epic inklusif 13

Upload: east-smile

Post on 31-Oct-2015

326 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

epic

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAJANUARI 2013HBEF 3503PENDIDIKAN INKLUSIFNO. MATRIKULASI

:

NO. KAD PENGENALAN:

NO. TELEFON

:

E-MEL

: PUSAT PEMBELAJARAN: KERTAS KONSEPPELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAHMUQADIMAH Peningkatan pencapaian ini sedikit sebanyak adalah impak daripada Program Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010, (Kementerian pelajaran Malaysia 2008). Program pelaksanaan PIPP masih relevan dalam konteks pendidikan masa kini yang sentiasa dinamik. Begitu juga dengan aspek penambahbaikan yang perlu dibuat dalam konteks penyesuaian kepada dasar-dasar Pendidikan Untuk Semua yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Dua pendekatan yang digunakan dalam merealisasikan PIPP, iaitu menyamaratakan peluang pendidikan kepada semua dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang mana kedua- duanya sememangnya selaras dengan hala tuju dan aspirasi kerajaan masa kini.Program PIPP ini, ia memberi implikasi bahawa untuk pendidikan inklusif menjadi lebih efektif, semua pelajar mestilah menjadi anggota yang aktif, diterima dan terlibat dalam kalangan sekolah dan komuniti perdana (Zalizan, 2009b).

Justeru itu wujud keperluan tahap pelaksanaan program pendidikan inklusif di negara ini perlu dinilai dengan menggunakan sesuatu indikator untuk melihat sejauhmana kualiti pendidikan inklusif ini dilaksanakan di negara ini. Sehubungan itu, kajian ini bercadang untuk menilai kualiti pendidikan inklusif di negara ini berasaskan indikator amalan terbaik pendidikan inklusif yang dibina melalui adaptasi dan disesuaikan mengikut budaya negara ini daripada beberapa dokumen dan indikator yang terdapat di dalam dan luar negara. Keseluruhannya usaha-usaha ini adalah bermatlamat untuk menambah baik amalan pendidikan dan pencapaian bagi populasi murid yang semakin berkepelbagaian (Smith, 2003).Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian:

Kebolehan kognitif;

Tingkah laku sosial;

Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan;

Penguasaan membaca;

Kemahiran matematik.

Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan. Secara umum, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk bermasalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran.

Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan:

Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa.Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994).

Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together.

Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities.INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid berkeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana.Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana.Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka.Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras.2.0. LATAR BELAKANG Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan KhasDalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya.Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan: Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.

Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas

Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

Jabatan Pendidikan KhasSebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas.

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas.

Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.(b) Bahagian Pengurusan SekolahBertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.

(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).(d) Unit Pengurusan

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah penglihatan.

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut, Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut: Pendidikan Masalah Penglihatan

1926Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka

1931SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

1962Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,diperkenalkan

1963Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, SetapakPengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-QuranPenubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran

1954Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

1954Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolahrendah dan sekolah menengah biasa yang dipilihPermulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

1985Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif

1962Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatandimulakan

1988Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), KualaLumpur

1994Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi

diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara (Sabilah, 2006).

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan

Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira

perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil

satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk

belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut:

a) Intelek

b) Rohani

c) Jasmani

d) Emosi

e) Sosial

f) Bakat

g) Nilai-nilai moral

h) Estetika

(Mohd Najib, 2006)Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK

di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di

bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk

golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut;

a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik

2. Intervensi awal

c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal

2. Intervensi awal

d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak- kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan

kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad, 2010).(Sej. Inklusif)3.0. RASIONALProgram Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana.

Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan:

* perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

* peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan

kanak-kanak lain.

* pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

* pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

* peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

* menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa

dengan kanak-kanak lain.Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks

definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta

terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori

KBK dalam setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam

aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :

i. fizikal (cacat anggota)

ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)

iv. penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010).4.0. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

5.0. OBJEKTIF PENUBUHANKanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).* Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.

* Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan Khas ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan kecacatan.

*Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir

3.2 Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua, guru besar dan guru.

3.3 Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik.

3.4 Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing.

3.5 Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara.

3.6 Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas.

