minit mesyuarat 1 ubk

Upload: sugumar-ganesan

Post on 17-Jul-2015

294 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

SJK(T) CASTLEFIELD, 47100 PUCHONG MINIT MESYUARAT KETIGA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK) 2011

TARIKH HARI MASA TEMPAT GURU YANG HADIR

: 21.6.2011 : (SELASA) : 1.30 PETANG : BILIK MESYUARAT : PN.N.AMANI CIK.B.SANTHI PN.P.SARASVATI PN.E.SELINA PN.N.SIVASAKTHY PN.C.SUBALAXMI PN.M.SARASWATHY (GURU BESAR) (PK HEM) (GURU KAUNSELING) (SETIAUSAHA)

BIL 1.

PERKARA UCAPAN ALUAN:

TINDAKAN

Pn.P.Sarasvati 1.1 Pn.P.Sarasvati penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengalu-alukan kedatangan guru-guru. 2. UCAPAN PENYELARAS Pn.P.Sarasvati 2.1 Penyelaras UBK mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan guru-guru di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan semua program yang telah dijalankan. 2.2Beliau telah menyatakan semua aktiviti dan program telah berjalan seperti yang dirancang. Beliau menyatakan program-

program yang akan dijalankan dari bulan Jun hingga bulan November. * Program awal remaja * Kernival Kerjaya Peringkat sekolah * Ceramah Motivasi tahun 6 * Analisa murid-murid ponteng * Program untuk murid-murid bermasalah disiplin * Ceramah kea rah sekolah menengah * Ceramah awal remaja(perempuan) * Ceramah awal remaja (lelaki) 3.0 HAL-HAL LAIN Pn.P.Sarasvati 3.1 Beliau menyatakan masalah disiplin di kalangan murid-murid meningkat. Beliau meminta guru-guru memberikan senarai nama murid bermasalah kepadanya. 3.2 Murid-murid bermasalah akan diberi sesi kaunseling dan diambil tindakan susulan. 3.3 Beliau berharap, guru-guru akan memberikan kerjasama yang sepenuh dalam menjayakan program-program yang akan dijalankan oleh Unit Bimbungan dan Kaunseling sepanjang tahun ini. UCAPAN PENUTUP 4.1 Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru yang hadir.

4.0

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

. Pn. P.sarasvati Guru Kaunseling

.

SJK(T) CASTLEFIELD, 47100 PUCHONG

Karnival pendidikan kaunseling kerjaya 2011

TEMA : SAINS DAN TELNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

13.6.2011 17.6.2011 SASARAN : SEMUA MURID DISEDIAKAN OLEH: PN.P.SARASVATIANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & PERSATUAN SENI

SJK(T) CASTLEFIELD, 47100 PUCHONG

TARIKH HARI MASA SASARAN

: 5.5.2011 : KHAMIS : 8.30 PSGI : MURID-MURID TAHAP II

PENCERAMAH : PN.INDRA, PN.YASOTHA PN.SUSILAWATI, (PUSAT KESIHATAN BATU 14, PUCHONG)

DISEDIAKAN OLEH: PN.P.SARASVATIANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERSAMA UNIT KESIHATAN

SJK(T) CASTLEFIELD, 47100 PUCHONG

MINIT MESYUARAT KEDUA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK) 2009

Tarikh Hari Masa Tempat

: 21.5.2009 : Khamis : 2.00 Petang : Bilik Mesyuarat Sekolah

Kehadiran : 1. En.T.Selvaraju 2. Pn.M.Packiam 3. Cik.B.Santhi 4. Pn.R.Puspakumary 5.Pn.P.Sarasvati PK HEM PK Ko-Kurikulum Guru Kaunseling Guru Besar PK.Tadbir & Kurikulum

6. Semua guru hadir

1. Ucapan Guru Kaunseling

1.1 Pn.P.Sarasvati mengalu-alukan kedatangan semua guru.

1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan semua program yang telah dianjurkan oleh unit kaunseling.

1.3 Beliau telah menyatakan semua aktiviti dan program telah berjalan seperti yang dirancang.

1.4 Beliau telah menyatakan program yang telah dijalankan sehingga bulan Mei. Program Transisi- 5.1.2009 16.1.2009 Program Maju Diri- 15.1.2009 16.1.2009 Pertandingan Melukis Poster Kerjaya- 8.4.2009 Perkembangan Staf 18.4.2009 Program Alam Remaja- 27.4.2009

1.5 Beliau menyatakan program yang akan dijalankan dari bulan Jun hingga Oktober. Program Motivasi Ibubapa Kursus Kepimpinan Ceramah Dan Pameran Dadah Program menghadapi Peperiksaan Bengkel UPSR Program Jati Diri Program Ke arah sekolah Menengah

1.6 Untuk pengetahuan guru-guru, beliau menyatakan Pemantauan ke atas Unit Kaunseling oleh PPD akan dijalankan mulai bulan April hingga bulan Oktober. Pemantauan akan dijalankan pada bila-bila masa.

