minit mesyuarat kantin

3
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SK SULTAN IDRIS II TARIKH : 22 OGOS 2012 HARI : RABU MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : DI BILIK GURU BESAR SK SULTAN IDRIS II KEHADIRAN : 1. En. Othman Bin Yahaya Guru Besar SK Sultan Idris II 2. Pn. Surayah Binti Lee Kow @ Hashim Lee PK Hal Ehwal Murid 3. Pn. Norazma Binti Zakaria Pembantu Tadbir 4. Cik Syazwani Binti Shafiai Setiausaha Kantin 1. Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu – alukan kehadiran AJK Kantin pada mesyuarat kali ini. 1.2 Pengerusi bersetuju untuk membuka tender kantin bagi sesi 2013 – 2014. Tarikh tender dibuka pada 1 September – 28 September 2012 dan borang boleh didapati di pejabat sekolah dengan bayaran deposit RM 100. 1.3 Pengerusi bersetuju mengadakan promosi tender dengan menampal poster/ iklan di sekitar masjid, kedai – kedai makan dan di surau. Pengumuman tender kantin juga diadakan di masjid pada hari Jumaat. 2. Jawatankuasa Buka Sebut Harga Ditubuhkan 2.1 Pengerusi bersetuju melantik jawatankuasa bagi buka sebut harga. 2.2 Jawatankuasa terdiri daripada:

Upload: wulianwawa84

Post on 20-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

kantin

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Kantin

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SK SULTAN IDRIS II

TARIKH : 22 OGOS 2012HARI : RABUMASA : 10.00 PAGI TEMPAT : DI BILIK GURU BESAR SK SULTAN IDRIS II

KEHADIRAN:

1. En. Othman Bin Yahaya Guru Besar SK Sultan Idris II2. Pn. Surayah Binti Lee Kow @ Hashim Lee PK Hal Ehwal Murid 3. Pn. Norazma Binti Zakaria Pembantu Tadbir4. Cik Syazwani Binti Shafiai Setiausaha Kantin

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu – alukan kehadiran AJK Kantin pada mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi bersetuju untuk membuka tender kantin bagi sesi 2013 – 2014. Tarikh tender dibuka pada 1 September – 28 September 2012 dan borang boleh didapati di pejabat sekolah dengan bayaran deposit RM 100.

1.3 Pengerusi bersetuju mengadakan promosi tender dengan menampal poster/ iklan di sekitar masjid, kedai – kedai makan dan di surau. Pengumuman tender kantin juga diadakan di masjid pada hari Jumaat.

2. Jawatankuasa Buka Sebut Harga Ditubuhkan

2.1 Pengerusi bersetuju melantik jawatankuasa bagi buka sebut harga.

2.2 Jawatankuasa terdiri daripada:1) En. Sudirman Bin Abdul Ghani PK Pentadbiran2) En. Syahrul Azwan Bin Amir Hamzah Guru3) Cik Syazwani Binti Shafiai Guru

2.3 Tarikh buka sebut harga ditetapkan pada hari Selasa (16 Oktober 2012) pada pukul 10.00 pagi.

3. Pelantikan Jawatankuasa Pilih Sebut Harga

3.1 Pengerusi bersetuju melantik jawatankuasa pilih sebut harga yang terdiri daripada:1) En. Othman Bin Yahaya Pengerusi2) Pn. Surayah Binti Lee Kow@Hashim Lee Penolong Kanan Hal Ehwal Murid3) Cik Syazwani Binti Shafiai Setiausaha Kantin

Page 2: Minit Mesyuarat Kantin

4) Pn. Norazma Binti Zakaria AJK5) Pn. Fadzillah Binti Sahari AJK6) Pn. Fahiratunizah Binti Abu Bakar AJK

4. Penetapan Tarikh Pilih Sebut Harga

4.1 Pengerusi bersetuju tarikh pemilihan tender pada:Tarikh : 17 Oktober 2012Hari : RabuMasa : 9.00 pagi

4.2 Jawatankuasa bersetuju menjemput Tn. Syed Abd. Razak Bin Syed Ahmad Dahalan (Penyelia Hal Ehwal Murid) sebagai pemerhati.

5. Ucapan Penangguhan

5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________________ ______________________________

Cik Syazwani Binti Shafiai Setiausaha Kantin SK Sultan Idris II, Felda IjokSelama, Perak

En. Othman Bin Yahaya AMP, PJK.

Pengerusi Jawatankuasa KantinSK Sultan Idris II, Felda IjokSelama, Perak.