minit mesyuarat sukan 1 2012

5
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE 31900 KAMPAR MINIT MESYUARAT SUKAN 1/2012 MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 32 KALI 1/2012 02 FEBUARI 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

Upload: maslamah-ahmad-razali

Post on 24-May-2015

4.982 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat sukan 1 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE31900 KAMPAR

MIN

IT M

ES

YU

AR

AT

SU

KA

N 1

/201

2

MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 32KALI 1/2012

02 FEBUARI 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

Page 2: Minit mesyuarat sukan 1 2012

Minit Mesyuarat Sukan Kali 1/2012Tarikh : 2 mac 2012

Tempat : Bilik Komputer Sekolah

Kehadiran :

1. Pn. Ramsinah Bt. Abdul Latib Guru Besar2. Cik Norliah Bt. Abdullah PK Kokurikulum3. En. Jumaat b. Hj. Majid Pemangku PK HEM4. En. Arman B. Hashim Penyelaras Pendidikan Khas5. En. Zulkhiffli b. Razmi Setiausaha Sukan Sekolah6. En. Asri bin Ahmad Penolong Setiausaha Sukan Sekolah7. En. Gunarajan A/L ****8. En. Choo Chee Seng9. En. Hafiz b. Abdullah10. En. Mohd. Hasmawi b. Deraman11. En. Norhazali b. Muhamad Yusuf12. Pn. Puteri Zairene bt. Mohd. Isak13. Pn. Elwa Neta bt. Itam Wali14. En. Mohd Bakhtiar B. Yusuf15. Pn.

Tidak Hadir: Pn. Karti bt. Rasidin – Cuti Sakit

Agenda:

1. Ucapan Guru Besar2. Taklimat Setiausaha Sukan3. Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum4. Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi

1. Ucapan/Taklimat Puan Guru Besar

1.1 Pn. Ramsinah, selaku Guru Besar SK De La Salle mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Makluman Semua AJK Induk Sukan

2. Taklimat Setiausaha Sukan

Page 3: Minit mesyuarat sukan 1 2012

2.1 En Zulkhiffli selaku setiausaha sukan mengedarkan beberapa kertas kerja Temasya Olahraga Tahunan kali ke 33 dan kertas kerja ini akan dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa yang lain pada mesyuarat yang akan datang.

2.2 Beliau memberitahu bahawa penetapan tarikh sukan sebelum ini ialah pada 25 Jun 2012 tetapi tarikh tersebut terpaksa diubah pada 1 Julai 2012 ( Ahad ). Ini kerana pihak Majlis Daerah Kampar tidak dapat menyediakan sebanyak tujuh khemah sukan yang dikehendaki pada tarikh tersebut disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

2.3 Beliau memberitahu bahawa penyertaan Sukan Tara diwajibkan bagi murid tahap I iaitu tahun 3 sahaja dan semua tahun pada tahap II kecuali yang bersebab dan bermasalah kesihatan.

2.4 Berkenaan dengan cadangan agar latihan sukan dibuat satu sesi, En Arman selaku Penyelaras Pendidikan Khas meminta agar satu sesi latihan serentak dibuat bagi memudahkan segala urusan berkaitan dengan sukan.

2.5 Cadangan latihan sukan dilaksanakan pada sesi pagi telah disokong sebulat suara. Latihan akan dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan selepas cuti mulai pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

.2.6 Pengagihan jawatankuasa sukan telah dibuat dan guru-guru yang terlibat boleh melihat

seperti dalam lampiran A.

2.7 Acara saringan akan dijalankan bagi acara Lari Pecut 100m (Lelaki dan Perempuan) tahun 4,5,6 dan Lari Pecut 70m (Lelaki Perempuan) tahun 2,3.

2.8 Acara Lari Berganti-Ganti 4X100m (Lelaki dan Perempuan) tahun 2 hingga 6 dijalankan terus ke peringkat akhir.

2.9 Acara Lontar Peluru tahun 4,5,6 (Lelaki dan Perempuan) setiap rumah menghantar wakil seramai 6 peserta iaitu 2 peserta bagi setiap tahun. Untuk acara Lompat Jauh tahun 4,5,6 (Lelaki dan Perempuan), seramai 4 peserta untuk tahun 4,5 dan 3 peserta bagi tahun 6. Manakala acara berpasukan tahun 1,2,3, setiap rumah menghantar seramai 10 orang peserta.

Makluman dan tindakan semua Ketua Rumah Sukan

3. Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum

3.1 Cik Norliah selaku PK pentadbiran menegaskan agar tiada pertindihan tugas guru-guru yang terlibat.

Makluman semua AJK Sukan

Page 4: Minit mesyuarat sukan 1 2012

4. Hal-Hal Lain

4.1 Semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik perlu menjalankan tugas dan libatkan semua ahli PIBG sekolah.

Makluman semua AJK Sukan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua guru yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

En. Asri bin Ahmad Cik Norliah bt. Abdullah

Pen. Setiausaha Sukan Penolong Kanan pentadbiran SK De La Salle, Kampar SK De La Salle, Kampar