minit mesyuarat jawatankuasa bandar selamat,...

19
1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang Bil.2/2018 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, ‘LOCAL AGENDA 21’ DAN PEMBANGUNAN MAMPAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BIL.2/2018 -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tarikh : 12 November 2018 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, Tingkat 4, Majlis Perbandaran Sepang Cyberjaya, Selangor KEHADIRAN 1. Tuan Muhammad Hafiz bin Shaari, - Pengerusi Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang 2. Encik Lwi Kian Keong, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon KLIA 3. Encik Gun Chee Hui, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Kota Warisan 4. Dr. Teo Lian Seng, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon BBST Selatan 5. Encik Lee Kang Ming, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Timah Langat 6. Encik Mohd Shafinye bin Mohd Nasoha, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Arked 7. Encik Mohd Syamsol bin Md Shariff, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Taman Mas & Putra Prima 8. Encik Rushdan bin Mohamed, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Putra Perdana 9. Encik Hazimun Rahmat bin Mohammad, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Labu

Upload: nguyendieu

Post on 13-May-2019

608 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, ‘LOCAL AGENDA 21’

DAN PEMBANGUNAN MAMPAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

BIL.2/2018 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 12 November 2018 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, Tingkat 4,

Majlis Perbandaran Sepang Cyberjaya, Selangor

KEHADIRAN 1. Tuan Muhammad Hafiz bin Shaari, - Pengerusi

Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang

2. Encik Lwi Kian Keong,

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon KLIA

3. Encik Gun Chee Hui,

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Kota Warisan

4. Dr. Teo Lian Seng, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon BBST Selatan

5. Encik Lee Kang Ming, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Timah Langat

6. Encik Mohd Shafinye bin Mohd Nasoha,

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Arked

7. Encik Mohd Syamsol bin Md Shariff,

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Taman Mas & Putra Prima

8. Encik Rushdan bin Mohamed,

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Putra Perdana

9. Encik Hazimun Rahmat bin Mohammad, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Labu

Page 2: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

10. Encik Yusop bin Md Dohop,

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Bandar Bukit Puchong

11. Encik Mohd Syahrul Amri bin Mat Sari, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Jenderam

12. Encik Muhamad Mizan Adli Bin Mohd Noor

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Pinggiran Putra

13. Encik Azrul Wahab

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

14. Inspektor Supt. Md. Noor Aehawan Bin Mohammad Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sepang

15. Ir. Siti Shazwani Binti Mohd Nawi

Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang

16. Encik Mohd Huzaini Bin Ismail Pejabat Kesihatan Daerah Sepang

17. Puan Noranismawati Jabatan Pendidikan Daerah Sepang

18. Encik Mohd Rashidi Bin Ab. Raof Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang

19. Encik Steve Anthony Lojuntin

Ketua Unit Tenaga, Energy Demand Management (EDM) Unit Sustainable Energy Development Authority M’sia (SEDA)

20. Puan Hayati Binti Rithuwan Sustainable Energy Development Authority M’sia (SEDA) 21. Puan Nor Aslaili Binti Mahmood Malaysia Green Technology Corporation (Greentech) 22. Encik Zainudin bin Abd. Samad Cyberview Sdn. Bhd. 23. Encik Mohd Adhwa bin Abd. Rahman Cyberview Sdn. Bhd. 24. Encik Chang Yi Hern Jom Run Sdn. Bhd.

Page 3: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

25. Encik Noor Aswad Bin Nawi Vads Lyfe Sdn. Bhd. 26. Encik Ramzul Mazuan Bin Ramli Vads Lyfe Sdn. Bhd. 27. Encik Saiful Bin Jamaluddin Vads Lyfe Sdn. Bhd. 28. Encik Zurruhasani Bin Mohd Zuber SSDU Innovations Sdn. Bhd. (MBI)

TURUT HADIR 29. Puan Rozeta binti Md. Yusuf

Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang 30. Cik Suhaila binti Dahwan

Penolong Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Sepang 31. Encik Mohd Fahmy Bin Tumut,

