minit mesyuarat disiplin

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG 11900, BAYAN LEPAS PULAU PINANG MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN PERTAMA/2011 Tarikh : 19 Januari 2011 Masa : 1.10 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat Agenda :1. Ucapan Pengerusi 2. Pengagihan Tugas 3. SSDM 4. Hal-hal lain Kehadiran : 1. En. Abdul Karim Bin Aziz 2. Pn. Alexcia Taisin 3. Pn. Azlinda Bt. Idris 4. En. Chew Chee King 5. En. Idham Khalid Bin Mardzuki 6. En. Kanisan a/l Murugiah 7. Pn. Mariyana Bt. Marzuki 8. Pn. Rahmah Bee Bt. Sheik Abdul Kader 9. Pn. Rosda Hanim Bt. Hj. Omar 10. Pn. Siti Asmah Bt. Che Amat 11. Pn. Suryani Bt. Mohammad 12. Pn. Wan Mazura Bt. Wan Mehammud Tidak hadir bersebab : 1. Pn. Sharmila a/p Bangaroo 2. Pn. See Gek Suan 1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi, Pn. Rosda Hanim mengucapkan salam dan berterima kasih atas kehadiran semua AJK ke mesyuarat lembaga disiplin yang pertama ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua

Upload: azlindanan72679

Post on 28-Oct-2015

589 views

Category:

Documents


65 download

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesyuarat disiplin

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG11900, BAYAN LEPAS

PULAU PINANG

MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN PERTAMA/2011

Tarikh : 19 Januari 2011Masa : 1.10 tengah hari Tempat : Bilik MesyuaratAgenda :1. Ucapan Pengerusi

2. Pengagihan Tugas 3. SSDM 4. Hal-hal lain

Kehadiran : 1. En. Abdul Karim Bin Aziz 2. Pn. Alexcia Taisin 3. Pn. Azlinda Bt. Idris 4. En. Chew Chee King 5. En. Idham Khalid Bin Mardzuki 6. En. Kanisan a/l Murugiah

7. Pn. Mariyana Bt. Marzuki 8. Pn. Rahmah Bee Bt. Sheik Abdul Kader 9. Pn. Rosda Hanim Bt. Hj. Omar 10. Pn. Siti Asmah Bt. Che Amat 11. Pn. Suryani Bt. Mohammad 12. Pn. Wan Mazura Bt. Wan Mehammud

Tidak hadir bersebab : 1. Pn. Sharmila a/p Bangaroo 2. Pn. See Gek Suan

1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi, Pn. Rosda Hanim mengucapkan salam dan berterima kasih atas kehadiran semua AJK ke mesyuarat lembaga disiplin yang pertama ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terpilih sebagai AJK lembaga disiplin kali ini dan berharap semua AJK dapat memberikan kerjasama dan menjalankan amanah ini dengan baik agar dapat membantu meningkatkan tahap disiplin pelajar di sekolah ini.

2.0 Pengagihan Tugas

Page 2: minit mesyuarat disiplin

2.1 Pengerusi telah memaklumkan AJK bahawa tugas-tugas disiplin telah diagihkan seperti berikut:

Bidang Tugas Tindakan1. Perhimpunan Pagi 1. En. Idham Khalid Bin Mardzuki

2. En. Abdul Karim Bin Aziz2. Pintu Pagar Hadapan 1. Pn. Rahmah Bee Bt. Sheik Abdul

Kader2. Pn. Wan Mazura Bt. Wan Mehammud

3. Pintu Pagar Belakang 1. Pn. Alexcia Taisin4. Kekemasan Pelajar Lelaki 1. En. Chew Chee King

2. En. Kanisan a/l Murugiah5. Kekemasan Pelajar Perempuan 1. Pn. Mariyana Bt. Marzuki

2. Pn. Siti Asmah Bt. Che Amat3. Pn. Sharmila a/p Bangaroo4. Pn. See Gek Suan

6. Merotan Pelajar Lelaki 1. En. Idham Khalid Bin Mardzuki2. En. Abdul Karim Bin Aziz

7. Merotan Pelajar Perempuan 1. Pn. Suryani Bt. Mohammad

Semua AJK perlu menjalankan tugas seperti yang telah ditetapkan.Tindakan : Semua AJK lembaga disiplin

2.2 Hukuman rotan akan dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah setelah semua amaran diberikan. Semua guru disiplin akan mendapat rotan baru yang telahpun dipesan tetapi belum dihantar ke sekolah lagi.Tindakan : Makluman semua AJK

2.3 AJK bersetuju untuk mengenakan tindakan seperti berikut kepada mana-mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah: i) Kesalahan kali pertama - pelajar diberi amaranii) Kesalahan yang sama kali kedua - pelajar didendaiii) Kesalahan yang sama kali ketiga - ibu bapa atau waris pelajar akan dipanggil ke sekolahTindakan bagi pelajar yang lewat ke sekolah: i) Kesalahan kali pertama - amaran ii) Kesalahan kali kedua - amaran dan nama akan dicatatiii) Kesalahan kali ketiga - rotan dan demerit bagi pelajar lelaki

- kerja amal dan demerit bagi pelajar perempuanTindakan : Makluman semua AJK

Page 3: minit mesyuarat disiplin

2.4 Bagi pelajar yang biadap terhadap guru, tindakan segera dan serta merta akan diambil apabila pelajar dihantar terus kepada guru disiplin.Tindakan : Semua guru

2.5 Semua pelajar yang menunggang motosikal pula diwajibkan mendapatkan pelekat berdaftar dari pihak sekolah. Semua penunggang motosikal mestilah mematikan enjin terlebih dahulu di luar pintu pagar sekolah, sebelum menuntun motosikal masuk ke tempat letak motosikal. Kerjasama daripada pihak pengawal(jaga) sekolah diperlukan untuk memastikan penunggang motosikal ini mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Tindakan : AJK dan pihak pengawal sekolah

3.0 SSDMSSDM merupakan satu sistem yang akan merekodkan semua masalah disiplin pelajar secara sistematik dalam komputer. Data-data dan maklumat disipin pelajar akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa bergantung kepada laporan yang telah diisi oleh guru-guru dalam borang disiplin pelajar.Tindakan : AJK

4.0 Hal-hal lain4.1 Cadangan daripada AJK supaya lembaga disiplin membeli tali leher sebagai stok sekolah untuk dipinjamkan kepada pelajar yang tidak memakai tali leher. Pelajar akan dikenakan RM1 setiap kali tidak memakai tali leher.Tindakan : Pengerusi

4.2 Pengerusi meminta agar ustaz dapat memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar yang suka merokok di surau.Tindakan : Ustaz Abdul Karim

4.3 Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua AJK Lembaga Disiplin juga bertanggungjawab sebagai guru pengawas sekolah.Tindakan : Makluman semua AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

………………………… ……………………………………(PN. AZLINDA IDRIS) (PN. ROSDA HANIM HJ OMAR)

Page 4: minit mesyuarat disiplin