modul ibu bapa program pendidikan inklusif bahan rujukan sekolah... · pendidikan di peringkat...

47
MODUL IBU BAPA 1 MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Upload: others

Post on 29-Jul-2021

63 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

1

MODUL IBU BAPA

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2018

Page 2: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa Penggubal Modul Ibu

bapa, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua ibu bapa khususnya yang mempunyai

anak berkeperluan khas yang terlibat dengan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan penting dalam bersama-sama

merealisasikan hasrat murni ini. Selain itu juga modul ini juga diharapkan dapat difahami dan

dihayati sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD dan diperingkat sekolah.

Pelaksanaan PPI memenuhi hasrat KPM untuk melahirkan murid yang cemerlang menerusi

pendidikan yang tidak mendiskriminasikan mana-mana murid atas kekurangan murid.

Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas

dalam melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”.

Akhirnya pada kesempatan ini, saya mengharapkan modul ini dapat memberi nilai tambah

bagi memantapkan pengoperasian PPI dan meningkatkan mutu pendidikan Khas di negara ini.

Sekian, terima kasih.

HAJI PARIDIN BIN JAIS

Pengarah

Bahagian Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

3

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 3

SENARAI SINGKATAN 4

SINOPSIS 5

BAB 1 ANALISIS 7

A. PENGENALAN 7

B. MATLAMAT 7

BAB 2 REKA BENTUK 9

A. OBJEKTIF MODUL 9

B. KUMPULAN SASARAN 9

C. ISI KANDUNGAN MODUL 10

BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL 12

TOPIK 1 : JALINAN KERJASAMA 12

TOPIK 2 : PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN

INKLUSIF

18

TOPIK 3 : KEPENTINGAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

21

TOPIK 4 : PELUANG DAN CABARAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

23

TOPIK 5 : SUMBANGAN PROFESIONAL IBU BAPA 28

BAB 4 PELAKSANAAN 31

BAB 5 PENILAIAN 35

LAMPIRAN 45

RUJUKAN 46

Page 4: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

4

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

JNJK Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KSIB Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

LDK Latihan Dalam Kumpulan

MBK Murid Berkeperluan Khas

MAP Murid Arus Perdana

NGO Organisasi Bukan Kerajaan

PDK Perbincangan dalam Kumpulan

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

PPI Program Pendidikan Inklusif

PPKI Pogram Pendidikan Khas Integrasi

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

RPI Rancangan Pendidikan Individu

SdK Sukarelawan di dalam kelas

Page 5: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

5

SINOPSIS

Modul ibu bapa ini memberikan pendedahan tentang Program Pendidikan Inklusif

(PPI) kepada ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP) dan ibu bapa Murid Berkeperluan

Khas (MBK). Modul ini direka bentuk untuk meningkatkan kefahaman, mendedahkan

tentang jalinan kerjasama, menjelaskan peranan, kepentingan pelibatan ibu bapa,

peluang dan cabaran serta sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

Jalinan kerjasama merangkumi kerjasama dalaman dan luaran. Jalinan kerjasama

dalaman terdiri daripada pelibatan ibu bapa dengan komuniti sekolah. Jalinan

kerjasama luaran terdiri daripada pelibatan ibu bapa dengan komuniti luar sekolah.

Pelibatan ibu bapa dalam PPI dilihat dari aspek peranan ibu bapa kepada MBK,

peranan ibu bapa kepada MAP, peranan ibu bapa MBK kepada pihak sekolah,

peranan ibu bapa MAP kepada pihak sekolah dan peranan ibu bapa kepada

komuniti. Pelibatan ibu bapa penting dalam membantu kelancaran PPI melalui

usaha kolektif, bersikap positif dan saling melengkapi.

Faktor kejayaan dan faktor penghalang kepada pelibatan ibu bapa MBK dan ibu

bapa MAP boleh dilihat melalui faktor akademik, persepsi ekonomi dan sosial. Ibu

bapa boleh menyumbang secara profesional melalui pembangunan prasarana,

perkongsian kepakaran dan sukarelawan.

Page 6: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

6

BAB 1

ANALISIS

Page 7: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

7

BAB 1 ANALISIS

A. PENGENALAN

Modul Ibu bapa ini berkuat kuasa pada tarikh modul Ibu bapa dikeluarkan dan

modul ini perlu dibaca bersama-sama Garis Panduan Program Pendidikan

Inklusif Murid Berkeperluan Khas.

Pelibatan ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan

peranan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar

sekolah demi menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI). PPI

menggunakan pendekatan “whole school community approach” di mana

pelibatan ibu bapa memainkan peranan masing-masing dalam pelaksanaan

program ini di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi

(PPKI) mahupun tidak.

PPI boleh dijalankan di sekolah harian biasa walaupun sekolah tersebut tidak

mempunyai PPKI. Di sinilah pelibatan ibu bapa dalam membantu kefahaman

komuniti sekolah dari aspek dalaman dan luaran untuk menerima dan

mengaplikasikan PPI dengan jayanya mengikut budaya sekolah masing-

masing.

B. MATLAMAT

Matlamat modul ibu bapa ini adalah untuk meningkatkan kefahaman hak

pendidikan untuk semua murid dalam kalangan ibu bapa dan komuniti melalui

interaksi, perkongsian kepakaran dan ilmu. Modul ini diharap dapat

mewujudkan jalinan kerjasama di antara ibu bapa dan komuniti dalam

melancarkan pelaksanaan PPI.

Page 8: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

8

BAB 2

REKA

BENTUK

Page 9: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

9

BAB 2 REKA BENTUK

A. OBJEKTIF MODUL

i. Meningkatkan kefahaman tentang PPI dalam kalangan ibu bapa MBK

dan MAP.

ii. Mendedahkan ibu bapa tentang jalinan kerjasama dalaman dan luaran.

iii. Memperjelas peranan ibu bapa dalam PPI.

iv. Memperjelas kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

v. Menerangkan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI.

vi. Menerangkan sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

B. KUMPULAN SASARAN

Ibu bapa murid berkeperluan khas

Ibu bapa murid Arus Perdana

Murid berkeperluan khas

Murid Arus Perdana

Komuniti

Page 10: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

10

C. ISI KANDUNGAN MODUL

TOPIK ISI KANDUNGAN MASA

TOPIK 1 Jalinan Kerjasama

1. Jalinan Kerjasama Dalaman 2. Jalinan Kerjasama Luaran

10 minit

TOPIK 2 Pelibatan Ibu Bapa dalam membantu Program Pendidikan Inklusif (PPI)

