ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

24
TUGASAN INDIVIDU ULASAN JURNAL KRP 6034 ISU-ISU SEMASA SEKOLAH RENDAH Disediakan untuk: Dr. Hjh Ramlah bt Jantan (A.M.N) Disediakan oleh: Suziana binti Kamaruddin M20121000751 Tarikh serahan: 30 November 2013

Upload: suziana-kamaruddin

Post on 30-Nov-2014

2.985 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

TUGASAN INDIVIDUULASAN JURNAL

KRP 6034 ISU-ISU SEMASA SEKOLAH RENDAH

Disediakan untuk:Dr. Hjh Ramlah bt Jantan (A.M.N)

Disediakan oleh:Suziana binti Kamaruddin

M20121000751

Tarikh serahan: 30 November 2013

Page 2: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Tajuk Jurnal:

Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan

Pendidikan Inklusif di Malaysia 

Oleh 

Supiah SaadJabatan Pendidikan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia2005

Page 3: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

ABSTRAKPendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Intergrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar “Pendidikan Wajib”dan “Pendidikan Untuk Semua” yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangi murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu.

Page 4: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

PengenalanDi bahagian pengenalan penulis jurnal

ini telahmenerangkan tentang beberapa

perkara iaitu:1. Sistem Pendidikan Di Malaysia2. Pendidikan Kanak-kanak

Berkeperluan Khas (KBK) di Malaysia3. Pendidikan Kanak-kanak

Berkeperluan Khas Kelolaan KPM4. Murid Pendidikan Khas di Aliran

Perdana

Page 5: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

1) Sistem Pendidikan Di Malaysia• Bentuk sistem pendidikan yang diamalkan di

Malaysia iaitu sistem pendidikan berpusat.

• Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya

Page 6: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

2) Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas (KBK) di Malaysia

Pihak yang terlibat dan bidang tugas utama :

• menyediakan pendidikan formal di peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

• melakukan proses saringan dan diagnostik serta melakukan intervensi awal

• menyediakan pendidikan tidak formal dan intervensi awal

• menyediakan pendidikan tinggi (tertiary education)

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Pembangunan

Wanita Keluarga dan Masyarakat

Kementerian Pengajian

Tinggi

Page 7: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan murid bermasalah pembelajaran.

Murid berkeperluan khas tetapi bukan murid pendidikan khas iaitu murid cacat anggota tetapi mempunyai keupayaan kognitif dan deria yang normal.

3) Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kelolaan KPM -

dua kategori murid berkeperluan khas iaitu:

Page 8: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

4) Murid Pendidikan Khas di Aliran Perdana -kategori masalah murid:

• Emosi dan tingkah laku • (autisma dan ADHD)

• Fizikal (cacat anggota)

• Penguasaan Kemahiran• 3M

• Pembelajaran khusus• Disleksia

Page 9: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Kajian KesPersoalan Kajian:

• Apakah faktor yang mempengaruhi tahap komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif?

• Sejauh mana guru di aliran perdana komited dengan proses pengajaran dan pembelajaran MBK dalam tanggungjawab mereka? Dan

• Apakah strategi guru aliran perdana dalam mengatasi masalah MBK?

Page 10: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Kaedah Kajian

Daripada penulisan tersebut didapati penulis menggunakan kaedah kualitatif bagi memperoleh maklumat bagi menjawab persoalan kajian.

“Creswell (1994) menyatakan penyelidikan kualitatif boleh didefinisikan sebagai satu proses inkuiri untuk memahami masalah sosial atau masalah manusia, berdasarkan kepada gambaran yang menyeluruh dan kompleks, melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan yang sebenar dan semula jadi”

Page 11: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Pemilihan bentuk kajian yang dijalankan oleh penulis terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

Bentuk Kajian Penerangan

Bentuk Kajian Lapangan

data dikutip melalui temu bual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji

Bentuk Kajian Kes kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes termasuk data temu duga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temu duga dan analisis dokumen.

Bentuk Kumpulan Terfokus

proses pengutipan data melalui temu bual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil.

Bentuk Kajian Tindakan

bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Bentuk Analisis Dokumen

iaitu berkaitan kajian kualitatif dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

Page 12: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Kaedah Kajian• Respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan khas integrasi

pendekatan inklusif dalam interaksi dengan penulis melalui perbincangan formal dan tidak formal.

