minit mesyuarat jkkd bil.32015.docx

31
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK Bil. Mesyuarat : 3 Tahun 2015 Tarikh : 19 Oktober 2015 (Isnin) Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak. Hadir 1. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah - Pengerusi (Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin) 2. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Tn. Hj. Mohd. Sahid bin Alias) 3. Penolong PPD (Menengah) (En. Mat Hamdan bin Amin) 4. Penolong PPD Kurikulum Bahasa (Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri) 5. Penolong PPD HEM (Tn.Hj Mohamad Suhaimi bin Mansor) 6. Pen. PPD Kurikulum (Kemanusiaan) (En. Norazam bin Mat Isa) 1

Upload: trandiep

Post on 21-Dec-2016

334 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK

Bil. Mesyuarat : 3 Tahun 2015

Tarikh : 19 Oktober 2015 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Hadir

1. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah - Pengerusi(Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin)

2. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Tn. Hj. Mohd. Sahid bin Alias)

3. Penolong PPD (Menengah)(En. Mat Hamdan bin Amin)

4. Penolong PPD Kurikulum Bahasa (Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri)

5. Penolong PPD HEM (Tn.Hj Mohamad Suhaimi bin Mansor)

6. Pen. PPD Kurikulum (Kemanusiaan)(En. Norazam bin Mat Isa)

7. Pen. PPD Pendidikan Islam (Tn.Hj Mohd Syukri’Alsalam bin Musman)

8. Penyelia Pendidikan Islam (Pn.Hjh Tijah bt Shamsuddin)

9. Pen. PPD Perolehan Aset (En. Sofuan bin Idris)

1

Page 2: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

10. Pen. PPD Vokasional & Teknik (En. Sharifuddin bin Ali)

11. PPPD Vokasional & Teknik (R)(Pn. Noor Laila bt. Ishak)

12. Penolong PPPD Bahasa Melayu (R)(En. Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak)

13. Penyelia SJK Cina (En. Yoeh Cheang An)

14. Penyelia Pendidikan Swasta/ Khas (En. Arzmi bin Mohd Ghazali)

15. Penyelia ICT (En. Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi)

16. Penyelia HEM (En. Muhammad Yusuf bin Zakaria)

17. Pen. PPD Pendidikan Khas (Tn. Hj. Hishamuddin bin Dahalan)

18. Pen. PPD Bahasa Inggeris (Rendah)(En. Muhamad Rafangai bin Bardi)

19. Pen. PPD Sains & Matematik (Rendah)(En. Zam Ma’mor bin Misran @ Misiran)

20. Pen. PPD KGSK/ GSTT/ GG (En. Mohd. Sidek Al-Munadi bin Abdul Razak)

21. Pegawai Fasilinus (Literasi)(Pn. Suazlina bt. Salbani)

22. Pegawai Fasilinus (Literasi)(En. Abdul Nasser bin Abdul Majeed)

23. Pegawai Fasilinus (Numerasi)

2

Page 3: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

(En. Ahmad Nazamuddin bin Abi Madian)

24. Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)(En. Navin Dave a/l Sreenivasan)

25. Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)(Pn. Komlah a/p Perumal)

26. Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)(En. Mohd Norhafiz bin Noor Aini)

27. SIP+(Dr. Devan V Rajaram)

28. SIP+(Tn. Hj. Abd. Rahim bin Ahmad)

29. SIP+(Tn. Hj. Shuibun bin Hamid)

30. SIP+(En.Mohd Daut bin Hj.Salleh)

31. SISC+ (Matematik Rendah)(En. Sajali bin Hashim)

32. SISC+ (BM Menengah)(En.Mohd Helmi bin Musa)

33. SISC+ (BM Rendah)(En.Mahayuddin bin Ibas)

34. SISC+ (BM Rendah)(Dr. Abd. Hamid bin Abu Bakar)

35. SISC+ (Matematik Rendah)(En. Mohd Basri bin Nasdor)

36. SISC+ (BI Rendah)(Pn. Suraiya bt. Osman)

3

Page 4: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

37. SISC+ (BI Rendah)(Pn. Paramaswari a/p Sarathee)

38. SISC+ (BI Rendah)(Pn. Umi Samra bt Md Saidan)

39. SISC+ (BI Rendah)(Pn. Yoo Bee Lay)

40. SISC+ (BI Menengah)(Cik Ewe Choy Choo)

41. SISC+ (Matematik Rendah)(Cik Hjh. Hajar Fatimah bt. Hj. Mohd Ali)

42. YDP Majlis Guru Cemerlang (Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah)

43. NYDP Majlis Guru Kaunseling (En. Mohd Puad b. Esa)

44. Ketua PKG Daerah Hilir Perak

(Pn. Roziaton Norin bt. Mohd. Yusof)

