hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

39
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A2) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Upload: zauhari-hussein

Post on 20-Jul-2015

254 views

Category:

Education


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

(T1A2)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Page 2: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KRITERIA PENILAIAN 4

2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai 4

2.2 Kriteria Penilai 4

3.0 INSTRUMEN PENILAIAN 5

3.1 Pentadbiran Instrumen 5

3.2 Bahagian A: Maklumat Murid 6-8

3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria 9-14

3.4 Bahagian C : Senarai Semak Penyataan Item 15-21

Dan Penjelasan

4.0 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID 30

BERKEPERLUAN KHAS

4.1 Carta Alir Ujian Penglihatan 30

4.2 Carta Alir Pelaksanaan Ujian Saringan 31

4.3 Carta Alir Prosedur Pengesahan Murid 32

Berkeperluan Khas

5.0 KESIMPULAN 33-34

6.0 BIBLIOGRAFI 35

7.0 LAMPIRAN

Lampiran 7.1 36

Lampiran 7.2 37

Lampiran 7.3 38

Page 3: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3

1.0 PENGENALAN

Umum menyedari bahawa setiap individu perlu memperoleh peluang pendidikan dan

kemahiran agar berupaya mencapai kesejahteraan hidup. Ini bermakna kanak-kanak istimewa

ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka turut diberi pendidikan

sewajarnya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas yang bertunjangkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Mutakhir ini, keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

membela nasib murid-murid berkeperluan khas ini terbukti dengan wujudnya sekolah

Pendidikan Khas yang mempunyai kurikulum yang telah diubah suai daripada kurikulum

biasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teratur dan dinilai

keberkesanannya secara teliti oleh guru-guru terlatih khas dan dilengkapi dengan keperluan

fizikal atau infrastruktur khas yang sesuai. Oleh hal yang demikian, pengesanan perlu

dijalankan untuk menentukan murid-murid tersebut memiliki ciri-ciri murid berkeperluan

khas sekaligus menempatkan mereka ke dalam opsyen persekolahan yang lebih sesuai.

Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut satu set instrumen penilaian dan proses saringan

bagi mengenal pasti atau mengesan dengan tepat tahap kompetensi murid perlu dibangunkan.

Di samping itu saringan juga perlu dijalankan bertujuan untuk mengesan murid yang

berkebarangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memastikan murid

mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS),

NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai

bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Dalam hal

yang berkaitan, murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring

sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran

(IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai

Perubatan dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk

mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen

ini disasarkan kepada kumpulan murid LINUS Tegar, murid Program Pemulihan Khas dan

Page 4: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

4

murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas.

Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam

pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan

membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid. Panduan ini dihasilkan untuk

membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan

murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.

Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya didapati murid

berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama

ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

2.0 KRITERIA PENILAIAN

2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai

Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada enam

bulan;

Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan

mengira;

Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik;

Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan dalam

kelas atau Program Pemulihan Khas

2.2 Kriteria Penilai

Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya

selama enam bulan.

Contoh guru yang boleh menjadi penilai:

i) guru LINUS;

ii) guru kelas;

iii) guru Pemulihan Khas;

Page 5: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

5

iv) guru Bahasa Malaysia;

v) guru Matematik.

3.0 INSTRUMEN PENILAIAN

Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian:

1. Bahagian A : Maklumat Murid

2. Bahagian B : Senarai Semak

i. Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran

ii. Elemen 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan

iii. Elemen 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu

iv. Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis

v. Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor.

3.1 PENTADBIRAN INSTRUMEN

Peralatan yang diperlukan:

Elemen 1 : Tiada

Elemen 2 : Carta Snellen E Penutup mata Kad berbentuk E Pita ukur

Tatacara pengendalian ujian penglihatan

Elemen 3 : Teks bacaan

Binding tape

Contoh aktiviti menyambung titik-titik

Pensel warna

Contoh aktiviti mewarna gambar

Bola (sebesar bolasepak)

Contoh gambar untuk aktiviti bercerita berpandukan gambar

Gunting

Elemen 4 : Contoh perkataan mudah

Elemen 5 : Kad gambar / kiub atau benda-benda yang ada dalam simpanan

guru/sekolah.