1. Peranan ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK) 2. Peranan ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP) 3. Peranan ibu bapa MBK kepada Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana (GAP) 4. Peranan ibu bapa MAP kepada Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana (GAP) 5. Peranan ibu bapa MBK dan MAP kepada komuniti

20 minit

TOPIK 3

Kepentingan

Pelibatan Ibu Bapa

1. Usaha Kolektif

2. Bersikap Positif

3. Saling Melengkapi

10 minit

TOPIK 4

Peluang dan Cabaran

Pelibatan Ibu Bapa

dalam PPI

1. Faktor Kejayaan

2. Faktor Penghalang Kejayaan

20 minit

TOPIK 5

Sumbangan

Profesional Ibu Bapa

1. Pembangunan Prasarana

2. Perkongsian Kepakaran

3. Sukarelawan

10 minit

Page 11: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

11

BAB 3 PEMBANGUNAN

MODUL

Page 12: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

12

BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL

TOPIK 1: JALINAN KERJASAMA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalinan didefinisikan sebagai sesuatu yang

dijalin. Kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau

saling membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut

membawa maksud kolaboratif, permuafakatan dan perkongsian.

Jalinan kerjasama antara pihak berkepentingan yang terlibat dalam PPI adalah

penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi MBK.

Pihak berkepentingan yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan Malaysia,

Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Jabatan

Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah, guru-guru, ibu

bapa MBK, ibu bapa MAP, staf sokongan dan komuniti sekolah.

Terdapat dua jenis jalinan kerjasama iaitu jalinan kerjasama dalaman dan jalinan

kerjasama luaran.

A. Jalinan kerjasama dalaman

Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada pentadbir sekolah dengan guru

pendidikan khas, dalam kalangan guru pendidikan khas, guru arus perdana

dengan guru pendidikan khas, guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa

(GBKSM) dengan guru pendidikan khas dan staf sokongan dengan guru

pendidikan khas.

i. Pentadbir Sekolah dengan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara pihak pentadbir sekolah dengan guru

pendidikan khas penting dalam membantu MBK untuk menjayakan PPI.

Pihak pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua/guru besar dan guru-

Page 13: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

13

guru penolong kanan. Mereka perlu sentiasa peka terhadap isu-isu yang

timbul berkaitan pendidikan inklusif dan sentiasa melibatkan diri dalam

melaksanakan dasar pendidikan inklusif yang menekankan pendidikan

yang berkualiti dan berpusatkan murid.

Pihak pentadbir sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai

untuk PPI dengan menyediakan kelas yang kondusif dan mesra Orang

Kurang Upaya (OKU).

ii. Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara guru-guru pendidikan khas yang mempunyai

kepakaran yang pelbagai dapat dikongsikan bersama untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran MBK. Jalinan kerjasama

berfungsi sebagai mekanisme bagi guru-guru pendidikan khas untuk

merancang dan melaksanakan PPI kepada MBK.

iii. Guru Arus Perdana dengan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama di antara guru arus perdana dan guru pendidikan

khas di dalam bilik darjah biasa berlaku kerana terdapat MBK

ditempatkan di dalam kelas arus perdana. Jalinan kerjasama ini dapat

membantu MBK mendapatkan pendidikan yang bersesuaian mengikut

tahap keupayaannya. Kefahaman guru arus perdana tentang PPI dapat

dipertingkatkan melalui jalinan kerjasama ini. Jalinan kerjasama ini

merangkumi pengurusan tingkah laku dan emosi serta kaedah

pengajaran bersama (Co-Teaching).

iv. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa membantu untuk

mendapatkan maklumat daripada guru, ibu bapa, rekod sekolah dan

Page 14: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

14

agensi luar yang terlibat dengan murid-murid dan program

yang

dilaksanakan. Jalinan kerjasama antara GBKSM dan guru pendidikan

khas menggunakan maklumat yang diperoleh untuk berkonsultasi

dengan ibu bapa. GBKSM juga boleh merancang sesi bimbingan dalam

proses modifikasi tingkah laku dan membantu guru pendidikan khas

merancang aktiviti terapi dan bimbingan untuk MBK dalam PPI.

v. Pembantu Pengurusan Murid dengan Guru Pendidikan Khas

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menguruskan MBK semasa proses

pembelajaran di sekolah. Jalinan kerjasama antara PPM dengan guru

pendidikan khas dalam PPI merangkumi penyediaan bahan pengajaran

dan pembelajaran (PdP) dan memastikan keberadaan MBK ke kelas

inklusif dengan menghantar dan mengambil MBK ke kelas inklusif.

Jalinan kerjasama di antara PPM dan guru pendidikan khas meliputi

pelaksanaan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan PPI.

Page 15: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

15

B. Jalinan Kerjasama Luaran

Jalinan kerjasama luaran terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) dengan sekolah, guru sekolah lain dengan sekolah, agensi kerajaan

dan syarikat swasta serta komuniti dengan sekolah, organisasi bukan

kerajaan (NGO) dengan sekolah, pakar-pakar profesional dengan sekolah

dan pengurusan tertinggi dengan sekolah.

i. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan Sekolah

PIBG berperanan sebagai satu saluran perhubungan antara ibu bapa

dan pihak sekolah dalam penerimaan dan pelaksanaan PPI. PIBG boleh

menyumbang kepakaran, tenaga dan wang dalam pelaksanaan PPI.

Selain itu, perbincangan profesional di antara ibu bapa/penjaga dan

pihak sekolah mengenai perkembangan dan pencapaian MBK serta

masalah yang dihadapi dapat membantu para guru membuat

persediaan yang sewajarnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

ii. Kolaboratif Antara Sekolah

Sekolah yang telah melaksanakan PPI boleh membuat perkongsian

pintar dengan sekolah yang sedang atau masih belum melaksanakan

PPI. Jalinan kerjasama di antara sekolah boleh mewujudkan hubungan

dua hala dalam aktiviti antara sekolah, perkongsian idea bahan bantu

mengajar dan peralatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

murid inklusif.

Jalinan kerjasama ini juga melibatkan pihak Sekolah Pendidikan Khas

(SPK) dengan berkongsi kepakaran untuk meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran MBK. Jalinan kerjasama ini berfungsi sebagai

mekanisme bagi guru-guru untuk merancang dan melaksanakan PPI

kepada MBK.

