hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER :MEI 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF ( T1A1 ) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Upload: zauhari-hussein

Post on 19-Jul-2015

233 views

Category:

Education


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER :MEI 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

( T1A1 )

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Page 2: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0

PENGENALAN

2

2.0 KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS 3

3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

6

3.1 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan 6

3.2 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran 8

3.3 Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan 9

3.4 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

10

4.0 KAEEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

INKLUSIF

11

5.0 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

15

5.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi 15

5.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti 16

5.3 Keperluan Sosial 17

5.0 KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF

17

6.0 PENUTUP 20

RUJUKAN 21

Page 3: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2

1.0 PENGENALAN

Matlamat pendidikan di Malaysia menurut Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk

melahirkan masyarakat Malaysia yang kamil dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sikap (JERIS). Oleh sebab itu, penyampaian ilmu dan kemahiran perlu merentasi setiap anak-

anak tanpa mengenal kebolehan, keupayaan dan kemampuan. Di dasari konsep ‘Pendidikan

Untuk Semua’, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digubal dan diperkenalkan. Salah satu

dasar tersebut adalah pengenalan Pendidikan Inklusif di sekolah harian perdana.

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan yang

diberikan kepada gologan kanak-kanak berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran di

sekolah harian perdana. Menurut Haji Sabri Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

(1990), Pendidikan Inklusif merupakan satu proses pengajaran yang dilakukan oleh guru

biasa di sekolah harian perdana terhadap kanak-kanak keperluan pendidikan khas yang

belajar bersama-sama pelajar normal. Manakala Kamariah Jarji (1994) pula menjelaskan

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-

kelas biasa di mana(bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan

mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Dewasa ini, perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah harian perdana adalah satu

keperluan memandangkan terdapat kanak-kanak yang berkeperluan khas menuntut di

sekolah-sekolah samaada disedari ataupun tidak. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

sering manjadi negatif apabila guru-guru biasa gagal mengenali kanak-kanak ini semasa

mereka melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini mengakibatkan

kanak-kanak ini tidak mendapat hak pendidikan yang sebenarnya.

Berdasarkan kepada pernyataan di atas maka, penulisan e-portfolio ini akan mengupas lebih

lanjut mengenai kanak-kanak bekerperluan khas, peranan guru, proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan keperluan fizikal dan peralatan bagi perlaksanaan

pengajaran. Kupasan ini adalah berdasarkan kepada rujukan dokumen seperti kertas kerja,

makalah, buku, carian internet dan sebagainya.

Page 4: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3

2.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan

perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak

ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria,

keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak

yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental, keupayaan-

keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau

emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia

memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas,

supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan

sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang

demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti

sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri

kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,

gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan

fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai

seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.

Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah;

"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.

These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or

behavioral characteristics. Many of these children may require educational

programs customized to their unique needs."

Page 5: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

4

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) pula menyatakan kanak-kanak itu

dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek

pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka

dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka mempunyai masalah

pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya dan adalah di

bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori , mempunyai kecacatan yang

menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak

yang sebaya dengannya.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak

yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid

biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah

pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila

& Samsilah 2006).

Menurut Mahmood Nazar (2000), kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak

yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh

keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya

Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran,

bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas.

i) Bermasalah pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas

dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan

pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat

mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).

• Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang

jelas ( Bee H. 1995).

Page 6: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

5

• Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna

kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya

kekurangan atau kehilangan daya pendengaran.

ii) Bermasalah penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung

tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar

melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan

Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan

bahawa:

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan

Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan

dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan

pencapaian mereka(Barrage 1992)

iii) Bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan

disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menggangguproses

pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut:

• lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi

• lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan

• menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat

terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama

orang lain.

Page 7: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

6

iv) Pintar cerdas

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak

pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh

menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanak-kanak ini

dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.

3. CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti

mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau

asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan

psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup

mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada

keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan

komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada

tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (‘book holders’) ataupun buku

teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

3.1 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan

penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Mereka

berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan

terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan

penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Page 8: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

7

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat menggunakan penglihatan

untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini

pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh

belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.

Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan

perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak

terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka

tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh

memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai

konsep kendiri yangrendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh

menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada

perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai

contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-

kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang

berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan

pada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah

mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab

dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening

kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau

terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Dari sudut penjaran yang berkesan terhadap kanak-kanak in pula, guru boleh menyediakan

bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk

membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan juga hendaklah jelas seperti

hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu

banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

Page 9: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

8

Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan bahan yang tulis

untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan

memberi mereka aktiviti “hands-on”. Di samping itu, guru juga perlu memberi perhatian

kepada susunan bilik darjah dengan memastikan kedudukan kanak-kanak tersebut

berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan

kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam

bahan-bahan pembelajaran.

