minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

7
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK 08800, GUAR CHEMPEDAK KEDAH DARULAMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI KALI 2-2013 TARIKH : 25 APRIL 2013 HARI : KHAMIS MASA : 1.30 – 3.30 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKGC KEHADIRAN : 1. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Melayu 2. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris TURUT SERTA : 1.GURU BESAR – TN.HJ. MOHD NOOR BIN DERANI 2.PK KURIKULUM – TN.HJ. GHAZALI B. SALLEH PERKARA YANG DIBINCANG I. Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat MBMMBI Kali 2 tahun 2013. 1.2 Berharap semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengambil inisiatif secara aktif untuk merancakkan perkembangan MBMMBI di sekolah. 1.3 MBMMBI telah menjadi dasar yang sangat penting sama seperti KSSR. 1.4 Berharap lebih banyak murid dilibatkan secara aktif di dalam pelaksanaan MBMMBI sama ada di peringkat sekolah, pkg atau daerah. Tindakan : Semua Guru BM & BI II. Perutusan Tuan Guru Besar 2.1 Terima kasih atas kerja buat guru dari bulan Januari hingga April 2013. 2.2 Walaupun aktiviti telah berjalan masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat terutama bagi menjayakan MBMMBI. 1

Upload: mohd-fahmi-yusoff

Post on 20-Jul-2015

102 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

08800, GUAR CHEMPEDAK

KEDAH DARULAMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI KALI 2-2013

TARIKH : 25 APRIL 2013

HARI : KHAMIS

MASA : 1.30 – 3.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKGC

KEHADIRAN :

1. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Melayu

2. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris

TURUT SERTA : 1.GURU BESAR – TN.HJ. MOHD NOOR BIN DERANI

2.PK KURIKULUM – TN.HJ. GHAZALI B. SALLEH

PERKARA YANG DIBINCANG

I. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat MBMMBI Kali 2

tahun 2013.

1.2 Berharap semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengambil inisiatif

secara aktif untuk merancakkan perkembangan MBMMBI di sekolah.

1.3 MBMMBI telah menjadi dasar yang sangat penting sama seperti KSSR.

1.4 Berharap lebih banyak murid dilibatkan secara aktif di dalam pelaksanaan

MBMMBI sama ada di peringkat sekolah, pkg atau daerah.

Tindakan : Semua Guru BM & BI

II. Perutusan Tuan Guru Besar

2.1 Terima kasih atas kerja buat guru dari bulan Januari hingga April 2013.

2.2 Walaupun aktiviti telah berjalan masih banyak penambahbaikan yang perlu

dibuat terutama bagi menjayakan MBMMBI.

1

Page 2: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

2.3 Berharap Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) telah dijalankan mengikut

bilangan dan ketetapan yang telah dibuat dalam mesyuarat kali 1/2013 yang lalu.

2.4 Meminta semua bahagian memberikan pelaporan aktiviti yang telah

dilaksanakan sehingga April 2013.

2.5 Berharap untuk melihat lebih banyak bahan MBMMBI semasa p&p dan bahan

kekal di dalam bilik darjah yang boleh dimanfaatkan oleh murid sekolah ini.

Tindakan : Semua Guru

III. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat MBMMBI Kali 1/2013.

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat MBMMBI Kali 1/2013.

Pn Dayang Sabariah bt. Dato Datu Hj. Bistari mencadangkan supaya minit

mesyuarat kali 1 disahkan.

Cadangan disokong oleh Pn. Nurussalwa Radzali .

3.2 Perkara berbangkit.3.2.1 Pembetulan latihan murid/ Penggunaan BM Standard Merentas Kurikulum.

Guru Besar meminta guru-guru lebih peka dan memberi penegasan supaya murid

membuat pembetulan terutama di dalam bahagian kosa-kata. Tujuannya adalah

untuk mengukuhkan daya ingatan murid.

3.2.2 TMK dalam P&P

Pn. Ranita memaklumkan kekangan penggunaan ICT dalam p&p kerana LCD

sekolah cuma sedikit sahaja yang berfungsi.

Guru Besar memaklumkan bahawa hal ini telah dipanjangkan kepada

Pn. Noorazlina Abdullah, juruteknik PSS sekolah dan kewangan sekolah tidak

mencukupi untuk membiayai kos pembaikan LCD.

Guru Besar berharap guru-guru dapat menggunakan kreativiti untuk

mempelbagaikan bahan dan menarik minat murid.

3.2.3 Program Bacaan

Pn. Che Wa Ismail, Guru Pusat Sumber mengingatkan guru-guru BM dan BI supaya

meminta murid mengisi rekod bacaan Nilam 2013 dengan segera.

3.2.4 Bahasa Ilmu dan Komunikasi

2

Page 3: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

Pn.Ranita memaklumkan bahawa Badan Pengawas telah melantik beberapa

pengawas mengikut giliran untuk bertugas mengendalikan perhimpunan mingguan

di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

3.2.5 Sumber P&P

Pn.Ranita selaku penyelaras Zoom A memaklumkan ramai murid mengalami

masalah menggunakan Zoom A kerana kekangan masa. Data penggunaan Zoom A

murid telah dipaparkan kepada murid 6 Gemilang.

IV. Memartabatkan Bahasa Melayu4.1. Pelaporan aktiviti Panitia Bahasa Melayu.

4.1.1Pn. Aniza memaklumkan bahawa pertandingan Bahasa Melayu akan diadakan

pada bulan Mei. Murid-murid telah dipilih untuk beberapa acara yang telah

dipertandingkan.

4.1.2 Bulan Bahasa Melayu telah diadakan sepanjang bulan Februari 2013.

Pertandingan diadakan secara dalaman iaitu di dalam bilik darjah.

4.2 Bahan MBM di sekolah.

Guru-guru kelas telah melekatkan simpulan bahasa, perumpamaan dan sebagainya

sebagai hiasan dinding di dalam kelas. Hampir keseluruhan kelas telah dicantikkan

dengan kata-kata hikmah dan sebagainya.

V. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris5.1 Pelaporan aktiviti Panitia Bahasa Inggeris.

5.1.1 Pn. Ranita memaklumkan bahawa Bulan Panitia Bahasa Inggeris telah

diadakan sepanjang bulan Mac 2013.

Pertandingan dijalankan pada peringkat kelas.

5.1.2 Panitia Bahasa Inggeris telah membawa murid menyertai Karnival Bahasa

Inggeris Peringkat PKG Sg. Limau. Hanya 2 peserta yang terlibat untuk acara Tahap

2 kerana peserta Bercerita Tahap 1 menarik diri kerana menyertai pertandingan

Tulisan Jawi anjuran KAFA .

5.1.3 Peserta yang dibawa ialah:-

Humairak bt. Othman , Kelas 6 Gemilang – Pertandingan Public Speaking.

Mohd. Haikal b. Mohd.Asrol Affendi – 5 Gemilang-

3

Page 4: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

Pertandingan Story-telling Tahap 2

5.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang

dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6

orang murid Tahun 6 untuk menyertai pertandingan tersebut.

5.1.5 SKGC tidak mengambil bahagian dalam acara Action Songs dan Choral

Speaking kerana bilangan peserta yang ramai dan memerlukan persediaan yang

lama. Insyaallah, kita mungkin akan mengambil bahagian pada masa hadapan.

5.2 Bahan MBI di sekolah

5.2.1 Guru-guru kelas telah mengambil inisiatif membuat mural BI seperti Idioms,

Proverbs dan Nursery Rhymes di dalam kelas.

5.2.2 Sudut-sudut p&p juga telah banyak yang dilengkapi dengan bahan Bahasa

Inggeris.

5.3 Kursus Dalaman/LDP Guru Bahasa Inggeris

5.3.1 Guru-guru Bahasa Inggeris tahap 2 (Tahun 4,5 &6) telah mengikuti 3 bengkel

seperti berikut;-

Bengkel 1 ; 03.04.13 – Bengkel Teknik Pemarkahan BI UPSR

Bengkel 2 ; 04.04.13 – How to teach grammar effectively.

Bengkel 3 ; 17.04.13 - Teaching to write creatively.

VI. Perkongsian dan Jaringan Guru

6.1 Guru Besar meminta semua guru bersedia untuk pemantauan daripada luar.

Sekolah ini akan menerima banyak pemantauan termasuk pra-persaraan Guru

Besar.

6.2 Guru SISC+ juga akan mula turun membuat pemantauan di sekolah.

VII. Kepimpinan Sekolah

7.1 Guru Besar memaklumkan pada setiap perjumpaan pentadbir dan pihak atasan

isu MBMMBI akan dibincangkan.

7.2 Setiausaha boleh membuat tempahan banner untuk bahan pameran MBMMBI.

VIII. Isu-isu semasa pendidikan negara/NKRA/SIP

8.1 MMI( Mengurus masa Instruksional) menjadi agenda penting di sekolah.

4

Page 5: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

Guru mesti menandatangani buku rekod kehadiran di dalam kelas sebagai tanda

keberadaan di sekolah. Kehadiran guru termasuk guru ganti di dalam kelas

hendaklah 100%. Jadual ini akan direkodkan setiap bulan mulai April 2013.

Guru kelas hendaklah menghantar buku yang lengkap kepada Pegawai Meja MMI.

IX. Peruntukan kewangan/pembelian BBM/Stok

9.1 Setiausaha memaklumkan bahawa pembelian bahan BBM untuk MBMMBI

di bawah kawalan panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

9.2 Sebarang pembelian atau pesanan hendaklah melalui ketua panitia masing-

masing dan mendapat kelulusan tuan Guru Besar.

X. Hal-hal lain.

10.1 Setiausaha memaklumkan bahawa 2 banner Bahasa Inggeris sedang dalam

proses dibingkaikan sebelum dipamer di tangga tahap 2.

10.2 Guru Besar meminta aktiviti murid untuk program MBMMBI diperbanyakkan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh;

………………………………… ……………………………………….

5

Page 6: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

6

Page 7: Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013

6