minit mesyuarat mbmmbi

3
MINIT MESYUARAT MESYUARAT GURU SMK BUKIT JAMBUL SESI 2012 BIL 1/2012 Tarikh : 29 Disember 2011 Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Bukit Jambul Kehadiran : Jawatankuasa MBMMBI 1 2 3 4 5 6 En Abdul Rashid Bin Abdul Samad En. Wan Sajiri Bin Wan Hassan Pn.. Fadhilah Bt Ismail Semua Guru Kanan Ketua Panitia Matematik Ketua Panitia Sains Agenda : 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi 1.1. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru pada mesyuarat pertama sesi 2012. Tindakan: Makluman semua guru 2. MBMMBI 2.1. En Wan Sajiri memberikan taklimat tentang surat siaran dasar MBMMBI Bil 5 tahun 2011 tentang dasar MBMMBI yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tindakan: Makluman semua guru 2.2. Pn Ong Kim Cheng memaklumkan bahawa surat siaran tentang dasar MBMMBI telah dimasukkan ke dalam buku info sekolah untuk makluman kepada semua ibu bapa. Tindakan: Makluman semua guru

Upload: sriminangwati-zainulis

Post on 28-Apr-2015

424 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT MBMMBI

MINIT MESYUARAT MESYUARAT GURU SMK BUKIT JAMBUL SESI 2012

BIL 1/2012

Tarikh : 29 Disember 2011Masa : 8.30 pagiTempat : Bilik Mesyuarat SMK Bukit JambulKehadiran : Jawatankuasa MBMMBI

123456

En Abdul Rashid Bin Abdul SamadEn. Wan Sajiri Bin Wan HassanPn.. Fadhilah Bt IsmailSemua Guru KananKetua Panitia MatematikKetua Panitia Sains

Agenda :

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru pada

mesyuarat pertama sesi 2012.

Tindakan: Makluman semua guru

2. MBMMBI

2.1. En Wan Sajiri memberikan taklimat tentang surat siaran dasar MBMMBI Bil 5 tahun

2011 tentang dasar MBMMBI yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Tindakan: Makluman semua guru

2.2. Pn Ong Kim Cheng memaklumkan bahawa surat siaran tentang dasar MBMMBI

telah dimasukkan ke dalam buku info sekolah untuk makluman kepada semua ibu

bapa.

Tindakan: Makluman semua guru

2.3. Tuan Pengetua meminta Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan satu

taklimat khusus kepada ibu bapa tingkatan 1 semasa perjumpaan waris tingkatan 1

yang akan diadakan pada 30 Disember 2011.

Tindakan: En Wan Sajiri

Page 2: MINIT MESYUARAT MBMMBI

2.4. En Wan Sajiri meminta maklum balas daripada panitia Matematik dan Sains tentang

penggunaan bahasa pengantar dalam P&P Sains dan Matematik untuk sesi 2012.

Tindakan: Ketua Panitia

2.5. En Wan Sajiri memaklumkan bahawa penerangan lanjut tentang MBMMBI akan

diperincikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Matematik dan

Sains semasa mesyuarat panitia yang akan diadakan pada 11 Januari 2012.

Tindakan: Ketua Panitia

2.6. Mesyuarat telah memutuskan bahawa penggunaan bahasa pengantar bagi kedua-dua

subjek adalah dengan menggunakan dwibahasa bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Tindakan: Makluman semua guru

2.7. Ketua Panitia Matematik memaklumkan bahawa bagi kelas tingkatan 5, guru-guru

akan menggunakan bahasa Inggeris dalam mengemukakan istilah matematik dan

dalam menerangkan konsep mereka akan menggunakan bahasa Melayu untuk

memberikan pemahaman yang mendalam kepada para pelajar.

Tindakan: Makluman semua guru

2.8. Mesyuarat bersetuju dengan pendekatan tersebut dan meminta semua guru

menggunakan kaedah yang sama.

Tindakan: Makluman semua guru

3. Penutup

3.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….NORHAFIZAH BT MD ISWO @ YUSOFSetiausaha Mesyuarat GuruSMK Bukit Jambul

………………………….ABDUL RASHID B. ABDUL SAMADPengetua SMK Bukit Jambul

Page 3: MINIT MESYUARAT MBMMBI