mesyuarat kedua penggal persidangan kedua dewan …

93
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS SOALAN-SOALAN LISAN DAN JAWAPAN & LAMPIRAN KEPADA JAWAPAN SOALAN LISAN 1 NOVEMBER 2019 - 8 NOVEMBER 2019 Dikeluarkan oleh Bahagian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

SOALAN-SOALAN LISAN DAN JAWAPAN

&

LAMPIRAN KEPADA

JAWAPAN SOALAN LISAN

1 NOVEMBER 2019 - 8 NOVEMBER 2019

Dikeluarkan oleh Bahagian Dewan Undangan Negeri

Pulau Pinang

Page 2: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

2

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Kandungan Muka

Surat

SOALAN-SOALAN LISAN DAN JAWAPAN 3 - 93

Page 3: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

3

SOALAN-SOALAN LISAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPAT JAWAPAN DARIPADA YAB. KETUA MENTERI

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Adakah Cukai Pintu yang dikenakan kenaikan tarif akan membebankan rakyat Pulau Pinang?

(a) Apakah langkah-langkah ataupun tindakan-tindakan yang akan

diambil sekiranya rakyat tidak mampu membayar?

YAB. Ketua Menteri:

1. Subseksyen 137(3), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkehendaki penyediaan dan penyiapan Senarai Nilaian baru setiap lima (5) tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan

sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau

Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah digunakan dan tidak disemak semula selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2019. Kenaikan

cukai taksiran tidak akan membebankan rakyat kerana peningkatan hasil PBT melalui cukai taksiran ini akan dapat meningkatkan kehidupan rakyat

melalui penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif

kepada kehendak rakyat.

(a) Langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang akan diambil oleh PBT sekiranya rakyat tidak mampu membayar cukai taksiran ialah

seperti berikut:

(i) Memberikan pengurangan cukai kepada pemilik harta yang

tidak mampu membayar cukai taksiran. Pengurangan cukai akan diberikan mengikut keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai Jawatankuasan akan

memutuskan keputusan dalam Mesyuarat Rayuan Cukai bagi membolehkan pemilik harta yang membuat rayuan diberi

peluang untuk menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada rayuannya; dan

(ii) Menyediakan Klinik Tunggakan Cukai bagi membantu pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran

menjelaskan cukai taksiran secara ansuran.

Page 4: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

4

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Sila nyatakan jumlah peruntukan penyelenggaraan perumahan oleh Kerajaan Negeri kepada skim perumahan awam dan perumahan swasta

yang layak.

YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri yang sentiasa mementingkan kesejahteraan hidup

rakyat Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM232 juta sejak dari tahun 2008 sehingga September 2019 bagi menyelenggara

kesemua skim perumahan awam, perumahan pihak berkuasa tempatan dan perumahan swasta yang layak. Pecahan bagi maksud peruntukan tersebut mengikut skim perumahan adalah seperti berikut:

BIL. SKIM AMAUN (RM)

1 Perumahan Awam Kerajaan Negeri 178,858,934.57

2 Perumahan Pihak Berkuasa Tempatan 22,012,050.39

3

Perumahan Swasta (Tabung

Penyelenggaraan Maksima 80 Negeri Pulau Pinang)

32,015,600.00

JUMLAH 232,886,584.96

Bagi perumahan awam kerajaan negeri, sebanyak 20,067 projek telah dilaksanakan dengan amaun sebanyak RM178,858,934.57 sehingga

September 2019. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

(i) Kerja-kerja Penyelenggaraan Awam, Elektrik dan Mekanikal;

(ii) Kerja Penyelenggaraan Sistem Pembentungan;

(iii) Pembaikan Lampu Koridor;

(iv) Pemotongan Pokok-pokok;

(v) Pembaikan Kebocoran Bumbung;

(vi) Penurapan Jalan;

(vii) Pengecatan Bangunan;

(viii) Kontrak Pembersihan; dan

(ix) Kontrak Keselamatan

Page 5: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

5

Perbelanjaan dan bilangan projek mengikut tahun adalah seperti berikut:

TAHUN BIL. PROJEK AMAUN (RM)

2008 2,195 9,312,054.79

2009 2,167 10,543,715.52

2010 1,630 9,437,490.37

2011 1,616 14,060,415.03

2012 1,669 17,714,697.81

2013 1,786 16,893,415.96

2014 1,919 20,363,523.80

2015 1,642 16,511,945.74

2016 1,403 18,446,932.20

2017 1,495 20,525,532.53

2018 1,696 19,760,474.12

Sep-19 849 5,288,736.70

JUMLAH 20,067 178,858,934.57

Manakala bagi kerja-kerja penyelenggaraan di Pihak Berkuasa Tempatan, sebanyak 8,129 projek telah pun dilaksanakan dengan amaun sebanyak

RM22,012,050.79. Perincian mengikut Pihak Berkuasa Tempatan dan bilangan projek adalah seperti berikut:

(i) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

BIL. JENIS PROJEK BIL.

PROJEK AMAUN (RM)

1 Menaik taraf dan/atau Menggantikan Lif

3 1,256,110.00

2

Penggantian Tangki Air

dan/atau Menaik taraf Sistem Perpaipan

6 225,784.00

3 Menggantikan dan/atau

Menaik taraf Bumbung 11 791,602.55

4 Pengecatan 10 1,832,000.00

5 Penurapan Jalan 1 180,000.00

Page 6: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

6

BIL. JENIS PROJEK BIL.

PROJEK

AMAUN

(RM)

6 Pendawaian Elektrik 8 1,347,345.00

7

Penyelenggaraan Kelengkapan Pencegah

Kebakaran

7 124,893.60

8 Kerja-Kerja

Penyelenggaraan Kecil 7,910 11,438,490.00

9 Menaik taraf Tandas 1 1,076,000.00

10 Pemasangan Pagar 1 200,000.00

11 Pemasangan CCTV 1 95,000.00

JUMLAH 7,959 18,567,225.15

(ii) Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

BIL. JENIS PROJEK

BIL.

PROJEK

AMAUN

(RM)

1 Menaik taraf dan / atau

mengantikan lif 4 102,350.40

2

Pengantian tangki air dan/atau menaik taraf

sistem perpaipan

2 85,781.92

3 Mengantikan dan/atau

menaik taraf Bumbung 2 9,350.00

4 Railing/ jeriji tangga 4 47,500.00

5

Kontrak pengurusan dan penyelenggaraan

PPR

140 3,138,113.20

6 Pembaikan premis 18 61,730.12

JUMLAH 170 3,444,825.64

Page 7: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

7

Sebagai Kerajaan Negeri yang berkebajikan dan mengutamakan kepentingan rakyat, penyelenggaraan perumahan swasta terus

diberi bantuan penyelenggaraan sewajarnya di mana sehingga September 2019 sebanyak 370 projek telah diluluskan dengan

amaun sebanyak RM32,015,256.08. Perincian projek yang diluluskan adalah seperti berikut:

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Berapakah jumlah unit PPR di Kampung Melayu dan jumlah kekosongan

unit rumah yang tidak didiami di Kampung Melayu sehingga hari ini?

YAB. Ketua Menteri:

3. Rumah Pangsa Kampung Melayu merupakan salah satu dari Rancangan Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilupuskan melalui kaedah sewa beli dan tiada unit sewaan melainkan tiga (3) unit

kuarters sahaja. Terdapat dua (2) blok yang mengandungi 963 unit dengan pecahan 495 unit di Blok A dan 468 unit di Blok B. Mengambil kira

usia dan keadaan unit-unit kediaman ini yang berkeluasan 371 kaki persegi hingga 392 kaki persegi bagi unit satu (1) bilik dan 548 kaki persegi bagi unit dua (2) bilik, sebilangan unit-unit ini tidak didiami dan

berada dalam keadaan usang. Berdasarkan pemantauan didapati

BIL. JENIS PROJEK BIL.

PROJEK

AMAUN

(RM)

1 Menaik taraf dan/atau

Menggantikan Lif 213 17,495,774.04

2 Penggantian Tangki Air dan/atau Menaik taraf

Sistem Perpaipan

106 5,796,570.40

3

Menggantikan dan/atau Menaik taraf

Bumbung 19 1,640,757.28

4 Pengecatan 20 6,066,025.04

5 Penurapan Jalan 2 27,917.70

6 Dinding Bata/Pagar-

(Anti Climb) 4 302,959.36

7 Keretakan 2 197,182.26

8 Railing/ Jeriji Tangga 1 31,200.00

9 Kelulusan Khas-

Bencana 3 456,900.00

JUMLAH BESAR 370 32,015,286.08

Page 8: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

8

sebanyak 40 unit tidak dihuni iaitu 27 unit di Blok A dan 13 unit di Blok B. Kerajaan Negeri akan cuba mengambil tindakan tarik semula unit yang

masih belum dipindah milik kepada penyewa dan bertunggakan manakala bagi unit telah dipindah milik usaha mengesan pemilik atau pun waris

akan diteruskan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Sila terangkan secara terperinci tentang status terkini tapak pelupusan sampah haram di Bukit Teh.

(a) Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas tuan tanah yang tidak memulihkan dan membersihkan tapak seluas 22.33 hektar tersebut?

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperketatkan undang-undang lompong yang tidak berupaya mencegah pembuangan

sampah haram?

YAB. Ketua Menteri:

4. Pemantauan terkini di kawasan tapak pelupusan sampah haram di Bukit

Teh mendapati longgokan sisa plastik telah berkurangan. Walau bagaimanapun, sisa sampah yang terdapat di dalam kolam masih belum

dipindahkan dan pemunya tanah diberikan tempoh sehingga 2 November 2019 oleh Mahkamah untuk memastikan sisa sampah tersebut

dipindahkan daripada tapak.

(a) Tindakan pendakwaan di Mahkamah telah diambil terhadap pemunya tanah dan juga pihak menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang di bawah subseksyen 82(1) Akta Kerajaan

Tempatan 1976 (Akta 171), subseksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan subseksyen 70A(1) Akta

Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil 6, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap Majlis Perbandaran Seberang Perai 1994.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengeluarkan kompaun

ke atas pemilik tanah kerana melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram ini.

(b) Undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mencegah

pembuangan sampah haram yang berlaku. Selain itu, pemantauan aktiviti pembuangan sampah secara haram juga dilaksanakan dengan menggunakan sistem dan teknologi Closed Circuit

Television (CCTV) camera yang tetap dan mudah alih di Kawasan lokasi hotspot. Walau bagaimanapun, koordinasi tindakan antara

agensi-agensi Kerajaan yang terlibat seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar perlu

diselaraskan semula bagi mencegah dan mengatasi masalah pembuangan sampah haram ini dengan lebih berkesan.

Page 9: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

9

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. 491 ekar paya bakau Penaga pelindung Tsunami semulajadi dicadangkan masuk Pelan Induk Pelancongan kerana ia antara dua paya bakau api-api

di Malaysia tetapi digazet untuk projek Zon Industri Akuakultur (ZIA), disewakan 30 ekar RM25,000.00 setahun kepada kebanyakannya orang luar.

(a) Apakah impak dan pulangan ROA dan ROI kekal versus re-zone?

YAB. Ketua Menteri:

5. Inisiatif Zon Industri Akuakultur (ZIA) telah mula dibincangkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2003 iaitu sebelum berlakunya peristiwa Tsunami di Pulau Pinang pada 26 Disember 2004. Projek pembangunan

ZIA Penaga telah dizonkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 dan diwartakan pada 28 Jun 2007 selaras dengan

Dasar Pertanian Negara Ketiga (2003-2010) untuk mengenal pasti projek akuakultur di negeri ini.

Tanah Kerajaan Negeri di sepanjang pesisir Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 hingga Kuala Bekah, Mukim 4 Daerah SPU seluas 1,938,945 meter persegi

atau 479.13 kemudiannya telah diberi milik kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) pada 1 November 2013 untuk tujuan

pembangunan ZIA.

Kerajaan Negeri telah mengadakan satu bengkel bagi Penyediaan Pembangunan Projek Akuakultur Pulau Pinang dari 7hb hingga 9hb November 2013 di Cameron Highlands. Bengkel ini bertujuan untuk

menyelaraskan serta menetapkan satu garis panduan yang boleh dijadikan panduan pengusahaan Industri Akuakultur di negeri Pulau

Pinang, dan kini diguna pakai di seluruh negara.

Walaupun Kerajaan Negeri menyedari kawasan tersebut berpotensi untuk

menjadi zon industri akuakultur secara komersial yang berdaya saing, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan

ZIA Penaga yang dipengerusikan oleh YB MMK Pertanian dan Industri Asas Tani untuk merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Garis Panduan Pembangunan Projek Akuakultur di Pulau Pinang

memandangkan Projek ZIA merupakan projek pertama yang menggunapakai Garis Panduan Akuakultur dan akan dijadikan sebagai

projek contoh kepada projek-projek akuakultur di masa hadapan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah,

Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian,

Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Institut Penyelidikan Perikanan dan Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia.

Selain itu, jawatankuasa ini juga telah menetapkan supaya zon

pemampan (buffer zone) sejauh 200 meter dari kawasan pesisir pantai hingga ke tapak projek dikekalkan bagi memastikan kawasan bakau yang

Page 10: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

10

sedia ada mampu berfungsi sebagai pemampan bagi kawalan hakisan pantai dan juga ancaman tsunami seperti yang berlaku pada tahun 2004.

Bagi menambahbaik fungsi zon pemampan ini, jawatankuasa ini juga telah mensyaratkan supaya peserta yang dipilih dalam projek ZIA Penaga

perlu mencarum dalam satu tabung khas pemuliharaan (reservation fund) yang tidak pernah wujud sebelum ini sebagai dana khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan penyelenggaraaan kawasan hutan

bakau sedia ada di ZIA Penaga.

(a) Pada masa kini, pihak juruperunding iaitu Fanli Marine & Consultancy Sdn. Bhd. dan jurutera perunding

iaitu Syarikat O&L Jurutera Perunding Sdn. Bhd. yang baharu dilantik oleh kerajaan negeri menggantikan perunding terdahulu sedang dalam peringkat penyediaan

Laporan Environmental Impact Assessment (EIA). Laporan EIA ini perlu ditambahbaik dan dikemukakan semula kepada pihak

Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas pembentangan pertama kepada JAS pada 22 Januari 2016 oleh perunding lama ditolak.

Penyediaan laporan tersebut bermula pada Oktober 2019 dan dijangka akan mengambil masa antara 9 hingga 12 bulan untuk

siap. Penyediaan Laporan EIA ini adalah penting untuk memastikan pelaksanaan Projek ZIA tidak memberi kesan buruk kepada

penduduk setempat dan alam sekitar.

Pembangunan ZIA Penaga juga akan memberi impak positif dalam

menawarkan peluang pekerjaan dan pembelajaran untuk anak tempatan. Dengan kewujudan eco-tourism, peluang perniagaan

tempatan akan bertambah. Bekalan makanan dan keperluan makanan dari sudut food security, food safety, dan food nutrition juga terjamin. ZIA Penaga merupakan alternatif terbaik

dan berkesan bagi menampung permintaan dan keperluan rakyat di samping dapat menjamin keselamatan makanan

dan menambah ekonomi rakyat setempat.

Dengan pembangunan dan kelengkapan kemudahan asas, keselamatan dapat dipertingkatkan serta kegiatan sosial yang kurang sihat seperti penagihan dadah dapat dikurangkan.

(b) Program ZIA merupakan program pengezonan kawasan tanah dan

perairan yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersial sebagai salah satu strategi

untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur. ZIA Penaga dijangka dapat memberi pulangan seperti berikut:

(i) Meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur dalam negeri dan negara melalui rantaian pengeluaran hasil akuakultur

yang cekap;

(ii) Menyediakan sumber protein yang bermutu tinggi, selamat dan murah kepada kesihatan pengguna di dalam negeri dan negara;

Page 11: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

11

(iii) Meningkatkan pendapatan bersih pengusaha akuakultur;

(iv) Meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing setelah hasil akuakultur dieksport ke luar

negara; dan

(v) Menyediakan dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang pandangan sempit sesetengah pihak, kononnya Sekolah Vernakular adalah penghalang kepada perpaduan, walaupun hakikatnya sesetengah parti politik yang memecah-

belahkan masyarakat Malaysia?

(a) Bagaimanakah bantuan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah

Vernakular telah memperkasakan pendidikan di Negeri Pulau Pinang dan membantu impian Pulau Pinang untuk menjadi negeri maju?

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa Sekolah Vernakular adalah penghalang kepada perpaduan masyarakat Malaysia. Sekolah merupakan tempat untuk memupuk semangat dan nilai-nilai seperti kesamarataan, saling hormat-menghormati dan bertoleransi di kalangan murid yang berlainan bangsa, budaya dan agama.

Tambahan lagi, berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri, populasi murid Sekolah Vernakular di negeri Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu seramai 3,552 orang pelajar selain daripada bangsa Cina dan India. Ini menunjukkan bahawa Sekolah Vernakular merupakan salah satu platform bagi pembangunan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Pulau Pinang dan Malaysia.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memberi bantuan kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Vernakular di negeri Pulau Pinang di bawah program bantuan pendidikan setiap tahun. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM8.4 juta kepada Sekolah Mubaligh/Cina/Persendirian dan RM2.0 juta kepada Sekolah-Sekolah Tamil. Kerajaan Negeri turut memberi perhatian khusus kepada pendidikan Agama Islam menerusi peruntukan tahunan sebanyak RM2.5 juta bagi Sekolah Agama Rakyat yang disalurkan sehingga ke Maahad Tahfiz, Tadika-Tadika Islam dan Sekolah-Sekolah Pondok. Tambahan lagi, mulai tahun ini, sebanyak 170 buah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan turut menerima peruntukan sebanyak RM3.0 juta daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah.

Page 12: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

12

Melalui penyaluran bantuan-bantuan ini, Kerajaan Negeri berharap sekolah-sekolah di Pulau Pinang dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi untuk terus memacu pembangunan sektor-sektor ekonomi Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Mengapakah Kerajaan Negeri menaikkan cukai taksiran di Pulau Pinang?

(a) Sila berikan sebab-sebab, khususnya untuk Seberang Perai.

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Rasional semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaan Senarai Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah apabila Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran) ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan sehingga kini masih tidak disemak semula.

Menurut peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah melewati tempoh 5 tahun seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah akta tersebut.

Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif jika dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika dibandingkan dengan tahun 2005.

Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan visi Penang2030: A Family-Focused, Green and Smart State that Inspires the Nation, kos pengurusan bandar di Seberang Perai bagi memastikan Visi Penang2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan di pihak MBSP. Justeru, pertambahan hasil melalui kenaikan cukai taksiran adalah rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur dapat disediakan oleh MBSP dengan cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat Seberang Perai dapat dicapai. Peningkatan kos operasi MBSP demi untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan efisien juga telah menyebabkan kenaikan cukai taksiran ini perlu dilakukan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Apakah status permohonan kebenaran merancang cadangan menaik taraf

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

(a) Adakah permohonan ini meliputi cadangan menaik taraf sistem

lalu lintas di sekeliling lapangan terbang?

Page 13: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

13

(b) Nyatakan kos pemajuan dan sumber kewangan.

(c) Adakah cadangan lapangan terbang baru masih akan diteruskan

dan lokasinya?

YAB. Ketua Menteri:

8. Pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) telah mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau

Pinang (MBPP) untuk pertimbangan dan kelulusan pada 19 Julai 2019. Pelan Kebenaran Merancang ini masih dalam penelitian dan pertimbangan

untuk kelulusan oleh pihak MBPP.

(a) Laporan Kajian Impak Lalu Lintas (TIA) telah disyaratkan untuk Permohonan Kebenaran Merancang bagi Cadangan Menaik taraf LTAPP. Kajian ini akan meliputi cadangan menaik taraf sistem lalu

lintas di sekelling Kawasan lapangan terbang. Walau bagaimanapun, pihak MAHB buat masa ini masih belum

mengemukakan kajian TIA kepada MBPP untuk penelitian lanjut.

(b) Berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pengangkutan (MOT),

kos pemajuan hanya dapat dikenal pasti setela projek ini diluluskan untuk pemajuan dan setelah reka bentuk terperinci siap

sepenuhnya manakala sumber pembiayaan seperti yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan adalah melalui

pembiayaan swasta (Private Funding Investment - PFI).

(c) Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri

(BPEN) sebelum ini telah merangka terma rujukan untuk melantik juruperunding bagi membuat Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan

Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak meneruskan kajian tersebut memandangkan pihak MAHB kini sedang melaksanakan kajian

semula pembangunan lapangan-lapangan terbang di seluruh Malaysia. Setelah kajian MAHB ini selesai, Kerajaan Negeri akan

meneliti kajian tersebut untuk perancangan masa hadapan. Kerajaan Negeri percaya pembangunan lapangan terbang baharu memerlukan satu (1) kajian yang diteliti secara mendalam dan

lebih terperinci terutama kepada impak pembangunan ekonomi dan sosial kepada penduduk di Pulau Pinang khususnya dan seluruh

wilayah utara amnya.

AHLI KAWASAN PULAU TIKUS (YB. LEE CHUN KIT) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Memandangkan Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan

Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun, adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan

sokongan terhadap program Sidang Muda oleh PYDC?

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan pengaruhnya?

Page 14: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

14

YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC)

menyokong Program Sidang Muda kerana program seumpama ini mampu melatih dan membina platform untuk melahirkan pemimpin yang

berbakat. Program Sidang Muda adalah ruang di mana suara para belia berhubung isu semasa negeri Pulau Pinang dapat didengari.

(a) Penganjuran Program Sidang Muda bermula pada tahun 2016 dengan sekali setahun oleh PYDC. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2019, PYDC telah mengerapkan penganjuran Program Sidang Muda seperti Persidangan Dewan Undangan Negeri iaitu

sebanyak 2 kali setahun. Penganjuran program secara berkala ini akan memberi ruang kepada alumni untuk berbahas dan

menyuarakan pendapat sejajar dengan perkembangan semasa negeri Pulau Pinang.

Untuk menggalakkan golongan belia menyuarakan pandangan terhadap isu-isu semasa dan polisi kerajaan, program Sidang Muda

pada tahun 2020 akan dianjurkan sebelum setiap Persidangan Dewan Undangan Negeri supaya pendangan para belia dapat

dibawa dan dibincang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Program Sidang Muda adalah terbuka kepada golongan belia berumur 16 - 30, ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan

Negeri menggalakkan golongan belia yang berumur di bawah 18 untuk mengambil bahagian dan berani menyuarakan pandangan

mereka.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Sports For All untuk menggalakkan rakyat bersukan sangat disanjungi. Kebanyakan pusat gimnasium adalah usaha pihak swasta yang mengenakan caj yuran.

(a) Adakah Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan mempunyai pusat gimnasium sendiri? Senaraikan

YAB. Ketua Menteri:

10. Terdapat tujuh (7) pusat gymnasium yang dimiliki oleh kerajaan. Lima (5) daripadanya adalah milik Kerajaan Negeri seperti berikut :

(i) Gimnasium di Taman Bandaraya yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang;

(ii) Gimnasium di Kompleks Sukan Balik Pulau yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang;

(iii) Gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai; dan

(iv) Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi yang diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

Page 15: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

15

(v) Gimnasium Wira di Pantai Robina, Telok Ayer Tawar yang tanah miliki Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara dan sekarang diuruskan oleh ADUN Kawasan Telok Ayer Tawar

Manakala dua (2) gimnasium lagi iaitu Gimnasium Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan dan Gimnasium Rakyat Daerah Timur Laut milik Kerajaan Persekutuan yang diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kesemua gimnasium tersebut dibuka kepada orang ramai mengikut masa penggunaan yang ditetapkan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

(i) Gimnasium di Taman Bandaraya dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 untuk tiga (3) tahun;

(ii) Gimnasium di Kompleks Sukan Balik Pulau dengan kadar bayaran sebanyak RM30.00 untuk tiga (3) tahun;

(iii) Gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam dengan kadar bayaran RM2.00 setiap sesi;

(iv) Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi adalah percuma; dan (v) Gimnasium Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan dan Timur Laut dengan

kadar bayaran RM3.00 walk in atau RM25 sebulan. (vi) Gimnasium Wira di Pantai Robina, Telok Ayer Tawar adalah percuma.

AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR (YB. MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL)

bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelaskan bilakah Majlis Agama Islam

Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah Masjid yang baru?

(a) Apakah mekanisme yang akan digunakan bagi pemilihan Ahli

Jawatankuasa Qaryah?

YAB. Ketua Menteri:

11. Tempoh perkhidmatan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid pada masa ini sepatutnya tamat pada 30 April 2019. Namun begitu, MAINPP telah memberi pelanjutan bagi tempoh setahun sehingga 30 April 2020.

Sehubungan itu, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang baharu akan dibuat sebelum 30 April 2020 dan ahli jawatankuasa yang baharu ini

akan mula berkhidmat pada 1 Mei 2020.

(a) MAINPP masih mengekalkan dasar dan kaedah pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid berdasarkan syor daripada ahli kariah melalui mesyuarat agung. Dalam masa yang sama, MAINPP juga

akan menambahbaik mekanisma pelantikan secara penilaian terhadap pencapaian dan prestasi perkhidmatan berasaskan Key

Performance Indicator (KPI) Jawatankuasa Kariah Masjid sedia ada.

Page 16: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

16

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Isu kontena sisa plastik.

(a) Sila nyatakan jumlah kontena sisa plastik yang telah dihantar

balik ke negara asal dari Pulau Pinang selepas arahan dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengimportan kontena sisa plastik buangan ini?

YAB. Ketua Menteri:

12. (a) Sebagai makluman Yang Berhormat, di Pulau Pinang sebanyak 116 kontena yang mengandungi sisa plastik telah disita dan dilucut hak

oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setelah tiada syarikat tampil membuat pengisytiharan (declaration) selepas tamat tempoh yang diberikan. Susulan itu, pada 29 Julai 2019, Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah mengarahkan pihak berkuasa pelabuhan supaya menghantar pulang kontena-kontena

ini ke negara asal. Sebanyak 10 unit kontena telah dihantar pulang pada 28 Ogos 2019 oleh JPSPN melalui pihak berkuasa pelabuhan. Manakala baki 106 kontena telah diserahkan oleh JPSPN kepada

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 22 Ogos 2019 untuk urusan penghantaran pulang kontena-kontena ini ke negara asal mengikut

prosedur Basel Convention selaras dengan arahan YB. Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Selain itu, berdasarkan laporan daripada Penang Port Sdn. Bhd.

(PPSB), sehingga 30 September 2019, masih terdapat sebanyak 255 kontena sisa plastik import yang ditahan di Pengkalan Kontena

Butterworth Utara [North Butterworth Container Terminal (NBCT)] dan Custom Detention Yard. Sejumlah 130 kontena yang belum ikrar borang K1 akan diserahkan kepada JPSPN untuk tindakan

seterusnya. Manakala 125 kontena yang telah isytihar K1, diperiksa dan tidak mempunyai Approved Permit (AP) akan dikompaun dan

dilucut hak oleh JKDM. Kontena ini akan dipindahkan ke Custom Detention Yard yang ditetapkan sementara menunggu tindakan

seterusnya oleh pihak JKDM. 255 kontena sisa plastik yang dilaporkan oleh PPSB adalah merupakan kes berlainan dan tidak termasuk sebahagian daripada 116 kontena terdahulu yang sedang

dalam tindakan untuk penghantaran pulang.

(b) Bagi mengatasi masalah pengimportan kontena sisa plastik buangan ke negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mengambil

langkah pro-aktif dengan mengemukakan surat secara rasmi kepada MESTECC dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengemukakan

cadangan pelaksanaan langkah-langkah kawalan melibatkan

Page 17: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

17

industri kitar semula plastik yang diimport. Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah:

(i) Pemberian AP kepada operator atau pengilang plastik kitar

semula perlu mendapat ulasan dan persetujuan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam

Sekitar Pulau Pinang. Pengimportan dengan AP dan Sijil Pengesahan Barang Bersih dari Kerajaan Negara Asal

mengeksport dikehendaki sebelum kontainer dibenarkan mendarat di pelabuhan.

(ii) Pre-consumer plastic waste (clean pastic) sahaja yang dibenarkan untuk diimport bagi tujuan kitar semula;

(iii) Pemegang AP hanya dibenarkan untuk mengimport 70%

sahaja pre-consumer plastic waste dari kapasiti keseluruhan

operasinya dan baki 30% kapasiti selebihnya hendaklah diperolehi dari sumber tempatan;

(iv) Kilang yang akan menerima dan memproses setiap pre-

consumer plastic waste yang diimport perlu dinyatakan

dalam AP bagi tujuan pemantauan, pengauditan dan penguatkuasaan;

(v) Kilang yang memproses pre-consumer plastic waste perlu

mempunyai scrubber system yang diiktiraf oleh JAS bagi

merawat udara dan air kumbahan sebelum dibebaskan (discharge) ke persekitaran;

(vi) Pengimport pre-consumer plastic waste perlu menyediakan

End of Life Waste Disposal Report kepada JAS;

(vii) Senarai pemegang AP dan kilang yang mengimport pre-

consumer plastic waste dipanjangkan kepada JAS dan PBT mengikut negeri bagi penyelarasan pemantauan serta penguatkuasaan secara bersepadu;

(viii) Setiap kontena yang diguna pakai untuk pengimportan sisa

plastik perlu diimbas (scan) di pelabuhan sebelum dibawa keluar ke kilang pemprosesan; dan

(ix) Sekiranya terdapat operasi penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan ke atas import sisa plastik atau penyitaan

kontena, adalah disarankan supaya kontena terlibat dilakri dan diperiksa di kilang berkaitan.

Secara kesimpulannya, kerajaan negeri sentiasa konsisten dan bertindak tegas dengan memastikan kontena plastik yang diimport

tanpa AP dihantar balik ke negara asal. Manakala pemegang AP Sisa Plastik (HS3915) daripada JPSPN pula perlu mematuhi syarat-

syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal termasuk memasang

Page 18: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

18

kelengkapan sistem kawalan pencemaran udara dan air yang efektif.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya

kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Ada aduan dibuat bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan juga Pentadbir Tanah menyekat penjualan tanah persendirian. Kita

dimaklumkan bahawa, ada sesetengah syarikat yang menjadi broker menjual tanah Gred A tanpa mendapat kelulusan dari PDT dan juga

tertakluk kepada Akta Parit dan Saliran.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat

sebarang penjualan tanah persendirian. Namun begitu, sekiranya tanah persendirian tersebut terdapat sekatan kepentingan yang menghalang penjualan tanah seperti tercatat pada hak milik pemilik tanah perlu

mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN) terlebih dahulu sebelum proses urus niaga dilakukan. Bagi tanah-tanah yang tiada

sekatan kepentingan, pemilik tanah berkenaan boleh melakukan urusan urus niaga secara terus dengan pembeli berminat.

Antara contoh sekatan kepentingan pada hak milik yang memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri untuk urus niaga adalah sekatan kepentingan

yang dinyatakan seperti berikut:

"Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindah milik, dicagar, dipajak, dipajak kecil atau terlibat dengan sebarang bentuk urusniaga tanpa

mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN)".

Bagi tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Kawasan Pengairan

1953 atau Ordinan Taliair 1953, PBN tidak menyekat urus niaga dilakukan jika tanah terbabit tidak mempunyai sebarang sekatan kepentingan. Akta

ini hanya menghalang urusan pembangunan dilakukan di atas tanah tersebut.

AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH (YB. ZULKIFLI BIN IBRAHIM) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Berapakah jumlah ladang solar yang dibenarkan beroperasi di Negeri Pulau Pinang?

(a) Sejak bilakah operasi mereka dibenarkan?

YAB. Ketua Menteri:

14. Sehingga 30 September 2019, terdapat dua (2) projek jana kuasa solar

yang telah diluluskan pelaksanaan di Pulau Pinang di bawah Large Scale

Page 19: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

19

Solar Programme (LSS) oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Projek yang dimajukan oleh Syarikat PLB Green Solar Sdn. Bhd. dengan

kapasiti 20 megawatt di Seberang Perai Selatan telah mula beroperasi pada 30 November 2018. Manakala satu (1) lagi projek yang dimajukan

oleh Syarikat Hong Seng Assembly Sdn. Bhd. dengan kapasiti satu (1) megawatt di Seberang Perai Utara dijangka akan mula beroperasi pada Disember tahun 2020.

AHLI KAWASAN BERAPIT (YB. HENG LEE LEE) bertanya kepada YAB.

Ketua Menteri:

15. Nyatakan bilangan pelarian (UNHCR) di negeri ini mengikut negara asal.

(a) Adakah Kerajaan Negeri mengetahui maklumat pelarian seperti

tempat tinggal dan tempat kerja?

(b) Pelarian dari negara mana yang dibenarkan untuk bekerja?

YAB. Ketua Menteri:

15. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sehingga

31 Ogos 2019, terdapat seramai 177,698 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia. Daripada jumlah ini, seramai 126,130 orang merupakan

pelarian dan 51,568 orang adalah pemohon suaka. Bagi negeri Pulau Pinang, statistik yang diterima daripada UNHCR sehingga 31 Jun 2019

pula seramai 19,370 orang pelarian dan pemohon suaka. Daripada jumlah ini, 82% (15,883 orang) adalah terdiri daripada Etnik Rohingya yang berasal daripada Myanmar.

(a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat seperti tempat tinggal dan tempat kerja bagi pelarian-pelarian ini. Ini kerana Malaysia bukanlah Negara Ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian

1951 dan Protokol Status Pelarian 1967 dan urusan berkaitan pelarian dilaksanakan oleh UNHCR. Justeru itu, Kerajaan Pusat akan berhubung dengan pihak UNHCR sekiranya terdapat

keperluan untuk mendapatkan maklumat semasa berkaitan pelarian seperti tempat tinggal dan pekerjaan. Namun demikian,

Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri juga telah melaksanakan program Tracking Refugees Information System (TRIS) bagi tujuan pengesanan dan pendaftaran pelarian secara

pentadbiran kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam isu berkaitan pekerjaan, dasar sedia ada kerajaan adalah tidak membenarkan pelarian pemegang kad UNHCR untuk bekerja secara sah

di Malaysia. Pemegang tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk pekerjaan berbayar atau dalam sebarang perniagaan atau pekerjaan

profesional. Namun atas dasar kemanusiaan, mereka dibenarkan bekerja di dalam sektor-sektor tidak formal untuk tujuan sara hidup.

Page 20: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

20

AHLI KAWASAN BATU UBAN (YB. KUMARESAN A/L ARAMUGAM) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Isu jajaran LRT di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong.

(a) Sila nyatakan pendirian Kerajaan Negeri mengenai bantahan

yang telah dibuat oleh pihak Masjid.

YAB. Ketua Menteri:

16. Pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar adalah di atas Lot 3423 dan Lot

10067 Mukim 13, Daerah Timur Laut di mana masjid ini terletak di antara laluan Jalan Sultan Azlan Shah dan cadangan jajaran Transit Aliran Ringan

(LRT). Setelah masjid ini dirobohkan untuk pembinaan semula, terdapat cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menjajarkan semula jajaran LRT, di mana pada asalnya jajaran LRT ini berada di hadapan

mehrab masjid yang jarak antara LRT ini dengan bangunan masjid adalah 2.7 meter sahaja.

Penjajaran semula jajaran LRT ini juga telah menyebabkan pelaksanaan

projek ini tertangguh disebabkan oleh pihak JKR perlu membuat pindaan susun atur pelan masjid berdasarkan perubahan tersebut. Mengikut perancangan JKR, pembinaan masjid ini akan dimulakan pada Januari

2020.

(a) Kerajaan Negeri berpendirian bahawa jajaran LRT yang akan dilaksanakan adalah jajaran yang terbaik untuk semua pihak. Ini

setelah mengambil kira nasihat dan keputusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Dari segi teknikal, jajaran LRT yang telah dipilih ini merupakan jajaran yang lebih sesuai dari segi geometri dan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan untuk tempoh masa yang panjang. Jajaran LRT ini juga

akan berada selari dan hanya menggunakan bahu Jalan Sultan Azlan Shah sahaja. Jajaran LRT ini tidak mengganggu kawasan perumahan yang

berdekatan dan tidak memberikan impak kepada pembinaan masjid yang baru.

Cadangan jajaran ini tidak akan mengubah pelan asal pembinaan masjid di mana masjid akan dibina di atas tapak asal masjid dan pihak masjid

juga akan mendapat tanah tambahan, iaitu bersebelahan dengan Lot 10067 Mukim 13 Daerah Timur Laut, iaitu di hadapan mehrab masjid.

AHLI KAWASAN PENAGA (YB. MOHD YUSNI BIN MAT PIAH) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Kenaikan cukai taksiran atau cukai pintu telah menyebabkan bantahan rakyat Pulau Pinang.

(a) Apakah alasan kenaikan cukai ini dilaksanakan?

(b) Berapa kali kenaikan telah berlaku sejak tahun 2008?

Page 21: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

21

YAB. Ketua Menteri:

17. (a) Alasan semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaan Senarai Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

adalah kerana Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya

Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember

2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran) ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan sehingga kini

masih tidak disemak semula.

Menurut peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah

melewati tempoh 5 (lima) tahun seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah akta tersebut. Sejak tahun 2005, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah

melanjutkan Senarai Nilaian sedia ada sebanyak tujuh (7) kali berdasarkan peruntukan Seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan

1976 (Akta 171).

Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif

jika dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika

dibandingkan dengan tahun 2005.

Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan Visi Penang2030: A Family-Focused, Green and Smart State that

Inspires the Nation, kos pengurusan bandar bagi memastikan Visi Penang2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan sedia ada. Justeru, pertambahan hasil melalui kenaikan cukai taksiran adalah

rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap,

berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat dapat dicapai.

(b) Kenaikan Cukai Taksiran telah berlaku sekali (1) sahaja sejak tahun 2008 yang melibatkan hanya kenaikan kadar peratus pada tahun

2015.

AHLI KAWASAN PULAU BETONG (YB. HAJI MOHD TUAH BIN ISMAIL) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Penyelenggaraan dan perkhidmatan MBPP dalam pembersihan parit,

longkang dan jalan di Balik Pulau telah dibangkitkan pada sidang DUN Ogos 2018 dan April 2019. Akhir-akhir ini terutamanya di DUN Pulau

Betong ianya tidak berlaku.

(a) Apakah masalah yang dihadapi dan apakah perancangan untuk mengatasinya?

Page 22: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

22

YAB. Ketua Menteri:

18. Persoalan yang berbangkit pada kedua-dua sidang DUN tersebut telah

ditangani dengan baik oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang amat komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bagi

kerja-kerja pembersihan parit, longkang dan jalan kepada pembayar cukai di Balik Pulau.

Perkhidmatan pembersihan parit dan longkang di Balik Pulau dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi keseluruhan kawasan di dalam

pentadbiran Majlis. Bagi kawasan jalan-jalan utama dan komersial pembersihan dibuat pada setiap hari. Manakala perkhidmatan

pembersihan jalan dan parit untuk jalan sekunder pula, pembersihan dibuat tiga kali seminggu. Walau bagaimanapun, terdapat juga kawasan tertentu di mana perkhidmatan pembersihan parit dan longkang

dilaksanakan mengikut jadual sekurang-kurangnya seminggu sekali atas faktor keupayaan penugasan dan hasil perolehan atau turnover anggota

Majlis. Sekiranya perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan pada setiap hari, perkara ini berkemungkinan memerlukan pertambahan tenaga pekerja dan peralatan sekaligus mengakibatkan

peningkatan kos perkhidmatan.

Untuk kawasan Balik Pulau, terdapat 38 buah kawasan taman perumahan yang diselenggara oleh MBPP. Bagi perkhidmatan pembersihan jalan dan

parit di 21 buah kawasan taman perumahan, MBPP memperuntukkan tenaga kerja tetap seramai 26 orang. Bagi 17 buah kawasan taman perumahan yang lain di kawasan Pulau Betong, pembersihan dijalankan

secara task force atau one-off kerana kekurangan tenaga pekerja tambahan di kawasan Balik Pulau.

Kerajaan Negeri melalui MBPP amat komited dalam memberikan perkhidmatan pembersihan yang terbaik untuk rakyat terutama

melibatkan kebersihan parit, longkang dan jalan.

Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan sebarang aduan kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkaitan perkhidmatan

pembersihan parit dan longkang. Setiap aduan yang diterima akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan dengan segera melalui whatsapp group bagi menyampaikan maklumat aduan dengan

cepat dan efektif agar tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Bagi kes berkaitan kekotoran jalan dan parit awam, tindakan pembersihan

yang akan diambil oleh pihak MBPP adalah dalam tempoh 24 jam.

AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR (YB. MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Pulau Pinang telah melahirkan atlet-atlet yang berjaya di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

(a) Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang diberikan oleh Kerajaan

Negeri kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang.

Page 23: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

23

(b) Apakah bentuk-bentuk skim kebajikan yang disalurkan kepada atlet melalui Portfolio Belia dan Sukan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

19. (a) Bagi mengiktiraf atlet yang berjaya mengharum nama negeri dan

negara di persada sukan tanah air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan penawaran insentif berbentuk kewangan iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau

Pinang (SKIMAS) sejak tahun 2014 dengan tujuan untuk meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada para

penggiat sukan negeri Pulau Pinang yang terdiri dari atlet-atlet negeri Pulau Pinang yang bertanding di Sukan Malaysia, sukan-sukan bertemasya mewakili negara Malaysia dan kejohanan-

kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia.

Skim ini telah ditambah baik pada tahun 2019 dengan penyeragaman terhadap kadar nilai kejayaan yang ditawarkan kepada atlet-atlet paralimpik dengan nilai penerimaan yang

diterima oleh atlet-atlet normal.

Selain dari SKIMAS, atlet-atlet cemerlang negeri turut berpeluang

untuk dicalonkan bagi penerimaan Anugerah Sukan Negeri yang dikategorikan kepada 11 anugerah seperti berikut:

(i) Kategori Pasukan Wanita Terbaik;

(ii) Kategori Pasukan Lelaki Terbaik;

(iii) Kategori Olahragawati Paralimpik;

(iv) Kategori Olahragawan Paralimpik;

(v) Kategori Olahragawati Harapan;

(vi) Kategori Olahragawan Harapan;

(vii) Kategori Jurulatih Terbaik;

(viii) Kategori Tokoh Pemimpin Sukan;

(ix) Kategori Olahragawati;

(x) Kategori Olahragawan; dan

(xi) Anugerah Perdana T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

(b) Kerajaan Negeri telah menyediakan lapan (8) insentif dalam bentuk bantuan dan sokongan kepada atlet – atlet negeri Pulau Pinang

demi menjaga kebajikan para atlet. Lapan (8) insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(1) Insentif Kebajikan Atlet

(i) Elaun Bulanan Skuad Latihan berjumlah RM100.00 sebulan;

(ii) Elaun Bulanan Atlet Elit Kategori A berjumlah RM600.00 sebulan;

Page 24: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

24

(iii) Elaun Bulanan Atlet Elit Kategori B berjumlah RM400.00 sebulan;

(iv) Penyediaan perlindungan Insuran kepada atlet serta jurulatih;

(v) Penyediaan Insentif Galakan untuk Kemenangan yang diperolehi dalam Sukan Malaysia (SUKMA); dan

(vi) Penyediaan Skim Insentif Kemenangan Sukan

Kerajaan Negeri (SKIMAS) kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara.

(2) Bantuan penyediaan peralatan latihan dan pertandingan;

(3) Bantuan untuk pakaian pertandingan;

(4) Menyediakan pusat latihan serta bantuan bayaran sewaan

pusat latihan;

(5) Bantuan Perkhidmatan Sains Sukan:

(i) Makanan tambahan;

(ii) Penyediaan gimnasium serta peralatan untuk latihan kekuatan fizikal;

(iii) Menyediakan Pegawai Fisioterapi yang bertauliah untuk rawatan kecederaan; dan

(iv) Menyediakan Pegawai-pegawai untuk perkhidmatan Sains Sukan.

(6) Melantik Jurulatih Sepenuh Masa dan Separuh Masa untuk melatih atlet;

(7) Bantuan Peruntukan untuk menyertai pertandingan di dalam

dan luar negara; dan

(8) Bantuan Peruntukan untuk menjalani latihan di dalam dan

luar negara.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (Yb. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Pada suku tahun pertama ini Pelaburan Langsung Asing (FDI) negeri ini sebanyak RM8.47 bilion.

(a) Sila perincikan kesan pelaburan ini membantu industri perusahaan kecil dan sederhana khususnya bagi kawasan FIZ Bayan Lepas.

YAB. Ketua Menteri:

20. Pelaburan asing akan memberi kesan positif secara langsung kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui

pembelian bahan mentah atau outsource sebahagian daripada proses pembuatan oleh syarikat pelabur asing kepada PKS tempatan. Ini akan menambah peluang perniagaan kepada PKS dan meningkatkan tahap

kemahiran mereka serta membangunkan PKS negeri Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan global (global supply chain).

Page 25: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

25

Oleh itu, Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima bukan sahaja telah menggalakkan petumbuhan PKS tetapi juga mewujudkan peluang

pekerjaan dan perniagaan. Implikasi dari kemajuan ini akan menyebabkan peningkatan pendapatan yang akan memberi kesan

terhadap petumbuhan ekonomi termasuk kemajuan ekonomi dan seterusnya boleh membawa kemajuan pembangunan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor)

bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Senaraikan 72 syarat perlu dipenuhi/dipatuhi sebelum projek PSR

dilaksanakan.

(a) Mengapakah 72 syarat tidak didedahkan kepada rakyat sebagai tanda telus/terbuka?

(b) Jabatan manakah yang menguatkuasakan/memantau pematuhan 72 syarat?

(c) Adakah Kerajaan Negeri wajib memenuhi 72 syarat sebelum pelaksanaan dan berapakah perbelanjaan menyediakan laporan EIA/DEIA oleh Kerajaan Negeri/SRS?

YAB. Ketua Menteri:

21. Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri sebagai Penggerak Projek adalah selaras dengan

keperluan 34A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dan laporan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 25 Jun

2019 dengan 72 syarat.

Kesemua 72 syarat berkenaan akan dikemukakan kepada YB. Sungai Dua selepas sesi soalan lisan ini selesai.

(a) Kerajaan Negeri pada 16 Julai 2019 telahpun mengumumkan

kesemua 72 syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Terperinci Bagi The Proposed Reclamation and Dredging Works For Penang South Reclamation (PSR) melalui

sidang media untuk makluman orang awam.

(b) Pematuhan kesemua 72 syarat kelulusan Laporan EIA oleh Penggerak Projek akan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.

(c) Kerajaan Negeri perlu mematuhi kesemua 72 syarat yang diberikan

oleh Jabatan Alam Sekitar. Terdapat beberapa syarat seperti penyediaan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum pelaksanaan projek. Manakala

syarat-syarat yang lain harus dipatuhi semasa pelaksanaan projek termasuklah pemantauan kualiti air, udara dan bunyi. Ini juga

termasuk pelaksanaan langkah-langkah kawalan, penyediaan laporan pemantauan dan sebagainya.

Page 26: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

26

Skop kajian Laporan EIA yang dilaksanakan oleh Rakan Pelaksana Projek,

iaitu SRS Consortium (SRS) bagi projek PSR ini adalah ekstensif dan menelan belanja sekitar RM3 juta. Peruntukan kos penyediaan Laporan

EIA ini didahulukan oleh pihak SRS dan hanya akan dibayar balik oleh Kerajaan Negeri setelah Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDPA) dimeterai sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima

pelantikan SRS

Ahli Kawasan Telok Bahang (Yb. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya

kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Peluang Pekerjaan.

(a) Berapakah peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan hasil

daripada pelaburan baru yang masuk ke Pulau Pinang?

(b) Adakah peluang ini terbuka luas khususnya kepada penduduk Pulau

Pinang?

(c) Berapakah kadar pengangguran dan guna tenaga di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

22. (a) Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebanyak 11,484 pekerjaan baharu telah diwujudkan daripada kemasukan pelaburan baharu dalam bidang pembuatan di negeri Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Jun 2019.

(b) Melalui kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri, Invest Penang dan agensi-agensi lain dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri Pulau Pinang, peluang pekerjaan yang terhasil daripada kemasukan pelaburan membuka peluang yang luas khususnya kepada penduduk tempatan bagi memenuhi kekosongan yang diwujudkan.

(c) Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran dan guna tenaga di Pulau Pinang bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

Kadar Pengangguran dan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh

Tahun Kadar pengangguran

(%)

Kadar penyertaan tenaga buruh

(%)

2016 2.1 69.0

2017 2.1 67.5

2018 2.2 67.7

Page 27: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

27

AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN (YB. NOR HAFIZAH BINTI OTHMAN) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Cukai taksiran.

(a) Berapakah kutipan cukai taksiran/pintu sejak 2008-2018?

Perincikan secara tahunan mengikut Daerah/KADUN.

(b) Bagaimanakah kaedah kiraan cukai baru dengan nilaian hartanah dan berapakah pendapatan yang dijangka diperolehi dengan

kenaikan 30% tahun hadapan?

(c) Apakah rasional kenaikannya? Bagaimanakah jaminan Kerajaan

Negeri bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

23. (a) Kutipan cukai taksiran/pintu mulai tahun 2008 hingga 2018 mengikut daerah di pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(MBPP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBSP) masing-masing adalah seperti di Lampiran A dan B.

(b) Asas dalam menentukan cukai taksiran adalah berdasarkan Nilai

Tahunan. Cukai Taksiran ditentukan dengan mengambilkira dua (2) elemen iaitu Nilai Tahunan dan Kadar % dalam bentuk formula:

Cukai Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar (%)

Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menjelaskan bahawa Nilai

Tahunan ialah anggaran kasar sewa setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi jika sesuatu harta disewakan dalam bentuk formula:

Nilai Tahunan = Anggaran sewa kasar sebulan x 12

Berdasarkan kepada kajian Penilaian Semula yang telah dijalankan,

Senarai Nilaian baharu 2020 dijangka akan dapat menambah pendapatan MBSP bagi hasil cukai sebanyak RM39,743,077.02 manakala MBPP dijangka akan memperolehi tambahan pendapatan

sebanyak RM54,242,988.80.

(c) Rasional semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaan

Senarai Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah apabila Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya

Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember

2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran) ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan sehingga kini

masih tidak disemak semula.

Page 28: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

28

Menurut peruntukkan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah melewati

tempoh 5 tahun sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah akta tersebut. Sejak tahun 2005, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis

Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah melanjutkan Senarai Nilaian sedia ada sebanyak tujuh (7) kali berdasarkan peruntukan Seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif jika

dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika dibandingkan dengan tahun

2005.

Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan Visi Penang 2030:

A Family-Focused, Green and Smart State that Inspires the Nation, kos pengurusan bandar bagi memastikan Visi Penang 2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan sedia ada. Justeru, pertambahan hasil

melalui kenaikan cukai taksiran adalah rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan

infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat dapat dicapai.

Kenaikan cukai taksiran tidak akan membebankan rakyat kerana secara tidak langsung peningkatan hasil PBT melalui cukai taksiran ini akan dapat meningkatkan kehidupan rakyat melalui penyediaan perkhidmatan

perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NHO)

AHLI KAWASAN SERI DELIMA (YB. SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memartabatkan lagi Penang House Of Music supaya menjadi sebuah khazanah dan warisan

negeri?

YAB. Ketua Menteri:

24. Sebagai makluman Yang Berhormat, Penang House Of

Music (PHOM) sedang dalam usaha untuk memperluaskan koleksi seni dan muzik, menjadi pusat sumber rujukan dan memperkasakan

penyelidikan dengan kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkasakan fungsi dan peranan PHOM agar terus kekal sebagai

destinasi yang perlu dikunjungi pelawat yang berminat dalam seni dan muzik.

Page 29: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

29

AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH (YB. GOOI HSIAO-LEUNG) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Memandangkan bahawa kerajaan kini sedang menilaikan semula kadar cukai taksiran rumah untuk tahun depan.

(a) Adakah Kerajaan Tempatan MBPP dan MBSP akan meluaskan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit, jalan, sisa pejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam

kepada kawasan kampung-kampung?

YAB. Ketua Menteri:

25. (a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sememangnya melaksanakan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit, jalan, sisa

pepejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam kepada kampung-kampung. MBPP dan MBSP akan meluaskan dan meningkatkan perkhidmatan penyelenggaraan parit dan jalan serta

penyediaan kemudahan awam selaras dengan pertambahan penduduk, kawasan perumahan, perniagaan, lalu lintas serta kualiti

hidup penduduk secara amnya. Penilaian semula kadar cukai taksiran rumah adalah sejajar dengan keperluan meluaskan dan meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pihak berkuasa

tempatan.

Sempena pengiktirafan Seberang Perai sebagai bandaraya pada 16 September 2019, MBSP telah menyediakan satu Pelan Hala tuju

MBSP seperti di LAMPIRAN A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat masing-masing selepas ini. Antara perkhidmatan tambahan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan am seperti pemotongan rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang mempunyai kelebaran antara 8–

14 kaki;

(ii) Menaik taraf lampu-lampu jalan awam dari jenis High

Pressure Sodium Vapour (HPSV) kepada jenis Light Emitting Diode (LED); dan

(iii) Mengenal pasti dan mempromosi kawasan-kawasan luar

bandar yang berpotensi untuk tarikan pelancong seperti Agro-pelancongan, Eko-pelancongan, Pelancongan

berteraskan warisan.

Lain-lain perkhidmatan sedia ada seperti kutipan sampah dari tong komunal, pemasangan lampu jalan di tiang-tiang sedia ada masih

diteruskan.

RUJ. LAMPIRAN A (GHL)

Page 30: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

30

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Bagaimanakah aset dan pengurusan Perbadanan Ketua Menteri telah digunakan bagi menjanakan pendapatan Kerajaan Negeri?

(a) Sila nyatakan aset hartanah yang ada secara lengkap dan pendapatan daripada aset berkenaan.

YAB. Ketua Menteri:

26. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) ditubuhkan bertujuan untuk mengurus aset-aset (tanah dan hartanah) secara efisien bagi

menjana pendapatan / hasil yang lebih tinggi untuk Kerajaan Negeri dan memaksimumkan (unlock) nilai strategik aset melalui konsep Public, People, Profesional & Private Partnership (4P’s). CMI merancang dan

menilai peluang-peluang pelaburan yang berskala besar dan berpotensi menjana ekonomi negeri. CMI juga dibenarkan memasuki usaha niaga

komersial atau perusahaan atau usaha sama dengan mana-mana orang atau organisasi.

Mekanisma yang digunakan adalah secara pengiklanan sebut harga, tender dan Request For Proposal (RFP).

(a) Aset yang dimiliki CMI merupakan antara lain tanah kosong, tanah dengan bangunan yang merupakan kediaman seseorang, bangunan komersial dan lain-lain. Senarai aset hartanah yang

diuruskan oleh CMI mengikut daerah adalah seperti berikut:

Jumlah hasil yang dijana oleh CMI bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

Tahun Hasil

2016 RM 32,365,522.25

2017 RM 10,317,484.50

2018 RM 134,926,064.25

JUMLAH RM 177,609,071.00

BIL DAERAH JUMLAH

1 Timur Laut 44

2 Barat Daya 5

3 Seberang Perai Utara 20

4 Seberang Perai Tengah 11

5 Seberang Perai Selatan 4

Jumlah 84

Page 31: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

31

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bottleneck memandangkan pemilikan kereta swasta

masih bertambah dengan pesat?

(a) Adakah Kerajaan Negeri lebih menggalakkan kegunaan kenderaan awam ataupun kenderaan swasta?

YAB. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri sedia maklum berkenaan isu pemilikan kereta persendirian yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kapasiti

infrastruktur sedia ada yang tidak dapat menampung pertambahan isipadu trafik. Situasi ini akan menjejaskan aliran trafik dan

mengakibatkan pelbagai masalah di antaranya, isu bottleneck.

Kerajaan Negeri telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha ke arah mengawal dan mengatasi masalah bottleneck di kawasan-kawasan yang dikenal pasti seperti di kawasan Jalan Mount Erskine di mana

pelaksanaan kerja-kerja pelebaran Jalan Bagan Jermal dan Jalan Gottlieb di bahagian persimpangan Jalan Mount Erskine / Jalan Burma / Jalan

Gottlieb / Jalan Bagan Jermal untuk mewujudkan lorong-lorong lalu lintas tambahan yang telah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam jangka masa pendek dan sederhana. Pelebaran jalan juga

dilaksanakan di kawasan Seberang Perai seperti di Jalan Sejahtera, Jalan Bukit Minyak 2 dan Jalan Binjai. Selain daripada menjalankan kerja-kerja

pelebaran jalan, Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk melaksanakan pembinaan underpass bagi melegakan kesesakan trafik di kawasan Jalan Mount Erskine menghala ke Jalan Burma yang mengalami

kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Masalah bottleneck ini juga berpunca dari sistem penyuraian trafik yang kurang berkesan. Mengambil kira perkara ini, Kerajaan Negeri juga telah

merancang untuk melaksanakan pembinaan beberapa lebuhraya utama yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP)

seperti berikut:-

(i) Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dari Persiaran Gurney sehingga Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di kawasan FIZ IV;

(ii) Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang;

(iii) Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam;

(iv) Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran

Gurney; dan

(v) Terowong Bawah Dasar Laut.

Page 32: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

32

Pembinaan lebuhraya seperti di atas adalah bertujuan untuk mencapai penyuraian trafik yang lebih efektif dengan mengasingkan trafik setempat

(local traffic) dari trafik serantau (regional traffic); sekali gus mengatasi masalah bottleneck.

(a) Hasrat Kerajaan Negeri adalah mengutamakan

kegunaan pengangkutan awam dengan sasaran mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam pada tahun 2030 berdasarkan

perancangan PTMP. Pengangkutan awam yang telah disediakan buat masa ini adalah perkhidmatan bas di kawasan pulau dan seberang seperti berikut:-

(i) Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma Congestion

Alleviation Transport (CAT);

(ii) Pelaksanaan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit

(BEST) Free Industri Zone (FIZ); dan

(iii) Pelaksanaan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) KOMTAR.

Inisiatif PTMP oleh Kerajaan Negeri juga melibatkan perancangan jangka panjang bagi mencapai sasaran 40% pengunaan pengangkutan awam dengan pelaksanaan projek-projek seperti berikut:-

(i) Lingkaran Transit Ringan (LRT) Bayan Lepas;

(ii) Lingkaran Transit Ringan (LRT) George Town – Butterworth; dan

Perkhidmatan Water Taxi yang merupakan alternatif kepada

perkhidmatan feri sedia ada.

AHLI KAWASAN BATU LANCANG (YB. ONG AH TEONG) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Apakah status projek Jelutong Diversion dan bilakah projek itu dijangka siap?

YAB. Ketua Menteri:

28. Pelaksanaan Projek Jelutong Diversion yang melibatkan kerja-kerja pengukuhan struktur bawah tanah sedia ada sepanjang 495m telah

dimulakan pada 28 Mei 2018 dengan tempoh perlaksanaan selama 17 bulan. Sehingga September 2019, projek ini telah mencapai 87% siap

berbanding 98% yang dijadualkan. Kelewatan 11% daripada jadual adalah disebabkan oleh faktor cuaca dan hujan yang menyebabkan kapasiti aliran air yang sangat tinggi serta memberi kesan ke atas kerja-

kerja pengukuhan struktur saluran bawah tanah yang sedang dijalankan. Projek ini dijangka akan siap pada Mac 2020.

Page 33: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

33

AHLI KAWASAN AIR ITAM (YB. JOSEPH NG SOON SIANG) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Sejak 2018, berapakah pertandingan dan acara sukan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan telah dianjurkan di Negeri Pulau Pinang?

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan menganjurkan pertandingan/acara sukan tersebut pada masa yang akan datang?

YAB. Ketua Menteri:

29. Negeri Pulau Pinang sentiasa dijadikan destinasi untuk penganjuran sukan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan keunikan

yang terdapat di Pulau Pinang telah berjaya menarik minat ramai pihak penganjur untuk menganjurkan acara sukan di Pulau Pinang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan acara sukan. Pada tahun 2018,

sebanyak 19 kejohanan sukan bertaraf antarabangsa dan 12 kejohanan bertaraf kebangsaan telah dianjurkan di Pulau Pinang. Manakala pada

tahun 2019, sebanyak 18 kejohanan bertaraf antarabangsa dan 19 kejohanan peringkat kebangsaan akan dilaksanakan selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandaraya

Sukan Bertaraf Antarabangsa.

(a) Melihatkan kepada bilangan penganjuran acara sukan yang semakin mendapat tempat di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri

akan menumpukan kepada dua (2) aspek penting iaitu menganjurkan acara dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai

destinasi penganjuran sukan. Kerajaan Negeri dengan persatuan sukan dan pihak swasta akan bekerjasama dalam menganjurkan acara sukan dengan menjadi pemudah cara bagi sesuatu

penganjuran acara sukan. Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan permohonan sekiranya terdapat pihak yang

hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi penganjuran sukan secara tahunan. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sedang giat memperbanyakkan kemudahan sukan seperti Multipurpose

Sport Arena dan Pusat Akuatik di Ampang Jajar, Nibong Tebal Arena, Stadium Mini Permatang Rawa dan Akademi Badminton

Sungai Pinang. Usaha-usaha ini dilihat mampu menarik lebih ramai lagi penganjur untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan penganjuran sukan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa.

AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK (YB. LEE KHAI LOON) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Kajian tentang usaha menjadi penjaja makanan di Pulau Pinang lestari telah dijalankan oleh Nicholas Chong dari Penang Institute.

(a) Sejauh manakah cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan dan diusahakan oleh Kerajaan Negeri?

Page 34: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

34

(b) Nyatakan keberkesanan dan masalah yang dihadapi ke atas setiap usaha yang dijalankan.

(c) Apakah status terkini tentang pencalonan Pulau Pinang dalam makanan jalanan UNESCO?

YAB. Ketua Menteri:

30. (a) Satu kajian bertajuk Making Food Hawking in Penang Sustainable oleh Nicholas Chong dari Penang Institute telah

disiarkan dalam majalah Penang Institute pada 1 Februari 2019. Menurut kajian tersebut, sebanyak tujuh (7) langkah telah dicadangkan untuk menjadikan penjaja makanan di Pulau Pinang

lebih mampan.

Status dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk keberkesanan dan masalah adalah seperti di

jadual di LAMPIRAN A yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat selepas sesi Soalan Lisan.

Kerajaan Negeri telah menghantar surat permohonan mengenai cadangan nominasi gabungan dengan Singapura bagi unsur

kebudayaan penjaja atau Street Hawker Culture kepada Jabatan Warisan Negara pada 12 April 2019 dan Kementerian Pelancongan,

Seni dan Budaya (KPSB) pada 29 April 2019. Pencalonan bagi Street Hawker Culture adalah di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage of Humanity di mana

UNESCO merupakan sekretariatnya. Kerajaan Negeri pada 31 Mei 2019 telah menerima maklum balas daripada Timbalan Menteri

Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan bahawa KPSB melalui Jabatan Warisan Negara belum bersedia untuk menghantar pencalonan kerana terdapat banyak perkara yang perlu disediakan

oleh pihak Malaysia bagi tujuan pencalonan tersebut. Antaranya ialah seperti berikut:

(i) Melaksanakan penyelidikan lebih terperinci;

(ii) Melengkapkan inventori;

(iii) Mewujudkan Pelan Perlindungan; dan

(iv) Menyediakan dokumen pencalonan serta lain-lain perkara

berkaitan yang mana ianya memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

RUJ. LAMPIRAN A (LKL)

AHLI KAWASAN PENANTI (YB. DR. NORLELA BINTI ARIFFIN) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

31. Kenaikan cukai taksiran menjana tambahan RM39,743,077.02 untuk MBSP dan RM54,338,822.00 untuk MBPP. Kerja-kerja pembersihan

kontraktor MARRIS dibiayai Kerajaan Persekutuan, dan sekarang seluruh inci Seberang Perai dan Pulau status Bandaraya.

Page 35: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

35

(a) Adakah kawasan kampung akhirnya dapat servis pembersihan am dan landskap, pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam?

YAB. Ketua Menteri:

31. Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sememangnya melaksanakan perkhidmatan pembersihan am jalan, parit, pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan

kemudahan awam di kawasan kampung walaupun tidak menggunakan peruntukan MARRIS. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 1

Ogos 2019 dan disahkan pada 14 Ogos 2019 telah bersetuju mempertimbang dan meluluskan penetapan tarikh kuat kuasa garis panduan penetapan tanggungjawab oleh jabatan dan agensi kerajaan

berkenaan penyelenggaraan jalan, parit, pokok dan landskap di Pulau Pinang pada 1 Ogos 2019. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga telah

menetapkan pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan dan kebersihan di Pulau dan kawasan Seberang Perai di Pulau Pinang sebagai penambahbaikan untuk mengatasi masalah yang dihadapi di sesetengah

kawasan di Pulau Pinang.

(a) Pihak PBT Negeri telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan pembersihan am jalan, parit, pokok dan landskap serta

pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung menggunakan pendapatan yang diperolehi daripada kutipan cukai taksiran setiap tahun mengikut lingkungan had

sempadan pentadbiran masing-masing.

Perkhidmatan yang disediakan oleh MBPP di kawasan kampung adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan awam khususnya perkhidmatan pungutan sampah domestik bagi kawasan

kampung dijalankan tiga (3) kali seminggu dengan menggunakan kenderaan High Side Tipper (1 tan);

(ii) Menjalankan pungutan sampah domestik untuk tong

komunal yang terletak di kawasan kampung dijalankan setiap hari;

(iii) Menjalankan pungutan sampah pukal dan kebun mengikut penjadualan dan keperluan;

(iv) Melakukan pembersihan jalan utama dan parit yang

dikonkritkan bagi sesuatu kawasan dilaksanakan mengikut penjadualan dan keperluan;

(v) Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam bagi tujuan memenuhi keperluan masyarakat kampung dari segi

infrastruktur, kemudahan asas dan pengindahan dengan menggunakan peruntukkan khas semua Ahli Majlis sebanyak

RM375,000.00. Kerja-kerja yang dijalankan ini tidak terhad kepada bidang dan kawasan penyelenggaraan MBPP sahaja malah meliputi pelbagai kerja di luar bidang kuasa dan

Page 36: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

36

pentadbiran Majlis mengikut garis panduan yang ditetapkan; dan

(vi) Memasang sebanyak 98 unit lampu awam di kawasan

kampung pada tahun 2018 dan 80 unit lagi pada tahun 2019. Pada tahun 2020, MBPP telah menyediakan peruntukan

sebanyak RM500,000.00 untuk pemasangan lampu awam baharu yang mana sebahagian besarnya akan digunakan untuk pemasangan lampu awam di kawasan kampung.

Perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP di kawasan kampung

pula adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan awam seperti pungutan sampah domestik untuk tong komunal, pukal dan kebun di kawasan kampung mengikut jadual dan keperluan;

(ii) Menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan, pemotongan

rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang mempunyai kelebaran antara 8 – 14 kaki mengikut jadual dan keperluan;

(iii) Membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam seperti

naik taraf jalan, longkang dan bangunan am mengikut keperluan;

(iv) Memasang lampu jalan baharu dan di tiang sedia ada

termasuk menaik taraf lampu-lampu jalan awam dari jenis High Pressure Vapour Sodium (HPSV) kepada jenis Light Emitting Diode (LED); dan

(v) Lain-lain perkhidmatan pembersihan am iaitu jalan, parit,

pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung-kampung dengan menggunakan peruntukan-peruntukan Ahli Majlis.

Sempena penarafan MBSP sebagai Bandaraya, satu Pelan Hala Tuju MBSP

telah disediakan bagi menambah baik mutu perkhidmatan MBSP. Pelan Hala Tuju seperti Lampiran A akan diletakkan di atas meja Yang

Berhormat selepas ini.

AHLI KAWASAN BAGAN DALAM (YB. SATEES A/L MUNIANDY) bertanya

kepada YAB. Ketua Menteri:

32. Penularan fake news menjadi fenomena serius di mana Kerajaan Negeri

sendiri menjadi mangsa berita palsu ini beberapa kali.

(a) Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk

mengekang penyebaran berita palsu ini?

(b) Sila perincikan tindakan undang-undang yang telah diambil Kerajaan Negeri terhadap fake news sepanjang tahun 2018 dan

2019.

Page 37: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

37

YAB. Ketua Menteri:

32. (a) Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penyebaran berita palsu terutamanya melibatkan

Negeri Pulau Pinang adalah liputan-liputan semasa merangkumi fakta serta maklumat yang sahih daripada barisan kepimpinan

negeri. Malah, jika tersebarnya berita palsu, barisan kepimpinan negeri akan segera menyalurkan maklumat-maklumat tepat

kepada pihak/jabatan/bahagian tertentu di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri agar tindakan segera dapat dikenal pasti serta dilaksanakan.

Umumnya, platform media sosial digunakan untuk penyebaran

fakta yang betul pada kadar sesegera yang mungkin. Selain itu, kenyataan atau sidang media juga akan diadakan mengikut

keperluan, selain laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut.

Tindakan pantas berhubung maklum balas berita-berita palsu yang

diviralkan secara tidak langsung dapat mengekalkan keharmonian kepelbagainan kaum di negeri Pulau Pinang khususnya dan yang

paling penting adalah mengelak kebencian.

(b) Sepanjang tahun 2018 dan 2019, barisan kepimpinan serta pihak-pihak berkaitan yang menjadi mangsa berita-berita palsu yang

tersebar di laman media khususnya telah membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut dan difahamkan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa tersebut. Ini termasuk laporan yang

dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua

Menteri:

33. Senaraikan hotspot banjir di KADUN Jawi.

(a) Apakah projek-projek tebatan banjir yang dirancang bagi

mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot ini?

YAB. Ketua Menteri:

33. Berdasarkan kajian pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), terdapat 25 kawasan hotspot banjir di KADUN Jawi yang melibatkan Sungai Kerian, Sungai Jawi dan Parit B2 Sanglang. Senarai kawasan hotspot banjir mengikut sungai

terlibat adalah seperti berikut:

Page 38: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

38

1. Kawasan perumahan di Lembangan Sungai Kerian iaitu:

(a) Taman Pekaka Transkrian;

(b) Taman Indrawasih;

(c) Taman Sri Bayu;

(d) Taman Sentosa;

(e) Taman Permai;

(f) Taman Nibong Tebal;

(g) Taman Ilmu;

(h) Taman Permai;

(i) Kampung Haji Omar;

(j) Kampung Haji Isa;

(k) Kampung Tanjung Berembang; dan

(l) Kampung Sg. Udang.