Objektif kpm

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid berkeperluan khas

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid berkeperluan khas

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas

Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas6.0. SASARAN

Memang sukar untuk menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran

kerana terdapat beribu-ribu kombinasi masalah kognitif dan sosio-emosi yang

dihadapi oleh kanak-kanak ini (Mercer, 1997). Bagaimana pun, adalah penting

untuk guru mengetahui ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran kerana dia

perlu mengatur intervensi yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini

ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran; iaitu,

masalah membaca, masalah menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial

dan masalah tingkah laku.Masalah Membaca

Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak

bermasalah pembelajaran. Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah

pembelajaran menghadapi masalah membaca (Lerner, 2000; Lynmoat, 1997).

Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenal

pasti perkataan kurang dan kesukaran membaca secara lisan. Oleh kerana pelajar

ini menghadapi masalah membaca, ramai di antara pelajar gagal di sekolah.

Kegagalan ini telah penyumbang kepada pengurangan harga-diri (self-esteem)

dan keyakinan diri (self-eficacy).

Menurut Torgensen and Wagner (1998), masalah pembacaan yang paling ketara

ialah kesukaran pelajar mendekod perkataan dan kurang kesedaran fonologi

iaitu kekurangan kefahaman terhadap peraturan yang mengawal kesamaan

antara bunyi sebenar dan huruf-huruf tertentu yang membina perkataan

(Raskind, 2001). Contohnya, sesetengah pelajar tidak memahami iaitu, perkataan kuching terdiri daripada beberapa huruf dan gagal mengaitkan bunyi dengan

huruf. Kesukaran mendekod menyumbang kepada masalah membaca.

Disleksia

Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah Disleksia

(

Dyslexia). Kanak-kanak disleksia mengalami masalah dan terdiri daripada

mereka yang gagal untuk mengecam dan faham perkataan. Berikut ini ialah

beberapa ciri pelajar disleksia:

Sukar mengaitkan huruf atau perkataan dengan bunyinya

Lebih minat merujuk kepada gambar dan bukan kepada perkataan yang

berkaitan

Cuba meneka maksud perkataan dengan melihat gambar

Huruf, perkataan dan nombor ditulis terbalik; contohnya b ditulis sebagai

d.

Sukar membezakan antara pelbagai bunyi yang didengar

Kecelaruan dengan manakah kanan dan manakah kiri

Kerap melangkau baris ketika membaca

Mudah lupa perkataanbaru yang dipelajari

Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca. Pemahaman

memerlukan sesorang itu mentafsir frasa, ayat dan perenggan. Pelajar

bermasalah pembelajaran yang berada pada peringkat mengenal pasti perkataan

sudah tahap pemahamannya tidak setanding dengan tahap pemahaman pelajar

normal atau biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran akan menghabiskan masa

mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat membaca dengan fasih dan

lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan menjadi kabur.

4.2.2 Masalah Menulis

Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis.

Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke

dalam sistem simbol. (Smith 1998). Berikut ialah beberapa masalah kemahiran

menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran:

(i) Kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan;

(ii) Menulis huruf yang berlainan saiz;

(iii) Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang di antara huruf;

(iv) Kelemahan dalam ejaan (meninggalkan atau menambahkan huruf-huruf

tertentu);

(v) Kesukaran mengaitkan gambar dengan perkataan;

(vi) Tidak menggunakan tatabahasa yang betul;

(vii) Organisasi perenggan yang tidak teratur;

(viii) Penjanaan idea yang tidak matang; dan

(ix) Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran

adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau

biasa. Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran

boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar

yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Masalah Matematik

Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah

pembelajaran menghadapi kesukaran matematik (Rivera, 1997). Diskalkulia

(dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi

ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya dikalkulia

bermakna ketikupayaan untuk mengira. Berikut ialah beberapa masalah

matematik di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran:

(i) Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab

(ii) Kesukaran menyelesai masalah matematik bentuk ayat atau bahasa

(iii) Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa

kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang

salah secara konsisten.

(iv) Kesukaran mengingat kembali fakta (mengingat semula fakta lebih

perlahan berbanding pelajar biasa)

(v) Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau

pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.

4.2.4 Masalah Interaksi Sosial

Setelah mengkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness (1996)

membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran

menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai

kemahiran sosial yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan

oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang

mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka

tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta

mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak

mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta

tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin

disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain.

Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti

orang lain. Kompetensi sosial yang rendah di kalangan pelajar bermasalah

adalah rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi sosial di

sekitar mereka (lihat Rajah 4.2). Contohnya, mereka mereka tidak faham apa

yang mereka harus lakukan untuk mempengaruhi orang lain, apa orang lain

ingin mereka buat dan bagaimana orang lain melihat mereka.

Masalah Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempamerkan masalah tingkah

laku. Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah pembelajaran

mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif,

telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan

sebagainya (Kirk 1997; Torgese & Litcht, 1983). Istilah yang sering digunakan

untuk membincangkan situasi ini ialah Masalah Kurang Tumpuan (Attention

Deficit Disorder, ADD) yang telah disemak semula dan kini dipanggil Masalah

Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder,

ADHD) pada tahun 2000 oleh Persatuan Psikitari Amerika (The American

Phychiatric Association). Masalah ini lebih ketara di kalangan pelajar lelaki

berbanding dengan perempuan.

Sudah tentu tingkah laku kurang tumpuan yang dipamerkan akan memberikan

kesan terhadap pembelajaran mereka malah dan turut memberi kesan terhadap

situsai sosial di sekolah dan keadaan di rumah. Bagaimana, perlu ditegaskan

bahawa tidak semua pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi Masalah

Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD) dan berikut ialah ciri-ciri umum

masalah tersebut:

(i) Sangat aktif (dipanggil hiperaktiviti)

Tidak boleh duduk diam

Kerap berjalan dalam kelas

(ii) Sukur memberi tumpuan

(iii) Bertindak tanpa memikir (impulsif). Contohnya, tiba-tiba meluahkan

jawapan sebelum soalan ditanya

(iv) Tidak memberi perhatian kepada perkara terperinci

(v) Tidak mengikuti arahan sepenuhnya

(vi) Tidak boleh mengelola aktiviti atau tugas yang diberi

(vii) Mudah memberi perhatian kepada perkara lain

(viii) Kerap harta benda sendiri seperti buku, kerja sekolah

(ix) Terlalu banyak bercakap

(x) Tidak menunggu giliran

(xi) Mencela ketika orang lain bercakap

Masalah Tingkah laku seperti disenaraikan akan mengganggu kelas dan tidak

menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini

juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap

penilaian kendiri pelajar.

Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program pendidikan inklusif di sekolah anda - Masalah Pembelajaran / Autisme dll.7.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAANPendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

8.1. Keperluan Kesamarataan hak asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

8.2. Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

8.3. Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 13.1 PENGENALAN

13.1.1 Pendidikan khas diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid

berkeperluan khas yang telah dikenal pasti mempunyai kurang upaya

penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang

upaya fizikal dan kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah, rendah,

menengah dan lepas menengah.

13.1.2 Pendidikan bagi murid berkeperluan khas dilaksanakan di sekolah

pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program

Pendidikan Inklusif.

13.1.3 Di peringkat menengah, KPM menyediakan pendidikan berasaskan

akademik atau vokasional bagi murid berkeperluan khas.

13.2 PERNYATAAN DASAR

13.2.1 Memastikan murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mendapat akses

kepada pendidikan yang sesuai dan relevan.

13.2.2 Memastikan program pendidikan bagi murid berkeperluan khas sesuai

dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan

menjalani hidup yang berkualiti.

13.2.3 Memastikan murid berkeperluan khas yang berpotensi diberi peluang untuk

ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan

prinsip pendidikan untuk semua.

13.3 STRATEGI PELAKSANAAN

13.3.1 Menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti, relevan dan sesuai

untuk murid berkeperluan khas.

13.3.2 Menyediakan lebih banyak peluang dalam bidang kemahiran dan

vokasional.

13.3.3 Menyediakan peluang yang sama kepada murid berkeperluan khas

berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana.