45. Semua Pengetua Daerah Hilir Perak

46. Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak

Kecuali yang Mewakilkan:

1. SMK Seri Setia (En.Asmuni bin Bukhari)

2. SMK Seri Perkasa (Pn.Kasmiyati bt Katiman)

3. SMK Tun Abd Razak (En.Shamsuddin bin Tajul Urus)

4. SABK Al-Ulum Al-Syariah

(En.Abd.Mutalib bin Anuar)4

Page 5: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

5. SK Kumpulan Ganda (En.Wan Mohd Nazmin b.W.Ibrahim)

6. SK Ayer Hitam

(Pn Zalina Bt Omar Baki)

7. SK Sg Sumun (En.Adnan bin Dun)

8. SK Sg Dulang Dalam (Pn.Rosmawati bt Ayob)

9. SK Sg Nipah

(Pn.Norazalihah bt Dahari)

10. SK Matang Kunda (En.Azman bin Mohd Yusof)

11. SK Sungai Balai

(En.Mohd Tauhid bin Mohd Tahir)

12. SK Sg Tiang Darat (Pn.Natrah bt Hashim)

13. SK Sg Batang (Pn.Zawiyah bt Mat Munun)

14. SK Sg Hj. Muhamad (Pn.Rashidah bt Zainal Abidin)

15. SK Pengkalan Ara (En.Mohamad Faddir bin Baharin)

16. SK Sg. Kerawai

(Pn.Noor Izah bt Sulaiman)

17. SK St.Anthony, Langkap (En.Qua Sin Aim)

18. SJKC San Min 2

5

Page 6: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

(En.Cheong Mei Mei)

19. SJKC Simpang 3(Pn. Teh Mi Ling)

20. SJKT Ldg Jenderata 1(Pn.Puspah a/p Nagalinggam)

21. Penolong PPD Bahasa Melayu (M)(Tn.Hj Ahmad Faisal bin Zakaria) - Setiausaha

Urus Setia:

1. Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah)(En.Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak)

2. Pegawai Fasilinus (Literasi)(En. Faddil Azhar bin Mat)

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan oleh Illahi untuk berkhidmat di daerah Hilir Perak serta beliau mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada semua pihak agar semua program dapat dijalankan sebaik mungkin. Di samping menegaskan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) yang cemerlang.

Makluman

2. Ucapan Penghargaan

6

Page 7: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

2.1 Penghargaan Tuan Pengarah kepada PGB

Pengerusi menyampaikan ucapan tahniah daripada Tuan Pengarah atas peningkatan pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Peningkatan tersebut memberi gambaran tentang usaha berganda yang berterusan akan mencatatkan kejayaan cemerlang.

Makluman

2.2 Penghargaan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Hilir Perak dalam kokurikulum sepanjang tahun dan beliau juga merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan pasukan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (MSKPP) Daerah Hilir Perak kerana menjuarai Kejohanan MSKPP Perak bagi tahun 2015.

Makluman

3. Peringatan Mesra PGB untuk diambil tindakan

3.1 Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat dan seterusnya meminta ahli mengambil tindakan berikut:

(i) Melaksanakan Kepimpinan Instruksional dan mengamalkan prinsip “Back to Basic” dengan memberikan penekanan akan perkara-perkara berikut:

7

Page 8: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

a. Menjalankan proses PdP di dalam kelas seperti mana guru-guru lain.

b. Menyediakan Buku Rekod Pengajaran Harian (RPH) peribadi dan memeriksa RPH guru-guru.

c. Menjalankan pemantauan PdP guru-guru.d. Memeriksa buku latihan murid.e. Menjalankan WAYS secara konsisten setiap hari.

Tindakan: Semua PGB

(ii) Meminta semua PGB memahami peranan yang dimainkan oleh SIP+ iaitu bagaimana untuk memperkasa serta memantapkan keupayaan sekolah dan SISC+ yang berperanan untuk membimbing guru-guru di sekolah.

Tindakan: Semua PGB

(iii) Meminta PGB memastikan sesi PdP yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah mengutamakan elemen KBAT kerana dalam peperiksaan awam terdapatnya eleman berkenaan. Selain itu, Pengerusi turut mengingatkan bahawa kecemerlangan bermula dari sekolah.