2. Kawasan perumahan di Sungai Jawi iaitu:

(a) Kampung Sethu;

(b) Kampung Selut;

(c) Kampung Jawi;

(d) Taman Sg.Duri Permai;

(e) Taman Sg.Duri Indah;

(f) Taman Desa Jawi;

(g) Taman Jawi Jaya; dan

(h) Taman Halaman Indah.

3. Kawasan perumahan di Parit B2 Sanglang iaitu:

(a) Kampung Sanglang;

(b) Taman Veerapen;

(c) Taman Penting;

(d) Taman Belatuk; dan

(e) Kampung Stesen.

Page 39: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

39

(a) Sejumlah empat (4) projek tebatan banjir telah dirancang oleh JPS dan MBSP bagi mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot banjir

berkenaan. Senarai projek terlibat adalah seperti berikut:

BIL. KAWASAN

HOTSPOT BANJIR

PROJEK

TEBATAN BANJIR

STATUS PROJEK AGENSI

PELAKSANA

1. Sungai

Kerian

Rancangan

Tebatan Banjir (RTB) Lembangan

Sungai Kerian, Seberang Perai

Selatan, Pulau Pinang.

Telah diluluskan

oleh Kerajaan Persekutuan dan sedang dalam

pelaksanaan (kemajuan fizikal:

95.95%) Projek dijangka siap pada Mac 2020.

JPS

2. Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Taman

Halaman Indah dan

Kg. Sethueu,

RTB Lembangan Sungai Jawi

Belum diluluskan. Pihak JPS Malaysia akan

melaksanakan Kajian

Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka

Panjang Di Negeri Pulau Pinang

Termasuk Daerah Kulim dan Bandar Bharu di Negeri

Kedah memandangkan

kejadian banjir di dalam kawasan cadangan RTB

Sungai Jawi ini turut berpunca dari

limpahan air banjir dari Kulim, Kedah. Oleh itu projek

RTB Sungai Jawi adalah tertakluk

kepada hasil kajian tersebut dan juga

kelulusan peruntukan Persekutuan Tahun

2020 (RP4) RMKe-11.

JPS

Page 40: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

40

BIL. KAWASAN HOTSPOT BANJIR

PROJEK TEBATAN BANJIR

STATUS

PROJEK

AGENSI PELAKSANA

3. Parit B2 Sanglang,

Taman Penting, Taman

Veerapen, Taman

Belatuk dan Kg. Stesen

Cadangan Menaik taraf Rumah Pam

Sanglang sediada

Dalam proses pelantikan

Jurutera Perunding bagi penyediaan rekabentuk

terperinci menggunakan

peruntukan negeri (Caruman Perparitan).

Permohonan bajet bagi kos fizikal

bagi pembinaan sebanyak RM10 juta telah dimohon

di bawah permohonan RMK-

12 melalui JPS Malaysia. Pelaksanaan

projek dijangka bermula pada

tahun 2021.

4. Taman Nibong

Tebal

Kerja-kerja naik taraf parit

dalaman dan utama di Taman Nibong Tebal

untuk mengurangkan

risiko banjir kilat.

Kerja-kerja telah bermula pada 1

April 2019 dan dijangka siap pada 30 Nov. 2019.

MBSP

Kerja-kerja memasang kekotak

pembentung di Jalan Teluk Ipil

(hadapan rumah pam JPS) untuk mempercepatkan

aliran air dari taman ke rumah

pam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanggil tender

untuk kerja-kerja memasang

kekotak pembentung di Jalan Teluk Ipil

(hadapan rumah pam JPS) untuk

mempercepatkan aliran air dari taman ke rumah

pam.

JKR

Page 41: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

41

AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN (YB. GOH CHOON AIK) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri

34. Sila nyatakan jumlah pelancong tempatan dan pelancong asing ke Bukit Bendera pada 2019.

(a) Apakah hala tuju Bukit Bendera dan sasaran kumpulan pelancong dalam Pelan Induk Pelancongan?

(b) Nyatakan jumlah bilik penginapan sedia ada dan jumlah

penginapan pelancong pada 2019.

(c) Apakah status cadangan pemajuan hotel di Bukit Bendera?

YAB. Ketua Menteri:

34. Sehingga 17 Oktober 2019, sejumlah 1,380,851 orang pelancong telah melawat Bukit Bendera pada tahun 2019 di mana seramai 874,949 orang

adalah pelancong tempatan sementara jumlah pelancong asing adalah seramai 505,902 orang telah melawat Bukit Bendera pada tahun 2019.

(a) Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang masih dalam peringkat

perancangan. Kerajaan Negeri sedang meneliti semua cadangan yang diterima dan perancangan serta hala tuju yang terperinci akan dimaklumkan selepas kajian tersebut disiapkan.

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

(PBBPP) akan terus mempertingkatkan perkhidmatan dan keselesaan pengunjung bagi memastikan Bukit Bendera menjadi

destinasi eko-pelancongan yang terunggul di Malaysia dan di rantau ini. PBBPP juga komited dengan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam semula jadi Bukit Bendera bagi

mengekalkan status tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama bagi pelancong dari dalam dan luar negara.

(b) Bagi tahun 2019, jumlah bilik penginapan sedia ada di Bukit Bendera adalah 12 bilik melalui Hotel Bellevue. Manakala, kadar

penginapan pelancong adalah antara 30% hingga 40%.

(c) Bagi cadangan pemajuan hotel di Bukit Bendera, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah dipertanggungjawabkan untuk

pembangunan semula Hotel Crag di atas Bukit Bendera melalui Request For Proposal (RFP) For The Restoration, Refurbishment, Redevelopment And Management Of Crag Hotel at

Lot 100, Mukim 17, Bukit Bendera (Penang Hill), North East District, George Town, Penang, Malaysia. Kerajaan Negeri telah

melantik sebuah syarikat swasta berkelayakan antarabangsa bagi tujuan pembangunan dan pengurusan hotel bertaraf enam (6) bintang tersebut dengan penjenamaan sebagai Aman Crag.

Bilangan bilik hotel yang dicadangkan adalah sebanyak 28 bilik.

Selaras dengan keperluan Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera dan saranan daripada Panel Penasihat Reka Bentuk Bukit Bendera

(Penang Hill Design Review Panel), pihak syarikat telah menyediakan Laporan Geoteknikal dan telah dikemukakan kepada

Page 42: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

42

Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Berisiko (MJTB) pada 28 Ogos 2019. Selanjutnya, Mesyuarat Tanah Berisiko pada 22

Oktober 2019 telah bersetuju dengan Laporan Geoteknikal yang disediakan oleh pihak pemaju dan akan dikemukakan kepada Unit

OSC, Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk pertimbangan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh syarikat.

Selain itu, bagi menambahkan bilangan penginapan di Bukit Bendera, Kerajaan Negeri juga sedang mengusahakan perkara-

perkara berikut:

(i) Banglo Hillside akan dioperasikan sebagai Hillside Retreat. Pada masa ini, kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan dan dijangka mula beroperasi dijangka hujung

November 2019;

(ii) Banglo Woodside dicadangkan sebagai Boutique

Hotel/Unique Tourism Attraction. Projek ini sedang dalam proses penyelesaian sempadan tanah. Pengiklanan Request for Proposal (RFP) akan disusuli setelah isu tanah

diselesaikan;

(iii) Banglo Convalescent dicadang untuk dibangunkan sebagai

Eco-Friendly Hotel yang dijangka mempunyai anggaran 250 hingga 300 bilik. RFP Pembangunan Eco-Friendly Hotel akan

disediakan oleh PBBPP. Pengiklanan Request for Proposal (RFP) akan disusuli setelah isu tanah diselesaikan; dan

(iv) Pembangunan affordable accommodation di kawasan Coolie Line. Pada masa ini, proses penyiasatan tapak sedang dijalankan dan RFP bagi pembangunan tersebut dijangka diiklankan pada awal tahun 2020.

AHLI KAWASAN PULAU TIKUS (YB. LEE CHUN KIT) bertanya kepada

YAB. Ketua Menteri:

35. Apakah dasar-dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan pemilik-pemilik

lot tanah yang terjejas dalam proses pengambilan tanah untuk projek-projek infrastruktur Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan akan mendapat pembayaran atau pampasan adil seperti dalam projek

Underpass Mount Erskine?

(a) Apakah kesan-kesan trafik jika projek itu tidak dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

35. Bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan yang melibatkan proses pengambilan tanah di bawah

Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah bertanggungjawap untuk melakukan siasatan bagi mendapatkan nilaian

tanah untuk menentukan amaun pampasan bagi tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan tersebut. Nilaian tanah yang digunapakai adalah berdasarkan nilaian oleh Pihak Jabatan Penilaian dan Perhidmatan

Harta (JPPH). Nilaian tersebut adalah berdasarkan nilaian pasaran bagi

Page 43: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

43

tanah yang terlibat. Namun, jika pemilik tanah yang terlibat tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang ditawarkan, mereka berhak untuk

membuat bantahan di Mahkamah.

(a) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan, berdasarkan Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA Report) yang

telah disediakan pada tahun 2015, unjuran sebanyak 10,000 unit perumahan baru dianggarkan akan wujud di kawasan Jalan Mount Erskine, Jalan Fettes dan Jalan Lembah Permai pada tahun 2024

apabila Jalan Bawah (Underpass) yang menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma dijangka siap dibina.

Selain itu, bilangan kenderaan dianggarkan bertambah pada kadar 4.15% setiap tahun di kawasan Pulau Tikus. Dengan ini, bilangan kenderaan harian dijangka akan bertambah sebanyak 8,500 unit

pada 2024 di kawasan tersebut.

Jika projek ini tidak dilaksanakan, secara tidak langsung

pembangunan ekonomi di kawasan tersebut akan terbantut dan mengakibatkan pengguna jalan raya akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang berterusan di persimpangan Jalan Gotlieb, Jalan

Bagan Jermal, Jalan Burma dan Jalan Mount Erskine.

AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG (YB. LIM SIEW KHIM) bertanya

kepada YAB. Ketua Menteri:

36. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Tempatan dalam memudah cara proses pendaftaran pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat

kerja? Nyatakan.

(a) Adakah garis panduan telah disediakan oleh Kerajaan

Tempatan untuk majikan yang mempunyai tapak perkilangan dan ingin mendirikan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

36. Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memudahkan cara proses pendaftaran pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja adalah seperti berikut :

(i) Melaksanakan program pemutihan pendaftaran Pusat Jagaan Kanak-Kanak dengan menawarkan diskaun sebanyak 90% bagi

kadar caj tukar guna bangunan kepada pengusaha; dan

(ii) Membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memastikan

semua keperluan mengadakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak mematuhi syarat pengendalian.

(a) Setakat ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) tidak mempunyai sebarang garis panduan khusus untuk majikan mendirikan pusat penjagaan kanak-kanak di tapak

perkilangan/tempat kerja. Kerajaan Negeri bersama-sama dengan kedua-dua PBT akan mengkaji keperluan dan kesesuaian

Page 44: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

44

menyediakan garis panduan pusat penjagaan kanak-kanak di kawasan industri kerana penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di

kawasan industri melibatkan banyak faktor seperti keselamatan, pencemaran, kesesuaian lokasi dan jenis aktiviti perkilangan yang

sesuai. Pusat penjagaan kanak-kanak yang ingin beroperasi di tempat kerja perlu mengemukakan permohonan mengikut prosedur Pusat Setempat (OSC). Permohonan Kebenaran

Merancang ini akan dirujuk kepada Jabatan teknikal antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Alam

Sekitar (JAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Teknikal PBT masing-masing untuk ulasan sebelum dipertimbangkan oleh Jawatankuasa OSC.

AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR (YB. MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

37. Minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelaskan, sejauh manakah kerajaan mengambil tindakan positif mengekang khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah di masjid-masjid di Pulau Pinang?

(a) Adakah Majlis Agama Islam berhasrat menguatkuasakan undang-undang sivil dan syariah terhadap pembaca khutbah yang

membangkitkan isu perkauman dan kebencian agama?

YAB. Ketua Menteri:

37. Tindakan yang telah diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi mengekang pembacaan khutbah oleh khatib tanpa tauliah di masjid-masjid di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan surat pekeliling mengenai undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang berkaitan

dengan pelaksanaan aktiviti ceramah dan program pengimarahan masjid termasuk penyampaian khutbah Jumaat untuk diberi perhatian dan tindakan oleh semua pihak pentadbir masjid/surau

bagi menjaga kesucian masjid/surau dan juga keharmonian masyarakat. Surat pekeliling terkini adalah bertarikh 17 September

2019. Selain itu, peringatan dari semasa ke semasa sentiasa diberikan kepada pihak masjid berhubung perkara ini.

(ii) Pihak MAINPP masih bertolak ansur terhadap khatib tanpa tauliah

yang berkhutbah tetapi mematuhi Garis Panduan Penyampaian Khutbah yang dikeluarkan oleh MAINPP pada tahun 2010. Manakala

bagi kes khatib berkhutbah tanpa tauliah yang gagal mematuhi Garis Panduan Penyampaian Khutbah sedia ada, MAINPP melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengambil

pendekatan secara berhemah atau harmoni dengan memberikan nasihat serta teguran sewajarnya dari semasa ke semasa.

Page 45: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

45

AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA(YB. GOOI ZI SEN) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

38. Persempadanan Semula Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

(a) Apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri

berhubung dengan persempadanan semula atau tambahan kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mencerminkan perwakilan yang seimbang dan selaras dengan

reformasi institusi?

YAB. Ketua Menteri:

38. Sejajar dengan peruntukan di bawah Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula yang terbaru telah dijalankan pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, persempadanan semula tersebut didapati tidak

mencerminkan prinsip-prinsip yang ditetapkan mengikut Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan penyempadanan

bahagian-bahagian pilihan raya.

Memandangkan Pulau Pinang terjejas dan terkesan akibat tindakan

persempadanan semula tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk suatu deklarasi bahawa syor-syor SPR telah melanggar Perkara 113(6) Perlembagaan Persekutuan dan

adalah tidak sah.

Disebabkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan enggan

memberikan kebenaran (leave) untuk Kerajaan Negeri meneruskan permohonan tersebut, Kerajaan Negeri telah merayu ke Mahkamah

Persekutuan. Rayuan tersebut telah ditarik balik pada 25 April 2019.

AHLI KAWASAN BERTAM (YB. KHALIQ MEHTAB BIN MOHD ISHAQ) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

39. Apakah status kediaman atau kuarters guru di Taman Seri Serdang Kepala

Batas? Kawasan kuarters didapati tidak terurus. Saya dimaklumkan bahawa kuarters itu tidak didiami oleh para guru sejak sekian lama.

Kediaman yang lama ditinggalkan akan rosak dan jika rosak. Ianya memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

YAB. Ketua Menteri:

39. Kuarters Guru di Taman Seri Serdang, Kepala Batas mempunyai 14 blok dengan jumlah 280 unit rumah. Daripada jumlah tersebut, hanya 3 blok

sahaja didiami atau 47 unit rumah manakala 11 blok atau 220 unit rumah lagi adalah kosong kerana tiada permintaan oleh para guru dan kakitangan pendidikan. Oleh itu, pihak jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang (JPNPP) telah berusaha dan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyerahkan kuarters

ini supaya dijadikan perumahan mampu milik. Sehingga kini pihak JPNPP

Page 46: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

46

masih lagi menunggu maklum balas dari KPKT sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH (YB. ZULKIFLI BIN IBRAHIM) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

40. Berapakah jumlah kuari batu dan kuari tanah merah yang masih beroperasi di seluruh Negeri Pulau Pinang mengikut daerah?

(a) Adakah di antara kuari-kuari tersebut perlu ditutup untuk

pembangunan kawasan sekitar pada masa akan datang seperti di Mengkuang Dam?

YAB. Ketua Menteri:

40. Jumlah kuari batu dan tanah merah yang masih beroperasi di seluruh negeri Pulau Pinang mengikut daerah adalah seperti berikut:

(i) Daerah Seberang Perai Utara

• Tiada kuari batu di Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

• Terdapat satu (1) kuari tanah merah yang beroperasi di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) iaitu seperti berikut:

Bil. Tuan Tanah Kategori No.

Lot/Mukim Keluasan

1. Tetuan Lock Huat

Holdings Sdn Bhd

Tanah Merah Lot 1253 (Lot

lama 1023), Mukim 13

13.5 ekar

(ii) Daerah Seberang Perai Tengah

• Tiada kuari tanah merah yang sedang beroperasi di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

• Terdapat lima (5) kuari batu di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

• Maklumat mengenai 5 pengusaha kuari di Daerah Seberang

Perai Tengah (SPT) adalah seperti berikut:

Bil Tuan Tanah/Operator

Kategori No. Lot/Mukim

Keluasan

1. Saw Cheong Teok

Kuari Sdn. Bhd./ Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd

Batu PT 659

(Sebahagian

Lot 834), Mukim 12

16 ekar

2. Batu Tiga Quarry Sdn.

Bhd/ Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd

Batu Lot 1509, PT

43 Mukim 20

11.56 ekar

Page 47: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

47

Bil Tuan

Tanah/Operator

Kategori No.

Lot/Mukim

Keluasan

3. Syarikat Barkat Sdn. Bhd/ Batu Tiga

Quarry Sdn. Bhd

Batu PT 97 (Lot lama

856), Mukim 20

20,903.05 mp

4. Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd./ Batu Tiga

Quarry Sdn. Bhd

Batu PT 9 (sebahagian

lot 834), Mukim 12

8.094 Hektar

5. Kuad Sdn. Bhd./ Kuad

Sdn. Bhd.

Batu PT. 44, & Lot

959, Mukim 20

49.8046

ekar

(iii) Daerah Seberang Perai Selatan

• Tiada kuari batu dan kuari tanah merah yang sedang beroperasi di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

(iv) Daerah Timur Laut

• Tiada kuari tanah merah yang sedang beroperasi di Daerah

Timur Laut (DTL)

• Terdapat dua (2) kuari batu di Daerah Timur Laut (DTL) iaitu seperti berikut:

Bil. Tuan Tanah Kategori No.

Lot/Mukim Keluasan

1. Boon Siew

Sdn. Berhad Batu

Lot 20364, Mukim 13

92.1574 ekar

2.

Teik Granite

Quarry Sendirian

Berhad

Batu

Lot 89, 90, 94,

99, 3575, 3576 & 3769, Mukim

18

68.1586 ekar

(v) Daerah Barat Daya

• Tiada kuari tanah merah yang sedang beroperasi di Daerah Barat Daya (DBD).

• Terdapat satu (1) kuari di Daerah Barat Daya yang lesennya masih aktif tetapi telah menghentikan operasi iaitu seperti

berikut:

Bil. Tuan Tanah Kategori No.

Lot/Mukim Keluasan

1. Tetuan Sofinaz Holdings Sdn Bhd

Batu Lot 625, 627 & 2347

144.80 ekar

Pembangunan di atas tanah milik adalah atas kehendak tuan tanah dan tertakluk kepada kawalan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Page 48: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

48

AHLI KAWASAN BERAPIT (YB. HENG LEE LEE) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

41. Apakah kaedah untuk mencegah kes Tibi yang dibawa masuk oleh pelancong luar negara?

(a) Bolehkah pelancong luar negara yang berpenyakit Tibi diambil tindakan atas tidak memberitahu penyakit dengan jujur?

YAB. Ketua Menteri:

41. Sehingga kini, tiada kaedah khusus untuk mengesan penyakit Tuberkulosis atau Tibi di kalangan pelancong dari luar negara. Walau

bagaimanapun, terdapat mesin Thermal Scanner di pintu masuk Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang bagi melaksanakan saringan demam. Mana-mana pelancong yang dikesan mempunyai simptom

demam akan ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Selain itu, para pelancong yang datang dari negara yang sedang mengalami wabak atau

penularan penyakit akan diminta mengisi borang Health Declaration serta menyerahkan dokumen berkaitan seperti buku vaksinasi untuk penilaian tahap kesihatan mereka.

Dalam kes ini, sekiranya pelancong berkenaan gagal mengisytiharkan tahap kesihatan masing-masing melalui borang Health Declaration dan

disyaki mengidap sesuatu penyakit berjangkit termasuk penyakit Tibi, maka penahanan boleh di buat oleh pihak Imigresen melalui

penguatkuasaan Seksyen 8(3)(b) Akta Imigresen 1959/63. Pelancong luar negara yang memasuki Malaysia perlu menunjukkan dokumen pemeriksaan yang sah kepada pegawai Imigresen di laluan imigresen

sebelum memasuki negara Malaysia.

Di samping itu, Akta Imigresen 1959/1963 Seksyen 39A (1) juga

memperuntukkan bahawa seorang Pegawai Imigresen boleh mengarahkan mana-mana individu yang memasuki negara Malaysia agar menjalani pemeriksaan perubatan oleh Pegawai Perubatan Malaysia

termasuk pelancong asing yang ingin mendapatkan rawatan yang di bawah kategori Medical Tourist. Pelancong-pelancong yang mengalami

sebarang penyakit berjangkit termasuk Tibi perlu dimaklumkan bahawa mereka perlu mendapatkan rawatan di negara asal dan tidak boleh memasuki negara ini bagi rawatan tersebut.

Di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342, Seksyen 22, adalah menjadi kesalahan sekiranya terdapat mana-mana individu yang

melakukan perkara-perkara seperti berikut:

(i) Menghalang atau mengendalakan atau membantu menghalang atau mengendalakan mana-mana pegawai yang diberikan kuasa

dalam melaksanakan kewajipannya;

(ii) Tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh

mana-mana pegawai yang diberi kuasa;

Page 49: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

49

(iii) Enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki sebagaimana ditetapkan dalam peraturan di bawah Akta 342; atau

(iv) Memberikan maklumat palsu.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan penalti am (Seksyen 24)

dan kompaun (Seksyen 25) di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Bagi individu yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta tersebut dan tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila

disabitkan, boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(i) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau

didenda atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama;

(ii) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau didenda atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan

berikutnya; dan

(iii) Didenda selanjutnya tidak melebihi RM200.00 bagi setiap hari

sekiranya kesalahan itu berterusan bagi kesalahan yang berikutnya.

Individu yang bersalah boleh dikenakan kompaun tidak melebihi

RM1000.00 bagi apa-apa kesalahan yang dibuat atau pelanggaran peraturan di bawah Akta 342.

AHLI KAWASAN BATU UBAN (YB. KUMARESAN A/L ARAMUGAM) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

42. Dalam laporan akhbar The Star pada 3hb Ogos 2019 melaporkan bahawa Menteri Air, Tanah & Sumber Asli memberitahu terdapat 3 negeri yang belum gazetkan hutan simpanan untuk kawasan tadahan air dan Pulau

Pinang antara salah satunya.

(a) Kenapakah Kerajaan Negeri belum gazetkan hutan simpanan

tersebut sebagai kawasan tadahan air?

YAB. Ketua Menteri:

42. Usaha untuk mewartakan Kawasan Tadahan Air ini bermula apabila

Kerajaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Perhutanan Negara (MPN) ke-18 pada tahun 2004 telah memutuskan supaya semua Kerajaan

Negeri mengambil tindakan pewartaan kawasan-kawasan Hutan Tadahan Air di bawah Seksyen 10(1), Akta Perhutanan Negara 1984. Keputusan ini diperkukuhkan lagi dengan Keputusan Majlis Air Negara pada tahun

2003 supaya kawasan tadahan air hendaklah dipantau oleh Kerajaan negeri dengan lebih berkesan bagi mengelakkan kesan pembangunan di

sekelilingnya daripada mencemarkan kualiti bekalan air.

