minit mesyuarat kedua 2010

Upload: mustaffa

Post on 10-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Kedua 2010

    1/2

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

    70300 SEREMBAN

    MINIT MESYUARAT KEDUA AJK PUSAT AKSES TAHUN 2010

    TARIKH : 30 JUNE 2010

    HARI : RABU

    MASA : 2.40 p.m.TEMPAT : BILIK PUSAT AKSES

    KEHADIRAN : HADIR

    1. Mohd Mustaffa B. Hj. Mobarak Ali (Ketua)

    2. En. Tajol Anuar B. Md. Yusof -AJK

    3. En. Chia Sen Chun AJK

    4. PN. Cik Lamziah -Penyelaras Bestari5. Cik Sharifah Nora B. Tuan Mat - Juruteknik

    6. Pn. Roazween Rini - AJK

    TIDAK HADIR -

    AGENDA MESYUARAT1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

    En. Mohd Mustaffa mengalu-alukan kehadiran AJK dan Penyelaras Bestari,Pn. Lamziah..

    Beliau berharap dengan kerjasama semua AJK,, Pusat Akses akan teruscemerlang.

    Penggunaan Pusat Akses menurun pada awal tahun kerana masalahpendawaian elekrik di makmal Cendikia yang menyebabkan tiada sambunganinternet.

    2.0 PENGESAHAN MINIT

    Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang sah oleh Cik Sharifah Nora puladan disokong sebulat suara..

    3.0 PERKARA BERBANGKIT

    Cik Sharifah mengulang maklum bahawa beberapa peralatan seperti Headsetdan AVR rosak akibat perbuatan pengguna.

    En. Chia menyokong kenyatan Cik Nora kerana beliau dapati masalah samadi Makmal Cendikia dan bahkan berlaku kecurian peralatan PC di Makmalbahasa.

    TINDAKAN: Ketua dan J/K4.0 PENGURUSAN PUSAT AKSES

    Carta Orginasasi telah dikemaskinikan.

    Ketua memberitahu bahawa Cik Sharifah telah membuat inventori dan

    dimasukkan dalam fail. Cik Sharifah selalu mengaturkan bahan bacaan seperti majalah dengan

    kemas dan telah mengira jumlahnya dan dipamerkan.

    Ketua mengucapkan terima kasih kepada En. Tajol yang telahmembaikpulihkan beberapa kali PC. Pelajar yang tidak pandai menggunakanselalunya merosakan setup PC dengan menekan F2 atau F12 dan mengubahkonfigurasi motherboard.

    Ketua memaklumkan bahawa beliau akan membersihkan Pusat Akses secara

    1

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Kedua 2010

    2/2

    bergotong-royong dengan Pengawas, dan akan mop dan lap semua tempatdan peralatan.

    TINDAKAN: Ketua, J/K dan pengawas5.0 KEROSAKAN SAMBUNGAN LAN

    Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada En. Chia dan Cik Nora yangbanyak kali telah bersama-sama membaiki sambungan internet. Nampaknyasekolah ini selalu menghadapi masalah petir dan router rosak, begitu juga

    dengan suisboard, banyak socket internet/lan di switchboard gagal berfungsi. Cik Nora memberitahu PC No. 6 internetnya tidak berfungsi.

    Ketua memberitahu banyak masa diperlukan untuk kesan kerosakan danperlu peralatan serta kewangan sedangkan semua ini adalah kekuranganbesar yang dihadapi. Sedangkan juruteknik juga tidak dibekalkan apa-apaperalatan untuk mengesan mahupun membaiki.

    TINDAKAN: Ketua, En. Chia dan Cik Nora.6.0 HAL-HAL LAIN

    1. Perkara yang menyedihkan ialah sikap pelajar yang sengaja sukamerosakkan peralatan dan aset lain. Walaupun ditegah namun penggunakurang bertanggung jawab. Tindakan simpan speaker, supaya ada yangselamat.

    2. Ada pelajar telah mencuri penyapu Pusat Akses, ini menimbulkan masalahsetiap kali hendak membersihkan Pusat Akses. Pusat Akses belum lagidibekalkan penyapu, tong sampah, penyodok atau bulu ayam. Perkakasanyang ada adalah atas inisiatif sendiri. Ini termasuk mop, baldi, tuala danpencuci lantai.

    3. En Tajol menyuarakan bahawa pelajar-pelajar yang bertugas sebagaipengawas selalu ponteng dan tidak membantu menjaga 3K Pusat Akses.

    4. En. Mustaffa memaklumkan bahawa semua dokumetasi Pusat Akses SMKMambau telah dimuat naik ke internet dan boleh dimuat turun.

    5. Pn. Lamziah memaklumkan bahawa beliau berasa gembira dijemput dalammesyuarat dan berasa bangga dengan usaha JK Pusat Akses menguruskanPusat Akses dengan elok.

    TINDAKAN: J/K .7.0 UCAPAN PENUTUP

    En. Mustaffa selaku Ketua Unit Pusat Akses berterima kasih di atas bantuanAJK. menjaga dan mengurus selama 4 tahun.

    Beliau juga memaklumkan bahawa Pengetua mengambil berat tentangkeceriaan Pusat Akses, aset PSS SMK Mambau diurus dengan baik dancantik.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.sehingga ke satu masa yang akandimaklumkan kelak.

    Disediakan oleh,

    ...(EN. MOHD MUSTAFFA BINTI MOBARAK ALI)Ketua Unit Pusat AksesSMK Mambau

    2