3.2 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak

bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima

pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima

pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan

mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai

pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang

tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara

20 hingga 60 decibel.

Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti

apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada

petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang

telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham

kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan

dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk

mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.

Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi,

bahasa dan kognitif individu tersebut.

Page 10: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

9

Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-

sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-

guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini

semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan

kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Guru-guru juga perlu mengelak

daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi

grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah penting untu

menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau

gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak

ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk

mengeja.Sungguhpun begitu, pada hari ini komunikasi secara keseluruhan lebih digalakkan di

mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

3.3 Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap,

masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan

suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi

“caya”. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan

mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu

diberi perhatian.

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di

mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku

kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin

menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara

seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau

rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

Page 11: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

10

Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memponyai kaitan dengan sistem saraf

pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan

perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang yang menghadapi

kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam

menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu

dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin

tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi

kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh

digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan

yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan

menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau

menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap ini juga

boleh dibantu melalui terapi.

3.4 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ

seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak

yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi

perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar

memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama

seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses, menganalisis dan

menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses

psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.

Page 12: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

11

Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca,

menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar

pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.

Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara

masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran

akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi,

metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka

di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini

akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-

murid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini

diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan

jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Selain itu, Objektif

pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan

segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid

hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang

ringkas.

4. KAEEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

INKLUSIF

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif perlu dirancang dengan teliti dan

bersandarkan kepada ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kaedah yang berkesan

adalah kaedah Intervensi

Page 13: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

12

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi

membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi

mengembangkan potensi diri mereka.

Menurut Zarin, Safani & Soon (2004), setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu

satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-

kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan

kolaborasi pelbagai disiplin

Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak

berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.

Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada

bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur

disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang

tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.

Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi

seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan

kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian,

terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat

membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak

menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid

berkeperluan khas ini.

Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah

intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup

belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah,

menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara

tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.

Page 14: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

13

Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan

masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-

kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi

adalah:

i. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang

digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

ii. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan

kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul

supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkan masa.

Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat

menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh:

imbuhan ‘mem’ dan ‘an’. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.

Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan

daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini

guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan

menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-

murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa.

Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan

kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti

yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa

kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus.

Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan

penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku,

psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan

berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi

Page 15: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

14

melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid

mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.

Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan

kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk

membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin,

dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap

tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif

berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh

membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu

gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari

dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-

kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk

menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah

menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan

murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan

sempurna.

Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif

untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang

pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan

hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan

berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil

pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan

wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan

kreatif dan membuat ulasan.

Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti

membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai

kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya

Page 16: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

15

murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat

membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya.

5. KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi

memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima

pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak

berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan

‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan

pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan

inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan

khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem

pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan

pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

5.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap

kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk

golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan

dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Page 17: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

16

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak

bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah

suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang

diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,

sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama

menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.

Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini

dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan

kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

5.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk

mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan

kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,

demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah

Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik

untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana

pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan

bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan

pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan

kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran

masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk

berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan

kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan

Page 18: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

17

prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu

persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di

sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk

memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga

sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti

pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi

sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

5.3 Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan

kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di

antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak

didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut

dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam

sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan

bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk

mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami

terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu

mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan

jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi

ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan

kepada orang lain.

6. KEPERLUAN INSFRANSTUKTUR DAN PERALATAN

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta

persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang

pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK).

Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih untuk

Page 19: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

18

berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita

kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020.

Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan

pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.

Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.

Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah.

Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar

belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru

mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan

meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang

kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan

khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu,

perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau

kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah

pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi

penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi

menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan

ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak

boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang

demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian

yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan

bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi

pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga

berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi

terhadap ketidakupayaan mereka.

Page 20: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

19

Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan

infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-

sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti

bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang

standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai

infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan

khas.

Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik

darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di

peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat

duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah

sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang

berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot

seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan

menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya,

ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter

persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar

mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi

menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung

kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith

(1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan

kejayaan seseorang pelajar.

Page 21: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

20

7. PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk

mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa

dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang

terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah

dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia

untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu

belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada

yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas

perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai

berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama

semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan

Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan

bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di

persada dunia.

Page 22: Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

21

RUJUKAN

Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol.

24. No. 1 (pp. 3-6)

Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education. ,

Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D.

(1998). Issues and practices in speacial education.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak- kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan

Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal, 83(4), 427–452.

Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402–406.

RUJUKAN WEB

http://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdf