minit mesyuarat bi 1

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BATU CAVES, 68100 BATU CAVES, SELANGOR MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BILANGAN 1 TAHUN 2016 Tarikh : 14 Januari 2016 Masa : 12.00 – 1.30 tengahari Tempat : Bilik Guru, SJKT Batu Caves Kehadiran : Bil Nama Jawatan 1. Pn. V. Saraswathy Ketua Panitia/ PPPS 2. Pn. Loganayaghi PPPS 3. Pn. Saundery PPPS 4. Pn. Hemah Devi PPPS 5. Pn. R.Rajeswary PPPS 6. Cik. K. Dashaini PPPS 7. Pn. A. Santhi PPPS 8. En. Selva Ganapathy PPPS 9. En. Nagarajan PPPS 10. Pn. V. Kaliammah PPPS Turut Hadir 1. - Tidak Hadir (Bersebab) 1. -

Upload: kajalviswa

Post on 14-Jul-2016

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat BI 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMILBATU CAVES, 68100 BATU CAVES, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERISBILANGAN 1 TAHUN 2016

Tarikh : 14 Januari 2016

Masa : 12.00 – 1.30 tengahari

Tempat : Bilik Guru, SJKT Batu Caves

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Pn. V. Saraswathy Ketua Panitia/ PPPS

2. Pn. Loganayaghi PPPS

3. Pn. Saundery PPPS

4. Pn. Hemah Devi PPPS

5. Pn. R.Rajeswary PPPS

6. Cik. K. Dashaini PPPS

7. Pn. A. Santhi PPPS

8. En. Selva Ganapathy PPPS

9. En. Nagarajan PPPS

10. Pn. V. Kaliammah PPPS

Turut Hadir 1. -

Tidak Hadir (Bersebab)

1. -

Urus Setia Mesyuarat :1. Puan V. Kaliammah Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

1 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.

1.2      Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan

Page 2: Minit Mesyuarat BI 1

kecemerlangan pelaksanaan program tahun 2015.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Dicadang untuk disahkan oleh Pn Loganayaghi

Disokong untuk pengesahan oleh Pn A Santhi

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Tiada perkara berbangkit dibincangkan

Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1. Pengerusi membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris untuk

sesi 2016.

                 Penasihat               : En Chanderan

                 Pengerusi               : Pn V Saraswathy

                 Setiausaha             : Pn V Kaliammah

Ahli Jawatankuasa : Semua guru BI

4.1.1 Pengerusi meminta semua guru untuk menyerahkan biodata guru dan

jadual waktu pengajaran masing-masing.

Tindakan: Makluman

4.2. Penentuan Format Rancangan Pelajaran Harian

4.2.1 Pengerusi mencadangkan semua guru untuk menulis rancangan

mengajar mengikut format penulisan yang terkini.

4.2.2 Pengerusi telah menyerahkan satu salinan contoh format rancangan

pengajaran kepada semua guru.

4.2.3 Pengerusi berpendapat bahawa tujuan rancangan pengajaran harian

(rph) diselaraskan agar pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.

Tindakan: Makluman

4.3. Penetapan Format Kertas Soalan Peperiksaan

4.3.1 Pengerusi telah menyerahkan satu salinan contoh format peperiksaan

sedia ada dengan format tahun 2016.

Page 3: Minit Mesyuarat BI 1

4.3.2 Pengerusi juga mencadangkan kertas soalan peperiksaan diselaraskan

bagi semua tahun iaitu tahun 1 hingga tahun 6. Maka, mulai tahun 2016,

murid-murid akan menduduki peperiksaan bagi dua kertas bahasa Inggeris

iaitu pemahaman (kertas 1) dan penulisan (kertas 2).

4.3.3 Pn. A. Santhi mencadangkan bahagian sastera (Literature) perlu

dimasukkan dalam pengubalan kertas soalan. Ini membantu murid-murid

dapat menguasai sastera dengan lebih baik.

4.3.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa panitia akan mengadakan

mesyuarat tentang penyediaan kertas soalan dan Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU).

Tindakan: Makluman

4.4. Program Linus

4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris perlu

mencapai KPI yang ditetapkan bagi Linus Bahasa Inggeris. Pengerusi juga

telah melantik beberapa orang guru Bahasa Inggeris untuk menjalankan

program Linus mengikut tahun masing-masing.

Tahun KPI Guru Penyelaras Linus

Tahun 1 95 % En. Selva Ganapathy

Tahun 2 98% Pn. Hemah Devi

Tahun 3 100% En. Nagarajan

4.4.2. Pengerusi juga berjanji sebanyak 5 % daripada peruntukan panitia akan

disumbangkan bagi Program Linus sekolah.

4.4.3 Pn. Muniamah menyatakan guru penyelaras linus Bahasa Inggeris perlu

menyediakan aktiviti yang bersesuaian bagi mencapai KPI linus.

Tindakan: En Selva, Pn Hemah & En Naga

4.5 Rancangan Program UPSR

4.5.1 Pengerusi menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi Pencapaian

Bahasa Inggeris UPSR 2016, iaitu pemahaman (80 %) dan penulisan (70%)

4.5.2 Pn Saundery mencadangkan bahawa guru-guru perlu diberi ladap atau

latihan dalaman yang khusus bagi meningkatkan pengetahuan tentang format

peperiksaan terbaru.

Page 4: Minit Mesyuarat BI 1

4.5.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa peratusan pencapaian dalam

matapelajaran bahasa Inggeris pada tahun lepas (2015) adalah hanya 67 %

sahaja. Ini menunjukkan penurunan peratusan berbanding dengan tahun

lepas.

4.5.4 En Nagarajan mencadangkan supaya guru-guru menyediakan lebih

banyak aktiviti bagi murid-murid yang galus dan lemah. Fokus perlu diberikan

kepada murid-murid yang galus bagi meningkatkan peratusan lulus bahasa

Inggeris.

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN5.1. Pengerusi memperingatkan guru untuk menyediakan headcount murid bagi

tujuan mengenali tahap prestasi murid. Hal ini dapat membantu guru untuk

menyediakan latihan dan aktiviti berdasarkan tahap kemampuan murid

5.2. Pengerusi juga meminta semua guru untuk menyediakan rancangan pengajaran

tahunan supaya pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan berkesan.

Tindakan: Makluman

6. PENUTUP6.1 Ucapan penangguhan mesyuarat oleh pengerusi.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

Disediakan oleh,

.....................................(Pn. V. Kaliammah)Setiausaha

Panitia Bahasa Inggeris

SJKT Batu Caves

Tarikh : 14 Januari 2016