minit mesyuarat jk kurikulum sm dan sr bil 1 2015.docx

Click here to load reader

Post on 31-Dec-2016

244 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUMSEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAKBILANGAN 1/ 2015

Tarikh : 5 Februari 2015 (Khamis)Masa: 8.00 pagi 5.00 petangTempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.Pengerusi: Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman, AMN., AMP. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Kehadiran:

1. Tn. Hj. Zainal Abiddin bin OsmanKetua PPD2. Tn. Hj. Mohd. Sahid bin AliasTimbalan PPD3. En. Mat Hamdan bin AminPPPD (Menengah)4. Pn. Norshamsiah binti Hassan BasriPPPD Kurikulum Bahasa5. En. Mohd. Azmin bin SamsudinPPPD Matematik dan Sains6. Tn. Hj. Mohamad Daud bin AbdullahPegawai Kaunselor Pentadbiran7. En. Norazam bin Mat IsaPPPD Kurikulum (Kemanusiaan)8. Tn. Hj. Ariffin bin ZakariaPPPD Penilaian & Peperiksaan 9. En. Mohd SyukriAlsalam bin MusmanPPPD Pendidikan Islam10. En. Mustaqim bin DeraniPenyelia Penilaian & Peperiksaan11. En. Sofuan bin Idris PPPD Perolehan Aset12. En. Sharifuddin bin AliPPPD Vokasional & Teknik13. Pn. Noor Laila bt. IshakPPPD Vokasional & Teknik (R)14. En. Yoeh Cheang AnPenyelia SJK Cina15. Tn. Hj. Nur Khuzaizi bin Md. YusoffPenyelia Kanan HEM16. En. Marashin @ Hashim bin MohammadPenyelia Sekolah Rendah17. En. Arzmi bin Mohd GhazaliPenyelia Pendidikan Swasta/ Khas18. En. Mohmad Shahrir bin Abdul HadiPenyelia ICT19. En. Muhammad Yusuf bin ZakariaPenyelia HEM20. En. Muhammad Fadzli bin Mat ZainPPPD ICT21. Tn. Hj. Hishamuddin bin DahalanPPPD Pendidikan Khas22. En. Kamal bin Abdul Rahman PPPD Kaunseling & Kerjaya Murid23. En. Muhamad Rafangai bin BardiPPPD Bahasa Inggeris (Rendah)24. En. Zam Mamor bin Misran @ MisiranPPPD Sains & Matematik (Rendah)25. En. Mohd. Sidek Al-Munadi bin Abdul RazakPPPD KGSK/ GSTT/ GG26. En. Mustafa Kamal bin Mohd DananPenyelia Kokurikulum27. Pn. Suazlina bt. SalbaniPegawai Fasilinus (Literasi)28. En. Abdul Nasser bin Abdul MajeedPegawai Fasilinus (Literasi)29. En. Mohd Faizul Hafiz bin A.RazakPegawai Fasilinus (Numerasi)30. En. Ahmad Nazamuddin bin Abi MadianPegawai Fasilinus (Numerasi)31. En. Navin Dave a/l SreenivasanPegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)32. Pn. Komlah a/p PerumalPegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)33. Pn. Hasmah bt. UsmanPegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)34. En. Mohd Norhafiz bin Noor AiniPegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)35. Dr. Devan V RajaramSIP+36. Tn. Hj. Abd. Rahim bin AhmadSIP+37. En.Shuibun bin HamidSIP+38. En. Sajali bin HashimSISC+ (Matematik Rendah)39. Dr. Abd. Hamid bin Abu BakarSISC+ (BM Rendah)40. En. Mohd Basri bin NasdorSISC+ (Matematik Rendah)41. Pn. Suraiya bt. OsmanSISC+ (BI Rendah)42. Pn. Paramaswari a/p SaratheeSISC+ (BI Rendah)43. Cik Hjh. Hajar Fatimah bt. Hj. Mohd AliSISC+ (BI Rendah)44. Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah YDP Majlis Guru Cemerlang 45. En. Rosmani bin Talib YDP Majlis Guru Kaunseling 46. Pn. Roziaton Norin bt. Mohd. YusofKetua PKG Daerah Hilir Perak 47. Semua PengetuaDaerah Hilir Perak48. Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak

Kecuali yang mewakilkan:

1. En.Mohd Jailani bin Masmuri SMK Hutan Melintang2. Pn.Kasmiyati bt KatimanSMK Seri Perkasa3. Santha Moorthy Dri SMK Horley Methodist4. Pn Zalina bt Omar BakiSK Ayer Hitam5. En.Noordin b. Ismail SK Sg Jejawi6. En.Raslan b. Shaari SK Tebing Rebak7. En.Su Musa bin JohorSKK Chikus8. Pn.Masitah bt Sulong SK Permatang9. Pn.Rosidah bt AsmawiSK Permatang Pelandok10. En.Mohd Faddir bin Baharin SK Peengkalan Ara11. En.Adnan bin DinSK Sungai Sumun12. Pn.Maizatul Mina bt SamsuddinSK Sg Dulang Dalam13. Pn.Mazlia bt SidikSK Ulu Bernam14. Pn.Krisna KumariSK Convent15. Cik Sangeetha Latchumy Sengiah SJKT Ldg StratmashieUrus Setia :1. En.Mohd Faizul Hafiz bin A.RazakPegawai Fasilinus (Numerasi)2. En. Faddil Azhar bin MatPegawai Fasilinus (Literasi)

1.0PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana hadir dan menyatakan kesyukuran atas kesempatan yang diberikan Illahi.

1.1Pengerusi memaklumkan ketiadaan guru-guru besar sekolah berikut :i. SK Tebing Rebak(Belum melapor diri)ii. SK Convent( Cuti sakit)iii. SK Sg Sumun)(Cuti sakit)iv. SK Sg Jejawi(Cuti sakit)v. SMK Horley Methodist(Kekosongan jawatan belum diisi)vi. SMK Hutan melintang( Hari terakir di sekolah)Tindakan : Makluman

1.2SASARAN KERJA TAHUNAN(SKT) PPD HILIR PERAK

1.2.1SKT PPD Hilir Perak 2015 ialah :

i. Mencapai kedudukan nombor satu dalam peperiksaan awam.ii. Mencapai kedudukan kedua terbaik dalam sukan.iii. Meningkatkan imej organisasi.iv. Mewujudkan sistem penyampaian yang cekap.Tindakan : Makluman

1.3SITUASI KEJAYAAN SEKOLAH

1.3.1Situasi kejayaan sekolah dapat dilihat dalam beberapa keadaan iaitu :

i. Sekolah yang sentiasa dapat mengekalkan kejayaan.ii. Sekolah yang mencatat prestasi turun naik.iii. Sekolah yang merosot setelah mencapai kejayaan.iv. Sekolah yang mempunyai murid cemerlang tetapi tidak cemerlang. v. Sekolah yang mempunyai murid potensi lulus tetapi tidak dapat mencatat pencapaian kuantiti yang memberansangkan.

Tindakan : Makluman

1.4TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB)

1.4.1PGB hendaklah memahami bahawa 70 peratus tugas mereka berkaitan dengan kurikulum. Justeru, PGB perlu memperuntukkan tumpuan yang sewajarnya terhadap kurikulum agar sentiasa diberi keutamaan.1.4.2Semua PGB perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan falsafah berkenaan boleh direalisasikan dengan melihat pencapaian murid.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.5Pengerusi memaklumkan bahawa pada 29 Januari 2015 yang lalu, seramai 73 orang guru baharu lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah melapor diri ke daerah Hilir Perak. Hal ini menjadikan sumber guru bagi semua sekolah terutama Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC) mencukupi. Tindakan : Makluman

1.6Bagi memantapkan sumber kewangan sekolah selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah hendaklah bijak mencari kaedah menambah dana kewangan sekolah. Antaranya , menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sebagainya.Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.7MODAL INSAN CEMERLANG

1.7.1.Pengerusi melaklumkan bahawa pembangunan modal insan perlu memberi penekanan kepada ciri-ciri berikut:

i. Memberikan komitmen tinggi.ii. Sentiasa mengelak perkara yang salah.iii. Mempunyai semangat yang tinggi.iv. Memiliki perasaan empati.v. Mempunyai kebijaksanaan dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Tindakan : Makluman

1.8KEUTAMAAN PELANGGAN

1.8.1Pelanggan utama di sekolah ialah murid. Justeru, setiap warga sekolah perlu memahami dan menghayati slogan Murid didahulukan Pendidikan diutamakan. Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.9KURIKULUM DAN MAKNA

1.9.1Kurikulum adalah satu ruang pembelajaran yang terbahagi kepadabeberapa jenis iaitu pembelajaran khusus, pembelajaran umum dan kurikulum tersirat. Tindakan : Makluman

1.10PENGETUA DAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN

1.10.1Pengerusi meminta semua Pengetua dan Guru Besar memahami dan menghayati tugas mereka yang merangkumi :

i. Bertanggungjawab memimpin, mengurus tadbir, menyelia, dan menilai pelaksanaan kurikulum di sekolah.ii. Bertanggungjawab sebagai pembimbing dan pendorong berhemah dan sentiasa menggerakkan guru-guru agar lebih proaktif, kreatif dan inovatif.iii. Bertanggungjawab memastikan standard Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdP) guru berada pada tahap terbaik. Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.11PENGETUA GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN

1.11.1Sebagai pemimpin instraksional di sekolah, PGB perlu memahami item dan konsep PdP. Justeru, PGB perlu memastikan Buku Rekod Mengajar guru disemak pada hari terakhir persekolahan setiap minggu, mencerap PdP guru sekurang-kurangnya dua kali setahun dan memastikan guru mematuhi jadual waktu peribadi.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.12POST MORTEM UPSR 2014 DAN HEAD COUNT UPSR 2015

1.12.1Semua Guru Besar perlu memastikan guru yang mengajar semua mata pelajaran UPSR 2014 membuat post mortem pencapaian murid.

Tindakan : Guru Besar

1.12.2Semua Guru Besar perlu mengadakan kajian impak semua program peningkatan UPSR 2014. Hal Ini bagi memastikan sama ada ia boleh diteruskan, ditambah baik, digugurkan atau ditukar kepada satu program yang baharu.

Tindakan : Guru Besar

1.13DASAR AKADEMIK PPD 2015

1.13.1Pengerusi menjelaskan Dasar-dasar Akademik PPD iaitu :

i. PdP berkualiti perlu dijalankan dari awal tahun.ii. Setiap guru perlu melaporkan pencapaian setiap murid dalam mesyuarat akademik.iii. Setiap guru perlu menyediakan head count bagi setiap murid dan kelas yang diajar.iv. Penetapan sasaran perlu dibuat pada akhir tahun tetapi boleh berubah seandainya telah dicapai.v. Ujian Diagnosis boleh dijalankan setiap dua bulan bagi mengetahui status pencapaian semasa murid.vi. Analisis item perlu dibuat bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), Peperiksaan Percubaan (PP) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).vii. Murid target kuantiti dan kualiti perlu dipamerkan untuk semua guru.viii. Murid near miss A dan near miss lulus perlu disenaraikan dan tindakan berfokus berdasarkan pencapaian perlu dilakukan.ix. Senarai minimum semua A perlu diselaraskan agar tidak berlaku silang A.x. Senarai minimum semua C perlu diselaraskan agar tidak berlaku silang gagal.xi. Mesyuarat Jawatankuasa Panitia perlu membincangkan pencapaian murid secara professional satu persatu.xii. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah diadakan untuk menyelaraskan kerja, merancang program dan projek serta aktiviti panitia dan menilai pematuhan dasar akademik sekolah.xiii. PGB perlu memastiakn sentuhan emas setiap kali sebelum peperiksaan awam.

1.13.2Pengerusi mengarahkan semua PGB mematuhi dasar-dasar akademik t