Page 16: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

16

iii. Agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta Serta Komuniti dengan

Sekolah

Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat

swasta serta komuniti untuk menganjurkan kursus, mendapatkan

khidmat nasihat dan latihan kemahiran kepada MBK dalam PPI. Selain

menyumbang khidmat tenaga dan kemahiran, agensi terlibat juga boleh

menyumbang tenaga kerja dan sumber kewangan.

iv. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan Sekolah

NGO boleh memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi kewangan

dan peralatan yang berkaitan dalam pelaksanaan PPI. NGO boleh

menawarkan diri sebagai sukarelawan kepada pihak sekolah yang

terlibat dengan PPI melalui penyediaan ahli terapis, pengamal perubatan

dan ahli psikologi. NGO boleh berkolaboratif dengan pihak sekolah

dalam menganjurkan forum, seminar, bengkel dan latihan pravokasional.

Jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan NGO dapat

menyumbang kepada kemenjadian MBK dalam PPI.

v. Pakar-Pakar Profesional dengan Sekolah

Pihak sekolah boleh menjalin kerjasama dengan pakar-pakar profesional

berkaitan dengan MBK sekiranya perlu. Sebagai contoh, ahli terapi

pertuturan boleh mengadakan latihan kemahiran seperti latihan

pertuturan kepada MBK. Latih tubi pertuturan yang seterusnya boleh

dijalankan dalam bilik darjah dan dipantau oleh guru pendidikan khas

yang akan memberi laporan kemajuan murid berkenaan kepada ahli

terapi pertuturan.

Page 17: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

17

Ahli psikologi pula boleh memberi tunjuk ajar kepada guru pendidikan

khas dan guru arus perdana dalam pengendalian tingkah laku MBK

yang terlibat dengan PPI.

Ahli terapi cara kerja pula dapat membantu guru mengenal pasti

kelemahan MBK dan menyediakan terapi yang sesuai untuk mereka.

Ahli profesional yang lain boleh memberi pertolongan dengan

menyalurkan bantuan kemahiran masing-masing kepada guru dan pada

yang sama memberi bantuan perkhidmatan kepada MBK.

vi. Pengurusan Tertinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian

Pendidikan Khas, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jemaah Nazir

dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat

Pendidikan Daerah) dengan Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan

Khas (BPKhas) dapat memberi peruntukan kewangan, maklumat terkini

berkaitan PPI.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berperanan menyalurkan

maklumat berkaitan pentaksiran dan penilaian yang melibatkan MBK

kepada pihak sekolah.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pula membuat penyeliaan dan

pemantauan terhadap keberkesanan pelaksanaan PPI.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

menjalin kerjasama dalam melaksanakan dasar dan pekeliling berkaitan

dengan PPI.

Page 18: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

18

TOPIK 2 : PELIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN

INKLUSIF (PPI)

Pelibatan ibu bapa dalam PPI akan menimbulkan kesedaran umum di sekolah. Ibu

bapa melalui PIBG sekolah dapat merancang beberapa program yang sesuai

mengikut iklim sekolah untuk meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam proses

pembelajaran MBK bersama MAP. Pelibatan ibu bapa menggalakkan perkongsian

idea mengenai pembelajaran, kebolehtadbiran murid tentang diri sendiri,

perkongsian ilmu dan pengurusan tingkah laku. Pelibatan ibu bapa boleh dilihat dari

pelbagai aspek seperti peranan ibu bapa kepada MBK, peranan ibu bapa kepada

MAP, peranan ibu bapa MBK kepada pihak sekolah, peranan ibu bapa MAP kepada

pihak sekolah dan peranan ibu bapa kepada komuniti.

A. Peranan ibu bapa kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Ibu bapa MBK berperanan untuk memastikan kehadiran MBK ke sekolah bagi

mengurangkan kadar keciciran. Di samping itu, ibu bapa boleh menggalakkan

MBK mencontohi amalan terbaik rakan inklusif. Hubungan dua hala di antara

ibu bapa dan MBK dapat mengenal pasti potensi dan kekuatan MBK. Ini akan

membentuk hala tuju kerjaya MBK selepas tamat sesi persekolahan.

Ibu bapa memberi ruang untuk MBK melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

di sekolah dan membolehkan MBK meningkatkan tahap komunikasi, kemahiran

motor dan kemahiran berfikir secara kritis.

B. Peranan ibu bapa kepada Murid Arus Perdana (MAP)

Ibu bapa MAP memainkan peranan dalam menyebarluaskan PPI supaya

pergaulan dan komunikasi anak-anak mereka dengan MBK di sekolah lebih

terbuka. Ibu bapa MAP juga bertanggungjawab untuk membangunkan

kesedaran sivik dalam diri anak-anak mereka seperti hormat-menghormati,

bertolak ansur dan menghargai perbezaan individu rakan sebaya.

Page 19: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

19

C. Peranan Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK) kepada Pihak Sekolah,

Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana

Ibu bapa MBK boleh berkongsi pengajaran kemahiran, tingkah laku,

pemakanan, kaedah mengawal emosi dan perkongsian pengetahuan

mengenai pendidikan awal kanak-kanak serta intervensi awal MBK kepada

pihak sekolah, GPKI dan guru arus perdana.

Sesi konsultasi ibu bapa bersama golongan profesional dan pakar rujuk juga

boleh dikongsikan melalui pelibatan ibu bapa dalam bentuk bengkel dan sesi

dialog bersama pihak sekolah. Melalui bengkel ini, maklumat tentang

penggunaan ubat-ubatan atau teknik-teknik tertentu yang diperoleh boleh

dikongsikan bersama.

Ibu bapa MBK juga bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran dalam diri

MBK mengenai kawalan diri, emosi atau sosial serta mendidik MBK ke arah

mengamalkan gaya hidup sihat. Sokongan moral ini akan memudahkan pihak

sekolah, GPKI dan guru arus perdana dalam melaksanakan PPI serta

memberikan gambaran positif terhadap MBK kepada komuniti.

D. Peranan Ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP) kepada Pihak Sekolah, Guru

Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana

Ibu bapa MAP berperanan memberikan sokongan moral dan semangat kepada

ibu bapa MBK. Ibu bapa MAP juga boleh mewujudkan jaringan sosial untuk

merapatkan jurang di antara MBK dengan pihak sekolah, GPKI dan guru arus

perdana. Jaringan ini juga boleh mengubah persepsi negatif pihak sekolah,

GPKI dan guru arus perdana terhadap MBK melalui pelaksanaan PPI.

Page 20: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

20

E. Peranan Ibu bapa kepada Komuniti

Ibu bapa berperanan memberikan kesedaran terhadap kewujudan MBK dan

PPI kepada komuniti. Komuniti mesti menerima bahawa MBK mempunyai hak

yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam persekitaran

pembelajaran tanpa halangan (barrier-free learning environment) sejajar

dengan anjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan

berkualiti bertaraf antarabangsa. Ini juga bertepatan dengan Akta Pendidikan

1996 “Pendidikan Untuk Semua”. PPI dilaksanakan untuk memberi peluang

pendidikan sama rata kepada MBK.

