minit mesyuarat kh (1)

5
DRAF MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP Bil 1 Tahun 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING (1), KM 10 JALAN KLANG LAMA 58000 KUALA LUMPUR Tarikh : 19 JANUARI 2015 Masa : 1.40 PETANG Tempat : BILIK GERAKAN Pengerusi : Pn. Tun Anis Azima Bt Ashaari Kehadiran : 1. Pn.Zaleha bt Mohd Yusoh Guru Penolong Kanan Tadbir& Kurikulum 2. Tun Anis Azima bt Ashaari Ketua Panitia Kemahiran Hidup 3. Pn. Zawani Bt Hussin Setiausaha 1.0 Perutusan Pengerusi: 1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia Kemahiran Hidup, Pn. Tun Anis Azima bt Ashaari 1.2 Pn. Tun Anis Azima mengucapkan terima kasih kepada Pn. Zaleha bt Mohd Yusoh dan semua guru yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri mensyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama bagi tahun 2015.

Upload: kak-ana

Post on 29-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

DRAF MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUPBil 1 Tahun 2015SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING (1), KM 10 JALAN KLANG LAMA

58000 KUALA LUMPUR

Tarikh

:19 JANUARI 2015Masa

:1.40 PETANG

Tempat:BILIK GERAKAN

Pengerusi: Pn. Tun Anis Azima Bt Ashaari

Kehadiran:

1. Pn.Zaleha bt Mohd Yusoh

Guru Penolong Kanan Tadbir& Kurikulum2. Tun Anis Azima bt AshaariKetua Panitia Kemahiran Hidup

3. Pn. Zawani Bt Hussin

Setiausaha1.0 Perutusan Pengerusi:

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia Kemahiran Hidup, Pn. Tun Anis Azima bt Ashaari

1.2 Pn. Tun Anis Azima mengucapkan terima kasih kepada Pn. Zaleha bt Mohd Yusoh dan semua guru yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri mensyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama bagi tahun 2015.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Tun Anis dan disokong oleh Pn. Zawani.3.0 Agenda Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit dikemukakan.

4.0 Pengurusan dan Pentadbiran4.1 Pengajaran dan Pembelajaran4.1.1 Ketua Panitia memaklumkan tahun ini matapelajaran Rekabentuk dan Teknologi KSSR Tahun 4 dan 5 diteruskan.

Tindakan : Makluman

4.1.2 Pn. Tun Anis Azima selaku guru Rekabentuk dan Teknologi Tahun 4 dan 5 telah berbincang bersama guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi agar tahun ini matapelajaran ini diajar berselang seli.Tindakan : Makluman

4.1.3 Ketua Panitia juga meminta guru kemahiran hidup agar memasukkan elemen KBAT dan Peta Pemikiran di dalam pengajaran.Tindakan : Makluman

4.1.4 Setiap proses P&P yang melibatkan kerja amali hendaklah dijalankan di dalam bengkel bagi memastikan keadaan murid terkawal serta guru dapat mengawasi pergerakan murid.

Tindakan : Makluman

4.1.5 Guru dikehendaki memastikan keselamatan murid ketika menjalankan kerja amali. Tidak bergurau menggunakan alatan-alatan yang tajam seperti gergaji, pahat dan sebagainya.

Tindakan : Makluman

4.1.6 Guru diminta agar menggunakan bahan-bahan projek dengan sebaik mungkin.

Tindakan : Makluman

4.1.7 Projek kerja amali untuk tahun 4, 5 dan 6 akan dibincangkan semula dengan Guru Besar. Pesanan bahan projek akan dibuat pesanan selepas berlaku perbincangan tersebut.Tindakan : Makluman 4.2 PKSR 1

4.2.1 Peperiksaan PKSR 1 akan dijalankan pada bulan 18 Mei 2015. Setiap guru harus memastikan sebahagian dari silibus dapat diajarkan kepada semua murid. Kertas soalan peperiksaan akan disediakan oleh guru kemahiran hiduptahun Tahun 6 iaitu Pn. Zawani bt Husin dan hendaklan menyiapkan kertas soalan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum peperiksaan.Tindakan : Pn. Zawani Bt Husin

4.2.2 Bagi PKSR 2 , penggubal soalan adalah sama dengan PKSR 1.

4.2.3 Kertas soalan hendaklan disemak oleh Ketua Panitia dan di sahkan oleh Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum iaitu Pn.Zaleha bt Mohd Yusoh.

Tindakan : Makluman 5.0 Hal-hal Lain

5.1 Guru diminta agar menjalankan P&P dengan sebaik mungkin.

Tindakan : Makluman 6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi Panitia Kemahiran Hidup mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dalam mesyuarat kali ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.Disediakan oleh :

Disemak oleh :

. (Pn. Zawani bt Husin )

( Pn Tun Anis Azima Bt Ashaari )

Setiausaha Panitia K. Hidup

Ketua Panitia K. Hidup

Sek Keb Petaling (1)

KM 10, Jalan Klang Lama,

Kuala Lumpur.