Pengarah, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MPSepang 32. Encik Badrul Bin Rahim

Ketua Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Sepang 33. Encik Mohamad Firdaus Bin Mohamad Marji

Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sepang

34. Puan Hasnidar Binti Ali

Penolong Pegawai, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Sepang

35. Encik Noor Halif Bin Noorzan

Pengarah, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja, Majlis Perbandaran Sepang

36. Encik Ahmad Zakwan Bin Mohd Affandi

Unit Tender dan Kontrak, Majlis Perbandaran Sepang 37. Puan Suhana Binti Mohamad Ghazali

Ketua, Unit Integriti, Majlis Perbandaran Sepang

38. Puan Suhana bin Soib, Penolong Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Sepang

39. Encik Mohamad Shahidan Bin Hashim

Ketua, Unit Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Sepang

Page 4: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

4 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

40. Encik Mohamad Za’im Erham Bin Misswandi

Penolong Pegawai Tadbir, Unit Korporat dan Perhubungan Awam, MPSepang 41. Encik Muhamad Azim Bin Mohd Wazir

Jurutera, Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Sepang 42. Puan Hazirah Binti Md. Desa

Unit Undang-Undang, Majlis Perbandaran Sepang 43. Encik Saiful Amar bin Mujahid,

Penolong Pegawai Landskap, Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Sepang 44. Encik Sulaiman Bin Abi Hashim,

Pengarah , Jabatan Kawalan Bangunan, MPSepang 45. Puan Ruhaila Binti Abd. Rahman

Penolong Pengarah, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Sepang

46. Encik Samsul Bin Ismail Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Sepang

URUSETIA 47. Encik Mohd Adham bin Hj Mahmood,

Penolong Pengarah@Ketua, Bahagian Teknologi Hijau & Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang

48. Encik Ibnu Walid bin Zaaba

Penolong Pegawai Perancang Bandar, Unit Bandar Selamat & LA21, Bahagian Teknologi Hijau & Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang

49. Puan Norhedawatie Zainuddin,

Penolong Pegawai Perancang Bandar, Unit Teknologi Hijau & Smart City, Bahagian Teknologi Hijau & Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang

50. Encik Raja Shamin Bin Raja Mohamed Naguib,

Penolong Pegawai Perancang Bandar, Unit Teknologi Hijau & Smart City, Bahagian Teknologi Hijau & Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang

51. Puan Norlizawati Binti Samsuddin, Penolong Pegawai Perancang Bandar, Unit Pelaburan, Bahagian Teknologi Hijau & Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang

Page 5: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

5 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

TIDAK HADIR DENGAN MAAF 52. PlanMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

Selangor) 53. Pejabat Daerah dan Tanah Sepang

54. Jabatan Imigresen Negeri Selangor

55. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor 56. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Sepang 57. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang 58. Pejabat Agama Islam Daerah Sepang

Page 6: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

6 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Timbalan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sepang selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa Jawatankuasa ini perlu bersidang sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun. Jawatankuasa ini lebih memfokuskan aspek-aspek Bandar Selamat, Local Agenda 21 serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan Mampan. Tuan Pengerusi juga memohon kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi yang terlibat di dalam Jawatankuasa ini berperanan mengikut fungsi jabatan masing-masing.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.1/2018

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 dan Pembangunan Mampan, Majlis Perbandaran Sepang Bil.1/2018 disahkan tanpa pindaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Cadangan Perlaksanaan ‘Bike Share’ Di Cyberjaya / Daerah Sepang Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor Bil.2/2017 yang bermesyuarat pada 27 November 2017 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Teng Chang Kim, EXCO / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor berhubung perkhidmatan ‘Bike Sharing’ telah memutuskan perkara berikut : i) Mesyuarat bersetuju bahawa pemilihan syarikat penyedia

perkhidmatan ‘bike sharing’ tertakluk kepada PBT dan mengikut Garis Panduan yang ditetapkan

ii) Mesyuarat bersetuju perkhidmatan Obike ditamatkan kerana tidak mempunyai teknologi ‘Geo-Fencing’ dan gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dan garis panduan kawasan PBT