Page 6: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

6

3.2 Bahagian A: Maklumat Murid

Bahagian ini mengandungi item-item tentang maklumat murid dan perlu diisi oleh guru atau

penilai.

Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.

1. Nama murid :

2. Jantina : 3. Etnik :

Lelaki

Perempuan

4. Adakah murid ini mempunyai masalah fizikal

Ya

Tidak

Jika ‘Ya’, nyatakan : ________________

5. Tarikh Lahir : _________________ 6. No. KP/Sijil Lahir: ________________

7. Tahun persekolahan semasa: 8. Murid mengikuti program :

Tahun Nama Kelas

1

2

3

4

5

6

9. Kategori LINUS Tegar:

Literasi

Numerasi

Literasi dan Numerasi

Melayu

Cina

India

Bumiputra Sabah

Bumiputra Sarawak

Bumiputra Orang Asli

Lain-lain

YA TIDAK

Prasekolah/Tadika

LINUS

Pemulihan Khas

Page 7: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

7

10. Kedatangan ke sekolah :

Baik (> 90%)

Memuaskan (70-89 %)

Sederhana (50-69%)

Lemah (0-49%)

11. Keputusan Ujian Akhir Tahun :

A B C D E

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Kemahiran Hidup

Pend. Islam/Moral

P.Jasmani & Kesihatan

Muzik

12. Pendapatan ibubapa/penjaga

Sebulan

>RM5000

RM4000 – RM5000

RM3000 – RM4000

RM2000 – RM3000

RM1000 – RM2000

<RM1000

13. Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa (tandakan / pada petak yang berkaitan):

14. Sejarah Kesihatan Murid :

Penyakit Kronik Ada Tidak

Lelah

Asma

Masalah Jantung

Leukimia

Sijil

Diploma

Ijazah

Phd

Lain-lain:

Nyatakan

Page 8: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

8

15. Nama Sekolah :

16. Lokasi Sekolah : 17. Negeri : 18. Jenis Sekolah

Bandar Perlis SK

Luar Bandar Kedah SJKC

Pulau Pinang SJKT

Perak SKM

19. Daerah ______________

Selangor

WP Kuala

Lumpur

Negeri Sembilan

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sarawak

Sabah

WP Labuan

WP Putrajaya

20. Kategori Tegar : 21. Gred Sekolah

Literasi A

Numerasi B

C

Nama Penilai :

Tarikh : Tanda Tangan Penilai :

Page 9: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

9

3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria

Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.

ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran

Ya Tidak

1. Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi

1

2. Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar

2

3. Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar

3

ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan

Ya Tidak

4. Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca

4

5. Bacaan Ujian Snellen E 5

i. Mata kiri 6/9 atau lebih

ii. Mata kanan 6/9 atau lebih

6

ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu

Ya Tidak

6. Murid mempunyai masalah dalam bertutur.

7

7. Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami.

8

8. Murid mengalami masalah tingkahlaku 9

Page 10: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

10

9. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat

10

10. Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan di atas garisan lurus.

11

11. Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas.

12

12. Murid tidak boleh menyambung titik-titik.

13

13. Murid memerlukan bantuan ketika makan.

14

14. Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar.

15

15. Murid keliru dengan konsep arah.

i. Kanan atau kiri

16

ii. ii. Atas atau bawah

17

iii. Depan atau belakang

18

16. Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan.

19

17. Murid sering gopoh semasa bertindak.

20

18. Murid sering cuai dalam pergerakan.

21

19. Murid sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan. 22

20. Murid sukar menyambut bola besar dalam jarak satu meter.

23

21. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang

disediakan.

24

Page 11: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

11

22. Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran.

25

23. Murid mempunyai masalah rendah diri.

26

24. Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) ketika berkomunikasi.

27

25. Murid sukar mengikut arahan mudah.

28

26. Murid bermasalah menamakan objek.

29

27. Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid tidak setanding dengan rakan sebaya.

30

28. Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan

betul

31

Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis

A. Mengeja

Ya Tidak

29. Murid sukar mengeja perkataan mudah.

32

30. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal.

33

31. Murid kerap melakukan kesalahan; i. Menyusun abjad dalam perkataan

34

ii. Menggabung suku kata secara terbalik

35

32. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir

sama dalam suku kata.

36

Page 12: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

12

B. Membaca

Ya Tidak

33. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya.

37

34. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah;

i. menggugurkan perkataan;

38

ii. menambah perkataan pada bacaannya

39

iii. melangkau baris

40

iv. menggantikan perkataan

41

C. Menulis

Ya Tidak

35. Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. 42

36. Tulisan murid sukar dibaca

43

37. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya.

44

38.

Murid menulis secara terbalik; i. abjad-abjad tertentu

45

ii. perkataan.

46

ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor

Ya Tidak

39. Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan 47

Page 13: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

13

sedikit.

40. Murid tidak boleh membezakan saiz.

48

41. Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9.

49

42. Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10 secara lisan.

50

43. Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9.

51

PEMARKAHAN BAHAGIAN B

Lengkapkan skor mengikut Elemen dan buat rumusan di bahagian catatan.

HURAIAN

SKOR

(Jumlah

‘Ya’)

CATATAN

( @ X)

ELEMEN 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran

Berkemungkinan ada masalah

pendengaran

Ada masalah pendengaran sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-kurangnya 1.

Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Audiologis @ Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

ELEMEN 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan

Berkemungkinan ada masalah

penglihatan

Ada masalah penglihatan sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-kurangnya 1.

Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Page 14: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

14

ELEMEN 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas

perkembangan individu.

Berkemungkinan

mempunyai ciri berkeperluan

khas

Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 21.

ELEMEN 4 : Tahap penguasaan mengeja, membaca

dan menulis

Berkemungkinan

mempunyai ciri berkeperluan

khas

Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 6.

ELEMEN 5 : Tahap penguasaan nombor

Berkemungkinan

mempunyai ciri berkeperluan khas

Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 2.

Jika semua /@ ketiga-tiga elemen 3,4 dan 5 ditanda ‘ ‘, murid perlu dirujuk kepada Pengamal

Perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

RUMUSAN (Diisi oleh Penilai)

Murid berkemungkinan:

i) tidak mempunyai ciri berkeperluan khas

ii) mempunyai ciri berkeperluan khas.

Tandatangan Penilai :

Nama :

Tarikh :

Disahkan oleh:

……………………………....

(GURU BESAR )

Cop sekolah :

Page 15: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

15

3.4 Bahagian C: Senarai Semak Penyataan Item Dan Penjelasan

Bahagian ini terdiri daripada lima elemen dan 52 item.

Elemen 1: Tanda-tanda Masalah Pendengaran

Item Pernyataan Item Penjelasan

1 Murid tidak boleh bertindak

balas terhadap bunyi.

Murid tidak bertindak balas kepada bunyi yang dibuat

dalam jarak satu meter.

Contoh:

- guru mengetuk pintu tanpa dilihat oleh murid.

- murid berpaling apabila nama dipanggil.

2 Murid tidak boleh mengajuk

bunyi yang didengar.

Murid yang mempunyai masalah pendengaran boleh

membaca gerak bibir. Oleh itu, guru perlu mengelakkan

murid daripada melihat gerak bibir semasa membuat

bunyi. Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru.

Contoh: bunyi ayam berkokok

3 Murid tidak boleh menunjuk

arah bunyi yang didengar.

Guru memberi soalan secara berbisik dari arah

belakang (kiri dan kanan) murid. Murid memberi

respon kepada soalan.

Elemen 2: Tanda-tanda Masalah Penglihatan

Item Pernyataan Item Penjelasan

4 Murid merapatkan buku ke

muka ketika membaca.

Guru memerhati jarak di antara buku dan muka murid ketika membaca. Jarak membaca yang ideal adalah 33cm (1 kaki).

5 Bacaan Ujian ‘Snellen Eye ‘.

i) Mata kiri 6/9 atau lebih. - rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman

Penglihatan menggunakan Snellen-E.

Page 16: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

16

ii) Mata kanan 6/9 atau

lebih.

- rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman

Penglihatan menggunakan Snellen-E.

Elemen 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu

Item Pernyataan Item Penjelasan

6 Murid mempunyai masalah

dalam bertutur.

Pertuturan murid tidak lancar ketika berbual /

berkomunikasi dengan rakan atau guru.