Tindakan: Semua PGB

(iv) Meminta semua PGB memahami Dasar PPPM bagi Gelombang 1 yang akan berakhir tiga bulan lagi.

8

Page 9: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

Tindakan: Semua PGB

(v) Meminta Amalan Guru Penyayang dan Amalan 3 S (Senyum, Sapa dan Salam) terus diamalkan di setiap sekolah.

Tindakan: Semua PGB

(vi) Meminta serta mengingatkan PGB agar memahami dan mematuhi protokol mesyuarat dari segi kehadiran dan etika berpakaian. PGB mesti hadir ke mesyuarat tanpa wakil kecuali atas kebenaran Ketua Jabatan. Pengerusi turut memaklumkan bahawa kehadiran pada hari ini hanya dua orang sahaja yang memohon pengecualian.

Tindakan: Semua PGB

(vii) Program Operasi Turun Padang (OTP) bagi Peperiksaan SPM sedang dijalankan. Semua calon SPM seharusnya diberikan sentuhan dan galakan yang optimum agar minda mereka benar-benar bersedia bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Pengetua perlu memastikan sekolah mengadakan program pada saat-saat akhir yang sesuai seperti Motivasi Pagi yang berterusan, meluangkan masa bersama-sama pelajar di dalam kelas serta sentiasa bertanya perkembangan terkini pencapaian pelajar bagi memastikan impian daerah Hilir Perak mensasarkan 197 pelajar Semua A tercapai.

Tindakan: Semua Pengetua

9

Page 10: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

(viii) Meminta agar semua PGB menyediakan perancangan tahun 2016 secara lebih terancang.

Tindakan: Semua PGB

(ix) Memaklumkan bahawa tahap penggunaan Frog VLE bagi sekolah-sekolah Hilir Perak pada keseluruhannya masih rendah. Perlaksanaan sepatutnya melibatkan dua waktu sehari bagi kelas yang berlainan dan semua PGB perlu memastikan Frog VLE dijalankan di sekolah mengikut ketetapan/jadual.

Tindakan: Semua PGB

(x) Meminta agar jadual waktu Guru Cemerlang (GC) yang ada di sekolah dikosongkan pada setiap hari Khamis bagi memastikan mereka boleh bergerak untuk menjayakan pelbagai program kecemerlangan akademik peringkat daerah.

Tindakan: Semua PGB

(xi) Meminta semua sekolah menubuhkan Jawatankuasa Task Force bagi Pentaksiran Sekolah.

Tindakan: Semua PGB

10

Page 11: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

3.2 PGB EXCELLENT; Pengerusi meminta ahli mesyuarat mempunyai tahap kerja cemerlang dan memberi fokus perkara-perkara berikut:

(i) Memberi penekanan dan merekod pencapaian kecemerlangan murid.

(ii) Mengamalkan prinsip “Student First” dalam apa jua keadaan.

(iii) Mengembangkan personaliti positif dalam diri setiap murid.

(iv) Kreatif dan mampu menjana pencapaian yang luar biasa daripada keupayaan sedia ada yang biasa.

(v) Mengadakan jalinan dan jaringan dengan pelbagai pihak.

(vi) Pengupayaan dalam semua aspek dan tidak takut untuk berubah serta mempelajari sesuatu yang baharu.

(vii) Perkongsian Kebolehan Kepemimpinan antara PGB.

(viii) Mengamalkan cara yang demokratik dan senang didekati serta autokratik mengikut situasi.

(ix) Mengamalkan sikap penyayang dan saling menghormati.

(x) Mesti mempunyai Pelan Strategi dan perlu dikemas kini dari masa ke semasa.

11

Page 12: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

(xi) Fokus kepada murid dari awal pagi mulai 7.00 hingga 7.20 pagi

(xii) Setiap perancangan mesti ada PDCA agar mampu menjana out comes yang luar biasa daripada in put yang biasa.

(xiii) Mesti mempunyai sifat penyang kepada warga sekolah dan dihormati oleh semua.

(xiv) Bertanggung jawab terhadap Pemegang Taruh/stake holder.

(xv) Mesti berani melakukan hijrah iaitu dengan melakukan perubahan baharu dan meninggalkan yang lama.

Tindakan: Semua PGB

3.3 Pengerusi meminta agar minit mesyuarat mengikut Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.

Tindakan: Setiausaha

II. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

12

Page 13: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak Bilangan 2 Tahun 2015 pada 30 Jun 2015 disahkan.

