minit mesyuarat
DESCRIPTION
Minit Mesyuarat Kejohanan Merentas desaTRANSCRIPT
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA (1)
JAWATANKUASA KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-2 SESI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
Tarikh : 17 Januari 2013
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA)
Kehadiran : 40 orang (Urusetia Kejohanan Merentas Desa Kali Kedua Sesi 2013)
AGENDA :
1. Ucapan Alu-aluan
1.1 Saudari Izzati Hazirah binti Mohd selaku Ketua Subjek WAJ3112 mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua urusetia kejohanan ini.
1.2 Beliau menegaskan pengurusan masa sangat penting walaupun guru pelatih
sedang sibuk menyiapkan tugasan dan beliau mengharapkan semua urusetia
Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-2 akan memberikan komitmen sepenuhnya.
2. Penerangan Tentang Program Yang Bakal Dianjurkan
2.1 Saudari Izzati Hazirah binti Mohd menjelaskan jenis program yang perlu
dikendalikan bagi subjek WAJ3112 ini.
2.2 Saudari Nur Hazirah binti Rosli turut menyatakan bahawa kejohanan ini perlu
dilaksanakan sebelum guru pelatih semester 5 keluar untuk praktikum.
3 Perlantikan Jawatankuasa Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-2 Sesi 2013
3.1 Saudari Nur Hazirah binti Rosli mencadangkan Nurul Nadiah binti Mohd Fuzi
sebagai Pengerusi Kejohanan.
3.2 Semua urusetia bersetuju dengan cadangan nama yang diutarakan.
3.3 Saudari Izzati Hazirah mencadangkan agar Nur Hazirah binti Rosli sebagai Naib
Pengerusi Kejohanan.
3.4 Semua urusetia sebulat suara bersetuju saudari Nur Hazirah sebagai Naib
Pengerusi Kejohanan.
3.5 Saudari Siti Zuraidah binti Ehsan mencadangkan Siti Khadijah sebagai
Setiausaha Kejohanan.
3.6 Semua urusetia bersetuju dengan cadangan nama yang diutarakan.
3.7 Saudari Nurul Syammim binti Mohamed Aslam mencadangkan saudari Nadatul
Husna bunti Badarudin sebagai Naib Setiausaha Kejohanan.
3.8 Semua urusetia bersetuju dengan cadangan nama yang diutarakan.
3.9 Saudari Nur Hanisah binti Mohd Ruslan mencadangkan Maryam binti Norazan
sebagai Bendahari Kejohanan.
3.10 Semua urusetia bersetuju dengan cadangan nama yang diutarakan.
3.11 Saudari Zulaikha Aira mengcadangkan Noor Najihah Haromie binti Omar
sebagai Naib Bendahari Kejohanan.
3.12 Semua urusetia bersetuju dengan cadangan nama yang diutarakan.
3.13 Saudari Nurul Nadiah mencadangkan agar perlantikan jawatankuasa kecil bagi
kejohanan ini dilantik dalam unit masing-masing bagi menjimatkan masa.
4 Penangguhan mesyuarat
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada masa yang akan dimaklumkan.
Setiausaha Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-2 18 Januari 2013