Page 21: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

21

TOPIK 3 : KEPENTINGAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Kepentingan pelibatan ibu bapa dalam membantu kelancaran PPI melalui usaha

kolektif, bersikap positif dan saling melengkapi dapat membentuk kemenjadian

murid.

A. Usaha kolektif

Usaha kolektif merangkumi pelibatan ibu bapa di dalam Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti dan NGO

yang berkaitan. Ibu bapa dapat melibatkan diri sebagai ahli dalam

jawatankuasa-jawatankuasa seperti Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah

untuk berkongsi kepakaran, khidmat nasihat dan latihan kemahiran.

Pelibatan ibu bapa dalam jawatankuasa seperti ini dapat melancarkan lagi

pelaksanaan PPI.

Usaha kolektif juga melibatkan penggunaan media sosial seperti facebook,

whatsapp, telegram dan aplikasi lain dalam menyebar luas maklumat dan

maklum balas mengenai PPI. Melalui usaha ini ibu bapa dapat menyumbang

kepakaran, kemahiran, sumber tenaga dan kewangan kepada pihak sekolah.

Usaha kolektif turut memberikan impak positif kepada mutu pendidikan dari

segi akademik, sahsiah dan disiplin, infrastruktur serta iklim sekolah. Impak

positif ini dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, prestasi akademik

dan menambah baik fasiliti sekolah. Usaha kolektif ini dapat meningkatkan

kemenjadian murid melalui PPI.

B. Bersikap positif

Sikap positif ibu bapa dalam penerimaan PPI dapat mewujudkan waktu

pembelajaran dan ruang yang kondusif untuk sesi pembelajaran murid. Sikap

positif ibu bapa boleh dijadikan sebagai suri teladan kepada komuniti untuk

mewujudkan persekitaran yang seimbang dalam kelas inklusif. Sikap ibu bapa

yang tidak mendiskriminasikan murid dalam PPI dapat memberikan hak yang

Page 22: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

22

sama rata bagi murid mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di

semua sekolah.

Kefahaman ibu bapa dalam memahami tuntutan akademik terkini dan

keperluan pembelajaran murid membolehkan ibu bapa mengenali potensi dan

keperluan kemahiran murid di samping membentuk kemenjadian murid

melalui PPI. Ibu bapa yang bersyukur dan empati terhadap MBK dan ibu bapa

yang lain dapat memupuk sikap kerendahan hati, kesantunan dan rasa

hormat bagi melancarkan PPI.

C. Saling Melengkapi

Ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing dan menyumbang

mengikut bidang kepakaran mereka. Sumbangan ini dapat memberi manfaat

kepada pihak sekolah meningkatkan keberkesanan PPI. Prestasi akademik

murid dalam PPI dapat dipertingkatkan melalui usahasama ibu bapa dan

pihak sekolah.

Page 23: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

23

TOPIK 4 : PELUANG DAN CABARAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

A. FAKTOR KEJAYAAN

Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa ini bergantung kepada pelibatan ibu

bapa MBK dan ibu bapa MAP. Kejayaan PPI ini boleh dilihat melalui faktor

akademik, persepsi, ekonomi dan sosial.

i. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a. Faktor Akademik

Latar belakang akademik ibu bapa MBK mempengaruhi faktor kejayaan PPI.

Ibu bapa MBK yang berpendidikan memberikan penekanan terhadap

pendidikan MBK. Ibu bapa MBK akan menetapkan matlamat dan hala tuju

akademik MBK. Ibu bapa MBK ini akan menyokong PPI. Ibu bapa MBK juga

akan terlibat dalam perbincangan mengenai kemajuan murid dan penentuan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) MBK.

b. Faktor Persepsi

Persepsi ibu bapa MBK bahawa MBK boleh dididik, mempunyai potensi,

mampu bersaing dan berjaya seperti murid lain yang mengikuti PPI. Ibu bapa

MBK yakin terhadap kemampuan MBK untuk mengamalkan disiplin dan

sahsiah diri yang terpuji. Sikap yang terpuji ini memudahkan MBK berinteraksi

dengan lebih baik dan dapat menghindari pelibatan gejala yang negatif.

Page 24: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

24

c. Faktor Ekonomi

Ibu bapa MBK yang berkemampuan dari segi kewangan boleh membantu

MBK seperti membeli peralatan pembelajaran, mendapatkan rawatan,

menjalani intervensi dan terapi. Kelengkapan yang disediakan oleh ibu bapa

MBK dapat membantu proses pembelajaran dalam PPI.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MBK mesti membentuk komunikasi yang berkesan sebagai seorang

rakan sebaya, pembimbing dan pendengar kepada MBK. Ibu bapa MBK perlu

kerap berbual dengan anak, bersikap responsif, menghargai pendapat MBK,

mempunyai kesantunan komunikasi dan menjadi suri teladan. Komunikasi

berkesan ini boleh menjadi faktor pendorong kepada kejayaan PPI.

ii. Ibu bapa Murid Arus Perdana

a. Faktor Akademik

Latar belakang akademik ibu bapa MAP mempengaruhi faktor kejayaan PPI.

Ibu bapa MAP yang berpendidikan mempunyai kesedaran yang tinggi

terhadap pelaksanaan “Pendidikan Untuk Semua”. Maka, ibu bapa MAP

dapat memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan PPI.

b. Faktor Persepsi

Ibu bapa MAP yang peka terhadap keperluan pendidikan MBK akan

menunjukkan sikap bertoleransi dan lebih prihatin kepada kepentingan PPI.

Ibu bapa MAP dapat mempengaruhi komuniti untuk bekerjasama dalam

memastikan MBK berpeluang mendapat pendidikan yang sama rata melalui

program kesedaran kepentingan PPI. Rentetan daripada keprihatinan ini, ibu

bapa MAP akan lebih rasional dalam membuat pertimbangan dalam hal-hal

Page 25: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

25

yang berkaitan PPI. Antaranya, ibu bapa MAP dapat mendidik anak-anak

mereka dengan memberi kesedaran, sokongan dan memupuk nilai

hormat-menghormati dan menyayangi rakan di dalam kelas PPI.

c. Faktor Ekonomi

Ibu bapa MAP dapat menyokong pelaksanaan PPI melalui bantuan

kewangan, kemudahan fizikal dan fasiliti yang mesra OKU.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MAP mesti menjadi seorang suri teladan, pembimbing dan

pendengar kepada MAP. Ibu bapa MAP boleh menggalakkan amalan nilai

kesyukuran, bekerjasama, hormat-menghormati dan hemah tinggi dalam

kalangan MAP. Didikan ini boleh menjadi faktor pendorong kepada kejayaan

PPI.

