepada perkara yang benar, bagaimana ianya boleh

dikatakan benar dan bagaimana perkara yang benar itu membentuk sesuatu nilai.

Falsafah yang diperkenalkan itu juga boleh dijadikan sebagai panduan dalam membuat

sesuatu keputusan berkaitan sesuatu bidang tersebut. Begitu juga halnya dalam

Pendidikan Muzik di mana terdapat dua pandangan ahli falsafah berkaitan bidang ini

iaitu Bennett Reimer dan Pestalozzi.

2

FALSAFAH

Dijadikan sebagai panduan dalam

membuat suatu keputusan

Page 3: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

2.1 PANDANGAN PESTALOZZI

Gambar 1: Pestalozzi

BUTIRAN

NAMA Johann Heinrich Pestalozzi

TARIKH LAHIR 12 Januari 1746

BANGSA Swiss

3

Page 4: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Nama sebenar beliau ialah Johann Heinrich Pestalozzi. Beliau lahir pada 12 Januari

1746 dan telah meinggal dunia pada 17 Februari 1827.Beliau merupakan seorang

pendidik berbangsa Swiss. Pestalozzi merupakan seorang pendidik berbangsa Swiss

yang berpendapat bahawa pendidikan yang baik adalah melalui penggunaan

pancaindera manusia. Menurut beliau, para pelajar perlu dididik mengikut

perkembangan semula jadi mereka. Beliau juga percaya bahawa pembelajaran

semestinya berlaku melalui penyertaan langsung dan mengesyorkan akan

penambahan pendidikan muzik dalam kurikulum sekolah.

hujah - hujah

Rajah 3: Hujah Pestalozzi

Pendapat – pendapat Pestalozzi telah banyak mempengaruhi dunia pendidikan di

Eropah dan Amerika. “How Gertude Teaches Her Children: An Attempt to Give

Directions to Mothers on How to Instruct Their Own Children,” tretis Pestalozzi telah

memberi penekanan tentang konsep pembelajaran yang memerlukan penyertaan

4

PESTALOZZI

Pendidikan yang baik sekali merupakan pendidikan yang diperoleh melalui pancaindera

manusia

Para pelajar harus dididik mengikut perkembangan semula jadi mereka

Page 5: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

langsung dan bukannya melalui buku semata – mata. Malah, beliau juga mengesyorkan

agar Pendidikan Muzik ditambahkan dalam kurikulum sekolah.

Pendapat Pestalozzi telah disokong oleh seorang lagi ahli falsafah Switzerland,

Joseph H. Naef yang telah menggariskan beberapa prinsip Pestalozzi yang bertajuk

‘Principles of the Pestalozzian System of Music’, iaitu pengajaran kaedah hafalan

sebelum beralih kepada kaedah catatan di mana pelajar-pelajar akan belajar menyanyi

sebelum mempelajari notasi muzik. Malah, Naef telah memulakan sebuah sekolah

rendah di Amerika Syarikat pada tahun 1809 yang berasaskan prinsip – prinsip

Pestalozzi. Prinsip kedua ialah kaedah penemuan sendiri di mana para pelajar akan

memerhati, mendengar, meniru dan membezakan bunyian yang didengar mereka.

Prinsip ketiganya pula ialah kaedah pembelajaran mengikut urutan di mana

pelajar akan diajar satu aspek muzik sahaja iaitu irama, melodi dan sebagainya pada

satu ketika. Prinsip keempat pula menjelaskan kaedah pembelajaran heuristik di mana

teori-teori muzik hanya akan diberi selepas amalan praktikal dijalankan. Kaedah

pendekatan berkonsep dalam prinsip kelima pula menerangkan bahawa pelajar akan

diberi peluang mengkaji muzik dan menjalankan latihan-latihan dengan elemen muzik

dengan usaha sendiri. Prinsip terakhir pula menyatakan bahawa nama-nama not dalam

nyanyian dan muzik instrumental mesti diselaraskan di mana kaedah nyanyian solfa

tidak digalakkan.

