mesyuarat pertama penggal kedua dewan undangan …dun.penang.gov.my/images/hansard 2019/april/minit...

45
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS MINIT PERSIDANGAN 26 APRIL 2019 - 03 MEI 2019 Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI

KEEMPAT BELAS

MINIT PERSIDANGAN

26 APRIL 2019 - 03 MEI 2019

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

2

MINIT PERSIDANGAN

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Kandungan Muka Surat

Minit Persidangan Hari Pertama (26 April 2019) 4

Minit Persidangan Hari Kedua (29 April 2019) 15

Minit Persidangan Hari Ketiga (30 April 2019) 21

Minit Persidangan Hari Keempat (02 Mei 2019) 28

Minit Persidangan Hari Kelima (03 Mei 2019) 33

Page 3: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

3

MINIT PERSIDANGAN

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 26 APRIL 2019 (JUMAAT) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap

14. YB. Lim Guan Eng Air Putih

15. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

16. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

17. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

18. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

19. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

20. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

21. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

Page 4: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

4

Bil. Nama Ahli Kawasan

22. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

23. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

24. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

25. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

26. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

27. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

28. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

29. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

30. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

31. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

32. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

33. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

34. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

35. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

36. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

37. YB. Heng Lee Lee Berapit

38. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

39. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

40. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

41. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd. Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Page 5: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

5

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi. 1. BACAAN DOA 2. PENGUMUMAN OLEH YB. YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri telah memaklumkan Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri telah menetapkan hari ini 26 haribulan April 2019 sebagai hari permulaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas melalui pengisytiharan bertarikh 28 Februari 2019 dan diwartakan pada 14 Mac 2019.

3. UCAPAN OLEH T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua saya masih diberikan kesempatan untuk menghadiri dan menyampaikan ucapan perasmian bagi Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Keempat Belas bersama Toh Puan pada pagi yang mulia dan barakah ini.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana telah berjaya mentadbir negeri dalam tempoh setahun ini dengan cemerlang walaupun majoriti Ahli Yang Berhormat adalah baharu dalam barisan kepimpinan negeri.

Saya percaya kesemua Ahli Yang Berhormat akan terus bekerja keras bagi memastikan segala perancangan dan pembangunan negeri dipacu dengan lebih berkualiti serta memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat negeri ini. Saya percaya ianya adalah harapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow apabila mengetengahkan Visi Penang 2030.

Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri bakal melancarkan booklet Penang2030 pada esok hari 27 April 2019. Saya doakan agar majlis tersebut akan berjalan lancar dan jayanya. Sesi engagement exercise atau sesi penglibatan awam akan terus diadakan demi penambahbaikan dasar-dasar yang kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk program, projek dan juga polisi yang akan memanfaatkan rakyat kelak. Besarlah harapan saya agar Visi Penang2030 mendapat kerjasama dan penglibatan yang menyeluruh daripada semua Ahli Yang Berhormat agar maklumat yang akan disampaikan ke peringkat akar umbi menjadi lebih mudah dan berkesan. Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Saya menyambut baik usaha pembaharuan dan reformasi dalam sistem politik Negeri Pulau Pinang yang telah bersetuju untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal sahaja demi menerapkan amalan tadbir urus yang baik lagi telus. Usaha ini dilihat bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan check and balance, malah yang lebih penting dapat mencegah penyalahgunaan kuasa.

Page 6: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

6

Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini dan persidangan akan datang perlu diadakan di Dewan Sri Pinang memandangkan kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan di bangunan Dewan Undangan Negeri. Mengimbas kembali ucapan saya pada tahun 2015, ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas, saya telah mengusulkan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang baharu. Bangunan Dewan Undangan Negeri sedia ada telah digunakan sejak tahun 1959 dengan keanggotaan 24 Ahli Dewan Undangan Negeri berbanding 40 Ahli Dewan Undangan Negeri sekarang.

Kemajuan dan kepesatan pembangunan Negeri Pulau Pinang pada masa ini serta peningkatan permintaan dan keperluan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, tidak dapat dinafikan. Oleh itu, saya masih amat mengharapkan agar Kerajaan Negeri memandang serius usul untuk mendirikan bangunan Dewan Undangan Negeri yang baharu bagi keselesaan sidang serta untuk menampung jumlah Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai bertugas, para media dan keperluan-keperluan lain yang perlu untuk ditambahbaik.

Selain itu, saya juga ingin mengusulkan cadangan baharu kepada Kerajaan Negeri melibatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di bangunan KOMTAR yang telah digunakan mulai tahun 1986. Cadangan ini diusulkan dengan mengambilkira insiden “kebakaran” yang berlaku baru-baru ini dan telah menimbulkan suasana panik, kurang selesa dan lain-lain kelemahan yang ketara. Keperluan ruang kerja baharu dengan mengambil kira keperluan pertambahan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan juga menjadi faktor tambahan untuk pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan yang baharu selari dengan pembangunan semasa.

Justeru itu, pada hemat saya telah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri meneliti secara bersungguh-sungguh untuk pembinaan bangunan Dewan Undangan Negeri baharu beserta Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri secara bersama di dalam satu kompleks. Tapak tebus guna strategik yang akan dimiliki Kerajaan Negeri amat sesuai bagi pembangunan ini. BELANJAWAN BERHEMAH Ahli-Ahli Yang Berhormat, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2018 telah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara pada 16 Januari 2019 untuk diaudit. Penyata berkenaan menunjukkan kutipan hasil bagi Tahun 2018 berjumlah RM987 juta berbanding kutipan hasil Tahun 2017 berjumlah RM757 juta. Oleh itu kutipan hasil Tahun 2018 menunjukkan peningkatan RM230 juta. Di samping itu, perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2018 adalah berjumlah RM1.005 bilion berbanding perbelanjaan bagi Tahun 2017, RM706 juta iaitu peningkatan berjumlah RM299 juta. Bagi akhir Tahun 2018 berdasarkan kepada kutipan hasil dan perbelanjaan, kedudukan rezab Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM1.074 bilion, berbanding pada akhir Tahun 2017 iaitu RM1.092 bilion. Pencapaian rezab terkumpul Kerajaan Negeri pada akhir Tahun 2018 menunjukkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah stabil dan kukuh. Pencapaian ini juga membuktikan bahawa dasar Kerajaan Negeri di dalam pengurusan kewangan berteraskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah terbukti di samping tindakan perbelanjaan secara berhemah dan berprinsipkan value for money.

Saya berharap agar Kerajaan Negeri terus komited dalam mengamalkan tadbir

urus yang baik, perbelanjaan berhemat serta ketelusan dalam kaedah perolehan Kerajaan. Adalah diharapkan segala program dan projek yang telah dirancang untuk

Page 7: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

7

kesejahteraan rakyat yang merentasi pelbagai sektor dapat memberikan pulangan yang optimum kepada kerajaan dan rakyat negeri ini.