B. FAKTOR PENGHALANG KEJAYAAN

Faktor penghalang kejayaan kepada pelibatan ibu bapa ini bergantung kepada faktor

akademik, persepsi, ekonomi dan sosial. Faktor penghalang ini berlaku semasa

proses PPI dilaksanakan dan mempengaruhi MBK serta MAP di dalam PPI.

i. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas

a. Faktor Akademik

Ibu bapa MBK kurang berkeyakinan dengan kemampuan akademik MBK

untuk mengikuti pembelajaran melalui PPI. Oleh yang demikian, ibu bapa

MBK tidak akan memfokuskan akademik untuk MBK. Justeru, PPI tidak

dapat dilaksanakan dengan lancar.

Page 26: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

26

b. Faktor Persepsi

Kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan kebajikan MBK di kelas

inklusif menyebabkan kekurangan pelibatan ibu bapa dengan PPI. Ibu bapa

MBK juga mudah tersinggung terhadap pandangan negatif komuniti kepada

MBK. Selain itu, ibu bapa MBK kurang pendedahan terhadap kesaksamaan

dalam pendidikan yang menyebabkan ibu bapa MBK kurang pertimbangan

dalam merancang masa depan MBK.

c. Faktor Ekonomi

Pelaksanaan PPI kurang berkesan kerana ibu bapa MBK yang kurang

berkemampuan dari segi kewangan tidak dapat menyediakan kemudahan

fizikal, kemudahan peralatan pembelajaran, kurang mengikuti intervensi dan

mendapatkan rawatan serta terapi kepada MBK.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MBK membataskan pergaulan MBK dengan MAP di dalam kelas

inklusif kerana tidak mahu timbul sebarang isu salah faham berkaitan anak di

antara ibu bapa MBK dan ibu bapa MAP. Kerisauan dan keprihatinan ibu

bapa MBK ini terjadi kerana murid MAP kurang memahami tingkah laku MBK

yang sensitif dan impulsif lantas memberi kesan dalam kelancaran PPI.

ii. Ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP)

a. Faktor Akademik

Ibu bapa MAP kurang mendapat pendedahan tentang PPI. Ibu bapa MAP

kurang berkeyakinan terhadap kemampuan akademik MBK di dalam kelas

inklusif. Tahap keupayaan akademik MBK yang berbeza akan melambatkan

Page 27: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

27

kelancaran proses pembelajaran murid di kelas inklusif. Justeru, PPI tidak

dapat dilaksanakan dengan lancar.

b. Faktor Persepsi

Ibu bapa MAP memandang serong terhadap MBK. Ibu bapa MAP

beranggapan bahawa MBK akan menganggu proses pembelajaran MAP.

Ibu bapa MAP khuatir MBK akan menyebabkan guru arus perdana memberi

lebih perhatian kepada MBK dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas

inklusif.

Pandangan taboo ibu bapa MAP yang beranggapan bahawa kecacatan

atau kekurangan MBK ini boleh berjangkit merupakan halangan di dalam

pelaksanaan PPI. Hal ini menyebabkan Ibu bapa MAP mendiskriminasi hak

MBK untuk mendapat pendidikan melalui PPI.

c. Faktor Sosial

Ibu bapa MAP kurang menerima pergaulan di antara MAP dan MBK di

dalam kelas inklusif kerana dikhuatiri akan mengganggu proses

pembelajaran dan pencapaian akademik MAP. Ibu bapa MAP kurang

melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan PPI walaupun kempen

kesedaran mengenai PPI telah disebarluaskan oleh pihak sekolah.

Page 28: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

28

TOPIK 5 : SUMBANGAN PROFESIONAL IBU BAPA

Sumbangan profesional ibu bapa menjadi sokongan kepada MBK yang mengikuti

PPI yang dilaksanakan melalui pembangunan prasarana, perkongsian kepakaran

dan sukarelawan. Sumbangan profesional ini boleh menyumbang kepada

kelengkapan dan fasiliti sekolah yang lebih kondusif bagi meningkatkan lagi prestasi

dan kompetensi sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan.

A. Pembangunan Prasarana

Pembangunan prasarana boleh dilaksanakan melalui usaha sama di antara ibu

bapa dengan pihak sekolah. Ibu bapa boleh menyalurkan pelbagai bentuk

sumbangan dan bantuan untuk menambah baik dan membaiki prasarana serta

mewujudkan fasiliti yang mesra OKU di dalam kawasan sekolah. Contohnya,

dengan memberi sumbangan berbentuk kemudahan fizikal seperti kerusi dan

meja di bilik darjah untuk murid kerdil atau menyediakan susur landai (ramp)

dan susur tangan (railing) untuk murid berkerusi roda dan masalah kurang

upaya fizikal dapat memudahkan akses MBK ke bilik darjah.

Alat bantu belajar yang disumbangkan seperti papan interaktif boleh

dimanfaatkan di dalam PdP kelas inklusif supaya proses pembelajaran MBK

dan MAP lebih menyeronokkan, aktif dan bermakna.

B. Perkongsian Kepakaran

Ibu bapa yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang boleh menjadi perantara

dengan pihak pentadbir sekolah dalam menangani isu atau permasalahan

murid. Ibu bapa boleh berkongsi amalan terbaik dengan pihak sekolah bagi

membantu proses pembelajaran MBK yang mengikuti PPI. Ibu bapa dalam

kalangan profesional boleh membantu pihak sekolah melalui perkongsian

maklumat, pandangan, sumber dari segi pembangunan, keselamatan,

kebajikan, kewangan dan tanggungjawab sosial.

Page 29: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

29

C. Sukarelawan

Berdasarkan Peraturan 5 (3) Peraturan-peraturan PIBG 1998 yang

menggariskan „Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua

menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar

sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan

anggota atau bukan anggota persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian

akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.‟ Pelibatan

sukarelawan dapat membantu PPI dilaksanakan secara berkesan.

Pelibatan ibu bapa sebagai Sukarelawan Dalam Kelas (SdK) melalui Kumpulan

Sokongan Ibu Bapa (KSIB) membantu mewujudkan jaringan dan jalinan sosial

di antara ahli PIBG, komuniti, agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi

mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan PPI. Selain itu, SdK yang

berpotensi dapat dikenal pasti supaya PPI dilaksanakan dengan efektif.

SdK membantu guru dalam proses pembelajaran sebagai fasilitator semasa

murid melaksanakan aktiviti, meningkatkan pemahaman murid terhadap

kandungan pembelajaran, menyediakan bahan bantu belajar, berkongsi

kemahiran atau maklumat untuk memperkaya pembelajaran dalam kelas dan

membantu guru dalam pengurusan kelas seperti menceriakan bilik darjah.

SdK boleh menyumbang idea dan tenaga untuk membina kecemerlangan MBK

melalui PPI. Ibu bapa yang berasa selesa dengan persekitaran sekolah akan

bersedia menjadi SdK kerana mereka lebih terbuka untuk menyokong dan

membantu sekolah untuk kemenjadian MBK cemerlang dalam akademik dan

bukan akademik.

Page 30: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

30

BAB 4

PELAKSANAAN

Page 31: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

31

BAB 4 PELAKSANAAN

Program Program Pendidikan Inklusif

Kursus Program Kesedaran Program Pendidikan Inklusif (Modul Ibu Bapa)

Masa 2 jam

Personel Fasilitator

A. Objektif Pada akhir sesi, peserta/ibu bapa/penjaga dapat: 1. meningkatkan kefahaman tentang PPI. 2. mempraktikkan jalinan kerjasama dalaman dan luaran. 3. mengetahui peranan ibu bapa dalam PPI. 4. mengetahui kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI. 5. menjelaskan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI 6. mengetahui sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

B. Kandungan Modul

Modul Ibu Bapa

Modul Pelaksanaan - Aktititi 1 - Aktiviti 2 - Aktiviti 3 - Aktiviti 4

Rumusan Peserta/ibu bapa/penjaga

Rumusan Fasilitator

C. Kaedah Pelaksanaan Modul

Taklimat/ ceramah kesedaran

Sesi dialog

D. Bahan Pengajaran

Tayangan video

Modul Ibu Bapa

E. Alatan LCD projector, komputer riba, laptop, layar putih, sistem siar raya.

F. Rumusan/Refleksi Kepentingan pelibatan ibu bapa dalam kejayaan PPI

Page 32: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

32

HURAIAN TERPERINCI MODUL

MASA SUBJEK

10 Minit

Aktiviti 1 – Ujian PRA Objektif Di akhir sesi aktiviti 1, ibu bapa dapat menjawab soal selidik. Langkah-langkah: a. Fasilitator mengedarkan borang soal selidik. b. Ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik. c. Fasilitator mengumpul borang soal selidik. Bahan/peralatan: Borang soal selidik. Rumusan 1. Fasilitator memastikan ibu bapa menjawab semua soalan dalam borang soal selidik.

20

Minit

Aktiviti 2 – Tayangan video PPI Objektif: Di akhir sesi aktiviti 1, ibu bapa dapat gambaran awal mengenai PPI Langkah-langkah: a. Fasilitator menayangkan video kepada ibu bapa. b. Ibu bapa diminta mengenalpasti kandungan video. c. Fasilitator dan ibu bapa berbincang tentang hasil dapatan. Bahan/peralatan: LCD projector, komputer riba, layar putih, sistem siar raya. Rumusan: Fasilitator memberi penghargaan kepada ibu bapa yang berkongsi pengalaman yang didapati daripada aktiviti.

Page 33: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

33

MASA SUBJEK

80 minit

Aktiviti 3 – Program Kesedaran Ibu Bapa Objektif Di akhir sesi aktiviti 3, ibu bapa dapat meningkatkan kefahaman mengenai PPI. Langkah-langkah: a. Fasilitator memberikan ceramah berkaitan program. b. Fasilitator membuka sesi soal jawab. c. Ibu bapa memberikan maklum balas. Bahan/peralatan Slide show Modul, LCD projector, komputer riba, layar putih, sistem siar raya. Rumusan Fasilitator mengingatkan ibu bapa tentang objektif PPI.

10 minit

Aktiviti 4 – Ujian PASCA Objektif Di akhir sesi aktiviti 4, ibu bapa dapat menjawab soal selidik. Langkah-langkah: a. Fasilitator mengedarkan borang soal selidik. b. Ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik. c. Fasilitator mengumpul borang soal selidik. Bahan/peralatan: Borang soal selidik. Rumusan Fasilitator memastikan ibu bapa menjawab semua soalan di dalam borang.

Page 34: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

34

BAB 5

PENILAIAN

Page 35: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

35

BAB 5 PENILAIAN

5.1 UJIAN PRA DAN PASCA

SOAL SELIDIK UJIAN PRA

PROGRAM KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

(MODUL IBU BAPA)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Sekolah: ________________________________________________

1. BAHAGIAN A:

Arahan: Sila tandakan respons anda di ruang yang berkenaan.

1.1 Jantina : Lelaki Perempuan

1.2 Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

1.3 Bilangan anak : 1-2 orang 3-4 orang 5-6 orang Lebih 6 orang

1.4 Mempunyai anak berkeperluan khas Ya Tidak

2. BAHAGIAN B :

Arahan: Sila berikan respons anda terhadap perkara berikut dan bulatkan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pengetahuan Anda Berkaitan Perkara Berikut:

BIL PERKARA Bulatkan jawapan

anda

1. Adakah anda mengetahui Program Pendidikan Inklusif

dilaksanakan di sekolah anak anda?

Ya Tidak

2. Adakah anda setuju murid berkeperluan khas belajar bersama

murid arus perdana?

Ya Tidak

3. Adakah anda setuju ibu bapa yang melibatkan diri dalam PPI

boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik

kepada pembelajaran anak anda?

Ya Tidak

BO

RA

NG

S

OA

L S

ELID

IK

UJIA

N P

RA

Page 36: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

36

BIL. PERKARA Bulatkan

jawapan anda

4. Adakah anda mengetahui terdapatnya jalinan kerjasama

dalaman dan jalinan kerjasama luaran dalam pelaksanaan

PPI?

Ya Tidak

5. Adakah anda bersetuju ibu bapa murid berkeperluan khas

dan ibu bapa murid arus perdana bersama-sama membantu

kelancaran PPI?

Ya Tidak

6. Adakah anda mengetahui salah satu kepentingan pelibatan

ibu bapa dalam PPI adalah bersikap positif?

Ya Tidak

7. Adakah anda mengetahui faktor akademik ibu bapa juga

menyumbang kepada kelancaran kejayaan kepada PPI?

Ya Tidak

8. Adakah anda mengetahui ibu bapa boleh menjadi

sukarelawan dalam menjayakan PPI?

Ya Tidak

9. Adakah anda bersetuju pembangunan prasarana seperti

menyediakan kemudahan mesra OKU merupakan salah satu

bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa bagi

memastikan kejayaan pelaksanaan PPI?

Ya Tidak

10. Sebelum program ini diadakan, anda mengetahui anda boleh

melibatkan diri dalam PPI?

Ya Tidak

Page 37: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

37

SOAL SELIDIK UJIAN PASCA

PROGRAM KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

(MODUL IBU BAPA)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Sekolah: ________________________________________________

1. BAHAGIAN A:

Arahan: Sila tandakan respons anda di ruang yang berkenaan.

1.1 Jantina : Lelaki Perempuan

1.2 Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

1.3 Bilangan anak : 1-2 orang 3-4 orang 5-6 orang Lebih 6 orang

1.4 Mempunyai anak berkeperluan khas Ya Tidak

2. BAHAGIAN B :

Arahan: Sila berikan respons anda terhadap perkara berikut dan bulatkan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pengetahuan Anda Berkaitan Perkara Berikut:

BIL PERKARA Bulatkan jawapan

anda

1. Adakah anda mengetahui Program Pendidikan Inklusif

dilaksanakan di sekolah anak anda?

Ya Tidak

2. Adakah anda setuju murid berkeperluan khas belajar bersama

murid arus perdana?

Ya Tidak

3. Adakah anda setuju ibu bapa yang melibatkan diri dalam PPI

boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik

kepada pembelajaran anak anda?

Ya Tidak

BO

RA

NG

S

OA

L S

ELID

IK

UJIA

N P

AS

CA

Page 38: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

38

BIL. PERKARA Bulatkan

jawapan anda

4. Adakah anda mengetahui terdapatnya jalinan kerjasama

dalaman dan jalinan kerjasama luaran dalam pelaksanaan

PPI?

Ya Tidak

5. Adakah anda bersetuju ibu bapa murid berkeperluan khas

dan ibu bapa murid arus perdana bersama-sama membantu

kelancaran PPI?

Ya Tidak

6. Adakah anda mengetahui salah satu kepentingan pelibatan

ibu bapa dalam PPI adalah bersikap positif?

Ya Tidak

7. Adakah anda mengetahui faktor akademik ibu bapa juga

menyumbang kepada kelancaran kejayaan kepada PPI?

Ya Tidak

8. Adakah anda mengetahui ibu bapa boleh menjadi

sukarelawan dalam menjayakan PPI?

Ya Tidak

9. Adakah anda bersetuju pembangunan prasarana seperti

menyediakan kemudahan mesra OKU merupakan salah satu

bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa bagi

memastikan kejayaan pelaksanaan PPI?

Ya Tidak

10. Selepas program ini diadakan, anda mengetahui anda boleh

melibatkan diri dalam PPI?

Ya Tidak

Page 39: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

39

Nama Sekolah

Kod Sekolah

Taraf Skor Deskripsi

Cemerlang

7-10 Pengetahuan anda tentang penglibatan ibu bapa dalam PPI sangat mendalam.

Anda memahami peranan dan kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

Anda sanggup menawarkan diri secara sukarela dalam pelibatan PPI.

Menunjukkan sikap aktif dan positif dalam hampir semua keadaan.

Baik

4-6 Pengetahuan anda tentang penglibatan ibu bapa dalam PPI pada peringkat sederhana.

Anda perlu lebih memahami peranan dan kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

Bersetuju menawarkan diri apabila diminta.

Lemah

0-2 Pengetahuan anda tentang pelibatan ibu bapa dalam PPI pada peringkat asas/minimum.

Kunjungilah sekolah atau hubungi PIBG, mereka boleh membantu anda.

BAHAGIAN Aspek Yang Dinilai Skor Catatan 1

Pengenalan 1.1 Pengenalan PPI

1.2 Pengenalan PPI

1.3 Pengenalan PPI

2 Jalinan Kerjasama

2.1 Jalinan kerjasama dalaman dan kerjasama luaran

3 Pelibatan Ibu Bapa

Dalam PPI

3.1 Peranan Ibu bapa MBK dan MAP

4 Kepentingan

Pelibatan Ibu Bapa Dalam Membantu

PPI

4.1 Bersikap positif

5 Peluang dan

Cabaran Pelibatan Ibu Bapa Dalam

PPI

5.1 Faktor Kejayaan

6 Sumbangan

Profesional Ibu Bapa

6.1 Sukarelawan

6.2 Pembangunan Prasarana

7 Program

Kesedaran PPI

7.1 Tahap kesedaran pelibatan ibu bapa dalam PPI

JUMLAH KESELURUHAN /10

Page 40: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

40

Bil Aspek Penilaian Markah yang diperoleh

Markah Penuh

1 Pengenalan 3

2 Jalinan Kerjasama 1

3 Pelibatan Ibu Bapa dalam PPI 1

4 Kepentingan Pelibatan Ibu Bapa dalam Membantu PPI

1

5 Peluang dan Cabaran Pelibatan Ibu Bapa dalam PPI

1

6 Sumbangan Profesional Ibu Bapa 2

7 Program Kesedaran PPI 1

JUMLAH SKOR 10

Page 41: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

41

5.2 UJIAN KENDIRI

BAHAGIAN I

Arahan : Sila bulatkan satu sahaja jawapan yang anda pilih sama ada A,B,C atau D

bagi setiap soalan.

1. Jalinan kerjasama dalaman melibatkan pihak berikut dengan Guru Pendidikan

Khas kecuali ________________________.

A. Pentadbir sekolah C. Pembantu Pengurusan Murid

B. Guru Arus Perdana D. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas

2. Antara pihak yang terlibat dalam jalinan kerjasama luaran ialah

A. Murid Arus Perdana C. Pembantu Tadbir sekolah

B. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) D. Pembantu Pengurusan Murid

3. Pelibatan ibu bapa dalam PPI akan menimbulkan kesedaran umum tentang PPI

di sekolah dengan menggalakkan perkongsian idea mengenai

A. disiplin murid Arus Perdana C. pembelajaran murid MBK

B. aktiviti murid arus Perdana D. kepentingan makanan seimbang

4. Pernyataan berikut adalah lebih tepat mengenai peranan Ibu bapa dalam

memberikan kesedaran kepada komuniti bahawa MBK mempunyai hak yang

sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam ________________________ .

A. rumah sahaja C. sekolah sahaja

B. kelas Pendidikan Khas D. persekitaran pembelajaran tanpa halangan

5. Salah satu kepentingan pelibatan ibu bapa dalam kelancaran PPI melalui

____________ iaitu merangkumi pelibatan ibu bapa di dalam PIBG, KSIB,

komuniti dan NGO.

A. saling melengkapi C. usaha kolektif

B. tindakan serta merta D. bersikap positif

Page 42: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

42

6. Keyakinan ibu bapa MBK bahawa anak mereka boleh dididik, mempunyai potensi,

mampu bersaing dan berjaya seperti murid lain yang mengikuti PPI merupakan

faktor ________________ dalam kejayaan PPI.