Negeri Pulau Pinang mempunyai seluas lebih kurang 6,282 hektar kawasan berhutan yang mana daripada jumlah ini, seluas 5,100 hektar

ialah Hutan Simpanan Kekal dan seluas 1,182 hektar lagi ialah Taman Negara.

Page 50: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

50

Bagi memastikan sumber bekalan air di negeri Pulau Pinang ini terpelihara, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan

untuk mewartakan seluas 6,288.295 hektar Kawasan Tadahan Air di bawah Enakmen Pembekalan Air 1998, Perintah Pembekalan Air

(Kawasan Tadahan) tahun 2004, iaitu pada 2 Disember 2004. Pewartaan kawasan tadahan ini meliputi seluas 3,565 hektar Hutan Simpanan Kekal manakala selebihnya meliputi Tanah Kerajaan. Ini bermakna 70% Hutan

Simpanan Kekal di negeri Pulau Pinang telah dikhususkan untuk tujuan perlindungan kawasan Hutan Tadahan Air, manakala bakinya dikhususkan

untuk tujuan ekopelancongan dan penyelidikan.

Tindakan untuk mewartakan kawasan tadahan di bawah Enakmen Pembekalan Air 1998, pada tahun 2004 merupakan tindakan pantas yang

diambil oleh Kerajaan Negeri dan telah menjadi antara negeri yang terawal mewartakan Kawasan Tadahan Air nya di bawah Enakmen

Pembekalan Air Negeri berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai

halangan untuk mewartakan Kawasan Hutan Tadahan Air sedia ada di dalam Hutan Simpanan Kekal iaitu seluas 3,565 hektar di bawah Akta

Perhutanan Negara 1984 kerana pada dasarnya Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan melindungi bekalan sumber air negeri lebih awal iaitu

pada 2 Disember tahun 2004 di bawah Enakmen Pembekalan Air Pulau Pinang, 1998.

RUJ. LAMPIRAN A (KA)

AHLI KAWASAN PENAGA (YB. MOHD YUSNI BIN MAT PIAH) bertanya Kepada YAB. Ketua Menteri:

43. Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah menasihati Kerajaan Negeri.

(a) Sebanyak 18 nasihat tentang projek Penang South Reclamation (PSR) telah diberikan. Mohon nyatakan.

YAB. Ketua Menteri:

43. Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah memberikan 18 nasihat

kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap Cadangan Pelan Induk Bagi Projek Tebus Guna Tanah Selatan Pulau Pinang Penang South Reclamation (PSR). Kesemua 18 nasihat ini juga telah diumumkan untuk

pengetahuan orang awam melalui sidang media pada 19 April 2019. Keseluruhan 18 nasihat tersebut akan dikemukakan kepada YB Penaga

setelah sesi soal jawab lisan ini selesai.

Page 51: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

51

AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR (YB. MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

44. Apakah langkah-langkah yang telah diambil MMK Pembangunan Usahawan dalam membimbing usahawan Pulau Pinang menguasai ilmu

dan kemahiran baru di era digital masa kini?

YAB. Ketua Menteri:

44. Era ekonomi dunia sekarang ini, bergerak laju ke arah digitalisation.

Keruntuhan banyak syarikat perniagaan juga adalah disebabkan mereka lambat dan gagal memanfaatkan teknologi digital ini. Fenomena ini juga

memberi kesan kepada industri kecil dan sederhana dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan inisiatif Visi Penang2030

menjadikan Pulau Pinang negeri pintar telah pun menubuhkan Digital Penang Corporation, untuk memacu rakyat bersama menerokai dan

menguasai ilmu ekonomi digital ini.

Kerajaan Negeri juga pada September 2020 akan menjadi tuan rumah World Congress Information Technology 2020 (WCIT) yang akan

menjadikan Pulau Pinang tumpuan dunia bagi mengikuti perkembangan teknologi ekonomi digital. WCIT adalah salah acara Information and

Communications Technology (ICT) terbesar dan tersohor di dunia yang akan melakar masa depan dunia digital.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan dalam membimbing usahawan Pulau Pinang menguasai ilmu dan kemahiran baru di era digital masa kini adalah seperti

berikut:

(a) Melaksanakan program kursus atau latihan berkaitan teknologi

digital iaitu: Industri 4.0 dan e-commerce. Selain itu, program mentorship, pitching session dan accelerator juga dilaksanakan. Antara program yang telah dilaksanakan pada tahun

2019 adalah seperti berikut:

(i) Program BizFrancais pada 6 Julai 2019;

(ii) Program MyPerintis-BizRez pada 5 Ogos 2019; dan

(iii) DeTech Conference 2019 pada 1-2 Oktober 2019;

Page 52: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

52

Kursus-kursus pemasaran digital (online marketing) yang dijalankan dengan kerja sama Perbadanan Pembangunan Pulau

Pinang (PDC), SME Corporation Malaysia (SmeCorp), Malaysia Digital Economy Corporation

(MDEC), Google dan GorgeousGeeks ialah:

(i) Penang Netpreneur Siri 1 pada 21 hingga 22 Ogos 2019;

(ii) Penang Netpreneur Siri 2 pada 24 September 2019;

(iii) Go Penang Digital@E-Usahawan, Siri 1 pada 28 September 2019;

(iv) Go Penang Digital@E-Usahawan, Siri 2 pada 12 Oktober 2019; dan

(v) Forum Transformasi Digital, Unlocking Blockchain, 21

Oktober 2019.

(b) Menyediakan program dan prasarana untuk usahawan teknologi

iaitu Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology ataupun @CAT Penang yang dirasmikan pada 10 Oktober 2015 di Wisma Yeap Chor Ee (WYCE). @CAT Penang

bertujuan untuk memupuk dan mengembangkan ekosistem dan komuniti usahawan yang terlibat dalam industri digital dan kreatif

multimedia yang menawarkan tiga komponen utama iaitu perkongsian ruang kerja/ruang terbuka atau co-working space,

program accelerator dan bengkel serta menyediakan bantuan dana perniagaan;

(c) Menyediakan peruntukan khas bagi mempertingkatkan usahawan

teknologi dengan menawarkan bantuan kewangan. Pada awal tahun 2018, Kerajaan Negeri telah melancarkan ‘Penang i4.0 Seed

Fund’ dengan nilai USD1 juta (RM4 juta) untuk pembangunan projek-projek start-up yang berpotensi tinggi khasnya yang terlibat dalam industri digital. Setakat ini sejumlah RM3.02

juta seed fund telah dianugerahkan kepada 27 usahawan tempatan; dan

(d) Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Fusionex International pada 17 Oktober 2019. Syarikat Fusionex menawarkan khidmat data

teknologi khususnya Analytic Big Data, IR 4.0, machine learning dan Artificial Intelligence (AI) untuk mewujudkan platform

logistik pintar dan pemudah cara perdagangan pintar (smart trading facilites), yang akan membolehkan perniagaan memanfaatkan pertumbuhan pesat ekonomi digital serta

perdagangan rentas sempadan, khususnya para usahawan, pengeksport dan pengimport.

Page 53: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

53

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (Yb. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

45. Trend kini perniagaan jaringan internet atau secara online amat diminati pelanggan dan boleh membantu usahawan IKS.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu usahawan IKS dalam bidang e-dagang?

YAB. Ketua Menteri:

45. Sesuai dengan era digital, mulai 2019 program-program keusahawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi fokus kepada penguasaan

pemasaran digital kepada usahawan. Sehingga Oktober 2019 MMK Pembangunan Usahawan telah menganjurkan empat (4) kursus pemasaran digital untuk usahawan Pulau Pinang termasuk kerjasama

dengan agensi negeri dan pusat.

MMK Pembangunan Usahawan menjalin kerjasama dengan Penang

Development Corporation (PDC), SME Corporation (SMECorp), Malaysia Digital Economy Corporation (Mdec), Pusat Internet Desa (PID), Majlis Amanah Raya (MARA), Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA),

Penang Women’s Development Corporation (PWDC), persatuan dan dewan-dewan perniagaan. Kerajaan Negeri mensasarkan 1000 usahawan

untuk menyertai kursus pemasaran digital atau online marketing. Setakat ini, seramai 636 usahawan telah menyertai kursus berkaitan online

marketing.

MMK Pembangunan Usahawan juga telah merancang untuk menjalin kerjasama dengan platform pasar digital ternama antaranya Shoppe,

Lazada, Ebay, PG Mall, Lelong.my bagi membantu usahawan memasarkan produk mereka.

Selain itu, melalui Invest Penang telah menjadikan industri ini sebagai salah satu daripada industri utama yang giat dipromosikan untuk pelaburan domestik dan luar negara di Pulau Pinang di samping dalam

menggalakkan dan mewujudkan peluang kerjaya dan pemindahan kemahiran kepada masyarakat tempatan.

(a) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan IKS dalam bidang e-dagang adalah seperti berikut:

(i) Melaksanakan program kursus atau latihan berkaitan

teknologi digital iaitu Industri 4.0 dan e-commerce. Selain itu, program mentorship, pitching

session dan accelerator juga dilaksanakan. Antara program yang telah dilaksanakan sehingga Oktober 2019 adalah seperti berikut :

• Program BizFrancais pada 6 Julai 2019;

• Program MyPerintis- BizRez pada 5 Ogos 2019;

Page 54: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

54

• Penang Netpreneur Infiniti@E-Commerce siri 1 pada 21 hingga 22 Ogos 2019;

• Penang Netpreneur Infiniti@E-Commerce siri 2 pada 24 September 2019;

• Go Penang Digital@E-Usahawan Siri 1 pada 28 September 2019;

• De Tech Conference 2019 pada 1-2 Oktober 2019;

• Go Penang Digital@E-Usahawan Siri 2 pada 12 Oktober 2019; dan

• Unlocking Blockchain Forum pada 21 Oktober 2019.

(ii) Menyediakan program dan prasarana untuk usahawan teknologi iaitu Penang Accelerator for Creative, Analytics &

Technology ataupun @CAT Penang yang dirasmikan pada 10 Oktober 2015 di Wisma Yeap Chor Ee (WYCE). @CAT Penang

bertujuan untuk memupuk dan mengembangkan ekosistem dan komuniti usahawan yang terlibat dalam industri digital dan kreatif multimedia yang menawarkan tiga komponen

utama iaitu perkongsian ruang kerja/ruang terbuka atau co-working space, program accelerator dan bengkel serta

menyediakan bantuan dana perniagaan.

@CAT Penang dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan

Pusat seperti Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), PIKOM dan pihak-pihak swasta menawarkan pelbagai program latihan usahawan serta bimbingan dan

sokongan bagi membantu usahawan IKS dalam bidang e-dagang. Antaranya dengan mengadakan

beberapa bengkel latihan keusahawanan, menyediakan program mentor dan perkhidmatan untuk usahawan IKS mengenal pasti tahap kesediaan usahawan di samping

menghubungkan usahawan IKS dengan agensi yang berkaitan untuk membantu mengembangkan perniagaan. Ini

termasuk memperkenalkan usahawan IKS dengan venture capital seperti Cradle dan sebagainya. @CAT Penang menganjurkan sekurang-kurang 2 hingga 3 program dan

bengkel latihan pada setiap minggu untuk para usahawan. Antaranya ialah Mycybersale, E-Commerce Conference, Ali

Baba E-commerce workshop dan sebagainya;

(iii) Menyediakan peruntukan khas bagi mempertingkatkan usahawan teknologi dengan menawarkan bantuan

kewangan. Pada awal tahun 2018, Kerajaan Negeri telah melancarkan Penang i4.0 Seed Fund dengan nilai USD1 juta

(RM4 juta) untuk pembangunan projek-projek start-up yang berpotensi tinggi khasnya yang terlibat dalam industri digital. Setakat ini sejumlah RM3.02 juta seed fund telah

dianugerahkan kepada 27 usahawan tempatan termasuk usahawan e-dagang seperti Benova Tech dan sebagainya;

Page 55: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

55

(iv) Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Fusionex

International pada 17 Oktober 2019 iaitu pakar teknologi data terkemuka untuk mewujudkan platform logistik pintar

dan pemudahcara perdagangan pintar, yang akan membolehkan perniagaan memanfaatkan pertumbuhan pesat ekonomi digital serta perdagangan rentas sempadan;

(v) Bekerjasama dengan MDEC untuk mengenal pasti potensi DFTZ (Digital Free Trade Zone) di Pulau Pinang termasuk

pengeksport tempatan (Small Medium Enterprise) bagi menyediakan platform perniagaan global antara pengusaha dan pemilik perniagaan (B2B). Ini bagi memudahkan dan

meningkatkan proses dan prosedur pelepasan kargo dengan pengenalan eServices DFTZ, menyediakan akses pasaran

kepada usahawan di samping menyediakan sokongan perniagaan end-to-end untuk perniagaan antara negara, perkhidmatan e-Fulfilment dan sebagainya;

(vi) Memanfaatkan kelebihan Pulau Pinang menjadi tuan rumah World Congress On Information Technology (WCIT)

pada bulan September 2020, iaitu satu acara terbesar dan berprestij di dunia. Penglibatan semua agensi di Pulau

Pinang untuk berkolabarisi memahami dan memanfaatkan ilmu masa depan teknologi makluman dunia.

AHLI KAWASAN SUNGAI DUA (YB. DATO' MUHAMAD YUSOFF BIN MOHD

NOOR) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

46. Adakah kes dilaporkan berhubung penyebaran fahaman bukan Islam

kepada orang Islam di Pulau Pinang? Jelaskan.

(a) Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengambil tindakan berkaitan isu ini ataupun tiada tindakan boleh diambil?

(b) Adakah JHEAIPP atau MAINPP mempunyai cadangan untuk menggubal undang-undang enakmen ini?

YAB. Ketua Menteri:

46. Tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) akan diambil sekiranya terdapatnya aduan atau

maklumat risikan yang disalurkan ke jabatan tersebut.

Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dan pemantauan terhadap

usaha-usaha penyebaran fahaman bukan Islam kepada orang Islam.

Merujuk kepada Seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri

Pulau Pinang Tahun 1996 menyatakan:

“Seksyen 5: Mengembangkan doktrin agama, dsb. Mana-mana orang, sama ada dia beragama Islam atau tidak, yang mengembangkan doktrin

atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan

Page 56: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

56

agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun, atau

kedua-duanya.”

Memandangkan seksyen tersebut meletakkan kesalahan ini perlu dibicarakan di Mahkamah Sivil, tindakan penguatkuasaan dan penangkapan dilaksanakan oleh pihak PDRM.

(a) Pihak yang bertanggungjawab dalam mengambil tindakan dalam

isu ini adalah pihak Pejabat Penasihat Undang-Undang JHEAIPP dengan kerjasama PDRM.

(b) Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak pada

Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 14 Oktober 2019 telah membentangkan cadangan kepada Ahli

Majlis untuk mewujudkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Negeri Pulau Pinang. Secara dasarnya Ahli Majlis bersetuju dengan cadangan tersebut

dan Bahagian Gubalan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pulau Pinang (JPSPP) akan membuat penambahbaikan terhadap deraf

enakmen tersebut dengan mengambil rujukan kepada negeri-negeri yang telah mempunyai dan menguatkuasakan enakmen

tersebut.

Ahli Kawasan Telok Bahang (Yb. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

47. Hijau di Balik Pulau.

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri

untuk mengekalkan kawasan hijau di Balik Pulau?

(b) Elemen hijau ini di dalam Visi Penang2030?

(c) Jalan Kuala Pulau Betong ke Kuala Sungai Pinang (bakau).

Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan tiada pembangunan di kawasan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

47. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang berlandaskan kepada matlamat Penang2030 berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai A

Family Focused, Green and Smart State That Inspires The Nation. Sehubungan itu, pelbagai langkah telah dan akan

dilaksanakan dalam memastikan negeri Pulau Pinang mengekalkan kawasan hijau secara holistik termasuk di kawasan Balik Pulau.

Langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan hijau di Balik Pulau adalah

seperti berikut:

Page 57: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

57

(i) Mengekalkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada pewartaan keluar kawasan Hutan Simpanan Kekal

untuk aktiviti pembangunan;

(ii) Mengenal pasti kawasan Hutan Bakau dan Hutan Nipah

dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Milik Agensi Kerajaan di kawasan Balik Pulau yang bersesuaian diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara

1984;

(iii) Melaksanakan program penanaman pokok di kawasan

lapang tanah kerajaan dan terosot termasuk kawasan bukit di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal;

(iv) Mempergiatkan program menanam pokok bakau dan

spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai sebagai penahan hakisan serta impak tsunami; dan

(v) Memperluaskan program penanaman pokok dan pengindahan landskap di kawasan-kawasan yang bersesuaian di Balik Pulau.

Sebagai makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2008 sehingga kini, tiada pewartaan dilakukan untuk mengeluarkan kawasan

Hutan Simpanan Kekal oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi aktiviti pembangunan. Malah kawasan Hutan Simpan Pantai

Acheh seluas 1,182 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negara Pulau Pinang di bawah Akta Taman Negara 1980 pada 10 April 2003.

Menyedari bahawa Balik Pulau mempunyai perairan yang

didominasi oleh kawasan berhutan jenis paya laut, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Teknikal khas sedang memperincikan kawasan berhutan paya laut di Balik Pulau yang

berpotensi untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Seluas lebih kurang 450 hektar telah dikenal pasti iaitu dari Tanjung

Gemuruh, Sungai Pinang, Sungai Rusa sehingga ke Pulau Betong. Jawatankuasa Teknikal ini sedang dalam perincian akhir agar cadangan pewartaan Hutan Paya Laut di seluruh negeri Pulau

Pinang kelak tidak melibatkan pertindihan perancangan dan status guna tanah semasa seiring dengan Rancangan Struktur

Negeri 2030.

(b) Seperti mana visi Penang2030 yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2018, Kerajaan Negeri sememangnya mensasarkan kemakmuran hidup

sebenar dapat dinikmati rakyat dan pada masa yang sama Pulau Pinang diiktiraf sebagai negeri paling hijau di Malaysia. Demi

mencapai hasrat murni ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan empat (4) tema utama untuk memacu negeri ke wawasan yang disasarkan menjelang tahun 2030. Salah satu

daripada empat (4) tema Penang2030 yang mengetengahkan elemen hijau adalah Invest In The Built

Environment To Improve Resilience – Implement Climate Change Adaptation Plans.

Page 58: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

58

Bagi melaksanakan usaha di bawah tema ini Kerajaan negeri telah menggariskan key initiatives dan sasaran untuk

melaksanakan climate adaptation plans. Salah satu sasaran ke arah pelaksanaan pelan adaptasi klimat ini, Kerajaan Negeri

mensasarkan sebanyak 200,000 pokok akan ditanam dalam tempoh 10 tahun sehingga tahun 2030 di seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk di kawasan Balik Pulau.

(c) Jalan Pulau Betong ke Kuala Sungai Pinang merupakan kawasan

yang kaya dengan hutan paya laut. Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk memastikan sumber bio-diversiti di kawasan

tersebut sentiasa terpelihara. Justeru itu, pembangunan yang dibenarkan di Kawasan tersebut adalah tertakluk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang secara

dasarnya mementingkan pengekalan dan pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) khususnya melibatkan hutan paya

bakau.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman)

bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

48. Statistik kemasukan pelabur dan pelancong asing.

(a) Perincikan statistik pelaburan sedia ada dengan kemasukan pelabur baru selepas Mei 2018. Berapakah jumlah kilang/syarikat pelabur

yang menghentikan operasi dan berapakah kerugian akibat penutupannya?

(b) Berapakah statistik terkini kemasukan pelancong asing dan

bandingkan hasil yang diperolehi dari sektor tersebut dalam tempoh dua tahun?

YAB. Ketua Menteri:

48. (a) Berdasarkan kepada data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 statistik

Pelaburan Baharu Asing dan Pelaburan Semula Asing masing-masing berjumlah RM557.2 juta dan RM2,420 juta. Bagi tempoh

sama, Pelaburan Baharu Tempatan dan Pelaburan Semula Tempatan masing-masing berjumlah RM617 juta dan RM202.4 juta. Keseluruhan jumlah pelaburan baharu dan pelaburan semula

bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM3,796.6 juta.

Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 pula, Pelaburan

Baharu Asing dan Pelaburan Semula Asing masing-masing berjumlah RM1,806.1 juta dan RM6,901.8 juta. Bagi tempoh sama, Pelaburan Baharu Tempatan dan Pelaburan Semula Tempatan

masing-masing berjumlah RM179 juta dan RM327.5 juta. Keseluruhan jumlah pelaburan baharu dan pelaburan semula bagi

tempoh tersebut adalah sebanyak RM9,214.4 juta.

Page 59: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

59

Berdasarkan rekod InvestPenang, tiada kilang/syarikat yang menghentikan operasi atau berpindah keluar daripada Pulau Pinang

dari Mei 2018 hingga sekarang. Namun, dalam tahun 2019, terdapat satu kilang/syarikat yang melaksanakan pemberhentian

pekerja secara voluntary separation scheme (VSS) iaitu kilang/syarikat Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn.Bhd. (OSRAM). Pelaksanaan VSS ini melibatkan kurang daripada 50

orang pekerja atau 1% daripada bilangan pekerja OSRAM di Pulau Pinang dan Kulim.

Selain itu, terdapat satu kilang/syarikat iaitu Renesas Semiconductor (Malaysia) Sdn. Bhd. (Renesas) yang membuat penutupan sementara operasi selama tempoh dari 1 April hingga

30 September 2019.

(b) Berdasarkan kepada data Jabatan Imigresen Malaysia, statistik

kemasukan pelancong asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada tahun 2017 adalah seramai 600,537 orang dan pada tahun 2018 pula seramai 570,499 orang.

Manakala jumlah kemasukan pelancong bagi tempoh Januari hingga September 2019 adalah seramai 557,800 orang.

Hasil yang diperolehi daripada sektor pelancongan tidak direkodkan secara khusus. Namun, berdasarkan data Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) Negeri Pulau Pinang, sub-sektor paling hampir yang boleh menjelaskan hasil daripada sektor pelancongan adalah melalui sektor berasaskan perkhidmatan. Berdasarkan sumber

Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan sub-sektor ini kepada KDNK Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017 adalah sebanyak

RM43,430 juta manakala pada tahun 2018 menyumbang sebanyak RM46,115 juta.

Data KDNK Pulau Pinang bagi tahun 2019 masih belum dikeluarkan

oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Lampiran yang mengandungi maklumat terperinci mengenai

statistik pelaburan sedia ada dan pelaburan baharu selepas Mei 2018 dan maklumat terperinci mengenai kilang/syarikat yang melaksanakan VSS dan penutupan sementara operasinya akan

dibekalkan kepada Yang Berhormat setelah selesai sesi soalan lisan pada pagi ini.

RUJ. LAMPIRAN (NHO)

Page 60: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

60

AHLI KAWASAN SERI DELIMA (YB. SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

49. Sebagai hab pelancongan makanan, penjaja-penjaja makanan merupakan satu aset negeri dan point of interest untuk para pelancong

tetapi terdapat isu-isu kebersihan yang perlu ditangani.

(a) Apakah matlamat atau Visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk merejuvenasikan penjaja-penjaja di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

49. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang dikenali sebagai hab

pelancongan makanan di dalam dan luar negara. Justeru, penjaja-penjaja makanan merupakan satu aset negeri dan point of interest untuk para pelancong ke negeri ini. Sebagai makluman Yang Berhormat, bagi

memastikan kebersihan di kawasan penjaja menjalankan perniagaan dipertingkatkan, Kerajaan Negeri telah menetapkan 50% pasar awam dan

kompleks makanan milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mencapai standard kebersihan Gred A pada Mac 2020 manakala standard kebersihan bagi premis makanan

berlesen pula, sasaran sebanyak 70% mendapat Gred A dan 30% Gred B telah ditetapkan untuk dicapai pada hujung tahun 2020.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan matlamat

untuk merejuvenasikan penjaja-penjaja di Pulau Pinang dengan memperkenalkan Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR).

