minit mesyuarat ba 2016

7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN MUHAMMAD BATU BERENDAM, MELAKA. MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI 1/2016 Tarikh : 30 Disember 2016 Hari : Rabu Masa : 11.00 pagi – 12.00 tenghari Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : Semua Guru Bahasa Arab kecuali : 1. Ustaz Fazly bin Yaaacob Pemeriksaan Kesihatan 2. Ustaz Johari bin Saleh Menunaikan Umrah Agenda 1.0 Ucapan 1.1 Ucaptama 1.1.1 Ustaz Abd Hamid bin Ashari mewakili pihak pengurusan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru PAIBA atas usaha dan sumbangan yang telah diberikan untuk kejayaan sekolah sebelum ini. Diharapkan semua guru-guru PAIBA dapat meningkatkan azam dan semangat bagi menghadapi sesi pembelajaran baru 2016. 1.1.2 Untuk tahun ini kita akan memantapkan program solat berjemaah. Untuk solat zohor kita akan memberikan peruntukan waktu 25 minit untuk solat berjemaah dan peruntukan waktu ini akan dimasukkan di dalam jadual waktu. Tindakan : Makluman 1.2 Ucapan GKMP PAIBA 1.2.1 Ustaz Tuba Nihrir selaku GKMP PAIBA mengalu-alukan ketibaan semua guru-guru PAIBA dan mengucapkan terima

Upload: khairil-anuar

Post on 10-Apr-2016

242 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Panitia

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat BA 2016

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN MUHAMMAD

BATU BERENDAM, MELAKA.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI 1/2016

Tarikh : 30 Disember 2016

Hari : Rabu

Masa : 11.00 pagi – 12.00 tenghari

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : Semua Guru Bahasa Arab kecuali :

1. Ustaz Fazly bin Yaaacob Pemeriksaan Kesihatan2. Ustaz Johari bin Saleh Menunaikan Umrah

Agenda

1.0 Ucapan1.1 Ucaptama

1.1.1 Ustaz Abd Hamid bin Ashari mewakili pihak pengurusan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru PAIBA atas usaha dan sumbangan yang telah diberikan untuk kejayaan sekolah sebelum ini. Diharapkan semua guru-guru PAIBA dapat meningkatkan azam dan semangat bagi menghadapi sesi pembelajaran baru 2016.

1.1.2 Untuk tahun ini kita akan memantapkan program solat berjemaah. Untuk solat zohor kita akan memberikan peruntukan waktu 25 minit untuk solat berjemaah dan peruntukan waktu ini akan dimasukkan di dalam jadual waktu.

Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan GKMP PAIBA

1.2.1 Ustaz Tuba Nihrir selaku GKMP PAIBA mengalu-alukan ketibaan semua guru-guru PAIBA dan mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama semua guru-guru PAIBA sepanjang 2015 dalam menjayakan semua program yang dirancang.

1.2.2 Harapan beliau untuk 2016 para guru dapat meningkatkan lagi usaha dan meneruskan komitmen bagi merialisasikan objektif yang telah ditetapkan bersama.

Tindakan : Makluman

Page 2: Minit Mesyuarat BA 2016

1.2.3 Pergerakan panitia perlulah berdasarkan buku panduan dasar kurikulum sekolah yang diedarkan.

Tindakan : Ketua panitia dan semua Guru

1.2.4 Secara umum target sekolah : 1. Penilian Tingkatan 3 (PT3) 2016 100% lulus 2. Mencapai 15% daripada bilangan calon

mendapat 11A bagi kualiti PT3 20163. SPM 100% lulus4. Mencapai 15% daripada bilangan calon

mendapat 11A dalam SPM 2016

1.2.5 Panitia perlu target lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan sekolah. Sila rujuk TOV tingkatan 2 untuk PT3 2016 dan TOV tingkatan 4 untuk SPM 2016.

Tindakan : Makluman

1.2.6 Program dan aktiviti sokongan perlu dirancang dan diatur untuk mencapai TOV yang ditetapkan.

Tindakan : Ketua Panitia

1.2.7 Post Moterm PT3, setiap panitia yang terlibat hendaklah membuat laporan dan dibentangkan di dalam mesyuarat PT3.

Tindakan : Ketua Panitia

1.2.8 Buku persediaan mengajar hendaklah ditulis berdasarkan persetujuan yang dicapai di dalam mesyuarat dalaman panitia masing-masing.

Tindakan : Semua guru

1.2.9 Guru-guru hendaklah merujuk jadual pemantauan pdp di dalam buku pengurusan. Kaedah pemantauan adalah berdasarkan apa yang telah dinyatakan.

Tindakan : Makluman

1.2.10 Setiap panitia telah menghantar perancangan-perancangan program masing-masing dan sebahagiannya telah dimasukkan di dalam takwim. Namun begitu bagi program-program mendatang yang dilihat berkeperluan bolehlah diajukan kepada pihak pengurusan untuk mendapat persetujuan dan penyelarasan tarikh program.

Tindakan : Ketua Panitia

Page 3: Minit Mesyuarat BA 2016

1.2.11Semakan buku latihan dan nota akan dibuat 3 kali setahun. Rujuk jadual dalam buku pengurusan. Ia boleh dibuat oleh ketua panitia dan guru cemerlang selain daripada pihak pentadbir.

Tindakan : Semua guru

1.2.12Pemilihan buku latihan dan kerja hendaklah diseragamkan dan diselaraskan diperingkat panitia untuk memudahkan pemantauan. Setiap panitia perlu mempunyai buku latihan. Jumlah latihan pelajar perlu selaras dengan jadual kouta latihan pelajar yang telah diberikan.

Tindakan : Ketua Panitia

1.2.13Guru-guru matapelajaran perlu menyediakan headcount setiap pelajar bagi kelas masing-masing, seterusnya menyerahkan kepada ketua panitia untuk direkodkan di dalam fail panitia.

Tindakan : Semua guru

1.3. Ucapan Ketua Panitia

1.3.1. Mesyuarat dimulakan dengan al-Fatihah. Mengucapkan tahniah kepada guru-guru panitia atas kejayaan yang dicapai dan berharap agar mendapat sokongan setiap ahli panitia untuk meneruskan agenda 2016.

Tindakan : Makluman

1.4. Lantikan jawatankuasa panitia *Rujuk helaian edaran yang diberikan.

Tindakan : Semua guru

1.5. Format penulisan buku rekod merujuk kepada huraian sukatan seperti tahun-tahun sebelum.

Tindakan : Semua guru

1.6. Penetapan buku latihan dan nota.1.6.1.Untuk menengah rendah panitia akan menggunakan 1 unit buku nota, 1 unit buku

tatabahasa/bina ayat dan 1 unit buku panjang bergaris garis 1 untuk karangan dan kefahaman.

Page 4: Minit Mesyuarat BA 2016

1.6.2.Menenggah atas menggunakan kertas yang difailkan. 1 unit fail dengan pembahagian yang ditetapkan.

1.7. Penetapan bilangan latihan dan nota dalam sebulan.

1.7.1.Setiap kali pdp pelajar hendaklah menyediakan nota samada ditulis atau disediakan oleh guru mengikut silibus yang ditetapkan.

1.7.2.Untuk latihan membina ayat dan mufradat hendaklah diberikan penekanan kepada pelajar pada setiap hari.

Tindakan : Semua guru

1.8. Penyediaan untuk RPT perludisediakan oleh penyelaras tingkatan sebelum 15 Januari 2016.

Tindakan : Guru penyelaras tingkatan

1.9. Jadual pemantauan panitia adalah menikut kesesuaian waktu guru dan ketua panitia.

Tindakan : Makluman

1.10. Ustazah Amal binti Muhd Kamal akan mendapatkan jadual waktu bagi setiap ahli panitia dan diserahkan kepada ketua panitia untuk direkod di dalam fail.

Tindakan : Ustazah Amal Muhd Kamal

1.11. Profile ahli panitia juga perlu dihantar kepada ketua panitia untuk direkod.

Tindakan : Semua guru

1.12. Salinan Headcount setiap kelas dan pelajar yang diajar oleh guru perlu dihantar juga kepada ketua panitia.

Tindakan : Semua guru

1.13. Bilangan mesyuarat dalam panitia adalah sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Ketua Panitia

1.14. Program Akademik jangka Pendek dan Jangka Panjang perlu dirujuk kepada lampiran yang diedarkan.

Page 5: Minit Mesyuarat BA 2016

1.14.1. Tahbib Lughah ting 1. Pelancaran 11 Januari 2016 (Isnin) sehingga 29 Januari 2016 (Jumaat). Majlis Penutup 1 Feb 2015 (Isnin)

1.14.2. Penekanan program mengikut buku panduan tahbib lughah yang disediakan oleh Kementerian.

Tindakan : Ustaz Fazly & Guru-guru tingktan 1

1.14.3. Program pemulihan bermula awal bulan Feberuari untuk Tingatan 1 dan 2

Tindakan : Penyelaras Tingkatan 1 dan 2

1.15. Inhouse training akan dijalankan jika perlu.

Tindakan : Makluman

1.16. Setiap pelajar diwajibkan membawa kamus.

Tindakan : Semua guru tingkatan 1 dan 2

1.17. Semua pelajar tingkatan 3 wajib mempunyai buku Tips Skore A Bahasa Arab Tingkatan 1, 2 dan 3.

Tindakan : Guru-guru tingktan 3

1.18. PenutupDiharap para guru dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.

Mesyuarat tamat jam 4.30 petang.

Disediakan oleh:

(KHAIRILANUAR BIN SALIM)Setiausaha Panitia Bahasa Arab SMKA Sultan Muhammad, Melaka

Disahkan Semak oleh:

(USTAZAH KHAIRUL IZZAH BINTI AROM)Ketua Panitia Bahasa Arab SMKA Sultan Muhammad, Melaka.

Disahkan oleh :