Dilihat dar i konsep tujuan pendidikan, Pestalozzi sangat menekankan

pengembangan aspek sosial pada anak didik sehingga mereka dapat melakukan

adaptasi dengan lingkungan sosialnya serta mampu menjadi anggota masyarakat yang

berguna.Pendidikan sosial ini akan berkembang jika dimulai dari pendidikan keluarga

yang baik.

5

Page 6: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Rajah 3: Prinsip Pestalozzi

6

Prinsip kedua Prinsip tigaPrinsip kelima

Page 7: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

2.2 PANDANGAN BENNETT REIMER

Gambar 2: Reimer

Bennet Reimer merupakan seorang yang terkenal dan dihormati dalam bidang dan

perangka dasar falsafah pendidikan muzik. Reimer percaya bahawa kemahiran muzik

adalah diwarisi dan nilai estetika muzik tidak hanya dipunyai oleh golongan elit. Beliau

juga mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai

muzik seperti mana cendekiawan cendekiawan professional. Pendidik-pendidik ini mesti

menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak.Dalam

pendekatannya, Reimer memasukkan unsur - unsur dari spektrum yang luas dalam

kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk lain-lain

7

Page 8: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Bermula dari tahun 1978 hingga bersara pada 1997, Reimer telah memegang beberapa

jawatan. Antaranya sebagai Emeritus muzik di Northwestern Universiti, Pengerusi di

Jabatan pendidikan Muzik, Pengarah Ph.D di Program Pendidikan Muzik serta

pengasas dan pengarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Pengalaman Muzik (Centre for

the Study of Education and The Musical Experience). Beliau memegang Ijazah Sarjana

Muda dalam Pendidikan Muzik dari State Universiti of New York di Fredonia serta

Sarjana dan Doktor dalam pendidikan muzik dari Universiti of Illinois.

Bennet telah memulakan kariernya dalam bidang muzik sebagai pemain klarinet

dan obo, Reimer kemudiannya menjadi pakar dalam pembangunan kurikulum, teori

penyelidikan dan program pendidikan seni. Berikut merupakan rekod pendidikan beliau:

a) State University of New York of Fredonia B.S (1954)

b) University of Illlinois M.S (1955)

c) University of Illinois. Ed.D (1964

Dalam pendidikan pula, Bennet bekerja di:

a. Fakulti di Case Western Reserve Universiti, Cleverland, ohio (1965 – 1978)

b. Pengerusi di Music Education department, Universiti of Illinois, Urbana (1960-

1965)

c. Madison College, Harrinsburg, Virginia (1958 – 1960)

d. Richmond Proffesional Institute of the College of William and Mary (1955 – 1957)

Selain daripada sebagai penulis, Reimer juga ialah seorang pensyarah muzik dan

pendidikan seni. Beliau percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih

dalam pada diri kita dan hubungan dengan budaya-budaya lain.

8

Page 9: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Bennet Reimer telah menggariskan empat nilai-nilai estetika dalam muzik iaitu bunyi-

bunyian yang merdu, sifat universal sesuatu kebudayaan, penciptaan muzik yang

bermakna (melibatkan kondisi emosi seseorang ketika itu) serta pengalaman langsung

dengan bunyi-bunyi muzik.

Rajah 4: Nilai – Nilai Muzik

9

Page 10: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Falsafah Reimer terdiri daripada dua peringkat. Peringkat awal pandangan

referentialisme dan formalisme. Peringkat kedua (terkini) adalah pandangan

ekspresionalisme.

FALSAFAH CIRI - CIRI

Peringkat Pertama

1) Referentialisme Berdasarkan pandangan referentialisme,

Reimer percaya bahawa pengalaman

estetik yang diperolehi menerusi

persembahan sesuatu karya muzik akan

lebih bermakna dan bernilai sekiranya

difahami lingkungan yang mempengaruhi

karya tersebut. Menurut beliau, nilai dan

makna sesuatu karya muzik itu terkandung

dalam idea, perkara dan objek yang tidak

ada kaitan dengan karya tersebut.

