minit mesyuarat opkim 4

3
MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM (OPKIM PAGOH) KALI KEEMPAT PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh : 22 November 2013 Masa : 8.30 Malam Tempat : DK 3F 302 FSSK Kehadiran : 10 Orang AGENDA 1 Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah. Ketua Pengarah mengingatkan tentang perkembangan gerak kerja setiap minggu haruslah lebih aktif. Setiap pos juga perlu mempunyai wakil untuk membentangkan perkembangan gerak kerja setiap sekretariat. Beliau juga mengingatkan tentang pembuktian gambar dan video yang perlu diambil pada setiap mesyuarat untuk dijadikan bahan bukti dalam sistem HP. AGENDA 2 Perkembangan setiap pos. Penyelaras program : Penyelaras perlu menyediakan pelan penyelaras keseluruhan dan pergerakan gerak kerja untuk setiap pos. Pengarah program (pendidikan) : Pengarah telah merancang beberapa slot dan program LDK untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Gerisik. Pengarah memerlukan jumlah bilangan pelajar sekolah tersebut.

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jun-2015

120 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat opkim 4

MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM

(OPKIM PAGOH)

KALI KEEMPAT

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh : 22 November 2013 Masa : 8.30 MalamTempat : DK 3F 302 FSSKKehadiran : 10 Orang

AGENDA 1Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah.

Ketua Pengarah mengingatkan tentang perkembangan gerak kerja setiap minggu haruslah lebih aktif.

Setiap pos juga perlu mempunyai wakil untuk membentangkan perkembangan gerak kerja setiap sekretariat.

Beliau juga mengingatkan tentang pembuktian gambar dan video yang perlu diambil pada setiap mesyuarat untuk dijadikan bahan bukti dalam sistem HP.

AGENDA 2

Perkembangan setiap pos.

Penyelaras program : Penyelaras perlu menyediakan pelan penyelaras keseluruhan dan pergerakan gerak

kerja untuk setiap pos.

Pengarah program (pendidikan) : Pengarah telah merancang beberapa slot dan program LDK untuk pelajar Sekolah

Kebangsaan Gerisik. Pengarah memerlukan jumlah bilangan pelajar sekolah tersebut. Pengarah juga boleh berhubung dengan Cikgu Tajuddin Sukuri untuk mendapatkan

khidmat dan bantuan. Pengarah juga perlu menghubungi dan berbincang dengan pihak sekolah untuk

jamuan kerana dikhuatiri tidak mempunyai peruntukan.

Pengarah publisiti : Pengarah perlu mereka 5 poster untuk setiap program iaitu program kerohanian,

motivasi pendidikan, khidmat sosial, kebudayaan dan program sukan. Pengarah perlu membuat montaj keseluruhan program untuk acara penutup.

Page 2: Minit mesyuarat opkim 4

Pengarah cenderamata : Pengarah dikendaki membuat senarai nama untuk mengetahui saiz baju setiap ahli.

Pengarah pemasaran : Pengarah telah menghubungi beberapa syarikat iaitu syarikat Munchy’s, syarikat air

mineral dan lain-lain.

AGENDA 3

Kata-kata aluan daripada Presiden PERMAJ, Saudara Shahrul Akmal Bin Johari.

Presiden menegaskan supaya setiap sekretariat perlu mempunyai perubahan dalam gerak kerja setiap minggu memandangkan tarikh program semakin hampir.

Presiden juga menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai alahan makanan perlu diberitahu kepada keluarga angkat supaya tiada masalah yang berlaku pada hari program.

Presiden juga memberitahu tentang pengedaran baju program akan dilakukan seminggu sebelum hari program berlangsung.

Beliau juga mengingatkan tentang setiap surat perlu mempunyai logo UKM, Permaj dan Johor.

Surat yang memerlukan tanda tangan dan cop Presiden boleh diminta terus daripada Ketua Pengarah.

AGENDA 4Kata-kata penutup :

Saudari Norhidayah menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Pagoh) dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

NUR AMANINA MOHD KHAIRUDDIN NORHIDAYAH BINTI RUHI

Setiausaha, Ketua Pengarah,Operasi Khidmat Masyarakat, Operasi Khidmat Masyarakat,OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), OPKIM 10 Penjuru (PAGOH),Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.