minit mesyuarat opkim 6

3
MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM (OPKIM PAGOH) KALI KEENAM PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh : 5 Disember 2013 Masa : 8.30 Malam Tempat : DK 3A 512 FSSK Kehadiran : 18 Orang AGENDA 1 Bendahari, Saudara Ameer Amirul Bin Mohammad Anuar memulakan majlis dengan Al-Fatihah. Tentatif program yang baru akan dimasukkan ke dalam Facebook. AGENDA 2 Tugasan setiap pos. Pengarah program (khidmat sosial) : Pasukan ‘Robot Soccer’ daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) memberi respon yang positif untuk memberi ceramah dalam bengkel IT dan pihak mereka bertanya tentang kos pengangkutan. Pengarah program (sukan dan pertandingan) : Pengarah program perlu berhubung dengan pihak sekolah untuk membuat sukaneka dan sukan rakyat di sekolah tersebut. Pengarah program (pendidikan) : Pengarah telah mendapat menghubungi seorang penceramah jemputan untuk program bengkel motivasi. Pengarah mencadangkan untuk membuat eksperimen yang mudah bagi sesi LDK.

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jun-2015

119 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat opkim 6

MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM

(OPKIM PAGOH)

KALI KEENAM

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh : 5 Disember 2013 Masa : 8.30 MalamTempat : DK 3A 512 FSSKKehadiran : 18 Orang

AGENDA 1Bendahari, Saudara Ameer Amirul Bin Mohammad Anuar memulakan majlis dengan Al-Fatihah.

Tentatif program yang baru akan dimasukkan ke dalam Facebook.

AGENDA 2

Tugasan setiap pos.

Pengarah program (khidmat sosial) : Pasukan ‘Robot Soccer’ daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)

memberi respon yang positif untuk memberi ceramah dalam bengkel IT dan pihak mereka bertanya tentang kos pengangkutan.

Pengarah program (sukan dan pertandingan) : Pengarah program perlu berhubung dengan pihak sekolah untuk membuat sukaneka

dan sukan rakyat di sekolah tersebut.

Pengarah program (pendidikan) : Pengarah telah mendapat menghubungi seorang penceramah jemputan untuk program

bengkel motivasi. Pengarah mencadangkan untuk membuat eksperimen yang mudah bagi sesi LDK.

Pengarah program (keagamaan) : Presiden menyatakan bahawa pihak JAKIM member respon positif untuk

memberikan ceramah di sepuluh kawasan daerah Johor di bawah tajuk yang sama iaitu “ancaman syiah untuk Ahli Sunnah Wal Jamaah”.

Pengarah menyatakan bahawa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) meminta kertas kerja dan tentatif program.

Pengarah juga telah berhubung dengan Jabatan Agama Islam Johor dan pihak mereka menolak untuk menaja kerana mereka menyatakan bahawa pihak mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Page 2: Minit mesyuarat opkim 6

Pengarah diminta untuk menghubungi Ketua Kampung untuk masalah berkaitan pembahagian asnaf.

Pengarah protokol : Pengarah dikendaki membuat surat perasmi, menulis teks ucapan dan mencari

beberapa usher dan pengerusi majlis ketika majlis berlangsung.

Pengarah pemasaran : Sosej dan nugget telah dibeli dan boleh dijual di sekitar UKM. Pengarah juga membahagikan nama-nama syarikat kepada ahli yang lain untuk

mempercepatkan proses pemasaran.

AGENDA 4Kata-kata penutup :

Saudara Ameer Amirul menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Pagoh) dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

NUR AMANINA MOHD KHAIRUDDIN NORHIDAYAH BINTI RUHI

Setiausaha, Ketua Pengarah,Operasi Khidmat Masyarakat, Operasi Khidmat Masyarakat,OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), OPKIM 10 Penjuru (PAGOH),Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.