Contoh: lambat mengeluarkan perkataan / tersekat-

sekat seolah-olah sukar mencari perkataan yang

sesuai.

7 Murid tidak boleh menjawab

secara lisan soalan kefahaman

daripada bahan yang

diperdengarkan dalam bahasa

yang difahami.

Berdasarkan penilaian guru,murid tidak boleh

menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada

bahan yang diperdengarkan. Soalan boleh diberi dalam

Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris / bahasa ibunda

masing-masing. Contoh teks adalah seperti di

Lampiran 2.

8 Murid mengalami masalah

tingkah laku.

Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif

berulang-ulang seperti:

(i) Sering membuat bising yang mengganggu (cth:

mengetuk meja).

(ii) Mengoyak buku tanpa sebab.

(iii) Mengganggu kawan semasa belajar

(iv) Tidak melibatkan diri dalam pembelajaran

9 Murid mempunyai daya

tumpuan yang singkat.

Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam

sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti

terlalu singkat)

10 Murid tidak boleh

mengimbangi diri apabila

berjalan di atas garisan lurus.

Murid berjalan di atas garisan lurus (binding tape)

sepanjang 5 meter di atas lantai. Guru memerhatikan

cara murid itu berjalan untuk melihat sama ada dia

boleh mengimbangkan diri dengan baik di atas binding

tape.

11 Murid menghadapi kesukaran Murid mempunyai masalah dalam penggunaan gunting

Page 17: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

17

menggunting kertas. ketika menggunting kertas.

12 Murid tidak boleh

menyambung titik-titik.

Murid tidak boleh menyambung titik-titik dengan baik.

Contoh: murid tidak boleh menyambung titik-titik untuk

melengkapkan gambar (Lampiran 3).

13

Murid memerlukan bantuan

ketika makan.

Murid memerlukan bantuan orang lain ketika makan –

tidak boleh makan dengan sendiri.

14 Murid tidak boleh bercerita

berpandukan gambar.

Murid tidak boleh bercerita menggunakan perkataan

sendiri berpandukan gambar yang ditunjukkan. Murid

boleh menggunakan bahasa yang mereka fahami

(Lampiran 4).

15 Murid keliru dengan konsep

arah.

Murid tidak dapat menentukan arah yang dinyatakan.

(i) kanan atau kiri Contoh: angkat tangan kanan atau kiri

(ii) atas atau bawah Contoh: guru mengarah murid meletakkan benda di

atas atau di bawah meja.

(iii) depan atau belakang

Contoh: murid menyatakan benda yang terdapat di

depan dan dibelakang mereka.

16 Murid menghadapi masalah

dengan konsep turutan.

Murid tidak boleh menyatakan salah satu konsep

turutan di bawah:

(i) Turutan nombor

(ii) Turutan abjad

(iii) Nama hari dalam seminggu

17 Murid sering gopoh semasa

bertindak.

Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa

menjalankan sesuatu aktiviti.

18 Murid sering cuai semasa

bertindak.

Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan

(cemerkap).

Contoh:

(i) Apabila berjalan kerap terlanggar sesuatu di

persekitiran.

(ii) Kerap menjatuhkan barang.

19 Murid tidak boleh Berdasarkan pemerhatian guru, murid tidak boleh

Page 18: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

18

menyesuaikan diri dalam

pergaulan.

menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sering

menjauhkan diri dari rakan dan suka bersendiri.

20 Murid tidak boleh menyambut

bola besar dalam jarak satu

meter.

Murid tidak boleh menyambut bola yang dibaling oleh

guru dalam jarak satu meter. Saiz bola adalah sebesar

saiz bola sepak.

21

Murid tidak boleh mewarna

dalam ruang yang disediakan.

Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang

disediakan, sama ada bentuk atau gambar rajah

(Lampiran 5).

22 Murid tidak boleh berinteraksi

dengan rakan-rakan mengenai

perkara-perkara semasa di

persekitaran.

Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berkeupayaan

berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai perkara-

perkara semasa yang berlaku di persekitaran mereka.

Contoh: bercerita tentang watak-watak di televisyen

dan buku cerita.

23 Murid mempunyai masalah

rendah diri

Murid malu untuk melakukan sesuatu kerana

menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan

atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya.