Bagi perkara di para (i), pihak PBT (MPSepang) masih menunggu maklum balas daripada mana-mana syarikat yang sudi berkolaborasi dengan pihak Majlis dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tindakan :

Majlis Perbandaran Sepang Jabatan Perancangan Bandar

Jabatan Penguatkuasaan Jabatan Kejuruteraan

Jabatan Pelesenan

Page 7: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

7 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

3.2 Cadangan Usahasama MPSepang dan SEDA Malaysia Bagi

Program Low Carbon Building. Pilot Projek Cyberjaya (Online Energy Monitoring System) Isu ‘network’ atau internet ‘point’ di bilik MSB, Bangunan Majlis Perbandaran Sepang telah selesai proses pemasangan network antara Unit Teknologi Maklumat dan pihak SEDA. Sesi ‘Teach-in’ telah diadakan pada 11 – 12 Oktober 2018 bersekali dengan latihan / bengkel Kecekapan Tenaga oleh SEDA Malaysia.

Tindakan :

SEDA Malaysia Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang

Jabatan Kawalan Bangunan, MPSepang Unit Teknologi Maklumat, MPSepang

3.3 Cadangan Bengkel / Latihan Asas Pengurusan Kecekapan Tenaga

‘Energy Eficiency’ dan Pelaksanaan MS1525 (Malaysian Code Standard Energy Efficiency & Renewable Energy) Kepada Pihak Pengurusan dan Teknikal Majlis Perbandaran Sepang Secara Kolaborasi dengan SEDA Malaysia

Latihan / bengkel ini telah diadakan pada 11-12 Oktober 2018 dengan penglibatan daripada Pegawai dan Kakitangan MPSepang yang terlibat secara langsung dalam Audit Tenaga Bangunan MPSepang

Perincian laporan dan pembentukan Polisi tenaga, perincian pasukan kerja, skop kerja dan strategik serta Pelan Tindakan Jangka pendek dan Jangkamasa panjang dijangkakan akan dibentangkan pada bulan Disember 2018

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang

SEDA Malaysia

Para Peserta Bengkel Pengurusan Asas Kecekapan Tenaga pada 11 – 12 Oktober 2018

Page 8: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

8 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

3.4 Pelaksanaan Dan Penglibatan Majlis Perbandaran Sepang

(MPSepang) Dalam Green Technology Application For The Development Of Low Carbon Cities (GTALCC) Project

Merujuk kepada surat SEDA Malaysia bertarikh 4 Jun 2018, Tiga (3) aktiviti utama di bawah GTALCC ini iaitu : i) Sesi Training bagi Penggunaan Aplikasi Sistem ‘Smart Waste’

Bagi Perumahan Berbilang Tingkat. Pilot Projek di Cyberjaya Sesi latihan kepada pegawai, kakitangan dan Kontraktor kutipan sampah berhubung latihan pembangunan Sistem ‘Smart Waste’ melalui syarikat yang dilantik oleh MOSTI / ANGKASA sebelum ini adalah syarikat GeoInfo Sdn Bhd yang telah memasang lapan (8) teknologi IoT (Internet of Thing) di Cyberjaya sebagai ‘Pilot Projek’.

Bagi tujuan tersebut, pihak GTALCC bersetuju secara dasarnya untuk memperuntukkan sebanyak RM10 Ribu bagi tujuan latihan dan RM10,000 lagi peruntukan daripada pihak MPSepang. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu diteliti semula memandangkan kerja-kerja kutipan sampah domestik telah diambil alih oleh KDEB bermula pada 1 September 2018.