13.3.4 Melaksanakan intervensi awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas

dari peringkat prasekolah atau perkhidmatan di Pusat Perkhidmatan

Pendidikan Khas (3PK).

13.3.5 Menyediakan perkhidmatan sokongan dan peralatan augmentative dan

assistive bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas.

13.3.6 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi, terkini

dan sesuai dengan keupayaan dan keperluan murid berkeperluan khas.

13.3.7 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi, terlatih dan berkemahiran

dalam bidang pendidikan khas.

.

13.3.8 Memantapkan penggunaan Rancangan Pendidikan Individu bagi murid

berkeperluan khas.

8.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak diantara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. 9.0. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumimurid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran,kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai,dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri dimana-mana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masaini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satudaripada tiga opsyen persekolahan berikut: Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua muriddiklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untukmasalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdanayang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yangmengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalamkelas arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yangdiletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikutiprogram integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesionalseperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulumkhusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya,Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalahpendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk muridbermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkarayang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebihsesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengankemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua,kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahanmesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alatpendengaran dan mesin taip Braille.Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas danprogram inklusifBerdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN).

Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia adaKementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatifGelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.

Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.

10.0. KEPERLUAN LOGISTIKKeperluan Kesamarataan hak asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak- kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.- tenaga pengajar- bbmbSetiap kanak-kanak adalah unik, berbeza dan merupakan individu tersendiri merupakan

tanggapan yang tuntas, benar dan amat tepat bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Ini

bermakna, kemampuan pelajar-pelajar berpendidikan khas ini terbatas. Oleh itu mereka

perlu didekati, dilayani dan dididik secara individu. Setiap murid tersebut memerlukan

perhatian secara individu. Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948

dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua

1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan

individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia

telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu

kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan

mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut:

e. intelek

f. rohani

g. jasmani

h. emosi

i. sosial

j . bakat

k. nilai-nilai moral

l. estetika

Melalui kurikulum sekarang kanak-kanak ini dibimbing untuk menguasai kemahiran asas

yang kukuh. Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan disebabkan oleh pelbagai

kecacatan yang menganggu proses pembelajaran mereka. Mengikut Bogdan &

Kurgelmass (1984); Mercer (1973); masalah yang timbul berpunca dari ketidak mampuan

dalam diri murid dan ini menyebabkan mereka sukar mengikuti kurikulum biasa. Oleh

yang demikian, tumpuan adalah untuk mengubah kekurangan-kekurangan didalam diri

pelajar sahaja. Dengan ini perlu dibentuk pendidikan khas seperti berikut:

a. Pendekatan mengeluarkan murid dari kelas biasa

Murid yang difikirkan tidak boleh mengikut kurikulum biasa dikeluarkan sama ada

untuk sesuatu jangkamasa, ke kelas-kelas khas atau ke sekolah khas. Tujuannya

adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran setimpal dengan kelemahan

kelemahan yang terdapat pada murid tersebut.

b. Pendekatan pemulihan

Pendekatan ini mempunyai beberapa bentuk dan strategi. Pada asasnya pendekatan

ini bertujuan untuk menyediakan pencegahan yang boleh mengatasi atau

mengimbuh kekurangan-kekurangan yang terdapat dikalangan murid-murid

tersebut.

Sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor yang akan menentukan kejayaan

seseorang pelajar dalam pembelajaran yang dipelajari dimana sikap mempunyai

hubungan yang rapat dengan responsibiliti pelajar itu sendiri untuk memahami dan

menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara ringkasnya, sikap

wujud daripada keinginan seseorang dan rangsangan oleh orang disekelilingnya.

Lazimnya, sikap individu itu sendiri lambat laun akan menjadi kebiasaan yang

dipraktikkan dalam kehidupan seharian (Rahil, Abd. Majid, dan Zaidatul Akmar, 1998).

Sikap kemungkinan besar mempengaruhi pencapaian seseorang dan adalah pengaruh

penting kepada perubahan tingkah laku. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh

pendidik iaitu Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983), sikap adalah keadaan dimana seseorang

individu itu dipengaruhi untuk melakukan tindak balas secara positif dan negatif terhadap

individu lain.

