minit mesyuarat teknik & vokasional 1 2013

Upload: faris-farfaez

Post on 04-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MINIT TEKNIK

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERCHU33000 KUALA KANGSAR, PERAK

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2013BIDANG KEMANUSIAAN

Tarikh:28 Disember 2012Hari:JumaatMasa:9.00 pagiTempat:Bilik Gerakan SMK Bukit Merchu.

Kehadiran:

1. Pn. Marhaini bt Din2. Pn Normala bt Abdullah3. Pn Noorsuriati bt Awang4. En Rosman b Hussin5. Pn Normadihah bt Zainal Abidin6. Pn Nadhrah bt Abd Manas7. Pn Mazidatul Aida bt Ahmad Khalid8. Pn Norazima bt Ghazali9. Pn Norhalida bt Din10. En Ismail Dzlan b Yahaya11. En Md Azmi b Azmi12. Md Sapiny b Ramli13. Pn Surana bt Ibrahim

Agenda:

1.0 Ucapan PengerusiMesyuarat dipengerusikan oleh Pn Marhaini bt Din dan dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi mengalukan-alukan kehadiran semua ketua panitia bidang Kemanusiaan pada mesyuarat kali pertama sesi 2013. Tindakan : Makluman

2.0 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan/Buku Persediaan MengajarSemua guru diminta memastikan RPT disusun mengikut taqwim dan sesuaikan dengann tarikh, hari cuti dan sebagainya. Pengerusi juga mengingatkan agar buku persediaan mengajar ditulis maklumat diri dan pastikan TOV/ETR telah diisi pada bahagian markah. Tindakan : Ketua Panitia

7.0 Jadual penyediaan soalan ujian selaras, PPT dan PATPengerusi meminta guru menyediakan soalan sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan.Guru-guru diminta merujuk peraturan ujian dan peperiksaan Sekolah Menengah Bukit Merchu 2013.

Tindakan : Guru Matapelajaran

8.0 Analisis dan Post Mortem PMR (Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam)Pengerusi meminta guru yang terlibat supaya membuat analisis peperiksaan bagi ke tiga-tiga subjek iaitu Sejarah, Geografi dan pendidikan Islam dan memyerahkannya dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat kali pertama.Tindakan : Ketua Panitia

9.0 Headcount (TOV/ETR)Pengerusi meminta semua ketua panitia menghantar headcount pada minggu pertama persekolahan. Ketua panitia diminta menetapkan headcount berpandukan benchmark yang terbaik yang pernah dicapai.

Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran10.0 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)Guru yang telah menghadiri kursus PBS diminta melaksanakan in house training bagi semua guru yang mengajar subjek berkenaan bagi tingkatan 1 dan 2 sesi 2013. Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran

11.0 Pencerapan guru dan buku latihanPengerusi meminta semua guru bersedia untuk pencerapan mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam buku pengurusan dan pentadbiran 2013. Guru-guru diminta bersedia untuk dipantau dsan memastikan buku rekod ditulis.

Buku latihan juga perlu dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penolong Kanan menjelaskan semua buku latihan dan nota pelajar perlu dihantar untuk semakan pentadbir.Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran12.0 Pengurusan fail panitiaPengerusi mengingatkan agar semua panitia mengemaskini fail panitia masing-masing. Pengauditan akan dilaksanakan pada bulan Januari, April dan Ogos. Tindakan : Ketua Panitia13.0 Pemantauan bilik-bilik khasPengerusi mengingatkan agar semua peralatan yang terdapat di dalam bilik-bilik khas mengikut kesesuaian PdP dan berfungsi dengan baik. Jika terdapat alatan yang tidak berfungsi guru diminta mengisi borang KEW PA 9.

Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran

14.0 Program peningkatan akademik PMR/SPMSemua panitia diminta merangka program peningkatan akademik 2013 bagi mata pelajaran masing-masing. Program yang dirancang perlu meliputi program utama iaitu yang dianjurkan oleh pihak sekolah, program sampingan dan program sokongan. Program yang dijalankan mesti mengikut seperti yang telah dirancang oleh panitia berdasarkan carta gant.Untuk melaksanakan program, guru mesti menyediakan kertas kerja bagi setiap program yang ingin dijalankan 2 minggu sebelum program.

Tindakan : Ketua Panitia

15.0 Bulan Kemerdekaan dan Kesenian IslamPengerusi meminta panitia yang berkaitan mencadangkan aktiviti bagi sesi 2013 diminta membincangkannya ketika mesyuarat panitia.

Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran 16.0 Hal-hal lain 16.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru yang terlibat dalam PMR tahun 2012. Peratus bagi subjek Sejarah mendapati terdapat seorang pelajar gagal. Beliau meminta guru yang terlibat supaya berusaha mencapai target sekolah dan mengatur aktiviti dan strategi yang bersesuaian untuk pelajar. Bagi subjek Pendidikan Islam, 8 orang tidak lulus dan diminta gurun yang berkenaan supaya lakukan langkah yang terbaik untuk pelajar dan minta semua guru bekerjasama. Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran

16.2 Puan Zubedah mengatakan bahawa PBS mesti mencapai tahap band 3 sekurang-kurangnya bagi subjek Sivik. Guru-guru yang mengajar subjek berkenaan supaya dapatkan bahan-bahan yang sesuai kepada pelajar dan guru-guru yang mengajar subjek yang sama supaya berbincang bagi memantapkan PdP. Beliau mencadangkan supaya pihak pentadbiran juga berbincang tentang pencapaian pelajar.

Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran 16.3 Puan Surana mencadangkan supaya mengadakan penanda aras untuk menentukan tahap pelajar (PBS). Beliau juga berpendapat tahap pelajar dalam kelas tidak bersesuaian dengan kedudukan mereka sekarang ini.

Tindakan : Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan Oleh,Disahkan Oleh,

...... (Pn Normala binti Abdullah) ( )Setiausaha, Bidang KemanusiaanSMK Bukit Merchu.

4