Tindakan :

Jabatan Kesihatan Persekitaran Jabatan Perancangan Bandar & SEDA Malaysia (Team GTALCC)

Pilot Projek ‘Sensor Smart Bin’ di Cyber Height Villa

Page 9: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

9 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

ii) Promosi Urban Farming dan Community Garden

Pihak GTALCC bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM10 Ribu bagi mempromosi ‘Urban Farming’ dan ‘Community Garden’ di Cyberjaya. Pihak MPSepang akan melaksanakan promosi setelah peruntukan diperolehi. Untuk permulaan, konsep MyOffice MyFarm yang telah dilancarkan pada 20 Disember 2017 oleh Dato’ YDP di perkarangan MPSepang akan dijadikan sebagai rujukan / konsep pembangunan.

iii) Selangor Intelligent Transport System (SITS) (Training)

SITS ini telah dilaksanakan oleh pihak Smart Selangor Delivery Unit (SDSU), Menteri Besar InCorporate (MBI). Justeru itu, satu (1) sesi training akan diadakan bersama pihak SDSU, MBI.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang

SEDA Malaysia (GTALCC)

Pelancaran ‘MyOffice MyFarm’ oleh Dato’ Puasa bin Md Taib, YDP MPSepang pada 20 Disember 2017

Mobile Apps untuk kemudahan pengguna Bas Smart Selangor

Page 10: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

10 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

3.5 Cadangan Pelaksanaan EPC (Energy Performance Contract) Bagi Pemasangan Lampu LED (Light Emitting Diode) Di Cyberjaya Di Bawah Inisiatif ‘Smart & Low Carbon City’, Majlis Perbandaran Sepang

Pihak jabatan kejuruteraan masih dalam peringkat kajian dan penyediaan 'business model' untuk pelaksanaan EPC di peringkat MPSepang.

Kajian pelaksanaan di PBT lain seperti MBSA telah dilakukan dan cadangan untuk melihat contoh pelaksanaan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan dilakukan dan kertas kerja akan dibentangkan di Mesyuarat Kewangan akan datang.

Tindakan : Jabatan Kejuruteraan, MPSepang

3.6 Cadangan Pelaksanaan ‘Food Waste Composting’ Peringkat Majlis Perbandaran Sepang di bawah inisiatif ‘Smart & Low Carbon City’ MPSepang ; Pilot Projek : Belakang Kafeteria, MPSepang

Bengkel Training for Trainers Food Waste Composting (FWC@Sepang) dan Program Food Waste Composting ini telah dilaksanakan pada 20 Disember 2017. Keberhasilan projek ini akan dipantau oleh Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Landskap, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Bagi memastikan projek ini berterusan, konsep Training for Trainers (T&T) perlu diteruskan dan satu Pelan Tindakan ‘Food Waste Composting (FWC) akan disediakan dengan bantuan daripada SWCorp dan juga pihak MARDI. Cadangan ‘Insentif’ kepada pengusaha Kantin atau lain-lain cadangan akan diteliti semula bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha kantin / peniaga melaksanakan FWC ini. Cadangan penyediaan Pelan Tindakan ini akan disediakan pada tahun 2019.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

Jabatan Landskap, MPSepang Jabatan Penilaian, MPSepang Pengurusan Kantin MPSepang

Jabatan Kesihatan Persekitaran Jabatan Kawalan Banguan

Page 11: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

11 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

3.7 Cadangan Kajian Kesejahteraan Penduduk Daerah Sepang oleh Universiti Islam Malaysia (UIM) dan MPSepang

Mesyuarat secara dasarnya bersetuju terhadap cadangan kaji selidik kesejahteraan bandar ini. Walaubagaimanapun, segala kos membiayai bagi melaksanakan kajian ini adalah di bawah tanggungjawab UIM (Universiti Islam Malaysia). Pihak UIM telah diminta untuk merujuk kepada indikator-indikator pembangunan mampan di dalam Gerbang MURNInet yang telah disediakan oleh PlanMalaysia.