Skim ini merupakan satu projek yang dirancang di bawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan

sistem penyaluran modal yang mudah dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil di Pulau Pinang. Matlamat Kerajaan Negeri melalui SPH seperti berikut:

(i) Menawarkan modal tambahan kepada penjaja dan peniaga kecil;

(ii) Mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat melalui

pinjaman perniagaan;

(iii) Mewujudkan rangkaian usahawan yang operasional;

(iv) Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga

kecil, di mana setiap dari bayaran mingguan akan diambil sebanyak 0.25% untuk disimpan oleh SPH dan akan dikembalikan apabila

peminjam sudah tamat pembayaran; dan

(v) Memperkukuhkan keupayaan pengurusan peniaga kecil.

Page 61: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

61

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

50. Bilakah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit 4 dan 5 SPT akan disempurnakan?

(a) Adakah projek-projek tersebut akan menyelesaikan banjir kilat, khususnya di Kampung Kebun Nenas, Kampung Dock, Kampung Tersusun, Taman Sentul Jaya, Kampung Tok

Keramat, Kampung Tok Kangar, Taman Mangga, Kampung Jawa dan Kampung Kebun Sireh?

YAB. Ketua Menteri:

50. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit 4 dan Parit 5 kini sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Mac 2020.

(a) Projek-projek ini setelah disiapkan sepenuhnya, banjir kilat di kawasan Kampung Kebun Nenas, Kampung Dock, Kampung

Tersusun, Taman Sentul Jaya, Kampung Tok Keramat, Kampung Tok Kangar, Taman Mangga, Kampung Jawa, dan Kampung Kebun Sireh dapat dikurangkan magnitudnya.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

51. Berapakah jumlah gerai atau premis yang telah dibina sepanjang lima tahun kebelakangan ini bagi membantu penjaja dan peniaga kecil?

(a) Sila nyatakan juga berapakah jumlah gerai peniaga yang telah diroboh atau dirampas melalui tindakan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah?

YAB. Ketua Menteri:

51. Jumlah gerai yang telah dibina dari tahun 2015 hingga tahun 2019 bagi

membantu penjaja dan peniaga kecil di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 298 buah manakala di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pula adalah sebanyak 299 buah.

Perincian mengenai gerai-gerai yang telah dibina oleh MBPP dan MBSP adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan Lampiran B yang

akan dikemukakan kepada Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

(a) Jumlah gerai peniaga yang telah diroboh atau dirampas melalui

tindakan penguatkuasaan oleh MBPP adalah sebanyak 1,800 buah manakala MBSP pula adalah sebanyak 528 buah. Perincian

maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh MBPP dan MBSP adalah masing-masing di Lampiran C dan Lampiran D. Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan

oleh Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah melibatkan sebanyak 69 buah seperti di Lampiran E. Kesemua lampiran C, D dan E akan

dikemukakan kepada Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan.

RUJ. LAMPIRAN A, B, C DAN E (AMA)

Page 62: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

62

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

52. Memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memohon RM10 bilion daripada Kerajaan Pusat untuk membiayai sebahagian kos Pelan

Induk Pengangkutan (PSP), adakah penambakan laut di perairan selatan (PSR) masih akan diteruskan?

YAB. Ketua Menteri:

52. Projek Penang South Reclamation (PSR) merupakan projek Kerajaan Negeri yang dilihat sebagai projek Transformasi Ekonomi Pulau Pinang

bagi 50 tahun yang akan datang untuk mewujudkan hab perkhidmatan dan pembuatan antarabangsa yang mantap. Berkeluasan 4,500 ekar tanah baharu setelah disiapkan, Kerajaan Negeri dapat menyediakan

rumah mampu milik berkualiti di lokasi strategik yang dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan seperti LRT, trem dan lebuh raya.

Pelan induk komprehensif ini boleh menarik minat pelabur asing dan terus meningkatkan kedinamikan Pulau Pinang.

Projek PSR ini juga akan mengalihkan fokus pembangunan dari Kawasan

Utara dan Timur Laut kepada bahagian Selatan Pulau yang masih kurang dibangunkan. Ini dapat meningkatkan taraf hidup komuniti

tempatan, termasuk nelayan dan generasi muda akan datang.

Melalui projek ini juga, nelayan dan keluarga mereka akan berpeluang

untuk melangkaui ke arah pembangunan moden yang dapat membantu mereka menaik taraf kehidupan dan pendapatan serta peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Bagi peruntukan RM10 bilion yang dimohon oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos pembinaan projek

Light Rail Transit (LRT) Fasa 1, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk

mengeluarkan bon dengan jaminan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga akan memohon peruntukan di

bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi projek tersebut.

Projek penambakan PSR akan tetap diteruskan demi menjamin perkembangan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang di

masa hadapan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB.

Ketua Menteri:

53. Apakah status penubuhan Pengurusan Perbadanan Stadium dan kawasan lapang Pulau Pinang?

(a) Sila nyatakan kuasa yang diberikan kepada Perbadanan di bawah Enakmen Perbadanan Stadium dan kawasan lapang.

Page 63: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

63

(b) Bagaimana pula dengan Lembaga Pengarah Stadium dan kawasan lapang? Sila senaraikan keanggotaannya.

YAB. Ketua Menteri:

53. Enakmen Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau

Pinang 2017 telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ketiga Belas (13) pada 25 Mei 2017 dan diwartakan pada 28 September 2017. Enakmen ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada

Kerajaan Negeri untuk memperbadankan stadium dan taman rekreasi di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif yang akan mula bertugas mulai 2 Januari 2020 bagi menganggotai Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang. Ketua Pegawai Eksekutif ini akan

bertanggungjawab untuk pelantikan pegawai-pegawai lain bagi membolehkan perbadanan ini beroperasi.

(a) Kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen adalah seperti berikut:

(i) Melaksanakan dasar dan program bagi menjamin daya maju

stadium dan kawasan lapang;

(ii) Menggalakkan dan mempromosi penggunaan stadium dan

kawasan lapang oleh mana-mana orang, sama ada tempatan atau asing, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan

patut oleh Perbadanan;

(iii) Memajukan dan menambah baik stadium;

(iv) Menyediakan dan melengkapkan stadium dengan loji,

jentera, kelengkapan dan perkakasan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan;

(v) Mempromosikan stadium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan, komersial dan

hiburan dan apa-apa acara lain yang difikirkan patut oleh Perbadanan;

(vi) Membangun dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bersifat komersial yang melengkapi stadium, termasuklah kemudahan penginapan;

(vii) Menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan stadium,

sukan dan rekreasi;

(viii) Memajukan sistem dan proses yang akan menjadikan stadium mudah, mampu dan menarik kepada orang awam;

dan

Page 64: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

64

(ix) Menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan

fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

(b) Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang telah jelas dinyatakan di dalam Enakmen. Walaupun Kerajaan Negeri masih di peringkat pertimbangan bagi nama-nama

mereka yang tidak dinyatakan dalam Enakmen berdasarkan Enakmen Perbadanan Ahli Lembaga Perbadanan adalah seperti

berikut:

(i) Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi.

(ii) Dua (2) orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pihak

Berkuasa Negeri di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

• YB. Timbalan Ketua Menteri I

• YB. Timbalan Ketua Menteri II

(iii) Dua (2) orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik

oleh Pihak Berkuasa Negeri.

• Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia & Sukan

• Pengerusi Jawatankuasa MMK Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Negeri

(iv) YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(v) YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang

(vi) YB. Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang

(vii) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(viii) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai

(ix) Tiga (3) orang wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh menteri

• Wakil Kementerian Belia dan Sukan;

• Wakil Kementerian Kewangan; dan • Wakil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia.

(x) Sembilan (9) orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri

• Wakil Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang;

Page 65: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

65

• Wakil Persatuan Hoki Negeri Pulau Pinang;

• Wakil Persatuan Bola Keranjang Negeri Pulau Pinang;

• Wakil Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang;

• Wakil Persatuan Ping Pong Negeri Pulau Pinang; dan

• Empat (4) orang individu lain yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada

YAB. Ketua Menteri:

54. Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk

mengatasi isu pengiktirafan bagi sesuatu konsert atau sukan?

(a) Masalah penyalahgunaan logo Negeri Pulau Pinang sering berlaku. Ada penganjur konsert/sukan mencetak logo Negeri Pulau Pinang

untuk bahan promosi tanpa permohonan pengiktirafan. Apabila sesuatu berlaku, ia akan menjejaskan reputasi negeri kita.

YAB. Ketua Menteri:

54. Penggunaan Jata Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Justifikasi perundangan yang

diguna pakai ialah State of Penang Emblems and Names (Prevention of Improper Use) Enactment [Penang No. 8 of 1961], iaitu suatu Enakmen

yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Berdasarkan perkara di atas, tindakan dari segi perundangan boleh diambil ke atas mana-mana pihak sekiranya didapati menggunakan Jata Negeri Pulau Pinang tanpa kebenaran atau kelulusan.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih mengambil pendekatan secara

berhemah dengan memberi nasihat kepada pihak yang memohon pandangan atau bercadang menggunakan Jata Negeri Pulau Pinang agar

mengemukakan permohonan secara bertulis kepada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri bagi diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum program/ majlis dilaksanakan.

Sekiranya terdapat sebarang cadangan bagi tujuan penguatkuasaan di

masa hadapan, perkara ini perlu diperhalusi dan dilaksanakan berlandaskan peraturan-peraturan atau undang-undang berkaitan dan Enakmen sedia ada.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB.

Ketua Menteri:

55. Bencana alam yang disebabkan oleh kenaikan paras air laut akan menjadi

peristiwa tahunan.

(a) Terangkan implikasi projek tambakan laut terhadap kenaikan paras air laut di Pulau Pinang.

Page 66: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

66

(b) Apakah alternatif sumber Kerajaan Negeri selain daripada tambakan laut?

(c) Terangkan inisiatif kerajaan dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai bandaraya low-carbon.

YAB. Ketua Menteri:

55. (a) Kenaikan paras air laut secara umumnya berpunca daripada perubahan iklim (climate change) dan kesan pemanasan

global (global warming). Implikasi kenaikan paras laut akibat daripada penambakan di Pulau Pinang adalah sangat minimum

berbanding faktor lain yang berbentuk global seperti perubahan iklim dan pemanasan global. Pada masa yang sama, kerja-kerja penambakan laut juga merupakan satu proses mitigasi dalam

menghadapi kenaikan paras air laut khususnya bagi negeri atau negara berpulau (island state). erajaan Negeri sentiasa komited

dalam memastikan supaya projek-projek tambakan laut tidak membawa kesan negatif terhadap alam sekitar termasuk menjadi penyebab kenaikan paras air laut. Justeru itu, setiap projek

tambakan laut yang dilaksanakan di Pulau Pinang adalah tertakluk kepada kelulusan laporan Enviromenal Impact Assessment (EIA) di

bawah Akta ualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].

(b) Sumber utama pendapatan Kerajaan Negeri adalah daripada tiga

(3) sumber utama iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil Cukai adalah terdiri daripada cukai tanah, cukai parit, cukai taliair dan cukai hiburan. Manakala Hasil

Bukan Cukai adalah terdiri daripada Bayaran Lesen, Bayaran Pendaftaran dan Permit, Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan

Perolehan dari jualan barang-barang, sewaan, keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan serta denda dan hukuman. Bagi Terimaan Bukan Hasil pula, selain daripada peruntukan

daripada Kerajaan Persekutuan, terdapat punca pendapatan lain, iaitu pulangan balik perbelanjaan dan terimaan dari agensi

kerajaan. Sumber pendapatan Kerajaan Negeri bagi tambakan laut setakat ini hanya berdasar anggaran kerana kerja-kerja tambakan belum dimulakan.

(c) Inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya low carbon adalah:

(i) Memperkenalkan Dasar Perancangan Utama (DPU) 5.4 bagi Mengawal Pencemaran Alam Sekitar Melalui Teknologi Hijau dan Amalan Low Carbon City Framework (LCCF) dalam

penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030;

(ii) Melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca bermula 1

Jun 2016 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga keseimbangan ekosistem dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal di negeri

Page 67: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

67

Pulau Pinang kepada 43% pada tahun 2018 berbanding 18% pada tahun 2008;

(iii) Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dengan mengekalkan kawasan hutan sedia ada di negeri Pulau

Pinang sebagai penyerap karbon termasuk hutan darat dan hutan paya laut seluas 5,100.93 hektar sebagai hutan simpanan kekal;

(iv) Melaksanakan program penanaman sebanyak 275,000 pokok di seluruh negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga

Disember 2018 sebagai langkah pengurangan karbon. Jumlah ini termasuk 137,193 pokok bakau yang telah ditanam sejak tahun 2008 bagi menjaga kestabilan

ekosistem kawasan persisiran pantai serta memastikan hutan paya laut terus terpelihara;

(v) Memperkenalkan Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang (Penang Green Office Certification) sebagai inisiatif pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan tenaga;

(vi) Melaksanakan Car-Free Day dan menyediakan laluan trek berbasikal bertujuan untuk memperkasakan aktiviti

berbasikal di samping mengurangkan pelepasan karbon dari kenderaan melalui aktiviti rekreasi dan riadah;

(vii) Menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Global Environment Centre (GEC), United Nation Environment Programme (UNEP) dan Climate and Clean Air

Coalition bagi melaksanakan projek perintis melibatkan Short Lived Climate Pollutant (SLCP) yang

merupakan salah satu penyumbang pelepasan karbon;

(viii) Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) dan Bridge Express Shuttle

Transit (BEST) bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menggalakkan penggunaan perkhidmatan

pengangkutan awam dan sekali gus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian di jalan raya;

(ix) Memulakan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) oleh

Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar rendah karbon; dan

(x) Merancang membina jajaran Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang serta

mengurangkan carbon footprint di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri komited dan akan terus melaksanakan lebih banyak

usaha-usaha ke arah memastikan matlamat Penang2030 - “A Family Focused, Green and Smart State That Inspires The Nation” tercapai.

Page 68: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

68

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

56. Lebih 72% penduduk Penanti tinggal di kampung diservis PDTSPT. Walaupun pendapatan PDTSPT RM140,000,000.00 - RM175,000,000.00

setahun tetapi peruntukan potong pokok RM50,000.00 pada tahun 2019.

(a) Apakah Akta/Polisi Bertulis MBSP untuk mengeluarkan kampung termasuk padang awam dari servis pembersihan am dan potong

rumput?

(b) Apakah penyelesaian PBT lain?

YAB. Ketua Menteri:

56. Untuk makluman Yang Berhormat, kutipan hasil Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) pada tahun 2018 adalah

sebanyak RM 63,343,732.67 manakala sehingga bulan September 2019 kutipan hasil yang diperolehi oleh PDTSPT adalah berjumlah

RM49,003,484.05. Setakat bulan September 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM80,000.00 kepada PDTSPT untuk pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan tanah kerajaan terbiar, pokok

merbahaya dan projek kecemasan di daerah. Peruntukkan tersebut disalurkan berdasarkan kepada keperluan dan permohonan PDTSPT.

Penyaluran peruntukan ini adalah tertakluk kepada keperluan sebenar PDTSPT selaras dengan amalan pengurusan kewangan secara berhemah,

optimal value for money, tidak membazir dan berlandaskan prinsip Cekap Akauntabiliti Telus (CAT). Sekiranya terdapat tambahan keperluan tersebut, PDTSPT boleh mengemukakan permohonan peruntukan

tersebut dari Kerajaan Negeri dengan justifikasi yang kukuh.

(a) Setakat ini tidak ada sebarang Akta atau polisi bertulis untuk

mengeluarkan kampung termasuk padang awam daripada perkhidmatan pembersihan am dan potong rumput.

(b) Semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain yang

berjiran dengan Majlis Bandaraya seberang Perai (MBSP) mendapati PBT seperti Majlis Daerah Kerian, Majlis Perbandaran

Taiping, Majlis Perbandaran Kulim dan Majlis Perbandaran Sungai Petani tidak menyediakan perkhidmatan pembersihan am (pemotongan rumput dan cuci parit) dalam kawasan kampung

sebagaimana yang disediakan oleh MBSP.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada

YAB. Ketua Menteri:

57. MBSP telah mengenal pasti kawasan dari Jalan Heng Choon Thien ke Jalan Jeti Lama, Jalan Bagan Luar ke Jalan Dato Ahmad Said sebagai Zon Seni

dan Budaya Seberang Perai.

(a) Apakah komitmen Kerajaan Negeri dalam membangunkan Zon

Seni dan Budaya tersebut?

Page 69: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

69

(b) Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan geran tahunan untuk pembangunan Zon Seni dan Budaya tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

57. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) komited untuk membangunkan kawasan dari Jalan Heng Choon

Thien ke Jalan Jeti Lama dan Jalan Bagan Luar ke Jalan Dato Ahmad Said dan sedang mempertimbangkan cadangan penjenamaan

kawasan tersebut sebagai Zon Seni dan Budaya. Bagi meningkatkan nilai seni dan budaya, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan beberapa program di kawasan tersebut

seperti Butterworth Fringe Festival 2018 di Jalan Jeti Lama dan Penang Arts Week 2019 di Padang Dataran Pemuda Merdeka.

Program-program yang dianjurkan telah mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan di Pulau Pinang dan telah menarik ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

(b) Kerajaan Negeri akan melalui MBSP dan agensi-agensi lain

merancang dan mengawal pembangunan kawasan bagi meningkatkan seni dan budaya Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan

Negeri juga akan meneruskan penganjuran program kesenian dan kebudayaan, antaranya adalah Butterworth Fringe Festival 2019 yang akan diadakan dari 7 hingga 8 Disember 2019.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

58. Adakah kerajaan telah mengenal pasti punca kejadian-kejadian kematian

ikan ternakan dalam sangkar dan tindakan penyelesaian?

(a) Apakah status tindakan penyelesaian kelicikan air dari tapak

pelupusan sampah Pulau Burung?

(b) Apakah status loji kumbahan najis khinzir yang berpusat di Perkampungan Valdor?

(c) Bagaimanakah kerajaan menangani pencemaran sungai oleh najis ternakan pada ketika ini?

YAB. Ketua Menteri:

58. Sebagai makluman Yang Berhormat, kes kematian ikan dan ternakan dalam sangkar yang berlaku di beberapa kawasan di Negeri Pulau Pinang

khususnya di perairan Teluk Bahang dan Sungai Udang, Nibong Tebal dikenalpasti berpunca daripada faktor-faktor berikut:-

(i) Pengaliran sisa ammonia dari darat ke laut yang menyebabkan kepekatan ammonia terlarut meningkat. Ia sekaligus mengalakan phytoplankton tumbuh dengan cepat dan mengakibatkan

persaingan antara ikan yang diternak

Page 70: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

70

dengan phytoplankton untuk udara dalam air terutamanya pada waktu malam;

(ii) Kawasan ternakan sangkar telah mencapai tahap melebihi kapasiti dari tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan kerana

terdapat sesetengah pengusaha menambah bilangan sangkar tanpa kebenaran yang menyumbang kepada kepadatan kawasan berkenaan;

(iii) Amalan akuakultur yang tidak mematuhi piawaian oleh penternak melalui pengendalian yang tidak bersih dan sistematik

mengakibatkan tiada kawalan pencegahan penyakit yang membawa kepada kematian ikan; dan

(iv) Mendakan hasil buangan makanan ikan yang telah lama

terkumpul di dasar sangkar juga menyumbang kepada kematian ikan. Apabila arus dalam air terutamanya apabila berlaku ribut

atau tempias taufan (lekima) melanda laut di sekitar Pulau Pinang, mendakan makanan tersebut akan naik dan seterusnya menyebabkan kandungan ammonia dalam air meningkat dan

menyebabkan kematian ikan.

Menyedari akan faktor-faktor tersebut, tindakan penyelesaian oleh

Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu kematian ikan dalam sangkar adalah seperti berikut:

(i) Cadangan untuk menempatkan kawasan ternakan ikan dalam sangkar di lokasi yang sesuai dan strategik;

(ii) Pelaksanaan program pemutihan secara berperingkat melibatkan

pengusaha-pengusaha sangkar tidak berlesen;

(iii) Memastikan peternak ikan dalam sangkar mengamalkan Good

Aquaculture Practice (GaqP);

(iv) Melakukan pemantauan kualiti air secara berkala melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan dan Pusat Kajian

Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia; dan

(v) Cadangan untuk pelaksanaan kajian bagi mewujudkan data

asas (baseline data) kualiti air di perairan Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Kajian Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia.

(a) Berhubung status tindakan penyelesaian kelicikan air dari tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Kerajaan Negeri melalui Majlis

Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-

(i) Membina Leachate Treatment Plant (LTP) berkapasiti 200

meter padu bagi memproses leachate yang terhasil dari operasi tapak Fasa 3 dan tapak sedia ada di Fasa 1 dan 2;

Page 71: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

71

(ii) Melakukan leachate recirculation di kolam takungan air leachate dan parit perimeter dengan mengepam semula

air leachate ke atas tapak bagi mengawal paras air leachate;

(iii) Melakukan leachate recirculation di kolam takungan

air leachate dan perimeter bund dengan mengepam semula air leachate ke atas tapak pelupusan bagi mengawal paras air leachate;

(iv) Membuat pengukuhan perimeter bund dengan menanam cerucuk bakau bagi mengelakkan ianya pecah dan

berlakunya limpahan leachate;

(v) Memantau kualiti air di kawasan tali air, sungai dan laut melalui laporan kualiti air yang dihantar kepada Jabatan

Alam Sekitar setiap bulan; dan

(vi) Melakukan pemantauan harian 24 jam sehari dengan

menempatkan kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai bagi pengawasan keadaan di tapak.

(b) Sebagai makluman Yang Berhormat, loji kumbahan najis khinzir

berpusat yang dimaksudkan Yang Berhormat adalah merujuk kepada cadangan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Elektrik

Berasaskan Biogas Sisa Ternakan di Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang.

Kawasan SPS, Pulau Pinang mempunyai potensi ekonomi untuk dibangunkan sebagai nod pertumbuhan (growth node) ekonomi baharu yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kemajuan pesat

yang sedang dialami di Pulau Pinang. Bagi mencapai matlamat tersebut, isu pencemaran bau dari ladang ternakan khinzir di

kawasan Kampung Valdor, SPS perlu diatasi dengan kaedah penyelesaian yang terbaik dengan mengambil kira keseimbangan antara kepentingan sumber pendapatan penternak, kelangsungan

bekalan makanan (food security) dan kesan kepada alam sekitar.

Pada masa ini, operasi ternakan khinzir di Kampung Valdor

mempunyai populasi mencecah hampir 90,000 ekor yang diusahakan secara individu mahupun berkelompok oleh penternak yang menetap di kampung tersebut. Majoriti penternak di kawasan

ini tidak mempunyai sistem amalan ternakan yang teratur dalam mengurus pembuangan sisa kumbahan yang dihasilkan. Sisa

kumbahan ternakan disalurkan tanpa kawalan ke dalam saliran perparitan yang menyebabkan pencemaran air dan bau yang tidak berkesudahan di kawasan SPS.