PRESTASI EKONOMI NEGERI Prestasi pertumbuhan ekonomi global untuk tahun 2018 adalah sekitar 3.9 peratus manakala unjuran bagi tahun 2019 adalah pada 3.3 peratus sahaja. Namun begitu, pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang kekal berkembang secara positif. Bagi tahun 2018, Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.78 bilion di mana pelaburan asing yang diluluskan berjumlah RM3.69 bilion manakala pelaburan domestik berjumlah RM2.09 bilion. Sektor pembuatan akan terus kekal sebagai salah satu teras utama. Malah Pulau Pinang terus menerima pelaburan di mana pada November 2018, Micron, sebuah syarikat Fortune 500, telah mengumumkan pelaburan berjumlah RM1.5 bilion untuk menubuhkan pusat kecemerlangan Solid State Drive (SSD) di Taman Perindustrian Batu Kawan. PENYEDIAAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM Pulau Pinang dan feri adalah sangat sinonim kerana pada suatu masa dahulu perkhidmatan feri merupakan satu-satunya pengangkutan untuk ke Pulau Pinang dari Butterworth. Perkhidmatan yang ikonik dengan Pulau Pinang pada ketika ini diurus oleh Rapid Ferry Sdn. Bhd. Iaitu Special Purpose Vehicle (SPV) Prasarana melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 Mei 2018. Kerajaan Negeri menyedari perkhidmatan ini perlu dipertingkatkan terutamanya dari segi kekerapan perkhidmatan ketika waktu puncak tetapi Prasarana menghadapi kekangan kewangan. Oleh itu, Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Prasarana dan Kementerian Kewangan bagi menangani masalah ini. Kerajaan Negeri terus aktif melaksanakan perancangan dan menghasilkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan - PTMP) pada 2016. PTMP merangkumi dua (2) projek utama iaitu Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) dan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1). Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi PIL 1 telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 10 April 2019. Projek jalan-jalan utama lain ialah pembinaan jalan pintasan Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang dijadual bermula pembinaannya pada 1 September 2019 setelah kesemua kelulusan jabatan teknikal diperolehi. Perancangan projek infrastruktur Kerajaan Negeri adalah: (i) Sistem pengangkutan rel yang masih dalam penilaian Agensi Pengangkutan

Awam Darat (APAD); (ii) Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dari

berkapasiti 6.5 juta penumpang setahun kepada kapasiti 12 juta penumpang setahun yang akan diuruskan oleh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB);

(iii) Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara

(LTAKU) di Pulau Pinang di mana perunding akan dilantik untuk melakukan kajian.

Projek tambakan laut - Penang South Reclamation (PSR), melibatkan tambakan seluas 4,500 ekar pulau buatan yang mampu mengubah landskap fizikal dan ekonomi negeri pada masa hadapan. Usaha Kerajaan Negeri sejak dari tahun 2016 telah mendapat persetujuan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019 dengan menetapkan 18 nasihat dan tambahan beberapa nasihat dari

Page 8: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

8

Kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Negeri. Saya yakin Kerajaan Negeri akan mematuhi sepenuhnya semua syarat yang ditetapkan selaras dengan dasar CAT. PROJEK INFRASTRUKTUR AWAM Ahli-Ahli Yang Berhormat Perancangan Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM6.45 juta pada tahun 2018 kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek-projek infrastruktur awam di seluruh Negeri Pulau Pinang. Projek-projek terlibat termasuk: (i) Projek pelebaran jalan dan menaiktaraf jambatan Sungai Machang Bubuk di

Jalan Gajah Mati, Seberang Perai Tengah dengan kos RM3.75 juta; (ii) Projek menaiktaraf persimpangan jalan perindustrian Bukit Minyak dan jalan

perusahaan Bukit Minyak I, Seberang Perai Tengah yang bernilai RM500,000. Kerajaan Negeri juga pada tahun 2019 turut memperuntukkan sejumlah RM3.088 juta untuk melaksanakan tujuh (7) projek jalan di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula telah diperuntukkan RM12.345 juta pada tahun 2018 untuk melaksanakan projek tebatan banjir berimpak tinggi (high impact project). Kesemua lapan (8) projek tebatan banjir berimpak tinggi sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan pelbagai status kemajuan. Pelaksanaan projek berkenaan oleh JKR dan JPS dapat menjamin kemudahan infrastruktur yang lebih mantap serta berkesinambungan antara kawasan. Malah projek JPS setelah disiapkan dapat menangani masalah banjir. SEKTOR PELANCONGAN NEGERI Di sektor pelancongan, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mencatat peningkatan penumpang sebanyak 7.59 peratus dari 7.23 juta orang pada tahun 2017 kepada 7.78 juta orang pada tahun 2018.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang juga merekodkan peningkatan jumlah penginapan sebanyak 2.28 peratus dari 62.76 peratus kepada 64.19 peratus pada tahun 2018. Usaha gigih Kerajaan Negeri dengan menambah laluan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke destinasi seperti Hanoi, Doha, Phuket, Jakarta, Surabaya, Nanning, Hong Kong, Taipei dan lain-lain negara Asia beberapa tahun kebelakangan ini mula membuahkan hasil di samping aktiviti promosi yang dilaksanakan secara berterusan di dalam dan luar negara. Pelayaran Kapal Persiaran (Cruise) turut mencatatkan 199 ketibaan antarabangsa dengan sejumlah Tiga Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu Satu Ratus Dua Puluh Tiga (357,123) orang penumpang pada tahun 2018. Malah saya turut dimaklumkan bahawa RM155 juta telah diperuntukkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Royal Carribean Cruises Ltd. untuk menaiktaraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT). Projek yang mengambil masa setahun untuk disiapkan akan membolehkan SPCT menempatkan dua (2) buah kapal pelayaran mega dan mengendalikan seramai 12,000 orang penumpang pada satu-satu masa.

Bersempena Tahun Melawat Pulau Pinang 2020, saya mengharapkan produk pelancongan warisan dapat diketengahkan bersama-sama produk pelancongan lain seperti agropelancongan dan akuapelancongan yang menjadi tumpuan pada masa ini. Tindakan ini akan membolehkan kempen Experience Penang 2020 dengan tagline

Page 9: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

9

Celebrate Asia’s Diversity yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri dapat menginspirasikan pelancong untuk ke Pulau Pinang menerusi kepelbagaian aspek seperti kebudayaan, warisan, kesenian, makanan serta alam semulajadi. SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Penduduk dunia dan negara terus meningkat sedangkan keluasan tanah untuk menghasilkan makanan semakin berkurangan. Oleh itu sektor pertanian sentiasa kekal signifikan dan berperanan penting sebagai pembekal sumber makanan. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kesuburan tanah pertanian sedia ada dengan memastikan bekalan air yang mencukupi dan mengelakkan pencemaran alam yang boleh menjejaskan kualiti tanah, air dan iklim kerana ia akan menjejaskan produktiviti dan meningkatkan kos pengeluaran pertanian dan makanan. . Hasrat untuk memodenkan sektor pertanian perlu melibatkan bukan sahaja pihak Kerajaan Negeri tetapi juga pelaburan secara besar-besaran dengan penyertaan sektor swasta bagi membangunkan prasarana dan teknologi baharu. Justeru itu usaha Kerajaan Negeri dalam memacu sektor pertanian pada peringkat yang lebih tinggi dengan membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda, TKPM Mayfield, Taman Agro Batu Kawan (Juru) dan Taman Agro Permatang Pauh untuk memastikan bekalan makanan negara mencukupi perlu dipuji kerana tindakan ini merupakan langkah yang bijak. Jalinan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dengan pihak swasta untuk melabur dalam industri pertanian khususnya sub-sektor tanaman makanan perlu diberikan keutamaan. Saya dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah memulakan projek usahasama dengan pihak swasta dalam penghasilan biji benih melalui program peladang kontrak yang bakal bermula pada suku kedua tahun 2019. PERUMAHAN AWAM DAN MAMPU MILIK Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rumah merupakan keperluan asas rakyat dan kediaman yang kondusif mampu membentuk keluarga serta komuniti sejahtera. Penyediaan perumahan mampu milik merupakan cabaran paling besar Kerajaan Negeri. Bagi merealisasikan hasrat ini, saya amat bersukacita apabila mendapati Kerajaan Negeri telah berjaya melepasi komitmen menyediakan perumahan selesa dan mencukupi bagi golongan B40 dan M40. Sejak tahun 2008 hingga kini, sebanyak Dua Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Empat (29,294) unit Rumah Mampu Milik kategori A, B dan C telah siap dibina. Sejumlah Dua Puluh Tiga Ribu Dua Ratus Dua Puluh Dua (23,222) unit sedang dalam peringkat pembinaan manakala Empat Puluh Lapan Ribu Tujuh Belas (48,017) unit di peringkat perancangan. Jumlah keseluruhan rumah yang dibina dan dirancang oleh Kerajaan Negeri adalah melebihi dari sasaran yang ditetapkan dan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’. SEKTOR PENDIDIKAN NEGERI Revolusi Industri 4.0 menuntut semua masyarakat dunia melakukan anjakan paradigma dan lonjakan mega bagi memastikan setiap yang dirancang dan dilaksanakan kekal relevan dan signifikan dengan peredaran masa. Saya berbangga apabila Kerajaan Negeri telah memulakan transformasi sektor pendidikan dengan membangunkan Perpustakaan Digital pada tahun 2016 dan beroperasi 24 jam setiap hari. Operasi Perpustakaan Digital ini telah diperluaskan dengan penubuhan

