minit mesyuarat kampung

2

Click here to load reader

Upload: iffahroslan

Post on 20-Jun-2015

697 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat kampung

MINIT MESYUARAT AJK OPKIM 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2013 PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh : 25 November 2013Masa : 9.00 MalamTempat : Kampung Parit Warijo, Batu PahatKehadiran : Ketua kawasan, Ahli jawatankuasa dan JKK Kampung Parit Warijo

AGENDA 1Kata aluan Pengerusi Majlis :

Ketua Kampung Yang Berbahagia Tuan Haji Sarimon, mempengerusikan mesyuarat. Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab.

AGENDA 2Ucapan Ketua Kampung:

Kata-kata aluan daripada Ketua Kampung. Tujuan untuk membincangkan beberapa perkara:

1. Khidmat masyarakat iaitu Program Anak Angkat2. Peruntukan Kewangan

AGENDA 3Pembentangan Kertas Kerja:

Saudara Ezreen Haikal selaku Ketua Kawasan menerangkan gerak kerja program ini. Perasmian program akan dilakukan di UKM oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Matlamat program ini adalah untuk berbakti kepada masyarakat di Johor. Objektif program ini adalah untuk mendekatkan mahasiswa dengan orang luar. Terdapat 5 elemen dalam program ini:

1. Kerja sosial iaitu gotong-royong2. Pendidikan3. Kebudayaan4. Keislaman5. Kerjasama

Peserta seramai 500 orang dibahagikan kepada 10 kawasan dan terdapat pelajar dari luar negara.

AGENDA 4Sesi cadangan :

Pihak kampung memberikan cadangan untuk melihat blog mereka iaitu blog Parit Warijo untuk maklumat lanjut

AGENDA 5

Kata-kata penutup: Saudara Mohamad Ezreen Haikal Bin Mahat selaku ketua pengarah OPKIM 10

PENJURU Batu Pahat mengucapkan terima kasih kepada pihak kampung atas kerjasama yang baik.

Beliau turut memohon seribu kemaafan atas kesulitan dan permasalahan yang berlaku sepanjang mesyuarat dijalankan.

Majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr dan kami dijemput menjamu makan oleg pihak kampung.

Page 2: Minit mesyuarat kampung

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

HASINAH BINTI MOHD HANIFAH MOHAMAD EZREEN HAIKAL BIN MAHATSetiausaha Ketua PengarahOpkim 10 Penjuru (Batu Pahat) Opkim 10 Penjuru (Batu Pahat)Persatua Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia