bahan inklusif pendidikan khas.pptx

30
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS FEBRUARI 2014 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS 1

Upload: hadung

Post on 17-Jan-2017

385 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

1

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHASFEBRUARI 2014

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

MURID BERKEPERLUAN KHAS

Page 2: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani kehidupan berkualiti.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Memastikan murid berkeperluan khas (MBK) diberi peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan.

PERNYATAAN DASAR

Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

2*Sumber: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan, KPM (2012)

Page 3: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

3

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN STRATEGI

PELAKSANAAN

iv. Melaksanakan intervensi awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas dari peringkat prasekolah atau perkhidmatan di Pusat

Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).

v. Menyediakan perkhidmatan sokongan dan peralatan augmentative dan assistive bagi memenuhi keperluan MBK.

i. Menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti, relevan dan sesuai untuk MBK.

ii. Menyediakan lebih banyak peluang dalam bidang kemahiran dan vokasional.

iii. Menyediakan peluang yang sama kepada MBK berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana.

viii. Memantapkan penggunaan Rancangan Pendidikan Individu bagi MBK.

vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi, terkini dan sesuai dengan keupayaan dan keperluan

MBK.

vii. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi, terlatih dan berkemahiran dalam bidang pendidikan khas.

Page 4: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

4

Pendidikan untuk Murid Berkeperluan Khas:-

• Kurang Upaya Pendengaran• Kurang Upaya Penglihatan • Kurang Upaya Pertuturan• Kurang Upaya Fizikal• Masalah Pembelajaran• Kurang Upaya Pelbagai

KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS MULAI 2014

*Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

Page 5: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

5

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Sekolah Pendidikan Khas

28 SKPK2 SMPK

3 SMPK(V)

Program Pendidikan

Inklusif

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Page 6: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

6

PELAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN MALAYSIA2013-2025

Page 7: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

7

Bab 4: Muka surat 16-20

Page 8: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

8

Gelombang 1 (2013-2015): Mengukuhkan asas sedia ada

Gelombang 2 (2016-2020): Meningkatkan pelaksanaan

inisiatif

Gelombang 3 (2021-2025): Menilai dan menyatukan

inisiatif

Page 9: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

Sistem, proses dan kemudahan sedia ada untuk pengesanan awal murid berkeperluan khas, menjalankan intervensi, serta menyediakan sokongan penjagaan kesihatan yang berterusan untuk murid berkeperluan khas

1

9

2KELUWESAN,

KERELEVANAN, DANKUALITI KURIKULUM

Keluwesan dalam kurikulum membolehkan keperluan khusus murid berkeperluan khas disesuaikan, dan sejauh mana kurikulum melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup sebagai persediaan untuk kehidupan alam dewasa dan pekerjaan

PENGESANAN AWAL, INTERVENSI, DAN

SOKONGAN PENJAGAAN KESIHATAN

5 DIMENSISISTEM PENDIDIKAN KHAS MALAYSIA

Page 10: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

10

3GURU DAN TENAGA PAKAR

Ketersediaan bilangan guru terlatih, tenaga pakar dan kakitangan sokongan yang mencukupi untuk membantu dan mendidik murid berkeperluan khas

4INFRASTRUKTUR DAN

KEWANGAN

Ketersediaan struktur sokongan yang mantap dari segi bantuan teknikal, sokongan infrastruktur fizikal, dan pembiayaan yang mencukupi

5KESEDARAN DAN PELIBATAN AWAM

Kesedaran awam mengenai isu-isu berkaitan keperluan murid berkeperluan khas dan pelibatan masyarakat dalam pendidikan mereka

5 DIMENSISISTEM PENDIDIKAN KHAS MALAYSIA

Page 11: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

11

INISIATIF PENDIDIKAN KHAS DI BAWAH PPPM 2013-2025

No ID

Nama Inisiatif

34 Peningkatan enrolmen murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif

35 Naik taraf infrastruktur supaya lebih mesra untuk MBK

36 Program bersepadu – kesedaran tentang MBK

99 Instrumen menentu penempatan MBK (IMPaK)

2013 2014

34 Peningkatan akses kepada Program Pendidikan Inklusif berkualiti

No ID

Nama Inisiatif

Aktiviti utama di bawah inisiatif pendidikan inklusif

31 Penyediaan kurikulum dan pentaksiran berasaskan tahap kebolehan murid berkeperluan khas (BPK)

+

Page 12: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

12

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Meningkatkan kadar penyertaan murid berkeperluan khas secara inklusif di sekolah daripada 7.5% kepada

30.0% menjelang tahun 2015

2015

Jang

kaan

pe

ning

kata

n

2012 2013 2014

BILANGAN MURID

10%

20%

30%

7.5%4048/

53,983

5640/56,406

11,881/59,406

18,858/62,862

Page 13: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

13

Page 14: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

14

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini mengandungi tatacara dan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah.

Dicetak sebagai Edisi Percubaan untuk memberi ruang kepada semua pihak memberi pandangan dan idea.

PRAKATA

Page 15: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

15

• Memberi kefahaman dan panduan yang jelas kepada semua pihak yangterlibat dalam pelaksanaan PPI

MATLAMAT

• Melaksanakan PPI secara sistematik dan selaras di seluruh negara

• Rujukan kepada individu yang melaksanakan PPI

OBJEKTIF

GARIS PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

Page 16: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

16

KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Konsep PPI adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti di bawah :

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Page 17: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

17

PENDEKATAN PPI

MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.

