aktiviti 2 (inklusif) 2015

29
HBEF3503 ISI KANDUNGAN 1.0 Muqadimah 1 2.0 Penelitian dan Kaedah Diagnosis Murid Pendidikan Khas 3 3.0 Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran 6 4.0 Mengenalpasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid Bermasalah Pembelajaran 10 5.0 Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif 12 6.0 Laporan Program Pendidikan Inklusif 15 7.0 Halangan dan cara mengatasi 17 7.0 Rumusan 19 8.0 Rujukan 20 1

Upload: muhammad-azirul

Post on 02-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

HBEF3503

HBEF3503

ISI KANDUNGAN1.0Muqadimah

1

2.0Penelitian dan Kaedah Diagnosis Murid Pendidikan Khas 33.0Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran 64.0Mengenalpasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid Bermasalah Pembelajaran 105.0Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif 126.0Laporan Program Pendidikan Inklusif 157.0Halangan dan cara mengatasi

17 7.0Rumusan

19

8.0Rujukan 20

1.0MuqadimahPendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal ( Lokman, 2009).Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.Pendidikan Inklusif ialah melibatkan pelajar pelajar dengan berkeperluan khas dalam kelas kelas biasa di mana bantuan yang sesuai bagi mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran biasa di bilik darjah bersama rakan sebaya mereka ( Kamariah Jarji, 1994).Akan tetapi, pendekatan pendidikan inklusif ini hanya dijalankan di sekolah sekolah tertentu di Malaysia serta mengikut standard serta piawaian KBK yang ditetapkan oleh Sektor Pendidikan Khas Malaysia. Terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori :

i. Fizikal (cacat angota)

ii. Emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

iii. Pembelajaran khusus Dsylexsia

iv. Penguasaan Kemahiran 3M

Konsep Pendidikan Inklusif itu sendiri memberi peluang pendidikan kepada murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid yang sebaya dengan mereka. Dengan perkataan lain, pelajar khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal.Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan.

Oleh itu, berdasarkan kriteria yang diberikan ini, satu kajian telah dibuat bagi memastikan perlaksanaan pendidikan inklusif ini dijalankan dengan jayanya di sekolah. Dalam tugasan ini, pengkaji perlulah mengambil salah satu cara menilai murid pendidikan khas di sekolah kemudian, kaji dan ambil maklumat peribadi murid pendidikan khas tersebut dan satu perancangan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan murid tersebut serta halangan halangan dalam usaha membantu murid berkenaan di sekolah dijadikan subjek kajian serta hasil laporan daripada program berkenaan akan diberikan di akhir tugasan ini.

2.0Penelitian dan kaedah diagnosis murid pendidikan khas2.01 Penelitian Kanak Kanak Pendidikan KhasKanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

1. kebolehan kognitif

2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial

3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan

4. penguasaan membaca

5. kemahiran perkembangan (developmental skills)

6. kemahiran matematikTerdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

a. Ciri-ciri fizikal

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b. Ciri-ciri intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c. Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Akan tetapi, berbeza pula dengan kanak kanak istimewa yang dimasukkan ke dalam pendidikan inklusif. Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelaspendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka tidak begitu serius. Malah, sekiranya murid ini mampu menguasai kemahiran kemahiran yang dipelajari mereka akan mengikuti program inklusif di bilik darjah.Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif dibimbing oleh guru resos yang bekerjasama dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektif.Murid-murid yang mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas.Jika seseorang murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini akan mengikuti kurikulum pendidikan khas.2.02Kaedah Diagnosis Murid Pendidikan KhasSeperti dalam aktiviti satu, cara pengkaji menilai dan mendiagnos murid yang mempunyai ciri ciri pendidikan khas di sekolah saya ialah dengan mengunakan dua instrumen iaitu ISD dan IPMBP. Instrumen ini saya gunakan bagi mengenalpasti murid tersebut mempunyai masalah disleksia dan bermasalah pembelajaran. Hasil daripada pemerhatian dan temubual bersama guru pemulihan khas sekolah saya mendapati murid Jerrynick Jeffrey ini mempunyai masalah Disleksia dan memerlukan rujukan pakar.

Disamping itu, selain mengunakan instrumen tersebut murid ini juga diuji dengan Ujian Saringan Linus Konstruk 1 dan 2 dan skor pencapaian tidak melepasti Konstruk 1 dan 2. Dalam kajian seterusnya kita akan berkenalan dengan maklumat peribadi murid yang bernama Jerrynick Jeffrey.

3.0Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran3.1. Latar Belakang Murid.

Nama penuh murid yang menjadi sampel kajian saya ialah Jerrynick Jeffrey . Murid ini berusia sembilan tahun dan dilahirkan pada 7 Julai 2006 di Kampung Longgom Kudat. Adik Jerrynick merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Adik Jerrynick hanya berjalan kaki ke sekolah bersama kakaknya yang belajar di sekolah yang sama dalam darjah 6. Ayahnya bernama Jeffrey Ombolong bekerja sebagai petani dan Ketua Kampung Longgom Kudat. Pendapatan bulanan beliau adalah RM 450 sebulan. Latar belakang pendidikan ibu bapa hanyalah setakat sekolah rendah.

Secara umumnya, terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah masalah Pendidikan Khas. Malahan kesulitan-kesulitan yang dihadapi kanak-kanak terbabit secara tidak langsung telah menjejaskan prestasi pelajaran murid terbabit di Kelas Perdana. .

Dalam skop kajian saya ini, saya mendapati salah satu punca mengapa adik Jerrynick dimasukkan ke kelas pemulihan adalah disebabkan kegagalan yang teruk dalam Ujian Pencapaian Akhir Tahun semasa di darjah satu pada tahun lepas. Selain itu, murid ini juga gagal menguasai Konstruk 1 dan 2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dan dikategorikan sebagai Linus Tegar. Ujian ini menggambarkan bahawa adik Jerrynick masih memerlukan khidmat sokongan serta bimbingan yang lebih daripada guru terutamanya dari aspek kemahiran mengira dan membaca. Adik Jerrynick mengalami masalah penumpuan pembelajaran di bilik darjah serta sering menganggu kawan, bising di kelas dan tindakan yang sukar dikawal serta sering menterbalikkan huruf dan tulisan.Dalam aspek akademik seperti membaca, mengira dan menulis pula, adik Jerrynick bermasalah dalam memahami isi kandungan pembelajaran yang disampaikan.Bukan itu sahaja, berdasarkan penelitian saya terhadap buku rekod kehadiran adik Jerrynick, saya mendapati adik Jerrynick sering kali tidak datang ke sekolah. Lantaran ketidak hadirannya itu, telah menyebabkan adik Jerrynick ketinggalan dalan sesetengah mata pelajaran yang dibelajar. Menurut guru kelas adik Jerrynick, semasa beliau belajar di darjah satu pada tahun lepas, hampir setiap bulan adik Jerrynick tidak ke sekolah. Ketidakhadiran adik Jerrynick ke sekolah telah memberikan impak yang negatif terhadap kesediaan belajar. Oleh itu, atas inisiatif pihak sekolah serta Guru Pemulihan SK Bangau Kudat. Adik Jerrynick telah dibawa berjumpa doktor pakar di Klinik Kesihatan Kudat pada 8 Disember 2014 . Hasil pemeriksaan dan diagnosis Doktor Norhayati Nordin, Pakar Perunding Psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu mengesahkan bahawa Adik Jerrynick mengalami Disleksia . Adik Jerrynick mengalami masalah Disleksia . Oleh itu, pegawai perubatan telah mengesahkan bahawa adik Jerrynick ditempat di Sekolah Pendidikan Khas SK Bangau Kudat. 3.2. Ciri-ciri Murid:

Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang dilakukan, didapati murid ini mempunyai masalah berkaitan disleksia. Menurut Azizi Azjat (2009), Disleksia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Disleksia Visual (Penglihatan), Diseleksia Auditori (Pendengaran) dan Disleksia Visual-Auditori (Penglihatan dan pendengaran). Menurut Mazira Mohamad Ghazali (2011), Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Hasil daripada ujian pra tersebut, didapati murid ini mempunyai simptom menghidap disleksia visual iaitu masalah menulis dan menyalin semula perkataan yang dilihat atau diingat secara terbalik.3.2.1. Fizikal

Bagi kajian ini, adik Jerynick mempunyai fizikal yang normal seperti murid murid yang biasa . Akan tetapi tingkah lakunya yang aktif menyebabkan dia dikenali di sekolah dengan pelbagai masalah di bilik darjah. Saiz tubuh badan Jerrynick kecil dan kurus. 3.2.2. Intelek

Keupayaan intelek adik Jerrynick ini masih boleh dibimbing. Ini kerana, adik Jerrynick mempunyai potensi dalam subjek Matematik. Namun, akibat kurangnya fokus di dalam kelas dan daya tumpuan sering terganggu dan terarah ke benda lain mengakibatkan murid ini hilang tumpuan dan mengabaikan pelajaran yang diajar oleh guru di bilik darjah. Malah, kurang kefahaman terhadap subjek yang diajar dan mempunyai masalah Disleksia dan menulis secara terbalik mengakibatkan daya kemampuan intelek adik Jerrynick lemah dan sering ditertawakan oleh rakan sekelasnya. Di samping itu, sekiranya guru menyoal , murid ini kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah).

