minit mesyuarat 2
DESCRIPTION
minitTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU
JALAN PAYA TERUBONG, 11900, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
TEL: 04-6425207
_________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI
KEDUA 2014
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2014
MASA : 1.45 PETANG
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
PENGERUSI : EN.KRISHNAKUMAR A/L SHANMUGAM
KEHADIRAN : EN. KRISHNAKUMAR A/L SHANMUGAM
EN. MUHAMAD ADRIE BIN KAMARUDIN
EN. KENNEDY KAMIH
PN. NOOR SHUHADA BT. GHAZALI
PN. SURAYA BT. ZAKARIA
CIK MASLENA BT. JALALUDIN
Bil Agenda Tindakan
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Ketua panitia mengucapkan selamat datang kepada semua ahli panitia dan berterima kasih keranadapat hadir ke mesyuarat kali yang kedua ini.
2. Kertas Peperiksaan PKSR 2
2.1 En. Krishnakumar menyatakan bahawa tajuk kertas peperiksaan bagi tahun 1,2,3, dan 4 adalah ‘Pendidikan Kesihatan’. Bagi tahun 5 dan 6, taujuk kertas adalah ‘Pendidikan Jasmani dan Kesihatan’ tetapi guru mata pelajaran perlu mendaftar di bawah mata pelajaran ‘Pendidikan Kesihatan’
dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
2.2 Pembahagian markah adalah seperti berikut:
Kertas peperiksaan (60 markah) Folio/buku kerja/kerja kursus (30 markah) Sahsiah (10 markah)
2.3 Kertas soalan yang telah disediakan akan disemak terlabih dahulu oleh ketua panitia sebelum dicetak.
2.4 Pembahagian penggubal soalan adalah seperti berikut:
Tahun 1 & 2 : Puan Noor Shuhada Tahun 3 : Encik Abdul Rashid Tahun 4 : Encik Kennedy Tahun 5 : Encik Ahmad Zaiki Tahun 6 : Puan Suraya
3. Penangguhan Mesyuarat
3.1 Encik Krishnakumar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang telah menghadiri mesyuarat ini dan atas kerjasama yang telah diberikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Disediakan oleh:
.........................(Muhamad Adrie Bin Kamarudin)Setiausaha Panitia PJK