minit mesyuarat ko-kurikulum ke-2 2012

7
SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH 33000 KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM KALI KE-2 Tarikh : 02 Mei 2012 Masa : 12.35 Tengahari Hari : Rabu Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran : 1. Zainal Bin Abd. Rahman 2. Ahmad Nazran B. Ahmad Zakaria 3. Hawa Bt Abdul Raman 4. Mior Khir Amir B. Mohd Rasid 5. Pn. Siti Zalina Bt Mat Nawi 6. Md. Syahriman Irwan B. Md. Yusoff 7. Farizan B. Ayob 8. Norhayatti Bt Mohad Johor 9. Zalina Bt Jamalludin 10. Nurul Syaznie Bt Md Salleh 11. Mohd Fakrumizi B. Ya 12. Norazlina Bt. Abdul Aziz 13. Ayu Bt Baharuddin 14. Hazrab Bt Hasseni 15. Muhammad Azmi B. Mohd Rahni 16. Kamsina Surai Bt Mohamed Tidak Hadir : Syamsuddin B. Jamil Azmi

Upload: nor-hayati

Post on 09-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MINIT MESY KOKU

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH33000 KUALA KANGSAR

PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM KALI KE-2

Tarikh

: 02 Mei 2012

Masa

: 12.35 Tengahari

Hari

: Rabu

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

: 1. Zainal Bin Abd. Rahman

2. Ahmad Nazran B. Ahmad Zakaria

3. Hawa Bt Abdul Raman

4. Mior Khir Amir B. Mohd Rasid

5. Pn. Siti Zalina Bt Mat Nawi

6. Md. Syahriman Irwan B. Md. Yusoff

7. Farizan B. Ayob

8. Norhayatti Bt Mohad Johor

9. Zalina Bt Jamalludin

10. Nurul Syaznie Bt Md Salleh

11. Mohd Fakrumizi B. Ya

12. Norazlina Bt. Abdul Aziz

13. Ayu Bt Baharuddin

14. Hazrab Bt Hasseni

15. Muhammad Azmi B. Mohd Rahni

16. Kamsina Surai Bt Mohamed

Tidak Hadir

: Syamsuddin B. Jamil Azmi

Agenda1. Mesyuarat dimulakan dengan :1.1 Nyanyian Lagu Negaraku 1.2 Doa1.3 Ikrar Perkhidmatan Awam

2. Ucapan aluan Pengerusi

2.1 Memulakan majlis dengan bacaan umul kitab.

2.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

2.3 Pengerusi berharap semua orang dapat memberi kerjasama agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar.

Tindakan : Semua orang

3. Ucapan penasihat

3.1 En. Nazran mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kerana lambat memulakan mesyuarat ini.

3.2 En. Nazran berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar.

Tindakan : Semua orang

4. Perbentangan dan pengesahan minit mesyuarat

4.1 Pn. Norhayatti selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat.

Cadangan : Cik Nurul Syaznie Bt Md. Salleh

Sokongan : Ustaz Fakrumizi Bin Ya

5. Perkara-perkara berbangkit.

Tiada.

6. Pengurusan Ko-Kurikulum

6.1 Ko-Kurikulum mingguan

6.1.1 En. Nazran meminta guru-guru menyediakan dokumentasi terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

6.1.2 En. Nazran mencadangkan Persatuan Bahasa Arab digabungkan dengan Persatuan Agama Islam.

6.1.3 En. Nazran juga mencadangkan Permainan dimansuhkan untuk sementara waktu.

Tindakan : Semua Guru

6.1.4 En. Nazran memaklumkan Puan Azaisheila selaku guru penasihat Persatuan Bahasa Inggeris telah bertukar ke SK Menora dan persatuan ini akan digantikan dengan permainan dalaman.

6.1.5 En. Mior memaklumkan perkara tersebut akan dibincangkan semula.

Tindakan : Semua Guru7. 1 Murid 1 Sukan

7.1 En. Mior memaklumkan guru-guru berkenaan menyediakan dokumentasi selepas menjalankan satu-satu aktiviti.

7.2 En. Mior memaklumkan buku dan modul ada disediakan dan guru-guru boleh membuat rujukan dari modul tersebut.Tindakan : Semua Guru8. Ko-Akademik

8.1 En. Mior memaklumkan Program Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan. Keputusan bagi murid sekolah ini kurang memuaskan kerana aktiviti pada awal tahun terlalu padat dan berlapis dengan program Tahun 6. Pada program ini, murid Tahun 6 tidak dihantar.