Bagi mengatasi masalah ini, Syarikat Timeless Green Sdn. Bhd. yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan inovatif

teknologi tenaga diperbaharui telah menunjukkan minat untuk membangunkan sebuah stesen janakuasa 1 Megawatt elektrik berasaskan biogas sisa ternakan di Kampung Valdor, SPS. Projek

ini dilihat berdaya saing memandangkan terdapat sisa kumbahan

Page 72: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

72

yang dihasilkan daripada ternakan khinzir di Kampung Valdor, SPS yang boleh digunakan bagi penjanaan tenaga elektrik. Pelaksanaan

cadangan projek oleh syarikat tersebut diyakini mampu untuk menyelesaikan isu pencemaran bau dan air yang telah sekian lama

dihadapi di Daerah SPS.

Berdasarkan perancangan asal, projek dijadualkan beroperasi pada April 2019. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek terpaksa

melalui proses penjadualan semula atas keperluan pematuhan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar

dalam proses penyediaan laporan Environmental Impact Assessment (EIA). Pihak perunding EIA projek sedang dalam tindakan akhir bagi penyiapan dan penyerahan laporan akhir

EIA kepada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya pada Disember 2019.

(c) Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius terhadap isu

pembuangan sisa-sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Task

Force bagi mengatasi isu-isu pencemaran laut, sungai dan pantai. Peranan Task Force tersebut adalah untuk menangani isu-isu

pencemaran di punca (pollution at source) yang menyebabkan pencemaran laut, sungai dan pantai. Task Force ini diurusetiakan

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan dianggotai oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat-pejabat Tanah Dan Daerah, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis

Bandaraya Seberang Perai, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian Negeri, Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara dan Indah Water Konsortium.

Bagi penyelesaian jangka pendek, khususnya bagi isu pelepasan sisa ternakan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan

Saliran Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama ahli-ahli Task Force telah mengambil pendekatan-pendekatan berikut:

(i) Pemantauan secara berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap ladang ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan kompaun, pembatalan

lesen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;

(ii) Penyiasatan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengenai punca buangan sisa ladang ke dalam sungai serta mengarahkan penternak untuk menghentikan

buangan sisa secara terus (direct discharge) ke dalam sungai;

(iii) Mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sistem kumbahan ladang sedia ada dan dirawat dengan Effective Microbes (EM) yang dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan

Veterinar Pulau Pinang bagi menangani isu pencemaran bau di ladang yang dikenal pasti oleh pihak jabatan;

Page 73: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

73

(iv) Menetapkan supaya bacaan Biological Oxygen Demand (BOD) tidak melebihi 50 ppm bagi pelepasan sisa

ladang. Ladang yang merekodkan bacaan BOD melebihi 50 ppm akan digantung permit pemindahan ternakan; dan

(v) Pemantauan kualiti air sungai secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan

parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan.

Sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembuangan sisa-sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi

Negeri Pulau Pinang pada 24 November 2016. Enakmen ini mewajibkan penternak untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada Modern Pig

Farming (MPF) yang mempunyai empat (4) kriteria utama iaitu ladang tertutup, zon penampan dengan jarak 200 meter, zero discharge dan Good Animal Husbandary Practise (GAHP). Enakmen

Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018. Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sedang

dalam peringkat akhir menyiapkan peraturan di bawah Enakmen Penternakan Babi berserta Peraturan-peraturan Pelesenan Penternakan

Babi 2019 untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

59. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap keberkesanan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa seperti MPKK, Rukun Tetangga, Komuniti

Harapan Malaysia dan PPS kepada individu dan masyarakat?

YAB. Ketua Menteri:

59. Kerajaan Negeri berpandangan penubuhan NGO seperti Majlis Pengurusan

Komuniti Kampung (MPKK), Rukun Tetangga (RT), Komuniti Harapan Malaysia (KHM) dan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) memberi banyak

faedah dan sangat berkesan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

MPKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi.

Penubuhan MPKK sangat berkesan untuk membantu bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan menyelaras

pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi di samping menyampaikan dasar-dasar serta bantuan Kerajaan kepada penduduk.

Manakala Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di

Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Peranan utama Rukun

Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya

dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya

Page 74: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

74

juga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.

KHM adalah penjenamaan semula daripada Komuniti 1Malaysia. Ia

ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendapat maklum balas daripada masyarakat

terhadap rancangan-rancangan radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Objektif utama ia ditubuhkan ialah menjadi Rakan Strategik jabatan di peringkat akar umbi, memperkasakan

jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan dasar-dasar kerajaan.

PPS pula ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam kesusahan dan kecemasan seperti ketika banjir, kebakaran dan kemalangan jalan raya.

Pelaksanaannya adalah selaras dengan usaha kepolisan masyarakat (community policing) yang digalakkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

untuk menyokong pihak polis mengurangkan jenayah.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

60. Pusat Jagaan Warga Tua.

(a) Senaraikan jumlah pusat-pusat yang berlesen/tidak berlesen.

(b) Apakah garis panduan/SOP pengoperasian ditetapkan oleh

Kerajaan Negeri/Persekutuan? Nyatakan.

(c) Adakah latihan kursus tertentu berkenaan ilmu dan teknik menjaga warga tua diwajibkan oleh pengusaha?

YAB. Ketua Menteri:

60. (a) Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 20 buah pusat jagaan warga emas yang berlesen dan sebanyak 46 buah

pusat jagaan warga emas yang tidak berlesen di Pulau Pinang. Perincian senarai pusat jagaan adalah seperti di Lampiran A yang

akan diberikan kepada Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ini selesai.

(b) Garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian pusat jagaan warga emas adalah melalui Akta

Pusat Jagaan 1993. Setiap pusat jagaan yang ditubuhkan hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

sebagaimana peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506). Akta ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pusat

jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penghuni

diutamakan. Selain akta tersebut, JKM juga turut mengguna pakai Garis Panduan Penubuhan Pusat Jagaan serta Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.

Page 75: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

75

Terdapat dua jenis pusat jagaan iaitu Pusat Jagaan Berkediaman dan Pusat Jagaan Harian. Pusat Jagaan Berkediaman ditafsirkan

sebagai mana-mana premis di mana empat (4) orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni

di dalamnya. Pusat Jagaan Harian ditafsirkan sebagai premis di mana empat (4) orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan bagi satu tempoh yang lebih tiga (3) jam sehari di antara

terbit matahari hingga matahari terbenam dan beroperasi selama sekurang-kurangnya (3) hari seminggu.

Syarat-syarat bagi penubuhan pusat jagaan warga emas adalah

berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS), memenuhi standard minimum JKM

serta mendapat sokongan atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Standard minimum yang ditetapkan oleh JKM bagi

pengoperasian pusat jagaan warga emas adalah seperti berikut:

(i) Nisbah satu (1) orang penjaga dengan lapan (8) orang warga emas dan nisbah satu (1) orang penjaga dengan empat (4)

orang warga emas yang berpenyakit atau terlantar;

(ii) Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;

(iii) Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu 3.0 meter per segi bagi warga emas;

(iv) Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;

(v) Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi

keperluan penghuni;

(vi) Menyedia dan menyelenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan

(vii) Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis pusat jagaan. Prosedur permohonan pendaftaran

pusat jagaan adalah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran dan borang

permohonan adalah percuma. Permohonan pendaftaran pusat jagaan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 21 hari bekerja. Setelah Sijil Perakuan Pendaftaran pusat

jagaan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri berkenaan, bayaran pendaftaran akan dikenakan

sebanyak RM50.00.

(c) Berdasarkan Garis Panduan Penubuhan Pusat Jagaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, seseorang pengendali dan kakitangan yang dilantik di sesebuah pusat jagaan

hendaklah terlatih atau mempunyai pengalaman dalam penjagaan penghuni yang diterima. Pengendali dan penjaga wajib menghadiri

Page 76: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

76

kursus yang diiktiraf oleh JKM yang dikendalikan oleh pengendali kursus yang bertauliah misalnya kursus caregivers dan kursus

pengendali pusat jagaan. Antara agensi yang bekerjasama bersama JKM dalam pengendalian kursus bagi para pengendali

pusat jagaan adalah seperti Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

RUJ. LAMPIRAN A (LSK)

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

61. Minta Kerajaan Negeri jelaskan, apakah perancangan evolusi pertanian di

Pulau Pinang bagi membina usahawan/pemain muda dalam sektor pertanian?

(a) Apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi memodenkan tanaman berasaskan cash crops di Pulau Pinang?

(b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan fokus kepada sistem tanaman fertigasi?

YAB. Ketua Menteri:

61. (a) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mentransformasikan sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik, moden dan berdaya

saing serta meningkatkan penglibatan usahawan/pemain muda dalam sektor ini. Bagi maksud ini, Kerajaan Negeri melalui jabatan/agensi memberikan bantuan dalam bentuk peruntukan dan

latihan seperti berikut:

(i) Program Pembangunan Khidmat Pengembangan oleh Jabatan Pertanian melalui latihan teknikal dan keusahawan

kepada pelbagai peringkat petani dan usahawan termasuk golongan belia di mana mereka berpeluang menerima latihan dan bimbingan di peringkat permulaan projek;

(ii) Pembiayaan dalam bentuk mikro kredit tanpa faedah

sehingga RM5,000 di bawah Tabung Usahawan Tani (TUT);

(iii) Program Agropreneur Muda untuk mendapat bantuan in-kind contribution (IKC) dalam bentuk peralatan dengan nilai maksimum RM20,000.00;

(iv) Bantuan pakej pembiayaan daripada pihak Agrobank atau

TEKUN Nasional;

(v) Programlatihan dan khidmat nasihat daripada jabatan / agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA);

Page 77: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

77

(vi) Pembangunan Modal Insan secara in-situ di Institut Pertanian Bumbung Lima;

(vii) Program Sekolah Ladang Petani [Farmers Field Schools –

(FFS)] serta menyediakan tapak demonstrasi/pemerhatian ladang yang berasas teknologi terkini untuk dijadikan

rujukan dan model kepada para petani di pusat-pusat pertanian; dan

(viii) Pembangunan fasiliti dan kemudahan latihan usahawan industri asas tani seperti Makmal Industri Asas Tani di Pusat

Latihan Cherok Tok Kun bagi tujuan pembangunan produk dan usahawan agar mampu menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi dan mencapai tahap kualiti yang disyorkan

dalam pensijilan Halal, MeSTI dan HACPP.

Selain itu, antara usaha lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ke arah evolusi pertanian adalah:

(i) Menyediakan tapak bagi Projek Berimpak Tinggi (HIP) seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) atau

Ara Kuda (80 hektar) dan Mayfield (65 hektar);

(ii) Membangunkan Taman Pertanian atau Agropark seperti Batu Kawan Agropark (114 hektar) dan Permatang Pauh

Agropark (22 ekar);

(iii) Menyediakan Zon Pemprosesan Makanan (ZPM) seperti ZPM Genting, ZPM Telok Air Tawar dan ZPM Relau; dan

(iv) Membangunkan pusat Pengeluaran Benih Sayur-sayuran Tropika Ara Kuda.

Kerajaan Negeri juga mengadakan kerjasama dengan

pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) bagi mengenal pasti ruang dan peluang untuk pihak swasta agar dapat melabur dalam industri pertanian khasnya sub-sektor tanaman

makanan di kawasan tersebut.

Usahawan-usahawan dan pemain muda yang berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian adalah digalakkan untuk menyertai program-program yang telah dan akan dibangunkan

oleh Kerajaan Negeri tersebut.

(b) Bagi tujuan pemodenan teknologi penanaman khasnya untuk tanaman kontan (cash crop), Kerajaan Negeri melalui Jabatan

Pertanian telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM320,000.00 di bawah Projek Pembangunan Tanaman Sayur-Sayuran dan RM150,000.00 bagi Pembangunan Lain-lain Ekonomi dalam bentuk

input pertanian seperti baja dan peralatan ladang pada tahun 2019. Impak jangka masa pendek di bawah kedua-dua projek ini adalah

untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan para petani yang terlibat.

Manakala, bagi perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri akan meningkatkan bilangan kawasan yang berkonsepkan pengurusan

berpusat seperti di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara

Page 78: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

78

Kuda dan Mayfield supaya produktiviti pengeluaran dapat ditingkatkan dengan pengamalan Amalan Pertanian Baik (APB) di

ladang. Pengurusan berpusat membolehkan sesebuah ladang diuruskan dengan lebih sistematik, dengan kemudahan automasi

dan teknologi tinggi dan infrastruktur ladang yang baik serta kondusif.

(c) Kerajaan Negeri sentiasa memberi galakan agar para petani menggunakan kaedah teknologi fertigasi. Namun begitu, kaedah

konvensional masih diberi tumpuan kerana penggunaan teknologi fertigasi memerlukan kos yang agak tinggi di peringkat permulaan

serta penyelenggaraan sistem. Walau bagaimanapun, untuk tempoh jangka masa panjang, teknologi ini mampu mengatasi pelbagai isu dan masalah termasuk masalah tanah yang terhad,

tanah tidak subur dan masalah perumah penyakit di samping dapat mengurangkan tenaga buruh bagi tujuan kerja-kerja membaja dan

merumput.

Memandangkan pembangunan teknologi fertigasi memerlukan kos

yang tinggi, perancangan yang lebih teliti perlu dibuat. Insentif sedia ada di bawah peruntukan negeri adalah terhad dalam bentuk

bentuk baja, plastik rumah pelindung hujan, media tanaman, dan pam pengairan. Jabatan Pertanian akan membantu mana-mana

petani yang berminat untuk menjalankan projek fertigasi khasnya untuk tanaman sayur-sayuran bagi mendapatkan peruntukan persekutuan di mana kadar bantuan adalah sehingga

RM50,000.00.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mengenal pasti kawasan projek yang bersesuaian untuk membangunkan projek fertigasi bagi tujuan menggalakkan penggunaan teknologi ini.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB.

Ketua Menteri:

62. Projek Perumahan Rakyat (PPR).

(a) Apakah hala tuju Kerajaan Negeri terhadap PPR susulan daripada pengumuman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menangguhkan projek tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

62. Memiliki kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap rakyat.

Justeru Kerajaan Negeri sentiasa memberi penekanan kepada penyediaan rumah mampu milik, bahkan menetapkan sasaran sebanyak 180,000 unit disediakan menjelang 2030. Namun terdapat golongan yang tidak mampu

untuk memiliki rumah sendiri terutama di pulau dan kawasan bandar. Perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk menyediakan unit sewaan

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah melalui cadangan tiga (3) tapak di Jelutong iaitu Lot 10042, Lot 10043 dan sebahagian petak A di Seksyen 1, Bandar Jelutong. YB Puan Hajah Zuraida bt Kamarudin, Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini dan meminta Kerajaan Negeri untuk

Page 79: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

79

memulakan pelan pemindahan setinggan sebelum projek dapat dilaksana. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah memberi fokus kepada

penyediaan rumah mampu milik dengan saiz minima 900 kaki persegi dan mencadangkan agar tapak ini dibangunkan secara request for

proposal bagi tujuan tersebut. Selain tapak ini, Kerajaan Negeri turut mencadangkan empat (4) tapak tambahan seperti berikut:

(i) Tanah Kerajaan bersebelahan Lot 8741, Jalan Mayang Pasir, Mukim 12, Daerah Barat Daya;

(ii) Tanah Kerajaan PT 741, Ujung Batu, Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara;

(iii) Tanah Kerajaan Lot 1061-1065, 1072-1078 dan 1084-1088, Kampung Tongkang, Mukim 14. Seberang Perai Tengah; dan

(iv) Tanah Milik CMI melibatkan Lot 20841, 20842, 20843 Mukim 13,

Batu Kawan,Daerah Seberang Perai Selatan.

Kerajaan Negeri berpandangan penyediaan rumah PPR terutama di

kawasan pulau masih perlu mengambil kira senarai menunggu sehingga Oktober 2019 yang berjumlah 1,051. Kerajaan Negeri akan mengadakan perbicangan lanjut bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan berhubung isu ini. Pecahan senarai menunggu mengikut daerah adalah seperti berikut:

Bil Daerah Bilangan

Menunggu

1 Daerah Timur Laut 769

2 Daerah Barat Daya 7

3 Daerah Seberang Perai Utara 61

4 Daerah Seberang Perai Tengah 204

5 Daerah Seberang Perai Selatan 9

Selain daripada ini Kerajaan Negeri juga akan memberi lebih perhatian kepada penggunaan kaedah rent to own (sewa-beli /RTO) yang dapat menangani isu ini. Namun dicadangkan peruntukan RM10 Billion (RM

3 billion guarantee) dalam Belanjawan 2020 akan menumpu terlebih dahulu kepada Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan RMM 150,000. Ia

juga telah dicadangkan 10% daripada 180,000 perumahan pelbagai mampu milik juga dibekalkan melalui kaedah RTO.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

63. Pelan tindakan Penang2030 merupakan satu perancangan yang baik dan memberi manfaat yang besar kepada penduduk Pulau Pinang.

Page 80: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

80

(a) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan perancangan dan maklumat mengenai Penang2030

disampaikan secara efektif kepada penduduk Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

63. Visi Penang2030 adalah visi Kerajaan Negeri yang perlu dihayati, diserap dan diterjemahkan oleh setiap lapisan institusi pentadbiran Kerajaan Negeri termasuklah jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan. Usaha

ini telah dilakukan melalui pelbagai sesi penerangan Penang2030 dan sesi libat urus (engagement) Penang2030 sepanjang tahun 2019. Antaranya

termasuk sesi yang melibatkan Exco, Ahli Parlimen, ADUN, ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan persekutuan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak berkepentingan (stakeholders), pegawai

kerajaan Gred 29 ke atas, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sebagainya. Sesi-sesi berkenaan telah menjelaskan maklumat dan

hala tuju Visi Penang2030 dengan tujuan supaya pihak-pihak yang terlibat dapat menjadi medium untuk menyampaikan maklumat Penang2030 kepada penduduk Pulau Pinang.

Setiap Inisiatif Strategik juga diketuai oleh seorang Champion Exco dan

seorang Champion Officer untuk memastikan perancangan bagi setiap Inisiatif Strategik dapat dilaksanakan. 16 bengkel untuk setiap Inisiatif

Strategik dalam Visi Penang2030 telah bermula dan dijangka akan berakhir pada Disember 2019. Input bengkel ini akan diterjemah melalui program, projek mahupun polisi yang akan dilaksanakan di dalam jangka

masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, usaha-usaha Kerajaan Negeri akan diteruskan lagi dengan mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai

bidang industri pada masa depan. Kerajaan Negeri juga dalam proses untuk mengguna pakai dashboard yang akan memantau prestasi atau kemajuan program dan projek di bawah visi ini.

Pelbagai aktiviti komuniti juga akan banyak dijalankan di seluruh Pulau

Pinang pada masa depan supaya penduduk Pulau Pinang dapat lebih memahami Visi Penang2030. Pasukan Penang2030 juga giat mengadakan

pameran di acara rasmi kerajaan atau pun swasta untuk menjelaskan Visi Penang2030. Antaranya termasuklah Pesta Pulau Pinang, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, The Indonesia-Malaysia-Thailand Growth

Triangle (IMT-GT) dan sebagainya.

Sehubungan itu, media sosial Ketua Menteri dan Penang2030 juga aktif membawa berita-berita yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri

dalam menjayakan Visi Penang2030. Namun, aktiviti promosi dan penyebaran maklumat Visi Penang2030 akan dijalankan dengan lebih aktif pada tahun hadapan melalui pelbagai medium publisiti seperti media

sosial, media cetak, media elektronik dan sebagainya.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

64. Apakah sebab utama pencemaran sungai dan laut di kawasan SPS?

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengawal dan membanteras pencemaran yang dibuat bagi melindungi

Page 81: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

81

ekosistem laut dan ternakan darat serta sangkar yang berdekatan yang menggunakan punca air laut di kawasan

SPS?

YAB. Ketua Menteri:

64. Sebagai makluman Yang Berhormat, salah satu punca utama yang dikenalpasti menyebabkan pencemaran sungai dan laut di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) adalah disebabkan oleh aktiviti

penternakan khinzir dari kawasan perkampungan Valdor. Selain itu, terdapat juga punca-punca sampingan lain yang turut menyumbang

kepada pencemaran sungai dan laut di SPS yang dipercayai berpunca dari aktiviti perladangan, pelepasan efluen dari kawasan perumahan dan industri berkepadatan tinggi.

Sehubungan itu, selaras dengan matlamat Penang2030 melalui inisiatif

strategik Continue to Improve Public Safety and Cleanliness di bawah tema Increase Liveability to Enhance Quality of Life, Kerajaan Negeri

sememangnya menyasarkan untuk meningkatkan tahap kebersihan termasuk memperbaiki kualiti sungai-sungai yang terdapat di negeri Pulau Pinang amnya dan di SPS khususnya. Tindakan Kerajaan Negeri

dalam mengawal dan membanteras pencemaran sungai dan laut dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan berikut:-

(i) Memperkasakan fungsi Jawatankuasa Task Force Pencemaran

Sungai & Laut di peringkat negeri dengan kerjasama pihak Persekutuan bagi merancang dan menetapkan sasaran serta hala tuju bagi menangani masalah sungai tercemar;

(ii) Pemantauan secara berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di setiap ladang

ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan kompaun, pembatalan lesen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;

(iii) Cadangan pelaksanaan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Elektrik Berasaskan Biogas Sisa Ternakan di Kampung Valdor,

Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang bagi pengalihan (diversion) sisa kumbahan ternakan dari disalurkan terus ke sungai;

(iv) Memastikan permohonan kemajuan berkaitan sungai dan pantai mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pengairan dan Saliran (JPS) seperti berikut:-

• Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

• Erosion dan Sediment Control Plan (ESCP);

• Garis panduan pembangunan berhadapan sungai; dan

• Intergrated Shoreline Management Plan (ISMP).

(v) Mengenakan syarat-syarat pelesenan oleh PBT kepada pengusaha perniagaan supaya mematuhi ketetapan untuk pemasangan

Page 82: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

82

perangkap minyak, menyediakan kolam takungan, loji rawatan air dan melaksanakan persampelan air buangan setiap setengah

tahun bagi tujuan pemantauan;

(vi) Memastikan setiap permohonan pembangunan berkaitan sungai

yang diterima mengikut garis panduan dan undang- undang yang tertakluk di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS);

(vii) Mengenakan had standard yang lebih ketat bagi pelepasan

kumbahan daripada projek-projek yang tertakluk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan yang

menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009;

(viii) Memastikan pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai yang ditetapkan dengan mewajibkan setiap

premis melantik individu yang berwibawa (competent person) yang ditauliah oleh JAS dan telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluen di premis masing-

masing;

(ix) Memantau kualiti air sungai secara berkala oleh JAS bagi

memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan

melebihi piawai yang ditetapkan; dan

(x) Cadangan pelaksanaan kajian bagi mewujudkan data asas (baseline data) kualiti air di perairan Pulau Pinang dengan

kerjasama Pusat Kajian Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia.

Ahli Yang Berhormat,

Sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembuangan

sisa-sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi

Negeri Pulau Pinang pada 24 November 2016. Enakmen ini mewajibkan penternak untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada Modern Pig Farming (MPF) yang mempunyai empat (4) kriteria utama iaitu ladang

tertutup, zon penampan dengan jarak 200 meter, zero discharge dan Good Animal Husbandary Practise (GAHP). Enakmen

Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018. Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau

Pinang sedang dalam peringkat akhir menyiapkan peraturan di bawah Enakmen Penternakan Babi berserta Peraturan-peraturan Pelesenan Penternakan Babi 2019 untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Kerajaan Negeri yakin bahawa isu pencemaran sungai dan laut di SPS akan dapat diatasi secara berperingkat apabila peraturan ini siap dan

dilaksanakan sepenuhnya.

Page 83: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

83

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

65. Kerajaan memeterai sub perjanjian Pakej 2 PTMP yang menelan kos RM851,040,000.

(a) Nyatakan cara pembayaran atau gadai tanah yang dibayar kepada pemaju. Berapa lama tempoh akan dibayar?

(b) Adakah laluan jajaran Pakej 2 itu mengganggu kawasan tersebut

seperti penduduk perlu dipindahkan, peniaga perlu ubah tempat dan lain-lain?

YAB. Ketua Menteri:

65. Pada 11 Oktober 2019, Kerajaan Negeri dan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) telah menandatangani Sub

Agreement pelaksanaan pembinaan Pakej 2, iaitu Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam.

Pakej 2 merupakan salah satu komponen kerja di bawah Projek Jalan-Jalan Utama di Pulau Pinang yang juga terdiri daripada pakej kerja seperti berikut:

(i) Pakej 1 - Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang; dan

(ii) Pakej 3 - Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney

(a) Pembayaran kos pembinaan projek ini yang berjumlah RM851,040,000.00 akan di buat secara payment-in-kind menggunakan sebahagian kawasan tanah yang telah dikenal

pasti di kawasan projek tambakan laut Sri Tanjung Pinang 2 (STP 2) dan Gurney Wharf yang bersamaan dengan keluasan tanah yang

dikira pada kadar RM1300 per kaki persegi. Pembayaran hanya akan dilaksanakan berdasarkan pencapaian kemajuan kerja pembinaan di tapak yang disahkan oleh Pengarah Projek lantikan

Kerajaan Negeri dengan mengguna pakai kaedah interim payment sehingga fasa pembinaan selesai. Projek ini akan

dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan.

(b) Seperti mana-mana projek pembinaan yang dilaksanakan di kawasan yang telah dibangunkan atau kawasan brownfield,

pembinaan projek Pakej 2 ini turut perlu melalui proses pengambilan balik tanah dan berpotensi mengakibatkan gangguan

sementara kepada keadaan sedia ada.

Jajaran projek Pakej 2 ini akan melibatkan tanah milik Kerajaan Persekutuan, tanah Kerajaan Negeri dan tanah milik persendirian.

Dalam hal ini, terdapat struktur di atas tanah-tanah yang terlibat seperti rumah, premis perniagaan, kuil dan struktur-struktur lain.

Pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan projek ini telah

Page 84: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

84

diwartakan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah (APT) 1960 pada 24 Januari 2019. Akan terdapat

penduduk dan perniagaan yang terjejas dan perlu berpindah disebabkan oleh proses pengambilan balik tanah mengikut APT

1960 di mana pihak yang terjejas akan diberikan pampasan berdasarkan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) semasa pewartaan Seksyen 4, APT 1960.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan pihak kontraktor melaksanakan Traffic Management Plan yang telah diluluskan oleh

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepanjang tempoh pembinaan bagi meminimakan gangguan aliran trafik. Pihak kontraktor juga telah disyaratkan untuk melaksanakan langkah mitigasi ke atas

impak alam sekitar sebagaimana Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang

telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

66. Setelah setahun penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), sejauh manakah usaha-usaha dalam memperkasa

wanita dalam bidang ekonomi di Pulau Pinang?

(a) Beza antara peranan JPWK dan Briged Wanita dalam

pembangunan golongan wanita dan keluarga di Negeri Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

66. Sejak penubuhannya pada 1 Januari 2019, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) telah berusaha untuk memperkasa wanita

dalam bidang ekonomi di Pulau Pinang melalui perancangan serta pelaksanaan program-program manakala sehingga 30 September 2019, JPWK telah melaksanakan 248 program dan daripada jumlah tersebut, 47

program adalah berteraskan kepada bidang ekonomi. Program-program yang dilaksanakan memfokuskan kepada kemahiran perniagaan serta

keusahawanan dan pengetahuan komputer. Selain itu, sebanyak 8 program berteraskan ekonomi telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri iaitu:-

(i) Program Eko-Kraf di PPR Ampangan dan Desa Wawasan

• PPR Desa Wawasan: Sejak program ini diperkenalkan pada

08 Mac 2018, seramai 17 peserta telah berjaya dilatih dalam kemahiran kraf tangan. 8 peserta berjaya menjual 1633 unit produk kraf tangan dengan jumlah jualan sebanyak

RM10,473.00 dari September hingga Disember 2018.

• PPR Ampangan: Program ini diadakan pada Disember 2018

dan berjaya melatih 7 peserta dalam kemahiran kraf tangan. 5 peserta berjaya menjual 46 unit produk kraf tangan dengan jualan mencapai RM2,810.00 semenjak April 2019.

Page 85: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

85

(ii) BizBuddy Tea Talk for Entrepreneurship

• Susulan daripada program ini yang telah berlangsung pada

Mac 2019, 2 usahawan telah Berjaya menempatkan produk mereka di Sunshine Wholesale Mart untuk jualan umum iaitu

produk Coconut Water dan Soap Nature Quest.

(iii) Bengkel Pembangunan Kepemimpinan Untuk Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga;

(iv) Bengkel Pemasaran Media-Sosial dan Laman Web

• Program ini berlangsung selama 9 bulan dengan penyertaan

seramai 18 orang peserta merangkumi bengkel dan bimbingan, seramai 14 peserta teleh berjaya membangunkan Facebook Page untuk promosikan produk

masing-masing.

• (v) Bengkel E-Rezeki

• Jumlah peserta adalah seramai 80 orang.

(v) Program MyPerintis –BizRez

(vi) Program BizFrancis

(vii) Program Netpreneur Siri 1 dan Siri 2

(a) Briged Wanita Pulau Pinang (BWPP) merupakan gerakan wanita

Pulau Pinang yang telah dilancarkan untuk bergerak secara sukarela bagi menjalankan tugas seperti berikut:-

(i) Mendaftarkan ibu tunggal dan ibu emas untuk menerima bantuan dan penghargaan daripada Kerajaan Negeri. Penghargaan ibu emas, iaitu suri rumah sepenuh masa di

bawah umur 60 tahun, adalah satu langkah yang julung kali diambil untuk mengiktirafkan sumbangan wanita yang

bekerja dalam rumah secara tidak formal yang berpotensi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran sosio ekonomi Pulau Pinang;

(ii) Mendaftarkan wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk menjalankan pemeriksaan mammogram secara percuma

yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri; dan

(iii) Mendaftarkan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk dipertimbangkan pinjaman mikrokredit

Kerajaan Negeri di bawah Skim Pinjaman Harapan.

Manakala, JPWK pula berperanan untuk merancang dan melaksanakan

program-program berasaskan kepada pembangunan wanita dan keluarga yang memfokus kepada hak-hak wanita, kepimpinan, pemerkasaan

Page 86: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

86

ekonomi, kesihatan mental dan fisiologikal, keibubapaan dan sistem jagaan kanak-kanak dan warga emas.

Peranan JPWK dan Briged Wanita adalah sangat penting untuk mencapai objektif Penang2030 yang menegaskan kepentingan institusi keluarga

dalam pembangunan negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

67. Kerajaan Negeri telah melancarkan satu perancangan terbaik Penang2030 untuk negeri dan penduduk.

(a) Sila jelaskan tema kedua penambahbaikan ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

YAB. Ketua Menteri:

67. Tema kedua Visi Penang2030 adalah “Menaik Taraf Ekonomi Bagi Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah”.

Visi Penang2030 merupakan satu hala tuju Kerajaan Negeri yang holistik

dan menyeluruh, ia merangkumi segala aspek pembangunan negeri dan rakyat Pulau Pinang, tanpa meminggirkan sesiapa atau pun mana-mana bahagian atau kawasan di seluruh negeri. Tema ini akan dicapai melalui

empat Inisiatif Strategik yang mengandungi pelbagai sasaran yang telah ditetapkan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, dengan kerjasama

kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan pihak industri.

Inisiatif Strategik Tema Kedua Penang2030:

B1: Meningkatkan kesediaan industri pembuatan tempatan untuk era

digital dan ekonomi hijau.

B2: Memodenkan dan mempelbagaikan pertanian mampan.

B3: Mewujudkan pelbagai produk pelancongan berkualiti di bahagian Pulau dan Seberang Perai.

B4: Mendorong ekosistem yang memupuk industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan yang khusus.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor)

bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

68. Tambakan laut di Bagan Ajam oleh Rayston Sdn. Bhd.

(a) Bilakah Kerajaan Negeri meluluskan dan menyerahkan projek

tambakan laut dari Bagan Ajam ke Teluk Air Tawar kepada Syarikat Rayston Sdn. Bhd.?

(b) Adakah projek ini memerlukan kelulusan kajian EIA/DEIA?

(c) Huraikan bentuk pembangunan yang dicadangkan di atas tapak

tambakan laut ini.

Page 87: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

87

YAB. Ketua Menteri:

68. (a) Kerajaan Negeri telah meluluskan projek tebus guna tanah dari

Bagan Ajam ke Teluk Air Tawar kepada Rayston Consortium (Butterworth) Sdn. Bhd. (RCSB) melalui satu perjanjian "Land

Reclamation and Resettlement Agreement" yang ditandatangani bersama pada 16 Jun 1999. Permohonan “Cadangan Pelan Induk Pembangunan Tebus Guna Tanah Seluas 407 Hektar Dari Bagan

Ajam hingga ke Teluk Air Tawar untuk tujuan Pembangunan Bercampur” oleh RCSB telah diluluskan oleh Jawatankuasa

Perancang Negeri (SPC) Bil.8/2019 pada 30 September 2019 dan disahkan pada 24 Oktober 2019.

(b) Projek tebusguna tanah ini memerlukan kelulusan kajian Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Jabatan

Alam Sekitar. RCSB dalam proses menyediakan Laporan EIA memandangkan Pelan Induk bagi tebus guna tersebut telah

diluluskan oleh SPC. Kawasan ini juga telah diletakkan sebagai kawasan Keutamaan Pembangunan 2 dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030.

(c) Pembangunan yang dicadangkan di atas tapak tebusguna tanah ini

merangkumi Pembangunan Bercampur iaitu kediaman dan perniagaan termasuk aktiviti yang berkaitan pelabuhan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

69. Buletin Mutiara.

(a) Sejauh manakah keberkesanan penyampaian maklumat surat

khabar ini kepada masyarakat Pulau Pinang?

(b) Dengan teknologi digital sekarang ini adakah percetakan surat khabar ini akan dikaji semula?

(c) Berapakah perbelanjaan keseluruhan yang diperlukan untuk mengeluarkan surat khabar ini sebulan?

YAB. Ketua Menteri:

69. (a) Sejak penerbitan Buletin Mutiara pada tahun 2010, akhbar ini bukan hanya membantu menyebarkan polisi dan dasar Kerajaan

Negeri, malah turut menjadi medium hebahan program-program serta maklumat-maklumat berkaitan barisan kepimpinan Kerajaan

Negeri dan negeri Pulau Pinang secara keseluruhan. Keberkesanan penyampaian maklumat sebahagian besarnya adalah disifatkan

dengan penerimaan serta pemahaman rakyat Pulau Pinang terhadap polisi/pencapaian/gerak kerja Kerajaan Negeri sedia ada.

Hal ini kerana, banyak maklumat berkualiti yang terkandung dan

dikongsi dalam penerbitan berkenaan yang mencerminkan mutu pencapaian secara menyeluruh pentadbiran Kerajaan Negeri.

Malah, sebagai tambahan, kajian kepuasan pembaca

Page 88: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

88

secara online telah dilaksanakan pada awal tahun ini dan kini pihak pentadbiran sedang dalam proses perbincangan dengan pihak-

pihak institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan pakej sebut harga terbaik bagi kajian lapangan membabitkan semua lapisan

masyarakat di negeri Pulau Pinang berhubung penerbitan Buletin Mutiara. Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Komunikasi yang

dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri.

(b) Umumnya, ekoran daripada perkembangan teknologi digital,

platform penyebaran Buletin Mutiara kini telah diperluaskan kepada laman web online dan di laman sosial Facebook dan Instagram. Sebagai makluman, penerbitan cetakan masih dilihat sebagai suatu

keperluan kerana secara keseluruhannya kandungan liputan adalah berlainan yang mana ia dipelbagaikan dengan laporan-laporan

serta wawancara eksklusif yang mampu mengetengahkan sesuatu isu dengan lebih menyeluruh. Pada masa sama, masih terdapat permintaan daripada pihak-pihak berkaitan termasuk pihak-pihak

sekolah, pusat-pusat khidmat ADUN dan lain-lain badan berhubung penerbitan Buletin Mutiara dalam bentuk cetakan untuk diedar

kepada pihak ketiga dari semasa ke semasa.

(c) Kos penerbitan bulanan yang dilaksanakan secara tender terbuka

adalah berjumlah RM504,000.00 sebulan. Buletin Mutiara meliputi versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Campuran (Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) dicetak sebanyak 800,000 naskah

sebulan yang dilaksanakan secara dua (2) edisi iaitu edisi pertama 1-15 haribulan (400,000 naskah) dan edisi kedua 16-30 haribulan

(400,000 naskah).

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

70. Isu pencemaran najis babi. Bau busuk dan pemandangan yang tidak enak akibat pencemaran najis babi dalam saliran/tali air menyebabkan

penduduk di KADUN Permatang Berangan hidup tidak selesa dan menderita.

(a) Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan

isu pencemaran najis babi yang berpunca dari ladang ternakan babi di Kampung Selamat?

YAB. Ketua Menteri:

70. Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius mengenai isu pencemaran yang berpunca daripada ternakan khinzir di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri akan memastikan isu-isu yang berbangkit dari ladang-ladang ternakan khinzir konvensional yang beroperasi di Pulau Pinang

termasuk di KADUN Permatang Berangan ditangani dengan sewajarnya selaras dengan Enakmen Penternakan Babi 2016 sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang.

Page 89: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

89

(a) Usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu pencemaran najis babi yang berpunca dari ladang ternakan babi di

Kampung Selamat adalah seperti berikut:

(i) Mewajibkan para penternak mengamalkan Amalan

Perladangan Yang Baik (GAHP) dan menukar guna/menaik taraf ke konsep ladang tertutup;

(ii) Menggalakkan penggunaan Useful Microbes bagi ternakan

khinzir;

(iii) Memperkenalkan Sistem Animal Waste Biogas Power Plant di

kawasan ladang khinzir yang bermasalah dengan kumbahan khinzir;

(iv) Melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara rutin di

ladang khinzir serta melaksanakan operasi secara mengejut;

(v) Mengeluarkan notis dan kompaun kepada penternak yang

melanggar peraturan dan melakukan kesalahan;

(vi) Membatalkan lesen penternak dan kilang pemprosesan daging khinzir serta mengambil tindakan mahkamah; dan

(vii) Mengadakan usahasama antara agensi Kerajaan bagi menangani isu pencemaran mengikut bidang kuasa masing-

masing.

Selain itu, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan untuk menyedia dan

mewartakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi Kampung Selamat di bawah peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) khusus bertujuan untuk menyediakan suatu pelan atau

rancangan pemajuan yang diwartakan untuk memperincikan jenis/aktiviti guna tanah, kelas kegunaan tanah yang merangkumi tindakan

pembangunan, susun atur dan pengurusan alam sekitar.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

71. Fenomena global warming adalah satu isu yang serius.

(a) Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan

Negeri Pulau Pinang untuk melindungi kawasan-kawasan persisiran pantai dan khususnya melindungi kawasan- kawasan yang padat dengan penduduk supaya tidak

ditenggelami air pada masa yang akan datang?

YAB. Ketua Menteri:

71. Kerajaan Negeri sememangnya sedar mengenai isu pemanasan global (global warming) yang pada masa ini juga merupakan isu yang kerap kali dibahaskan di platform antarabangsa. Isu pemanasan global

ini secara langsung bukan sahaja memberikan impak signifikan kepada

Page 90: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

90

ekonomi, malah turut memberi kesan sosial dalam kelangsungan kehidupan manusia. Salah satu (1) isu yang kerap menjadi kebimbangan

adalah isu perubahan iklim (climate change) yang juga merupakan impak akibat dari pemanasan global.

(a) Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat mengkaji dan menyelidik kesan kenaikan aras laut

serta langkah berjaga-jaga bagi mengatasi masalah bandar-bandar yang akan ditenggelami akibat dari kenaikan aras laut kesan

daripada pemanasan global. Intergovernmental Panel on Climate Change – Fifth Assessment Report (IPCC-AR5, 2015) meramalkan bahawa kenaikan aras laut global pada tahun 1990-2100 ialah

antara 2.8 mm/tahun hingga 3.6 mm/tahun.

Kajian NAHRIM (2017) pula mendapati kadar kenaikan aras laut

berdasarkan analisa dari 20 stesen tolok pasang surut Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di sepanjang pesisir pantai Malaysia adalah antara 2.2 hingga 5.3 mm/tahun bagi tempoh

tahun 1993 hingga 2015 (22 tahun). Kadar kenaikan ini adalah berbeza dari satu (1) tempat ke satu (1) tempat yang lain

bergantung kepada pelbagai faktor antaranya perubahan suhu, tekanan atmosfera, angin dan peredaran arus laut di lokasi

tersebut.

Kadar kenaikan aras laut yang diramal antara 2.8 mm/tahun hingga 3.6 mm/tahun wujud sekiranya tindakan mitigasi untuk

menangani fenomena perubahan iklim tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. Tindakan mitigasi ini perlu dilaksanakan di peringkat

domestik dan melalui pendekatan pelbagai hala (multilateralism) di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan NAHRIM juga sedang giat mengkaji dan menyelidik cara-cara untuk mengatasi masalah

kehilangan pinggir pantai negara akibat dari kenaikan aras laut kesan pemanasan global. Kaedah-kaedah adaptasi yang boleh diambil untuk menangani masalah peningkatan aras laut,

antaranya adalah dengan menambah ketinggian dan kekuatan struktur pengawalan pantai yang sedia ada seperti ban-ban,

pemecah ombak, revetment, groin, tidal gate, stesen pam, menanam semula pokok bakau, menambah jenis-jenis spesis bakau yang bersesuaian dengan kadar kemasinan air laut setempat

dan kerja-kerja mendalamkan sungai.

Kaedah mitigasi pula boleh dijalankan dengan cara pembinaan

struktur pengawalan pantai yang baharu, dan memperkukuhkan struktur pengawalan dan ban-ban pantai sedia ada (accommodate), menjalankan kerja-kerja penambakan pantai,

pemindahan penduduk yang berisiko ke kawasan yang lebih tinggi tanpa membuat apa-apa (retreat and do-nothing), dan Pelan

Page 91: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

91

Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan).

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan inisiatif-inisiatif sampingan dalam mengatasi dan menghadapi isu

pemanasan global melalui:

(i) Dasar Pengasingan Sisa di Punca pada 1 Jun 2016 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga

keseimbangan ekosistem dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal di negeri Pulau

Pinang kepada 43% pada tahun 2018 berbanding 18% pada tahun 2008;

(ii) Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dengan

mengekalkan kawasan hutan sedia ada di negeri Pulau Pinang sebagai penyerap karbon termasuk hutan darat dan

hutan paya laut seluas 5,100.93 hektar sebagai hutan simpanan kekal;

(iii) Melaksanakan program penanaman sebanyak 275,000

pokok di seluruh negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga Disember 2018 sebagai langkah pengurangan karbon.

Jumlah ini termasuk 137,193 pokok bakau yang telah ditanam sejak tahun 2008 bagi menjaga kestabilan

ekosistem kawasan persisiran pantai serta memastikan hutan paya laut terus terpelihara;

(iv) Memperkenalkan Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang

(Penang Green Office Certification) sebagai inisiatif pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan tenaga;

(v) Melaksanakan Car-Free Day dan menyediakan laluan trek berbasikal bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dari kenderaan melalui aktviti rekreasi dan riadah;

(vi) Menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Global Environment Centre (GEC), United Nation

Environment Programme (UNEP) dan Climate and Clean Air Coalition bagi melaksanakan projek perintis melibatkan Short Lived Climate Pollutant (SLCP) yang

merupakan salah satu (1) penyumbang pelepasan karbon;

(vii) Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion

Alleviation Transport (CAT) dan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menggalakkan penggunaan perkhidmatan

pengangkutan awam dan sekali gus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian di jalan raya; dan

(viii) Memulakan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar rendah karbon.

Page 92: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

92

Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan di atas, Kerajaan Negeri komited dan akan terus melaksanakan lebih banyak usaha-usaha ke arah

menghadapi isu pemanasan global dan perubahan iklim secara komprehensif dari semasa ke semasa selaras dengan

matlamat Penang2030.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

72. Memandangkan terdapat bantahan awam terhadap kenaikan penilaian tahunan bagi semua harta berkadar, apakah justifikasi dan keperluan

Kerajaan Negeri untuk menaikkan nilaian tahunan harta di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

72. Rasional semakan semula Cukai Taksiran melalui penyediaanSenarai

Nilaian baharu bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah apabila Senarai Nilaian sedia ada yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya

Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah digunakan selama 14 tahun iaitu mulai 1 Januari 2005 dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2019. Ini menunjukkan kadar (cukai taksiran)

ke atas pegangan sedia ada ditentukan berdasarkan nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan (kadar sewa) tahun 2005 dan

sehingga kini masih tidak disemak semula.

Menurut peruntukkan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, penyediaan Senarai Nilaian baharu adalah perlu kerana telah melewati tempoh 5 tahun sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah akta

tersebut. Sejak tahun 2005, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah melanjutkan Senarai Nilaian sedia ada

sebanyak tujuh (7) kali berdasarkan peruntukan Seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Pasaran hartanah dalam beberapa jenis pembangunan di Pulau Pinang telah mengalami perubahan pasaran yang semakin positif jika

dibandingkan dalam tempoh masa 15 tahun yang lepas. Pasaran sewa skim kediaman kini khususnya telah mengalami perubahan

peningkatan kadar sewa sekitar 15% hingga 30% jika dibandingkan dengan tahun 2005.

Selain itu, dalam menuju negeri pintar seiring dengan visi Penang2030: A Family-Focused, Green and Smart State that Inspires the Nation, kos

pengurusan bandar bagi memastikan Visi Penang2030 pastinya meningkatkan kos pembangunan sedia ada. Justeru, pertambahan hasil

melalui kenaikan cukai taksiran adalah rasional bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak rakyat

dapat dicapai.

Page 93: MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …

93

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

73. Berapakah jumlah sumbangan kewangan yang telah diterima bagi pembangunan dan pengurusan Institusi Islam Negeri Pulau Pinang

daripada Kerajaan Pusat bagi tahun 2019?

(a) Jelaskan butirannya dan adakah ianya mencukupi?

YAB. Ketua Menteri:

73. Sumbangan kewangan yang telah diterima bagi pembangunan dan pengurusan Institusi Kewangan Negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan

Pusat bagi tahun 2019 adalah berjumlah RM61,334,882.08.

(a) Pecahan mengikut kategori adalah seperti berikut:

(i) Pembangunan fizikal untuk masjid, surau dan sekolah

agama/madrasah berjumlah RM36,089,596.88;

(ii) Sumbangan kepada masjid, surau dan sekolah agama/

madrasah berjumlah RM435,133.20;

(iii) Peruntukan bagi Program Takmir Negeri Pulau Pinang Tahun 2019 berjumlah RM1,526,600.00;

(iv) Peruntukan bagi bayaran imbuhan bulanan Imam Masjid Kariah seluruh negeri Pulau Pinang berjumlah

RM4,010,300.00; dan

(v) Peruntukan bagi bayaran elaun bulanan dan Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) seluruh negeri Pulau Pinang berjumlah RM19,273,252.00.

Setakat ini, peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Pusat adalah mencukupi.