model takafu1

4
Model Takaful: Mudharabah & Wakalah Model Takaful Terdapat tiga model dan beberapa variasi bagaimana takaful boleh dilaksanakan. 1. Model Mudharabah (Perkongsian keuntungan) 2. Model Wakalah (Agensi) 3. Kombinasi Kedua-duanya Pengendali takaful merupakan pentadbir dana dan menguruskan dana bagi pihak peserta atas kepercayaan yang diberikan, dan kontrak antara peserta dengan pengendali ditetapkan berdasarkan kontrak mudharabah atau wakalah. Mudharabah memberikan hak kepada pihak pemegang kontrak untuk berkongsi keuntungan, manakala tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta; dan di bawah model wakalah, pengendali takaful dibayar fi untuk perkhidmatan yang diberikan, manakala tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta. Fi mungkin berbeza-beza berdasarkan prestasi pengendali takaful. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada keuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful.

Upload: nurul-farhan-ibrahim

Post on 30-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Model Takafu1

TRANSCRIPT

Page 1: Model Takafu1

Model Takaful: Mudharabah & Wakalah

Model Takaful

Terdapat tiga model dan beberapa variasi bagaimana takaful boleh dilaksanakan.

1. Model Mudharabah (Perkongsian keuntungan)

2. Model Wakalah (Agensi)

3. Kombinasi Kedua-duanya

Pengendali takaful merupakan pentadbir dana dan menguruskan dana bagi pihak peserta atas

kepercayaan yang diberikan, dan kontrak antara peserta dengan pengendali ditetapkan

berdasarkan kontrak mudharabah atau wakalah.

Mudharabah memberikan hak kepada pihak pemegang kontrak untuk berkongsi keuntungan,

manakala tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta; dan di bawah model

wakalah, pengendali takaful dibayar fi untuk perkhidmatan yang diberikan, manakala

tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta. Fi mungkin berbeza-beza berdasarkan

prestasi pengendali takaful. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau

berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada keuntungan pelaburan atau lebihan dana

takaful.

Model Wakalah

Page 2: Model Takafu1

Pada dasarnya, konsep wakalah ialah hubungan ejen-prinsipal, dengan pengendali takaful

bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta dan menerima bayaran fi atas perkhidmatan yang

diberikan. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau berdasarkan nisbah yang

dipersetujui daripadkeuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful. 

Model Mudarabah

Page 3: Model Takafu1

Di bawah kontrak mudharabah, pengendali takaful bertindak sebagai mudharib (pengusaha)

dan peserta sebagai rabbul mal (pemilik modal). Kontrak ini menentukan bagaimana lebihan

daripada operasi takaful dibahagikan antara pengendali takaful dengan peserta. Kerugian

adalah ditanggung oleh peserta sebagai pemilik modal. Walau bagaimanapun, untuk

melindungi kepentingan peserta, pengendali takaful perlu mematuhi peraturan kehematan

termasuk peruntukan pinjaman tanpa faedah oleh pengendali untuk dana risiko takaful

sekiranya terdapat kekurangan dalam dana risiko takaful.