Makluman

III. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

IV. PEMBENTANGAN UNIT

4. Pengurusan Akademik oleh Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum Bahasa

4.1 Membentangkan headcount Peperiksaan Percubaan SPM daerah Hilir Perak Tahun 2015.

GPS : 4.25Kualiti : 197 orang 6.43 %Kuantiti : 3066 orang 100 %

Makluman

4.2 Membentangkan pencapaian headcount SPM daerah Hilir Perak Tahun 2015 seperti yang berikut :

GPS : 5.71Kualiti : 45 orang 1.49 %Kuantiti : 2254 orang 74.56 %

Makluman

13

Page 14: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

IV.3 Perbandingan pencapaian dengan sasaran SPM daerah Hilir Perak Tahun 2015 masih belum mencapai sasaran dan semua Pengetua hendaklah berusaha agar sasaran tersebut dapat dicapai.

Tindakan: Pengetua

4.4 Memaparkan senarai sekolah pencapaian kualiti dalam Peperiksaan Percubaan SPM daerah Hilir Perak Tahun 2015 seperti yang berikut:

a) SMK Convent 17 orangb) SMK Sultan Abdul Aziz 7 orangc) SMK San Min 5 orangd) SMK Seri Setia 3 orange) SMK Sultan Abdullah 2 orangf) SMK Dato’ Sagor 2 orangg) SMK St. Anthony 1 orangh) SMK Khir Johari 1 orangi) SMK Hutan Melintang 1 orangj) SM Sains Teluk Intan 1 orangk) SMK Seri Perkasa 1 orangl) SMK Rungkup 1 orangm) SM Sains Bagan Datoh 1 orang

Jumlah murid cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM Daerah Hilir Perak Tahun 2015 adalah seramai 45 orang.

Makluman

Semua Pengetua dimohon agar meningkatkan sasaran Semua A di sekolah masing-masing.

Tindakan: Semua Pengetua

14

Page 15: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

4.5 Membentangkan senarai pencapaian kuantiti sekolah dalam Peperiksaan Percubaan SPM Daerah Hilir Perak Tahun 2015 dan hanya SM Sains Bagan Datoh serta SM Sains Teluk Intan sahaja yang mencapai 100% lulus dalam peperiksaan tersebut. Justeru, semua pengetua dimohon agar merancang dalam jangka masa yang ada untuk mencapai sasaran masing-masing.

Tindakan: Semua Pengetua

4.6 Membentangkan pencapaian mata pelajaran teras, elektif dan wajib lulus kritikal dalam Peperiksaan Percubaan SPM daerah Hilir Perak Tahun 2015 seperti yang berikut :

a) Mata pelajaran teras:1) Sains 7.11 2) Matematik 6.25 3) Bahasa Inggeris 6.04

b) Mata pelajaran elektif1) Matematik Tambahan 7.53 2) Perdagangan 7.33 3) Ekonomi Asas 7.04

c) Mata pelajaran wajib lulus1) Bahasa Melayu 4.602) Sejarah 4.993) Bahasa Melayu dan

Sejarah 74.56 %

Makluman

15

Page 16: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

Semua Pengetua dimohon supaya memberi tumpuan yang lebih terhadap mata pelajaran kritikal sebelum peperiksaan dijalankan.

Tindakan: Semua Pengetua

4.7 Membentangkan program intervensi yang telah dijalankan sepanjang bulan Oktober 2015 seperti yang berikut :

a) Operasi Turun Padang SPMb) Operasi Turun Padang Ikut Bidangc) Bengkel Psatu Bahasa Inggerisd) Latih Tubi Intensif : Tahu Faham Buate) Kem Perdaganganf) Kem Prinsip Perakaunang) Program Task Force Bahasa Melayuh) Program Near Miss Matematik Tambahani) Seminar Near Miss Lulus Biologij) Seminar Near Miss A Biologik) Program Bimbingan Wajib Lulus Sejarahl) Modul ALUSS

Makluman

4.8 Membentangkan status pelaksanaan Bengkel Penataran Pentaksiran Sekolah Daerah Hilir Perak Tahun 2015 seperti yang berikut :

a) Bengkel telah dilaksanakan dalam tiga kumpulan iaitu:

i) Guru Besar SJK pada 1 Oktober 2015ii) Pengetua pada 21 Oktober 2015iii) Guru Besar SK pada 22 Oktober 2015

16

Page 17: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

Makluman

b) Bengkel tersebut juga dilaksanakan kepada semua pegawai akademik iaitu:

i) SISC+ dan SIP+ pada 11 – 13 Oktober 2015ii) Pegawai FasiLINUS dan Penolong PPD

Akademik pada 26-28 Oktober 2015

Makluman

c) Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Daerah Hilir Perak Tahun 2015 akan dijalankan pada 2 hingga 20 November 2015 dan dimohon agar semua Guru Besarmemasti kan semua guru bersedia sebelum pemantauan tersebut dijalankan.

Tindakan: Semua Guru Besar

4.9 Membentangkan pelaksanaan VLE FROG daerah Hilir Perak tahun 2015:

a) Berakhir 30 September 2015, bilangan log masuk seperti berikut :

i) Sekolah 126 buahii) Pelajar 18,517 orangiii) Guru 4,804 orangiv) Ibu bapa 800 orang

b) Sebanyak 11 buah sekolah tidak log masuk:i) SJKT Strashmashieii) SK Sungai Sumun

17

Page 18: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

iii) SK Sungai Dulang Dalamiv) SK Sungai Keliv) SJKT Ladang Nova Scotia 2vi) SJKT Ladang Teluk Bulohvii) SK Teluk Birahviii) SK Kumpulan Gandaix) SK Degongx) SK Kampung Baharu Redang Punggorxi) SK Pekan Rabu

Semua 11 Guru Besar yang terlibat dikehendaki memastikan semua personal yang terlibat mengambil inisiatif untuk menggunakan VLE FROG.

Tindakan: Guru Besar Berkenaan

c) Menyenaraikan 20 sekolah teratas yang log masuk sehingga 30 September 2015.

i) SJKC Chong Min 3466ii) SMJK San Min 2258iii) SMK Convent 1883iv) SMK Saint Anthony 1260v) SMK Seri Kandi 912vi) SJKC San Min 1 775vii) SJKT Barathi 682viii) SMK Abdul Rahman Talib 677ix) SM Sains Teluk Intan 563x) SJKC Sin Min 540xi) SJKC San Min 2 500xii) SK Perwira 444xiii) SK Kampung Bahagia 444xiv) SK Ayer Hitam 436xv) SK Ulu Bernam 413xvi) SJKC Phooi Yong 408

18

Page 19: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

xvii) SK Chikus 383xviii) SMK Seri Perak 353xix) SJKC Hwa Nan 348xx) SMK Rungkup 310

Makluman

d) Membentangkan KPI VLE FROG seperti berikut :i) 20% daripada jumlah murid log masuk (lebih 5

minit) seminggu.ii) 20% daripada jumlah sekolah log masuk

seminggu

Minggu ke-42 (8-14 Oktober 2015) :i) 2131/33494 orang murid telah log masuk atau

6.36%ii) 17/137 buah sekolah telah log masuk atau

12.41%

Makluman

4.10 Membentangkan pelaksanaan program LINUS 2.0

a) Semua Guru Besar hendaklah memastikan semua guru LINUS 2.0 i) Memproses data murid tidak menguasaiii) Memasukkan data pada 19-23 Oktober 2015iii) Menilai intervensi dalam pelaksanaan proses

PdPiv) Semua Guru Besar hendaklah melaksanakan

kursus dalaman kepada semua guru.

19

Page 20: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

Tindakan: Semua Guru Besar

b) Program yang telah dilaksanakan:i) Kursus Pemulihan Pedagogi Bahasa Inggeris

Guru-guru Tahun 1ii) Bengkel Penguasaan Kemahiran Asas

Matematik iii) Program LINUS Excellent (LINEX)iv) Kursus Kelestarian Literasi Bahasa Malaysia

dan Numerasiv) Bengkel verifikasi data peringkat daerahvi) Kursus Pengenalan Modul LINUS Literasi

Bahasa Inggeris kepada guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 4

vii) Bengkel LINUS 2.0 bersama-sama guru-guru prasekolah

viii) Bengkel pemetaan KSSR dengan konstruk LINUS 2.0

ix) Dialog Prestasi Fasa 2

Makluman

c) Isu-isu program LINUS 2.0 yang perlu diambil perhatian oleh semua Guru Besar adalah seperti yang berikut:i) Sekolah tidak membuat perancangan ketika

melaksanakan saringan dalam tempoh yang telah ditetapkan

ii) Kesalahan teknikal ketika menjalankan saringan

iii) Murid yang belum menguasai dilepaskan supaya mencapai KPI

20

Page 21: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

iv) Instrumen saringan bertulis tidak bertandav) Borang BPPI tidak diisivi) Pengisian data saringan dalam portal tidak

sama dengan instrumen yang ditanda

Tindakan: Semua Guru Besar

4.11 Membentangkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR):i) Pelaksanaan kursus orientasi DSKP KSSR telah

berlangsung pada 1 April hingga 27 Ogos 2015ii) Semua laporan kursus dalaman telah diterima dan

dihantar rumusannya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 30 September 2015

Makluman

a) Guru Besar mesti memastikan semua guru KSSR mempunyai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Rekod Perkembangan Pembelajaran Murid (RPPM).

Tindakan: Semua Guru Besar

b) RPPM hendaklah direkodkan untuk penentuan tahap penguasaan murid. RPPM hendaklah dilaporkan kepada pentadbir sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru Besar hendaklah memastikan RPPM sentiasa dikemas kini oleh guru mata pelajaran masing-masing.

Tindakan: Semua Guru Besar

21

Page 22: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

5. Laporan SISC+ oleh En. Sajali bin Hashim

5.1. Peranan Pegawai SISC+ seperti berikut:i) Meningkatkan prestasi guru dalam aspek ilmu, nilai,

persepsi,sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.

ii) Mengupayakan kualiti pedagogi guru melalui intervensi yang berterusan

iii) Meningkatkan kompetensi guru yang dibimbing (GDB) serta pencapaian sekolah

iv) Mengadakan lawatan bimbingan - pemerhatian di bilik darjah dan bimbingan GDB secara individu atau berkumpulan

v) Membantu program yang diluluskan oleh pusat sebagai fasilitator membuat pelaporan kepada Ketua PPD, mengambil tindakan susulan dan melakukan intervensi untuk GDB.

vi) Membina rapport/hubungan baik dan kepercayaan antara SISC+ dan GDB

vii) Peranan SISC+ sebagai pembimbing dan bukannya penilai

viii) Semua maklumat yang dikumpul dan dibincang dalam sesi bimbingan bersama GDB adalah sulit

Makluman

6. Tindak Ikut Semasa Lawatan Ketua PPD Ke Sekolah oleh En. Norazam bin Mat Isa, Penolong PPD Kurikulum Kemanusiaan

6.1 PGB hendaklah:i) Mengiringi Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

22

Page 23: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

ii) Melantik Guru Penolong Kanan untuk mencatat hasil lawatan Ketua PPD dengan menggunakan format yang telah ditetapkan

iii) Menyampaikan semua maklumat kepada Ketua PPDiv) Semua hasil lawatan hendaklah dibincangkan dan

diambil tindakan selanjutnya

Tindakan: Semua PGB

7. Pembentangan Amalan Terbaik FROG VLE SMJK San Min oleh Tn. Hj. Zainal Abidin bin Tukiman

7.1 Amalan terbaik pelaksanaan FROG VLE;i) Menubuhkan San Min Frog Teamii) Mengeluarkan surat siaran kepada ibu bapa

berkaitan id dan kata laluan frgo vle. Ibu bapa hendaklah menandatangani akuan penerimaan id dan kata laluan

iii) Memastikan 100% pelajar log masukiv) Menjalankan tiga fasa kursus untuk guru, 1 fasa

untuk admin kelas dan 1 fasa untuk admin unit kokurikulum

v) Lima fasa jadual PdP Frog VLE yang bermula 6 April hingga 2 Oktober 2015.

vi) Menjalankan aktiviti sampingan untuk menarik minat murid terhadap Frog VLE seperti pertandingan mencipta mascot, anugerah log in guru tertinggi, anugerah log in murid tertinggi, anugerah site kelas terbaik, anugerah site persatuan terbaik, anugerah site kelab terbaik, anugerah site uniform terbaik dan anugerah site unit khas terbaik.

vii) Memastikan semua guru, pelajar dan ibu bapa menggunakan Frog VLE sebagai medium utama

23

Page 24: MINIT MESYUARAT JKKD BIL.32015.docx

untuk ke pautan yang lain seperti SAPS, pencarian melalui google, pautan kementerian, pautan jabatan, pautan Pejabat Pendidikan Daerah.

Makluman

V. HAL-HAL LAIN

8. Ucapan Penangguhan oleh Ketua PPD

8.1 Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat ini berlangsung serta berharap semua tindakan yang perlu diambil perhatian oleh PGB dilaksanakan dengan sebaik mungkin terutamanya dalam tempoh yang hampir dengan peperiksaan SPM.

Makluman

VI. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:30 petang.

Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum,

Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

19 Oktober 2015

24