24 Murid tidak mempunyai

hubungan mata (eye contact)

ketika berkomunikasi

Murid tidak memandang mata guru / rakan ketika

berkomunikasi.

25 Murid tidak boleh mengikut

arahan mudah

Murid tidak memberi tindak balas atas arahan yang

diberi.

Contoh: angkat tangan, tutup pintu

26 Murid bermasalah

menamakan objek.

Murid menghadapi masalah menamakan objek di

persekitaran bilik darjah. Contoh: papan tulis,

pembaris

27 Kebolehan lisan dalam bahasa

yang difahami murid tidak

setanding dengan rakan

sebaya.

Berdasarkan pemerhatian guru , murid ketinggalan

dalam berkomunikasi secara lisan jika dibanding

dengan rakan sebaya.

28 Murid menghadapi kesukaran

memakai kasut dengan betul.

Melalui pemerhatian guru, murid sering memakai kasut

secara terbalik/ tidak boleh mengikat tali kasut /

Page 19: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

19

memakai kasut di hujung tapak kaki sahaja.

Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis.

Item Pernyataan Item Penjelasan

A. Mengeja

29 Murid sukar mengeja perkataan mudah

Contoh perkataan ialah nama sendiri, bola dan ayam (Lampiran 6)

30 Murid sering mengeja

perkataan yang tiada langsung

kaitan makna dengan

perkataan asal.

Sering mengeja perkataan yang tidak ada langsung

kaitan makna dengan perkataan asal.

Contoh perkataan:

batu buta

Sama masa

31 Murid kerap melakukan

kesalahan

i) menyusun abjad

dalam perkataan

(i) menyusun abjad dalam perkataan.

Contoh perkataan:

nasi sain

Dalam dalma

ii) menggabungkan suku

kata secara terbalik

(ii) menggabung sukukata secara terbalik.

Contoh perkataan:

ibu Ubi

tisu Tusi

32 Murid keliru membezakan

bunyi abjad yang hampir

sama dalam suku kata.

Contoh perkataan:

dapat padat pat dat

kakak katak kak tak

B. Membaca

33 Murid ketinggalan dalam

kebolehan membaca

Melalui pemerhatian atau maklumat dari guru lain / ibu

bapa, kebolehan membaca murid jauh ketinggalan jika

Page 20: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

20

berbanding rakan sebaya. dibanding dengan rakan sebaya. Rakan sebaya

bermaksud murid-murid normal yang sama umur.

34 Kesalahan yang kerap

dilakukan oleh murid semasa

membaca ialah

i. Menggugurkan perkataan. Contoh: Saya makan nasi goreng semalam.

Saya makan nasi semalam. (gugur perkataan goreng)

ii. Menambah perkataan

pada bacaannya.

Contoh: Dia ada seekor kucing.

Dia ada seekor kucing jantan.

(Tambah perkataan jantan)

iii. Melangkau baris.

Contoh: Saya ada seekor itik jantan. Warnanya putih.

Itik saya suka berenang.

(tertinggal baris kedua semasa membaca).

iv. Menggantikan perkataan.

Contoh: Saya perigi ke taman. (pergi perigi)

C. Menulis

35 Murid sukar menyalin

maklumat dari papan tulis.

Melalui pemerhatian guru, murid samada lambat, salah

atau langsung tidak boleh menyalin maklumat yang

ditulis di papan tulis

36 Tulisan murid sukar dibaca. Melalui semakan buku tulis murid, huruf /abjad yang

ditulis tidak jelas bentuknya, bercampur huruf besar

dan kecil, terlalu rapat di antara satu perkataan dengan

perkataan yang lain.

37 Murid menulis lambat

berbanding dengan rakan

sebaya.

Murid lambat menyiapkan kerja bertulis jika dibanding

dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Rakan sebaya

bermaksud rakan yang normal yang sama umur.

38 Murid menulis secara

terbalik.

i. Abjad-abjad tertentu Contoh:

p q u n

Page 21: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

21

m w b d

ii. Perkataan

Contoh:

tanam taman

batu buta

masa sama

Elemen 5: Tahap penguasaan nombor

Item Pernyataan Item Penjelasan

39 Murid tidak boleh

membezakan konsep banyak

dan sedikit.