INKLUSIF PENUH INKLUSIF SEPARA

Page 18: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

18

KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 19: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

19

MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

Page 20: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

20

OBJEKTIF PPI

Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam

persekitaran tanpa halangan

Membina keyakinan diri

MBK bagi mencapai potensi

yang optimum

Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan

kemahiran kehidupan harian mereka

Meningkatkan kesedaran dan

penerimaan warga sekolah serta

komuniti tentang kepelbagaian

keupayaan MBK

Page 21: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

21

PELAKSANAAN

i. Melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh KPM

ii. Umur MBK mengikut kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana

KRITERIA MURID

PENEMPATAN MURID

Penempatan MBK perlu mengambil kira perkara berikut:i. Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI

sebaik-baiknya mempunyai bilangan murid kurang daripada 35 orang

ii. MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas

iii. MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka

iv. Kelas PPI sebaik-baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi roda

v. Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa secara bertulis

Page 22: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

22

Page 23: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

23

Guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif hendaklah diberi latihan dalam mengendali MBK. Bagi sekolah tanpa PPKI, pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan latihan daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai di 3PK, PPD, JPN atau Bahagian di Kementerian.Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas memainkan peranan yang penting dalam membantu guru aliran perdana menjayakan PPI.

GURU

PELAKSANAAN

Page 24: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

24

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum kebangsaan

Pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian boleh dilakukan bagi memudahkan MBK menerima pembelajaran

Laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran murid

Guru aliran perdana akan menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) seperti biasa dengan memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK. Selain daripada itu, penulisan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi MBK yang mengikuti PPI boleh dibuat bagi memastikan keperluan intervensi yang bersesuaian dapat dilaksanakan

Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai mengikut tahap kognitif murid

PELAKSANAAN

Page 25: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

25

MBK dalam inklusif penuh menjalani pentaksiran dan penilaian sama seperti murid lain di arus perdana dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Perkara ini merujuk kepada, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998: KEBENARAN MURID–MURID MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM yang menyatakan bahawa:

PENTAKSIRAN

“murid-murid yang layak, syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Murid-murid yang ditempatkan dalam

kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga

dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain”

MBK perlu didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) dalam peperiksaan awam bagi mendapatkan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang diperuntukkan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas

PELAKSANAAN

Page 26: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

26

PERANAN & TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH Pengetua/Guru Besar:

i. Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan.ii. Menubuhkan & menggerakkan JPPKS.iii. Memastikan keperluan & bahan sokongan disediakan.iv. Merancang & melaksana LDP berkaitan PPI untuk guru serta staf sokongan.v. Memantau pelaksanaan PPI secara berkala.vi. Memastikan warga sekolah peka & faham tentang PPI.

GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum:i. Membantu merancang & menyelaras pelaksanaan PPI.ii. Membantu merancang & menyelaras keperluan bahan bantu belajar serta kebajikan murid. iii. Menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK).

GPK Pendidikan Khas / Penyelaras PPKI:i. Membantu menyelaras PPI mengikut garis panduan yang disediakan. ii. Membantu pentadbir menubuhkan & menguruskan mensyuarat JPPKS.iii. Merancang & mengurus MBK di PPKI ke PPI.iv. Sediakan data berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN/PPD.v. Memastikan warga sekolah peka & faham tentang PPI.

Page 27: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

27

Guru Pendidikan Khas:• Kenalpasti MBK yang berada di kelas arus perdana @ di PPKI bagi ditempatkan dalam PPI.

• Berperanan sebagai guru pendamping seperti: Membimbing & membantu MBK semasa PdP. Membantu menyediakan RPI MBK melalui perbincangan dengan guru mata

pelajaran. Bekerjasama dengan guru arus perdana berkaitan tentang perkembangan murid.

• Berperanan sebagai guru resos seperti: Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan MBK. Membantu guru dalam kelas arus perdana semasa PdP.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH

Guru Mata Pelajaran: i. Menerima & melaksanakan PdP bagi MBK dalam kelas inklusif. ii. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK.iii. Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu meningkatkan PdP

MBK.

Page 28: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

28

PERANAN & TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH

Pembantu Pengurusan Murid:i. Menghantar & mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa. ii. Membantu guru dalam PPI dalam menyediakan keperluan MBK. iii. Membantu guru pendidikan khas menjaga hal ehwal MBK di PPKI.iv. Mengurus keperluan murid di PPI.

Guru Disiplin:i. Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disiplin bagi murid yang terlibatii. Membantu pentadbir melancarkan pelaksanaan PPI.iii. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan PPI.

Guru Bimbingan Kaunseling:i. Memberikan khidmat bimbingan & kaunseling kepada MBK, Ibubapa/ Penjaga.ii. Menyediakan laporan khidmat kaunseling untuk MBK (jika perlu).iii. Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK.

Page 29: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

29

PENUTUP• Diharapkan Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif

MBK dapat dijadikan bahan rujukan kepada semua pihak dalam menjayakan PPI di sekolah.

• Semua pihak perlu sedar kewujudan PPI adalah satu peluang pendidikan untuk MBK belajar dalam kelas arus perdana & menjalankan aktiviti bersama murid arus perdana.

• Kerjasama & komitmen semua pihak penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan PPI.

Page 30: BAHAN INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS.pptx

30

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA