minit mesyuarat pertama big

6
MINIT MESYUARAT PERTAMA AKTIVITI PROGRAM KEMASYARAKATAN KUMPULAN SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK. Tarikh : 25 / 08 / 2013 Tempat : Bilik A3 Masa : 2.30 petang . Kehadiran : Rujuk Lampiran kehadiran. AGENDA . Ucapan Pengerusi. Penubuhan AJK Induk dan AJKK. Cadangan target Pelaksanaan Aktiviti BIG (Program kemasyarakatan). Penetapan Tarikh, Masa dan Hari. Cadangan aktiviti program. Hal-hal lain. 1. 0 UCAPAN PENGERUSI ( SUKURNI BIN JEMI ) 1.1 En. Sukurni memulakan mesyuarat dengan ucapan alu- aluan. 1.2 En Sukurni menjelaskan bahawa Aktiviti BIG iaitu Program Kemasyarakatan akan diadakan pada masa yang terdekat iaitu sebelum tarikh penyerahan kerja kursus, 21 September 2013. 2.0. Penetapan tarikh,masa dan hari.

Upload: mary-phang

Post on 20-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Pertama Big

MINIT MESYUARAT PERTAMAAKTIVITI PROGRAM KEMASYARAKATANKUMPULAN SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUIPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK.

Tarikh : 25 / 08 / 2013

Tempat : Bilik A3

Masa : 2.30 petang .

Kehadiran : Rujuk Lampiran kehadiran.

AGENDA .

Ucapan Pengerusi.

Penubuhan AJK Induk dan AJKK.

Cadangan target Pelaksanaan Aktiviti BIG (Program kemasyarakatan).

Penetapan Tarikh, Masa dan Hari.

Cadangan aktiviti program.

Hal-hal lain.

1. 0 UCAPAN PENGERUSI ( SUKURNI BIN JEMI )

1.1 En. Sukurni memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan.1.2 En Sukurni menjelaskan bahawa Aktiviti BIG iaitu Program Kemasyarakatan akan

diadakan pada masa yang terdekat iaitu sebelum tarikh penyerahan kerja kursus, 21 September 2013.

2.0. Penetapan tarikh,masa dan hari.

2.1.Untuk tarikh perlaksanaan aktiviti, semua pelajar Kumpulan Sains 2 dengan sebulat suara bersetuju memilih Tarikh : 14 September 2013 Hari : Sabtu. Masa : 10.00 pagi.

Tindakan: Semua pelajar Kumpulan Sains 2

3.0 Penubuhan AJK Induk dan AJKK.

3.1.En. Sukurni meminta semua peserta memilih AJK Induk dan AJKK agar pelaksanaan program ini dapat dijalankan dengan teratur.

Page 2: Minit Mesyuarat Pertama Big

Keputusan adalah seperti berikut:

AJK Induk

Pengerusi : En Sukurni bin JemiNaib Pengerusi : En Iswandy bin AhamadSetiausaha : Pn Fauziah binti TahirBendahari : Pn Ng Choon Mei

AJKK Semua peserta/ahli

Tindakan: Semua pelajar Kumpulan Sains 2

4.0. Cadangan target pelaksanaan aktiviti BIG.

4.1. Seterusnya, En. Sukurni juga meminta semua peserta program mencadangkan beberapa tempat yang sesuai untuk pelaksanaan program kemasyarakatan iaitu aktiviti bergotong royong.

4.2. Dengan persetujuan semua peserta, target tempat pelaksanaan aktiviti program ialah di 4.2.1. Rumah orang buta Cawangan Bahagian Kuching di Jalan Ong Tiang Swee

4.2.2. Sekolah Kebangsaan Catholic English, Jalan Green, Kuching.

- En. Sukurni telah menawarkan diri untuk menghubungi kedua-dua tempat tersebut. Beliau akan memaklumkan kepada semua peserta tempat yang akan diadakan aktiviti gotong royong nanti. Selain itu, beliau juga akan cuba berhubung dengan pihak berkenaan untuk berbincang dan mengenalpasti bilangan penghuninya serta kesesuaian aktiviti aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Tindakan: En Sukurni bin Jemi

4.3.En. Iswandy Ahamad mencadangkan tempoh masa pelaksanaan aktiviti gotong- royong diadakan selama 3 jam. Cadangan beliau telah diterima dan dipersetujui oleh semua peserta.

Tindakan: Semua pelajar Kumpulan Sains

4.4. En. Sukurni juga meminta Pn Fauziah selaku setiausaha untuk mengagihkan tugasan kepada semua peserta / ahli dan jadual pelaksanaan. Cadangan beliau telah dipersetujui oleh semua peserta.

Tindakan: Pn Fauziah Tahir

Page 3: Minit Mesyuarat Pertama Big

5.0. Cadangan Aktiviti program

5.1. Pn Josephine mencadangkan agar dicatatkan beberapa keperluan untuk aktiviti serta menganggarkan perbelanjaan sepenjang pelaksanaan aktiviti tersebut. Cadangan beliau telah disambut baik oleh semua peserta. Tindakan: Semua peserta

5.2. En Saei pula mencadangkan agar semua peserta menyumbangkan sebanyak RM 20 untuk perbelanjaan sewaktu pelaksanaan aktiviti itu nanti. Semua peserta bersetuju. Tindakan:Semua pelajar Kumpulan Sains 2

5.3. Untuk jamuan bersama pihak sekolah atau persatuan orang buta, Cik Maslihun mencadangkan untuk menempah makanan daripada seseorang yang dikenali- nya. Makanan dijamin berpatutan dengan harga dan akan dihantar ke tempat pelaksanaan aktiviti nanti. Cadangan beliau juga dipersetujui oleh semua pe- serta.

Tindakan: Cik Maslihun binti Mahshin

5.4. En Sukurni memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Pn Fauziah untuk menyediakan jadual bertugas kepada semua peserta. Cadangan beliau dipersetujui oleh semua peserta.

Tindakan: Pn Fauziah binti Tahir 6.0 Hal-hal lain.

6.1. Untuk hal-hal lain, En Sukurni juga memberi amanah kepada Pn Fauziah untuk membuat laporan minit mesyuarat serta menulis surat meminta kebenaran daripada pihak BIG IPG Kampus Batu lintang dan surat permohonan untuk aktiviti kemasyarakatan iaitu di Rumah Orang Buta atau Sekolah Kebangsaan Catholic. Beliau juga akan menghantar email kertas kerja kepada Pn Fauziah untuk dikemaskini dengan dilampirkan bersama jadual tugasan, aturcara program dan sebagainya. Salinan kertas kerja dan surat menyurat akan diemail kepada semua peserta untuk disimpan ke dalam portfolio masing-masing.

Tindakan: En Sukurni bin Jemi dan Pn Fauziah binti Tahir

6.2.En Madehi mencadangkan agar mesyuarat ini ditangguhkan tepat pada pukul 3.30 petang. Cadangan beliau telah dipersetujui oleh semua peserta.

Tindakan:Semua pelajar kumpulan Sains 2

Page 4: Minit Mesyuarat Pertama Big

2.0 PENUTUP

Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan sesi mesyuarat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ……………………… (PN. FAUZIAH BINTI TAHIR) (EN SUKURNI BIN JEMI) Setiausaha Aktiviti Kemasyarakatan Pengerusi Aktiviti Kemasyarakatan PPG Kumpulan Sains 2 PPG Kumpulan Sains 2 Ambilan Jun 2011 Ambilan Jun 2011 Kehadiran:

Bil. Nama No. Matrik

1 AZLAN BIN KARIM 201106248

2 ADIMI ANAK MITEM 201106113

3 KORNIA BINTI BAKAR 201106167

4 CECILIA ELMI ANAK MODEN 201106063

5 CHRISTINA CHEE 201106043

6 FAUZIAH BINTI TAHIR 201106225

7 MOHD MUKHZANI BIN TENG 201106200

8 ISWANDY BIN AHAMAD 201106065

9 NG CHOON MEI 201106180

10 NIWLIA ANAK MIDAI 201106179

11 SUKURNI BIN JEMI 201106268

12 TING PANG SOON 201106044

13 YONG KHIEN CHOI 201106645

14 JOSEPHINE ANAK JOHN BALASSAN 201106256

15 MADEHI BIN BOLHAN 201106309

16 MASLIHUN BINTI MAHSHIN 201106173

17 PHANG CHAI FUNG 201106199

18 RENI ANAK AI 201106067

19 SA'EI BIN KIP 201106655

20 VEEVI HAZZRAH BINTI ABDUL RAZAK 201106175