Tindakan :

Universiti Islam Malaysia Jabatan Perancangan Bandar, MP Sepang

Semua Jabatan

3.8 Cadangan Pelaksanaan ‘Smart Waste Management di Cyberjaya’ (Pemasangan IOT Di Kebuk Sampah Bagi Perumahan Berbilang Tingkat)

Latihan penggunaan SMW ini akan diteliti semula selaras dengan proses kerja kutipan sampah telah diambil alih oleh KDEB bermula pada 1 September 2018.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

Jabatan Kesihatan Persekitaran GeoInfo Sdn Bhd

3.9 “Detail Site Suitability and Business Model Study for on-site Waste

Processing” di Bawah Komponen 3 (GTALCC) : Low Carbon Technology Investments in Cities oleh SEDA Malaysia

Kajian ini melibatkan projek di bawah GTALCC (Green Technology Application Low Carbon City) dengan peruntukan kajian daripada SEDA Malaysia dan UNDP dengan kos RM60 Ribu Sahaja dengan cadangan kos RM50 Ribu dibiayai oleh pihak SEDA Malaysia dan RM10 Ribu daripada pihak MPSepang. Perincian adalah seperti berikut : Ø Profesional Fee kajian : RM50,000 (SEDA Malaysia) Ø Waste Characterisation Study : RM10,000 (MPSepang)

Muhamad Adan Yusof, CEO Mensilin Green Energy Sdn Bhd, (Perunding yang dilantik oleh SEDA Malaysia). Kajian ini telah siap sepenuhnya dan juga telah dibentangkan semasa IGEM 2018 pada Oktober 2018 yang lalu. Tindakan selanjutnya adalah untuk mengadakan perbincangan dengan pihak KDEB atau arahan lanjut samada daripada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan sejumlah pelaburan yang tinggi.

Tindakan : Jabatan Kesihatan Persekitaran

Jabatan Perancangan Bandar

Page 12: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

12 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

3.10 Cadangan Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik dan Air

Anjuran Majlis Perbandaran Sepang bersama Kerajaan Negeri Selangor (Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor) Mesyuarat secara dasarnya bersetuju bagi cadangan Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik Dan Air Anjuran Majlis Perbandaran Sepang dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor. Mesyuarat secara dasarnya juga bersetuju cadangan hadiah kepada pemenang yang berjumlah RM9,600.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember 2018. Risalah sebanyak 1000 unit telah dicetakkan dan diedarkan melalui kerjasama Setiausaha Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Promosi melalui Billboard Digital, Laman Web (smart.mpsepang. gov.my), Media Sosial (Facebook) juga telah dilaksanakan. Promosi melalui hebahan ‘Banner’ dan juga edaran melalui surat akan dilaksanakan dengan kerjasama Unit Korporat dan Perhubungan Awam serta Jabatan Pembangunan Masyarakat. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada penghujung Disember 2018 memandangkan tarikh tutup penyertaan pada 10 Dis 2018.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar

Jabatan Pembangunan Masyarakat Unit Korporat dan Perhubungan Awam

4.0 PERKARA YANG DI BINCANGKAN

4.1 KERTAS 1 : Cadangan Penilaian Bandar Rendah Karbon Bagi Zon Cyber 1, Cyberjaya Seluas 401.92 Hektar (993.16 Ekar) (Tahun 2016 – 2018) Secara ‘City Based Approach’ Untuk Majlis Perbandaran Sepang Visi Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2025 adalah untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030. Bagi tujuan mempercepatkan proses pelaksanaan dan pengukuran prestasi, tujuh (7) strategi utama, 24 Tindakan dan 62 sub tindakan telah digariskan. MPSepang juga telah mengadakan ‘Teach-In’ ‘Carbon Calculator’ dengan khidmat nasihat Greeentech bagi mengukur ‘Carbon emission’ menggunakan ‘Assessement System : LCCF Track’ Kepada Pegawai Dan Kakitangan Majlis Perbandaran Sepang pada 25 dan 26 Oktober 2018. Semasa sesi ‘Teach-In’ dan ‘Brainstorming’ yang telah diadakan pada 25 hingga 26 Oktober 2018 yang lalu, Zon Cyber 1 telah dipilih sebagai ‘Pilot Projek’ bagi mengukur pelepasan karbon di Cyberjaya berdasarkan justifikasi berikut :

Page 13: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

13 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

a) Kedapatan Komponen pembangunan bercampur b) Pelaksanaan Audit Tenaga bagi Bangunan MPSepang sebagai ‘role

model’ kepada bangunan lain ; c) Kemudahan dan perolehan data yang mudah mengikut Zon (Cyber 1

hingga Cyber 12) berbanding perolehan data untuk keseluruhan Cyberjaya

d) Kawasan komited dan sedang membangun e) Komitmen daripada ‘Stakeholder’ di Cyber 1

Bagi mengukur pengurangan karbon tersebut, Pihak MPSepang akan menggunakan ‘Carbon Calculator’ iaitu LCCF Track yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui ‘Greentech Malaysia’. LCCF Track (Carbon Calculator) tersebut, mempunyai tujuh (7) elemen yang perlu dilengkapkan seperti berikut : i. Gunatanah (Landuse) ii. Landskap (Landscape) iii. Pengangkutan (Transport) iv. Tepubina (Embodied) v. Tenaga (Energy) vi. Sisa Pepejal (Waste) vii. Air (Water)

Bagi melancarkan proses pengumpulan dan kemasukan data, pihak MPSepang bersama-sama ‘Stakeholder’ telah membentuk pasukan kerja seperti berikut : i. Pihak Pengurusan Masjid Di Raja Haji Fisabilliah, Cyberjaya ii. Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya iii. Tenaga Nasional Berhad iv. JMB Setia Villa v. JMB Setia Marina vi. JMB Setia Rimba vii. SP Setia Eco Glades

Page 14: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

14 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

Manakala, Jawatankuasa Kerja di dalam MPSepang adalah seperti berikut :

CADANGAN PASUKAN KERJA BANDAR RENDAH KARBON (CYBER 1, CYBERJAYA), MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Nota : Perincian Senarai Ahli / Pasukan Kerja SLCCF MPSepang seperti di Para 2.4

Penilaian di Cyber 1 ini akan didokumenkan dan dikemukakan kepada pihak MESTECC melalui Greentech Malaysia bagi diperakukan dan seterusnya menentukan tahap ‘Best Practice’.

Keputusan Mesyuarat :

Mesyuarat secara dasar bersetuju bagi pemilihan Zon / Cyber 1, Cyberjaya

sebagai Pilot Projek dan seterusnya menyediakan satu (1) dokumen LCCF

Cyber 1 untuk dikemukakan kepada Greentech Malaysia bagi tujuan penilaian.

Mesyuarat juga Bersetuju terhadap cadangan perincian pasukan kerja ’SLCCF’

seperti diagram / rajah di atas. ;

Tindakan :

Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang Greentech Malaysia

PENGERUSI Yang DiPertua / Timbalan Yang DiPertua

Majlis Perbandaran Sepang

SISA PEPEJAL (Waste)

Jabatan Perancangan BandarPuan Rozeta bt Md Yusuf

TEPUBINA (Embodied)

PENGANGKUTAN (Transport)

LANDSKAP (Landscape)

URUSETIA Jabatan Perancangan

Bandar

GUNATANAH (Landuse)

Jabatan Kawalan Bangunan Encik Sulaiman bin Abi Hashim

‘Data Collection’

Jabatan Kesihatan Persekitaran Encik Kuzaini bin Hamidon

Jabatan Kejuruteraan Tuan Hj Saifunazif bin Mat Yatim

Bahagian Landskap Jabatan Perancangan Bandar

Puan Ruhaila bt Abd Rahman

TENAGA (Energy)

AIR (Water)

Page 15: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

15 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

4.2 KERTAS 2 : Status Pemantauan, Penyelenggaraan dan Operasi 32 Unit

CCTV Di Bawah Projek MERS999 / Bandar Pintar Cyberjaya Bagi Tempoh Sehingga 31 Oktober 2018.

Tujuan & Matlamat: a) Pemasangan 32 unit Sistem Pengawasan CCTV Cyberjaya Fasa

1 adalah berdasarkan kawasan lalu lintas dan kawasan berkependudukan tinggi di Cyberjaya;

b) Sistem Pengawasan CCTV Cyberjaya Fasa 1 menggunakan rangkaian “fiber”. Kesemua 32 unit kamera dikawal di Bilik Kawalan Pusat Balai Polis Cyberjaya;

c) 32 unit kamera ini juga dilengkapi dengan pembesar suara atau “public announcer” untuk membolehkan pengendali bilik kawalan memberi amaran atau membantu menyampaikan mesej menggunakan sistem interkom;

d) Sistem Pengawasan CCTV Cyberjaya Fasa 1 dihubungkan dengan sistem Perkhidmatan Respon Kecemasan Malaysia (MERS) 999;

e) Tempoh kontrak untuk Sistem Pengawasan CCTV Cyberjaya Fasa 1 adalah selama 10 tahun bermula dari Mei 2009 dan akan tamat pada Mei 2019.

Fungsi Utama: a) Pemantauan aliran lalulintas; b) Pengawasan simpang jalan; c) Pemantauan aktiviti pemandu kenderaan; d) Pemantauan aktiviti jenayah; dan e) Pemantauan aktiviti umum di sekitar Cyberjaya

Kamera yang tidak berfungsi

*Kerosakkan fiber dan bekalan kuasa disebabkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur (jalan, utility dan lain-lain) di Cyberjaya

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat mengambil maklum status penyelenggaraan dan operasi CCTV di Cyberjaya dikendalikan oleh Cyberview Sdn Bhd dan kontraktor yang telah dilantik adalah Vads Lyfe Sdn Bhd. Mesyuarat juga telah mengambil maklum ’relocation’ CCTV kerana terdapat kerja-kerja pembinaan lebuhraya ,

Page 16: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

16 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

Tindakan : Cyberview Sdn Bhd VadsLyfe Sdn Bhd

Balai Polis Cyberjaya

4.3 KERTAS 3 : Status Pemantauan, Penyelenggaraan dan Operasi 50 Unit CCTV Di Bawah Projek Selangor State CCTV Untuk Daerah Sepang (Bilik Kawalan : IPD Sepang / MPSepang) Syarikat Vads Lyfe Sdn Bhd (Dahulu dikenali GTC Global Sdn B yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pihak Vads Lyfe telah menyediakan dan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Selangor dan berdasarkan kepada kontrak yang telah ditandatangani pada 26 Mei 2011 dengan SUK Selangor sebanyak 50, tempoh penyelenggaraan CCTV ini adalah bermula pada tahun 2014 dan akan berakhir pada tahun 2034. (20 tahun).Perincian 50 lokasi CCTV adalah seperti berikut :

Daripada 50 CCTV tersebut, sebanyak 11 CCTV mengalami kerosakan. Keputusan Mesyuarat :

Mesyuarat mengambil maklum status 50 CCTV di Daerah Sepang. Walaubagaimanapun, keberkesanan penggunaan CCTV ini perlu dibuat analisa samada membantu mengurangkan jenayah atau aliran trafik. Pihak syarikat Vads Lyfe dan pihak Polis di minta untuk membuat analisa impak atau tahap keberkesanan CCTV.

Tindakan : Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang

Unit ICT, MPSepang Vads Lyfe Sdn Bhd

IPD Sepang

Page 17: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

17 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

4.3 KERTAS 4 : Cadangan Penggunaan ‘Mobile Apps JomRun’ (Rewards Application) Bagi Aktiviti Larian Secara Kolaborasi Antara Majlis Perbandaran Sepang, ‘Stakeholder’ di Cyberjaya dan Jom Run Sdn Bhd. Jom Run Mobile Apps merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian (Jom Run). Di samping itu, menawarkan hadiah-hadiah kepada pengguna berdasarkan kepada jumlah Point yang telah dikumpulkan. Setakat ini, Jom Run telah mendapatkan penajaan daripada 40 syarikat yang bersediakan untuk menawarkan pelbagai barangan, perkhidmatan, pakej percutian dan sebagai bagi menghargai pengguna-pengguna yang aktif dalam aktiviti larian. Pihak Jom Run Sdn Bhd telah menawarkan untuk berkolaborasi dengan pihak MPSepang dan menawarkan penggunaan Mobile Apps secara percuma melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang seperti Car Free Day@Cyberjaya dan seumpamanya. Antara yang ditawarkan oleh Jom Run kepada pihak MPSepang adalah seperti berikut : • Menaja melalui ‘ticketing system’ bagi semua aktiviti larian

khususnya di bawah program ‘Car Free Day@Cyberjaya’ • Bersetuju menaja sebahagian acara larian yang dianjurkan oleh

pihak MPSepang bagi tujuan menggalakkan orang ramai menganjurkan aktiviti larian.

• Membantu MPSepang dalam pemasaran berkaitan acara larian atau berjalan kaki.

• Membuat sebaran di akhbar kepada penduduk di Daerah Sepang (billboards etc.)

• Menggunakan JomRun app sebagai rakan strategik MPSepang • Menggalakkan ‘vendor’s’ atau ‘stakeholder’s di Cyberjaya menyertai

program ‘rewarding’ • Memaklumkan kepada penganjur supaya menggunakan ‘Mobile

Apps Jom Run’ bagi acara larian di Daerah Sepang

Keputusan Mesyuarat : • Mesyuarat secara dasarnya bersetuju supaya Jom Run Mobile Apps

digunakan bagi sebarang acara atau aktiviti larian di Daerah Sepang khususnya Program Car Free Day / Car Free Morning.

• Pihak MPSepang juga bersetuju Jom Run sebagai rakan strategik khususnya ke arah mewujudkan gaya hidup sihat dan mengamalkan amalan rendah karbon di Daerah Sepang

Page 18: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

18 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

• Mesyuarat bersetuju kerana tiada implikasi kos kepada pihak Majlis

dan pihak Jom Run juga bersetuju untuk berkongsi data dan membuat sebaran kepada pihak awam berhubung pelbagai penganjuran aktiviti oleh pihak MPSepang.

Tindakan :

Jabatan Perancangan Bandar, MPSepang Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPSepang

Jom Run Sdn Bhd

4.4 KERTAS KERJA 5 : Pelaporan Statistik Jenayah Kekerasan Jalanan dan Jenayah Harta Benda Serta Statistik Kemalangan Jalanraya Di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang Bagi Tahun 2018 (Januari hingga Oktober 2018)

Pembentangan disampaikan oleh Supt. Md Noor Aehawan bin Mohammad, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang. Berhubung statistik kes jenayah dan harta benda bagi tahun 2018 (Januari sehingga Oktober 2018) Perincian statistik jenayah di Daerah Sepang adalah seperti berikut :

Statistik Jenayah Indeks Jan – Okt 2017 : 650 Kes Statistik Jenayah Indeks Jan – Okt 2018 : 521 Kes Kes Turun Sebanyak : - 129 Kes Peratus : -19.85%

Page 19: MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT, …smart.mpsepang.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/Minit-JKBSLA21-Bil.2-2018.pdf · 2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local

19 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan, MPSepang

Bil.2/2018

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat mengambil maklum pembentangan statistik jenayah yang disampaikan oleh IPD Sepang dan mesyuarat bersetuju terhadap beberapa perkara seperti penguatkuasaan Pengawal ‘Security’ dan kebertanggungjawaban perlu diberikan perhatian yang sewajarnya bagi mengurangkan kes jenayah harta benda.

Tindakan :

IPD Sepang Semua Pihak

5.0 HAL-HAL LAIN

Cadangan ‘Policy Community’ / Empower Community yang dicadangkan oleh Encik Mohd Syahrul Amri bin Mat Sari, (Ahli Majlis), Mesyuarat memutuskan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, MPSepang.

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguh pada jam 1.00 petang