Page 10: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

10

Perpustakaan Digital Fasa (II) yang dirasmikan pada 27 Januari 2019 dengan tema Library in the Park dengan kos RM10.8 juta. Di kawasan Seberang Perai, Perpustakaan Digital Butterworth bakal dibina dan dijangka dapat beroperasi pada awal tahun 2020 dengan kos RM6.6 juta. Saya percaya pelaburan Kerajaan Negeri dalam Perpustakaan Digital amat berbaloi dalam memperkasakan modal insan negeri dan menjadikan rakyat berpengetahuan serta mempunyai mentaliti kelas pertama. Kejayaan Kerajaan Negeri mewujud Perpustakaan Digital telah menjadi model untuk Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan dan pelaksanaan kepada Negeri Kedah bagi pembinaan sebuah Perpustakaan Digital pertama di luar Pulau Pinang. Saya juga amat berharap pembinaan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) pertama di Malaysia dengan kos RM5 juta dapat disiap sepenuhnya pada Disember 2019. Pembangunan PIDL direka dengan merangkumi lima (5) elemen utama berkaitan Islam iaitu Peace (Keamanan), Patience (Sabar), Hope (Harap), Destiny (Takdir) dan Freedom (Kebebasan). Aspirasi dan elemen tersebut diharapkan dapat memberi persepsi positif mengenai agama Islam. Sebagai usaha untuk memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kerajaan Negeri telah mengadakan kelas asas pengekodan (coding). Sambutan yang diterima untuk pelaksanaan kelas ini amat memberangsangkan dengan melibatkan sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri melalui Penang Science Café (PSC) mensasarkan 100,000 pelajar untuk mengikuti kelas berkenaan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Chief Minister Incorporated (CMI) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama UN Habitat pada 6 Oktober 2018 untuk tempoh lima (5) tahun. Sebagai menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri, satu lawatan rasmi yang diketuai oleh saya bersama Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan ke Nairobi pada bulan Mac yang lalu. Pihak UN Habitat bercadang untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Urbanisasi (Centre of Excellence for Sustainable Urbanisation) di Pulau Pinang. Delegasi Kerajaan Negeri telah memberi justifikasi kesesuaian Pulau Pinang untuk dipilih bagi diwujudkan pusat ini oleh UN Habitat. Pemilihan Pulau Pinang kelak akan menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri pertama di Malaysia sebagai pusat serantau untuk pembangunan perbandaran lestari di peringkat ASEAN. BANDAR PINTAR BERTARAF ANTARABANGSA Terdapat empat (4) teras strategik Bandar Pintar Pulau Pinang iaitu Tadbir Urus, Infrastruktur, Data dan Rakyat serta lima (5) domain utama bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Masyarakat Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk Pulau Pinang mencapai taraf bandar pintar yang mampan (sustainable) melalui tadbir urus pintar serta transformasi digital termasuk Revolusi Industri 4.0. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Utara, telah menamakan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan internet yang terbaik di Malaysia. Statistik liputan komunikasi Pulau Pinang berakhir pada Disember 2018, menunjukkan bahawa Negeri ini telah mencapai 100 peratus capaian liputan 3G dan 97.7 peratus liputan 4G LTE (Long Term Evolution) di kawasan berpenduduk. Kadar penembusan jalur lebar tetap di Pulau Pinang (berwayar) mengikut 100 orang penduduk adalah 11.8 peratus melebihi kadar penembusan di peringkat nasional iaitu 8 peratus. Manakala purata kelajuan muat turun jalur lebar (tanpa wayar) adalah 18.90 mega bits per second

Page 11: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

11

(Mbps) dan melebihi purata kelajuan nasional iaitu 17.89 Mbps. Usaha masih diteruskan untuk mempertingkat kelajuan dan liputan kemudahan ini di Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang adalah negeri pertama yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dengan keupayaan pengecaman wajah (facial recognition) di kawasan MBPP yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2019. Malah, pada 6 April 2019, pihak MPSP juga telah melancarkan CCTV dengan keupayaan pengecaman jenis kenderaan dan nombor pendaftaran kenderaan agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil berdasarkan data yang diperolehi. Pulau Pinang juga telah dipilih untuk menjalani ujian pelaksanaan teknologi Terragraph yang mempunyai keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi bermula pada 18 Februari 2019. Projek ini dikendalikan oleh Syarikat YTL Communications Sdn. Bhd. dengan kerjasama Syarikat Facebook di kawasan Bandar Georgetown. PEMBANGUNAN SUKAN DAN BELIA Ahli-Ahli Yang Berhormat, Program Sukan Untuk Semua atau Sports For All yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri adalah bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan proaktif melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Saya juga menyanjung tinggi usaha dan tindakan aktif Kerajaan Negeri membangunkan prasarana sukan yang selesa untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Perancangan pembinaan Akademi Badminton Pulau Pinang di Lebuh Sungai Pinang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri terbaru untuk melahirkan lebih ramai jaguh dunia dalam sukan badminton. Projek yang dianggarkan melibatkan pembelanjaan RM35 juta dapat menjadikan pembangunan sukan badminton lebih tersusun di peringkat akar umbi melalui bimbingan dan latihan berterusan daripada bekas pemain negara. Saya juga berpandangan Kerajaan Negeri perlu memberi fokus kepada sukan-sukan lain seperti sepak takraw, hoki, boling padang dan lain-lain sukan yang amat berpotensi termasuk bola sepak. MEMPERKASAKAN BELIA

Kerajaan Negeri perlu terus memberi komitmen yang tinggi dalam membangun dan memperkasa peranan belia dalam masyarakat. Pendedahan awal para belia dengan melaksanakan program-program yang boleh menyerlahkan keyakinan dan menguji kemahiran analitikal melalui sesi dialog dan forum merupakan satu halatuju baru yang boleh dipraktikan. Justeru itu, penganjuran Program Sidang Muda yang mensasarkan golongan belia berusia antara 15 hingga 25 tahun untuk memahami konsep urus tadbir dan demokrasi melalui pengalaman berada dalam persidangan Dewan Undangan Negeri secara langsung adalah amat dialu-alukan. Pengalaman ini dapat memberi peluang untuk mereka menyuarakan pandangan dan idea kepada Kerajaan Negeri. Sehingga kini lebih kurang 500 orang belia telah menyertai program ini dan sebahagian daripada mereka telah pun menjadi pemimpin belia dalam pelbagai lapangan. PEMBANGUNAN KAWASAN REKREASI Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan hijau seluas 40 ekar bagi tujuan rekreasi dan riadah kepada rakyat Pulau Pinang. Pelaksanaan Projek Gurney Wharf di kawasan projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP 2), berhampiran Gurney Drive, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan mewujudkan kesinambungan kawasan awam untuk mewujudkan taman awam yang terpanjang

Page 12: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

12

lengkap dengan promenade. Pelakasanaan Projek Gurney Wharf merangkumi kompenan seperti kerja-kerja landskap, skate park, viewing deck, kawasan permainan kanak-kanak, penyediaan kawasan wetlands dan lain-lain. Kemudahan-kemudahan disediakan juga mengambil kira keperluan orang kelainan upaya (OKU). Di samping itu, kemudahan teksi air sebagai salah satu mod pengangkutan masa depan juga dirancang. Pembangunan ini kelak akan menjadi kawasan baru rekreasi bagi negeri ini serta mampu menarik kehadiran pelancong. PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA Sinonim dengan ungkapan Penang Leads, Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK). Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras program-program di bawah Pembangunan Wanita dan Keluarga serta memastikan visi Penang2030 yang memfokuskan kepada institusi kekeluargaan, negeri pintar dan hijau dapat direalisasikan. Seramai 596 orang wanita telah dilantik menganggotai JPWK di 40 KADUN Negeri Pulau Pinang. Di samping itu, Dasar Keterangkuman Gender juga telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dengan matlamat untuk mencapai kesaksamaan gender tanpa mengira etnik, agama dan status sosio-ekonomi. Ia juga akan memastikan sebarang dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang pada masa hadapan akan dibuat secara menyeluruh dan menitikberatkan perspektif gender. Ini membuktikan komitmen dan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap sumbangan golongan wanita dalam menguruskan dan merancang pembangunan negeri. PEMERKASAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perkara 3 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan, menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Sehubungan itu, saya amat berharap setiap rakyat di negeri ini saling menghormati dan tidak mencetuskan suasana yang menyebabkan perbalahan antara agama. Bagi merealisasikan hasrat ini peranan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah penting untuk bertindak sebagai pemudah cara dan perantara pelbagai kaum bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Saya memuji tanggungjawab dan komitmen Kerajaan Negeri yang saban tahun memperuntukkan sumber kewangan kepada institusi masjid serta surau sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah. Komitmen Kerajaan Negeri ini dapat dilihat melalui pembaikan 31 buah masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang dengan kos RM5.759 juta pada tahun 2018.

Pembinaan masjid-masjid baharu yang telah dirancang sebelum ini bersama Kerajaan Persekutuan perlu diteruskan. Malah Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukan yang sama kepada agama lain termasuk pemberian milik tanah bagi tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Saya bersyukur kerana Kerajaan Negeri telah mengambil usaha bagi mengukuhkan konsep Khaira Ummah atau Rahmatan Lil ‘Alamin di negeri Pulau Pinang khususnya dalam aspek pengurusan Islam. Penubuhan Majlis Syura yang dianggotai 20 ahli yang dilantik secara rasmi terdiri daripada golongan cendekiawan

Page 13: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

13

dan pakar yang arif dalam pelbagai bidang berkaitan dengan Islam. Kepakaran mereka sebagai ‘think tank’ Kerajaan Negeri amat penting bagi melahirkan masyarakat yang kukuh akidah, baik budi pekerti, mampan ekonomi dan mampu berdaya saing pada masa akan datang. PENUTUP Saya amat menghargai sumbangan, jasa dan pengorbanan semua anggota perkhidmatan awam, termasuk guru-guru, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi-Agensi Penyelamat dan Pertahanan Awam serta rakyat yang telah menyumbang kepada kemakmuran, keharmonian dan keselamatan negeri ini. Saya mengharapkan agar usaha dan komitmen ini dapat diteruskan bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat ditingkatkan. Saya amat berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat menggunakan sebaik-baiknya persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini untuk menentukan hala tuju Negeri ini bagi tempoh empat (4) tahun akan datang khasnya. Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah mematuhi segala ketetapan dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Berbahaslah secara tertib, sopan lagi bernas untuk merealisasikan harapan rakyat dan negeri dimana rakyat memilih Yang Berhormat untuk mewakili mereka di Dewan yang mulia ini. Akhir kata, saya mendoakan agar Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua serta melindungi Negeri yang tercinta ini dari sebarang unsur negatif supaya kita terus maju, makmur dan mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Keempat Belas.

4. PENGUMUMAN OLEH YB. YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri memaklumkan bahawa Dewan akan

bersidang semula pada hari Isnin, 29 April 2019 jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Page 14: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

14

MINIT PERSIDANGAN

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 29 APRIL 2019 (ISNIN) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap

14. YB. Lim Guan Eng Air Putih

15. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

16. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

17. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

18. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

19. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

20. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

21. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

Page 15: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

15

Bil. Nama Ahli Kawasan

23. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

24. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

25. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

26. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

27. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

29. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

30. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

31. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

32. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

33. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

34. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

35. YB. Heng Lee Lee Berapit

36. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

37. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

38. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

39. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

2. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Page 16: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

16

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. 1. BACAAN DOA 2. PENGUMUMAN OLEH YB. YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri memaklumkan dua bekas Ahli Dewan

Undangan Negeri telah meninggal dunia iaitu mendiang Encik Khoo Teng Chye pada 28 November 2018 dan YBhg. Dato’ Dr. Goh Cheng Teik pada 17 Mac 2019.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri juga memaklumkan bahawa mesyuarat

kali ini telah diadakan di Dewan Sri Pinang kerana kerja-kerja menaik taraf sedang dilakukan di Bangunan Dewan Undangan Negeri dan dijangka siap pada Mac 2020.

Pada sesi kali ini sejumlah 80 Soalan Lisan, 613 Soalan Bertulis dan 2 Usul akan

dipertimbangkan. 3. PEMBENTANGAN RISALAH Bil. 1 Tahun 2019 - Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 Bil. 2 Tahun 2019 - Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Prestasi

Kewangan Agensi Negeri Bil. 3 Tahun 2019 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Mengenai

Pengurusan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Siri 2)

Bil. 4 Tahun 2019 - Laporan Tahunan Perbadanan Bukit Bendera Pulau

Pinang Bagi Tahun 2017 Bil 5 Tahun 2019 - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri Pulau

Pinang Mengenai Tanah-Tanah Bendang Yang Ditambun

Bil. 6 Tahun 2019 - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri Pulau

Pinang Mengenai Kebanjiran Warga Asing Dalam Menjalankan Perniagaan dan Aktiviti Ekonomi Pulau Pinang.

4. SOALAN-SOALAN LISAN

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah rancangan pengurusan risiko, kecemasan dan krisis sekiranya berlaku kemalangan dan/atau kecelakaan semasa pelaksanaan projek-projek mega seperti PTMP?

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pelancaran Dasar Keterangkuman Gender merupakan satu pemacu perubahan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan keperluan wanita dan lelaki, yang tua dan muda, dan yang OKU diambil kira.

Page 17: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

17

(a) Apakah pelan pelaksanaan yang telah dirancangkan untuk memastikan keberjayaan dasar tersebut?

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Sila nyatakan jumlah penumpang domestik dan antarabangsa yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi Januari 2018 hingga Mac 2019.

(a) Apakah status penaiktarafan LTAPP?

(b) Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan pembinaan Kulim International Airport?

(c) Adakah cadangan tambakan laut di perairan selatan merangkumi cadangan Lapangan Terbang baharu?

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Terangkan secara terperinci tentang kronologi isu tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh.

(a) Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas kegiatan pembuangan sisa pepejal di kawasan tersebut.

(b) Kenapa Kerajaan Negeri tidak rampas balik tanah tersebut yang jelas disalahguna serta membawa kemudaratan kepada orang awam?

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kebelakangan ini kita selalu menghadapi masalah berkaitan pencemaran alam sekitar.

(a) Apakah langkah-langkah dan Undang-undang untuk kawalan pelupusan atau pembuangan sampah secara haram?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah langkah-langkah susulan Kerajaan Negeri untuk menyokong usaha Penanti membangunkan Pusat Foodbank Komuniti Teknologi Retort untuk selamatkan makanan masak yang belum dimakan dari dewan dan hotel-hotel yang masih baik dari dibuang dan makanan mentah (daging korban, kambing, ayam) untuk dijadikan Foodbank makanan-siap-dimakan (Ready-to-Eat Meal) tanpa pengawet atau masuk peti sejuk?

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Memandangkan pengusaha hotel di Pulau Pinang dikenakan Fi Kerajaan Tempatan, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan Fi Kerajaan Tempatan terhadap pengusaha penginapan Airbnb?

Page 18: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

18

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Sila nyatakan status proses bagi menyelaraskan pemberian kuasa lucut kenderaan terbiar kepada seseorang Datuk Bandar mengikut pada pindaan Akta JPJ 1987.

(a) Adakah kedua-dua PBT telah bersedia untuk membuat penambahbaikan SOP pelupusan ini selaras dengan keputusan Kabinet baru-baru ini?

(b) Berikan jumlah kereta terbiar di PBT dalam senarai untuk pelupusan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Berapakah jumlah penawaran kerja dalam sektor industri di Pulau Pinang dan berapa pula jumlah pekerja industri yang diberhentikan pada tahun 2019?

(a) Jelaskan langkah-langkah yang diambil bagi membantu mereka yang telah diberhentikan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah status terkini Penang Arts District?

5. TAMAT SOALAN LISAN YB. Yang di-Pertua Dewan memaklumkan 1 jam 30 minit soalan lisan sudah tamat

selaras dengan Subperaturan 26(7). Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab akan diletak di atas meja Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

6. PERSIDANGAN DILANJUTKAN Y.A.B. Ketua Menteri memohon di bawah Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang supaya sidang Dewan dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

YB. Timbalan Ketua Menteri I menyokong. Sokongan sebulat suara.

7. USUL OLEH YB. BUKIT TENGAH DAN SERI DELIMA

8. PERBAHASAN USUL TERIMA KASIH ATAS UCAPAN T.Y.T. YANG DI-PERTUA

NEGERI PULAU PINANG. Ahi Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor) mengambil bahagian

dalam sesi perbahasan.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.25 petang.

Page 19: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

19

Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang

9. SESI PERBAHASAN DISAMBUNG SEMULA Ahi Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor) menyambung

semula sesi perbahasan. Ahi Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin ) mengambil bahagian dalam

sesi perbahasan. Ahi Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd. Ishaq) mengambil bahagian

dalam sesi perbahasan. Ahi Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Ahi Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahi Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) mengambil bahagian dalam

sesi perbahasan. Ahi Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahi Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 petang. Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam. 10. SESI PERBAHASAN DISAMBUNG SEMULA Ahi Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) mengambil bahagian dalam

sesi perbahasan. Ahi Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahi Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng ) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahi Kawasan Bagan Dalam (YB. Setees A/L Muniandy) mengambil bahagian dalam

sesi perbahasan. Dewan ditangguhkan pada jam 10.00 malam.

Page 20: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

20

MINIT PERSIDANGAN

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 30 APRIL 2019 (SELASA) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap

14. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

15. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

16. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

17. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

18. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

19. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

20. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

21. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

22. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

23. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

Page 21: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

21

Bil. Nama Ahli Kawasan

24. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

25. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

26. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

27. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

28. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

29. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

30. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

31. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

32. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

33. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

34. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

35. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

36. YB. Heng Lee Lee Berapit

37. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

38. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

39. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

40. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Lim Guan Eng Air Putih

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

TIDAK HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Page 22: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

22

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.

1. BACAAN DOA 2. SOALAN LISAN Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Nyatakan mekanisma yang diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memastikan dan mewajibkan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Mufti dibaca oleh setiap khatib di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 12. Kepupusan hasil sungai. (a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meminda

Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Pulau Pinang seperti yang dibuat di WP Kuala Lumpur/Labuan supaya ancaman ikan-ikan pemusnah seperti keli yang dilepaskan dalam sungai dapat ditangani?

(b) Apakah tindakan untuk menghalang kepupusan hidupan sungai (udang

galah/ikan kecil) ini?

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sila perincikan jumlah penjawat dalam agensi atau syarikat milik Kerajaan Negeri (selain PDC, PBA), seperti Penang Institute, PGC dan sebagainya, mengikut kumpulan jawatan eksekutif, bukan eksekutif dan pecahan kaum.

(a) Adakah apa-apa piawaian digunapakai oleh agensi dan syarikat milik Kerajaan Negeri untuk memastikan proses perjawatannya seimbang dari segi kaum dan gender?

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Adakah kerajaan sedar bahawa bangunan Grace Residence Jelutong mempunyai lampu berbentuk lambang salib yang sangat besar dan terang sehingga boleh menggugat sensitiviti umat Islam?

(a) Mengapakah lampu berbentuk salib itu dibina?

(b) Apakah tindakan pihak kerajaan untuk mengatasi isu ini?

Page 23: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

23

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 15. Dasar pembersihan sampah MBPP adakah masih digunapakai iaitu satu hari

sapu dan satu hari bersih longkang iaitu berselang-seli? Insiden terkini pada Isnin 1 April 2019 ular sawa didapati tidur dalam longkang di Taman Simpang Jaya Balik Pulau. Aduan orang ramai menyatakan bahawa pembersihan hanya dilakukan apabila ada aduan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 16. Dunia masa kini banyak memperkatakan mengenai Revolusi Industri 4.0 (IR

4.0),

(a) Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dan langkah-langkah persediaan menghadapi situasi ini.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 17. Adakah Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan kepada Kerajaan

Persekutuan untuk menyegerakan fasa seterusnya pembinaan jambatan merentasi Sungai Kerian (Jalan Persekutuan) yang menghubungkan DUN Jawi dan DUN Sungai Acheh kerana kesesakan semakin teruk di jalan tersebut?

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 18. Apakah perancangan EXCO Kesihatan untuk memastikan masalah menunggu

yang terlalu lama dan kekurangan kakitangan hospital di Hospital Kepala Batas dapat di atasi? Hampir setiap hari rungutan mengenai masalah ini ditimbulkan oleh orang ramai.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 19. Dengan peningkatan kes sengatan obor-obor berbahaya yang semakin

membimbangkan, apakah tindakan Kerajaan Negeri dari segi mempertahankan aktiviti pelancongan dan juga sukan air/laut?

(a) Adakah peningkatan mendadak ini berpunca dari aktiviti pembangunan

bandar? Nyatakan punca. (b) Apakah usaha yang perlu dilakukan dan akan dilakukan untuk

meningkatkan kesedaran? Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 20. Bagaimana Negeri Pulau Pinang sebagai Bandaraya Pintar dan Antarabangsa

akan terus diberi penekanan di bawah gagasan Pulau Pinang 2030: Negeri Berorientasikan Kekeluargaan, Hijau dan Pintar untuk Inspirasi Negara seperti yang dilancarkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri?

Page 24: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

24

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 21. Apakah jenis-jenis bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada pelajar

bukan warganegara di sekolah kerajaan yang berstatus miskin bandar? Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 22. Pembaharuan semula bandar tindakan terbaik Kerajaan Negeri untuk rakyat di

kawasan perumahan yang telah lama dan usang hampir 30 – 40 tahun pembinaan. Amat baik keputusan Kerajaan Negeri untuk projek perintis perumahan Taman Mahsuri dalam konsep ini.

(a) Mohon penjelasan konsep bina semula ini dan butiran lengkap projek

di Mahsuri. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 23. Inisiatif yang progresif dalam menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan

Wanita dan Keluarga (JPWK) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awal tahun 2019 patut dipuji sebab tidak pernah ada jawatankuasa sedemikian di Malaysia.

(a) Adakah pelantikan Jawatankuasa JPWK di semua KADUN telah

disempurnakan? (b) Apakah status pelaksanaan JPWK di Pulau Pinang? Huraikan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Berikan KDNK bagi tahun 2017 dan 2018 bagi Negeri Pulau Pinang dalam

sektor pembuatan dan perkhidmatan. Perincikan. Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 25. Apakah tahap persediaan dan SOP sedia ada Kerajaan Negeri untuk

menghadapi bencana atau memastikan tragedi pencemaran kimia toksik yang berlaku baru-baru ini di Sungai Kim Kim tidak berlaku di Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai?

3. TAMAT SOALAN LISAN YB. Yang di-Pertua Dewan memaklumkan 1 jam 30 minit soalan lisan sudah tamat

selaras dengan Subperaturan 26(7). Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab akan diletak di atas meja Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

Page 25: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

25

4. PERSIDANGAN DILANJUTKAN Y.A.B. Ketua Menteri memohon di bawah Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang supaya sidang Dewan dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

YB. Timbalan Ketua Menteri I menyokong.

Sokongan sebulat suara. 5. PERBAHASAN USUL TERIMA KASIH ATAS UCAPAN T.Y.T. YANG DI-PERTUA

NEGERI PULAU PINANG. Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) mengambil

bahagian dalam sesi perbahasan. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari.

Dewan mula bersidang pada jam 2.00 petang

6. SESI PERBAHASAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail)

mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) mengambil bahagian dalam

sesi perbahasan. Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) mengambil bahagian dalam sesi

perbahasan.

Page 26: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

26

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) mengambil bahagian

dalam sesi perbahasan.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.50 petang.

Dewan bersidang semula pada jam 8.00 malam.

7. SESI PERBAHASAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) mengambil bahagian

dalam sesi perbahasan.

Dewan ditangguhkan pada jam 9.05 malam.

Page 27: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

27

MINIT PERSIDANGAN

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 02 MEI 2019 (KHAMIS) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap

14. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

15. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

16. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

20. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

Page 28: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

28

Bil. Nama Ahli Kawasan

21. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

23. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

24. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

25. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

26. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

27. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

29. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

30. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

31. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

32. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

33. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

34. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

35. YB. Heng Lee Lee Berapit

36. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

37. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

38. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

39. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Lim Guan Eng Air Putih

2. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Page 29: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

29

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.

1. BACAAN DOA 2. SOALAN LISAN Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 26. Astaka Taman Tun Sardon terkenal sebagai salah satu hub makanan di Pulau

Pinang tetapi premis perlu dinaiktarafkan untuk memberi imej yang lebih baik kepada pengunjung-pengunjung.

(a) Apakah status penyerahan dari ICU ke MBPP? (b) Berapakah kos untuk menaik taraf astaka supaya selaras dengan GBI? Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 27. Mengapakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan kelulusan untuk

diwujudkan asrama pekerja asing di taman perumahan? (a) Senaraikan taman-taman tersebut. (b) Apakah syarat yang dikenakan oleh JTK /PBT dalam memberikan

kebenaran dan adakah kajian Social Impact Assessment dijalankan atas permohonan ini?

(c) Senaraikan perjumpaan / dialog yang telah diadakan oleh pihak

Kerajaan Negeri / jabatan bersama penduduk. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 28. Apakah kaedah perlindungan dan/atau langkah-langkah yang boleh diambil

oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki di Pulau Pinang?

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 29. Aoakah objektif Experience Penang 2020? Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 30. Sila nyatakan jumlah keluasan tanah yang masih dipegang oleh PDC di Batu

Kawan, timur Batu Kawan, selatan Penang Science Park dan Byram. (a) Apakah perancangan PDC terhadap tanah-tanah ini? (b) Nyatakan jumlah nilai pelaburan perindustrian, perniagaan dan

perumahan di Batu Kawan? (c) Adakah PDC memiliki Batu Kawan Transportation Master Plan?

Page 30: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

30

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

31. Senaraikan kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran di Pulau Pinang

mengikut daerah, lokasi dan keluasan tanah. (a) Terangkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk

mengatasi masalah ini. (b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggubal

undang-undang agar tindakan tegas boleh diambil ke atas tuan tanah yang ingkar perintah?

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 32. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh JPS bagi mengatasi

masalah banjir di Taman Helang Jaya dan Kg. Che Aminah? Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 33. Menjawab persoalan pembersihan awam di kampung semasa Majlis Induksi

MPKK P.P pada 3/2019 YB. Menteri KPLB telah sarankan penubuhan Majlis Tempatan bawah MPKK yang mengutip cukai pintu dan menjana pendapatan sendiri, buat pembersihan awam dan landskap seperti di Kg Bukit Bulat, Alor Gajah sebelum PRU14.

(a) Bolehkah saranan ini dilaksanakan? Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 34. Usul Bersama di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Pembangkang

Pulau Pinang yang ditandatangani pada Februari, 2017. (a) Apakah status terkini Usul Bersama tersebut yang merangkumi aspek

syarat pinjaman perumahan dan pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966?

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 35. Dengan pengumuman pembinaan Lapangan Terbang baharu di Kulim, adakah

Kerajaan Negeri masih akan meneruskan hasrat untuk membina sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa yang baharu di atas tanah tebus guna di Batu Maung?

(a) Apakah kesan pengumuman lapangan terbang di Kulim terhadap

Penang International Airport? serta; (b) Impaknya kepada ekonomi Pulau Pinang untuk jangka panjang.

Page 31: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

31

3. TAMAT SOALAN LISAN YB. Yang di-Pertua Dewan memaklumkan 1 jam 30 minit soalan lisan sudah tamat

selaras dengan Subperaturan 26(7). Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab akan diletak di atas meja Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

4. PERSIDANGAN DILANJUTKAN Y.A.B. Ketua Menteri memohon di bawah Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang supaya sidang Dewan dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

YB. Timbalan Ketua Menteri I menyokong. Sokongan sebulat suara. 5. SESI PENGGULUNGAN

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Dewan disambung semula pada jam 2.00 petang.

6. SESI PENGGULUNGAN DISAMBUNG SEMULA

Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 malam.

Dewan bersidang semula pada jam 8.00 malam.

7. SESI PENGGULUNGAN DISAMBUNG SEMULA

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) menyambung semula sesi penggulungan.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Dewan ditangguhkan pada jam 9.45 malam.

Page 32: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

32

MINIT PERSIDANGAN

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 03 MEI 2019 (JUMAAT) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap

14. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

15. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

16. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

20. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

Page 33: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

33

Bil. Nama Ahli Kawasan

21. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

23. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

24. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

25. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

26. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

27. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

29. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

30. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

31. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

32. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

33. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

34. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

35. YB. Heng Lee Lee Berapit

36. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

37. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

38. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

39. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Lim Guan Eng Air Putih

2. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Page 34: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

34

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. 1. BACAAN DOA 2. SOALAN LISAN Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 36. DUN Bayan Lepas kini merupakan kawasan sasaran pembangunan

perumahan dan juga projek tambakan laut. Jelaskan perancangan kerajaan bagi memastikan penduduk asal dapat teruskan kehidupan di kawasan ini dikala tempat tinggal mereka diambil alih untuk pembinaan rumah moden manakala mereka pula tiada kemampuan untuk membeli kediaman. Perancangan membela golongan nelayan terlibat penambakan laut.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 37. PYDC sedang dalam penstrukturan semula, apakah hala tuju PYDC

seterusnya? Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 38. Nyatakan apakah mekanisma yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

bagi mendidik gerai/kedai makanan untuk mematuhi segala syarat pematuhan kesihatan.

(a) Nyatakan jumlah tindakan pemeriksaan ke atas gerai/kedai makanan

yang telah dikenakan saman kompaun sepanjang tahun 2019 di Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 39. Penambakan tanah sawah/bendang. Penambakan tanah sawah/bendang yang semakin berleluasa mengakibatkan

kedudukan ekonomi petani/pesawah padi (khasnya pengusaha yang memajak/menyewa tanah milik orang) terjejas.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengawal selia

tanah-tanah sawah/bendang yang sedang ditambun/ditambak? (b) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan

sawah/bendang serta menyelamatkan ekonomi petani/pesawah tersebut?

Page 35: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

35

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

40. Beberapa kajian yang dijalankan pada awal tahun ini, menyimpulkan bahawa

amalan perkauman sangat ketara dalam pengambilan pekerjaan bidang swasta dan penyewaan rumah kediaman.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh mengawal dan menghentikan

amalan perkauman dalam pengambilan pekerjaan swasta? (b) Apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam isu amalan perkauman dalam

penyewaan rumah? Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 41. Minta pihak kerajaan nyatakan apakah status terkini dan jumlah perbelanjaan

yang telah dikeluarkan setakat ini untuk projek pembinaan terowong dasar laut?

(a) Apakah benar pihak SPRM sedang menyiasat projek ini? (b) Jika sabit kesalahan, adakah projek ini akan tetap diteruskan? Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 42. Isu Pukat Tunda masih berleluasa di Pulau Betong dan semakin parah. Pada

Tahun Baru Cina, aduan menyatakan aktiviti semakin hebat. Pertemuan semasa mesyuarat agung nelayan, isu ini dibangkit semula. Apa tindakan YB untuk menyelesaikannya?

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang telah dilakukan untuk

membanterasnya? (b) Bagaimanakah tindakan pemantauan dan kawalan?

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 43. Peranan dan sumbangan kaum wanita didalam ekonomi sangat penting. (a) Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan wanita

untuk terus memainkan peranan mereka dalam ekonomi? Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 44. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi imbuhan kepada

pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang sama ada dalam bentuk bantuan tunai atau peruntukan untuk menukar tayar agar kos operasi mereka dapat dikurangkan supaya tambang bas juga dapat dikurangkan bagi meringankan beban ibu bapa pelajar?

Page 36: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

36

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

45. Apakah perancangan EXCO Pelancongan untuk memastikan kawasan DUN

Bertam dimasukkan dalam senarai pelancongan negeri? Ini memandangkan ada produk produk yang boleh diketengahkan seperti Hub

Makanan di Kiosk Bertam, Taman Herba Kepala Batas, dan menaikkan taraf bandar warisan Kepala Batas.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 46. Nyatakan tempat awam dalam negeri yang menjalankan aktiviti pengutipan

bateri dan lampu fluorenscent terpakai. (a) Nyatakan jumlah sisa-sisa ini yang disimpan dalam stor kedua-dua PBT

sejak 10 tahun yang lalu. (b) Apakah rancangan PBT untuk melupuskan kedua-dua sisa lama yang

terjadual ini? (c) Apakah rancangan PBT dalam menguruskan pengurusan sisa ini? Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 47. Sila terangkan kemajuan terkini bagi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan

Negeri Pulau Pinang (PTMP). (a) Bagaimanakah dana yang secukupnya akan diperolehi bagi

pelaksanaannya? Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 48. Adakah Kerajaan Negeri akan cuba menolong membuat pemasangan kabel

fiber optik di seluruh negeri? Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail)

bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 49. Peranan badan pengurusan bersama amat penting untuk penyeliaan

bangunan perumahan dan kesejahteraan penduduk khususnya di perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

(a) Sila huraikan perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani

permasalahan badan pengurusan ini.

Page 37: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

37

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

50. Kerajaan Negeri mencadangkan pembelian semula Rumah Mampu Milik

kategori A/B/C daripada pemilik yang ingin menjual untuk tujuan menaik taraf. (a) Apakah mekanisma pelaksanaan cadangan tersebut? (b) Apakah harga yang akan ditawarkan Kerajaan Negeri atas pembelian

tersebut? (c) Apakah kelebihan/keuntungan atau cabaran/kelemahan yang dihadapi

jika melaksanakan polisi ini? Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 51. Pusat perlindungan untuk warga emas. (a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membinanya untuk Daerah

Barat Daya? (b) Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan

warga emas yang tidak dipedulikan ini? (c) Apakah halangan-halangan yang ada dalam untuk membina rumah

perlindungan ini? Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 52. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Tempatan Negeri

untuk memantau dan mengawal pekerja-pekerja warga asing perindustrian yang duduk di taman-taman kediaman supaya kehidupan yang harmoni dan selamat dapat dijaminkan bagi penduduk tempatan dan juga pekerja-pekerja warga asing?

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 53. Isu kebersihan di kawasan Perumahan Flat Taman Tun Sardon tidak dapat

diselesaikan. Jabatan-jabatan yang berkenaan harus mengambil langkah yang proaktif supaya ia tidak memudaratkan penduduk-penduduk kawasan.

(a) Apakah jadual kutipan sampah dan penyelenggaraan yang

ditetapkan? (b) Sekiranya, ia tidak dipatuhi, apakah tindakan yang boleh diambil?

Page 38: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

38

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

54. Adakah projek tambakan laut di Butterworth mempunyai master plan, lulus

DEIA dan Pelan Merancang? Senaraikan cadangan pembangunan dan hala tuju.

(b) Huraikan langkah menjaga kebajikan nelayan, mengekalkan jeti-jeti,

menjaga keadaan pantai/laut untuk kemudahan nelayan. (b) Huraikan tindakan jabatan/ Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk

menyelesaikan isu pencemaran laut akibat tambakan di Tanjong Tokong dan Gurney.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 55. Nyatakan jumlah CCTV facial recognition yang telah dipasang di Negeri Pulau

Pinang dan syarikat tersebut serta jumlah kos yang terlibat untuk pemasangan dan penyelenggaraan bagi kesemua CCTV tersebut.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 56. Peranan MSN adalah fokus kepada pembangunan sukan berprestasi tinggi. (a) Adakah MSN mempunyai kuasa untuk memilih jurulatih dan

menentukan atlet siapa yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang mengambil bahagian dalam pertandingan sukan?

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 57. Sila huraikan jumlah kelulusan permohonan perlingkungan semula dan ubah

syarat tanah pada 2018. (a) Nyatakan jumlah bayaran peningkatan nilai dan premium tanah yang

diperolehi pada 2018. (b) Apakah impak kewangan yang bakal dihadapi apabila tiada

perlingkungan semula dibenarkan selepas Rancangan Tempatan digazetkan?

(c) Apakah alternatif hasil kerajaan selain cukai tanah dan premium ubah

syarat? Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 58. Laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan didedahkan kepada

umum. (a) Sejauh manakah laporan tersebut berkaitan dengan urus tadbir

Kerajaan Negeri? (b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperolehi maklumat Laporan

Page 39: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

39

CEP yang berkaitan dengan Pulau Pinang? (c) Bolehkah Kerajaan Negeri mengusulkan dalam DUN Pulau Pinang

agar Kerajaan Persekutuan mendedah maklumat kepada Kerajaan Negeri?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 59. Pada 28/3/19, 125 pelajar yang 99% kaum Cina, 60 dari SMK Jalan Damai

Bukit Mertajam, 65 dari seluruh Malaysia telah mengadakan program Rakan Muda Penempatan 5 hari 4 malam di kampung tradisi Melayu di Homestay Mengkuang Titi mempelajari tradisi orang-orang kampung.

(a) Bolehkah kerajaan memperuntukkan bajet untuk program-program

belia yang memupuk muhibbah? Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 60. Insiden kecemasan di KOMTAR pada 5 April 2019. (a) Susulan daripada insiden tersebut, apakah kelemahan yang telah

dikenalpasti di dalam insiden kecemasan tersebut? (b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi kelemahan

khususnya berhubung dengan insiden kecemasan di KOMTAR memandangkan ia adalah pusat pentadbiran utama Kerajaan Negeri?

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 61. Berapakah hasil jumlah kutipan cukai Kerajaan Tempatan bagi perkhidmatan

penginapan sehingga Mac 2019. (a) Hotel manakah mempunyai kadar penghunian tertinggi berdasarkan

sumbangan cukai? (b) Apakah pelan tindakan untuk menangani kerugian cukai penginapan

daripada mereka yang menggunakan perkhidmatan Airbnb? Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 62. Pulau Pinang Negeri Berkebajikan. (a) Kenapakah program Agenda Ekonomi Saksama tidak mengecualikan

Bantuan Pesakit Terlantar dan Bantuan Kanak-kanak yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai sebahagian daripada pendapatan? Sedangkan sebelum ini ianya tidak dikira sebagai pendapatan dan banyak membantu keluarga pesakit kronik (BPT) yang juga kronik sara hidup.

Page 40: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

40

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

63. Di kawasan George Town masih terdapat ramai warga asing yang berniaga

terutamanya dalam sektor makanan, perkhidmatan dan pembinaan. Perkara ini telah menyebabkan peniaga tempatan perlu bersaing dengan peniaga warga asing.