• Melalui kajian ilmiah dan kajian tindakan berkaitan pendidikan inklusif secara langsung atau tidak langsung

• Analisis dokumen laporan kajian-kajian empirikal mengenai pendidikan inklusif di Malaysia: sikap guru, pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan khas, persepsi guru tentang MBK

• Perbincangan tidak formal dengan guru dan pentadbir sekolah

• Pemerhatian dalam kelas yang terdapat MBK

• Keratan artikel akhbar

• Diari penulis: pengalaman penulis dalam menjalankan pemantauan program pendidikan khas dan interaksi sosial seharian.

Page 13: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Subjek Kajian

• subjek kajian adalah guru-guru aliran perdana yang terlibat mengajar murid-murid

pendidikan khas yang ditempatkan di dalam kelas inklusif.

Page 14: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Batasan kajian

penulisan ini menggunakan kaedah yang berbeza untuk tujuan perbandingan, maka

dapatan kajian ini hanyalah merupakan satu spekulasi tersusun.

Page 15: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Dapatan kajian

1. Pengetahuan guru tentang pendidikan dan MBK

• Hanya 12 peratus (1/8) guru prasekolah aliran perdana tahu definisi pendidikan inklusif dengan merujuk kepada kajian Supiah Saad (2003)

• Tidak ada seorang pun daripada 28 orang guru aliran perdana yang ditanya dapat memberi maksud pendidikan inklusif dan pendidikan khas dengan tepat. Kebanyakan menjawab tidak pernah dengar perkatan tersebut. Dapatan diperoleh berdasarkan pengalaman penulis sebagai panel temu duga biasiswa 2005.

• Kesemuanya 12 orang warga pendidik aliran perdana yang ditemui secara tidak dirancang (dalam situasi dan masa berasingan) tidak faham maksud ‘special education’ atau pendidikan khas. Mereka faham singkatan OKU (orang kurang upaya) tapi bila ditanya lebih lanjut tentang kanak-kanak OKU, ‘buta dan pekak’ adalah golongan OKU yang mereka tahu. Dapatan diperoleh daripada diari penulis dari Januari 2004 hingga Jun 2005 melalui interaksi sosial.

Page 16: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

2. Sikap dan penerimaan guru terhadap MBK

Penulis telah menyertakan dapatan daripada kajian yang lain untuk menyokong dapatan penulis. Antaranya adalah dapatan dari kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati beberapa halangan yang menjadi kekangan kepada keberkesanan pendidikan inklusif antaranya adalah sikap negatif guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif.

Page 17: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Cadangan dan Kesimpulan Kajian

Enam ciri yang berkait rapat dengan peranan dan komitmen guru. Cadangan tersebut adalah:

1. Kasih sayang dan keikhlasan2. Pengetahuan guru tentang MBK3. Sikap (positif) dan penerimaan tanpa syarat4. Konsistensi yang berserta motivasi berterusan5. Strategi dalam pengajaran (memindahkan teori pembelajaran ke

dalam bentuk yang praktikal)6. Kepakaran (elemen luaran guru pendidikan khas contohnya

bahasa isyarat untuk murid bermasalah pendengaran dan Braille untuk masalah penglihatan)

Page 18: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Ulasan Pembaca Terhadap Kajian

Page 19: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

1. Membuka ruang kepada kajian lanjut berkaitan pendekatan pendidikan inklusif.

2. Memberikan maklumat berkaitan tahap komitmen dan peranan guru perdana tentang pendekatan pendidikan inklusif di Malaysia

3. Dapatan kajian menjawab persoalan kajian yang dikemukakan

Kekuatan atau kebaikan dalam kajian yang dilakukan

Page 20: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Kelemahan dalam kajian yang dilakukan

1. Penulisan abstrak tidak mengandungi maklumat yang lengkap

2. Penulis tidak menganalisis dapatan kajian menggunakan kaedah analisis yang lebih sistematik.

3. Rujukan yang tidak terkini4. Tidak mencatatkan rujukan yang digunakan

dengan lengkap

Page 21: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Kesimpulan & Penutup

Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Pendidikan inklusif adalah salah satu langkah untuk mencapai kemajuan. Khususnya kemajuan kepada pencapaian murid itu sendiri, kemajuan kepada kaedah pengajaran guru, kemajuan kepada sekolah dan kemajuan kepada sistem pendidikan dan akhirnya kepada negara.

Page 22: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

Kajian yang dijalankan oleh penulis diharapkan dapat membantu membuka jalan ke arah

peningkatan komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendekatan pendidikan inklusif di

Malaysia melalui kajian-kajian dan langkah-langkah penambahbaikan yang lebih efektif pada masa-

masa akan datang.

Page 23: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Page 24: Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana

SEKIAN TERIMA KASIH