minit mesyuarat matematik

9
SEKOLAH KEBANGSAAN WAKUBA PETI SURAT 61732 91027 TAWAU, SABAH TEL & Fax: 089-922906 No.Rujukan : XBA3054/SKWT/B/600-4-02/03(1)/1 Tarikh : 10.2.2015 MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA Tarikh : 5.2.2015 (Khamis) Masa : 12.00 - 1.30 pm Tempat : Makmal komputer Kehadiran : 1. Encik Awang Pg Jaafar - Penolong Kanan Pentadbiran 2. Encik Azhar Bin Haris - Setiausaha Peperiksaan - Guru Matematik Tahun 4A, 5 &6 3. Encik Erwan Hamid - Ketua Panitia Matematik 6. Pn. Ramayana Eraba - Guru Matematik Tahun 1,3 dan 4B

Upload: erwan-hamid

Post on 09-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN WAKUBA

SEKOLAH KEBANGSAAN WAKUBA

PETI SURAT 61732

91027 TAWAU, SABAH

TEL & Fax: 089-922906

No.Rujukan: XBA3054/SKWT/B/600-4-02/03(1)/1

Tarikh

: 10.2.2015MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA

Tarikh : 5.2.2015 (Khamis)Masa : 12.00 - 1.30 pm

Tempat : Makmal komputerKehadiran :

1. Encik Awang Pg Jaafar

- Penolong Kanan Pentadbiran

2. Encik Azhar Bin Haris

- Setiausaha Peperiksaan

- Guru Matematik Tahun 4A, 5 &6

3. Encik Erwan Hamid

- Ketua Panitia Matematik6. Pn. Ramayana Eraba

- Guru Matematik Tahun 1,3 dan 4BBILAGENDATINDAKAN

1Agenda Pertama :Ucapan alu-aluan Penolong Kanan

Pentadbiran

1.1 Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan agenda

mesyuarat dan isu pendidikan yang perlu diberi perhatian oleh semua guru.

2Agenda Kedua: Pengesahan minit mesyuarat dan perkara berbangkit

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Cik Ramayana Lajanti dan tiada isu berbangkit yang dibahaskan.

3Agenda Ketiga: Laporan Analisis UPSR 2014

3.1 Setiausaha Peperiksaan membentangkan laporan analisis UPSR 2014 iaitu berlaku peningkatan lulus sebanyak 18.8% berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan GPS sebanyak 0.13 (2.36) dan 78.2% murid lulus penuh.3.2 Subjek Matematik menunjukkan penuruan peratus lulus sebanyak 1.3% iaitu daripada 95.7% (2013) dari 97% (2014) bersamaan hanya 1 murid gagal daripada 23 calon, tetapi menunujukan peningkatan GPS ke 2.13 dari 2.34(2013).3.3 Berlaku peningkatan gred kualiti A iaitu 6 orang pelajar mendapat A dalam Matematik berbanding 3 orang pada 2013.

3.4 Bagi tahun 2015 menyaksikan cabaran kepada semua guru Tahun 6 untuk memastikan 25 murid daripada 31 orang lulus dengan cemerlang untuk mengimbangi keputusan UPSR tahun lepas.

3.5 Berdasarkan laporan Peperiksaan Akhir Tahun 2014, hanya 14 murid lulus (43.75%) dan keadaan ini amat membimbangkan.

3.6 Mengikut maklumat daripada guru kelas terdahulu, murid-murid adalah golongan lemah dan sederhana dan tahap pemikiran agak rendah. Oleh itu, guru perlu mengubah strategi pdp lebih ke arah pendedahan pemikiran aras tinggi selaras matlamat UPSR 2015 yang dipelopori soalah KBAT.

3.7 Penetapan TOV calon UPSR perlu diubahsuai berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik yang akan dijalankan pada 26 dan 27 Februari 2015. Kelewatan ujian ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru untuk memberi lebih banyak input kemahiran yang diperlukan murid untuk lulus dengan lebih baik berbanding peperiksaan akhir tahun yang lepas. TOV UPSR dibuat berdasarkan ujian diagnostik tahun 2015 dan bukan peperiksaan lepas.

SU Peperiksaan

Guru MT Thn 6SU Peperiksaan

Guru MT Thn 6

4

Agenda Keempat: Fail Panitia

4.1 Jumlah fail panitia adalah mengikut bilangan yang dipersetujui dalam mesyuarat Ketua-Ketua Panitia yang telah dihadiri baru-baru ini iaitu 11 buah dan fail tersebut perlu dikemaskini mengikut keperluan.

Ketua Panitia

5Pemantauan Peringkat Sekolah

5.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengumumkan bulan Mac adalah bulan pemantauan ke atas semua guru yang menjurus kepada pemantauan PdP dan aplikasi I-Think dalam aktiviti pembelajaran.