Murid tidak boleh menunjukkan himpunan yang

banyak dan sedikit pada kad gambar / objek sebenar

yang ditunjukkan.

40 Murid tidak boleh

membezakan saiz.

Murid tidak boleh mengasingkan / membandingkan

benda mengikut saiz kecil dan besar / panjang dan

pendek.

41 Murid tidak boleh mengenal

angka 0 hingga 9.

Murid tidak boleh menyebut angka yang ditunjukkan

pada kad (secara rawak).

42 Murid tidak boleh membilang

angka dalam lingkungan 10

secara lisan.

Murid tidak boleh membilang satu-satu angka dalam

lingkungan 10 mengikut turutan.

43 Murid tidak boleh menulis

angka 0 hingga 9.

Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9 yang

disebut oleh guru secara rawak.

PEMARKAHAN

Borang pemarkahan disediakan pada Lampiran 1 dalam Instrumen Pengesanan Murid

Bermasalah Dalam Pembelajaran hendaklah dilengkapkan oleh guru / penilai mengikut

arahan yang diberikan.

Page 22: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

22

UNTUK SOALAN 6

UJIAN PENGLIHATAN UNTUK SARINGAN MURID BERMASALAH

DALAM PEMBELAJARAN

PERALATAN BAGI UJIAN SNELLEN ”E”

1. Tempat pemeriksaan yang mempunyai pencahayaan yang terang. Sekiranya pencahayaan

dalam bilik kurang baik, lakukan ujian di luar bilik darjah.

2. Pita pengukur

3. Carta Snellen ”E”

4. Penutup mata/ occluder (elak menggunakan tangan untuk menutup mata)

5. Kad bentuk “E”

LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGLIHATAN

1. Tampal carta ‘E’ pada dinding. Pastikan kedudukan Carta Snellen separas dengan mata

murid.

5

4

3

Page 23: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

23

2. Buat garisan di lantai pada jarak 6 meter dari Carta Snellen.

3. Murid berdiri pada garisan tersebut seperti ditunjukkan pada Gambar 1.

Gambar 1

4. Uji mata kanan dahulu,

5. Minta murid tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata

dengan tangan kiri.

Gambar 2

6. Minta murid memegang kad bentuk ‘E” di tangan kanan seperti contoh ditunjukkan

dalam Gambar 2.

7. Guru memberi penerangan cara menggunakan kad “E” semasa ujian dilaksanakan. Murid

perlu memusing kad ‘E” mengikut bentuk ‘E’ yang terdapat di Carta Snellen “E”.

8. Penilai berdiri di sebelah Carta Snellen ‘E’ seperti pada Gambar 4.

Page 24: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

24

Nota untuk guru:

Beri masa bagi murid.

Guru tidak boleh memberi tunjuk ajar arah kad “E” kepada murid semasa

ujian sedang dilaksanakan.

Jangan buat pembetulan sekiranya arah yang ditunjuk oleh murid salah.

9. Penilai mula menjalankan ujian penglihatan dengan meminta murid membaca carta pada

barisan 9 (barisan dengan nombor 9 di Carta Snellen ‘E’). Terdapat 6 huruf “E” pada

barisan 9. Arah murid memusingkan kad “E” seperti yang ditunjukkan pada carta.

Gambar 4

10. Perhatikan tindakbalas murid. Murid perlu memusingkan kad “E” mengikut arah

nombor “E” yang yang ditunjukkan oleh guru atas Carta Snellen E.

7. Ulangi langkah bagi setiap huruf “E” yang terdapat di barisan 9.

8. Sekiranya murid tidak boleh mengecam lebih separuh huruf “E” di barisan 9 ( lebih dari

4), berhenti ujian.

9. Ulangi setiap langkah bagi mata kiri.

Page 25: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

25

KEPUTUSAN UJIAN

1. Sekiranya murid boleh mengecam sekurang-kurangnya 4 huruf ”E” pada barisan 9,

bacaan adalah kurang 6/9.

2. Sekiranya murid gagal mengecam lebih 4 atau lebih huruf ”E” pada barisan 9, bacaan

adalah lebih 6/9.