1.7 Kajian berfokus akan dimulakan pada bulan Jun untuk murid-murid tahun 5 yang bakal menghadapi UPSR pada 2010. Mereka didapati sangat lemah dalam bahasa Melayu. Oleh yang

demikian guru kaunseling akan menjalankan program bacaan dan perbendaharaan kata di kalangan murid-murid yang telah dipilih ke kajian ini.

1.8 Jika ada kes disiplin di kalangan murid-murid , guru-guru diminta merujuk murid-murid bermasalah kepada unit disiplin dan seterusnya ke unit kaunseling.

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

Pn.N.Sivasakthi Setiausaha

. Pn.P.Sarasvati

....... En.T.Selvaraju Guru Besar

Guru Kaunseling

SJK(T) CASTLEFIELD, 47100 PUCHONG MINIT MESYUARAT PERTAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK) DAN PROGRAM MAJU DIRI (PMD) - 2010

TARIKH HARI MASA TEMPAT GURU YANG HADIR

: 12.1.2010 : (SELASA) : 1.30 PETANG : BILIK MESYUARAT : PN.N.AMANI PN.M.PACKIAM CIK.B.SANTHI PN.R.PUSPAKUMARY PN.P.SARASVATI SEMUA GURU (GURU BESAR) (PK PENTADBIRAN) (PK HEM) (PK KO-KU) (GURU KAUNSELING)

BIL 1.

PERKARA UCAPAN ALUAN:

TINDAKAN

Pn.P.Sarasvati 1.2 Pn.P.Sarasvati penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengalu-alukan kedatangan guru-guru. 2. Ucapan Penyelaras Pn.P.Sarasvati 2.1 Penyelaras UBK mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan guru-guru di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan semua program yang telah dijalankan. 2.2 Beliau telah membacakan Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010.

2.2 Beliau memberikan penerangan ringkas tentang setiap aktiviti yang akan dijalankan . 3. JAWATANKUASA UBK Pn.P.Sarasvati 3.1 Pn.P.sarasvati membacakan jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun 2010. 4. PEMBENTANGAN LAPORAN UBK 2009 Pn.P.Sarasvti 4.1 Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2009. 4.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan segala program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling. 5. TAKLIMAT PROGRANM MAJU DIRI (PMD) Pn.P.sarasvati 5.1 Program Maju Diri (PMD) akan diadakan pada 18.1.2010 dan 19.1.2010 iaitu selama dua hari bersamaan dengan hari Isnin dan hari Selasa. 5.2 Penyelaras PMD menyatakan motif mengadakan PMD untuk murid-murid tahap dua.

5.3 Satu jawatankuasa PMD telah ditubuhkan. Guru-guru diagihkan tugas. 5.4 Guru-guru akan diberi modul dan tajuk PMD lebih awal untuk bersedia menjalankan pada masa yang ditetapkan. Bahanbahan akan disediakan. Guru-guru diminta menyatakan senarai bahan-bahan yang diperlukan lebih awal. 5.5 Guru-guru boleh mengubahsuai aktiviti mengikut kehendak murid-murid. 5.6 Guru-guru akan masuk kelas berdasarkan jadual waktu yang disediakan. 5.7 Pada 19.1.2010 , satu ceramah motivasi dan pengurusan masa adan diadakan untuk murid-murid tahap dua. En.S.Manimaran. pensyarah dari Universiti Malaya telah dijemput untuk mengendalikan ceramah motivasi ini. HAL-HAL LAIN Pn.P.Sarasvati 6.1 Penyelaras meminta guru-guru kelas agar memberikan senarai nama murid bermasalah kepadanya. 6.2 Murid-murid bermasalah akan diberi sesi kaunseling dan diambil tindakan susulan. 6.3 Beliau berharap, guru-guru akan memberikan kerjasama yang sepenuh dalam menjayakan program-program yang akan dijalankan oleh Unit Bimbungan dan Kaunseling bagi tahun 2010. Ucapan penutup 7.1 Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru yang hadir.

6.

7.0

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.

.