minit mesyuarat moral bil 1 tahun 2014

5
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL (1) JALAN AMINUDDIN BAKI, 60000 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANDU PUTERI TUNAS BIL. 1 TAHUN 2014 Tarikh : 16 Januari 2014 Masa : 1.10 petang Tempat : Bilik guru Pengerusi : Puan Roslina binti Kostari (Penasihat) Kehadiran : 1. Puan Akmar Madihah binti Ishak (Bendahari) 2. Puan Noor Azian binti Jali (Ahli Jawatan Kuasa) 3. Puan Rohana binti Mat (Ahli Jawatan Kuasa) 4. Puan Norma binti Desa (Ahli Jawatan Kuasa) 5. Puan Sharimah binti Mhd. Abd. Karim (Ahli Jawatan Kuasa) 6. Puan Hadhifah Fadhliah binti Ismail (Ahli Jawatan Kuasa) 7. Cik Nur Fatin binti Abu Bakar (Ahli Jawatan Kuasa) Tidak Hadir : Tiada Setiausaha : Puan Izzatie Farhana binti Bahar

Upload: raihan-syazwani-ghazi

Post on 24-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat moral Bil 1 Tahun 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat moral Bil 1 Tahun 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL (1)

JALAN AMINUDDIN BAKI, 60000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANDU PUTERI TUNAS BIL. 1 TAHUN 2014

Tarikh : 16 Januari 2014

Masa : 1.10 petang

Tempat : Bilik guru

Pengerusi : Puan Roslina binti Kostari (Penasihat)

Kehadiran : 1. Puan Akmar Madihah binti Ishak (Bendahari)

2. Puan Noor Azian binti Jali (Ahli Jawatan Kuasa)

3. Puan Rohana binti Mat (Ahli Jawatan Kuasa)

4. Puan Norma binti Desa (Ahli Jawatan Kuasa)

5. Puan Sharimah binti Mhd. Abd. Karim (Ahli Jawatan Kuasa)

6. Puan Hadhifah Fadhliah binti Ismail (Ahli Jawatan Kuasa)

7. Cik Nur Fatin binti Abu Bakar (Ahli Jawatan Kuasa)

Tidak Hadir : Tiada

Setiausaha : Puan Izzatie Farhana binti Bahar

Page 2: Minit Mesyuarat moral Bil 1 Tahun 2014

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1Puan Roslina binti Kostari mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan

kehadiran ahli jawatan kuasa dalam mesyuarat Bil. 1 Tahun 2014.

Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lalu kerana Pandu Puteri Tunas

baru ditubuhkan pada tahun ini (2014).

Tindakan: Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:

3.1. Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Baju Uniform Pemimpin

4.1.1 Puan Roslina binti Kostari mengedarkan senarai semak uniform

yang perlu disediakan oleh semua pemimpin. Uniform untuk

pemimpin diberi pilihan sama ada baju kurung atau mini kurung.

Puan Hadhifah Fadhliah binti Ismail mencadangkan semua guru

memberi kata sepakat agar wujud keseragaman di kalangan

pemimpin. Semua pemimpin bersetuju untuk membuat uniform

baju kurung Pahang atau Riau.

Tindakan: Semua pemimpin

Page 3: Minit Mesyuarat moral Bil 1 Tahun 2014

4.2 Yuran Pendaftaran

4.2.1 Puan Roslina binti Kostari memaklumkan bayaran yuran adalah

seperti berikut:

i. Guru : RM 5

ii. Murid : RM 2

Setiap bayaran yang dibuat perlu disertakan dengan resit sebagai

bukti pembayaran.

Tindakan: Makluman

4.2.2 Tugas mengumpulkan bayaran uniform dan yuran diserahkan

kepada:

i. Guru : Puan Izzatie Farhana binti Bahar

ii. Murid : Puan Akmar Madihah binti Ishak

4.2.3 Setiap murid perlu membayar RM 1 pada setiap kali perjumpaan

sebagai sumbangan kepada persatuan.

Tindakan: Puan Izzatie Farhana binti Bahar

dan Puan Akmar Madihah binti Ishak

4.3 Pelan Operasi

4.3.1 Semua pemimpin diedarkan dengan pelan operasi mengikut

mingguan. Setiap pemimpin diberikan tugas dua kali. Puan

Roslina binti Kostari juga menerangkan perkara yang perlu

dilakukan dalan setiap pelan operasi tersebut.

Tindakan: Semua pemimpin

Page 4: Minit Mesyuarat moral Bil 1 Tahun 2014

4.4 Buku Log

4.4.1 Puan Roslina Kostari memaklumkan bahawa semua guru dan

murid perlu memiliki sebuah buku log khas untuk Pandu Puteri

Tunas.

Tindakan: Makluman

4.4.2 Puan Sharimah binti Mhd. Abd. Karim mencadangkan agar buku

log yang akan digunakan adalah seragam dari segi saiz dan

ketebalan dan mendapat persetujuan semua ahli. Tugas membeli

bulu log tersebut diserahkan kepada Cik Nur Fatin binti Abu Bakar.

Tindakan: Cik Nur Fatin binti Abu Bakar

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada hal-hal lain dibincangkan.

Tindakan: Makluman

6 PENUTUP

6.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan dari Penasihat Pandu Puteri Tunas,

Puan Roslina binti Kostari. Beliau melahirkan harapan agar semua guru

bertanggungjawab dan memberi kerjasama bagi menjayakan semua

aktiviti yang telah dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

………………….....................................................

(IZZATIE FARHANA BINTI BAHAR)

Setiausaha Pandu Puteri Tunas,

SK Taman Tun Dr Ismail (1)

Tarikh : 21 Januari 2014