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa,

belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik

dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid

diasingkan tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada

pemerhatian juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas

biasa hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan

malan yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan

daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri

mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan.

Minat adalah merupakan salah satu daya pengerak yang dapat membantu pelajar

memberikan sepenuh perhatian kepada seseorang sama ada ianya melibatkan aktiviti atau

kegiatan secara langsung atau tidak langsung . Ia merupakan pengalaman yang dapat

mempengaruhi oleh tindakan individu itu sendiri dan ianya berkait rapat dengan

gerakbalas emosi dan fizikal. Minat yang tinggi boleh merangsangkan seseorang individu

itu untuk melakukan sesuatu perkara tanpa didesak atau dipaksa oleh orang lain yang

melibatkan aktiviti dari segi pengajaran dan pembelajaran mahu pun yang melibatkan

rutin seharian. Ciri-ciri ini amat diperlukan bagi memastikan wujudnya penglibatan yang

maksimum dari pelajar didalam setiap aktiviti pembelajaran.

Menurut (Crow & Crow, 1980), minat adalah daya pengerak yang mendorong pelajar

supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Ia boleh

merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu

sendiri. Minat boleh menjadi punca kepada sesuatu kegiatan itu sendiri. Arah pemikiran

dipengaruhi oleh pengalaman deria dan kesedaran pengamatan untuk membolehkan deria

dan kesedaran pengamatan membolehkan perubahan perhubungan diantara idea dengan

proses pemikiran. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai minat yang maksimum

serta sikap berdisiplin akan lebih bersemangat dan sentiasa berusaha bersungguh

sungguh untuk meningkatkan prestasi dalam setiap pembelajaran walaupun ianya sukar

untuk dikuasai sepenuhnya.

Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang

sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor

keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau

sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta

keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar

dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan

baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya

untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah

dan berwarna warni, selesa, riang dan terdapat interaksi guru murid dan murid-murid

yang seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal

jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

Masyarakat pada masa kini juga melihat intitusi pendidikan merupakan sebuah institusi

yang boleh menjadi sumber utama bagi mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung

martabat pendidikan sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah yang baik dan

berketerampilan dapat diwujudkan. Zaitun dan rakan-rakan (1991) dalam kajian terhadap

kemudahan fizikal sekolah merumuskan bahawa tiada hubung kaitnya diantara

kemudahan fizikal, sebaliknya ini adalah hasil daripada banyak faktor-faktor lain yang

mempengaruhi seperti interaksi antara kemudahan fizikal dengan pengajaran guru, sikap

pelajar, minat dan sebagainya. Rumusannya bolehlah dirangkaikan dari aspek-aspek

iklim, sekolah atau fizikal, intelektual dan emosi. Memupuk aspek yang saling bersandar

dalam mempengaruhi penguasaan pelajar dalam kelas-kelas pemulihan ini.

Sistem pendidikan adalah meruapkan satu usaha yang berterusan sejajar dengan Falsafah

Pedidikan Negara ( FPN) yang ingin melahirkan insan berintelektual, rohani dan

jasmani. Ia juga berperanan untuk memberikan pendidikan bersepadu dan bersistematik

bagi menjamin kejayaan dalam bidang pembelajran dan kurikulum. Kurikulum yang

baik dan tersusun boleh menarik serta menimbulkan minat seseorang pelajar untuk

mendapat pencapaian yang baik dan cemerlang dalam pelajarannya.

Melalui sistem pendidikan masa dahulu dan masa sekarang secara langsung proses

pencapaian ilmu dalam pembentukan peribadi akan membawa kepada perubahan demi

perubahan kepada seseorang pelajar itu. Perkara yang penting dalam menentukan

pencapaian yang cemerlang adalah bergantung kepada minat dan sikap pelajar itu sendiri.

Menurut Atan (1980), pembelajaran ini adalah perubahan dari pengalaman.

Pengalaman yang ada seseorang itu akan digunakan untuk sesuatu tindakan atau

tingkahlaku. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan diproses oleh

kecerdasan untuk menjadi pengetahuan dan pengalaman. Menurut Rahil, Abd. Majid

dan Zaidatul Akmalliah (1995), pembelajaran ialah satu gerakan ke arah penyelesaian

masalah yang belum biasa ditemui mengenal pasti kuasa konsep mata pelajaran tertentu

dan berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah kepada

masalah diluar bilik.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.

Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.

Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

7.2 Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.

Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.

Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.

Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.

Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P.

2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber.

4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah biasa.(OctopusModel)

5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.

6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

(a) Isu isu logistik dalam menubuh program inklusif.

i. Prinsip asas

Gunakan sokongan yang sedia ada dalam kelas: sokongan semulajadi.

Pilih sokongan yang paling kurang intrusif.

ii. Untuk sokongan dalam kelas kekal efektif, ia perlu:

Sesuai dengan perjalan seharian pembelajaran kelas.

Dilihat sebagai efektif oleh pelajar berkeperluan khas dan juga oleh pelajar biasa.

Merupakan nilai tambah dalamrepertoire/ portfolio teknik pembelajaran guru yang mengajar.

iii. Apa yang dianggap khas tidak semestinya menonjol dalam konteks kelas yang dijalankan kerana sesuatu yang menonjol biasanya susah untuk diterima dan susah untuk dikekalkan dalam perjalanan seharian kelas, terutama sekali untuk jangkamasa yang lama.Pengajaran dan Pembelajaran

a) Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.

b) Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan.

c) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.

d) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif.

e) Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran.

f) Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu.

g) Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras.

h) Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan.

i) Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran.

j) Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.

k) Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan.

l) Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian.

7.3 Pengurusan

a) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik.

b) Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar.

c) Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai.

d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran.

7.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan

a) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum.

b) Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.

d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.

e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran.

11.0. SOKONGAN pentadbir ibu bapa

PIBG

Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan

kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas

yang diletakkan dalam kelas inklusif.

b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah

biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan

pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi

kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan

pembelajaran murid.Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program

khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama

yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang

menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan

lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia

memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak

bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.

e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan

Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga,

dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak

ada, atau tidak mencukupi.

f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar

kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas

Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap

kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu

mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau

jawatan-jawatan lain.

g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang

menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,

tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan

guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi

kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

Sesetengah pengetua dan guru tidak menerima secara positif penempatan murid-murid

berkeperluan khas di sekolah-sekolah mereka. Mereka menganggap murid-murid

tersebut akan menjejas prestasi sekolah dalam peperiksaan dan menyusahkan pengurusan

/ pentadbiran sekolah. Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara

positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempuh dan

kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan

layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap

yang optimum.Ada guru yang tidak berminat dan tidak mempunyai latihan langsung untuk mengajar

murid-murid berkeperluan khas. Jika guru tidak berminat untuk mendidik murid-murid

berkeperluan khas, ia akan menjejaskan murid-murid tersebut. Demikian juga jika guru

tidak mempunyai latihan. Justeru, jikalau tidak ada guru yang terlatih dalam bidang

Pendidikan Khas, pihak sekolah perlu mencari guru yang berminat, yang sedia untuk

belajar on the job dan amat prihatin serta penyayang. Hubungan kepenyayangan

(caring relationship) amat mustahak dalam hubungan guru-murid bagi murid-murid

berkeperluan khas.

12. SENARIO TERKINI

Isu

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)

Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996).

Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi.

Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian.

Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi.

Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka.

JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak layak belajar apa-apa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga digunakan dalam peperiksaan aliran perdana.

Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

pendedahan luar

boleh terima pendidikan inklusif

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagipun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut: Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa

Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)

Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa

Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negative apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur. Contohnya:

Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?

Ini bukan salah anda

Anak anda berkemampuan untuk lebih maju

Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa

Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.

Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa

Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

Meyakinkan Ibu Bapa

Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanakkanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. Kemudahan dan keistimewaan yang disediakan bagi orang kurang upaya: Kemudahan Pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak kurang upaya. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan. Kemudahan Pengangkutan Awam - Antaranya MAS memberi tambang murah.

PROGRAM INKLUSIF (PI)

Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid

berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi

murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa

bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada

tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan

khas di sekolah biasa.

Ditadbir oleh JPN

Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh

guru biasa serta diban