8.2 En. Mior memaklumkan, pada minggu lepas Ustaz Fakrumizi telah menghantar 2 orang murid ke PPD untuk penyertaan dan keputusan belum diketahui.

9. Sukan Tahunan

9.1 En. Mior memaklumkan bahawa Sukan Tahunan peringkat sekolah dijangka

diadakan pada 14 Jun 2012.

9.2 En. Mior telah mengedarkan senarai nama Jawatankuasa Sukan Tahunan dan meminta guru-guru dan staf sekolah melihat edaran.9.3 En. Mior membacakan nama Ketua guru rumah sukan dimana rumah biru

En. Farizan, rumah merah En. Fakrumizi dan rumah kuning En. Syahriman Irwan.

9.4 En. Mior telah mengedarkan lampiran tentang anggaran berbelanjaan dan

hadiah. Anggaran yang dicadangkan berjumlah RM1054.00. Bantuan sukan yang diperolehi ialah RM400.00 dan jumlah yang masih kekurangan

RM654.00.

9.5 En. Mior mencadangkan jumlah yang kekurangan akan dibincangkan semasa mesyuarat AJK PIBG yang akan diadakan pada 3 Jun 2012.

Tindakan : Semua Guru

9.6 En. Mior mencadangkan agar Kelab Staf membuat baju t-shirt yang baru.

Tindakan : Pengerusi Kelab Staf

9.7 En. Mior menyatakan nilai hadiah yang telah dibincangkan dengan pihak berkenaan dimana pingat, plastik tali kecil RM2.50, plastik tali besar RM2.80 dan besi tali besar RM3.80.9.8 En. Mior akan menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan contoh dan berbincang berkenaan dengan harga.

9.9 Pn. Azlina selaku AJK hadiah memaklumkan akan berbincang dengan Pn. Hawa terlebih dahulu.

9.10 En. Mior mencadangkan acara yang akan dipertandingkan:

- Acara Padang Lontar peluru, Lompat tinggi dan Lompat jauh.

- Acara Balapan - Larian 50m, 60m,100m, 200m, 400m, 6 x 50m, 4 x 100m, 4 x 200m. - Sukaneka 9.11 En. Mior memaklumkan akan mengedarkan jadual latihan rumah sukan dalam jangka masa yang terdekat dan merentas desa akan dibuat pada waktu pendidikan jasmani pada 8 Mei 2012. 9.12 En. Mior meminta cadangan dari guru-guru berkaitan dengan jemputan

Perasmian Hari sukan.

9.13 En. Nazran mencadangkan pilihan pertama En. Azizol Rahim B. Abd

Rahman Pegawai Khas Parlimen Kuala Kangsar dan pilihan kedua En. Zainal YDP SK Menora.

Tindakan : Semua Guru 10. Hal-hal lain 10.1 En. Syahriman memaklumkan mesyuarat Kelab Staf akan diadakan pada 3 Mei 2012.

10.2 Pn. Shima mencadangkan agar membuat baju T-shirt sukan yang baru

untuk murid-murid agar dapat mengantikan baju lama yang telah rosak atau telah kotor.

10.3 En. Mior memaklumkan untuk masa yang terdekat, murid-murid diwajibkan membeli seluar sukan terlebih dahulu dan sesiapa yang hendak membeli baju t-shirt boleh membuat tempahan. 10.4 En. Nazran memaklumkan pada tahun ini, tidak dibenarkan sesiapa sahaja berniaga diatas padang. Untuk mengelakkan ada pihak berkecil hati.

10.5 En. Nazran memaklumkan jadual waktu mengajar yang baru akan dikeluarkan tidak lama lagi dan meminta guru-guru bergerak pantas sewaktu menjalankan tugas.

10.6 En. Nazran meminta bantuan agar Jimi, Syam dan Kamsinar untuk membantu dalam rumah sukan.

10.7 En. Nazran mengucap tahniah kerana mesyuarat berjalan dengan lancar dan meminta menyediakan senarai nama AJK Sukan yang baru untuk dibawa dalam mesyuarat AJK PIBG.11. Penagguhan

11.1 En. Mior mengucap terima kasih kepada En. Nazran kerana banyak membantu dan berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Sukan Tahunan tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada 2.00 petang.Disediakan oleh ;

Disemak oleh ;

............................................................ ...........................................................(PN. NORHAYATTI BT MOHD JOHOR) (EN.MIOR KHIR AMIR B. MOHD ASID)

Setiusaha Ko-Kurikulum,

Guru Penolong Kanan Ko-Kuriulum,

SK Rambai Tujuh.

SK Rambai Tujuh.