(a) Apakah pendirian dan tindakan Kerajaan Negeri terhadap masalah ini?

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 64. Nyatakan Jumlah pelajar lepasan SPM/STPM yang tidak berpeluang

melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. (a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk

menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak mendapat peluang ini?

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 65. Agihan sumbangan zakat: (a) Berapakah kutipan zakat yang telah diterima sejak 2008 hingga kini?

Senaraikan jumlah kutipan secara tahunan. (b) Apakah bentuk/jenis sumbangan zakat yang diberikan oleh Pusat Urus

Zakat (PUZ) Pulau Pinang dan siapakah yang layak menerimanya? (c) Bagaimanakah PUZ dapat membantu ADUN mengagihkan sumbangan

kepada pihak yang memerlukan? Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 66. Masalah berkaitan penjualan arak (hard liquor) di kedai-kedai runcit sering

menimbulkan pelbagai masalah di sesuatu kawasan. (a) Adakah ulasan daripada PBT dalam pengeluaran lesen arak

diwajibkan? (b) Adakah arak (hard liquour) yang kandungan alkoholnya tinggi, sesuai

dijual di kedai runcit dan secara runcit, tanpa kawalan yang ketat? Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 67. Bantuan sara hidup nelayan yang telah dikurangkan oleh kerajaan daripada

RM300 kepada RM200 menjadikan kehidupan nelayan semakin tersepit. Tambahan pula, penggunaan ‘bubu naga’ secara berleluasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab turut menjejaskan pendapatan nelayan dan mengakibatkan kepupusan hasil laut.

(a) Apakah kerajaan sedar masalah ini?

Page 41: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

41

(b) Apakah usaha untuk mengatasinya? Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 68. Anjung Indah Bukit Penara Balik Pulau, benarkah masih tidak ada air? Suatu

tempat yang menarik terutamanya ketika musim durian akan tercalar imej jika menghadapi masalah air.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 69. Industri perkilangan masa kini sedang menghadapi sedikit penurunan

mengakibatkan banyak kilang yang akan ditutup.

(a) Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu mengatasi masalah golongan B40 yang terjejas akibat penutupan kilang-kilang di Pulau Pinang?

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

70. Adakah Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil tindakan tegas terhadap premis perniagaan yang menyalahgunakan lesen perniagaan mereka dengan menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti aktiviti penjualan arak murah, aktiviti perjudian secara atas talian dan aktiviti perjudian haram?

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

71. Kegiatan Belia dan Sukan sedang rancak berjalan di DUN Bertam. Namun

begitu, kemudahan yang terhad menyebabkan banyak aktiviti sukan seperti bola jaring, sukan bermotor tidak dapat dijalankan. Bertam memohon EXCO Belia & Sukan pertimbangkan sebuah stadium tertutup bola jaring dan kawasan moto cross di Bertam.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 72. Kerajaan Negeri telah melancarkan penggunaan aplikasi 'artificial intelligence'

pada November 2018 yang lalu. (a) Nyatakan jumlah pengguna aplikasi ini sehingga kini. Apakah KPI

aplikasi ini dan adakah ianya mencapai KPI tersebut? (b) Adakah dengan pelancaran aplikasi ini, jumlah kes denggi

menunjukkan pengurangan? Sila nyatakan jumlah kes denggi selepas pelancaran.

Page 42: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

42

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

73. Sila terangkan perkembangan terkini bagi projek pembesaran Lapangan

Terbang Pulau Pinang yang sedia ada, dan strategi-strategi yang akan diambil untuk mengekalkan daya saing lapangan terbang tersebut.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 74. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan

bantuan bagi membasmi isu kemiskinan penduduk Negeri Pulau Pinang? Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail)

bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 75. Jumlah kemalangan jalan raya di Pulau Pinang, tahun 2016 sebanyak 42,244

kes meningkat kepada 43,007 kes tahun 2017. (a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kes ini? Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua

Menteri: 76. Adakah Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang sudah mula

beroperasi dan apakah peranannya? (a) Apakah status pengambilan CEO dan kakitangan perbadanan? Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 77. Dasar Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Negeri. (a) Adakah cadangan kadar PGK akan dinaikkan? (b) Berapa ramai yang telah menerima bantuan ini sejak dari tahun 2013

hingga 2018? (c) Berikan peratusan kejayaan dalam menjalankan dasar ini. Ahli Kawasan Bukt Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri: 78. Apakah kerjasama antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan PDRM yang

telah wujud dan dilaksanakan untuk menjaga keselamatan awam dan menurunkan kadar jenayah khususnya di kawasan Bukit Tengah?

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada

Y.A.B. Ketua Menteri: 79. Kawasan-kawasan sekitar Pintasan Pemancar mengalami masalah

penyelenggaran. Pihak perumahan, JKR dan MBPP tidak mengambil ownership. Bila aduan dilaporkan pihak-pihak berkenaan saling menendang aduan-aduan tersebut.

Page 43: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

43

(a) Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan (contoh: tar semula, kebersihan, dan lain-lain) kawasan tersebut?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya

kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 80. Berapakah anggaran kos terkini pembinaan LRT dan Lebuhraya PIL 1? (a) Apakah kedudukan Projek Terowong Dasar Laut setelah terdapat

pertuduhan kes rasuah berkaitan projek ini? Adakah ianya dikaji semula, diteruskan atau dihentikan?

(b) Adakah projek PIL 1 diteruskan walaupun ianya melibatkan kerosakan

alam sekitar dan mendatangkan impak sosial persekitaran? 3. TAMAT SOALAN LISAN YB. Yang di-Pertua Dewan memaklumkan 1 jam 30 minit soalan lisan sudah tamat

selaras dengan Subperaturan 26(7). Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab akan diletak di atas meja Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.

4. PERSIDANGAN DILANJUTKAN Y.A.B. Ketua Menteri memohon supaya masa persidangan tidak akan diangguhkan

sehingga semua urusan mesyuarat selesai selaras dengan Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

YB. Ahli Kawasan Padang Lalang menyokong. Sokongan sebulat suara. 5. SESI PENGGULUNGAN

Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

YB. Timbalan Ketua Menteri II mengambil bahagian dalam sesi penggulungan. Dewan ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.

Dewan disambung semula pada jam 2.45 petang.

6. SESI PENGGULUNGAN DISAMBUNG SEMULA YB. Timbalan Ketua Menteri II menyambung semula sesi penggulungan. YB. Timbalan Ketua Menteri I mengambil bahagian dalam sesi penggulungan. Y.A.B. Ketua Menteri mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.

Page 44: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

44

7. PENGUMUMAN OLEH YB. YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri memaklumkan usul ucapan terima kasih

kepada T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah dipersetujui. Sokongan sebulat suara. 8. USUL OLEH YB. TIMBALAN KETUA MENTERI I YB. Timbalan Ketua Menteri I telah mencadangkan usul untuk meluluskan penubuhan

Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Khas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari) menyokong usul daripada YB.

Timbalan Ketua Menteri I. Usul dipersetujui sebulat suara. 9. USUL OLEH YB. TIMBALAN KETUA MENTERI II YB. Timbalan Ketua Menteri II telah mencadangkan untuk meluluskan cadangan

lantikan baharu dan pelantikan semula Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri PUlau Pinang 2010 (Enakmen 16).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh) menyokong. Usul dipersetujui sebulat suara.

9. UCAPAN PENANGGUHAN

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Satees A/L Muniandy) mengambil bahagian dalam sesi ucapan penangguhan.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh) memberi ucapan balas terhadap ucapan penangguhan oleh Ahli Kawasan Bagan Dalam.

10. PENANGGUHAN OLEH YB. YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri memaklumkan bahawa Persidangan Dewan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan ditangguhkan pada jam 5.45 petang.

Tarikh : 30 Ogos 2019

(YB. DATO' LAW CHOO KIANG, DMPN) Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Page 45: MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/MINIT PERSIDANGAN MES…3 minit persidangan mesyuarat pertama penggal persidangan kedua

45