Malah, adik Jerrynick juga selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) sekiranya melakukan aktiviti menulis di bilik darjah. Penumpuan adik Jerrynick mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.3.2.3. Emosi

Murid ini sering terganggu dari segi emosi. Ini kerana, murid ini kerap memberikan masalah di sekolah dan di rumah. Di sekolah , adik Jerrynick akan ditertawakan oleh murid murid lain dan sering terabai dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akibat tulisan yang terbalik. Manakala di rumah pula, ibu bapa adik Jerrynick sering mengabaikannya kerana mereka tidak tahu cara dan memahami keadaan sebenar anak mereka. 3.2.4. Sosial

Dari segi sosial , dari pemerhatian yang dijalankan , adik Jerrynick selalu meninggalkan tempat duduk di kelas. Malah, murid ini kerap keluar kelas dan suka memanjat dan selalu berlari ke sana sini. Malah, murid ini sering bergerak cergas apabila aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, namun kerap menghadapi masalah untuk bermain dan melakukan aktiviti riadah secara senyap. Oleh yang demikian, pelajar ini telah mengikuti Kelas Pendidikan Khas di Sk Bangau Kudat pada 13 Januari 2015 setelah mendapat penempatan daripada Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Malah pelajar ini mengikuti program percubaan selama 3 bulan untuk melihat prestasinya di Kelas Pendidikan Khas berkenaan. Hasil daripada program percubaan dan bimbingan dari tiga orang guru Pendidikan Khas selama enam bulan, pencapaian akademik adik Jerrynick bertambah baik .Murid ini dapat membaca, menulis dan mengira bagi silibus Pendidikan Khas Tahap 1. Malah kelakuannya di dalam kelas juga berubah kepada murid yang rajin dan tidak nakal di bilik darjah namun masih dalam pemantauan Guru Pendidikan Khas. Oleh itu, daripada kajian ini Adik Jerrynick layak untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif di kelas perdana bersama Guru Pendidikan Khas. Namun, hanya pada subjek subjek tertentu sahaja kerana adik Jerrynick masih pada peringkat permulaan dan perlu pemantauan daripada Guru Pendidikan Khas.

4.0Mengenal pasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid

Bermasalah PembelajaranDaripada kajian ini, didapati murid berkenaan tidak mempunyai masalah yang serius dalam akademik. Maka, Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid berkenaan ialah Pendidikan Inklusif Penuh. Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk semua mata pelajaran. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau Guru pendamping. Selain itu, ujian mata pelajaran juga diberikan kepada murid berkenaan dan sama dengan murid biasa. Berdasarkan Jadual 1, berikut adalah kategori subjek yang diambil oleh adik Jerrynick di Kelas Perdana.

Jadual 1 : Murid Pendidikan Khas Yang Diinklusifkan Penuh di Kelas PerdanaMASALAHNAMA PELAJARSUBJEK YANG DIAMBILKELAS YANG DIINKLUSIFKAN

DisleksiaJerrynick JeffreySemua subjek yang di ajar di kelas aliran perdanaKelas Tahun 2 Perdana

5.0Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif

5.1SebelumSebelum bermulanya program pendidikan Inklusif , satu jawatankuasa Khas diadakan bagi membantu program ini berjalan lancar. Kemudian, jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian dan ujian diagnostik yang dijalankan ke atas adik Jerrynick Jeffrey.

Setelah data diambil dan dianalisis , maka pihak sekolah akan bermesyuarat dengan guru pendidikan khas, PPM dan guru guru aliran perdana yang terlibat . Setiap guru akan diberikan taklimat yang jelas menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid murid Pendidikan Khas tersebut. Pihak ibu bapa juga atau penjaga adik Jerrynick juga dipanggil ke sekolah dan diterangkan tentang kepentingan program ini terhadap anak anak mereka dan mereka menandatangani surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pembelajaran di kelas biasa. Prosedur seterusnya ialah penyediaan Jadual Kelas yang sama dengan aliran perdana. Penolong Kanan Kurikulum , En Liasin Hasim memaklumkan pada semua murid perdana dan warga sekolah tentang penempatan adik Jerrynick di dalam kelas biasa pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan ini diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak PIBG SK Bangau juga turut dimaklumkan berkenaan Program Inklusif yang dijalankan. Adik Alyan ditempatkan di Kelas 2 Perdana dan dia diletakkan di bahagian hadapan di dalam kelas berkenaan. Dari segi dekorasi kelas, tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang dibuat di kelas yang dipilih namun guru guru Pendidikan Khas serta PPM bertindak sebagai mentor mereka. 5.2.Semasa

Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah aliran perdana berjalan seperti biasa selama dua bulan melalui Program Pendidikan Inklusif. Guru pendamping akan membuat pemerhatian dari semasa ke semasa dan mendapatkan maklum balas serta berbincang dengan guru guru yang terlibat dan mengambil tindakan susulan ke atas adik Alyan sekiranya berlaku masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Malah, adik Jerrynick juga turut mengikuti Program Kuiz Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi murid murid Tahun 2. Di samping itu, Jerrynick juga dilibatkan dalam aktiviti berkumpulan dan bercakap di hadapan kelas. Dari segi latihan , adik Jerrynick tidak terkecuali daripada menyiapkan latihan yang diberikan oleh setiap guru. Ini juga menyumbang kepada faktor kelulusan akademik yang baik bagi adik Jerrynick.Ini kerana tulisannya suda jelas dan mudah difahami. Ini kerana hasil Kaedah Smart Cilik yang dilakukan oleh Guru Pendidikan Khas dengan memberi penekanan kepada tulisan huruf yang betul setiap kali menulis.

Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran Jerrynick.5.3.Selepas

Setiap bulan, guru pendamping menilai kemajuan adik Jerrynick dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid. Malah, penilaian keberkesanan program terhadap murid khas ini sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. Guru Pendamping juga memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid. Di samping itu, Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kudat.6.0Laporan Program Pendidikan Inklusif

Di Sk Bangau, adik Jerrynick Jeffrey telah mengikuti Program Pendidikan Inklusif secara penuh. Menurut Guru Besar dan Penolong Kanan 1 , Jerrynick ditempatkan di Kelas Cemerlang iaitu kelas 2 Perdana. Malah, sebelum program ini dijalankan, pemakluman awal kepada pihak ibu bapa, PIBG, guru guru kelas yang terlibat dan guru pendidikan khas yang terlibat . Di samping itu , ibu bapa juga menandatangani surat kebenaran membenarkan anak mereka mengikuti Program Pendidikan Inklusif di SK Bangau, Kudat.

Penempatan murid ini adalah secara inklusif penuh.Ini bermakna mereka akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara sepenuh masa di kelas yang terpilih bersama murid murid normal biasa. Ciri ciri murid pendidikan khas yang mengikuti program ini telah ditentukan oleh pihak sekolah dan mendapat kelulusan daripada pihak Sektor Pengurusan Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Malah murid ini dipilih kerana telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid ini juga mampu berkomunikasi dan mengurus diri dengan sempurna. Mereka mempunyai tingkah laku yang terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain. Di samping itu, tingkah laku sedemikian akan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak.Paling utama ialah murid-murid tersebut mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Selain daripada itu,istimewanya Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah semua guru dan pentadbir telah diberikan kursus mengenai program ini secara khusus oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kudat serta Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Mereka telah diterangkan mengenai ciri-ciri murid pendidikan khas, bagaimana implementasi program tersebut dan bidang-bidang kuasa masing - masing. Justeru, setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid dalam program pendidikan inklusif tersebut. Di samping itu, murid-murid normal dan warga sekolah juga diberikan penerangan oleh pihak pentadbir.

6.1. Pencapaian Daripada penilaian selama dua bulan, didapati adik Jerrynick Jeffrey mempunyai peningkatan yang baik dalam akademik berbanding di Kelas Pendidikan Khas. Kemajuan yang ditunjukkan oleh adik Jerrynick Jeffrey diakui oleh semua guru yang terlibat. Guru Kelas dan Guru Pendidikan Khas juga mengakui bahawa murid ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Selain itu , murid ini juga mengikuti Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu Tahun 2 dan wakil zon tamalang ke peringkat daerah bagi acara lari 4 x 100 meter lelaki. 6.2. Pendedahan dan kerjasama di kalangan ahli sekolahSemua staf akademik dari guru besar, guru penolong kanan hinggalah guru-guru mata pelajaran dan guru kelas Pendidikan Khas telah mendapat pendedahan mengenai Program Pendidikan Inklusif sebelum program ini dilaksanakan.Kursus pendedahan tiga hari dua malam tersebut telah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah beserta pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kudat . Kursus dan taklimat mengenai murid-murid pendidikan khas ini telah membuka minda dan memberi keyakinan kepada para guru untuk mengajar murid-murid pendidikan khas ini. Guru-guru mata pelajaran turut bersetuju mengenai kerjasama yang dijalin antara beliau dan guru-guru khas. Kewujudan kerjasama ini telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid pendidikan khas. Ia turut menggariskan skop tanggungjawab yang dibahagikan antara mereka. Kerjasama antara guru mata pelajaran dan guru pendamping jelas kelihatan di dalam bilik darjah.Mereka saling bantu membantu dan bertanya antara satu sama lain.6.3. Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kelas Perdana

Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid ini iaitu Jerrynick akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain. Di samping itu, dia juga yang melibatkan diri secara aktif semasa guru mengajar. Semua guru menggunakan bahan bantuan mengajar yang sama seperti murid lain. Namun Jerrynick yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan guru tanpa merujuk kepada guru pendamping. Ini menunjukkan murid ini tidak bergantung kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah beransur-ansur berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya perlu.6.4. Sosialisasi dan komunikasi murid pendidikan khas.

Dari segi sosialisasi dan komunikasi murid ini, mereka nampak sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan begitu juga sebaliknya. Di samping itu, murid ini juga masih menerima rawatan dari pihak hospital dari segi mengunakan ubat penenang. Sungguhpun demikian murid ini akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan baik. Komunikasi dua hala yang berkesan didapati semasa waktu rehat. Muridini akan bergaul bukan sahaja dengan rakan sekelas tetapi dengan semua murid di sekolah ini .

7.0Halangan dan cara mengatasi masalah penddikan inklusif di kalangan murid pendidikan khas

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia.Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah.Sememangnya banyak isu dan halangan yang dihadapi dalam melaksanakan pendidikan inklusif di sekolah . Berikut antara halangan yang dihadapi dan cara mengatasi masalah pendidikan inklusif di sekolah ini.7.1 Kerjasama Ibu Bapa

Ibu bapa murid ini pada mulanya kurang memberikan kerjasama kepada pihak sekolah. Namun, hasil inisiatif Guru Pemulihan Khas, Guru Linus dan Guru Bahasa Inggeris Linus melawat ke rumah pelajar menunjukkan impak positif. Hasil penerangan berkenaan prosedur rawatan di Klinik Kesihatan Kudat dan rujukan pakar serta elaun murid bekeperluan khas memudahkan pihak sekolah memujuk ibu bapa terbabit untuk membawa anak mereka ke KKIA Kudat.

7.2Penyelarasan Pengajaran

Akibat kewujudkan kelas inklusif di Perdana memberikan beban kepada Guru Kelas dan Guru Subjek. Terdapat guru kelas dan guru subjek yang enggan mengajar murid ini dan memberikan alasan. Namun hasil perbincangan dengan Guru Besar , Penolong Kanan Kurikulum serta taklimat daripada Pihak Unit UPSPK PPPD Kudat kepada guru guru di sekolah memudahkan proses penerimaan mereka dan memudahkan penyelarasan jadual waktu serta cara mengajar murid murid ini. Disamping itu, beban tugas juga dikurangkan dengan kewujudan guru pendamping.7.3Alat dan Kelengkapan Pada mulanya kelengkapan murid pendidikan khas di sekolah ini agak daif. Namun, hasil kerjasama dengan pihak UPSPK Kudat dan sekolah serta penubuhan Kelas Pendidikan Inklusif . Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah menghantar bantuan dari segi kelengkapan peralatan bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas ini. 8.0Rumusan

Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah menjalankan beberapa perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya ialah hanya memilih murid pendidikan khas yang menguasai kemahiran asas 3M sahaja mengikuti program ini. Selain daripada itu murid pendidikan khas yang terpilih boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka ini dikategorikan sebagai murid pendidikan khas berfungsi tinggi.

Selain itu, mereka telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai perjalanan program dan

kelas-kelas terpilih sebelum mereka mengikuti Program Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa. Kelas Pendidikan Inklusif Sk Bangau mempunyai enrolmen yang rendah dan kemasukkan murid-murid pendidikan khas tidak membebankan. Walaupun meja dan kerusi murid pendidikan khas itu turut ditempatkan di dalam kelas secara kekal tetapi pertambahan ini tidak memadatkan ataupun memenuhkan ruang di dalam bilik darjah tersebut.

Murid pendidikan khas yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Pejabat Pelajaran Daerah Kudat dan pihak sekolah Sk Bangau. Mereka turut memberi kerjasama dalam semua perkara berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kudat,berdaftar dengan program Pendidikan Khas Sk Bangau dan membayar semua yuran dan bayaran tambahan yang diperlukan. Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping yang seakan guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama dari segi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti mengajar bersama-sama atau co-teaching bersama-sama guru mata pelajaran semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan beransur-ansur kurang dari masa ke semasa.APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSIAbdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.

Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.PAGE 7