Sehubungan itu, proses atau

perkembangan sesuatu karya muzik

sangat penting jika dibandingkan dengan

kualiti karya muzik itu sendiri.Namun

begitu,falsafah referentialisme ini tetap

mempunyai kekurangannya kerana jika

muzik tersebut hanya memfokuskan

kepada muzik itu sendiri,ia tidak akan

berhasil.Sebaliknya,composer tersebut

perlulah mencari bagi menghasilkan bunyi

itu adalah sama dengan perkara sebenar.

10

Page 11: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

2. Formalisme Namun begitu pendapat tersebut berbeza

dengan pandangan formalisme yang lebih

mementingkan hasil dan kualiti sesuatu

karya seni.Menurut Reimer pengalaman

estetik sesuatu karya muzik diperolehi jika

dipertimbangkan dari sifat dan kualitinya

bukannya dikaitkan dengan hal-hal

lain.Justeru kualiti sesuatu karya muzik

adalah terikat kepada syarat-syarat yang

telah ditetapkan.Menurut pengasas

kepada falsafah ini iaitu Edward Hanslick

beliau menyatakan bahawa,

“The ideas which a composer expresses

are mainly and primarily of a purelymusical

nature…Definite feelings and emotions are

unsusceptible of being embodied in music”

Peringkat Kedua1. Ekspresionalisme Dari sudut pandang ekspresionalisme pula

ianya tidak menafikan sumbangan faktor

luaran dan dalaman penciptaan sesuatu

karya muzik itu.Ekspresionalisme

menekankan kepada kecederungan

pengkarya seni memutarbelitkan

kebenaran bagi memberi kesan emosi. Hal

ini kerana,biarpun muzik tersebut tidak

sempurna namun muzik tersebut

melambangkan perasaan.Pada Reimer

11

Page 12: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

muzik melahirkan sesuatu yang umum dan

perasaan yang sukar diucapkan dan ia

turut melibatkan proses perkembangan

dan kualiti dan dinamik sesuatu karya

muzik tersebut dan ia diekpresikan

melaluui tempo,ketegangan dan relaks

yang terdapat pada lagu tersebut.Menurut

Langer(1953):

“The pattern of music is that of the same

form worked out in pure,measured sound

and silence.Music is the tonal analogue of

emotive life.”

Jadual 1: Falsafah Reimer

Menurut Reimer pengalaman estetik sesuatu karya muzik diperolehi jika

dipertimbangkan dari sifat dan kualitinya bukan dikaitkan dengan hal-hal lain. Dari sudut

pandang ekspresionalisme pula ianya tidak menafikan sumbangan faktor luaran dan

dalaman penciptaan sesuatu karya muzik itu. Ekspresionalisme menekankan kepada

kecederungan pengkarya seni memutarbelitkan kebenaran bagi memberi kesan emosi.

Pada Reimer muzik melahirkan sesuatu yang umum dan perasaan yang sukar

diucapkan. Ianya turut melibatkan proses perkembangan dan kualiti sesuatu karya

muzik. Oleh yang demikian pengalaman estetik yang diperolehi adalah merupakan

sensitiviti dan responsif terhadap aspek-aspek yang terdapat dalam sesuatu karya

muzik itu.

3.0 MATLAMAT DAN FUNGSI MUZIK DALAM PENDIDIKAN

12

Page 13: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Setiap negara memerlukan sistem pendidikan yang teratur dalam pembentukan

masyarakat yang seimbang. Justeru itu, setiap masyarakat patut memandang berat

terhadap proses pendidikan dan patut terus memberikan keutamaan dan prioriti kepada

pendidikan. Biasanya, setiap masyarakat mengadakan beberapa matlamat utama untuk

proses pendidikan yang mampu dikumpulkan dalam empat bidang utama seperti:

Rajah 5: Matlamat Proses Pendidikan Masyarakat

3.1 PEMBELAJARAN MUZIK DI SEKOLAH

13

Page 14: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

GURU MUZIK PENDIDIK MUZIK Hanya mempunyai kemahiran

muzikal tertentu dan mengajar

kemahiran muzikal tertentu kepada

pelajar

Mengajar muzik hanya selepas

berpengetahuan dalam beberapa

aspek pendidikan serta mmepunyai

kemahiran muzikal yang baik

Pengetahuan tentang aspek muzik

diperolehi melalui latihan sistematik

atau professional yang formal

Jadual 2: Perbezaan di antara guru muzik dengan pendidik muzik

Dalam hal pembelajaran muzik, golongan pendidik muzik harus menyedari bahawa

program muzik di sekolah adalah khas untuk pelajar yang sedang membesar. Oleh itu,

usaha untuk membentuk satu program muzik bagi pelajar haruslah dititikberatkan

kerana muzik mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan para pelajar

apabila mereka dewasa nanti.

Persatuan pendidik muzik terbesar terbesar di dunia, iaitu Music Educators

National Conference (MENC) di Amerika Syarikat telah menyenaraikan 11 kecekapan

muzikal yang patut dijadikan sebagai objektif utama dalam satu program muzik dari

peringkat sekolah rendah hingga ke menegah.

14

Page 15: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Rajah 6: Objektif Utama Muzik

15

Page 16: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Kita dapati terdapat beberapa aspek yang penting dari perspektif pendidikan di

Malaysia seperti perpaduan negara dan moral. Berikut merupakan beberapa sebab

mengapa muzik harus dipelajari oleh semua pelajar di Malaysia.

1. Muzik telah membantu manusia dalam hal yang berkaitan dengan ibadah

manusia sepanjang zaman

2. Muzik mempunyai banyak potensi dan skop yang mempengaruhi kelakukan dan

pemikiran manusia sama ada secara positif atau negatif

3. Bagi mengekalkan warisan budaya kebangsaan serta identiti Malaysia

4. Soal moral adalah sesuatu yang diutamakan dalam proses pendidikan di

Malaysia dna juga pembangunan negara

5. Muzik digunakan sebagai bantu mengajar khasnya pada peringkat sekolah

rendah

6. Muzik disifatkan sebagai jendela dunia kerana muzik digunakan untuk

memahami kebudayaan asing

16

Page 17: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

4.0 CONTOH-CONTOH IMPLIKASI FAKTOR PSIKOLOGI DAN SOSIAL

Terdapat enam faktor persekitaran psikologi dalam Pendidikan Muzik yang perlu

diketahui iaitu:

Rajah 7: Faktor Psikologi

17

Page 18: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Berdasarkan faktor psikologi dalam Rajah 7, telah memberikan implikasi atau impak

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas terhadap bagi

muzik.Antara contoh implikasi faktor psikolgi dalam bidang muzik ini ialah dari segi teori

perkembangan kognitif kanak-kanak di mana berdasarkan teori yang diperkenalkan

oleh Piaget pada 1952, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-

kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu:

Rajah 8: Teori Kognitif Piaget

18

p

er

i

ng

ka

t

ope

ra

si

fo

rma

l(

12

t

ahu

n

ke

a

tas

pe

ri

ng

ka

t

o

pe

ra

si

kon

kr

it

(7

-12

t

ah

un

)

pe

ri

ng

kat

p

ra

o

per

as

i(

2-

7

t

ah

un

)

pe

ri

ng

kat

d

er

ia

mo

to

r(

0-

2

t

ah

un

)

Page 19: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Berdasarkan daripada rajah 8, saya ingin lebih menekankan tentang peringkat ketiga

perkembangan kognitif kanak-kanak yang disarankan Piaget kerana pada usia tujuh

hingga 12 tahun ini merupakan tahap persekolahan wajib bagi kanak-kanak di

Malaysia.Bersarkan daripada pemerhatian implikasi terhadap peringkat operasi konkrit

ini guru boleh menggalakkan murid-murid belajar tentang alat-alat muzik dengan

memperkenalkan kepada murid-murid tentang alat-alat muzik tersebut dan tidak

bergantung kepada gambar sahaja bagi membolehkan murid-murid merasai

pengalaman menggunakan alat muzik tersebut.Hal ini kerana.pada peringkat ini murid-

murid mudah untuk menerima proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

daripada apa yang telah mereka pelajari dan sentuh.

Gambar 3: Beberapa orang pelajar sedang bermain alat muzikal

19

Page 20: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Contoh implikasi faktor yang kedua ialah dengan motivasi.Semasa guru mengadakan

proses P & P di dalam kelas, guru boleh memotivasikan murid-muridnya dengan

menggalakkan mereka untuk mempelajari Muzik dan meyakinkan bahawa mempelajari

muzik merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan meyakinkan bahawa meskipun

mereka tidak mempunyai kemahiran dalam muzik,namun guru boleh memberikan

bantuan untuk menguasainya.Dengan ini,murid-murid akan lebih bersemangat untuk

mempelajari muzik dan tidak takut untuk belajar daripada kesilapan.Selain itu,guru juga

boleh memberikan hadiah atau cenderahati sebagai memberi galakan kepada murid-

murid jika mereka mengambil bahagian dan mampu menguasai dengan baik kemhiran

instrumental muzik.

Gambar 4: Beberapa pelajar sedang membuat pergerakan mudah

Contoh implikasi faktor psikologi yang ketiga ialah faktor persekitaran. Bagi menarik

minat dan perhatian murid-murid terhadap muzik,guru melalui pentadbiran sekolah

20

Page 21: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

perlu menyediakan sebuah bilik muzik yang kondusif agar kesemua peralatan muzik

dapat di susun atur dengan baik dan kemas bagi memudahkan guru melakukan proses

p&p dengan selesa selain selamat untuk digunakan.Guru juga boleh menggunakan

lukisan mural atau gambar-gambar animasi untuk menarik perhatian murid-murid dan

menjadikan mereka lebih bersemangat setiap kali proses P & P berlangsung.

Gambar 5: Beberapa istilah muzik ditambalkan di dinding kelas

21

Page 22: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Gambar 6: Suasana Kelas Muzik

Gambar 5 dan Gambar 6 di atas menunjukkan antara bilik muzik yang kondusif dan

kemas serta mampu menarik perhatian murid untuk mempelajari matapelajaran muzik.

Contoh implikasi bagi faktor psikologi yang keempat ialah faktor kebolehan

muzikal.Kebolehan muzikal ini mungkin diperoleh secara semula jadi atau mendapat

pendidikan secara formal oleh seseorang murid tersebut seperti kebolehan memainkan

alatan muzik atau kemahiran menyanyi.Jika seseorang murid itu telahpun mempunyai

pengetahuan dalam bidang muzik,guru boleh memberi sokongan terhadap murid

tersebut dengan meminta murid tersebut menyanyi sambil mengikut tempo dan rentak

dan lagu yang dimainkan.Secara tidak langsung juga,murid itu dengan sendirinya

melakukan pergerakan semasa menyanyi kesan daripada psikologi murid tersebut

terhadap apa yang sedang dilakukannya olehnya.

22

Page 23: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

Gambar 7: Kanak – kanak mempelajari alat muzik baru

Faktor kelima aspek psikologi ialah kreativiti. Hal ini juga turut memberikan implikasi

terhadap murid-murid semasa proses p&p berjalan.Antara contoh implikasi kreativiti

dalam P & P ialah guru boleh menggalakkan murid untuk mencipta pelbagai bunyi

berdasarkan bunyi daripada alat muzik menggunakan bahan-bahan terpakai. Setelah

itu,guru boleh meminta mereka untuk menghasilkan satu rentak berserta tempo dan

harmoni berdasarkan bunyi yang telah dihasilkan itu tadi.Hal ini pastinya akan menarik

perhatian murid-murid kerana kanak-kanak sukakan bunyi-bunyi yang ceria dan mampu

mempengaruhi mud mereka dan pastinya akan menghasilkan sesuatu yang baharu.

Faktor yang terakhir dalam asas psikologi dalam pendidikan muzik ini ialah sikap

terhadap muzik di mana jika kita lihat pada hari ini,pelbagai jenis muzik yang ada dan

23

Page 24: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

setiap daripadanya mempunyai pengikut atau peminat mereka sendiri. Hal ini kerana,

setiap pendengar mempunyai sikap dan penilaian tersendiri terhadap muzik yang

didengari oleh mereka terutamanya bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak mudah

tertarik untuk mendengar muzik yang mempunyai unsur-unsur jenaka dan nasihat yang

mesejnya mudah difahami oleh mereka. Berbanding pula dengan orang dewasa yang

lebih gemar mendengar muzik instrumental atau pop bersesuaian dengan jiwa mereka.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap terhadap sesuatu muzik itu dipengaruhi oleh

psikologi seseorang individu itu sendiri. Dengan ini guru boleh menarik minat murid-

murid terhadap muzik dengan mendengarkan kepada mereka lagu kanak-kanak

berserta watak animasi yang menjadi perhatian dalam satu-satu masa tersebut seperti

watak animasi Upin dan Ipin yang telah berjaya menarik perhatian kanak-kanak.

Gambar 8: Menggunakan kaedah psikologi dalam menarik minat dalam muzik

24

Page 25: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

5.0 PENUTUP

Pendidikan Muzik di sekolah memberi banyak kesan positif terhadap pembangunan

sesebuah negara. Keraguan tentang aspek – aspek pedagogi muzik patut dianggap

sebagai suatu yang serius . Sejak revolusi daripada John Heinrich Pestalozzi, barulah

Barat juga menerima perhatian yang bermakna dan mendalam tentang aspek – aspek

muzik. Isu – isu seperti ini haruslah diselidik dan dikaji dengan lebih mendalam dengan

mengaitkannya dalam bidang falsafah, sosiologi, psikologi dan juga fisiologi.

Sememangnya, istilah pedagogi sudah lama wujud dalam arena pendidikan

antrabangsa tetapi dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah kurang diperkenalkan.

Pada masa sekarang, peranan pendidik adalah sebagai penyebar maklumat. Falsafah

memainkan peranan yang penting dalam Asas Pendidikan Muzik sekaligus

mewujudkan fungsi muzik dalam pendidikan. Sememangnya beberapa pandangan ahli

falsafah mampu menimbulkan pengaplikasian yang baik dalam proses pembelajaran

dan pembelajaran.

Seterusnya, marilah kita bersama – sama memartabatkan lagi asas pendidikan

muzik di negara kita melalui kaedah atau aliran pemikiran yang mementingkan peranan

aktif daripada pihak pelajar dan pernan yang pasif daripada pihak guru. Hal ini

sekaligus mampu melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab dalam

pembelajarannya.

25

Page 26: MZU 3104 Asas Pendidikan Muzik (SEMESTER 3)

6.0 BIBLIOGRAFI

Abeles et al. 1984. Foundations of Music Eduation. New York: Shirmer Books.

Donald A. Hidges (ed.) 1980. Handbook of Music Psycology: a cognitive view. New

York: Holt, Rinehart and Winston.

Gordon, Edwin 1984. Learning Sequences in Music: Skill, Content and Patterns.

Chicago: G.I.A. Publications.

Johami Abdullah 1987. A Philosophy and Rationale for Music Education in Malaysian

Schools from Islamic Perspective, Iowa City: School of Music, University of Iowa.

Johami Abdullah 1991. “Trends in Malaysia Popular Music” dlm. The Musician Mac/April

hlm. 18 -19.

Johami Abdullah 1988. “Formal Music Education in Malaysia”. Dlm. New Sunday Times.

Mark, Michael L. 1986. Contemporary Music Education, Edisi 2. New York: Schirmer Books.

26