A. Akademik C. Ekonomi

B. Persepsi D. Sosial

7. Pelaksanaan PPI berkesan sekiranya ibu bapa MBK yang kurang

berkemampuan dari segi kewangan kecuali __________________ .

A. mendapatkan kemudahan fizikal yang mesra OKU

B. jarang mengikuti intervensi

C. mendapatkan rawatan serta terapi

D. menyediakan kemudahan peralatan pembelajaran

8. Faktor penghalang kejayaan PPI, apabila Ibu bapa MBK membataskan pergaulan

MBK dan MAP di dalam kelas inklusif kerana _____________________ .

A. MBK perlu sentiasa dilindungi dan dilayan istimewa

B. MAP kurang memahami tingkah laku MBK yang sensitif dan impulsif

C. Kecacatan dan kekurangan MBK boleh berjangkit

D. murid arus perdana sering membantu MBK

9. Sumbangan profesional ibu bapa dapat dilaksanakan tanpa _______________ .

A. menjadi sukarelawan dalam kelas C. perkongsian kepintaran

B. sumbangan pembangunan prasarana D. memandang serong terhadap MBK

10. Fasiliti mesra OKU yang boleh disediakan di sekolah adalah seperti berikut

kecuali ______________ .

A. susur landai C. susur tangan

B. parkir OKU D. kerusi roda

Page 43: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

43

BAHAGIAN II

Arahan : Sila tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul.

1. Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada :

Pentadbir Sekolah dengan Guru Pendidikan Khas

Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Guru Arus Perdana dengan Guru Pendidikan Khas

Agensi Kerajaan dan syarikat swasta serta komuniti dengan sekolah

Pakar-pakar profesional dengan sekolah

Guru Bimbingan Kaunseling dan Sepenuh Masa (GBKSM)

Pembantu Pengurusan Murid dengan Guru Pendidikan Khas

Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan sekolah

2. MBK yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum melalui PPI dapat

meningkatkan

tahap komunikasi

kemahiran motor

keyakinan diri

kemahiran berfikir secara kritis

layanan yang berbeza

amalan gaya hidup sihat

halangan potensi

jurang antara MBK dan MAP

3. Sikap positif ibu bapa dalam penerimaan PPI dapat mewujudkan _____________

dan _______________ untuk sesi pembelajaran murid.

gangguan emosi

waktu pembelajaran

ruang yang kondusif

salah laku

/10

Page 44: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

44

4. Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa MBK dalam PPI dengan cara :

Ibu bapa MBK menetapkan matlamat dan hala tuju akademik MBK

Ibu bapa MBK terlibat dalam perbincangan mengenai kemajuan

murid

Ibu bapa MBK membawa MBK menjalani intervensi dan terapi

Ibu bapa MBK menjadi suri teladan

Ibu bapa MBK membina jurang komunikasi dengan MBK

Ibu bapa MBK menjadi pembimbing dan pendengar kepada MBK

5. Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa MAP dalam PPI dengan cara :

Ibu bapa MAP memahami pelaksanaan „Pendidikan Untuk Semua‟

Ibu bapa MAP peka terhadap keperluan pendidikan MBK

Ibu bapa MAP menggalakkan amalan nilai kesyukuran kepada MAP

Ibu bapa MAP beranggapan guru akan memberi lebih layanan

kepada MBK berbanding MAP

Ibu bapa MAP mendidik anak-anak mereka memahami MBK dengan

memupuk nilai hormat-menghormati dan menyayangi rakan kelas PPI

Ibu bapa MAP menyokong dan membantu menyediakan kemudahan

fizikal dan fasiliti yang mesra OKU

Ibu bapa MAP menghalang MBK dan MAP melaksanakan aktiviti

kokurikulum

6. Pelibatan ibu bapa sebagai SdK boleh dilaksanakan dengan :

membantu guru dalam pengurusan kelas seperti menceriakan bilik darjah

menjadi fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti

menyediakan bahan bantu mengajar

menggantikan guru apabila guru bercuti

/25

Page 45: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

45

LAMPIRAN

Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan Dalam Kelas

Mula Tindakan

Memaklumkan atau menjelaskan peranan SdK kepada warga sekolah dan ibu bapa

Guru Besar/Pengetua

Memilih SdK berdasarkan tawaran kepakaran dalam bidang masing-masing dan/atau kemahiran ibu bapa/penjaga dan komuniti

Jawatankuasa PIBG

Mengurus setia bagi proses pelaksanaan SdK berdasarkan permohonan guru mata pelajaran mengikut perancangan PdP

Biro KSIB

Memaklumkan pentadbir berkenaan keperluan SdK berdasarkan perancangan pengajaran mereka

Guru Mata Pelajaran

Mengadakan perbincangan dengan SdK berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan

Guru Mata Pelajaran

Menghadiri sesi PdP seperti yang telah dirancang dan dipersetujui bersama-sama guru mata pelajaran

SdK

Mengesahkan kehadiran SdK

Guru Besar/Pengetua

Memastikan semakan semula pelaksanaan SdK

Guru Besar/Pengetua

Memastikan pelaksanaan SdK mematuhi semua Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa

Guru Besar/Pengetua

Tamat

Page 46: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

46

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2015). Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya: Al-Hikmah Sdn. Bhd. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Sarana Ibu Bapa: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan di dalam Kelas. Erhard, R., & Umansky, T. (2005). School counselors’ involevement in the process of inclusion in Israel. International Journal of Disability, Development, & Education, 52(3), 175-194 Guralnick, M. J. (Ed.) (2001). Early childhood inclusion: Focus on change. Baltimore: Brookes. Kail, R.V. (2001). Children and Their Development (2nd ed.).New Jersey: Prantice-Hall. Salend, S. J. (2006). Explaining your inclusion program to families. Teaching

Exceptional Children, 38(4), 6-11.

See Ching Mey (2012). Kepimpinan Guru dalam Program Integrasi Pendidikan Khas: Universiti Sains Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Modul Seminar Kesedaran (Fasa/Kohort 2) Program Pendidikan Inklusif Holistik. Williams, D. L., & Stallworth, J. T. (1984). Parent involvement in education: What a survey reveals. Austin, TX: Southwest Regional Educational Development Laboatory. Yaoying Xu, dan Filler, J. (2008). Family Involvement & Inclusion: Facilitating Family Involvement and Support for Inclusive Education, Vol. (18), No. 2. : The School Community Journal

Page 47: MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAHAN RUJUKAN SEKOLAH... · Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan

MODUL IBU BAPA

47

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, Blok E2,

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

Tel : 603 8884 9190

Faks : 603 8888 6670