5.2 Ketua Panitia akan membuat pemantauan yang serupa bermula bulan Mac dan borang pencerapan serupa yang digunakan oleh pihak pentadbir sekolah.

5.3 Semakan Buku Latihan Murid wajib dilakukan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan. Ketua Panitia akan mengedarkan borang semakan kepada semua guru Matematik dan semakan boleh dilakukan selepas cuti Tahun Baru Cina.

BILAGENDATINDAKAN

6Agenda Keenam: Pelan Strategik / Taktikal / Operasi

6.1 Penolong Kanan mengingatkan agar Ketua Panitia dapat menghantar pelan strategik-operasi dan taktikal selewat-lewatnya selepas cuti Tahun Baru Cina.

6.2 Beliau juga mengingatkan agar Ketua Panitia dapat merancang dan menjalankan sekurang-kurangnya dua program yang dianggap berkesan ke atas murid dalam meningkatkan kemahiran mereka berbahasa English.

Ketua Panitia

7Agenda Ketujuh: Takwim Panitia

7.1 Penolong Kanan Pentadbiran menyeru agar Ketua Panitia berhati-hati dalam pemilihan program atau aktiviti yang ingin dilaksana agar ia dapat memberi impak yang besar ke atas pembelajaran murid.

7.2 Takwim panitia perlu mengambil kira penyediaan program LINUS Matematik.

7.3 Guru LINUS perlu memaklumkan program yang ingin diadakan kepada Ketua Panitia.

7.4 Ketua Panitia menyatakan bahawa program Buddy Reading akan diadakan pada setiap hari Khamis bagi memberi peluang murid lemah mendapat bimbingan membaca daripada rakan sebaya yang berkebolehan.

Ketua Panitia

Guru LBI - RamayanaRamayana

8Agenda Kelapan : PBS-offline PPPM

8.1 Penolong Kanan mengingatkan agar Ketua Panitia memastikan guru dibawah seliaannya menyimpan cetakan rumusan ke dalam fail panitia untuk rujukan.

8.2 Guru-guru juga perlu mewujudkan fail PPPM sendiri untuk menyimpan rekod offline.

Ketua Panitia

Semua guru

9Agenda Kesembilan : Program Peningkatan UPSR

9.1 Ketua Panitia menyatakan terdapat 2 program yang akan dijalankan iaitu Program Kelas Berfokus dan SAL UPSR. Ini tidak termasuk dengan kelas tambahan dan latih tubi serta program motivasi.

9.2 SAL UPSR merujuk kepada penglibatan ibu bapa dalam membantu murid mengulangkaji pelajaran di rumah dengan menggunakan buku latihan yang disediakan guru. Ibu bapa boleh memeriksa sendiri kerja murid menggunakan sisipan jawapan yang disertakan. Guru akan memantau murid dengan memeriksa buku tersebut seminggu sekali. Murid yang rajin mengulangkaji dan banyak menggunakan set latihan yang disediakan serta menunjukkan prestasi terbaik akan menerima hadiah peribadi daripada guru.

9.2 Program Kelas Berfokus merujuk kepada kumpulan kecil mengikut target yang ditetapkan. Setiap kumpulan ini mempunyai set latihan berbeza dan jadual waktu berbeza.

Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu selama 2 jam.

9.3 Kelas tambahan Matematik akan diadakan pada setiap hari Selasa bermula jam 6.30 hingga 7.20 pagi. Ia akan dimulakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

10Agenda Kesepuluh : Aplikasi I-Think dalam PdP

10.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan semua guru untuk menggunakan pendekatan I-Think dalam pengajaran mereka.

10.2 Aplikasi tersebut didapati mampu menjana pemikiran murid dari aras rendah ke aras tinggi dan membolehkan mereka mampu membuat analisis sesuatu maklumat yang diperolehi dan bukannya belajar menghafal sesuatu perkara untuk lulus dalam peperiksaan.

10.3 Aplikasi tersebut boleh ditunjukkan di dalam latihan murid dan boleh juga ditayang di papan kerja murid di dalam kelas.

11Agenda Kesebelas: Hal-hal lain

11.1 Jadual Ujian Diagnostik perlu diedarkan segera dan guru dikehendaki membuat laporan segera untuk mewujudkan TOV UPSR pada akhir Februari.

11.2 Guru LBI tahun 1hingga 3 perlu mewujudkan modul bimbingan yang boleh digunakan dalam program Bimbingan Berfokus sebagai panduan guru lain yang terlibat.

11.3 Guru Tahun 6 boleh merujuk laman web yang diedarkan oleh guru besar bagi mencari set soalan latih tubi UPSR

SU Peperiksaan

Semua guru

RamayanaMohd Tajuddin

Guru MT Thn 6

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.35 petang.Disediakan oleh

................................................

ERWAN BIN HAMIDKetua Panitia MatematikSk. fail