fail meja ubk

Click here to load reader

Post on 02-Jul-2015

1.345 views

Category:

Education

13 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. 1.1 LatarBelakang Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid. Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan. Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu menjalankan tugas-tugas seharian sebagai seorang guru kaunseling.

2. 1.2 VisidanMisi KementerianPelajaranMalaysia VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010 MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia 1.3 VisidanMisi Sekolah VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI ORGANISASI GEMILANG MISI SEKOLAH 1. Meningkatkan amalan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga sekolah 2. Meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar 3. Meningkatkan potensi pelajar melalui aktiviti sukan dan kokurikulum 4. Membentuk modal insan yang berakhlak mulia, berketrampilan yang berdaya saing 5. Meningkatkan tahap kecekapan pengurusan kewangan sekolah 6. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif dan lestari 3. 1.4 VisidanMisi UnitBimbinganDanKaunseling VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN MURID DAN SEKOLAH. MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid. 4. 1.5 Falsafah PendidikanKebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga . 5. 1.6 PiagamPelangganUnitBimbinganDanKaunseling 1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik. 2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis. 3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme. 4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien. 5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok. 6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam. 7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis. 8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling. 9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika. 10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara. 6. 1.7 Bidang BimbinganDanKaunseling BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut: Bil Bidang Input Kaedah 1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 1. Akademik Kaunseling Individu Kaunseling Kelompok Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok Konsultasi 2. Kerjaya 3. Psikososial 4. Keluarga 5. Peribadi 6. Kes Disiplin 7. Dadah 8. HIV/ AIDS 9. Krisis 2. Pengurusan dan Pentadbiran 1. Maklumat Kerjaya Sistem Fail Paparan Sebaran Brosur / Pamplet Poster Buku Buku Skrap Perkongsian 2. Maklumat Pendidikan dan Latihan 3. Maklumat Dadah 4. Maklumat HIV/ Aids 5. Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan 6. Rancangan Tahunan 7. Kertas Kerja Program 8. Buku Rekod Perkhidmatan 9. Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 10. Jadual Waktu Perkhidmatan 11. Maklumat Murid 12. Laporan Program 13. Keceriaan Bilik Kaunseling 14. Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 7. 15. Laporan dan Rekod Sesi 16. Penilaian Program 17. Rekod dan Laporan Kewangan Bil Bidang Input Kaedah 3. Akademik 1. Pemilihan mata pelajaran elektif Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Bengkel Seminar Kem/Perkhemahan Tayangan Video Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor Mentee Lawatan Ceramah Pameran Bank maklumat manual Bank maklumat berkomputer 2. Kemahiran Belajar a. Membaca b. Mencatat/ mengambil nota c. Pengurusan masa d. Pengurusan diri e. Mendengar f. Mengingat g. Mengulangkaji h. Menjawab soalan peperiksaan i. Menghadapi peperiksaan 3. Mengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. 4. Kerjaya 1. Inventori Minat Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Lawatan Ceramah Forum Seminar Tayangan video Pertandingan-pertandingan - Media Maklumat Kerjaya - Buku Skrap Kerjaya - Eksplorasi Alam Kerjaya - Poster Kerjaya - Sketsa Kerjaya 2. Inventori Personaliti 3. Inventori Nilai 4. Pemilihan Mata Pelajaran Elektif 5. Pengumpulan Maklumat Kerjaya 6. Pendedahan kerjaya Peluang latihan kerjaya 7. Penyebaran Maklumat 5. Psikososial & Kesejahteraan Mental 1. 2. 3. Ujian Personaliti Senarai semak masalah Merujuk Kad Maklumat Diri (Jika perlu) Bimbingan Kerjaya merentasi Kurikulum Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Forum Kursus Bengkel/Seminar Kem Bina Insan/ Diri 4. Kemahiran Komunikasi 5. Kemahiran Asertif/Tegas diri 6. Penyaringan maklumat 8. Kolokium Lawatan Tayangan video Kaunseling Keluarga PRS Latihan Dalam Kumpulan Aktiviti Simulasi Kumpulan Perkhemahan Ibadah Ceramah 7. Pengurusan Tekanan 8. Kemahiran Rohani 9. Kemahiran Membuat Keputusan 10. Kemahiran Pengawalan Diri 11. Kemahiran Aplikasi 12. Kemahiran Sintesis Bil Bidang Input Kaedah 13. Kemahiran Analisis Kritikal 14. Pengekalan Penghargaan Kendiri/ Self Esteem 15. Perkembangan Keremajaan 16. Konsep Kendiri 17. Pengendalian Kendiri 18. Program Orientasi 6. Keibubapaan 1. Komunikasi Ceramah Seminar Forum Bengkel Perkhemahan keluarga/ Hari Keluarga Lawatan ke rumah Khidmat Konsultasi Kursus Kemahiran Keibubapaan Konferens Buletin Keluarga Pameran Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok 2. Perkembangan individu 3. Isu-isu Kekeluargaan 3.1 Kepimpinan 3.2 Perkembangan remaja masa kini dan akan datang 3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga. 7. Pembangunan Diri 1. Kemahiran Komunikasi Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok Latihan Dalam Kumpulan Lawatan ke rumah Ceramah Bengkel Praktikum PRS 2. Kemahiran Penyelesaian Masalah 3. Kepimpinan 4. Kemahiran Tegas Diri 5. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 6. Kemahiran Sosial 7. Kemahiran Memilih Keutamaan Tugas 8. Pengurusan Diri 8. Pendidikan 1. Kemahiran Asertif Ceramah 9. Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan HIV/ AIDS Seminar/Bengkel Pertandingan Esei Pertandingan Poster Pertandingan Pidato Pertandingan Boria Pertandingan Nasyid Kuiz 5 Minit Anti Dadah Pameran Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok 2. Kemahiran Sosial 3. Perkembangan Seksual 4. Sikap Benci kepada dadah 5. Kemahiran Menghindar Jangkitan HIV/ AIDS 6. Pendidikan Kekeluargaan 10. 2.1 Objektif KementerianPelajaranMalaysia 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu 2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara 4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia 2.2 Objektif Sekolah Memastikan SMK Tawau II mencapai piawaian seperti yang ditetapkan dalam SKPM 2.3 Objektif Unit BimbinganDanKaunseling 2.3.1 Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan: 2.3.1.1 Pemilihan mata pelajaran secara berkesan. 2.3.1.2 Kemahiran belajar. 2.3.2 Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan : 2.3.2.1 Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran. 2.3.2.2 Ujian psikometrik. 2.3.3 Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui: 11. 2.3.3.1 Program psikososial. 2.3.3.2 Program kesejahteraan mental. 2.3.4 Meningkatkan kefahaman mengenai keibub