minit mesyuarat opkim 3

5
MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM (OPKIM PAGOH) KALI KETIGA PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh : 14 November 2013 Masa : 8.30 Malam Tempat : DK 3F 201 FSSK Kehadiran : 26 Orang AGENDA 1 Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah. Ketua Pengarah mengingatkan tentang perjumpaan harus dilakukan antara ahli dalam sekretariat masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut tentang tindakan seterusnya yang perlu dibuat. AGENDA 2 Tugasan setiap pos. Pengarah program 1( keagamaan) : Bajet bagi penginapan, makanan dan pengangkutan untuk penceramah adalah RM300. Antara penceramah yang dicadangkan untuk slot ceramah ialah Imam Muda Syakir, Imam Muda Najdi, Ustaz Aiman, dan Ustaz Azamudin Bin Zainal. Pemberian zakat untuk golongan asnaf. Pengarah program 2 (sukan dan pertandingan) : Pengarah telah merancang beberapa sukaneka dan sukan rakyat untuk belia pada hari Ahad daripada pukul 3 hingga 7 petang.

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jun-2015

354 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat opkim 3

MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM

(OPKIM PAGOH)

KALI KETIGA

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh : 14 November 2013 Masa : 8.30 MalamTempat : DK 3F 201 FSSKKehadiran : 26 Orang

AGENDA 1Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah.

Ketua Pengarah mengingatkan tentang perjumpaan harus dilakukan antara ahli dalam sekretariat masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut tentang tindakan seterusnya yang perlu dibuat.

AGENDA 2

Tugasan setiap pos.

Pengarah program 1( keagamaan) : Bajet bagi penginapan, makanan dan pengangkutan untuk penceramah adalah

RM300. Antara penceramah yang dicadangkan untuk slot ceramah ialah Imam Muda Syakir,

Imam Muda Najdi, Ustaz Aiman, dan Ustaz Azamudin Bin Zainal. Pemberian zakat untuk golongan asnaf.

Pengarah program 2 (sukan dan pertandingan) : Pengarah telah merancang beberapa sukaneka dan sukan rakyat untuk belia pada hari

Ahad daripada pukul 3 hingga 7 petang. Pengarah program juga perlu melantik juri untuk mengadili pertandingan tersebut. Pengarah program juga perlu merujuk kepada Pengarah Logistik untuk memohon

barang-barang dan kemudahan yang diperlukan ketika hari pertandingan.

Pengarah program 4 (khidmat sosial) : Pengarah program bercadang untuk membuat gotong-royong bersama dengan

penduduk kampung. Mereka juga perlu membuat surat jemputan untuk menjemput penceramah bagi slot

seminar kesihatan dan membuat pemeriksaan secara percuma untuk penduduk kampung.

Pengarah program (pendidikan) :

Page 2: Minit mesyuarat opkim 3

Program akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Gersik. Pengarah perlu merancang program atau aktiviti untuk para pelajar tahap 2 (darjah 4,

5, dan 6) seperti ice-breaking, dan slot ceramah. Pengarah juga boleh berhubung dengan Cikgu Tajuddin Sukuri untuk mendapatkan

khidmat dan bantuan.

Pengarah protocol : Pengarah perlu menyediakan teks ucapan untuk pengerusi majlis dan beberapa orang

usher ketika program dilaksanakan.

Pengarah jamuan : Pengarah perlu mencadangkan makanan ketika program berlangsung.

Pengarah publisiti : Mereka banner untuk diletakkan di tempat-tempat sekitar kampung tersebut.

Pengarah cenderamata : Pengarah memerlukan surat permohonan program. Pengarah juga meminta senarai cenderamata yang diperlukan oleh setiap secretariat. Alas dan dulang telah disediakan oleh pengarah program.

Pengarah pemasaran(Mohd Ikmal) : Pengarah telah mendapat senarai nama syarikat untuk mengumpul dana.

AGENDA 3

Kata-kata aluan daripada Presiden PERMAJ, Saudara Shahrul Akmal Bin Johari.

Presiden PERMAJ memberitahu tentang Bengkel Pemasaran yang akan diadakan pada Hari

Selasa jam 8 malam di Auditorium Siswa.

Presiden mengingatkan bahawa sekretariat pemasaran perlu lebih aktif dan efisyen dalam

menjalankan tugas untuk mendapatkan dana dan mereka perlu membawa beberapa dokumen

yang penting ketika melakukan pemasaran. Antaranya ialah Ringkasan eksekutif, Surat

kelulusan, surat pengecualian cukai dan surat tajaan.

Beliau juga memberitahu bahawa Bengkel untuk post protokol akan diadakan dalam tempoh

3 minggu akan datang pada Hari Sabtu dari jam 8 hingga 5 petang.

Beliau juga mengingatkan bahawa Pengarah Program Pendidikan perlu menempah tarikh

lebih awal kepada pihak sekolah untuk membuat program di tempat mereka.

Beliau juga berharap agar semua pihak memberikan kerjasama kerana beliau menyatakan

bahawa penduduk kampung di Pagoh sangat memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi.

Page 3: Minit mesyuarat opkim 3

AGENDA 4Kata-kata penutup :

Saudari Norhidayah menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Pagoh) dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

NUR AMANINA MOHD KHAIRUDDIN NORHIDAYAH BINTI RUHI

Setiausaha, Ketua Pengarah,Operasi Khidmat Masyarakat, Operasi Khidmat Masyarakat,OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), OPKIM 10 Penjuru (PAGOH),Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.