3. Keputusan ujian mesti dibuat untuk mata kiri dan kanan.

4. Rujuk murid untuk pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan ujian snellen ”E” pada salah

satu atau kedua-dua mata melebihi 6/9

Contoh Teks Bacaan Bagi Soalan 7

Lina ada kucing.

Nama kucing Lina Tompok.

Tompok suka makan ikan.

Tompok tidur bawah meja.

Soalan :

1. Lina ada apa?

2. Apa nama kucing Lina?

3. Tompok suka makan apa?

4. Tompok tidur di mana?

Page 26: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

26

Contoh Aktiviti Menyambung Titik-Titik Bagi Soalan 12

Page 27: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

27

Contoh Aktiviti Mewarna Gambar Untuk Soalan 14

Page 28: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

28

Contoh Aktiviti Bercerita Berpandukan Gambar Untuk Soalan 21

Page 29: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

29

Contoh Perkataan Mudah Bagi Soalan 29

Api

Buku

Bakul

Cermin

Page 30: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

30

4.1 CARTA ALIR UJIAN PENGLIHATAN

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Ya

Pastikan tempat pemeriksaan mempunyai pencahayaan yang terang

Pelajar berdiri pada jarak 6 meter dari carta Snellen

i. Uji mata kanan dahulu (tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata

ii . Ulangi langkah di atas pada mata kiri.

Lekat Carta Snellen “E” di dinding

Boleh baca lebih dari

4 /semua huruf “E”

pada barisan 9 meter

Tidak

Pelajar membaca arah nombor setiap huruf ”E” pada barisan 9 meter

Bacaan lebih 6/9 Bacaan kurang 6/9

Rujuk klinik kesihatan

untuk pengesahan

Ukur jarak 6 meter dari carta snellen

Page 31: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

31

4.2 CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIANSARINGAN

TIDAK MELEPASI

MELEPASI

DISAHKAN

TIDAK DISAHKAN

SARINGAN

PENGESANAN

MURID LINUS

TEGAR

PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM

PEMULIHAN KHAS

PEMERIKSAAN

PENGAMAL

PERUBATAN

Page 32: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

32

4.3 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

1. Mula

2. Murid LINUS Tegar menjalani saringan menggunakan Instrume Pengesanan Murid

Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru

membuat rumusan berasaskan skor yang dibuat pada instrumen. Jika melepasi saringan, murid

mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, murid akan ke proses (3).

3. Pihak sekolah menghantar data murid yang tidak melepasi saringan ini kepada PPD

4. PPD menghubungi pihak hospital untuk menyerahkan data murid yang telah diselaraskan dan

berbincang mengenai tarikh pemeriksaan oleh pegawai perubatan.

5. Klinik Kesihatan Daerah menyelaras tarikh temu janji murid dengan pegawai

perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD

6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah.

7. Sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji murid dengan

pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan.

8. Ibu bapa/penjaga membawa anak/anak di bawah jagaannya untuk pemeriksaan

pada tarikh dan masa di klinik/hospital yang telah ditetapkan dan membawa

bersama keputusan IPMBDP, ISD, surat BPKh01 serta BPKh02

9.Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada

ibu bapa/penjaga.

10.Ibu bapa/penjaga wajib memanjangkan keputusan pengesahan pegawai

perubatan kepada pihak sekolah

11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan murid sebagai murid pendidikan

khas oleh pegawai perubatan kepada PPD untuk dibuat penempatan ke kelas

pendidikan khas yang ditentukan oleh PPD. Murid yang bukan pendidkan khas akan

dihantar ke Program Pemulihan Khas.

12. Tamat

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

1

12

Page 33: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

33

5.0 KESIMPULAN

Kriteria Penilaian meliputi kriteria murid yang dinilai dan penilai yang terdiri daripada guru

LINUS, guru kelas, guru Pemulihan Khas, guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik.

Tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian maklumat murid dan senarai semak

terhadap lima elemen iaitu tanda-tanda masalah pendengaran, penglihatan, tahap penguasaan

kemahiran asas perkembangan individu, tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis

serta tahap penguasaan nombor. Untuk menjalankan pengesanan yang boleh disahkan dan

bermakna, beberapa peralatan perlu digunakan seperti Carta Snellen E, Penutup mata Kad

berbentuk E, Pita ukur, teks bacaan, kad gambar atau kiub dan sebagainya. Murid LINUS Tegar

menjalani ujian saringan menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran

dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) berdasarkan kelima-lima elemen tersebut. Keputusan yang

terhasil berasaskan skor pemarkahan yang dibuat oleh guru akan menempatkan murid ke opsyen yang

sesuai. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, peranan

pengamal perubatan pula akan memeriksa murid berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada murid

tersebut harus ditempatkan di sekolah pendidikan khas atau tidak. Sekiranya murid disahkan memiliki ciri-

ciri berkeperluan khas maka ia perlu di tempatkan di Sekolah Pendidikan Khas tetapi jika tidak disahkan

maka murid itu hendaklah mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan khas.

Realitinya, Program Pendidikan Khas khususnya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

(PKBP) di negara ini masih berada dalam fasa perkembangan dan pemurnian

perlaksanaannya. Masih terdapat perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Segelintir

manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir.

Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP

bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah

lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi

layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas

kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila

murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam yang mana ia akan menjatuhkan graf

peperiksaan awam sekolah. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah

Page 34: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

34

adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan

khas. Sebagai alternatif untuk menangani isu ini, program pendedahan Pogram Pendidikan

Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perlu diwujudkan di kalangan

semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini

dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas terutamanya

Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan

penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog di antara

guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara

berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada

penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini. Dari aspek sokongan PIBG khususnya

di kalangan ibu bapa, tahap kesedaran mereka semakin meningkat terhadap keperluan kanak-

kanak berkeperluan khas.

Mujur dengan Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) j memperlihatkan

kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan

antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan

mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha

membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah

Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah

Pendidikan Khas terutamnya PKBP, sesuatu yang perlu dipandang positif selain daripada

memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga

memperlihatkan tahap kesedaran ibu bapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap

keperluan pendidikan di kalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan

pihak berwajib.

( 4800 patah perkataan )

Page 35: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

35

6.0 BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen

Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011). Instrumen

Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar)

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program

Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan

Khas.

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu- isu-pendidikan-khas.html

http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan

%20.pdf

http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-

berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html

http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%

20murid%20OKU%20LINUS.pdf

http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-

PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf

Page 36: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

36

7.0 LAMPIRAN

Lampiran 7.1

CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK SEKOLAH KEPADA IBU BAPA /

PENJAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS

No.Rujukan:

Tarikh:

Kepada:

(Nama ibu bapa/penjaga)____

(Alamat)__________________

Tuan,

RUJUKAN MURID UNTUK PEMERIKSAAN LANJUTAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan skor daripada Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

Pembelajaran, dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ______________________

No. MyKid/Sijil Lahir ___________________ dari kelas __________dicadangkan supaya

menjalani pemeriksaan lanjutan oleh Pengamal Perubatan.

3. Bersama ini dilampirkan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

Pembelajaran yang telah dilengkapkan oleh guru untuk dibawa bersama semasa merujuk

kepada Pengamal Perubatan.

4. Kerjasama pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________

(NAMA GURU BESAR)

(COP JAWATAN DAN SEKOLAH)

Page 37: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

37

Lampiran 7.2

BPKh 01

Nama Ibu bapa / Penjaga:

Alamat:

No. Telefon:

__________________________________________________________________________

Rujukan: Tarikh:

Guru Besar,

Sekolah................................................

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK

Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.

2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya

dengan rela hati dan secara ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan

saya........................................................... No. Sijil Kelahiran............................. tahun

................menjalani pemeriksaan perubatan.

3. Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan

undang-undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham

bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan

saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

,.......................................

Nama Ibu bapa/penjaga:

Page 38: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

38

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:

Lampiran 7.3

BPKh 02

Guru Besar

Sekolah …………………………………………

___________________________________________________________________________

Rujukan sekolah :

Tarikh:

Pegawai Perubatan,

Hospital / Klinik.........................................

Tuan,

PEMERIKSAAN PERUBATAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi

mendapatkan kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan ke atas pembawa surat ini

iaitu............................................................... No. Sijil Kelahiran ............................... Tahun

..........................

3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat

dikembalikan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.............................................

Page 39: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

39

Guru Besar

s.k. PPD.

Ibu bapa/ penjaga